Semalam tersengih aku sorang-sorang bila abang aku share gambar ni dalam group family wakakaka.
Alangkah indahnya kalau dapat date ni kan?
Harini patutnya anniversary aku ngan ex yang ke 9.. Aku ngan dia kawen 10.10.10. Dah tu je nak bagitau ekeke nothing to elaborate.
Izal belum balik-balik dari laut ni.. Sabarnye guaaaaa dah masuk 6 hari! ðŸ˜ðŸ˜
Semalam aku down gila. Rasa putus semangat takde dia. Macam-macam aku fikir. Lebih pada overthinking macam-macam. Rasa tak yakin dengan dia dari 1001 segi. Tapi pastu baca semula message-message lama dia.. Terubatla sikit hati ni.. Sikit je la.
Aritu dia ada tanya aku, nak balik Malaysia naik motor boleh tak. Sebab dia rindu aku sangat-sangat. Aku risau sangat kalau dia naik motor jauh-jauh tu.. Tapi dia dah biasa ride jauh-jauh. Balik je lah bang. Tapi last-last tak jadi jugak. Sebab keje la.. Apa lagi kan. Ada satu time tu dia nak balik jugak tapi kebetulan time aku nak balik Kuantan. Tak jadi jugak. Aduhai.. Susahnya.
Aku dok fikir apa yang susah sangat nak bersatu kalau dah sayang? Nape susah sangat? Aku cuma nak bahagia je tak harap bulan bintang pun. Cukuplah ada suami, ada anak sorang lagi at least, dan kehidupan yang simple je aku tak harap banyak pun. Cukupla setakat jaga aku baik-baik, tak buat perangai, fokus nak kehidupan yang tenang n aku nak fokus untuk kehidupan akhirat je lepas ni, betulkan segala salah-silap dalam hidup selama ni sebelum Allah tarik nyawa aku. Dah taknak dah jiwa kacau camni lagi. Aku jadi takleh nak fokus benda yg hakiki tu.
Umur dah tak banyak. Dan in fact, tatau berapa banyak lagi umur yang tinggal.
Letih sangat rasa sorang-sorang camni... Letih.
You know you love me! XOXO,
-Scha
No comments:
Post a Comment