Wednesday, June 15, 2016

Just Around The Corner...

Dah ada date untuk masuk court.
6 hari je lagi.
21 jun 2016... Sehari lepas birthday Maryam..


Waktu aku dapat date tu dari JAKESS, aku peram surat saman tu seminggu lebih untuk cari masa yang sesuai untuk aku pass surat tu kat Babah. Tukarlah nama dia.. Dah tak sanggup rasanya refer kat dia as Incik Sayang...

Setiap hari rasa masa tak sesuai. Sebab jelas dia masih sangat-sangat harapkan hubungan kitorang akan pulih walaupun aku dah bagitau aku dah nak submit dokumen berkenaan. So puasa day 1 tu aku dapat kekuatan nak serah surat tu kat dia. Surat saman tu bagitau tarikh yang dia kena datang court, dresscode dan sebagainya.

Walaupun aku yang serah surat tu, lutut aku tetap rasa lembik takleh berdiri.. Cari kerusi dan kena duduk. Babah dari jauh nampak aku berdiri kat dapur pegang surat tu dia dah nak menangis muka dia.. Dia tau tu surat apa walaupun belum bagitau. Dia cakap, "Janganlah..." dan diikuti macam-macam kata macam "Tak sabar2 awak ni.." atau "Mak jenis apa awak ni..." dan macam2 lah perkataan yang menggambarkan kekecewaan dia.

Aku cakap kat dia, "Cakap je lah apa yg awak nak cakap... Ye betullah semua yang awak cakap tu.." dan aku pon bagitau segala ketakpuasan hati aku jugak time tu. Tapi suasana masa tu terkawal. Memang naik suara tapi takde tahap memekik ke memaki hamun ke... Kitorang bukan jenis gaduh camtu...

Mula2 dapat surat tu dia mmg sangat marah dan dia cuba nak koyak surat tu dedepan aku, tapi dia pikir semula dan bertenang pastu tak jadi koyak...

Fast forward ke semalam, day 9 ramadhan, kakak aku kat Kuantan bagitau Abah mertua call Abang Nuar kat kampung cakap family dia nak rebut Yam dari aku! Ayat dia yang kakak aku bagitau, "Kalau betul Sya ada orang lain, kami akan ambik Maryam."

Aku btol2 marah. Abah aritu sibuk masuk campur dalam hal ni, hal yang aku kalau bleh taknak bagitau org, tapi terpaksa bagitau jugak finally sbb Abah ni orangnye jenis takkan puas ati selagi tak tau. Aku dah explain panjang lebar pasal segala issue yang patutnye jadi privacy rumahtangga kitorang, masalah yang berlaku sejak awal kawen lagi, tapi sesenang dia nak salahkan orang lain punca perceraian ni.

Dalam hidup ni memang lagi mudah menyalahkan orang lain sebagai punca masalah kan? Tutup mata je pada masalah akar umbi tu. So that masalah dari anak sendiri tak ketara. Kalau boleh nak kite lupakan je masalah yang datang dari anak sendiri. Dan boleh jadi alasan nak rebut cucu dia yang sorang tu.

Lepas dapat msg dari kakak aku tu, aku terus kuar bilik aku n cari Babah kat luar, n terus tanya, "Apa yang kakak saya cakap ni?? Family awak nak rebut Adik??" Turun naik nafas aku kawal marah.

"Manade?? Apa dia??"

"Abah call Abang Nuar cakap nak rebut Adik?? Apa ni????"

"Ya Allah yang, saya takkan pisahkan awak dengan Adik.. Manade cakap camtu.. Kalau antara kita ditakdirkan dah takde apa pon saya takkan pisahkan awak dengan Adik..."

"Awak jgn sesekali berani buat macam tu. Saya tak teragak nak bawak lari dia dari semua orang kalau awak ada niat nak buat macam tu."

"Jangan yang.. Kalau saya nak buat camtu saya tak bawak balik Maryam ke rumah ni dah dari umah Mak Abah untuk jumpa awak.."

Bila Babah dah convinced camtu aku rasa lega sket tapi terus break down kat dapo tu.. Terduduk menangis.

Aku takut sangat kalau aku dah takde peluang jaga Yam lagi pasni...





Jaga diri & stay pretty!

xoxo,