Monday, March 29, 2010

Berani La Lu Bro...

Fuhhhhh! Sampai2 opis pagi tadi sedikit kecoh.

Dorang cakap pasal email, email, email. Aku pun terus cek, cek, dan cek email. Time tu Project Manager kitorang blom sampai lagi.

From: HD
To: CY
Cc: Everyone
Subject: GOOD BYE MY DEAR COMPANY

CY;

Damn YOU..........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Email tu dari someone yg dah nak berenti dari kompeni ni, kepada CY, Project Manager (PM) kitorang. PM ni muda lagi, in his mid 30s camtu. Aku taktau ape history diorang, tapi macam mamat nih tertekan giler jeee ngan Mr. PM nih. Gilerrr branilaaaaaa!

Aku tersengih sinis gak laa lepas baca email tu, rupenye adaaa yg lebey tak suke PM tu dari aku. Aku sendiri tak brape 'bekenan' ngan PM tu, tapi aku selalu pk maybe it's just me. Tego consultants datang lewat, tapi dia hari-hari datang lewat Tau laa dia PM, tapi sangat ketamlaa wat camtu. Orang jadik tak respek.


Haritu plak, aku dengar dia memarah camni kat fon, "You dare going for breakfast and didn't even inform us and make us waiting for you??!", kat one of my colleagues.Ya Allah... Marah cam marah bebudak aku rasa, dahlaa depan sumer orang. Lagipun cafe alahaiii, kat ground floor je, kitorang kat 4th floor. Slama ni orang lain pegi brekfes slamber je, tu yg mamat tuh tak expect nak kene marah plak kan.

Ada lagi satu insiden, time PM tadek, sorang colleague aku, SL siap bangun bercerita kat kitorang sumer ape yg dia tak puas ati kat PM tu sambil suruh kitorang tengok kertas2 yg dia pegang."You've got to see this, this is 'sooooo good', he (the PM) told the client he's been working his ASS off to finish this - what, 4 pages? He's been spending weeks you know to complete this. See how 'good' it is!! I can do this in less than a day!"

Aku cakap kat SL, "SL, SL, look here, I'm recording you!", sambil buat muke serious n angkat tepon aku buat-buat cam nak rekod aksi dia mengutuk PM secara terbuka! Wohha! Semua orang otomatik gelak!

Then the other day, ada 2, 3 orang consultants wat discussion ngan PM tu. Makin lama aku tengok masing2 makin naik suara, makin tak sabar. PM pun sama naik. Last2 tu sedar2 aku tengok salah sorang consultants tu suddenly walked out of the meeting room. PM cakap, "WC where are you going? The discussion is not over yet WC!" Tapi WC tak jawab sepatah haremm, dan terus blahh je meninggalkan semua terpanaaaaaa....

Tu la antara insiden2 yg aku observe jadik sepanjang aku kat sini. I believe si pengantar email pon melalui salah satu insiden camni laa ngan si PM nih. Hadeiiii.

Tapi ape-apepun, memang aku kesian laaa kat PM nih sebenarnye. Macam dalam hati rasa nak cakap padan muke (hehe) tapi rasa tak patut, tapi bak kate incik sayang, tak patutlaa kite layan seorang PM camtu, afterall dia leader kite kan. Kenelaa respek...

Arini aku nampak PM banyak diam, tapi kekadang gelak2 jugak, tapi hati di dalam siapa yg tau... Tak lama lepas tu, semua orang dapat 2 emails dari 2 big bosses dari main office.

Dua-dua tego si pengantar email sbb tak respek PM, tak tunjuk professionalism n maturity, dan sorang dari bosses tu cakap, ini FIRST TIME dia tengok such behaviour in this company in 8 years! Nak amek tindakan pon takbleh, sbb mamat tuh dah nak blah kan... Haihhhh brani btolll!

Skian, gosip terhangatttt kompeni ini hari ini!

3 comments:

hamlet said...

weh, bukan ke opis baru ni lebih conbinien?
ni bukan pm yang kaya raya tu ke yang baik ati tu?

anyway, aku da settle utang ngan pet. nak byr utp je plak. arghhh there goes my 70k

Heyder said...

wowww. respekla kt mamat nih! haha

girlfriday said...

yang kaya-raya tu director emy, bukan pmmmm.

waaa dah setel???? aku jugaklaaa yg tak setel :(

heyder, mmg patut aa ada mamat2 camni, kasik orang berkenaan berpijak di bumi nyata sket :P