Tuesday, August 31, 2010

Baby Dream.

Smalam aku mimpi panjang lebarrrr pasal aku dapat baby!

Mimpi bertarung nyawa nak bersalin dah selalu. Tapi mimpi siap2 dapat baby ni dan penjagaan selepas kelahiran aku tak pernah kot! Gagagaga!

Dah laa dalam mimpi tu, aku belum kawen ngan incik sayang, pastu siap risau cemanalaa nak bagitau future parents in law nanti pasal anak yang aku dah terberanakkan nih... Ngaaaa! Pastu aku tinggalkan baby tu kat spital kat katil baby tu, entah nape tah aku tak bawak balik? So patutnye aku datang sekali tiap2 hari untuk susukan baby tu, tapi ada hari-hari yang aku lupe dan missed nak bagi susu.

Siap pk time tuh, "Aisey! Tak dapatlaa anak aku exclusive breastfeeding camni... Time aku takde sure nurse kasi susu formula!" Huuuu.

Aku pk ada 2 benda je penyebab aku dapat mimpi camni:

1) Everyday jadi saksi utama tengok aktiviti kawan rapat aku ulang-alik ke surau untuk 'perah susu' untuk stok anak bliau. :D

2) Risau sangattt untuk jadi mak orang dalam masa terdekat nih... Aku rasa belum bersedia financially. :(


Pasal item no 2, aritu dah bincang ngan incik sayang, duluuu dia kate ok. Tapi dah dekat2 nak kawen ni, dia kate taknak pulak. Muke dia berubah bile aku cakap pasal nak planning huuuuuuu. Dia takut aku takleh pregnant dah, sbb aku kan dah 30. Huuu setahun je, pastu insyaAllah okay... Sob sob. Memang laa setiap anak tu ada rezekinya masing-masing, tapi still kena jugak ada persediaan, mental n physical. Tsk.

I googled on 'baby dream' and banyak jumpa pasal mimpi pasal baby ni represents something new in our life, or a new beginning while it may be a straightforward expression of pregnancy. Tafsiran mimpi nih aku nak tau dari segi psychologically je, macam hints je, bukan nak btol2 percaya terus. Ada b2b mimpi camni tak? Aku listkan few things related to baby dreams I found interesting while googling:

Forgetting a baby:
1) In general terms, forgetting to feed ones baby is the acknowledgement of a fear of completing something important. It may relate to a future human child, and it may not.*absolutely*

2) This classic dream usually comes to people who lead productive, responsible lives. It is all the more upsetting or distressing for precisely that reason. *ooohh classic rupenye...*

3) A fear of losing control or a fear of failure.

4) Feeling that you have too much on your mind and are afraid you'll forget something.

Dream of Cradle:
If you are single and you are dreaming of a cradle, more likely that you will get married soon, for married people it could mean that there is a good event on the way. - katil spital yang aku mimpi tu, kire cradle lah kot.. :D

For a man to dream of seeing his wife nurse their baby: 
Denotes harmony in his pursuits.

Feeding a baby in your dream: 
You have to work hard before you receive the rewards of your labour.

Rocking a baby in a cradle: 
you will have good luck and happiness.

Giving a birth: 
You will have a new direction in life or a new idea.

Being annoyed in a dream of a baby crying:
May signify illness or minor disappointments in your personal life.

If a woman is nurturing a baby at her breasts:
She probably desperately wants to have a baby, or wants to take care of someone.

Okaylah. Incik Sayang baru call cakap kena keje kat Melaka dari Rabu sampai Sabtu ni. Maka terus awan berarak mandommm. Padahal bukan deting hari-hari pon, tapi tahhh rasa ter-sedey plak takde harapan jumpa dia sehari dua ni. Campo risau banyak benda kot :((

Tinggal 40 hari, how I wish things will settle by themselves. I wish ada orang lain yang akan clearkan semua outstandings untuk aku. Huuuuuu. Nak periodkah iniii :((




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Mark Your Calendars!

This is some sort of 'save-the-date' invitation yang aku buat untuk dapat address daripada kengkawan kat facebook. Lambat giler mintak address kan? Padahal lagi 41 hari lagi ni nak kawen huahuaaa. Takpe, janji hajat terlaksana... T_T

Sebenarnye nak war-warkan 'mark your calendars' ni kat facebook pon aku rasa cam nak blushing sendirik, macam, awal sangat ke aku nak bising2 pasal wedding aku ni? Kang orang cakap aku over the top plakk. Tapi last2 blasah laa... Kang orang sibuk raya, aku baru kelam-kalibut mintak address pulak.

Ok, so here it is! Aku buat di malam merdeka yang sepi-pi-pi ini...


Memule gambar nih nak buat sempoi patsegi flat camtu je, tapi bile dah siap semua, tengok2 dia jadi bentuk patsegi sama plak. Pastu tengok final design, cam, eh, ni dah macam LP record album nih... Terus carik gambo piring itam, lantas buat efek cam tekeluar dari cover LP tu. Lantas jadilaa cam gambar di atas. :D

As usual lah, nama penuh dipendekkan jadi 'Sya and Adi' je untok tatapan geng blog sekalian... Gambar nih amek lepas kitorang bukak puasa kat Alamanda last Sunday ngan wedding photographer kitorang nanti. Saje warm up bergedik depan beliau. :P

Habis aku crop gambar ni sbb tension bangetttt tengok bentuk bodi cam body builder warffffff. Entah apalaaa nasib gambar-gambar wedding aku nanti... Habis semuanya stok 'dari pinggang ke atas' je kot huahuaaaaaaa! Malas pk, kamek pasrah je lah... :D

Pastu pusing2 carik wallet n belt incik sayang, tapi langsung tak banyak choices kat Alamanda. Nak gi key hell si si tak sempat dah, sooo entah bilelaaa bleh setel barang beliau nih... Risau.

Okehlah, nak pegi sahur plak, steamboat Jonis dalam periuk nasik dah menanti... Ya Jonis lagi. Sejak puasa ni mulut balik2 mengidam Jonis, tak dapat buat apalah melainkan layannnnkan je la. He he. Bukan ape, at least makan steamboat tak laa rasa bersalah sangat terhadap aktiviti diet nih. T_T

Entah bilelaa nak stat HL secara ekslusif balik ni? Dah dekat nak kawen huaaaaaa!! :((




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, August 28, 2010

Finally! Kad Kawen Siap!

Setelah memaksa diri siapkan jugakkk kad kawen wiken lepas, maka siaplah ia! Tepok tepok bahu sendiri!

Yang jadi letihhhh sebab kena tukar format dari 100 kepada 300 pixels per inch, otherwise takut blur atau tak sharp plak kad kawenku ittew. So, kena trace dan lukis balik mana2 yang patut. Tapi gambar owls dua ekot tu aku surrender awal2, susah nak lukis tu... Jadi aku beli gambar owls tu ngan fotolia.com saiz yang besar terus... Ngeh2 pemalasss. Dalam 20 hengget lebih camtu utk saiz 3873 x 3873 pixels.

Sejak stat buat kad kawen ni laa, skill guna photoshop pon suda improved. Skang dah pandai lukis pakai photoshop guna cara yang btol. Selama ni pon pernah, tapi ngan cara yang, let's just say it's too complicated to be mentioned here. Susah gilerrrr dulu!

Dan bila dah main2 ngan photoshop ni, mule laa nak tukar design lagi... Kalau dulu design macam ni, sikalang sudah tukarr!

Taraaaaaa!!

Kad Kawen - Depan

Ok skang dah tukar background kasik ada karer... Dulu  background putih je. Rasa boring pulakkkk putih je.. Maka! Let's paint it brown n pink!

Geleng kepala rasanyaaa orang2 tua tengok kad kawen camni.. Huahua. Sekali-sekala buat samting di luar kandang (out of the box ) apa salahnye.


Kad Kawen - Belakang
Tak pernah kannn dapat kad kawen yang bisa membuatkan anda pening begini, tak pernah kan?? :D

Aku baru submit kad ni untuk printing kat SERI KREATIF last wiken, tak tau laa bile siap... Memang berbaloi promot seri kreatif ni, the best deal ever in kad kawen printing! Memang gila2 murah lah kad dia, dia guna artcard 250gsm, glossy laminate. Bagi aku dah cukup dah tu... Aku baca komen blogger lain pon sumer puas ati je, soooo ape2 pun, tunggulah sampai aku dapat kad aku. Kot-kot laaaaa indah khabar dari rupa... Pastu baru bagi strong recommendation.

Rasanya dorang dalam phase untuk promote business dorang kot, through word of mouth, sbb word of mouth mmg powerful kan. So agaknye dorang sanggup tak amek untung banyak skang ni asalkan pulang modal je. Hehe pandailaa aku, jangan percaya. Aku RASA laa...

Kalau bukan sebab tu, agaknye sebab apa lagi aku bleh dapat harga tabik springgg camni? Sebab apaaa apaaa apaaaa (bunyi gema).


Ok ni harga asal kad kawen yang aku nak tu based on website diorang (ni pon dah murah gilerrrrr):
Kad Kenanga (saiz 4" x  9")
- aku order 200
- ongkos = 200 x $ 0.75 =$150

Kad Kesidang (saiz 4" x  6") saiz pendek ni mainly untuk jiran2 120 buah rumah camtu.
- aku order 200
- ongkos = 200 x $ 0.45 = $90

TOTAL = $240

Ini plak yang dia offer untuk aku:
Kad Kenanga (saiz 4" x 9")
- 500 pieces

TOTAL = $260!! Giler or not by now??? Ngangaaaa

Jadik sekeping kad harganya 52 sen sahaja!!

Yang ada * semua tu bukan nama sebenar ye.
Sebab kalo buat kabur2 jadi sakit mata pulak.
Maka, gantikan ngan nama glamour ngokehhh.

Tambah $20 je dari harga yang aku patut bayar, pastu dapat 100 keping extra, pastu saiz semua panjangggg plak... Jadi takdelaa orang kampung cakap aku seppp giler nanti huahua. Alhamdulillah!! Semoga sukses, sukses business dorang!

Yang paling bes, sebab takde minimum order! Tempat lain semuaaa ada minimum order. Tabik spring lagi sekalilahhh.

Kalo tak silap, kompeni diorang ni kat Melaka. So, dia cakap delivery charge dalam 15 camtu je untuk 500 keping kad tu... Alhamdulillahhhh lagi...

Ok! Gembira! Long wiken ni nak kemas stor, nanti incik sayang bleh pindah masuk stor ittew huahuaa! Tak tak, itu namanya nusyuz... Nanti bleh letak barang aku yang tak berapa berguna dalam stor, so clear sikit bilik aku ni, barulaa incik sayang dapat bermastautin ke sini secara best!

Ok, cau cincauuuuuu!






Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, August 25, 2010

Confessions of A Shoepaholic!

Yezzza!! Kasut hantaran dah setel FINALLY!

Shoe hunting can be a truly stressful business you see. Dua kali pergi klcc sekali ngan incik sayang, bajet romentik laa carik barang hantaran sama2 kann, tapi langsungg tadek yang berkenan. Lepas tu takde nak romentik dah, nak cepat2 setelkan je, so pegi sorang2. Dari Jusco Wangsa Maju ke Charles & Keith etcs kat 1-Utama, sampai balik semula ke Jusco AEON AU2, tak jumpe gakkk.

Aku rasa yang jadi susah bile plan nak guna kasut tu untuk 2 tujuan - kasut itulah untuk dulang hantaran, dan kasut itu jugaklahhh untuk pakai time bertandang.

Kasut Hantaran VS. Kasut Bertandang, mengikut spesifikasi gwe.

Kasut Hantaran
- Haruslah kemas buatannye, macam bonia, n nampak formal sikit.
- Sebaiknya branded sikit sebab nak letak atas dulang.
- Kaler haruslah kaler yang akan sesuai untuk kebanyakan baju, sebab mahal, jadi aku rasa worth it sket kalo bleh sesuaikan dengan banyak baju. Jadi options dalam kepala aku mungkin black n brown je ye tuan-tuan. 

Kasut Bertandang
- Terbayang nak pakai strap heels, of course tak nampak formal.
- Tak kisah brand apo janji meletops.
- Kaler mungkin purple mengikut tema, ataupun hitam untuk sedondonkan ngan incik sayang, tapi ishk hitam nampak macam bukan pengantin laa pulak...

Tengok, mmg bertentangan kann. Jadi cemana nak dapatkan the perfect shoes itu, cemana??

Satu solution yang bleh satisfies both objectives, adalah dengan mencarik peep toe. Tapi believe it or not, susahnyierrr nak carik peep toe yg branded tetapi stylo! Yang branded je, design dia b.o.r.i.n.g. Yang takde brand tuh yang terus love at first sight. Tapi cam, takmolaa orang kampung koi tengok kasut cap Gadja jeee atas dulang nanti... Ngaaaa...

Jadi finally terus pk, FINE! Fokus untuk carik designer shoes untuk dulang dulu. Kalo dah dapat, tapi tak sesuai untuk pakai time bertandang, takpe, kite carik je kasut lain yang biasa tapi gojes. Setellll satu hal!

Lantas terus dalam mood untuk shopping sbb dah ada fokus baru. And 1-and-a-1/2 days-on-ebay later...
Kching!! It's the beautifully detailed pewter synthetic Guess sandals!

Hambekkkk tadeknyaaa kasut formal ape dahhh... Huahua. Ni kasut untuk dulang hantaran laa ni... Aku rasa bleh gak pakai untuk bertandang nih. Terus love at first sight bile tengok ni, pastu nampak buatan dia kemas. So terus order! Ebay seller ni pon sangat pantas respond, malam smalam (our time) aku order, malam tadi jugak dia dah pos dari US. Dia punye feedback, 100% positive okkkk.

Harga dia campo shipping aku rasa lebih berbaloi daripada beli Guess kat Malaysia, cuma keywordnya adalah kena pandai cari, dan sabar jelahh melayari listing lam ebay tu sampai lebam... Sebab aku tengok kat KLCC haritu, harga melambung tapi design takdelaa sampai aku love at first sight terus pon...


Kat depan tu bleh letak brooch ke rosette ke untuk jadikkan bliau kasut pengantin yang bergaya. Doakanlaa kasut aku ni slamat sampai dengan kadar segera sbb tak sabarnyeee nak tengok! Jangan tersangkut kat pak kastam sudahhh... Aku rasa lagi 2 minggu sampai laa kot.

Oh and this heels shall complement handbag 'Pirates of Caribbean' aku ittew... Kching!!!


Incik sayang sukeeeeee sangat beg nih. Unik sangat. Walaupun again, maybe bagi ramai orang, design ni tak berapa sesuai nak letak atas dulang kan. Tapi nak buat cemana, dah taste aku tak typical laik dat.

Ija had her eyes on this beauty too last time masa dia shopping barang hantaran ngan tunang bliau, tapi rasa tak sesuai sebab saiz beg ni ekceli agak kecik sket. Tanpa tali, dia dah jadik clutch. Ada pilihan kaler lain, tapi kaler malap ni jugakkkk yang beta berkenan... Sbb ia cun! Enough said.


Agak kureng kan? Nampak biasa je kan?

Ekceli untuk apa2 pun barang aku, aku langsung tak kisah pasal brand dia. Kalo kasut tu, I would go for looks first, pastu tengok tahan lasak ke tidak, pastu rasa selesa ke tak, baru amek. Brand ape sumer jadi last priority. Tapi untuk hantaran nih, yang jadi nakkk sangat kat barang2 Guess sebab terpengaruh ngan Hanis Zalikha laa ni. Haha bleh ke alasan tu? Sure she looks great in anything, tapi ada satu handbag Guess yang dia selalu bawak tu, aku envy gilerrrr. Moralnya di sini adalah, tak dapat bodi cam HZ, dapat beg cam dia pon jadiklahh!

Okay2. Dah dekat waktu berbuke yeay! Err barang incik sayang belum beli ni... This wiken insyaAllah gaji, time to rip off my pocket lak! Ngee!



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Sunday, August 22, 2010

The Wedding Bands.

Kchingg! Our rings would like to make an entrance!


'Photoshoot' sendiri ber-backgroundkan photoshop berbekalkan ipondan 3mp. Ke 2mp tah? Keh keh. Puas carik lighting yang sesuai sbb kamera tadek flash kann. Takpe, kamera tak canggih kena usaha lebih sikit :D

Cincin ni aku beli the exact pair untuk incik sayang ngan aku, sebab aritu incik sayang kata nak bagi gelang untuk aku time batal air semayang nanti. Tapi pastu dia kate nak bagi cincik plak. Haha tak kisahlaa... Janji ramai cincin aku pasnih keh keh. Lepas dah beli ni terasa macam design cincin ni terlalu 'berat' plak untuk incik sayang, sbb banyak sangat diamond. Macam negro hip-hop plakkkk aku rasa, pakai banyak bling-bling ni gagagagaga!

Beli cincin ni dari bulan 6 haritu lagi ekceli, dengan Ija n tunangnye. Hajat di hati nak seprais incik sayang time hari kawen nanti. Tapi seperti biasalah, being me, takkan tahan punye nak cite!:D Plus, takut cincin yang diseprais tak fit plakkk ngan dia time kawen nanti, tu terpaksa bagitau gak tu.. :))

Ini cincin yang ija beli untuk tunangnyier.


Beli cincin ni kat Bausch K., (formerly known as Mimosa) KLCC lepas bace forum n blog b2bs. Store nih jual exclusive stainless steel rings. Incik sayang, seperti ramai lelaki lain adanya, tak kisah pon ada cincin ke tak, jadi, an exclusive stainless steel ring would do. Yang penting, AKU MAU DIA ADA CINCIN. Sebab cincin itu vital bagi aku, tanda dia dah ada yang punye heppp takleh kacau heppp. Cam aku pon, kekadang prasan single tapi tetibe teraba cincin tunang kat jari, baru sedar diri ini udah berpunya! Huahuaaaa.

For him, it says: "EVER THINE, EVER MINE"
That's the best shot I could give T_T
Kamera 'canggih', remember?

Cakap pasal material cincin nih, platinum memang tak mampu. Kalo mampu yang lowest end yang start dari 2k tu, design biasa sangat. Mahal2 tapi design basic sangat baik takyah, they all look almost the same, bagi aku laa. Suasa, aku was-was plak nak beli sbb ada orang kate boleh, ada orang kate laki takbleh pakai. Silver plak, over the time dia akan pudar, pastu kena maintain ape sume leceh. So last2 ameklahhh stainless steel yang akan sentiasa shiny, and on top of all affordable. Tapi takmo laa yang jual kat kiosks tu je, so gugel2 lantas jumpe bausch k tuh.

For her, it says: "FOR THEE, ANGEL"

Yang penting, nilai cincin nih bukan ukuran chenta kasey sayang aku pada incik sayang. Aku cuma nak ia meaningful sangat, jadik aku mintak cincin tu engraved ngan meaningful words, instead of our names. "Ever thine, ever mine" tu obviously amek dari Sex And The City The Movie, sangat catchy n melekat di hatiku. Originally in the third letter by Beethoven called Immortal Beloved. Intentionally aku buang 'Ever Ours' sbb it would be pricey to have it engraved THAT long! Hahaaa.

How I wish they have fancier fonts for that matter, sbb font yang dia gune tu basic sangat...

On the way bawak incik sayang pegi Bausch K (i love the sound, Bausch K :D) untuk engrave cincin kitorang tu, aku cakap kat dia, aku nak tulis ever thine, ever mine kat cincin dia nanti. Aku tanye dia, "B, kalau b, b nak tulis ape untuk yayang kat cincin? Kalo taktau nak tulis ape, kite tulis sama je la, ever thine, ever mine."

Incik sayang spontaneously terus jawab, "For thee, angel." unsangkarably! Adakah beliau dah plan sejak dulu lagi tu? Sbb spontaneous giler dia jawab ok.. Tadek pk panjang. I instantly fell in love with the sound of it! Ceh mentanglaa dia jadi angel... Gagagaga! Sooo, terus request tulis tu kat cincin gwe... :")

Asalnye nak tulis kat cincin incik sayang, "Zauji, Jannati", tapi somehow rasa cam skema ke ape tahhhh huhu. Maksudnye, suamiku, syurgaku. Tapi aku tak konpem ngan nahu (grammar) dia plak... :D Yang aku tau hasil dari belajar arab selama 3 tahun dulu - zauj/zaujan = suami. Zaujah = isteri. Bile nak tambah 'ku' kat 'suami-KU' tu, patutnya zauji ataupun zaujani laa kot... Ada sesape tere arab di sini? :D

Okay, dah panjang cite aku pasal cincin SAHAJA ok.. Huahuaaa sile jangan muntah. Ada lagi satu gambar cincin nak tunjuk nih, yang aku jumpe dalam satu blog b2b nih:



Tersengih2 aku bace entri beliau sebab cincin nih adalah dream wedding band beliau! Aku tau, not exactly, tapi it feels grrrrreat to possess something similar to someone else's DREAM wedding band... :D


Skian, trimass kassisss!





Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, August 20, 2010

Awek Jalan TAR dan Fahrin Ahmad.

Bukan, Fahrin Ahmad tadek kaitan pon ngan awek jalan tar torsobut. Mari baca dulu.

***********************************************

Pagi tadi tah nape, langsung tak sedarrr tatkala alarm bunyi pukul 5 pagi. Biasa sedar pastu tekan snooze, tapi dis time, nehi hey! Incik sayang cakap hujan smalam, tapi aku tak sedar langsung...

So pada siang harinya, awal2 lagi dah lapar dan haus. Sbb smalam aku makan time buka ngan time supper sikit je, tu pun makan samosa ngan kopok lekor ngan teamix je. So kat opis, mmg terlepek sikit and agak cranky rasa nak makan orang je arini. Sebbaik puasa... :D

Dekat kol 1, opismet aku tanye ngan gerak mulut je tak bunyik suara, sbb nak kaver depan opismet lain; "Kaksya, Jalan TAR jom??". And surprisingly aku terus picked up ape dia cakap tu, dan secara otomatis aku terus angguk! Gagagaga! Ni dalam melepek niihh. Lantas kitorang pon berbondong-bondonglaa pegi lagi ke jalan masjid india, tapi kali ni masuk nagoya sebab member aku nak survey kain langsir.

Dah abis Nagoya, masuk Kamdar plakkk. Sebab lama sangat, aku pun turun bawah TENGOK tudung lagi. Betul, kali ni tengok je, tak beli dahhh. Aku beli baju inner seploh hengget je hehe nak jugakkk.

Kawaii! Kawaii!
Sambar lima!

Jenama Gadis Juma'art.
Keh keh keh nak jugakkk tempek kat blog.

Jalan jalan jalan, tetibe terjumpe 'aweks' ni!

Can you spot the not??

Ya ampunnnn!! Aku sekali tengok bliau mmg nampak macam macik2 laa. Skali bile dia bersuara, terkezzut aku, macam, apsal suara makcik ni garau sangat!! Sekali tengok ada misai wakakaka. Aku siap gelak tekan-tekan perut tetengah ramai orang tengahari tadi wahahaha! Ini wajib snap nih, tu yg trus snap. Promo punye pasal, mamat2 yang keje kat sini sumer pakat2 pakai tudung. HAHAHAHAAA giloooo... Dah laa muke langsung tatau malu, takde langsung tergelak kemalu-maluan ke... TIDAK ADA! Mmg konpem dah biasa tu.. Huahuaa.

Ohh pasal kerja. Harini birthday incik 'Fahrin Ahmad', bukan nama sebenar tapi hampir kepada nama sebenar, yang aku pernah cite lam entri ni. Dia punye birthday, dia yang belikan kitorang sumer kek secret recipe choc banana satu slice sorang, siap dalam kotak, untuk kitorang bawak balik buka puasa... Alahai baiknye...

Aku rasa menyesal laa plak cite pasal dia berdengkur dalam entri dulu tu... Ish ish ish.. Patutlaa dia nampak restless semacam. Sebab dia baru diagnosed sakit buah pinggang. Dua2 buah pinggang dia rosak. Lama dia mc aritu. Skarang nih, dia kene buat dialisis 3x seminggu. Pastu rutin dia skarang ni, biasanya dia cuma datang keje halfday, sbb kene pegi dialisis sebelah petang. Sekali dialisis 4 jam.

Kesian sangattt, semayang pon semayang duduk. Jalan sikit, rasa tak larat. And on top of all, he's only 34!! Mati2 aku ingat dia late 40s sebab nampak muke dia cam berusia dah... One can only imagine kan. Slalu terbayang cemanalaa aku kalo muda-muda dah kena sakit camtu, susah nak keje dah.. Tsk nauzubillah. Dia kata, nasib baik dia amek health insurance, so, dialisis semua kaverlah. (Yang, kite bile lagi? Orang tadek insurans lagi ni.. T_T)

Aku kan kalo jumpe senior abaper - orang yang sama post ngan aku, aku mmg akan terbayang masa depan aku kalo tengok dorang. It's like seeing your future reflection. Macam memule kenal incik fahrin ahmad ni, aku terbayang, agaknye cemanalaaa aku nanti bile dah tua2 buat programming lagi... Huahuaa. Macam tak seswai jee buat codings ngan jiwa tua! Nih bile aku tengok dia sakit nih, lagilaa rasa dekat di hati! Dahlaa beza umur 4 tawun je... Ishk. Semoga Allah sihatkanlahhh aku dan korang sume sampai dah setel segala financial obligations sumer... Amin...

Aku banyak apdet random je kan skang? Sori laa bagi orang yang masuk blog aku nak bace pasal cite kawen, next time around wokeh! Wiken ni, tekad nak finalize kan design kad kawen aku.

Tau tak what's the BIGGEST challenge to DIY things??

You just don't know when to stop!!

Stiap kali bukak photoshop, stiap kali tu laa nak ubah design. Ngeeeee!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, August 19, 2010

Peram Entri Perkahwinan.

Tajuk blog sebenar adalah: "Kenapa Aku Rasa Kita Patut Kurangkan Peram Entri Pasal Persiapan Perkahwinan Semata-Mata Sebab Takmo Orang Tak Seprais Nanti." He he heeee.

Aritu incik sayang cakap kat aku, dia rasa macam tak sabar lak nak pakai cincin kawen yang aku beli untuk dia tu :") Terasa nak cite pasal cincin ni, tapi takut tak seprais aka BASI pulak huahuaa. Persoalan biasa untuk B2B nih! Mari kita huraikan!

Tapi bile dah sume kite perammmm tunggu sampai lepas kawen, rasa macam tak bes pon ada. Sebagai blog reader aku rasa camtu, macam tak besnyaa kena tunggu2 dia kawen dulu baru tau itu ini, by that time entah2 dah tak rasa curious mana pon. Sebab lepas dah jadi pengantin, darah kite tidaklah manis lagi, lantas orang tadeklaa teruja mana dahhh nak tau details pasal persiapan kawen kite, berbanding time sebelum jadi pengantin dulu! Huahua.

Lagipun pastu, lepas dah kawen, lepas dah buat 2, 3 entry, habislahhh segala yg diperam... Dahlaa lepas kawen sure bizi timang2 laki, bizi jadi wifey mithali ape sume, tadeknye nak wat entri berkualiti dahhhh. Cite pon dah tak berapa detail dah sebab banyak tak ingat nak cite. Tak sama macam time kite tengah prepare nak buat samting tu, macam-macammm nak cite. Berbunga2. Bukankah lebih interesting begitu!

(Cakap banyak tapi dia pon banyak peram cerita! Gagagaga... :D)

Memangla, diri sendiri rasa nak peram, tapi bile dapat bace blog b2b yang jenis telus je, cerita persiapan dia semua, aku rasa puas sangattt! So aku pk pasnih, ape2 yang aku nak buat, aku cite je laa kat blog, takyah teragak2 cam selalu. Kecuali laa ada sesetengah mende yang aku btol2 nak seprais kengkawan aku (ada jugakkk), contohnye ape yg ada dalam favorbox untuk tetamu, barulaa peram sikit. Thee hee hee... :))

Apa2pun, up to memasinglah.. Janji bahagia!

Bazar ni panjang gilerrrr... Blom abis ronda :D

Aku nak cite pasal benda lain tadi, tapi dah sibuk explain pasal nape kite tak patut peram cite pasal persiapan kawen plak T_T Sebenarnye nak cite pasal seronok giler ngan bazar yang ada sepanjang jalan masjid india, jalan bunus area2 jalan tar tu! Smalam aku dah borong tudung, harini ter-borong lagi huaaaa. Rambang mata okk. Padahal niat asal pegi lagi arini sbb nak cari anak tudung je. Puasa nafsu makan, nafsu shopping plakk jadi menggile T_T

Ok2, nanti aku citer pasal pelamin yang aku pergi survey aritu, ngan cincin ittew! Nih dalam mood nak balik umah dah ni... Dah 4.30! Lesssgo!!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Sunday, August 15, 2010

Our First Wedding Gift!

Kchhing!! Balik2 Kuantan kali ni, kakak aku suruh pegi masuk bilik tengok apa yang abang n kakak ipar aku belikan untuk aku, sebab most probably dia takleh balik dari Arab time aku kawen nanti. Hence the early gift!


19-piece tea set rupenyier...


Walaupun aku blom reti nak minat-minat pada pinggan-mangkuk ni - let alone tea set - hati tetapppppla kembanggg bile dapat present camni! Sape tak suke hadiah oiiii!

On the other side of the world, diet gua agak terbabas di sana-sini sejak balik kuantan ni, walaupun aku siap bawak balik blender nihhhhh nak blend herbalife. Saje takmo guna blender kat umah sbb takmo herbalife ada bau bawang ngan cili. Kehkehhhh.

Seawal belum sampai kuantan lagi pon, masa ondeway lagi dari kl-kuantan, dietku terbabas di hentian temerloh. Aku sampai ngam2 kat situ time bukak puasa. Dah benti tu, rasa takde feel giler ahh tetibe nak shake herbalife minum lam kete. Tengok orang lain sumer makan bes2 je kat parking huuu, tetibe aku bleh minum air kocak2 je?? Sungguh tak musafirlaa kalo minum herbalife plak ko sorang tibe2. Penat nihhhh drive meredah hujan lebat sepanjang perjalanan tadi...

Lantas!


Terus capai salah satu lemang yang konon2 beli untuk mak aku tu, terus nomnomnom cicah sambal tumis ikan bilis n petai. Dahlah aku lupe suruh dia potong buluh lemang tu, nasib baik ada garpu n pisau big breakfast mcd dalam kete, bleh jugakkk aku korek lemang tu sikit2 dari lubang buluh tu huahuaaa tragiss.. Sedap gilerrrrrr ok sambal tumis kat situ. Aku beli kat tepi jalan kl-kuantan (kat karak kalo tak silap), yang ada tulis 'Gerai Lemang Di Hadapan' tu. Sedap sangat sangat sangat, you should try it, dulu dah pernah beli time dekat raya.

Okeh, masa untuk turu! Balik kali ni ingat nak setelkan hal pelamin, homestay untuk rombongan incik sayang, ngan setelkan dokumen kawen pe sume, tatau laa sempat tak. Esok kena bawak kakak aku yg suspected denggi pegi amek darah lagi, pagi tadi dah pegi dahh, total dah 4x amek darah. Still tak konpem2 gak denggi ke tak. Haih hospital kerajaan...

Stakat nih, almost konpem nak sewa je pelamin, aku malas pk dah. Kalo semua aku boleh buat sendiri, takpe. Ini nak mengharapkan abang aku buat panel pelamin ape sumer, aku berhenti berharap daa, ataupun dalam erti kata lain, tak harappp. Aku pk nak cross off daripada to-do list aku je.

Hope all goes well!

Sayang, arek ngawen!! Arek turu! Muaxxx!!! Tiba-tibaaaaa (-_-")






Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, August 12, 2010

Menu Berbuka Ini Hari.

Herbalife masak tempoyak.
Herbalife goreng berlada.
Herbalife stim.
Kali ni kena sukses, sukses!




Dari kiri, botol 1.6 liter untuk bancuh teamix. 1.6 liter dari time berbuka sampai supper, 1.6 liter lagi time sahur. Teamix ni yang paling penting sbb ija cakap dia bakar lemak macam kite lari 5 km. Incik sayang cakap, jangan laa telan terlalu banyak teamix sbb bajet nak bakar lebih dari 5 km berlari! Hahahaha memang kenal perangai akuuuu!

Soyfresh tu plak untuk campo dalam herbalife shake, camtu gak ngan SDII dalam tin biru tu pon aku campo sikit

Balik ni ingat nak pergi Jusco AU2 carik blender. Herbalife ni susah btolll nak hancurkan dia. Sangat berketul2!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan The First.

Harini 1st Ramadhan. Puasa terakhir sebagai orang bujang insyaAllah. Eceh.

Pemandangan kat parking lrt harini luar biasa. Parking atas bukit tu biasa banyakkkk kosong, harini tiba2 siap berlapis-lapis lagi orang parking. Bukan aku sorang rupenye yang tanak drive sebab takut jam terlampau...

Malam tadi incik sayang call ngan suara cuak, "Yanggg! Nape counter kat blog cakap tinggal sebulan je lagi kite kawen??" Cuak laa tu form lom anta kat pejabat agama.. Hehe.

"Alaa counter tu selalu camtu, kalo sebulan lebih, dia genapkan jadi sebulan je. Dalam kurungan tulis berapa hari lagi??"

"Dah tadek kurungan!"

"Apaaaaa!"

Cehhhh counter ni saje nak buat gua cuak je... Jadi ngan rasminya, nyahh kau dari sini. Aku tukar counter lain nanti...

Harini marks my first day with Herbalife. Finally decided to give it a shot walaupun duluuu aku slalu rasa Herbalife ni propaganda je lebihhh. Keh2. So sahur tadi dengan semangatnya aku bangun minum shake dia dengan 1 liter teamix, ngan sebijik kurma untuk amek sunnah je. Kalo sebelum2 ni, mmg namanya bukan aku laa kalo bangun sahur tu... Mungkin hantu rayaku. Hiew hiew hiewwww.

Tadi ingat nak cite panjang lagi pasal produk diet yang aku ngah trai, tapi tak dapat cerita secara best laa dalam keadaan tadek privacy nih! Aumm!

Ok, lenkali sambung. Kat sini client balik kol 4.30pm, so otomatis kitorang pon sama kot. Aku dahlaa sampai lewat giler tadi huahuaaa. Takpe, esok kalo bleh lepas sahur takmo tido dahhh, kalo tak, sure terbabas-babas.

Kalo ikut plan diet herbalife untuk bulan puasa, time buka patut makan samting + tea mix, tak payah amek shake. Jadi persoalannye, apekah SOMETHING yang akan aku makan time bukak puasa nanti?? Pasar ramadhan adalah 15 langkah je dari umah aku. Takut SOMETHING menjadi SO MANY THINGS. Ngeeeeeeeeeee.

Ok, selamat berbuke!!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, August 7, 2010

All Things Brown & Pink!

Every weekend, dalam kepala terpk macam-macammmmmmm yang nak buat, tapi in the end, layan laptop ataupun layan tv jugak.

Aku pk dari tadi nak kemas barang2 lama aku ni, nak buang mana patut. Nanti ada ruang sket untuk incik sayang letak barang2 beliau. Kesian, aritu dia cakap kat aku, dia nak bawak baju dia je, barang2 tak bawak. Tak bes laa camtu, aku nak dia rasa ni pon bilik dia jugak nanti...

Nak tunjuk pelamin idaman yang aku jumpe dalam blog Nora. Ngeh ngeh ngeh. Suke sangattt! Sangat menepati tema pink ceklat aku! Come to think of that, kan ke best kalo aku rajin nak tukar kaler blog nih to pink n ceklat! Nyammm.


I know it's very, very, simple tapi ai laik it so much! Sbb kaler cantek sangattt. Bukan aku nak yang grand pon, aku nak yang cantek kat mata aku je. Tapi takdelaa aku nak amek dari creatively designed nih, mahal plak transportation cost kl-ktn nanti.

Tambah2 sbb bunga pahar dia sejibikkk cam bunga pahar yang aku n kakak2 aku buat. Nak tengok? Ke nak tunggu lepas kawen baru tengok? Ke belum kawen dah tengok? Ke ke ke?

Ok fineeeeeee. Uploadlah. Aku pun tak suke kalo semua simpan time lepas kawen, by that time dah tak rasa teruja sangat nak tengok gambar dah. Memang laa tak seprais time aku kawen nanti, tapi tengok secara LIVE lain tuuu dari tengok lam gambar camni.... *ayat sedapkan hati* Lagipun tak ramai kawan yang kenal aku LIVE bace blog ni pon... Sekelumit cuma


Sebenarnye nak guna theme colour pink-coklat ni pon tricky jugak. Certain2 benda mmg tak sesuai gabungan dua warna ni. Contohnye bunga pahar. Buruk gilerrrr bile gune riben coklat sbb dah bunga pink kannnn. Jadi, maybe nanti kena guna gak riben silver kasik dia naik sikit.

Ini kakak aku MMS mintak pendapat haritu. 
Sbb dorang cakap macam suram je.
 Bagus btollll pembantu2 ku ini, update perkembangan siap mms tuh :")

Lain kannn bile gune riben cerah?
Tapi tu laa riben kaler pink ni pon aku tak berkenan gak hahaha.
Nantilah aku revamp sket.

Camtu gak dengan bunga dulang aku. Tak naik giler bile gune riben coklat dengan bunga2 dip n bunga kristal aku. So kesimpulannye, kena berhati2 kalau nak guna warna coklat ni, kalo tersilap gaya, turun seri.

Lagi satu, sape tau kat mana bleh dapat riben murah2 lekas bagitau aku. Ramai kata paling murah kat SSF, tapi riben biasa murahlaaa. Aku tengah carik riben jalur2 ni, tapi biasa jumpa riben jalur2 terus mahal gilerrr.

Tengok? Sebab nak jimat terpaksa buat camni.

Kena gam riben pink atas pink coklat. Leceh...

Okeh, layan cerekarama sambil makan yong tau fu plak. Lama giler Arash Mohd ngan Eja ni tak belakon! I loveeee them!



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,