Thursday, July 30, 2009

Kedai Emas Tulen, Banggg

Tadi time lunch, membe cakap pasal skarang sbb tak cukup orang, dia yg wat module SD pon terpaksa tau module lain2 cam PP, MM, FICO.

"Last2 dah tak larat, I ngan Amir focus kat module MW je.", dia cakap.

"Pergh, MW tu ape ek?", aku tanye ngan penuh tercengang dan curiousnye.

"Mafia War. Tee hee hee...", dia jawab. Chaitttt. MW Facebook!

Kunen menyala ooh jantungku.
Cilok secara sukses, sukses, dari panoramia.com.

Skang aku ngan project Po* Kon* the kedai emas. Kalau pergi HQ dia, kedai emas kat bawah mmg cun giler macam kayangan yg berkilauan ngan lampu2nya, tapi bila naik ofis atas, mak aih, antara dua darjat. Macam MAZE pun ye. Berliku dan berbelok-belok. Jalan2 sat jumpe tempat masak, sat lagi jumpe tempat makan, pastu barulaa smpi ke opis yg secoet tuh, dahlaa kasik kusi cam kusi orang nak beli emas, yg penyandar dia takat pinggang kau dan aku jua adanya tu!

Tapi business process diorang sangat menarik untuk diexplore. Bile ada meeting, cakap pasal ruby, amethyst, carat, and the likes. Aren't we naturally excited with things like that, woman! Pastu kena tau untuk setiap satu product diorang tu, say gelangla, ada berapa percentage yellow gold, or white gold dalam tu, ada berapa biji diamonds, berapa carat, berapa berat, and so on so forth. Seronok bukannnn?

Okaylah! Sambung bz ngan module TM lak. Typing Maniac of course... Huhu.

Ooh, btw, interview postpone lagi ke Isnin depan sbb dorang tak free Jumaat nih. Aummm!


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Wednesday, July 29, 2009

Just When You're Least Expecting It

OMG!!!! I just have to share this with u guys!

Tadi HR panggil aku, dan aku ngan langkah cuaknye pergi sana sbb risau kot2 kena sound pasal kadang-kadang (yeke kadang2? trr trr) aku MIA aka ponteng kannnn T_T.

Skali, dia kasik surat yg aku akan dapat extra $700/month for 'Market Allowance' 'in recognition of your outstanding and consistent contributions towards the company'! Ape market allowance? Don't ask me. Don't know and don't care! Yang penting, eksaited bangettt ni! Baru last month dapat increment $300, so leh bajet kannn betapa seriously aku tak expect. Lantaklaa korang kate poyo ke ape, pasal benda ni pon aku nak cite, atau aku terlalu transparent bercerita blablabla, janjiiiiii, AKU BAHAGIA! Mungkin ini kelebihannya bile dapat bekerja directly dengan CFO time support Puncak Niaga haritu, so dia leh nampak cemana kite bekerja...

Aku call Incik Sayang, bliau eksaited (walaupun ngah miting ni!) n cakap, "I'm sooo happy for u!". Call Kak Da pon Kak Da eksaited bangetttt. Dia siap sms cakap, dia cite kat Kak Pah - opismet dia yg aku kenal gak, Kak Pah terlebih teruja siap jerit2 tuuuu wahha. Tau laaa kalo gomen or GLC, increment tahunan tak sampai seratus pun. Ni bukan riak nih, nih statement je hihi.

Satu je bad news, dia kate, The Company berhak pada bila2 masa menarik balik allowance tu ikut keadaan (keadaan financial dorang le tu). Takpe takpe, yg penting ada peningkatan buat masa ini untuk kasik uppp sket duit raye anak2 sedara aku tahun ni .

Skarang, bayangkan seorang wanita bertudung itam yg ngah tertahan-tahan senyum sorang-sorang sbb takleh nak share ngan colleagues beliau, sbb HR cakap mende ni tersangatla confidential. Tak semua yg dapat, dan tak sumer yg dapat tu sama banyak. "Yours are among the highest you know."

He he he. Alhamdulillah... Bes betul hadiah birthday aku tahun nih! Yeppa!



You know you love me!

XOXO, girlfriday

Tuesday, July 28, 2009

Guess Who's Coming To Dinner

The telecon interview scheduled yesterday didn't go smoothly.

Cuma dapat dengar suara this one English lady yang tersangatla lagging dan breaking, padahal phone aku full bar je. I picked up few words here and there, yang penting aku tau dia pon tak dengar apa aku cakap, soooo last2 aku rasa aku dengar dia cakap, "I'll talk to the agent."

So, long story short, aku kene gak gi office diorang this Friday 6pm for the interview. Takpelah bersusah-payah sket, sbb diorang pon nampaknye bersusah-payah gak ngan aku setakat nih. Haihhhhh. Harapnya dapattt gak kat aku job tuh!

Aku ada gak gugel2 kot2 ada other candidates who blogs about their interview with The Company, tapi balik2 aku dapat links to many things related to TUNA! Haha sengallllssss!

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malam tadi dinner with Incik Sayang kat Tarbush nyam nyam. Giler laa Tarbush nih slalu wat aku ngidam kat lamb dia, particularly Mixed Grill dia. Yang penting houmous musti ada tsk kecoq ayaq lioq! Ohhh btw sile jgn sesekali order Yoghurt Drink dia sbb rasa cam air yang diletak houmous (kacang kuda lenyek) masam je, kaler putih, incik sayang cakap macam air susu unta ikut slang arab wakakaka.

Aku tanye Incik Sayang, "B, perlu ke aaa jumpe parents B weekend nih??" <-- ayat ingin diconvince. Dia suke ingatkan aku every now and then cam, yanggg, lagi 18 hari, yanggg, lagi 7 hari. Hehe.

Incik Sayang: "Haaaaa? Mestilaaa! Tu having second thoughts laa tu!"

Ngeee, siap quote ayat blog lagi tu tak tahannnn! Krekoekoeke! :D Lepas tu mulalaa diskas pasal ape nak bawak untuk Mak Abah. Eceh2 kang ada terlepas panggil Mak Abah plak kang ngahahaha.

Incik Sayang suruh wat trifle yg aku wat aritu, dia kate sedap. Tapi aku tak suke sangat. Pastu aku kate, pekata aku wat alfredo je, one of his favourites tu. Dia kate, ok! ok! Ni masalahnye nak amek ati boipreng ke nak amek ati future in-laws ni tsk tsk terlari konsep T_T. Lagipun cam pelik lakk wat makanan western aku rasa. Kekadang rasa malass je nak kasik makanan, nanti nampak cam trying too hard don't u think. Aju suruh bawak buah dalam basket T_T.

So I'm wondering.

What will (or did) you bring for your future in-laws (or in-laws) during your first time meeting them?




You know you love me!

XOXO, girlfriday

Sunday, July 26, 2009

Balik Kampung Hati Giranggggg

Aku kat Kuantan ni. Padahal last week pon dah seminggu kat Kuantan tapi minggu ni rasa teringat sangat kat Mak aku, maka kita redahhh aje walaupun tiket takde n terpaksa tumpang kawan abang.

Dah beli dah kain untuk jumpe future in laws beta next week trr trr. Tadi kesian terpaksa mintak Kak Ani jahitkan, dalam masa sehari je wohho mentangla adik tukang jahit. Kak Ani cakap, takpe, demi Adik tersayang :") Kain tu biasa2 je, yelaa takkan nak jumpe mak bapak orang pakai kain luar biasa plak tsk tsk. Aku buat kurung moden lengan kembong :D

Woahhh kat luar hujannnnn. Nyamannyier!

Tadek ape nak apdet pon ni, tapi teringin meng-apdet, maka inilah hasilnya. Nak cakap hepi gilerrr je dapat lepak kat Kuantan this weekend :) Esok nak masak gulai ketam nyam2 dengan udang celup tepung. Besssssss!


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Wednesday, July 22, 2009

A Spark To Pierce the Dark

Tadi The Agent called n cakap aku kena datang 1 sentral lagi sekali next Monday sbb ada teleconference interview ngan their UK boss! Wohha!

Not to say it's the 2nd stage, tapi aku rasa sambungan dari interview kelmarin kottt. Is there such thing? Tanak mengharap sangat walaupun dah mengharap nih wahha. Patutlaa agent tuh siap call aku kol 8 malam smalam, just nak tanya apa khabar, how's the interview etc. So arini bila dia call aku, dia cakap, "Actually, yesterday I knew already. Saje je I simpan sampai harini, hehe." Bersabarnya betaaaa.

So, let's hope for the best ya? Last night sangat2 memohon pada Allah semoga dapatttt gak kerja ni somehow, siap pasang niat nazar lagi. Hopefully dapat.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Malam tadi mimpi kat arwah Pok. Seingat aku tak pernah mimpi lagi kat dia stakat ni. Aku mimpi aku time tu ngan baju sekolah menengahnya tengah tunggu kat lab. Tetibe Pok muncul ngan basah kuyupnya meredah hujan naik motor nak ambik aku. Aku pun pelik, eh Pok bkn dah meninggal ke? Pastu badan Pok dalam mimpi tu pun gemuk sket, mcm masa dia muda-muda lagi. Sungguh vivid mimpi tu, macam tengok movie.

Maybe mimpi sebab aku dah dekat sminggu tak hadiahkan apa2 surah untuk dia kat sana, sebab period, mungkin Pok kat sana tertunggu-tunggu.

Maybe gak mimpi sbb teringat sangat kat dia lepas baca post Hanis Zalikha pasal Daddy dia yg dia described as:

Lelaki yang paling memahami Hanis dari setiap segi, setiap isi hati sanubari, setiap aspek psikologi. Lelaki yang Hanis berpegang pada setiap tutur katanya tanpa perlu ada periksa. Lelaki yang Hanis tunduk di depannya tetapi jalan bangga mendada apabila mengikut setiap aturan langkahnya. Lelaki yang tiada putus Hanis panjatkan syukur atas keberadaannya di setiap ketika, duka dan teruja. Lelaki yang jika ada duanya, tanpa gusar tanpa ragu, nikahi ku sekarang dengan restu dariMu.

Kita ada sorang mak, ngan sorang ayah je dalam hidup ni, maka hargailah dorang semampu kita. Boifren, girlfren, membe, sumer boleh cari...

Pasnih dah takkan dapat lelaki se-komited Pok yang hantar dan ambik aku dari sekolah tetiap hari dari aku tadika sampai aku form 3. Regret sbb aku rasa aku tak bagi penghargaan secukupnya kat dia sesuai dengan commitment besar yg dia bagi kat aku selama ni.

Sigh.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas tahlil aritu, tak diskas pon pasal aku. Aku tak kasik Abang Mir diskas dpn sumer orang, segan ahhh. Stiap kali ada cobaan membangkitkan isu aku, stiap kali tuh gakla aku patahkan percubaan tuh. Fuh.

Lagipun dah tak perlu pening pasal hantaran tu kot sbb dah 2 kali mak aku cakap camni kat aku, especially lepas dia dengar aku gayut ngan incik sayang, "Jangan rapat sangat dengan lelaki. Pegang tangan pun jangan kasi. Kalau nak, kahwin. Cik tak kisah nak buat kenduri kecik ke, besar ke."

Adakah itu bermakna mak aku tak berkira soal hantaran? Adakah benar mere amma? Mak aku nih sumhow susah nak cakap direct ngan dia, cakap berkias-kias je. Soooo, aku pun tak tau, tapi rasa2 ye, tapi kalo nak konfem, sile masuk minang dulula bai baru tauuuu. Tettt tetttt tektik nak suruh minang cepat dikesannn. (-_-")

Skiannnn.



You know you love me!

XOXO, girlfriday

Tuesday, July 21, 2009

Sometimes They Come Back

Smalam aku tido awal so tak berjumpa ngan housemate aku. So arini dia ngan eksaitednya bercerita kat aku tentang sebuah cite yg dah lama aku tak cite kat sini sbb dah lama takde.

*Background ringtone twilight zone*

Aku ada housemate baru yg bernama Dee, dia take over bilik kakak kepada membe aku yg dah kawen tu. Aku belum pernah sekalipun jumpa Dee nih, sbb dia masuk time aku cuti seminggu balik Kuantan tu. So, since aku balik sini 2 hari lepas pon, masih tak berkesempatan jmp dia lagi sbb aku slalu tido awal, pastu bnyk memerap lam bilik, n dia pon sama.

Ok ni bukan cite ttg seorang housemate yg sebenarnya tak wujud, kalo itu yg anda anticipate. Keh keh.

Ini cerita tentang housemate baru yg 2 malam berturut-turut kena hempap ngan benda itu. Kesian aku dengar. Semuanya bermula lepas dia stat alih posisi katil ngan meja solek dari kedudukan asal dia. Sebelum tu dia kata ok je.

So, smalam lepas balik mkn ngan boifren dia, dia packing barang dia sket sbb nak balik tido kat umah mak dia kat Wangsa Maju sbb dia takutt. Adei. Nantila aku ingat kalo dia balik mlm ni, aku nak offer tido bilik aku je. Dia menyewa ni pon sbb umah mak dia umah flat, so agak sempit maka dia pon keluarlah dari umah itu dan menyewa.

Dia mmg dah patut expect umah ni agak misssteri sket sbb bf dia adalah membe kepada laki kakak housemate aku tuh (hehe pandai2la pahamkan sendiri). So, mmg konfem bf dia tau sal cite2 hantu rumah ni dulu, dan dah siap usik2 Dee lagi pasal umah ni. Tapi dia sewa gak, sbb dia kata umah ni selesa, lagipun bilik dia sewa tu 120 je.

We'll see, adakah Dee akan pulang ke umah ni malam ni atau tidak. We'll see.

Btw, korang pernah dengar tak, haritu Kak Ni aku cakap, kalau kita rasa takut then suddenly bulu tangan meremang, maksudnya mmg 'dia' ada sekitar kita. Kalau leher yg meremang, maksudnya 'dia' ada DEKAT ngan kita. Whoooaaaa whoaa. Kan dalam Ghost Adventure ke apetahhh tu kat NTV7, bila benda tu ada je, temperature bilik terus dropped suddenly? Sbb tu laa kita meremang.

Skian trima kassey.

Btw:
++ Momok kesayangan dah hilang dipercayai ada orang kidnap sbb konfem orang tu geram ngan badan gemuk dia. Dahlaaa Momok tuh sejenis kucing yg paling baikkkk sangat, tak bnyk ragam tsk tsk. Slalu ikut membe aku naik kereta time gi hantar husband dia gi lrt. Pastu kalo tanak ikut pon, sbb dia bz main2 ngan pepatung depan umah. Tsk tsk. Takziah untuk Emy yg kehilangan Lion jugak.

++ Schaheizy add aku kat YM lak wahahaha gumbira! Tapi stakat nih dia blom online ataupun sentiasa set aku offline or something T_T. Takpe bersangka baik, dia penat baru abis shooting Niyang Rapik the movie tu, janji dia dah add :D

++ Lagi 12 hari gilerrr! I hope I wont have second thoughts!


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Monday, July 20, 2009

The Interview

Aku rasa sgt small chances utk dapatkan keje tadi... Haih.

Takpelah, kalo Allah nak kasik, dapatla tu. Kalo tidak, bukan rezeki aku la tu. Hanya Allah jugak yg dapat membuka hati diorang untuk accept or reject aku. Mengharapkan rezeki dari Yang Di Atas Sana je niiiiii.

Part 1 - ABAP Practical Test
Nih dia kasik cam assignment, then dia suruh aku wat kat SAP server terus. Senang je test nih, basic sangat. Ada 2 reports kena buat - satu kena create from scratch, satu lagi kena amend report yg sedia ada for performance tuning. Sejam kat test nih.

Part 2 - ABAP Technical Interview
Yang nih laa yg aku rasa aku banyak ilang score! You know I'm suck at explaining, I just know how to execute. Dahlaaa soalan banyak pasal BDC ngan BAPI, dua2 tu aku takde experience sangat sbb pernah buat sekali je hadei.

Banyak kali interviewer tuh cakap, "Don't worry, it's totally okay, we don't expect you to know everything...". Mmg dia sangat ok la, tapi bile tersangat ok gitu lagilaa aku risau, sbb takleh nak predict ape yg dia rasa pasal aku. Tsk. Dalam 40 minit kat sini.

Part 3 - General Interview
Yang ni interview dengan Encik Zubir, bukan Zubir Moore ye. Kalo Zubir Moore tu, cehhh, konpem dapat punyaa! :P Interviewer nih sangat baik jugak, dan aku pon jadik makin risau jugak. Bila aku panggil dia 'Encik Zubir', dia kate, "Oh, the culture here, you don't have to call me Encik."

Interview ni around 40 minit. Time nih dia tanye soalan2 cam, how you'll benefit the company, how's ur approach kalo functional spec tak lengkap etcs, pendek kata, sumer soalan yg memerlukan kite menggoreng jawapan dan membuat ayat2 pawe ah tuan-tuan.

Tadi, aku kontrol diri aku dari banyak senyum, n kelihatan serious n firm ngan jawapan aku sbb masih terbayang2 interview dengan EDS duluuuu masa baru grad, aku banyak jawab hepi2 je sampai dia ada kasik remark macam, you have a bubbly personality, that's good, tapi maybe next time kalo aku ada interview lain (nampak sangatttt dia nak rejek aku), kene kurengkan sikit or something like that. Cehhhh.

Begitu juga interview ngan Petronas, sbb alaa, masa tu masih mentah lagi, so jawapan aku macam sure tak sure je n tak firm, dan dipercayai kerna faktor itulah maka beta sukses direjek lagi T_T.

So, selain bajet serious tadi, aku ayattt je beliau sebaik mungkin, ada point yg aku jawab macam klik terus ngan dia. Ada point yg dia mintak aku elaborate, maksudnye aku jawab merapu2 tadek point le tuuuu ngeh2. Haih bab impress2 nih sungguh fail aa. Bila dah abis interview tu, aku ada tanye dia, brape ramai dah candidates dia? Dia cakap 6 orang. Ideally, dia nak interview dalam 10 orang dulu, or maybe another 4 sbb dia tanak rush main pilih sesapa je. He'll take his time. So kesimpulannye di sini adalah, aku tak tau laa bila dapat expect the result nih T_T.

Lagi, dia cakap, dia tak expect gak nak hire someone yg tau semua benda, sebab semua tu bleh belajar, dia cuma nak someone yg ada attitude 'willing to learn'. So, lepas interview, dia akan bagi feedback dia kat HR UK, then they'll decide...

Zubir cakap, culture kat sini, dorang mmg jarang sangat laaa kena stayback. Ada skali time semua orang lain dah balik, beliau adala hantar email to the UK boss dalam pukul 8pm camtu. Pastu boss dari sana terus call dia cakap, "What are you still doing in the office?? You should be at home at this time!" Wahha giler bes. Pastu cuti 20 hari yg diorang kasik tu, mmg kena utilize, kalo tak, boss dari sana akan carik Zubir n tanya, apsal tak kasik cuti kat staff? That sorta things. Dorang taknak staff dorang exhausted because that will affect their performance. OH PLEASE HIRE MEEEEE!!

Sungguh kontrari ngan boss company skang nih yang sangat pantang kalo tengok staff balik on time. Chait dan chait lagi.

Haih, doakan aku dapat ye sebab aku rasa sungguh tak bes ni. Dapat gakk bagi duit lebih kat mak aku. Aminnn.



You know you love me!

XOXO, girlfriday

The Miracle Song

11 hours to go before the interview, and I'm sure as hell I won't be getting any good night sleep tonight!

This is the first interview I finally managed to secure, so I really don't wanna blow it!

The agent who talked to me and dah jadi kamceng over the phone said: Best man wins / Your chances are now 50-50 / Only you have passed the online test out of 10, or 5 people who took that test that day / The company has approved your expected salary.

Okay I already had high hopes now!

I wished that I'll project more, if not the same energy and confidence tomorrow just like the confidence I was projecting during the interview for my current company last year!

So tomorrow I'll have:
- ABAP exam
- Interview with the Technical Lead (ABAP team lead is a Malay guy! <-- This can be either advantage or disaster! T_T) - Interview with the Management I was told that one of the UK bosses will be coming down to Malaysia to conduct the interview tomorrow trr trr. Really, really want this job. Ya Allah, bukalah pintu rezekiku seluas-luasnya. I really need to get out of my current company, tak larat ngan heavy workloads and high turnover rate :( And I really really in need of a car, not just any car, but this particular car that I can't afford with my current salary :D. Huuu sedeynya masih berskuter ke sana-sini.  

You know you love me!

XOXO, girlfriday

Tuesday, July 14, 2009

Cuti Seminggu & Soal Perkahwinan

Wowowo... 19 days lagi nak jumpe bakal Abah. :D

Aku secara suksesnya masih berada di Kuantan sampailaa Sabtu nih. Hari Sabtu malam Ahad lepas tahlil lagi, sekali dengan Abang De yg ada balik lagi dari Arab. Diet sangatlaa sukarnya untukku kalo dah sampai rumah ni. Padahal kat Gombak relax je tak makan nasik, ngadap biskut ngan buah je. Sampai sini ya Allah...

Tambah2 bila ada tahlil cam ari Jumaat tu. Ada sate, mi goreng, kfc, durian dan memacam lagi, so apa baranggg ngadap biskut cap hup seng time2 camnih. Maka aku tewas lagi seperti dijangka.

Takpela mak ayah incik sayang nak tengok aku ngan badan camni pun, tu sume packaging je. Dalaman ni yg diorang perlu kenal. Sape yg bleh sayang anak diaorang cam aku sayang? Akak berbintang Leoooo ni jugak.
Riwayat Ibnu Majah daripada Aisyah kan ada menyebut;
“Kahwinilah (wanita) yang mempunyai asal usul keturunan yang baik , kerana asal seseorang wanita sangat mempengaruhi keturunan yang akan dilahirkan”.
IKLAN:
* Napelaa brader jual aiskrim kat umah aku berplet CBT 9550 nih hensemmm banget? Ok2 esok tunggu dia lalu lagi :))), kata suara hatiku.

Oh lepas tahlil ari sabtu tu, Anor ngan Abang Mir aku panggey datang dekat dorang. Aku dah suspender ni. Sbb haritu time dorg tahlil time aku kat KL, dorang ada bincang2 pasal aku nak kawen kannn.

So sebelum Abang Mir ngan Anor cakap ape2, aku cakap kat dorang, "Nak bincang ape... Sbb ape2 pon boipren orang tengah kumpul duit lagi..."

"Bukan pasal tu, masalahnye skarang, Cik letak tinggi sangat... Kak Da ngan Aju pon sama naik, sbb dorang cakap awak ada degree la ape la.", Anor cakap. Aku tak paham orang skang nih, pesal degree ape sume jadi faktor lak? Sebaik2 wanita kan yg paling rendah maharnya? (Jgn marah incik sayang, kalo terlalu transparent cite pasal mende ni... Cuma kite susah nak diskas sal mende ni, so I need an intermediary.)

"Ooh.. Pasal tu. Mmg pon masa memule Aju ngan Kak Da sebut amount duit hantaran tu, orang rasa nak nangis sbb macam takkan kawen je kalo camtu...", aku cakap. Mmg pon, even simpan seribu sebulan pon dah kene tunggu brape lama? Tu pun seribu sebulan, which is sooo impossible...

"Itulaa, tak baik benda ni tangguh-tangguh camni. Abang tak setuju. Itula nak tanya Adik ni, nak kitorang cakap one-to-one ngan Cik ke, nak cakap depan semua orang? Pasal jgn letak hantaran tu tinggi sangat.", Abang Mir tanya.

"Tu laa... Kenduri brapela sangat. Takyahlaa panggil sampai seribu orang. Kalo ikut Abang Nuar lagilaa, suruh nikah gantung je terus.", Anor sambung.

Aku diam. Taktau cemana nak cakap. Aku mintak jangan cakap lagi malam ni. Lagipun takmo laa sampai Cik masam muka ngan aku plak. Kalo bleh aku taknak ada pon time dorang bincang nih.

So last2, Abang Mir cakap, tunggu Abang Nuar balik dulu la. Sbb Abang Nuar nih, dia negotiator in the family. Orang dengar cakap dia sbb dia pandai reason out ngan sumer orang. Sooo.... Tunggulaa Jumaat malam Sabtu akan datang nih. Aku dah rasa tak bes ni. Cuma aku rasa, aku nak cakap smula ngan Abang Mir, takyah aaaa diskas pasal ni time aku ada. Pening2.

Hari2 aku doa, semoga urusan perkahwinan aku dipermudahkan je, dan kalau aku yg bakal jadi zaujah incik sayang, maka dekatkanlah aku ngan dia. Kalo tak, silelah jauhkan... :(


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Thursday, July 9, 2009

Today I Receive An Unexpected Hug :")

It was from a colleague. Malay lady. Kitorang tak kenal sangat, berpapasan camtu je, sbb dia dari Sales department, maka tidak berurusan ngan dia.

"Who is Sya*****?", dia dtg kat tpt kitorang pastu tetibe tanye ngan penuh seriousnya. Aku dah risau ni. Apa salah daku??

"It's me. Why??"

"I want to give you a hug...", dia cakap sambil buat muke sedey.

"Ohhhh... You've heard."

Aku bangun and dia peluk aku for few seconds. Aku balas pelukan dia.

"Not exactly, I saw it on Anne's table. I rasa berdebar you know. How are you? Are you ok?" Dia maksudkan sijil kematian yg aku baru hantar kat HR sbb aku lama dah tak balik opis kan, sbb buat support kat Puncak Niaga.

"Okla... You still have ur parents? Hmm, your dad, is he well?"

"Yeah, I still. But my dad pernah kena heart attack, it can just happen anytime you know."

"Yep. We thought they'll always be there. Tapi suddenly, they're gone."

"Itulah i risau... I just hope you're doing ok..."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sweet sangat K nih, sungguh unexpected perlakuan dia tuh. Buat aku terharu tadi.

Thanx K, and everyone :)




You know you love me!

XOXO, girlfriday

Sunday, July 5, 2009

Dad In Memoriam

This is a very longgg post, nak baca, bacala. Tentang pemergian ayah aku haritu. Mainly, just for my own record. Dah lama aku taip sambung2 ni, tak dapat habiskan each time, sbb stiap kali taip, sedih, pastu stop. Taip lagi, dan stop lagi. Sampaila harini, aku harap dapat publish jugak.

Every soul shall have a taste of death.

The Night Before, June 10, 2009

Tetibe aku rasa nak mengaji walaupun jarang2 sangat aku rajin mengaji. Hati rasa sangat tak tenang. Lepas smayang ada terdetik kat hati aku, mintaklaa parents aku still ada sampailaa aku dah ada anak nanti AT LEAST, aku doa dalam hati, walaupun kalo boleh aku nak dorang slama2nya ada dengan aku.

Aku call incik sayang untuk melegakan perasaan tapi ended up aku makin rasa tak bes. Aku ingatkan aku tension pasal nak kawen, sbb tu aku sedih. Serious sedih tetibe yg tadek penyebab, nak kate PMS, dah PMS dah haritu, aku pon pelik. So aku anta sms kat incik sayang sumthing like: "Please leave me alone these few days." Lepas smayang Isyak tu aku rasa down n nangis betul2 nangis sampaila aku tertido.

The Day, June 11, 2009

It was thursday, time ni aku kat Puncak Niaga Shah Alam, dalam pukul 1.30pm, Kak Da call cakap, "Adik, balik Kuantan sekarang Adik... Pok sakit teruk...". Aku terus nanges kat opis sesiap sbb aku dah tau, kalo tak teruk, kakak aku takkan call punye.

The indonesian senior consultant, En Adi yg wat keje ngan aku tuh terus tepuk2 bahu, cakap sabar, sabar. "Let me send you home. Saya bisa hantar sampai ke depan rumah. Kerna saya khuatir, dengan emosi nggak stabil begitu, mana bisa menunggang motosikal, bahaya..." Tapi aku bertegas aku boleh balik sendiri. Susah nak kuar carik tiket ape sume kalo takde Maikel.

Memule ingat mmg nak naik bas tapi terpk, takut lambat sampai pulak... Sampai terpk nak redah naik Maikel, tapi sure lagi lambat smpi. So, terpaksa call incik sayang gak. Aku call banyak2 kali dia tak angkat, aku pk, konfem dia jauh hati ngan aku ni sbb smlm, sbb tu tak pick up phone. Last2 aku call number ofis dia, baru dapat cakap. Soo, aku mintak dia hantar ke Kuantan. Dia terus ok2 je. Belum sempat incik sayang sampai, dalam pukul 2.30pm, Kak Da dah call ngan suara yg tersekat2, "Adik, Pok dah takde..." God knows... Betapa rasa terpukul sangat time tu no matter how much I've expected it... Menyesalnya tak balik Kuantan last week! Menyesal sangat!

Bile incik sayang sampai, dia kate dia kesal sangat sbb lambat pick up call aku memule tu, sbb tetinggal fon kat tingkat atas, dia time tu kat tingkat bawah.

So, kitorang bertolak dari sini lam pukul 3.00pm. Sepanjang perjalanan aku still composed lagi, stakat ngalir air mate gitu je. Dalam pukul 5.15pm dah sampai Kuantan.

Makin dekat ngan umah, makin dub dab dub dab jantung aku. Bile dah sampai dekat2 umah, then dah stat nampak deretan kereta yg parking sepanjang jalan ke rumah aku, the reality suddenly hits me n time tuh terus nangis sedu-sedu ah. Incik sayang nampak panik n nak parking pon kelam kabut dah dia. Adeih. Sedey banget... Pastu anak sedara aku, Kakak, datang kat kereta sambut aku. Dia kate semua orang risau ngan acceptance aku, tapi Alhamdulillah time tuh aku mmg dapat tahan dari nangis, aku dah nangis banyak2 sebelum turun kereta.

Bila masuk umah, ya Allah... Aku peluk mak aku, tapi dia tak nangis, nampak tenang n senyum je layan tetamu sumer. Ngam2 sampai tuh, ayah aku baru lepas dikapankan satu badan kecuali muka. Pakcik Bakar Posmen yg lead urusan haritu dah announce, "Anak2 dan sedara mara dah boleh cium arwah sekarang ye." So I was the first one to kiss him for the last time, trying hard to hold back my tears sebab aku taknak sakitkan ayah aku in any way. Aku tataula muka tahan nangis aku cemana tapi aku nampak abang ipar aku pandang semacam kat aku time tu. Yang aku ingat, aku dapat tahan air mata dari keluar tapi tetibe aku dapat dengar diri sendiri teresak, almost like a sudden hiccups. Dapat bayang cemana teresak-esak tapi tak keluar air mata? Macam, kita dapat kontrol perasaan kita, tapi badan kita couldn't hold it, so it let it out dalam bentuk esakan. Barulaa aku tau cemana rasa kehilangan orang tersayang time tu.

Time tu walaupun sedih, hati aku lapang, sebab nampak ayah aku macam ngah tidur je, ngan segaris senyuman kat bibir dia. Sangat menenangkan. Tak lama pastu aku nampak Abang Nuar yg happy-go-lucky sentiasa tu, tiba2 tersedu2 menangis tutup muke ngan lengan bile tengok ayah aku dibaringkan dalam kain kapan, pastu Kak Ani pulak nangis tersedu2 kat sebelah aku, diikuti ngan mak aku cakap, "Haih, apa nangis2 sangat nih... Tak baik... Dah sampai masa dia kan..." Tsk tsk.

Then, masa orang sembahyangkan, I've to rush for my jamak Zuhur n Asar kat umah Abang Mir kat rumah sebelah, Pakcik Bakar Posmen cakap lepas semayang jenazah boleh cium lagi sekali, aku ingat nak cium lagi sekalila. Tapi lepas smayang sumer, tengok2 ayah aku dah dibawa naik van jenazah ke kubur dah... Tapi at least tuh la, nasib baik aku sempat sampai n cium dia, sbb kalo naik bas, dalam pukul 6 petang paling awal kot baru sampai Kuantan. Ayah aku plak, selamat kebumi semua dalam pukul 6.30 petang tu. Alhamdulillah, sempat jugak... :"(

Kakak aku cite, as usual kalo ada orang meninggal kat area umah aku, akan ada announcement kat surau, and this time announcement tuh berbunyik lebey kurang camni: "Assalamualaikum. Bekas Imam kita, Imam Bakar, telah meninggal dunia sebentar tadi blablabla." Terharu sbb dia cakap, 'Bekas Imam KITA' tu, walaupun ayah aku dah lama tak jadik Imam sejak dia tak brape sihat.

Skang nih walaupun sedey sangat, tapi lebey kepada sedey sebab hilang seorang ayah, aku tak risau sangat pasal ayah aku dengan alam barunya, sbb aku yakin dia mati dalam keadaan yg baik. Dari cara Allah permudahkan segala2 urusan, dari stat dia nazak yg sangat sekejap je - sesak nafas sket then terus hembuskan nafas terakhir (walaupun rasa dah meninggal time kat rumah tapi tetap bawak ke hospital gak untuk confirmkan kematian); sampailaa ke urusan menguruskan jenazah yg sangat mudah dan pantas, macam dia dah tak sabar-sabar nak jumpa Pencipta dia :"(

Even 2, 3 hari sebelum meninggal, ayah aku mmg dah tak lalu makan, cuma minum je. Time tuh anak sedara aku dah terdetik kat hati dia, "Tokki ni kalo meninggal, mmg senang nak uruskan jenazah sbb perut dah kosong tadek makanan pe sume..." Mmg pon time mandikan jenazah tu, abang ipar aku kate tadek apa2 yg keluar bile tekan perut ayah aku.

Time dah siap kapan pon, ramai jiran/sedara mara yg tegur, "Eh, Pakcik Bakar senyum yek?" Muke dia time dah meninggal tuh lagi elok daripada time dia tido, atau time dia hidup, sebab ayah aku nih muke dia cam garang sket. Ada sorang makcik tu tanye anak sedara aku, "Kenapa Ummi (kakak aku) kulit gelap, padahal Wan ngan arwah Tokki kulit putih?". Anak sedara aku cakap, "Ishk mana ada, Tokki saya tu kulit gelap Makcik..." Hadeih... Subhanallah. Ni semua untuk pengajaran aku sendiri, sbb aku sedar betapa jauhnye aku kalo dibandingkan dengan dia...

Mmg kematian ayah aku banyak menginsafkan aku, buat aku pandang dunia dalam perspektif berbeza. Mmg kematian sesuatu yg pasti, dan mengingati kematian tuh boleh menghilangkan segala kelazatan dunia. Seriously aku cakap. Sbb selama ni somehow rasa kematian tu macam terlalu jauh je, nih bile dah jadik kat orang terdekat, baru rasa betapa dekatnya kematian dengan kita. Lain perasaan tu bile nak compare dengan kematian2 orang yg bukan family kita. Aku patut lebey banyak invest untuk dunia yg satu lagi yg permanent tuh daripada dunia skarang yg sangat temporary nih. Aku taknak bile aku mati nanti muke masam n menyusahkan keluarga nak uruskan. Dan paling penting, aku taknak jadik orang yg menghalang ayah aku dari masuk syurga sbb dosa-dosa aku sendiri :(

A Day or Two Later

Abang Napi aku sampai dari Arab. Bila tau je pasal ni, dia terus amek flight balik, padahal dia mmg plan nak balik Malaysia beberapa minggu lagi je sbb tunggu anak-anak cuti sekolah kat sana. Pastu kitorang ramai-ramai pergi kubur baca Yassin. Time nak balik, aku dengar Kak Da cakap, "Balik dulu ye Pok...". Rasa menusuk sangat. Aku pun cakap lam hati, "Adik balik dulu Pok..." Sedihnyaaa nak tinggal dia kat situ...

Tak lama pastu, Mak aku ajak kemas bilik Ayah. Dia kate, dia nak kemas elok-elok sbb orang kate, roh orang yg baru meninggal akan balik carik tempat tido dia n tengok ada tak orang-orang yang dia sayang. Memula dia akan balik kerap2, lama2, dia makin jauh, makin jauh. Sebab tu mak aku gagahkan gak tido kat bilik diorang walaupun kalo ikut hati, sedey sangat kalo tengok bilik tu, tapi mak aku cakap, "Nanti takut Pok balik, Pok tengok takde orang tido kat bilik dia...".

Kekadang lepas dari kuar bilik Ayah aku tu, aku nampak Mak aku tetibe terdiam n kesat air mata je. Kak Da, memule tu langsung taknak masuk, tapi last2 terpaksa masuk gak sbb nak tolong angkat tilam pergi jemur. Terus menangis pastu. Aku? Aku rasa aku yg paling tough, sempat mop2 lantai kat bilik Ayah aku tapi bile tengok barang-barang dia ya Allah... Sedeynye... Skang ni pun, imagine keadaan bilik dia pon bleh buat aku nangis dah... :"( Katil tpt dia baring yg dah kosong skarang, kalo dulu time aku nak balik KL lepas cuti kat Kuantan, aku akan kejutkan dia bangun tido sbb nak salam n nak peluk, n dia akan gopoh gapah bangun dari tido n terus duduk sbb nak salam ngan aku :"(. Pok yang sentiasa risau kalo aku tak cukup duit sbb kasik kat dia...

Today

Aku masih menangis almost setiap malam bila teringat kat dia. Kadang2 sengaja taknak layan ingatan pada dia n buat-buat lupa kat dia sbb takmo sedih. Rasa rindu sangat-sangat. Aku ada bawak balik 2 helai kain pelikat dia untuk aku peluk2 kalau rindu, tapi each time tengok rasa sebak sangat. So aku sorok je lam beg. Terbayang2 Ayah aku duduk kat kerusi coklat dia, dan lepas ni kalau aku balik Kuantan, dia dah takde kat situ. Masih rasa caya tak caya je ngan kejadian nih, rasa takleh terima je dia dah takkan ada dah... :(

Hidup dah berubah sedikit sebanyak. We will have tahlil on regular basis now. Setiap kali tahlil ni aku sentiasa terbayang masa kecik2 baru belajar sembahyang dulu, selalu ikut mak ngan ayah aku smayang skali. Pastu teringat zaman aku giler kat Incik Bear the ex-man dulu, and taknak balik rumah, Ayah aku ajak anak-anak dia ramai2 solat hajat nak lembutkan hati aku supaya balik... Now here I am, sembahyang ramai-ramai dan mendoakan untuk kesejahteraan dia pulak kat sana... :"( Family makin rapat sebab masing2 masih trauma dengan sebuah kehilangan. Rumah tu akan selamanya rasa ada satu ruang kosong. Kakak aku cakap kalo Mak aku pon meninggal, dia taknak duduk rumah tu dah. Patutla ramai orang tinggal rumah kat kampung dorang macam tu je, bkn sbb tak sayang, tapi i think they just can't bear with all the memories in the house.

Bila Ayah aku dah takde ni, barula aku rasa aku belajar banyak perkara dari dia. Masa dia ada, tak tau appreciate. Kadang-kadang kite terlepas pandang sikit kat Ayah kite sbb biasanya kite lebey banyak fokus kat mak kite. Kadang-kadang kite lupe jasa Ayah yg susah payah carik rezeki, walaupun kelihatan macam dia tak banyak involve ngan kehidupan seharian kita. Padahal, betapa penat lelahnya dia carik rezeki walaupun tak suke ngan keje ke, penat ke, terpaksa telan jugak sbb nak bagi anak2 makan.

Kadang-kadang bila Ayah kita dah tua dan tak communicate ngan kita macam orang lain, kita lupe dia dah spent berpuluh tahun carik rezeki nak bagi kita makan, sampai badan dia jadi lemah macam skarang. Kadang-kadang bila Ayah kita mudah marah bila dah tua ni, kita jadi marah semula dan fikir, kenapalaa nak marah-marah kat aku ni, padahal dia yang salah. Kita jadik lupa yang orang tua yang mudah marah tu laa yang banyak mengasihani dan bela kita dari time kita kecik sampai dah besar camni. Bila dia dah takde, kite sebenarnya dah tak kisah siapa yg salah siapa yg betul. Yang kita tau, kite just nak dia ada semula je.

The Father I Knew

Kak Da ngan Mak aku selalu cakap, aku 'anak Ayah aku', Kak Da 'anak Mak aku'. Time ayah aku selalu mudah marah sbb sakit dia nih, kakak2 aku jadik takut kalo nak tanya apa-apa kat Ayah aku, so diorang akan tolak aku suruh tanya, sbb dia kata aku pandai cakap ngan Ayah aku. Lagipun Ayah aku jarang sangat marah aku. Memang, sbb tu sesekali dia marah aku rasa benci sangat time tu, dah tak rasa dimanjakan je.

Haritu, bila rambut Ayah aku dah panjang sikit, mak aku cakap dah banyak kali Abang Nuar ajak pergi potong rambut tapi dia taknak. Bila aku tanye sekali je, "Adik potong rambut Pok ye?", dia terus angguk. Kalau dulu2 aku selalu pimpin dia pergi kedai rambut yg dekat rumah. Kuku kaki dia pon, dia tanak Mak aku yg potong sbb selalu terlajak. Slalu kat aku laa dia hulurkan pengepit kuku. Dia paling suka murtabak mini yg aku selalu buat. Mmg selalunya aku buat banyak2 yg frozen, dan dia, selagi ada, selagi tu laa dia akan tanye ada lagi tak? Sbb dia nak makan.

Ada satu hari tu Ayah aku merajuk dengan Abang Nuar, turun dari kereta Abang Nuar pastu suruh Abang Nuar tinggalkan dia kat situ, Abang Nuar suruh aku pujuk Ayah aku. Kejap je aku pujuk Ayah aku, Ayah aku terus dengar cakap n naik kereta Abang Nuar semula. Aku sayang Ayah aku tu walaupun aku degil n mudah marah bila dia marah aku... Betul aku sayang... :(

Bile aku finally balik dari Penang tu, adala dekat setahun Ayah aku taknak bercakap dengan aku kecuali penting sangat, sebab merajuk n marah. Mak aku cakap, "Bersyukur laa anak dah balik tu. Nak marah apa, padahal anak tu sama je macam dia, sama-sama keras kepala."

Ayah aku dulu tere mengukir, selalu ukir ayat Quran jadik hiasan. Tere tulisan khat, papan tanda surau kat umah aku tu, Ayah aku laa yg buat dulu. Perabot pon dia pandai buat, kalo meja, bukan yg jenis kaki patsegi tu je. Jenis yg terbentuk elok kaki dia. Dulu dia ada buat buai besar yg ada tpt sandar tu kat aku n gantung depan rumah, aku selalu tidur kat situ.

Dia jadik Imam kat surau start sumer orang lantik dia, aku ingat time tu, bile dia balik umah, Mak aku marah sbb tu tanggungjawab berat nak pikul dosa orang, tapi dia kate dia takleh elak. Time aku darjah 5, aku rajin gi surau time bulan puasa sbb ada can bleh main ngan geng2 laki. Diorang selalu cakap, "Kalo Ayah ko jadi imam, lamalaaa smayang, sbb dia selalu baca surah panjang-panjang." Sabarr je.

Ayah aku tu takla setegas mana, i mean takdela suruh aku pakai tudung labuh ke, atau marah kalo tak semayang right on time ke camtu, tapi tetapla tegur kalo pakai suar ketat sikit ataupun lambat sgt semayang. Tapi dia sendiri, mmg sentiasa semayang on time, dan stiap kali nak semayang dia akan mandi, kecuali Isyak.

Time bulan puasa, dia takkan kasik sesiapa pun bukak tv time siang. Kena puasa semua. Kalau dia masih larat dulu, dia takkan makan ayam yang beli sebarang. Dia akan beli kat pasar daripada orang yg dia mmg kenal n trust. Daging plak, dia takkan beli 'daging kotak', aku rasa daging importla kot daging kotak tu. Daging pon dia akan beli dari orang yg dia kenal jugak.

Sampaila dia dah tua dan dah banyak hilang ingatan ni, sifat dia yg satu tu tak ubah. Bile hidang makanan kat dia, dia akan tanya beli kat mana. So, nak beli dari yg kenal tu tak dapatla. Kitorang make sure beli dari pasar, atau dari kedai runcit yg konfem beli dari pasar, baru dia makan. Ayam dari pasaraya-pasaraya ni tak main, dia tak percaya. Certain2 makanan macam fishball ke, cincau ke, dia mmg marah kalo beli sbb dia kate cina buat. So, kene soroklaa kalo beli jugak termasuk ngan mak-mak aku pun subahat sekali T_T.

Dulu aku kekadang geram dengan sikap dia yg bagi aku terlalu particular nih, tapi skarang, bila aku tengok cara dia pergi, aku yakin Allah permudahkan urusan dia sbb cara hidup dia yg ni lah. Memangla tak semestinya kalo urusan kematian dia mudah, dia tu baik sangat, u may say, Allah je yg tau, tapi aku terasa macam tu. Yang penting sekali kena belajar dari semua yang baik ni dan ikut.

Aku tulis dah terlalu panjang dah. Terlalu banyak benda nak diluahkan, dan benda2 camni bukan boleh luah dengan bercakap ngan sumone je, sbb terlalu banyak. Blog nih je la yg takkan letih dengar aku bercerita. Haih, dah tadek Ayah dah rupenye aku ni.

Thanks for reading...



You know you love me!

XOXO, girlfriday