Tuesday, October 22, 2019

Curhat & Kisah Mas

Lately takde semangatnye lahai.

Perasaan macam nak period tapi dah period dah haritu. Penat rasa nak hidup pun ada. Tapi takkan nak mati pulak bukan? Live just for the sake of living. Bila rasa masa depan tu gelap semacam, rasa macam nak berbungkus je dalam selimut taknak mengadap dunia. Tapi what choice do we have kan?

Izal dengan dunia dia. Busy tak habis, aku dah mula rasa bosan, give up dan mula rasa tawar hati. Apa sudahnya kalau sebelah pihak je yang cuba memahami? Sebelah pihak lagi cuma nak difahami. Dahlah jauh. Entah bila nak dekat entah, let alone bila nak build a family together? Perempuan ada expiry date.

I've been having lots of conversations in my head. Things I soooo wanted to say to him that I'd rather keep to myself.

"Takpelah kalau Abg sayang sangat keje Abg tu. Takyah ada family, takyah ada anak bini. Tua nanti Abg check in sendiri je ke rumah orang tua-tua guna duit Abg yang banyak-banyak tu."

"Mak Abg pun dah lama give up dengan Abg. Abg sendiri cerita Mak cakap takyah balik-balik dah la ke Malaysia. Mak pun dah give up. Sebab Abg dah sekian lama tak balik jumpa dia. Itu mak Abg. Orang yang sepatutnya paling sayang Abg. Syg ni apetah lagi."

Semalam dia baru 'timbul' semula lepas berhari-hari hilang ke laut semula. Penatla. Napela aku cari pasal pergi sayang orang yang keje camni? Aku dah penat menangis menunggu je. Macam aku ni takde keje lain selain tunggu dia.

"Syg.. Abg baru bangun ni, tadi balik. Miss u Syg..", dia message aku malam tu dalam pukul 10. Dia dah hilang 4 hari ke laut. Berturut-turut sangat dan kerap sangat ke laut aku dah jadi letihhhh. Letih sangat-sangat menunggu. Merindu. Biasa time dia 'hilang' tu aku tetap message everyday bagitau aku rindu dia. Kali ni aku diam jugak 4 hari. Ingat tak letih ke chat sorang-sorang takde reply?

"Abg.", aku reply sepatah the next morning. Saje reply lewat nak kasi dia rasa jugak peritnya menunggu text dari orang tersayang.

"Ye Syg.. Syg sihat tak? Miss u Syg..", dia jawab many many hours later, baru bangun tido le tu. Biasala kan balik laut mesti catch up tido gila-gila. Pastu kasi gambar dia. Ingat aku cair la tu. 🙄🙄

"Keje dah."

"Abg nak pi makan ni. Syg sihat tak.."

"Ok je semua."

"Syg marah Abg. Abg tau."

"Manade. Org manade perasaan."

"😟😟 Abg mintak maaf Syg.."

"Jaga diri baik2."

Ikutkan hati malas nak reply sebenarnya tapi tu lah perempuan ni. Lembut hati sangat. Kalau laki layan teruk senang je nak tinggalkan. Tapi kalau laki tu baik, cemana je nak kuat bencikan dia kan. Tu la masalah aku. In the first place takkan bleh terjatuh cinta plak kalau laki tu tak layan kita dengan baik kan.

Aku cuma nak keraskan hati. Takmo lembik sangat sebab lelaki. Takmo bergantung harap dengan makhluk.

*******************************

Mas, childhood bestfriend aku pun dah hampir nak settle dengan suami dia. Iddah dah nak habis dalam hujung bulan ni. Mas ni yang boyfriend dia Zack detective tu.. Boyfriend dia tu pun belum settle dengan isteri dia..

The least I've learnt sejak dah makin matang dan berusia ni, jangan cepat menghukum orang. Kita tak tau cerita orang jadi jangan memandai nak judge this and that. Jadi biarlah aku cite sal Mas supaya takde la korang sangka buruk kat dia pulak.

Mas n Zack ni kenal dari sekolah rendah lagi. Zack dah lama cari Mas kat fb semua tapi tak jumpa sebab Mas tak pernah pakai nama penuh kat fb. So nak jadi cite ada la Mas pakai sekejap nama betul dia ada satu time tu. Zack jumpa n terus contact semula dia. Time tu Zack tengah problem dengan rumahtangga dia, wife dia curang dengan lelaki lain. So they stay in a toxic marriage sebab anak-anak.

Mas belah kanan, anak sulung beliau belah kiri.
Takleh tunjuk full sebab dia ni ramai orang kenal.

On the other side of the world, Mas pulak rupanya dah lama problem ngan his husband of 23 years. Dia memang takde cerita kat sesape - kawan, family n anak-anak semua tatau sampaila bila dia dah nak cerai ni. Tapi anak-anak masih tak tau la perangai ayah dorang tu. Mas ni cantik sangat, jenis cantik yang orang tengok mesti rasa terus suka. Suami dia pulak jenis sangat cemburu.

Bayangkan dulu depan mata aku - aku, Mas n suami dia naik satu kereta. Sampai kat simpang jalan tu ada sorang lelaki berdiri tepi jalan tu. Tiba-tiba lepas kitorang melepasi jalan tu, suami dia marah-marah. "Pesal laki tu pandang-pandang kat Adik??"

Ye.. Dorang ber adik-abang sebab asalnya suami dia ni ustaz sandaran kat sekolah dia. Gap 7 tahun. Suami dia ex-classmate kakak aku.

Mas pun cakapla, "Laa manala Adik tau.. Dia tengok kereta je tu.. Adik mana kenal dia.."

"Huh takde keje pandang bini orang!"

Haa gitu dia punye jeles. Bila dapat jenis cemburu gila ni pepaham la.. Kaki tangan naik sekali. Ada pernah sekali Mas buat air kureng sedap, laki dia terus tepis tolak cawan dia. Ewahhh kemain kau kan. Mas ni jenis kasar tapi dengan suami dia memang sangat tunduk. Memendam. Lepas laki dia tolak cawan tu, dalam keadaan separa sedar tu dia pegi amek serpihan cawan tu dan toreh lengan dia. Tapi bukan kat nadi tu.. Kat atas sikit. Mungkin setakat nak rasa sakit bukan la nak mati.. Tapi, parut tu besar dan dalam, ada sampai sekarang.. Rasa terhina kot bila suami layan gitu..

Ada satu time tu bergado gak. Dia tak tahan, dia cakap tetiba dia jadi kuat, dia bleh terbalikkan peti ais kat dapo tu huhuhu. Pun dalam keadaan separa sedar.

Tapi Mas cakap, dia boleh tahan sepak terajang tu. Yang dia tak tahan sebab suami jenis mudah lafaz taklik. Sepanjang kahwin, almost 3x dah patut masuk talak tiga. 2x pertama tu nyaris jatuh talak tiga tapi ustaz sahkan talak tak jatuh sebab tak niat or something. Yang kali ketiga tu memang jatuh.. Sampaikan laki dia terpaksa cari cina buta!

Masuk kali ke 3 talak 3 ni Mas memanglah dah macam patah hati. Suami cari roomate lama dia time belajar UUM dulu, Mie, untuk jadi cina buta. Mie setuju. So Mas & Mie pun jadilah suami isteri buat sementara.

Bila dah jadi suami, of courselah Mas dah jatuh sayang dekat Mie ni, dahla Mie ni kulit gelap memang taste Mas, sebab suami Mas tu putih gila macam Mas gak. Tapi malangnye sikap setiakawan Mie ni lebih dari sayang dia pada Mas, jadi dia tepati janji untuk lepaskan Mas balik kepada suami Mas.

Walaupun dah dilepaskan tu, Mas masih sayangkan Mie ni sebab dia dah takde hati ngan suami dia. Sebab sukati suami dia nak tolak ke tepi ke tengah kannnn. Tapi Mie plak sejenis hati kering n pentingkan keje dia lebih daripada pasangan.. Jadinya last2 slowly Mas give up n pergi lepas 2 tahun menanti, jenuh berkorban ulang alik Kuantan-Langkawi, tapi takde action dari Mie untuk jadikan dia isteri semula.

Time tu lah muncul Zack just at the right time. Mie bila tau Mas dah ada Zack, dia jadi gila bayang pulak. Sebab dulu dia ingatkan Mas akan balik kat suami dia. Rupanya baru dia tau, Mas memang serious dah taknak suami dia n nak move on.

So mulelah call sehari sampai berkali-kali, buat ayat jiwang sampai Mas rasa nak muntah. Sampai satu tahap, dia cakap kat Mas dia sanggup bayar belas ribu kat suami Mas yang konon best friend dia tu untuk dapatkan Mas. Puiiii dah way too late baybeh.. Way too late.

So Mas & Zack pun, since then dah dalam 3 tahun lebih rapat. Suami Mas pulak makin berusia ni, memang lah dah takde sepak terajang lagi dah. Tapi still la benda yg dia buat tu ada kesan. Bukan senang dia nak lepaskan Mas. Amek masa bertahun sampai satu masa Mas dapat keberanian, dia mintak suami dia lepaskan dia elok-elok. Menggigil-gigil rasa nak pitam suami dia time nak lepaskan dia talak satu kat court depan hakim. Dia sanggup lepaskan Mas pun sebab Mas janji nak rujuk semula dalam tempoh iddah. Konon untuk muhasabah diri memasing. Terpaksa janji camtu.. Kalau tak dia takkan lepas..

So aku sebagai member rapat yang mengikuti cerita dia dah lama ni.. Sama naik berdebar tunggu dia habis iddah ni cemanala agaknya.. Dia sangat takut nak mulekan hidup baru. Bayangkan dah 23 tahun dengan suami dia. Dari dia umur 16 smpi skang 39 dah. Walaupun tak cintakan suami dia dah.. Tapi suami tu dah macam keluarga kan. Sure sakit bila nak meninggalkan..

Aku harap dia bahagia dengan Zack lepas ni. Dan Zack dapat lepaskan bini dia bebaik. Dan bini Zack dapat kebahagiaan dari lelaki lain yang dia tak dapat dari Zack sebelum ni. Dan aku pun dapat bahagia ngan Izal sampai bebila wuwuwu tadi kata dah tawar ati, ni nak pula wuwuwuwu. 😭 Aku nak baby lagi. Tapi aku nak baby tu ngan Izal. Aku nak kasi baby kat dia sebab dia dah penah kehilangan. Dan aku kesiannnnnn sangat tengok Yam takde kawan, dok berkawan ngan orang tua ni je yakni aku wuwuwuwu lagi. 😭

Moga Allah permudahkan.. Moga Allah makbulkan.. 😭😭



You know you love me! XOXO,
-Scha

No comments: