Tuesday, October 15, 2019

Sabar Itu Pahit Tapi Buahnya Manis..

Hola! System sini tengah slow. Aku plak baru bleh tarik nafas lega sikit dari keje-keje office, tinggal satu je lagi dari checklist untuk diclearkan. Tu pun tengah tunggu test data dari colleague aku, sempatla aku update blog sat.. Esok n lusa pulak dah start training kat Glenmarie. Aku nak rilex n bertenang-tenang pulak ni..

Aku down sangat dari minggu lepas sejak balik dari Siam tu sebenarnye. Sebab sebulan dua ni sangat banyak kali Izal hilang dari radar sebab ke laut atau hutan, lama pulak tu. Sebelum2 tu dalam sebulan sekali dua je yg dia pergi lama sikit ke laut. Sebulan dua kebelakangan ni dia busy teramat...

So, tiga hari lepas balik dari Siam haritu, baru Izal balik dari laut n contact aku. Aku masa tu rasa nak keraskan hati sikit taknak sayang dia sangat dah. Rasa give up n nak dia stress sama ngan aku hahaha. Dia terus noticed sebab aku tak caring cam biasa n reply message dia lambat2.

"Syg, macam mana Syg haritu? Abg minta maaf.", okay 10 markah untuk pandai mintak maaf dah skarang. Dulu liat kemainnnn.

"Takpe, bukan salah Abg."

"Syg.. Syg sihat? Anak cemana?"

"Semua ok je.", aku jawab pendek, cuba nak keraskan hati sebab taknak sedih sangat dah sebab dia.

Pastu dia start tanya macam2, ambik tau pasal aku, tunjuk caring dia, ai is cair n lemah lutuit semula.

"Abg sihat ke tak.. Cukup makan tak atas bot.. Salin baju ke tak..", dah perangai mak-mak semula aku ni sebab hati dah terpujuk. 🙄🙄

"Ye sihat Syg, flu je. Makan cukup Syg. Cuaca ja tak tentu. Baju salin Syg. Cuma pakai baju biasa-biasa je."

"Almost hari-hari hujan minggu ni masa Abg takde. Risau fikir Abg cemana kat laut tu hujan2.. Bot cukup besar ke nak salin baju apa semua.."

"Syg.. Macam mana Syg kat Hat Yai aritu.. Tak cita lagi.."

"Huu sedih. Tapi Syg pujuk hati at least Abg keje, bukan Abg tak jumpa sebab marahkan Syg cam dulu tu.."

"Syg. Abg mintak maaf.. Betul2 tak plan macam tu Syg. Syg datang Abg takda. Sedih juga.."

"Takpe.. Tak salahkan Abg pun. Cuma Syg yang tatahan nak tanggung rindu tu.. 😔"

"Abg rindu Syg.. Tapi Abg akan balik KL kat Syg ok.."

"Lama dah Abg cakap. Syg dah tak tahan dan tak suka situasi ni. Rasa putus harap pun ada.."

"Syg.. Jangan la macam tu.. Takmo cakap bukan-bukan.."

"Syg rindu nak sembang panjang ngn Abg. Sebab tu Syg nk jumpa."

"Ya Syg.. Rindu Syg.. Rindu nak dengar cita Syg.. Pastu mengejek Syg cakap.. Hihihi."

"Huhuuuuu suka kannn ejek orang.."

"Kan Syg kan.."

Pastu aku tunjuk gambar hadiah yang tak dapat kasi kat dia tu.

"Ralat tak dapat kasi Abg ni."

"Allah... Xpa.. Nanti Abg balas untuk Syg."

"Takde news dari Putrajaya lagi ke.. Dah dekat setahun ni.", aku tanya dia pasal application dia untuk transfer balik Malaysia.

"Ada offer suruh Abg pegi LHDN Syg. Bahagian risikan. Bahagian baru. Nanti dorang panggil interview."

"Risikan dia kat Malaysia ke?"

"Ye Malaysia Syg. Tapi banyak kerja luar. HQ Putrajaya."

"Ooh.. Kena banyak pisah jugak ke.. 😟"

"Takla pisah.. Syg ni. Apa cakap camtu. Cubit haa.."

"Abg jadi kerani je dahla. Janji leh berkepit. Huuuu."
"Wiken haritu satu keje tak jadi. Dok nanges je. Yam pujuk. Syg tak suka dia tengok Syg nanges selalu tapi Syg tak kuat..."

"Syg jangan la nangis please.. Abg bukan pergi mana-mana."
"Abg ada dengan Syg. Abg ada untuk Syg n Yam."

Banyak sebenarnya dah berubah Izal ni. Dah mula belajar pujuk aku. Dulu kalau ayat2 aku start merempan n tak puas ati ngan dia tu, dia biarkan je sampaila agak2 aku dah bertenang, barula dia message semula. Hati kau keras Roy.. Gittew.

Gitulah cerita aku ngan Izal ni.. Ikutkah hati yang tak sabar ni, dah lama aku tinggalkan dia. Tapi itulah bila dah sayang orang, bukan senang nak tinggal woi. Kita akan kasi excuse untuk dia n bagi peluang. Nak kenal orang baru pun bukan senang.. Ambik masa.

Dulu dengan Aidee aku tak cukup sabar menunggu. Tunggu lama buat aku tertekan. Izal je yang sebut sal kawen dan pernah ajak kawen pun time tu tapi aku konon taknak pulak masa tu. Masa tu aku harapkan Aidee, tapi Aidee je yg taknak sebut sal kawen, tu yg aku nekad tinggalkan Aidee. Tapi rupanya tak kawen-kawen jugak lagi aku ngn Izal.. Hahaha.

Aidee pun bila aku dah mula sayangkan Izal n dia dah mula rasa aku tak sayangkan aku, dan-dan ajak aku kawen. Sampai nak paksa ambik IC aku masa tu untuk pergi apply kawen. Padahal selama 2 tahun lebih tu aku dok sebut sal kawen, dia dok mengelakkkk je, tak ready lah apa lah. Fuhhh punyalah tak berjodoh..

Skarang ni cuma perlu sabar sikiiiiiiiit je lagi supaya dapat end up dengan orang yang aku nak sangat tu. Moga memang adalah jodoh kitorang berdua supaya tak sia-sia kesabaran n penantian aku selama ni.. Sigh.

Aku ada hutang satu entry pasal tips to Hat Yai ni... Nanti ye..




You know you love me! XOXO,
-Scha

2 comments:

Unknown said...

❤️❤️❤️
Tak tau nak komen apa.. nak bagi love je petang petang ni.. hahaha..Emm bila baca kisah korang ni kan mesti ingat zaman cintan cintun dengan suami dulu.. bestnyaaa.. skarang ni mmg la sayang tapi dah lama tak bercinta. Paham je la kan bila dah lama dan focus tu lebih pada anak anak. Alahai rindunya nak bercinta balik. Hehehe. Kena stat balik la sweet2 cam korang ni 😘😘😘

gadis jumaat said...

Hihiii dok jauh gini lah.. kalau dah serumah macam u dah tak heran kot.. ekeke. Nnt sweet2 dpt baby baru tu kikii..