Wednesday, May 26, 2010

Apa Warna Tema Untuk Wedding?

Ini soalan favourite orang ramai kat bakal pengantin. Kakak aku pon awal2 lagi dah tanye aku soalan ni, sbb dia cakap nak slo-slo kumpul riben etcs untuk wat hantaran aku haha.

Aku slalu rasa taknaklaa rumah ngan pengantin ngan keluarga pengantin sumer sedondonnn habis, tapi rasa 'bersalah' bile nak pilih banyak 'warna tema' untuk wedding. Biasanye orang cuma sebut dua kaler tema je. Dulu lagi teruk, satu je kaler tema hehe. Kalo ada kaler ke dua pon kire tak disengajakan je.

Aku, macam ramai pompuan lain, sukeeee sangat ngan pink. Tapi masalahnye, sangat kesian tengok incik sayang terpaksa sarung pink untuk baju pengantin. Tapi bukan nak suruh dia sarung baju pink pon, cuma nak macam, baju putih, samping pink gitu je. Tapi still laa pink kannnn. Dia, kejap setuju, kejap uh-ah-uh-ah sbb yelaa, laki mana yg suke pink? T_T

So, itu yang haritu aku pilih kaler gold. Selamatttt dari public humiliation, mungkin itu kata incik sayang lam hati. Hehe.

Tapi sbb warna pink tetap bertakhta di kalbu, aku tetap terpk nak kaler pink untuk wedding favors aku, hiasan rumah etcs. Sbb bile tengok diri sendiri skang ni pon, aku pon ada selai dua je seluar ngan baju pink kat umah, cakap banyak lakk. Yang banyak, barang kaler pink. Jadi why not applykan konsep kehidupan sedia ada ni pada wedding aku nanti nan SEHARI je tuuu. *vain giler bile pk persiapan bagai nak rak untuk SEHARI je... Dangg!*

Soooo aku dah cakap kat Aju, hantaran nak kaler pink dengan hijau muda. Ataupun pink n coklat, kasik retro sket. Hiasan umah, banyak putihhhhh dengan pink di sana-sini sikit. Pelamin pon hopefully dapat kaler putih bersih suci murni, semurni Top. Favors - putih n pink and hijau/coklat gak kot, just for variations.

Tak jumpe hantaran pink-coklat, kek pon jadilaaa.
Keren kannn. Dicilok dari sini.

Sesungguhnye hati rasa senanggg bile tengok dan bekerja dengan benda2 kaler pink! *mata bercahaya*

Dan tadi, jumpe plakkk ayat tak tahan lam blog isubumperkahwin.blogspot.com ni, yang membuatkan aku nak taip entri aku harini. Lawakkk blog ni, pastu yang best sebab ayat dia straight to the heart, mmg sejibik yang kau rasa lam hati tapi tak terkeluar dalam bentuk ayat!

"Ini pulak kegemaran ramai pengantin perempuan. Warna merah jambu. Sebab perempuan akan rasa sangat ayu, jelita dan manis bila memakai warna ini. Itu memang betul. Tapi, membiarkan suami kamu kelihatan jambu dan kaku memakai baju pengantin warna tu, lebih-lebih lagi warna merah jambu stok macam Pink Panther; ia membuatkan kamu kelihatan sangat tidak berhati perut."

'Tidak berhati perut' - exactly! Aku rasa kesian bile tengok ramai orang lain kawen pastu laki dia kena pakai baju full pink. Macam, the photos yell: Save me from public humiliation, save me! No offense haha *dah kutuk tetibe no offense apehallll* Lagi:

"Lagi satu, dah jadi macam trend jugak, bakal pengantin suka had kan pada dua warna je. Kalau dah pilih hijau, korang padankan dengan ungu je. Hijau. Ungu. Dah. Semua barang kahwin, nak hadkan kat dua warna tu je la. Macam la dua warna tu je yang ada kat dunia ni. Padahal, berderet lagi yang boleh dipilih kat spektrum warna. Warna pelangi pun ada tujuh."


"Kasihanilah mata-mata orang yang memandang. Pedih retina ni tau! Berpinar-pinar jadik nya nak bezakan yang mana pengantin, yang mana pelamin."

"Walau apapun warna tema pilihan kamu, cuba wujudkan sedikit kontras. Terutamanya, yang boleh bezakan pengantin dan pelamin. Sebab kamu, si pengantin lah subjek utamanya. Yang orang keliling kampung sibuk susah-payah keluar rumah hari tu, sebab nak tengok kamu lah. Jadi, kenapa kamu susahkan lagi diorang dengan memaksa bermain permainan Cari Benda (Pengantin) Tersembunyi. "

Hahaha cakap pasal 'cari benda tersembunyi' ni teringat ija pernah cerita, mak dia pernah pegi satu wedding pastu mak dia tanye, "Mana pengantinnye??" Tengok2 rupenye pengantinnye kat sebelah je... Haru... Giler haruan...

Okeh! Lapa giler! Tak sempat lagi citer sal diet aku skang ni.. Ehemmmm. Limablasmenet lagi waktu makan.

Tinggal satu hari bekerja je lagi minggu ni, yezzzz!



Jaga diri & stay pretty!

4 comments:

fairy said...

aku pon tak berkenan sgt kalau pengantin pakai wrna pink. sian kat yang laki.pempuan tak pe la,lawa. tapi aku tgk pengantin laki layan je..sayang bini katanya..awal2 ye la syg..pastu...hehehehe

if pilih 1 warna tapi bnyk tone, pastu campur hitam putih aku rasa ok juga. cth biru, baby blue, biru langit,biru kuat matching dgn silver. ok kan..

gadis jumaat said...

haa betol, banyak kaler tapi satu tone, tak sakit mate.. hehe. tu laa, takpelaa dorang sayang bini pakai pink :P

siti ika said...

post ni dah lama. tapi i baru terhegeh-hegeh nak komen. lantak lah, nak komen jugak. Itulah pasalnye... aku nak pink, tapi tunang aku gayanya macam stuju ala-ala paksa dalam rela je.. hoho.. so, pakai baju pepel atau putih lah..

gadis jumaat said...

hahaa.. dipersilakan komen ye.. bknnye takde notification.. :D laki mmg taknak kalo diberi pilihan weh... jadi pasrahlah kao... :P