Saturday, June 11, 2011

The Bitter Part.

Pernah tak bile tengok muka someone, kita terus dapat teka yang dia ni macam bermasalah je? Pernah tak? Tapi setakat teka je laa, tak semestinya btol kan...

Ada someone kat opis ni, aku tak sure dia orang Petronas ke iperintis, dari awal kenal aku rasa macam tu lah... Yang buat terkejut tadi bile aku dengar dia memarah kat fon time lunch hour, to someone yang aku rasa husband dia sendiri: "You boleh jangan ceramah tak? Setiap kali call pon nak ceramahhhhh je! Orang tengah banyak keje dia nak ceramahhh plak!" Fuhhh dubdab dubdab aku pasang telinga!

Tiba2 incik sayang call pulak.. Jadi tak dapat dengar ape dia cakap lagi. Rasa macam nak suruh incik sayang call back later pon ada! Hahaha punyelaa teruk...

Haritu pon aku penah dengar dia cakap kat tepon dengan bibik dia, memarah cakap, "Kamu pergi mana tadi? Saya tak suka kamu keluar rumah time saya takde, okay??", dengan suara tegas dia. Fuh...

Aku personally sangat against perempuan yang suka cakap kasar, apetah lagi mencarut2. Tak berkenan benor... Macam hilang segala kecantikan dia bila dia cakap macam tu.

Dalam citer Imam Muda pon aku tengok pasangan suami-isteri yg muka dorang diblurkan, punyelaa rancak bergado cakap AKU-KAU depan2 calon Imam Muda yang nak bagi kaunseling kat dorang. Aku serious takleh terima laa bile tengok benda2 camtu... Jadi sakit hati sangat.

Nape sampai boleh bergado camtu dengan orang yang kite sayang?

Memang lah masing2 ada amarah sendiri.. Tapi ishk. Speechless sungguh. Mintak Allah lindung aku ngan incik sayang daripada benda2 camni, cakap ikut lepas je camtu. Memang laa gaduh tu lumrah, marah2 pon lumrah, tapi takmo laa berperang mulut giler2 camtu... Walaupun tengah marah giler, kena ada sikittt lagi rasional at least, supaya tak cakap benda2 yang orang akan ingat seumo hidup, yang kite cuma akan regret later...

Pastu baru2 ni ada sorang blogger famous tu, dari gaya dia bercerita nampak macam dia dah bercerai je. Tapi tu laa, tak sure gak. Dahlaa bliau cun... T_T Aku takleh pk, cemana orang2 yang bercerai ni melalui hidup dorang yang baru? Buat rutin yang luar dari rutin biasa dorang, biasakan diri tak tengok muka yang sama setiap hari... Tak ke rasa luar biasa sangat tu? Pening bile pk... Patutlah tiang arasy sampai bergegar... Nauzubillahuminzalik!

Aku suke bile mak Hnszlkh cakap, walaupun suami bliau tu agak panas baran, tapi dia pernah cakap, walau terjadi apa pon, dia takkan lepaskan mak hanis. Jadi mak hanis pon somehow kena sesuaikan diri dia dengan apa jua keadaan, sebab dia tau walau dia buat cemana pon, dia takkan dilepaskan. So, baik dia usahakan supaya dia ngan husband dia bleh work things out jugak kan...


Bila benda2 camni jadi kat sekeliling aku, btol2 mengingatkan aku betapa temporary nye semua benda kat dunia ni. Stiap kali pegang muke incik sayang, tengok muka dia, I can't help but wonder, berapa lama lagi aku ada dia di samping aku? Berapa lama lagi dia akan okay bile aku pegang muke dia camni? Berapa lama lagi dia akan sayang aku camni? Atau berapa lama lagi aku akan sayang dia camni? *sobs*

Kalau bukan berpisah dunia pon,  mungkin berpisah nyawa pulak.. Main point kat sini, perpisahan itu satu kemestian.

Terbaik yang kite boleh buat, berusahalah untuk tunjuk betapa kita menghargai orang kesayangan kita sementara kita masih ada mereka ni. I learned my lesson the hard way when I lost my father, exactly 2 years ago...







Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

7 comments:

f a i z a h 's said...

Oh! I like this post... huhuhu... speechless jugak!

hamlet said...

sape wei blogger fames tu. plzzzzzzzz

gadis jumaat said...

tengkiu combi... sori lamat reply, bizzzayyy! :D

wei emy... taktau laa kot2 ko tak kenal... perempuanjomblo, tapi aku rasa2 je laa.. tak sure jugak.. :D

hamlet said...

ooo dia. haha, tepat skali inseting aku. tapi macam tak tp tgk gaya takde dah cita pasal laki dia. da pakai tudung lagi, pastu asik cite pasal musibah je. huhuh

Fitri Senin said...

insaf..tq...

gadis jumaat said...

haha inseting... aku ingat ape laaa inseting T_T itulaa emy aku pun tak sure... cuma aku follow twitter beliau, rasa mcm ye je.. kat pesbuk pon tulis info sal dia: "single creative mother"...

insaf ke fitri? bagus... slamat beramal! :)

Reen Tart Nenas said...

kadang2, bila perasaan marah tu xboleh control, itulah jadinya. tapi kalau dah ckp kat suami suh buang sampah sampai 5x, tp xbuang2, wajib marah dah kot time tu :0