Friday, December 30, 2011

Moving Out

Jumaat yang lemau dan malas gilerr. Aku tengah berbungkus 3 lapis ni dek kesejukan terlampau kat opis... Kawan aku siap pinjamkan sweater beliau, sementara beliau selamba badak je pakai baju kurung je! Giler kentang. Dahlah lemak bliau sangat kurang berbanding dengan aku nih.. T_T

Malam tadi aku siapkan order tq tags yg urgent2 semuanya kasik setel. Ada yg terpaksa aku minta lanjutkan tempoh nak siapkan order sbb kalut nak pindah wiken ni. Nasib baiklahhhh most of the time dapat customer yg sangat considerate phewww!

Umah bersepah bagai nak rak skang... Bahagian bawah pon baru setel kemas 70% kot. Atas langsung tak berusik lagi. Hopefully Allah permudahkanlah, aminnn! Hari Ahad ni insyaAllah angkut barang semua ke umah baru. Rumah baru yang ekceli rumah abang aku yang dah 10 tahun dia tinggalkan! Wohha! Tapi setiap minggu ada org dtg bersihkanlah...

Incik sayang ekceli ajak tangguhkan pindah umah ke next weekend sbb rasa macam tak ready, tapi aku tak mampu tangguh dahhh. Sangat tak larat nak travel dah dan membayar tol dan membayar minyak. Kalau tak jem takdelaa stress sangat kot...

Ok tu je lah.. Nanti aku citer lagi. Saje apdet sbb mengantuk giler dan sejuk giler dan tak sabar mau pulang hari ni! Ada issue baru masuk tapi ya Allah takde mood giler nak membuatnya! (>.<)












Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, November 25, 2011

♥ Hamis Jalikha ♥

I mean who doesn't love her and her writings? (>.<)

Oleh kerna saya amat mencintai HJ, blog mak n kekadang adik n kakak dia semua aku baca. So one day, aku baca entri mak dia pasal kakak HJ nak kawen. Terus ting!! Keluar mentol atas kapla. Ini peluang nak melebarkan sayap ni.... Dan peluang nak kenal HJ in person ngeh2.

So apalagi, aku terus kontek Kekna (kakak HJ) and cc sama mak dia. Rupanya mak dia yg respond dulu. Aku tanya dia berminat tak kalau aku nak sponsor benda kecik je, tags je pon, pastu aku tinggalkan link to pesbuk gadisjumaat untuk dia cekidaut.

Skali mak dia cakap, "Alhamdulillah, terima kasih sangat... Kita memang cari benda2 yang unik2 ni..." Humble giler okay... Mak dia siap cakap, "Jarang orang2 kita ni yang sanggup rugi dengan cara sponsor orang ni, padahal sebenarnya nanti kita jugak yg akan untung. Mcm ada sorang tu sponsor photography untuk Liana, skarang dia ramai clients dah, dapat bnyk jobs dari orang lain pulak.."

So long story short, finally dia invite aku ke umah untuk diskas2. In return, aku cuma mintak benda kecik2 je sekecik tq tags aku :D - iklan gadisjumaat kat sidebar blog mak dia n kekna, one short entry yg citer pasal tq tags ngan buttons gadisjumaat n yg paling penting tapi aku tak paksa, a brief mention of gadisjumaat's link dalam blog HJ sambil dia menggayakan buttons gadisjumaat di hari persandingan Kekna contohnye.... Nak gak masuk blog HJ tuh! Gahhhh! :D

Cunnye orang anak enam! (>.<)

Kekna si darah manis...


Alisya pon ada.. Comel sgt! :)

Excited membayangkan peluang2 yang akan muncul untuk aku lepas tu! Aku sponsor dalam 1600pcs scallop stickers, setiap satu tu ada tulis 'designed by gadisjumaat.blogspot.com', so I'll reach 1600 people, pastu 1600 orang ni mungkin akan tunjuk tags tu kat orang lain... Jadi numbernya aku yakin bisa berkembang, finally yang penting, translated into profit! Ewahhh...

Mak HJ cakap dia nak kurangkan bajet doorgift ni, dan lebihkan bajet pada makanan, so dorang just bagi lollipop macam famous amos tu. Kat situlah tq tags aku akan dilekatkan..

Cam gambar ni, tapi diorang punye bentuk love.


Aku sampai umah dorang ni ekceli dalam kol 10pm. Lambat sbb mak dia bizi hantar order, so dalam pukul 10pm baru ada kat umah. Memule tu tipis dah harapan nak jumpa HJ sbb dia dalam bilik tengah tido. Tapi nasib baik mak dia suruh adik dia kejutkan jugak sbb nak suruh HJ carikkan source file untuk label Collagen Dust yang mak dia nak order dengan aku! Yaaa aku! Annoying takkk... :D


Ni transparent sticker ni, skali order terus 1100pcs... T_T Aku rasa mak dia jenis taknak makan budi orang sangat kot, sbb tu dia order sticker untuk botol collagen dust ni dari aku untuk contra dengan yg aku sponsor tu kot... (-_-")

Then finally! Hamis Jalikha keluar menayangkan diri. Aku first time tengok rasa berdebar-debar giler, boley tak?? Hahaha... Cunnnn.... N flawless... N tall n slim... Ntah cemana prasaan orang yg jumpe dia hari2... Laki tengok lagilaaa kot.. T_T

Tutup muka sbb malu muka baru bangun tido. Hehee slamber je aku snap, tatahan! :D

Okay tu je! Mak dia invite jugak aku datang majlis tu nanti... Hopefully dapat amek gambar ngan Hamis banyak banyak banyak lagi! Sukaaaa! :))



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, November 24, 2011

Exhausted.

Lately rasa penat gilerrrrrr. Awal2 dulu penat tapi under kontrol lagi, sbb maybe aku belum bizi lagi kat tempat keje.

Tapi skang, dari pagi sampai Maghrib aku fokus mengadap coding, berfikir dan terus berfikir, so by the time nak balik tu aku dah rasa tak larat sangat nak drive balik. Jauhhh...

Sri Gombak to Glenmarie Shah Alam jaraknye 38.3km, kalau tak jem langsung dalam 1/2 jam bawak laju dah bleh sampai... Tapi time2 biasa datang keje tu dalam 1 jam gak lah travel. Balik plak antara 1-2jam. Warfff....

Belum cakap lagi pasal tol yg antara faktor menyesakkan fikiran jugak. Pegi balik RM9.90 sehari. Minyak dalam RM70 seminggu. So sebulan dekat RM500 habis kat travel je...

Tapi nasib baiklah semua ni insyaAllah sementara je... Awal bulan 1 insyaAllah kitorang pindah duduk dekat umah abang aku kat Bukit Jelutong. Abang aku n family dia semua duduk kat Arab, n dorang pon belum ada plan nak back for good to Malaysia bila, so aku dengan tak malunye tanya dia, bleh tak aku dok umah dia. Sebab selama ni dia tak pernah sewakan umah tu kat sesape pon. Cuma kakak ipar dia ada datang every week tolong kemas2 umah...

So dia akan balik 19/12 ni n kemas barang2 dia letak setempat, then aku blehlah pindah ke umah dia tu. Hopefully semua berjalan lancar. Aku dah tak sabar sangat nak pindah niiii.... :(

Aku rasa performance aku as a wife makin teruk dengan lifestyle cam skarang. Smalam sampai2 umah aku terus naik ke bilik terus tido. Aku taknak pk ape dah, aku tak sediakan makanan pon kat incik sayang. Yang aku pk cuma nak hilang kejap dari dunia ni. Sampailah dia naik atas n tengok aku tido. Dia usap2 n tanya aku demam ke?

Aku cakap, "Boleh tak yayang nak tido... Yyg tak larat sangat." Then dia cakap, "Okay... B nak turun masak." Aku rasa incik sayang nak suruh aku masak tu tapi aku tak offer diri pon nak masak. Walaupun aku tau dia bab2 lain dia bleh tolong tapi bab masak dia mmg nak aku sediakan untuk dia. Tapi smalam, aku pk, biarlah dia masak sendiri malam ni... Biarlah.. Aku taknak...

So harini dah rasa cukup rehat, tapi sampai skang aku rasa bersalah n rasa tak bes giler sebab tak siapkan makanan untuk dia smlm... Failll sangat... T_T Cemana caranya nak jadi superwoman yg lebey gagah lepasni?? Wuuu...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Tuesday, November 22, 2011

I Found Myself Googling 'How To Get Pregnant Quickly' (-_-")

Dah mula rasa berdebar-debar pasal isu pregnancy ni, tambah2 plak baru2 ni tengok cerekarama kat tv3 yang bertajuk PAYUNG EMAS tu... Ngeeee. Mulalaaa dalam kepala macam2 dok pk ngeeeeee...

Abah in law dah mula tidak senang duduk nampaknye bile aku masih takde tanda2 nak pregnant. Orang tua tidak sudi paham ye kalau kita kasik hints pasal family planning ni.. Tapi yelah, kitorg pon planning to get pregnant after setahun, so skang dah kawen setahun sebulan. So silelah bersabar abah...

Aku paham keadaan Abah aku cemana, anak dia 2 orang je, adik ipar aku plak belum kawen. So satu2 harapan dia untuk mendapatkan cucu adalah melalui aku juga adanya.... Aku! Ya aku! Wuwuuu. Belah aku lain, mak aku dah ada 30++ cucu so tidaklah begitu heran adanya bila aku pregnen nnt kot...

Yang aku paling kecik ati aritu time lepas solat subuh jemaah pagi raya puasa, time doa tu, dia terang2 doa cakap, "Ya Allah... Kurniakanlah aku seorang cucu ya Allah...." Dia doa sambil nangis time tu. Aku ni dengan sedeynya sbb raya pertama kat umah mertua, tambah sedihnya lagi bila dia doa camtu... Cam aku ni tak mampu je! Terus pas smayang tu naik atas slow2 masuk bilik pastu nangis dan nangis berbackgroundkan music dalam hati - Dalammmm dingin subuh, hatiku terusik... Kenang nasib diri di rantauan...

Sampai satu tahap aku dah macam Charlotte dalam one of the scenes in Sex & The City. Slalu alert dengan symptoms time ovulation, pastu hitung waktu2 most fertile etcs lantas menarik incik sayang, macam we have to have it tonight!! Gaahhhh! Technical sgt ok, untuk sesuatu yang sepatutnya berjalan secara natural! (>.<)

Then baru ni, ada sedara mara belah incik sayang tanya2 aku dah pregnant ke belum. Yang tu tak kisahlah. Tapi bila siap bagi suggestion pergi berurut peranakanlah... Apa lah... Aku macam aik? Boleh bertenang tak kawan-kawan semua? Agak stress okay... :-|

Apa pon, semoga Allah bagi rezeki baby kat aku dalam masa terdekat nih. Supaya parents aku lebey bahagia, dan aku pon ofkos rasa nak sangat tengok diri sendiri pregnant n merasa dapat anak muke gabungan incik sayang n aku! Dan harapnya dapat bawak baby skali dlm perut time gi umrah insyaAllah bulan 3 ni... Amin!

Thursday, November 10, 2011

Bus To Tempe.

Dulu kalau jalan2 kat tengah2 bandar Sydney, selalu nampak bas ke Tempe. Dalam hati, "Oooh... Ada tempat kat Ostolia nama Tempe? Hihi..". Gelak sendiri dalam hati bila word 'tempe' kat tempat kita ada maksud lain kat tempat orang...

Kalau sekarang macam 12 tahun lepas, dah lama aku amek gambar bas tu n post kat facebook wall jadi bahan gelak ketawa.. Kes kes...


So harini bila aku tengah nak mengkhatamkan entries kat blog ni, aku nampak blogger yg sgt talented nih asal dari Tempe, aku konfiden dahhhh, ni mesti orang ostolia ni!

Rupenye kat US pon ada Tempe... Muhahahaha!

Mana ntah diorang ni dapat nama Tempe? Yang aku tau tempe sedap bangettttt, tahap makan hari2 pon tak kisah! :D



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, November 9, 2011

Cerita Interview.

Hari yang baik untuk apdet blog! Office lengang n tarak keje mashuk... :D

14 Oktober lepas bermulalah episod baru aku kat tempat keje baru. TUJUH interviews aku pergi... Interview ke tujuh baru aku dapat... Huahuaa T_T. Time fresh graduate dulu pun tak seramai ni interviews yang aku pegi. 5 out of 7 interviews tu semua tanya soalan technical. Macam exam pon ada. Contoh soalan macam, "What is data dictionary?", ataupun "What are the steps to upload using BDC?" Fuhhhh.

Masuk interview ke 7 tu mmg aku dah down, rasa cam loser habis, rasa malu pun ye, pastu rasa konfem tak dapat lagi ni.... Mmg rasa taknak attend. Tapi kerna incik sayang kuturutkan... At least cuba kan?

So aku pegi je laa interview tu. Sampai2 kat bangunan ni, terdetik lam hati aku, "Woahhh kalo dpt keje sini, bangganyeee!"



Credit to: shahalamcity.com





Credit to: http://firdausrosli.wordpress.com

Sekali mmg dapat! Gagaga... Dari time interview lagi dah dapat hints yang aku akan dapat keje tu. Pastu interview pulak seronok giler, bergelak ketawa je dgn 3 interviewers time tu, dan takde technical interview! Jadi aku amek peluang tu untuk 'menjual diri' secara besstt! :P

Aku interview tu hari Jumaat, isnin tu dah dapat good news dah... Finally! So bile dorang offer dengan gaji yang sama dengan gaji last aku kat kompeni lama, aku pasrah je lah... Wpon basic salary naik, tapi allowances kurang, so in the end total dia sama je... T_T Aku rasa Allah dah tetapkan kerja ni yang terbaik untuk aku, sebab tu aku tak dapat keje lain n dapat keje ni...

Ada one of the interviews yang aku pergi tu, dia siap gelak kaw-kaw kat aku sbb aku takleh jawab soalan dia. Siot tak? Mmg lah bila kita dah experienced giler, kita rasa soalan semua senang2 je... Mamat2 tu dah experienced dalam 9-10 tahun, betapa jauhnye gap kalo nk bandingkan ngan aku yg 3++years of experience ni... Hangen je. Kalau taknak aku takpelah, tak perlulaa nak gelak2 ishk ishk... Mmg alhamdulillah tak dapat keje situ, takmo aku keje ngan orang with that kind of attitude... :-|

So in the end, sebenarnya aku rasa Allah kasi kerja yang paling sesuai dengan jiwa aku, yang aku rasa bleh stay untuk jangkamasa yg lama... Nak rasa colleagues macam family, nak ada aktiviti2 bes ngan colleagues, nak keje kat satu tempat je, bukan merata tempat ikut projects macam kompeni2 lama b4 this, barulah aku rasa belong to the company... N baru rasa sedia to start a family.

Workload pon setakat nih normal je. Tak terlalu sibuk, tak terlalu free. Okaylah kalau begitu, Alhamdulillah atas kurniaan rezeki...




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, November 4, 2011

Bukan Adnan Sempit.

Rasa perlu meluahkan... (>_<)

Awal malam tadi lepas balik dari jalan2 kat Mydin USJ, tetibe eksiden sikit kat traffic light.
Orang depan aku stop. Aku pon stop laa belakang dia kan.

Tiba-tiba aku perasan kete dia makin mengundur-mengundur... Masa tu jauh lagi jarak aku ngan dia, so aku hon-hon banyak kali tapi takde effect. Bile last minute sangat, time aku tengah berkira2 nak reverse sikit, tiba-tiba bam!


Selamatlah sudah bontotnye mencium depan Chuck... Aku ingat nak teruskan perjalanan je, sbb aku rasa impact eksiden tu sikit sangat. Tapi orang depan aku bagi signal suruh berenti tepi jalan... Aku pk, "Oh, dia nak mintak maaf kot..."

Bila sampai kat tepi jalan, aku tengok driver dia orang melayu in his late 20's camtu, keluar kereta dengan kawan lelaki dia lagi sorang. Aku tengok kete aku okay, n kete dia pon okay, so aku tanya, "Hehe. Tak prasan ke saya hon banyak2 kali tadi... Nape kete mengundur tu...", kata aku dengan riang ria.

"Eh saya tak mengundur lah, akak yang mari ke depan..."

"Aik? Manade.... Akak brek abis, akak tengok kete awak makin mengundur...", amagaddd.... Apekah ini! Time ni jantung aku dah lari pecut dah. Macamana samting yang kita rasa sangat yakin bukan salah kita, tiba-tiba jadi macam salah kita pulak ni?? Wuuuu...

"Ishk saya kete auto, mana saya masuk gear reverse tadi..."

"Yelaa mmg tak masuk gear reverse, kete awak yg mengundur sendiri..."

"Eh, doklah kak, kete auto. Takkanlah tiba2 saya mengundur..."

"Iyaaa... Mengundur... Akak nampaklah... Tu yang akak hon banyak2 kali takkan tak sedar kot..."

Dia diam macam berfikir kejap. Pastu dia cakap, "Tak... Saya kat gear N tu... Tak gerak lah..."

"Ishk tapi akak yakinlah akak nampak kete awak mengundur... Mestilah jalan tu tak rata.. Akak nampak space depan kete awak tu makin besar, maksudnya awak mengundur laa."

"Dok kak... Mana ada...". time ni kawan dia pon ada menyampuk2.

"Abestu nape bile dah langgar tu awak pegi ke depan? Maksudnya mmg ada space laa depan kete awak kan..?"

"Dokkk, tu sbb lepas kete kena langgar, jadi kerete melompat ke depan..."

Blablabla ckp pasal undur-tak-undur-tak... Time ni bumper seblah kanan dia makin jatuh. Tadi nampak takde apa sangat. Pastu last2 mamat tu cakap, "Doh, takpolah kak, doh kak kato sayo mengundur...", kata dia penuh sopan. Kesian pulakkkk bila melalui situasi begini dengan orang baik2 camni.

"Ala... Jgnlah camni. Tp itulah yg akak rasa tadi... Sbb tu akak hon-hon banyak kali... Takkan akak hon bila akak sendiri yang pergi ke depan kot..."

Blablabla, aku masih rasa bukan salah aku. Yelah, sapa yg nak menyalahkan diri sendiri kan. Dalam masa yg sama, aku terpk2 jugak kot ada possibility aku yang menuju ke arah dia. Kot laa aku still dalam gear drive wpon aku tak tekan minyak kan... Adakah aku berhalusinasi?? Warff. Tp seriously, takkan aku tak tau beza bila aku yang menghala ke arah dia, dengan bila dia yang menghala ke arah aku? Warffffff sakit kepala malam2 camni bila cuba recall exactly cemana keadaan time eksiden tadiiiiiiiiiiii... T_T

So last2 aku tatau nak buat apa, aku mintak no. phone dia tadi, aku kata biar aku pk dulu. Then dia suruh aku miskol dia. Aku miskol je laa. Dahlah time2 camni laa incik sayang outstation, padahal bukan slalu pon bliau outstation tsk tsk....

Eh tapi aku rasa taklaa... Kita mmg bleh beza bila kita yg menghampiri kenderaan depan, dengan bila kenderaan depan tu yg mundur ke arah kita. Buktinya time traffic jam tu, aku sentiasa sedar je kete depan tu benti, n aku yg menghala ke arah dia. Kalau dia yang mengundur, keadaan dia lain. Tapi, biasanya bila kereta kita berundur ke belakang tanpa sengaja, mmg kita tak prasan kan??? kan?? T_T

Tengok aku dah cakap ulang2 pi mai pi mai tang tu jugak... Serabut okehhhh... Terpk nak 50-50 share tapi incik sayang cakap jangan sbb mamat tu yg gear N, so mmg ada possibility dia berundur... Warfff... Semoga Allah bagi hidayah kat mamat bernama Adnan tu bahwasanya beliau yang mengundur... Dan semoga benda ni betul2 bukan salah aku... :((



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Tuesday, September 20, 2011

An Early Dream Come True: Episode 2 on WHI!

Internet selo GILERRRR smalam n blogspot takbleh masuk.... Plus sangat bizi. So tak dapat mengotakan janji pasal episode 2 nih untuk update hari Isnin... Sori!

Sebenarnye 888th follower tu bukan someone famous pon... Dan Inaz, bukan Shaheizy Sam tau! Hahaaaa kelakar... Tapi someone yang bermakna sangat untuk aku! Nama bliau Azli, dia producer untuk program Wanita Hari Ini! Hahaaaa ok so dah tau hala tuju cerita ini skang kan? :D





Aku rasa senang bekerjasama dengan Azli ni, people-person sgt dia nih. Sms semua dia layan. The kind of person yang bile kite jumpe 1st time terus rasa okay. Dia kata dah lama jumpe blog aku nih taim dia gugel for something... Then dia btol2 tertarik dengan design button badges aku. Tapi sbb time bulan puasa n raya format WHI ditukar sket so takde segmen kraf, so right after raya barulah dia bleh invite aku untuk jadi guest dalam WHI...

Tapi before raya lagi dia dah contact aku laa tanya interested tak nak masuk Wanita Hari Ini? Ofkos nakkkk aku cakap. Hahaaa... Punyelaahhh simpan sendiri je n bagitau kat family n bestfriends je, sebab takut tak jadi... Kang malu sekampung hehe. So simpan je laa untuk diri sendiri walaupun dalam hati bagai nak meletup, kerna meluap2 nak citer gahahaaaa... :D

Tapi mmg patut aku tak citer pon, sebab memula dia invite aku jadi guest untuk segmen kraf tu on the 14th (14/9/11) tapi tak jadi. Ingatkan tak jadi terus... Tapi last2 dia invite untuk 19hb 9 punye yakni smalam.


Kalau nak tengok gambar lagi, sile pegi kat facebook je: http://www.facebook.com/gadisjumaat sbb internet aku masih slow gilerrrr untuk aplod photo... Video pon sampai skang tak dapat nak aplod :(

Memule aku nak setup barang2 aku kat studio, n memule jumpe dua2 hosts di atas, dorang nampak sombong sikit n tak berapa friendly. Maybe sebab dorang sibuk short rehearsal sesama sendiri time tu, so dah tak berapa nak peduli pasal orang lain. Tapi lepas tu bila Azli sendiri yang kenalkan aku n broke the ice, then tunjuk buttons yang aku buat untuk dorang - ada cartoon n nama dorang - dorang terus went all bubbly n start camwhore dengan buttons tu hahaha...

Puas hati...

Bile dah habis on air pon, dorang sibuk mintak aku buatkan bookmarks untuk diorang daripada items yang aku sediakan untuk demo, n ada crew pon mintak bookmarks tu dengan aku. :)

All I wanna say is it was really an 8-minutes fame.. Right after the show aku dihujani SMS, emails, notifications kat page gadis jumaat (GJ) n personal facebook aku, semua tanya macam2... Jumlah orang yg like page Gadis Jumaat daripada 1000 meningkat naik 1500 dalam masa 2 jam. Skang dah ada dalam 1800 dah and the number is still growing. Notifications pon sama... Best giler okkk, macam buat advertising... Aku sempat tanya Azli, dia kata rating per day utk WHI dalam 600k viewers. Ramai tuuu for a weekday show!

The whole experience mmg bermakna giler2 untuk aku... Sbb itu kira testimoni yang cukup kuat untuk customers aku, so takde timbul persoalan 'bleh caya ke blog seller ni?' - things like that. So hopefully Allah buka lebih banyak rezeki aku, sbb aku masey jobless n aku tak rasa aku mampu nak buat keje ni full time pon... Sbb tu aku masey mencari keje skang nih.... :))

Okay! Tu je nak cite. Daaaa~~



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Monday, September 19, 2011

And Another Loss.

Day 2 lepas kehilangan kucen paling kecik - Kenit nama dia.

Bila sunyi2 n sendiri camni aku rasa sedey giler... Sedey dia dah takde. Sedey sangat tak dapat tengok aksi comel dia, yang aktif main setiap masa.. Dan manja giler giler giler... Rupanya makhluk sekecik tu yang Allah pinjamkan untuk kita bleh bagi kite this much impact.. :((

Ceritanya, smalam time nak gi open house umah membe aku, Chuck takbleh start. So incik sayang nak alihkan kereta dia ke depan kereta aku untuk jumpstart... Time nak alih kete incik sayang tu laa, kitorang tak teringat langsung pasal si kenit, yang biasanya mmg kalo kitorg nk keluar dia akan sama rushing nak naik kereta... Tapi recently dia mmg suke dok bawah kete. Orang dah start kete pon dia takmo lari... Tapi dia camtu cuma dengan kete aku atau incik sayang je... Kete jiran2 semua dia takde prangai camtu...

So time nak alih tu laa Kenit kena lenyek kat bahagian kepala... Aku tak prasan langsung dia kena ekceli. Sedar2 nampak dia summersault 2-3 kali macam tengah main dengan samting - tapi taim tu aku terpk dia kena gigit semut gatal sbb nampak cam terkejut-terkejut... Rupanya time tu dia tengah nazak, n few seconds after that dia dah terdiam...

Bila aku tengok dia terdiam tu laa baru aku terpk dia kena langgar ngan incik sayang...

Incik sayang pon tak sedar, terpinga2 je bila aku tanya, "B langgar Kenit ke??"

Lepas tu jgn cakaplah, aku dah paham ape yg jadi. Badan dia tak gerak langsung dah... Aku dah bising nangis taim ni. Sedey... Incik sayang tak brani nak dekat aku sebab tak sampai hati tengok aku. Dia mintak maaf tapi, bukan salah dia, mmg qada' dan qadar dah... Tapi ishk aku takleh lepas salahkan diri sendiri sebab lupe nak cek bawah kereta... I should've checked at least... Sian sangat dia mati camtu...

So skang tinggal 2 ekor je kucen aku, tapi dorang berdua dah besar, so tak manja n playful sangat. Haih.... Tapi bersyukur, at least ada 2 ekor ni. Dan kena bersyukur jugak sebab orang lain yang hilang anak, hilang suami semua, lagi besar dugaan diorang kan... :((


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, September 16, 2011

An Early Dream Come True: Episode 1

Lama gilerrrrrrr tak apdet blog! Walaupun tengah jobless skang tapi macam2 nak buat...

Aku sentiasa apdet dengan berapa ramai orang yang like page aku Gadis Jumaat Art Cetera tu tau... So ada satu masa tu, aku tertunggu2 siapalah follower no. 888 aku... Dah takde keje kan, saje monitor nombor2 cantek heheee... Dan terpk nak bagi mystery gift or something pon ada, tapi last2 tak terbuat sebab konon bizi dengan project last ngan petronas before aku resign haritu...

Pastu last2 dah sampai ke angka 888 tu, tau sape yg like page aku? Tau sape? Anda tau???

Di sinilah part paling boring aku nak cite - bersambung di episode 2............. Huahuahuaa... Sile tarik rambut orang seblah anda skang!!!!!

Episode 2 insyaAllah akan menemui anda on Monday 19/11 ni, aku akan cerita baekkkkk punye... :D

Hint: Beliau adalah seorang lelaki... :D





Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, August 4, 2011

Birthday Time Bulan Puasa Tahun Ni...

Tahun ni 2 Ramadhan = 2 Ogos bersamaan birthday aku beb... Dah 31 tahun umur aku tahun ni. Entah berapa lama lagi Allah akan pinjamkan umur untuk aku.

Dalam Ramadhan giler takde feel nak makan kek. Sebab tu aku awal2 ckp kt incik sayang takyah beli lah kek, rasa tak seswai sangat mkn kek time bukak pose. Lantas beliau pon beli kfc. Pon tekak aku tak brape teringin, tapi makan aje... Bulan2 puasa camni, mknn2 kat bazar ramadhan lah yang paling menerujakan..

Pastu dah beli kfc banyak2, rupenye mak mertua aku pon masak signature dish bliau - mi rebus jawa yang sekian lama jadi dambaannnn! Aku dalam hati punyelaaa mengharap bliau buat mee rebus jawa... Skali mmg btol2 buat bahahaha... Dap dap dappp!

Slain mi rebus jawa, rupa2nye adik ipar aku belikan jugak kek. Bliau cakap mana bleh takde kek.. :") Mmg rasa dihargai sangat, tapi smpi skang aku tak sentuh lagi kek tu huhu.



Penuh meja makan time bukak puasa 2 ramadhan tuh... Fuuuhhh...


Tapi puasa kali ni aku rasa betul2 lain... Rasa macam puasa time budak2 dulu je T_T Aku baru je ganti puasa sebelum ramadhan ni, tapi langsung tak rasa penat. Betullah bulan ramadhan nih banyak keberkatannye, sbb tu dugaan pon lebih... Badan rasa lembik giler. Sampai lepas bukak puasa pon aku rasa lemah gemalai sangat.


Pukul 10/11pm dah padam. Letak kepala kejap je dah gone with the wind... Kalau tak aku ni jenis susah nak tido... Tu pun tido kat ruang tamu je sampai ke pagi sbb mmg tak larat nak bangun naik ke atas bilik walaupun incik sayang dah kejutkan. Customer punye order aku tak sentuh sangat, cuma lepas bangun sahur sementara tunggu nak gi kerja tu lah baru aku sentuh sikit.


Pagi tadi aku terjaga tengok incik sayang kemas-kemas rumah, basuh2 baju... Sian kat dia :( Sahur pagi tadi pon kitorang makan kfc balance birthday tu. Btol2 rasa lemah lain macam. Tskk aku harap tak berlarutan lah perasaan ni.. Harap awal2 ramadhan ni je lah...


Side bisnes memberangsangkan. Ada order yang aku terpaksa tolak sbb tak sempat. Order utk button badges pon aku stop amek sbb tak cukup masa nk buat design etcs. Okay yelah kan, kalo ikutkan mmg boleh carik masa untuk buat tu, tapi maknanye kuranglah quality time untuk bermalas2an dengan incik sayang lepas balik keje tu sbb dok mengadap thank u tags je kan... So takpelah aku tolak sikit2. InsyaAllah adalah rezeki lagi tu...

Skang pon order thank u tags dalam tangan ada dalam 6000++pcs! Giler banyak tu... Mmg Allah tengah tolong aku sangat skang ni... Allah jawab doa aku supaya pintu rezeki aku dibukakan seluas2nya.. Balik kuantan ni nak mintak tolong kak da buatkan jugak. Semua nak kena siap before raya.. Ada lagi yang order tapi aku belum print. Fuhhhh. Cuak gak nih.


Pasal kerja, blom dapat interview pon lagi. Ada beberapa agent dah call nego gaji dengan aku, dan resume aku dah diforwardkan ke pihak yang berkenaan tapi belum ada news apa2 lagi. Harap sangatlah dapatttt keje tu... Aku mintak contract positions je skang sbb gaji masyukkk...


Okehlah! Slamat menjalani ibadah puasa kalau ada yg baca entri aku dr blog bersawang nih... Till then n have a greattttt day! :))


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Tuesday, July 19, 2011

Lemon Icecream Cheesecake, Yummeh!

Kek ni aku buat khasssss untuk mader in law tersayeng time birthday bliau hari sabtu lepas, bersamaan dengan birthday Dr. Fadzillah Khamsah. Haha perlu ke bagitau semua orang? :P





Beday girl n beday boy bulan lepas.. Hehe

Memang puas hati buat... Mak aku mmg penggemar aiskrim tegar. Adik ipar aku report ckp lepas memasing dh rasa malam time dinner sesama tu, esoknya mak dah habiskan sorang2 kek yang aku buat tu.. Haha! Birthday girl okeh, kasik can laa, hari dia... :P

Ni plak dinner special malam tu... Mak aku teringin benor nak buat nasik ambeng untuk menantu dia ni rasa hinss hinss (perasan..) hehe...


Aku aplod ni sebab ija takleh masuk pesbuk dan tak dapat mms aku... Lantas aku apdet ni semata2 untuk bliau okeh! Harap maklum! :D


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, July 14, 2011

Khabar Dari Tingkat 61

Lamanyeee tak apdet belogg!! Memang takde apa nak cite sangat pon kecuali aktiviti2 boring mengadap kerja kat opis. Aku rasa mata aku ni makin hari makin rabun... Berpinar2 bile tengok skrin, n lately petang2 selalu pening sampaikan boss pon cakap, "Aik ni macam mana ni, muda-muda dah tak nampak..." T_T

Tengok kiri-kanan, bos aku macam takde dari pagi tadi ni... Itu yang terasa nak apdet blog sambil dengar lagu Aizat Amdan - Sungai Lui.

Skang aku dalam mode agak menggeletar lutut sebab belum dapat kerja baru ni. Awal bulan haritu aku dah tender resignation, so skang aku ada tempoh kurang 2 bulan utk dpt keje baru. Sengaja aku tak tunggu dpt keje baru dulu baru tender, sbb biasanya SAP nih kalau nak pakai orang, dan-dan tu jugak nak pakai... Tak tunggu abis notice period. Cam kawan aku pon kena bayar penalty gaji sebulan sebab dia kasik notice period sebulan je..

Risau gak nih, blom ada employer yg pggl utk interview. Cuma haritu ada agent yg call aku tanya interested nak join IBM tak? Aku kata interested je... Cuma kalau diberi pilihan, IBM nih sebenarnye bukanlah kompeni pilihan sbb aku pernah keje ngan team dorang, mmg all work n no play lah... Workaholic banget. Dorang sendiri cakap, IBM tu stands for 'I Balik Malam' T_T. Then dorang ckp, company tu tak prefer nak amek perempuan yg dah kawen sbb konpem takleh slalu nak stayback kan...

Memule tu aku target nak join HP Cyberlala tapiiiiii silap percaturan. Member aku siap nak adjustkan untuk aku dah. Memule agak konpiden bleh get through sbb member aku cakap, dorang mmg nak amek ex-UTP. Sekaaaaali bile aku hantar cv, rupenye dorang cuma nak amek junior abaper je, bukan intermediate level cam aku. So skian trima kaseey... So kalo aku dpt join pon, gaji sama cam gaji skang je laa.. Jadi apelah maknanye lompat kompeni kan... :(

Skang ni aku main apply je termasuk kat Singapore, tapi contract positions macam utk 6 bulan camtu je laa, aku pon takmo long distance relationship dengan incik sayang weh...

Oh aku tak cite kan apa yg motivate aku untuk membarbie-buta tender resignation sebelum dpt offer lain kan? Hmmmm... Kalau org tanye biasanye aku jawab, sbb kat sini, salary selalu delay je, pastu claims pon tak bayar2, jadi menunjukkan company ni agak kurang stable kan... Senang cite aku jawab camtu je laa.

Tapi hakikat sebenarnye aku rasa, sbb aku stress dicampakkan ke projek ni... Aku tak suke org tengok aku as someone yang mudah givap, sbb tu laa aku tak cite soal2 stress ni bile org tanye 'nape nak berenti'. Tapi seriously, imagine bila 3years++ aku punye experience in A, aku dah rasa terer sket dah in A, tetibe kena buat B, yang aku mmg clueless abis, cuma ada sikit-sikittt je sama dengan A. Mulalaaa aku rasa mcm fresh grad smula.. Tak bes langsung ok. Dahlaa kat sini tight datelines manjang..

Fuh apepon, harapnye this is all for the better. To quote ex-colleague aku - 'tak lompat, tak naik gaji'. Sungguh tepat sekali. Harapnye adalah employer yang sudi hire aku, dan harapnye takyah pindah2 dah laa lepas ni... Penat okay nak go through interviews..

Okeh! Mintak doakan aku (lagi) ek... :))








Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, June 11, 2011

The Bitter Part.

Pernah tak bile tengok muka someone, kita terus dapat teka yang dia ni macam bermasalah je? Pernah tak? Tapi setakat teka je laa, tak semestinya btol kan...

Ada someone kat opis ni, aku tak sure dia orang Petronas ke iperintis, dari awal kenal aku rasa macam tu lah... Yang buat terkejut tadi bile aku dengar dia memarah kat fon time lunch hour, to someone yang aku rasa husband dia sendiri: "You boleh jangan ceramah tak? Setiap kali call pon nak ceramahhhhh je! Orang tengah banyak keje dia nak ceramahhh plak!" Fuhhh dubdab dubdab aku pasang telinga!

Tiba2 incik sayang call pulak.. Jadi tak dapat dengar ape dia cakap lagi. Rasa macam nak suruh incik sayang call back later pon ada! Hahaha punyelaa teruk...

Haritu pon aku penah dengar dia cakap kat tepon dengan bibik dia, memarah cakap, "Kamu pergi mana tadi? Saya tak suka kamu keluar rumah time saya takde, okay??", dengan suara tegas dia. Fuh...

Aku personally sangat against perempuan yang suka cakap kasar, apetah lagi mencarut2. Tak berkenan benor... Macam hilang segala kecantikan dia bila dia cakap macam tu.

Dalam citer Imam Muda pon aku tengok pasangan suami-isteri yg muka dorang diblurkan, punyelaa rancak bergado cakap AKU-KAU depan2 calon Imam Muda yang nak bagi kaunseling kat dorang. Aku serious takleh terima laa bile tengok benda2 camtu... Jadi sakit hati sangat.

Nape sampai boleh bergado camtu dengan orang yang kite sayang?

Memang lah masing2 ada amarah sendiri.. Tapi ishk. Speechless sungguh. Mintak Allah lindung aku ngan incik sayang daripada benda2 camni, cakap ikut lepas je camtu. Memang laa gaduh tu lumrah, marah2 pon lumrah, tapi takmo laa berperang mulut giler2 camtu... Walaupun tengah marah giler, kena ada sikittt lagi rasional at least, supaya tak cakap benda2 yang orang akan ingat seumo hidup, yang kite cuma akan regret later...

Pastu baru2 ni ada sorang blogger famous tu, dari gaya dia bercerita nampak macam dia dah bercerai je. Tapi tu laa, tak sure gak. Dahlaa bliau cun... T_T Aku takleh pk, cemana orang2 yang bercerai ni melalui hidup dorang yang baru? Buat rutin yang luar dari rutin biasa dorang, biasakan diri tak tengok muka yang sama setiap hari... Tak ke rasa luar biasa sangat tu? Pening bile pk... Patutlah tiang arasy sampai bergegar... Nauzubillahuminzalik!

Aku suke bile mak Hnszlkh cakap, walaupun suami bliau tu agak panas baran, tapi dia pernah cakap, walau terjadi apa pon, dia takkan lepaskan mak hanis. Jadi mak hanis pon somehow kena sesuaikan diri dia dengan apa jua keadaan, sebab dia tau walau dia buat cemana pon, dia takkan dilepaskan. So, baik dia usahakan supaya dia ngan husband dia bleh work things out jugak kan...


Bila benda2 camni jadi kat sekeliling aku, btol2 mengingatkan aku betapa temporary nye semua benda kat dunia ni. Stiap kali pegang muke incik sayang, tengok muka dia, I can't help but wonder, berapa lama lagi aku ada dia di samping aku? Berapa lama lagi dia akan okay bile aku pegang muke dia camni? Berapa lama lagi dia akan sayang aku camni? Atau berapa lama lagi aku akan sayang dia camni? *sobs*

Kalau bukan berpisah dunia pon,  mungkin berpisah nyawa pulak.. Main point kat sini, perpisahan itu satu kemestian.

Terbaik yang kite boleh buat, berusahalah untuk tunjuk betapa kita menghargai orang kesayangan kita sementara kita masih ada mereka ni. I learned my lesson the hard way when I lost my father, exactly 2 years ago...







Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, June 4, 2011

Pameran Kerja Kahwin 2011

Ewahhh tajuk yo-yo-an je! :D

Takde, takde... Nothing big. Macam yang aku cakap aritu, aku menempel je kat Pameran Kerja Kahwin kat Jalan Conlay tu... Tapi yang jadi excited apdet tetibe malam2 ni sbb terjumpe secebis gambar kat facebook kawan kepada akak coklat yang ada booth kat situ tu:


Chocolate wrapper dalam bakul tu design aku! Dan dalam album dan thank you tags tu sumer yang aku buat.. Haha seronot! Orang yang tak pernah join pameran, camnilaa eksaitednye. Skali masuk pameran rasa tersipu2 gitu hah hahhhh.... Aku tengah tunggu akak coklat tag gambar yg lebih clear nanti ni, skang bliau sibuk bercoti...


Ini plak sebahagian daripada latest order untuk customers aku:

Buttons ni bile dah siap kaler merah tu nampak bangkitt sangat, geram!



Yang ni plak thank you tags ngan chocolate wrappers.
Customerku request suruh ikut saiz chocbar cadbury yang paling kecik tu...


Ni, walaupun takde orang tanya, aku just nak bagitau... Sbb aku rasa ada beberapa orang yang indirectly tak pueh ati sbb barang2 yang aku jual tu bagi diorang tak murah. Ada yg direct je rekemen competitor aku kat potential customer aku.. T_T Kecikkk ati... Sebenarnye mmglah products aku tu aku tak aim to be the cheapest in the market, tapi takdelah paling mahal... Wasatiah gitu... Sebabnye, bile letak harga ni aku pk, aku nak keuntungan yang aku dapat tu cukup berbaloi untuk aku rasa ikhlas n seronok nak menyiapkannye... Takdelaa caj murah giler, last2 kerja pon ala-ala je sbb pk untung terlalu kecik... Macam sesetengah orang.

Nak buat pricing pon sebenarnye sangatttt mengamek masa bagi aku. Bukan simply bleh letakkk je... Kena survey harga competitor, cari supplier yang senang nak deal, pastu deal btol2 dengan supplier, dapatkan n fahamkan btol2 pricing dorang, barulaa bleh come out dengan final price aku sendiri. Sbb kalo terlalu murah, untung tak berbaloi dengan time spent. Kalau terlebih mahal plak, orang taknak beli. Sangat2 tricky okeh. Jadi last2 aku apply formula yg paling efektif yang aku tengok dalam one of the episodes in The Apprentice.. Formula rahsialahhh... :D

Lagipun aku ni bisnes mikro je, so aku lebih kepada middle person, bukan tokei, so ofkos aku tak dapat bagi harga paling murah di pasaran sbb aku takde laserjet printer or anything! Jadi harga aku bergantung pada supplier jualah adanye... Jadi, modal utama aku adalah designs yang aku buat, strategi utama adalah buat designs yang orang akan gerammmmm giler, lantas ingin terus mengorder! :D 

So tu lah dia, semuanya bergantung pada anda... Kalau berkenan dengan hasil kerja aku, besarrr tapak tangan aku menerima order. Tapi kalau tak  berkenan dengan harga (tapi berkenan ngan hasil kerja aku contohnye :P), marilah tawar menawar, ataupun silelah berdiam diri sahaja dan janganlah cuba mencampakkan pasir ke periuk nasik saya yg cinonet ini adanye... T_T

Oh last but not least: June Promo for Gadis Jumaat's Art Cetera!



Cepat order!! More info @ Gadis Jumaat's Facebook okeh! (^_^)



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Monday, May 30, 2011

Kasut Impian Tak Kesampaian!!

Kchingg!!! Shoe Giveaway tuuuuuu!!! :O I mean who can resist pretty, pretty shoes?? Dibuat khasss mengikut bentuk kaki gedabak anda plak tu! Amagadd... Amagaddd! :O

CLICK SINI untuk terus sampai ke entri blog tuan punye contest!
CLICK SINI untuk shopping kat blog kasut2 gojes!
Kasut bleh made to measure plak tu!
Look + comfort, what else would women want? :O
 
Details of the contest yaw:

Cara penyertaan :

1. Ceritakan kepada kami kasut impian anda di blog ataupun di facebook.
- Anda boleh melakar(sketch) sendiri kasut impian anda.
- Anda boleh mencari kasut impian anda dengan cara men'google'.

2. Ceritakan mengapa anda memilih kasut impian tersebut?

3. Anda perlu link blog Absolutelygorgeous By Amy di blog anda.
(jika tiada blog, anda boleh membuat Notes di Facebook)

4. Anda perlu menjadi sebahagian daripada kami iaitu perlulah LIKE di Absolutelygorgeous By Amy fan page.

4. Email kepada kami link entri atau Notes tersebut ke absolutelygorgeousbyamy@gmail.com

Syarat-syarat penyertaan :

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Penyertaan bermula pada 14 Mei 2011 sehingga 15 Jun 2011.
3. Keputusan akan diumumkan melalui Facebook, dan juga email.


Okay ini first contest yang aku join.. Diulangi FIRST! Seploh markah dah di situ sbb mencemar duli! Keskes... Sebelum ni tak pernah interested pon nak join any contest. Before kawen dulu takdenye sempat nak join any contest sebab perasan bizi, nasib baik cik Amy cakap untuk hari raya pon boleh... Yak yak yakkkk! (^_^)

Perasaan saya adalah sangat teruja n tengah dub-dab sambil taip entri ni sebab terlalu excited nak join n at the same time curious nak tau darjah kegojezan kasut yang cik Amy nak kasik kat pemenang nanti... It's not just any shoes you can find in retail stores! It's absolutely gorgeous custom made shoes wei! (>_<)

Ada sejibik kasut impian yang aku gugel dulu-duluuuu time before kawen, yang aku nakkk sangat for my wedding, tapi hasrat tak kecapaian. Nak beli konpem tak mampu, bajet dulu nak DIY je tapi gilokapo nak DIY semuo? Pelamin pon dah diy... Kasut tak larat nak diy dahhhh...

Bukan kasut idaman sebenar.
Ni kasut sanding aku haritu daa...

DIY setakat 'ikat' subang dekat kasut je laa.. Keh keh.
Ada aku cite dalam entri: Ain't Jimmy Choo's.

So inilah kasut impian cun melecun torsobut... Yang ni pon aku penah cite dalam entri ni. Drumroll please!!!!

GOJES BEBENOR KANNNN!!! :O

Cun kan! Cun tahap rasa nak melompat2 kan... Ngahhha... Aku suke gilerrr kasut ni sebab mmg truly unique, my love at first sight, dan takkan jumpe sesenang je tetengah jalan. Takdelaa adegan tersorok2 kasut bawah kaki seluar bile jumpe kasut yang sama tetengah jalan kannn.. :D

Tapi of course kasut ni belum perfect lagi ni.. Kasut impian aku haruslah dalam bentuk peep toe wedges dengan hiasan kat atas dia macam dalam gambar di atas tu. Yang penting keselesaan, so tak perlu terlalu tinggi, paling-paling 2.5 inci cukuplah sabariah... Kalau tinggi sangat jadi khazanah dalam walking shoe closet bersama2 kasut2 yang lain ni jugaklah nampaknye...

Penampakan sosok kasut2 yang jarang digunakan kat belakang boot kete gwe...

Okay, moral of the story, saya mau menang kasut gojes tersebut!! Saya yakin cik Amy bleh buat kasut secantek kasut idaman saya tu!

Trima kasseyyyy!



p/s: Cik Amy, kasut saya saiz 7/8 tau! Mallu ah! :D


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Sunday, May 29, 2011

Romantika Kuantan, Yihha!

Bersiaran dari Kuantan!

Incik sayang kena tinggal 3 hari 2 malam gagagaaa... Sebab bliau kena teman mak bliau pegi menghantar orang bertandang, so aku hantar satu perwakilan cukuplah :D Tu yang bliau tak dapat ikut aku balik kampung. Aku plak datang angin rindu kat family sangat2, walaupun gaji blom masuk tapi zassssss! Mau pulang ke kuantan jugak! (^_^)

Romantika Kuantan baru bukak haritu kan. Kakak aku ye-ye je message bagitau Romantika dah bukak kat kuantan haritu hahahahaa... Bukan ape, slalunye ni lah aktiviti kitorang lah kalo bertemu. Selalu time dorang datang kl, kitorang layan pegi romantika wangsa walk n wangsa maju laaa.


~Romantika Kuantan~

Aku takdela layan sgt barang stended romantika yang bunga2 tu. Aku suke barang2 vintage remake punye cam pasu n frame, pastu barang ape2 pon yang ada gambar cupcakes. Gerammmm!! So inilah antara hasil tangkapan tadi...






Omputeh letak oil & vinegar, aku plan nak letak kicap je kot.
Takpon budu! Gagagaaaa... Hambek kau!

Aku sangat suke glasswares yang cantik2... And anything yang transparent. Mak mertua aku plak suka yang tembikar2 punye. Lately suke sangatttttt dengan benda2 yang kalerful. Tu yang bile tengok benda2 ni jadi tatahannnn sangat! :O



Bekas garam kunyit yang entah keberapa dah ni yang dibeli, saya pon tak tau T_T

Yang ni plak tadi sekadar di pinggiran. Ambik, admire, letak, ambik, admire lebih lagi n letak. Ngeee. Saiz dia dalam 1 1/2 jengkal. Giler kuno ukuran dalam jengkal hohoo. Puas hati tetamu kalau kuih letak dalam balang sebesar ni time raya nanti... Ngah ngahhh!

Yang ni plak kucen yang kitorang baru amek jadi anak angkat for a few weeks, tapi hari Jumaat tu dia dah hilang :(( Entah mana pegi... Sbb aku letak kat luar umah sbb takmo dia yak dalam umah. Punyela manjaaaa dan nakal... Tu yang sayang tu. Gambar kat bawah ni, gambar dia tengah 'nyonyot' kepala incik sayang yang tengah tido! Yeeee, objek itam itu adalah kepala incik sayang ye.. Kesian sangatttt sampai kepala orang pon jadilaa untuk dia lepas gian nak isap nenen mak dia.. Tsk!

Oh haritu kat kepala aku pon dia pernah nyonyot, tapi pastu dia boring2, dia nyonyot kat kening aku pulak ye!!! Ngeeeeeee (-.-") Kening ok!!! Ada video lagi sebagai bukti... (-.-")


Okay! Mata dah berair2, waktu pon dah dekat kol 4... Esok dah nak gerak balik kl tsk tskkk... Lakiku tak call pon before tido malam ni tsk tsk... Tidak rindukah kao akan bini yang 3 hours away from him ni?? Wuuuuuu....



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, May 25, 2011

Kalaulah Dapat Join!

Tadi ada someone yang bernama Ramesh call nak cakap dengan gadis jumaat... Aku bajet potential customer dah, tapi pelik gak sebab suara dia serious je. So aku ingat dia nak tempah tq tags aku untuk corporate events or samting.

Prong prang prong prang dia stat bercerita kat aku pasal pameran pengantin awal bulan 7 nanti. Event ni mmg besar2an sangat sbb dorang expect antara 20k - 30k crowds yang akan datang memeriahkan majlis. Iklan pon akan keluar kat metro, radio era, astro ria & prima nanti. Siap nak ajak jumpe sbb dia ondeway ke Gombak (siap usha location kat pesbuk aku lagi ni...). Aku bajet, dia ni nak ape dr aku sebenarnye... Nak promote products aku ke ape? Nak kate dia nak promo booth utk disewa, takkan dia taktau bisnes aku ni kecikkkkk sangat lagi?

So, sbb suasana time bergayot tu adalah tak berapa nak nyaman, sbb aku time tu tengah kat Bumbu Desa KLCC meraikan opismet aka ex-unimate punye farewell lunch, sbb dia suda mau chow pegi HP, aku pon terus direct tanya: "Actually u nak offer sewakan booth untuk i ke apa eh?"

"Yesss... Event ni mmg confirm akan promo ur business, be ready to be busy for the next 5-6months sbb potential clients mmg akan ramai..."

"So how's the price like for each booth?"

"Depends... We have many types, they are around $5000 - $6000 per booth."

"Woww... Bisnes saya tak sebesar tu lagi, I don't think I can afford it."

"Ok, so what do u think of this event? I mean, isn't this part of your marketing stategies to make ur business grow?"

"Of course I would loveeeeee to join, it's very interesting, but not for now. Lagipun I buat ni part time je, siang I keje kat klcc."

"Ok, that's fine, maybe nanti u bleh datang tengok2 ke?"

"Sure, nanti I datang..."

Blablabla ucapan penutup lantas fon pon dimatikan. Dalam hati aku, ya Allah!! Besnyeeeee kalau ada bisnes sendiri!! Bile ada yang siap call offer a booth utk aku pon dah seronok giler, sbb aku ingat akak coklat pernah cakap kat aku, ekceli nak dapat booth susahhhhh.

Macam booth kat Pameran Kerja Kawen 26 Mei - 6 June kat kompleks kraf ni, kawan akak coklat ajak bliau share booth, kat situ punyelaa susah nak dapat booth tapi sbb adik dia organising committee utk pameran tu, so dapatlaaa seketul.

Alamak dah tibe waktu pulang.

So akak coklat pon mintak aku designkan sample design untuk coklat bar wrapper bliau yang bersaiz paling kecik dengan xl. Pastu dia ckp kalo aku nak promo tq tags aku sikit2 pon bleh dia letak skali dalam album dia. So apa lagiiiiii, terus on. Lantas design n printing utk chocolate wrapper pon aku kasik free je kat dia, sbb dia tolong promo aku punye tags kan... Soooo aku sudah taip macam ketapi n main taip jeee ape yg lam kepala ni.

Ok gotta go! Takut jem kat AKLEH. See u later alligatorrrsss! :D



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,