Thursday, October 17, 2019

Sayangkan Gelpren Tinggal-Tinggalkan?

Tengah training.

Technical sangat aku rasa. Engineering related. Satu hape otak aku takleh digest. Rasa dah tua sangat je untuk belajar anything technical 😎😎

The only thing yang best pasal training adalah training start lambat, tapi boleh awal.. Hihi.

Izal off day 2 hari lepas balik dari laut baru ni. Barulah ada masa bersembang panjang sket dengan dia dalam masa sebulan dua ni. Baru ada quality time. Tapi dalam off day 2 hari ni dia spent most of his time qadha tido je. Marathon tido. Sebab kat laut confirm tido tak tido je kan. Kalau tido mati kat laut, lanun datang pun tak sedau..

"Abg.. Pernah tak pempuan yang start ngorat Abg?", aku tanya out of curiousity and jealousy. Sebab aku bayangkan kalau aku tak start kenal dia virtually, kalau first time aku terjumpa ngn dia dedepan pun rasanya bleh love at first sight gak hape.. Hihi.

"Takda. Gay ngan pondan ramaila.", hahaha hampehhhh.

"Helok gak kalau Abg x keje opis pasni. Perempuan skang jenis slamber, nanti dorg lak yang ngorat Abg. Nak-nak kalau Abg pakai suar keje haritu tu.. Syg jelesla.."

"Dah tak pakai dah suar tu Syg. Pakai kalau time dengan Syg ja."

Awww.. Camtu skali jaga hati aku. Sebab tu la kalau dia possessive sgt ngan aku atau control aku sangat dari segi hubungan ngan kawan laki lain tu, aku bleh redha sebab dia pun jaga sangat-sangat hubungan dia ngn pempuan lain. Dari awal kenal dia lagi dia camtu tak berubah.


Seluar torsobut. Aku rasa sexy sangat dia pakai suar ni, macam accentuate his long legs and bum sgt 🙈 Patutla gay n pondan geramnyier pun ekeke.. Dahla kt siam ðŸĪŠðŸĪŠ

Bayangkan haritu aku mintak bestfriend aku message kt Izal soh bagitau aku tertinggal fon, jadi xleh reply msg dia. Izal langsung tak menjawab msg kawan aku tu. Bila aku tanya, dia cakap, "Nanti Syg ckp Abg melayan dia plak.." Huhu.

Pastu aku dok push dia tanya bila nak balik. Bila nak balik. Rasa macam taknak tau pasal apa langsung dah, nak tau bila dia nak balik je.

"Ya Syg.. Abg tunggu order je ni balik KL. Miss you so much Syg.."

"Balik sebab keje je.. Bukan sebab Syg."

"Syg.. Balik untuk Syg. Nanti Abg surprise hihi.."

"Yolah tu.. Dari bulan 7 Abg kata nak balik. Takde pon seprais hari-hari Syg tunggu. Kadang dengar bunyi motor besar terpikir kot-kot Abg surprise tapi bukan."

"Syg.. Tak baik cakap gitu. Abg blk kat Syg nnt.."

"Yela ada ke pempuan bleh sabar camni. Pempuan gila je. Sygla pempuan gila tu huhu. Syg ni bercinta dengan Abg, Abg plak bercinta ngan keje. Cinta tiga segi kita ni.."

"Syg.. ada plak cakap camtu.. Abg pasti balik.."

"Yela mmg la pasti tapi lagi 174936 bulan kan kan.."

"Hahaha Syg niiiiii. Mana ada."

Tak habis-habis rasa nak bergado je pasal tak jumpa ni. Susah benau nak berjumpanya. Dua kali yang dia balik Malaysia sebelum ni pun sebab kerja. Balik pun naik private plane Tan Sri sebab ada job dia kena buat. Kemain kan dah macam Bourne.

Aku nakla dia balik semata-mata sebab aku. Geramnyaaaa.

Aku rasa selagi tak jumpa dia ni kan aku akan merempan hahahaa. Kat blog je la. Malas nak cite kat bespren aku cite berulang-ulang tak abes-abes issue long distance relationship ni hahaha. Sian dia bosan kan.

But somehow I have to let it out..


You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, October 15, 2019

Sabar Itu Pahit Tapi Buahnya Manis..

Hola! System sini tengah slow. Aku plak baru bleh tarik nafas lega sikit dari keje-keje office, tinggal satu je lagi dari checklist untuk diclearkan. Tu pun tengah tunggu test data dari colleague aku, sempatla aku update blog sat.. Esok n lusa pulak dah start training kat Glenmarie. Aku nak rilex n bertenang-tenang pulak ni..

Aku down sangat dari minggu lepas sejak balik dari Siam tu sebenarnye. Sebab sebulan dua ni sangat banyak kali Izal hilang dari radar sebab ke laut atau hutan, lama pulak tu. Sebelum2 tu dalam sebulan sekali dua je yg dia pergi lama sikit ke laut. Sebulan dua kebelakangan ni dia busy teramat...

So, tiga hari lepas balik dari Siam haritu, baru Izal balik dari laut n contact aku. Aku masa tu rasa nak keraskan hati sikit taknak sayang dia sangat dah. Rasa give up n nak dia stress sama ngan aku hahaha. Dia terus noticed sebab aku tak caring cam biasa n reply message dia lambat2.

"Syg, macam mana Syg haritu? Abg minta maaf.", okay 10 markah untuk pandai mintak maaf dah skarang. Dulu liat kemainnnn.

"Takpe, bukan salah Abg."

"Syg.. Syg sihat? Anak cemana?"

"Semua ok je.", aku jawab pendek, cuba nak keraskan hati sebab taknak sedih sangat dah sebab dia.

Pastu dia start tanya macam2, ambik tau pasal aku, tunjuk caring dia, ai is cair n lemah lutuit semula.

"Abg sihat ke tak.. Cukup makan tak atas bot.. Salin baju ke tak..", dah perangai mak-mak semula aku ni sebab hati dah terpujuk. 🙄🙄

"Ye sihat Syg, flu je. Makan cukup Syg. Cuaca ja tak tentu. Baju salin Syg. Cuma pakai baju biasa-biasa je."

"Almost hari-hari hujan minggu ni masa Abg takde. Risau fikir Abg cemana kat laut tu hujan2.. Bot cukup besar ke nak salin baju apa semua.."

"Syg.. Macam mana Syg kat Hat Yai aritu.. Tak cita lagi.."

"Huu sedih. Tapi Syg pujuk hati at least Abg keje, bukan Abg tak jumpa sebab marahkan Syg cam dulu tu.."

"Syg. Abg mintak maaf.. Betul2 tak plan macam tu Syg. Syg datang Abg takda. Sedih juga.."

"Takpe.. Tak salahkan Abg pun. Cuma Syg yang tatahan nak tanggung rindu tu.. 😔"

"Abg rindu Syg.. Tapi Abg akan balik KL kat Syg ok.."

"Lama dah Abg cakap. Syg dah tak tahan dan tak suka situasi ni. Rasa putus harap pun ada.."

"Syg.. Jangan la macam tu.. Takmo cakap bukan-bukan.."

"Syg rindu nak sembang panjang ngn Abg. Sebab tu Syg nk jumpa."

"Ya Syg.. Rindu Syg.. Rindu nak dengar cita Syg.. Pastu mengejek Syg cakap.. Hihihi."

"Huhuuuuu suka kannn ejek orang.."

"Kan Syg kan.."

Pastu aku tunjuk gambar hadiah yang tak dapat kasi kat dia tu.

"Ralat tak dapat kasi Abg ni."

"Allah... Xpa.. Nanti Abg balas untuk Syg."

"Takde news dari Putrajaya lagi ke.. Dah dekat setahun ni.", aku tanya dia pasal application dia untuk transfer balik Malaysia.

"Ada offer suruh Abg pegi LHDN Syg. Bahagian risikan. Bahagian baru. Nanti dorang panggil interview."

"Risikan dia kat Malaysia ke?"

"Ye Malaysia Syg. Tapi banyak kerja luar. HQ Putrajaya."

"Ooh.. Kena banyak pisah jugak ke.. 😟"

"Takla pisah.. Syg ni. Apa cakap camtu. Cubit haa.."

"Abg jadi kerani je dahla. Janji leh berkepit. Huuuu."
"Wiken haritu satu keje tak jadi. Dok nanges je. Yam pujuk. Syg tak suka dia tengok Syg nanges selalu tapi Syg tak kuat..."

"Syg jangan la nangis please.. Abg bukan pergi mana-mana."
"Abg ada dengan Syg. Abg ada untuk Syg n Yam."

Banyak sebenarnya dah berubah Izal ni. Dah mula belajar pujuk aku. Dulu kalau ayat2 aku start merempan n tak puas ati ngan dia tu, dia biarkan je sampaila agak2 aku dah bertenang, barula dia message semula. Hati kau keras Roy.. Gittew.

Gitulah cerita aku ngan Izal ni.. Ikutkah hati yang tak sabar ni, dah lama aku tinggalkan dia. Tapi itulah bila dah sayang orang, bukan senang nak tinggal woi. Kita akan kasi excuse untuk dia n bagi peluang. Nak kenal orang baru pun bukan senang.. Ambik masa.

Dulu dengan Aidee aku tak cukup sabar menunggu. Tunggu lama buat aku tertekan. Izal je yang sebut sal kawen dan pernah ajak kawen pun time tu tapi aku konon taknak pulak masa tu. Masa tu aku harapkan Aidee, tapi Aidee je yg taknak sebut sal kawen, tu yg aku nekad tinggalkan Aidee. Tapi rupanya tak kawen-kawen jugak lagi aku ngn Izal.. Hahaha.

Aidee pun bila aku dah mula sayangkan Izal n dia dah mula rasa aku tak sayangkan aku, dan-dan ajak aku kawen. Sampai nak paksa ambik IC aku masa tu untuk pergi apply kawen. Padahal selama 2 tahun lebih tu aku dok sebut sal kawen, dia dok mengelakkkk je, tak ready lah apa lah. Fuhhh punyalah tak berjodoh..

Skarang ni cuma perlu sabar sikiiiiiiiit je lagi supaya dapat end up dengan orang yang aku nak sangat tu. Moga memang adalah jodoh kitorang berdua supaya tak sia-sia kesabaran n penantian aku selama ni.. Sigh.

Aku ada hutang satu entry pasal tips to Hat Yai ni... Nanti ye..




You know you love me! XOXO,
-Scha

Thursday, October 10, 2019

Ten. Ten. Ten.

Semalam tersengih aku sorang-sorang bila abang aku share gambar ni dalam group family wakakaka.
Alangkah indahnya kalau dapat date ni kan?


Harini patutnya anniversary aku ngan ex yang ke 9.. Aku ngan dia kawen 10.10.10. Dah tu je nak bagitau ekeke nothing to elaborate.

Izal belum balik-balik dari laut ni.. Sabarnye guaaaaa dah masuk 6 hari! 😭😭

Semalam aku down gila. Rasa putus semangat takde dia. Macam-macam aku fikir. Lebih pada overthinking macam-macam. Rasa tak yakin dengan dia dari 1001 segi. Tapi pastu baca semula message-message lama dia.. Terubatla sikit hati ni.. Sikit je la.

Aritu dia ada tanya aku, nak balik Malaysia naik motor boleh tak. Sebab dia rindu aku sangat-sangat. Aku risau sangat kalau dia naik motor jauh-jauh tu.. Tapi dia dah biasa ride jauh-jauh. Balik je lah bang. Tapi last-last tak jadi jugak. Sebab keje la.. Apa lagi kan. Ada satu time tu dia nak balik jugak tapi kebetulan time aku nak balik Kuantan. Tak jadi jugak. Aduhai.. Susahnya.

Aku dok fikir apa yang susah sangat nak bersatu kalau dah sayang? Nape susah sangat? Aku cuma nak bahagia je tak harap bulan bintang pun. Cukuplah ada suami, ada anak sorang lagi at least, dan kehidupan yang simple je aku tak harap banyak pun. Cukupla setakat jaga aku baik-baik, tak buat perangai, fokus nak kehidupan yang tenang n aku nak fokus untuk kehidupan akhirat je lepas ni, betulkan segala salah-silap dalam hidup selama ni sebelum Allah tarik nyawa aku. Dah taknak dah jiwa kacau camni lagi. Aku jadi takleh nak fokus benda yg hakiki tu.

Umur dah tak banyak. Dan in fact, tatau berapa banyak lagi umur yang tinggal.

Letih sangat rasa sorang-sorang camni... Letih.



You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, October 8, 2019

Back From Hat Yai

Aku & Yam sampai umah dalam 12.30am semalam.

Boleh tahan penat.. Sampai KL Sentral dalam 10.30pm. Makan2 dulu pastu amek LRT and MyCar balik umah. Alhamdulillah pagi ni walaupun penat, boleh bangun nak ke office. Yam pun tak susah nak bangkit.

Aku tak dapat jumpa Izal............................ 😭😭😭

Frust tak terkata yakni frust menonggeng... Huhu. Nak cakap rindu giler kat dia tu really is an understatement. Tak terungkap rasanya. Tapi kat sana takdela layan kesedihan tu sangat. Kesian kat Yam. Kan kata nak fokus bahagiakan Yam? Buat Yam happy? So keluar jalan-jalan n makan-makan dengan dia sambil layankan apa yang dia nak. Pastu layan je la dia mandi pool puas-puas. Aku pandang dia, aku peluk dia, aku usap rambut dia, aku cakap time kasih temankan Mama kat sini.. At least ada gak yang temankan aku.

Time sunyi macam time nak tido tu barula nanges melepas lelah. Hari-hari mengharap dia datang tapi takde. Tiap-tiap hari tunggu dia tapi dia tak muncul. Manala tau kot dia tetibe datang tak bagitau terus seprais aku ke apa kan. 😭😭 Tetap mengharap sebab kadang-kadang dia ke laut sehari je, kadang few days, memang tak menentu. Aku tak salahkan dia sebab dia kerja, bukan sengaja taknak jumpa aku. Lagipun aku yang buat keputusan nak mai jumpa dia walaupun dia tak dapat cuti..

Setia menanti.. Lakonan semula oleh Yam ekekeke..

Terngiang-ngiang dia cakap dulu, ex semua tak bertahan dengan dia sebab tak boleh nak faham kerja dia. Siapa yang sanggup nak faham kalau camni kan. Aku pun terpaksa faham sebab dah sayang. Tapi tu la, I'm pushing my limit and tatau takat mana limit ni boleh pegi. Sakit kot kalau nak berpisah dalam keadaan sayang.. Takkan nak berpisah sebab tak tahan dengan kerja dia pulak kan? Padahal dia okay dengan aku. Lagipun dia selalu cakap nanti kalau dah kawen takdela dia nak keje camtu lagi..

Bersungguh muka kopekkan telur puyuh untuk Yam.. 😁😁
 Ni masa jumpa dia bulan 12 tahun lepas.

 Ni bulan 5 haritu masa dia teman aku makan dimsum.
Tapi dia mana makan, sejenis nak nasik je beliau nih. Fastfood pun tak suka.
Muka tu garang manjang, macam kena kawen paksa pun ada huhu.

Macam aku cakap, aku tak pernah rasa sorang laki sayang aku macam Izal sayang aku. Rasa tulus dan rasa macam mana aku nak disayangi. Sama macam cara aku sayang kat orang, tapi dia lebih lagi. Takde rasa diperkecil. Aku suka tanya dia selalu, dia sayang aku banyak mana? Dia selalu jawab, terlalu banyak. Atau most of the time dia jawab, sangat-sangat banyak. Tapi haritu dia cakap, dia sayang aku cemana aku sayang Yam. Dari situ aku faham dia betul sayang aku sebab dia tau dalam dunia ni, Yam yang paling aku sayang..

Last week yang dia diam tu rupanya sebab phone dia rosak tak boleh charge. Dia ni kalau phone rosak memang leceh sebab phone tu phone kerajaan. Kalau rosak, kena bawak ke jabatan dulu untuk dorang reformat or something, baru bleh hantar kedai betulkan. Sebab dalam phone ada macam-macam rahsia kan, so dorang taknak risk dari info tu leaked to outsiders.

 Beli beg matching-matching ngan anak dara hihihi.
 Kali ni gi Hat Yai aku tak beli apa sangat, takde mood nk hunting jajan bagai untuk beli kat kawan2  ke, family ke, office mates ke. Aku fokus beli favourites aku je. Tapi yang menjadi kemoskelan adalah, duit tetap abes.. Ekekeke.

1) Cikedis Tasto perisa Crab Curry; 2) Betagen. Dulu gilekan susu pisang Meiji. Kali ni gila Betagen plak - Thai's yoghurt drink, sebab aku nampak satu group Malaysian chinese tu beli banyak gilaaaaa Betagen ni. Aku pun folooo. Pastu jato chenta. The rest is history. 😁😁

So Jumaat last week 4 Oktober tu dia message aku tanya aku kat mana apa sume. Dia ingat aku dah kat Hat Yai and he sound excited. Aku cakap esok Sabtu baru gerak ke sana. Aku dah happyla kan sebab dia dah muncul. ETS aku pukul 7am Sabtu 5 Oktober tu.

Tiba-tiba pukul 3am 5 Oktober tu, dapat msg dari dia.
"Syg... Abg kena pi laut ni.. Boleh tak kalau Syg cancel program ni.. Please Syg... Abg tak tau sempat balik bila.. Abg kena pergi.."

Aku terjaga tu dalam pukul 4.30 pagi baca message camtu, terus la menjejes-jejes air mata ni. Takkanla aku nak cancel.. Benda dah berbayar semua. Aku gak yang sanggup gamble kan, so hadaplah.. Tu pun nasib baik dia sempat bagitau aku dia nak ke laut, biasanya dia terus pergi je tak dan nak pegang phone dah. Dia takut aku fikir apa kan so dia bagitau siap-siap. Aku nak menyesal pon teda berguna lagi. 😁😁

Muka orang yang tak dapat jumpa boipreng.
 Tapi bersedia to turn to food for comfort miahahaha.






Makan tetap makan walaupun frust menonggeng.. Ekekeke.
Melepas geram makan dimsum kat kedai favourite aku Zaina 2 kat Khlong Hae.
Yam pun dah pandai makan, dulu dia tak suka sangat. Lagila syok ada geng dimsum kan.
Banyak kali gi kedai ni ngan Izal dulu.


Dan kedai ni kat Lee Gardens Walking Street aka 'Little Malaysian' (Grab driver aku yang bagitau sebab malaysians bersepahhhh kat sini hahaha) adalah port wajib yang mesti aku pergi setiap kali datang Hat Yai. Beli udang galah n ayam goreng makan dengan pulut untuk tapau makan kat bilik hotel.

The BEST travel buddy 😘😘

Aku tau dia suruh cancel sebab dia risau aku n Yam berdua je, dan dia takde untuk pick up dan hantar kitorang. Dia taknak aku sedih-sedih. Aku ni independent bang.. Dah sampai ostolia pon, bleh je gi city centre Sydney tu sorang-sorang takde masalah. Kadang rasa Sydney lagi selamat dari KL. Jenis berani je, kalau jadi apa-apa kita nanges kemudian gitu, pesen aku ni.. Hahaha. Dalam konteks ni bukan masalah being independent, masalahnye aku nak dia adaaaaaaa. Tapi Izal ni jenis tak harap kita independent sangat, drop aku depan 7-E pun dia turun teman. Dia cakap mana bleh aku gi sorang. Certain laki kan macam bersyukur kita independent tak menyusahkan dia kan. Tapi Izal tak.


Ni kat stesen KTM Padang Besar.. Sampai sini Yam terus cam.
Yam tanya, "Haa kat sini kan yang Daddy hantar kita dulu?"
Ye sayangkuuuu.

Dia risau sebab dia jenis selalu mengadap benda-benda bahaya kat sana. So he's always thinking of the worst that could happen. Ingat tak haritu ada kes perempuan dari Malaysia yang bawak MyVi tu yang langgar sekumpulan pemotong rumput warga Thai yang tengah berehat tepi jalan tu? Izal cakap perempuan tu masih kena tahan kat sana. Sana bab ni orang Thai memang strict. Tapi kalau kat Thai tu walaupun nampak mundur gitu tapi CCTV bersepah so jangan nak nipula dia cakap. Dia rasa perempuan tu memang bawak laju, kalau tak takdela sampai meninggal 4 orang (kalau tak silap) sekaligus.

Dia bukan against perempuan tu.. Izal ekceli kesian kat perempuan tu, sebab tu dia dok share message yg merayu bantuan untuk bebaskan perempuan tu dari penjara tu. Dia cakap kita tolong je lah dia, nasib kita nanti tak tau cemana.


Hadiah tak kesampaian.. Sobs. Aku sukaaa sangat smart band Mi Band 4 tu, so aku belikan dia satu sama macam aku punya. Padahal nak beli untuk diri sendiri pun berkira, tapi sayang punya pasal, beli untuk dia gak huhuhuuuu...

Aku rindu Izal. Aku nak duduk lama-lama bersembang puas-puas dengan dia sebab dia always busy tak dapat nak bersembang panjang. Aku nak bercerita dengan dia, nak catch up semua benda, nak bagitau dia, smart band ni best.. Aku ni jenis tak suka pakai jam sebab rimas berat bagai. Tapi jam ni ringan sangat n 5 ATM/50 meters waterproof. Aku test mandi laut aritu helok je. Pastu basuh pinggan pe sume kat rumah pun aku tak tanggal. Pastu yang best tali dia banyak pilihan ada jual, bleh tukar2, aku ada satu metal punya untuk nampak formal sket pakai ke opis.

Yang aku suka pasal smart band ni sebab dia ada sleeptracker, so kalau pakai time tido, dia akan bgtau berapa lama kita deep sleep, light sleep and awake, and dari pukul berapa sampai pukul berapa.

Ni aku punya.. Aku custom dia punya watchface.
Belah kanan tu yang tali besi. Kiri tu getah.

Pastu dia bleh set goals utk berapa bnyk steps kita aim utk jalan setiap hari, macam KKM sarankan 10k steps kan. Pastu apa lagi, oh dia bleh display message dari wassap/messenger/wechat dan calls etcs kat band nih tapi tak bleh reply la. So agak2 kalau ko tengah mandi kat laut tu pastu masuk message or call penting, bleh la ko naik kejap ke darat n setelkan... Gituuu. Kalau tak, ignore jeee.

Pastu bateri tahan gila. Sekali caj penuh haritu aku dapat guna dalam 15 hari tapi dia boleh go up to 21 days bergantung usage kita cemana la kan. Senanggg. Dahhhh aku off topic + jadi promoter free pulak kannn sebab excited cite sal gadjet hahahaha.

Anyway, sebbaik aku tak belikan gulai tempoyak patin yang biasa aku belikan untuk dia setiap kali jumpa tu. Dah bleh rasa tak jumpa dia kot, tu yang rasa malas semacam nak gi cari ikan favourite dia tu. Selalunya aku frozenkan dan letak dalam cooler bag sekali dengan icepack untuk bawak kat dia. Seharian travel sampai ke Hat Yai masih elok beku lagi..

By hari Ahad malam tu aku dah rasa makin tipis harapan untuk jumpa dia.
Sebab kalau dia ke laut biasanya dia gerak dari Satun ni. Bila dah balik laut pun sampai ke Satun. Jadi jarak dari Satun nak ke city centre Hat Yai dalam 1 jam 40 minit.. Jauh gila. Manala sempat dia nak datang kat aku lagi walaupun dia balik dari laut hari Ahad malam tu..

****************************************************************

So.. Sampai skang Izal masih belum balik dari laut.. dari Sabtu pagi haritu. Dah masuk hari ke 4 ni. Aku kesian pk dia keje kat laut dalam keadaan musim hujan sekarang ni. Aduhai. Ralat gila tak dapat jumpa dia kat sana. Harap dia dapat balik Malaysia je la soon...

Aku cuba sabar lebih kalini, as I want this relationship to be my last.





You know you love me! XOXO,
-Scha

Friday, October 4, 2019

Post Penuh Saspen

Dah Jumaat. Esok Sabtu. The day we'll leave for Hat Yai.

Izal diam since Monday afternoon. Rasanya dia dah masuk ke hutan atau ke laut semula tu. Ada kes besar agaknya sampai tiga kali dah berderet-deret dalam jangkamasa yg dekat he's been away for number of days. Biasanya tak macam ni. Haih demi negara... 😊

Aku dah saspen ni. Sempat ke jumpa dia ni kat sana? Smalam Mas childhood bestfriend aku tu datang overnite kat rumah. Mas yang boyfriend dia detektif PDRM tu. Kitorang kalau bercerita sentiasa boleh relate.

"Saya rasa Izal pun tengah susah hati agaknya sebab pikir awak nak datang ke sana tapi OPS dia tak tau bila habis..", Mas cakap kat aku buat aku rasa lega sikit sebab dalam hati aku fikir macam tu jugak.




Aku ada jugak terpikir maybe dia buat arrangement dengan boss untuk pulun keje dulu untuk dapat cuti weekend ni or something. Sebab dulu dia pernah macam tu, dia ckp dia pulun keje siap2 supaya dapat jumpa aku.

"Arahan dari atas tak tentu Syg...", aku teringat Izal cakap kat aku haritu bila aku tanya dia bila lagi masuk hutan atau pergi laut.

"Zack pun macam Izal.. Bila OPS tu dia tetibe hilang takde bagitau apa-apa time nak pergi, tau-tau tengah OPS je. Pastu selalu lupa kalau saya cakap nak datang KL berapa haribulan, dia sentiasa suruh ingatkan, pastu dok tersalah tarikh.", Mas cerita lagi.

"Laaaaaaaa sebijik Izal! Dia ni kita dah screenshot tarikh flight ke apa then kasi kat dia, dia tetappppp 10x nak tanya kita gak berapa hb, pastu silap mggu la, pastu suruh ingatkan lagi.", aku cerita.

"Memang awak... Memang camtu dorang ni busy manjang. Kadang dia msg saya cakap sori Syg, Abg tengah follow suspect ni.. Tengah soal-siasat la. Tengah menyamar la..", Mas sambung cerita.

Dari cerita-cerita Mas tu yang aku macam baru faham cemana life Izal sebab kerja diorang ni lebih kurang. Banyak Zack share pasal kes dia ngan Mas secara detail. Kadang-kadang ada gambar. Benda-benda ni patutnya tak boleh share ngan orang luar tapi Mas n Zack dah kenal dari sekolah rendah lagi. Jadi Zack mesti percaya kat Mas dah. Aku ngan Izal lain, memang dia tak cerita pasal kerja dia kecuali secara general and never in detail. Aku n Izal kan baru few years kenal, Izal masih spare ruang untuk tak sepenuhnya percaya pada aku maybe sebab cara dia ditrained or something. Takpelah pasal tu.

Mas ni lawa orangnya, gi mana pun biasa orang memang akan berkenan. Siap pakej over peramah dia tu hahaha. Yam ni dari dulu aku perasan, kalau Mas yang dia panggil Cik Mas datang, kalau Mas bercakap Yam peratiiiiii je kat muka dia macam nak cakap woww lawanya Auntie ni gitu.. Ekeke.

So.. Tuhla. Just nak meluah rasa kerisauan nih takut tak dapat jumpa Izal kat Hat Yai.. Mintak sangat dia balik dari wherever he is by today. Senang sket hati aku.

Aku pun tak boleh la mengharap sangat, fokus nak happykan Yam. Yam minggu ni hari-hari counting days nak bercuti. Tomorrow's finally the day.

Kita berdua pun dah cukup bahagia sayangku Maryam Jameela..





You know you love me!
XOXO


Tuesday, October 1, 2019

We Are Apart In Distance, But Never In Heart

Legaaaaaaa! After long 7 days of silence, he's finally back... Maafin tajuk yang kedengaran romantik tak bertempat itu. Miahaha. Ginilah nasib long distance relationship.. 😁😁

Syukur tak terkata. Aku sentiasa risau takut apa-apa jadi kat dia. Takut our last conversation will be our last. Things like that.

"Mintak maaf Syg, Abg kerja luar lama..."

"Aik kerja luar ke kat laut?"

"Luar Syg, Abg masuk hutan."


"Ishk habis semua mood Syg tau tak.. Takde mood nak buat apa. Risau sangat tapi Alhamdulillah la at least Abg dah balik ni Syg lega sangat-sangat. Ada sakit tak.. Ada cedera apa-apa tak..", panjang lebar aku membebel. That summarizes the 7 days he's missing in action.

"Takde cedera apa-apa Syg... Thank you sebab risaukan Abg.. Syg sihat tak.. Yam kat mana?", dia jawab sambil tanya pasal kitorang. Soalan yang without fail dia tanya almost everyday kat aku.

Dah lama dah rasanya since last dia mention masuk hutan. Biasa kalau masuk hutan tu takdela sampai berhari-hari. Ni lama betul. Lepas keluar hutan dapat 2 hari cuti, so bolehlah dia rehat n tido puas-puas. Dalam hutan bukan tentu makan n tidonya. Dengan sekarang tengah musim hujan, kat sana pun sama musim hujan, dahlah tido dalam khemah ishk2 mana dinda tak risau..

So lepas dah sembang-sembang tu aku terus bagitau la pasal nak gi sana. Neves gilerrr takut kena marah... 😎😎

"Abg, next weekend ni Syg nak gi sana tau ada urusan sikit. Kalau sempat kita jumpa jap yek."

'Kalau sempat' kononnn... Miahahaha. Padahal ayat di atas ni patut berbunyi:

"Abg, next weekend Syg nak gi sana semata-semata sebab Abg, kalau bleh nak jumpa Abg hari-hari tau!", wakakakaka. Taknak sound desperate, laki kan allergic sket pempuan desperate2 ni.. Coverline konon cakap ada urusan.. Padahalllll. Apa kao fikir kao business woman ada urusan kat Siammmm. Puiiii.

"Next weekend. Berapa hb Sayangku? Syg naik flight ke?

"Tak.. ETS.. Serik dah la naik flight macam haritu, susah nak bawak barang macam-macam."

Serik ni sebab kes last pergi bulan 5 haritu, macam-macam barang termasuk scrubs yang aku beli untuk teachers Maryam kat kindy for Teachers' Day sangkut kat kastam, diaorg tak kasi bawak dalam hand luggage. Dia bukan liquid ponnnnn. Macam garam kan, tu yg aku bawak naik hand luggage. Sekali tak lepas daa.. Jelinggggg je aku kat akak2 kastam siam tu, dah tau dorang yang akan rembat scrubs tu semua nanti ngrrr. Izal pun tumpang membebel, cakap orang bleh buat bom dari garam la sayang. Dah satu hal tak pepasal menjejes-jejes ayaq mata aku kat airport aritu, ralat punya pasal.

Dah la sebelum tu check-in luggage aku exceeded by how many kgs entah. Padahal dah timbang sebelum tu.. Tataula cemana bleh lebih lagi. Haih lebai malang sangat aritu. Ended up kena bayar dekat RM300, lagi mahal dari ticket flight apehalllllll. ðŸ˜Ī😭 Izal jugakkk bayarkan. Aku nak bayar balik dia berkeras tolak. Dah masukkan dalam poket pun dia marah, dia bagi balik. Sobs.

And that was why aku dah merajuk tanak naik flight sebab leceh. Naik ETS haa bawakla bnyk mana barang yang kau larat nak bawak. Takde nak timbang bagai dah.

"ETS turun Padang Besar kan. Syg datang ngan kawan-kawan ke kat sini? Syg bgtau betul2.."

"Hihi takdela.. Syg bawak Yam je, saje nak kasi dia happy bawak jalan-jalan. Yam berapa kali cakap 'terima kasih Mama sebab bawak adik gi Thailand'. Dia excited."

"Di samping tu nak menjenguk boipren yang dah lupa jalan pulang balik Malaysia.. Huhu."
Kihkih sempat lagi aku perli dia sedasssss.

"Nak kena betolllll."

Ni bulan 12 tahun lepas.

So pastu dia tanya semua, aku naik ETS pukul berapa, sampai pukul berapa, gayanya macam nak pick up kitorang tu.. Tapi dia takdela berjanji lagi, takut ada keje agaknya. So takpelah, nanti pepandaila aku cari van kat sana kalau dia tak dapat pick up kitorang.

So dah legaaaaa number two sebab dia xdela nak marah pun. Dia lagi seronok adala. Aku cakap tak payahla apply cuti, mesti tak dapat punya. Cukupla dia jenguk jap aku n Yam lepas dia balik keje pun jadila. Aku nak dia bonding lebih ngan Yam. Yam tu okay je dengan sesiapa walaupun malu sangat n ambik masa nak rapat. Tapi kalau orang rajin melayan dia, dia okay je..

Tapi masalahnya bakal Daddy ang ni kuat menyakat. Kat tepon pun dia bleh menyakat sampai menangis budak tu hahahaha.. Tampaq!

Gone were the days I felt so gloomy without you!




You know you love me!
XOXO