Thursday, May 19, 2016

Sampai di Sini.

Last aku taip sini 2013 ye?
How time flies.. Actually ada banyak kali aku taip sini tapi last2 kensel and save as draft je..
Mungkin taknak terlalu meluah atau perasan bizi dengan kehidupan dan kekadang rasa buang masa pulak tulis kat blog.

Anyway hari ni aku rasa nak menulis..

Semalam aku pergi Dewan MBSA Shah Alam carik wakil YM Tg. Ahmad yang boleh sahkan borang pemastautin aku kat Selangor ni. Tahap pemastautin lagi aku rupenye... Huhu. Padahal dah 8 tahun lebih aku kat bumi Selangor ni.

Sampai2 je depan Dewan MBSA tu aku dapatkan En. Megat, said sorry sebab terlambat sampai, GPS buat hal. Dia tanya aku, "Sahkan untuk apa? Nak kawen ye.."

Aku senyum paksa kat dia, "X.. Cerai."

Dia terus tak balas apa dah. Muke aku ceria sangat agaknye time jumpe dia tu. Ai mean takkanla nak usung muke penuh duka ngadap orang lain kan. Tak perlu.

Haritu aku balik Kuantan pon kakak aku citer, kakak ipar aku macam tak percaya aku n incik sayang sampai tahap ni. Ye.. Aku pon tak pernah terlintas. Tapi sampai masanya benda ni jadi. Hati aku berubah terus.


Jadi dalam fasa sangat tak tenteram skang ni. Hati aku rasa tak tenang setiap masa selagi benda ni tergantung. Incik sayang susah nak lepaskan aku tapi aku dah takde perasaan kat dia. Dia mintak aku tangguhkan sampai birthday Maryam 20 June ni, lepastu aku bleh proceed dengan all the paperworks dia ckp. Skang semua dokumen dah siap cuma tinggal nak submit ke court je...


Skang macam takde semangat sangat2, sebab pk nak mule life baru. Benda2 kecik cam seatbelt lupe nak pakai, rumah bersepah, bakul baju penuh tak berbasuh, x bernafsu sgt nak mkn, rasa xnk bercakap ngan dia. Takde mood nak buat apa2 pon. Cuma rasa down n nak baring atas katil je.


Sekali pk nak tutup mata n lupakan segalanya n teruskan hidup dengan incik sayang. Tapi setiap kali tu jugaklah aku terbayang muke Abah mertua aku, dan pk, kitorang ni dah tak boleh reverse... Abah banyak masuk campo dalam urusan kitorang time tengah bergolak tu. Aku plak dibesarkan oleh parents yang jenis tak masuk campur jadi aku serabut bile Abah start masuk campur pada level yg tak sepatutnye. Aku tak suke bukak rahsia rumahtangga semua terutamanya kat family. Tapi bile dah Abah nak tau sangat sampai buat kunjungan mengejut ke umah kitorang aritu... Aku bagitau je la semuanye, sampai Abah terdiam dah few weeks sejak aku cerita semua.

Fuh.. Nanti sambung lagi.



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,