Wednesday, September 23, 2020

Aidee - How It All Started

System kat office aku down since Saturday.. Dah nak masuk 2 minggu ni pergi office goyang kaki. Pastu kan aku cakap colleague nak berenti tu kan. Aku sangat susah ati n mula stress sebab risau kena takeover keje dia sebab keje dia lebih pada server bagai. Aku ni buat codings tau laaaaaa. Server and integration tu apehal nak suruh aku jugak bossss. 😭

Aku sentiasa ingat janji aku nak sambung cerita pasal Aidee. Cuma nak cari masa yang sesuai sikit sebab bila nak ingat balik cerita lama tu macam cari pasal nak suruh berdarah balik hati ni. Pastu entry ni plak bakal mengundang kecaman rasanya. So sile baca dengan dada terbuka ok.. Bra skali bukala gak kalau mau wakakaka.

Aku start kenal Aidee kat facebook. Time tu kakak aku share dia ada buat contest dalam bentuk teka teki untuk menang hadiah dari biz dia. Tapi kena lukis-lukis sikit. So aku dengan rajinnya la lukis bagai. Malangnya tak menang pun hahaha. Tapi dari situ dia start PM aku n startla sembang.

Dengan Aidee ni cepat sangat ngam. Kitorang sama-sama Leo so compatibility tu 99%. Dia wassap aku almost sepanjang masa time tu. Memang dapat sepenuh perhatianla. Biasala baru nak tekel kan. Masa tu aku fikir kawan je ngan dia ni. Tak tergerak langsung nak bercinta ke apa. Lama-lama bila dah selalu share masalah dan bila dah rapat sangat tu, maka terjatuh cintala plak aku kat dia kaw-kaw. Dia pun sama.

Physical wise, dia bukanla taste aku. Tinggi lebih kurang aku je. Kalau aku pakai heels sikit dah aku yang terlebih tinggi. Dahla berat dia kurang dari aku. Dia tak gemuk tak kurus, badan dia padat. Dia gelap. Sebab tu bila dengan Izal aku rasa macam bestnyaaa dapat pakai heels, pakai yg tinggi pun, aku takat telinga dia gitu je hihi. Kulit Izal pun mmg taste aku. Cerah tapi tanned sebab banyak berjemur. Ewah ewah kemain lagi taste sebenar kannnn. Ok Izal tepi sikit jap, now back to Aidee! πŸ˜†

Tapi biasala perempuan, bila dah sayang tu tak kisah rupa apa dah. Nampak dia makin hensem. Dialah yang paling hensem seantero dunia ni. Bayang dia buat aku angau. Dok berangan kat diaaaa je.

Tapi, masalah paling besar adalah dia ni suami orang...

(Aku dapat bayangkan pandangan-pandangan judgmental dari semua orang bila baca ayat ni. So takpelah.)

Cuma harapan aku, berhati-hatilah dalam menilai sebab korang belum diuji benda yang sama. Semua orang ada cerita masing-masing. Aku sama je dengan kebanyakan orang dulu, keras menentang such thing, aku rasa boleh kawal untuk berkawan je dengan dia. 

Tapi sebenarnya yang buatkan aku boleh tergelincir dari pegangan aku selama ni untuk tak layan suami orang, sebab Aidee mentioned hubungan dia dengan wife sangat teruk dah, wife dia jenis baran, suka maki hamun, mudah marah, kalau marah anak tu sampai hujung lorong boleh dengar suara dia. Breakfast, lunch n dinner dia memang sentiasa makan kat luar. Time aku kenal Aidee tu, dia dah setahun lebih takde hubungan intim, tahap bila Aidee mendekati je dia tolak-tolak Aidee dengan kaki dia. 🀦 Aku cerita ni bukan nak burukkan wife dia sebab korang bukan kenal pun wife dia. Tapi aku nak bagitau background Aidee dan dia bukan sukati buat perangai. Dia dah hampir sangat nak bercerai sebelum kenal aku tapi tak jadi sebab anak-anak.

Dari situ aku mula pandang dia differently. Kalau dia aman bahagia je aku pun tak teringin kat dia. Dan kadang-kadang rumahtangga tu jadi tak bahagia bukan semata sebab lelaki je..

Aidee akan call gayut ngan aku setiap hari lepas dia balik dari bengkel dia kat Kuantan. Sepanjang perjalanan balik ke rumah dia, dia akan call aku bertukar cerita masing-masing. Hari-hari sembang pun tetap ada cerita. Aidee cakap dia lagi banyak bercakap dengan aku daripada dengan wife dia yang serumah tu. Dengan wife dia cuma bercakap benda-benda yang penting je. He was a very good listener, aku seronok nak cerita semua benda yang jadi haritu kat dia. Dia pun seronok cerita semua benda kat aku, dan aku pun sama seronok dengar sebab dia pandai buat cerita dia tu engaging.

Cara kitorang memang sangat sama. Values pun sama. Tak payah beria elaborate cerita, dia cepat paham. Sama-sama mudah faham.

Sebab tu aku cakap dia ni soulmate aku. Sangat ngam segala perkara. Lepas tu makin aku kenal makin aku sayang. Aidee sangat-sangat bertanggungjawab, menepati janji, susah nak tipu dan sangat-sangat jaga nafkah anak bini dia. Aku jadi respek kat dia. Nowadays susah sangat nak dapat lelaki dengan kualiti camtu.. Aku kenal ramai laki bujang, tapi kualiti tu takde. Pastu Aidee ni sangat helpful. Takyah suruh, dia dah tolong. Dia tau buat kerja-kerja lelaki. Yam pun dia anggap macam anak. Ada je beli apa-apa untuk Yam. Sentiasa ambik berat perihal aku dan Yam. Lepas tu tang keluarkan duit tu dia tak berkira. Tapi being me aku taknak dia spend too much kat aku. Dalam masa yang sama aku pun taknak aku spend terlalu banyak untuk dia. Jadi biarla balanced. Sama-sama.

He's a traditional man. Buat tugas-tugas hakiki lelaki dan percaya perempuan ada tugas-tugas hakiki mereka sendiri. I'm fine with that. Ego dia agak tinggi bukan mcm ex aku yang tak tinggi egonya, jadi senang nak berbaik kalau bergado. Jadi aku banyak telan ego dalam relationship ni. Nak ego banyak-banyak nak pegi mana kan? Dia jenis pandai bersembang. Customers dia pernah cakap dia sesuai jadi politician. Hahaha memang ye pun.

So dalam 2 tahun jugaklah hubungan kitorang berlangsung long distance Kuantan-Shah Alam. Aku jadi kerap balik kampung jumpa family sesambil dating dengan dia. Dia pun kerap datang KL dan mula meluaskan sayap business untuk cari lebih ramai client dari KL ni. Kira sambil dating, sambil buat duit.. Macam tu la.

Tapi bila dah ada relationship dengan suami orang, perasaan insecure tu jadi sangat menebal. Bila waktu malam aku jadi tak tenang fikir macam-macam. Bila relationship dah berjalan for a while, Aidee takde tanda-tanda nak berpisah dengan isteri dia pun. Aku jadi makin takut. Aku taknak berkongsi bagai nih.

Aku still ingat lagi ada satu hari tu aku desak dia untuk kasi kata putus yang dia ni sebenarnya plan cemana, nak berpisah dengan bini dia atau nak madukan aku ni? Dia memula bagi jawapan yang samar tapi pastu cara dia jawab tu lebih pada still nak 'simpan' bini yang suka jerit kat dia tu jugak. Kononnye sebab anak. Abes aku ni takde anak? Memang sesuai jadi politician sangat kannn. Padahal dulu dia yang cakap bagi masa untuk dia settlekan dengan wife dia. Dia akan settlekan dengan wife dia nanti.

Lepas letak telefon tu aku masih ingat aku terduduk menangis silently menyorok dalam toilet opis. Sakit dia tu takleh bayang dengan kata-kata, bleh ingat rasa tu sampai sekarang. Perut aku sakit rasa macam kena ramas, kena tarik, n hati aku sakit literally. Macam kena rentap. Sampai hati dia buat aku camtu. Aku dahla terkontang-kanting sorang camni. Dia bleh pulak berubah-ubah camtu. Kalau aku tau dari awal aku nak kena bermadu, jangan harapla aku hingin kat dia pun. Jangan harap.

Tapi Aidee masih kasi harapan samar kat aku.
"Jadi takde peluang ke kita nak bahagia berdua je akhirnya?", aku selalu tanya dia.
"Masa depan kita tak tau Mama. Mana tau, nanti akan sampai masanya kita dapat bahagia berdua..", tu ayat balasan favourite dia. πŸ™„

Sejak tu aku mula cari 'jalan keluar'. Of course tanpa pengetahuan dia la. Tapi aku rasa tak mampu n tak boleh senang-senang nak putus dengan dia sebab aku sayang sangat kat dia. Aku mula blind date sana-sini n paksa diri untuk cuba kenal n suka orang lain sebab masa tu Aidee je kat hati. Tapi semua tak kena. Semua aku nak compare ngan Aidee, dah cemana kan. Tapi time ni la aku start kenal Izal online dalam bulan 2 tahun 2017. Time ni Izal balik Malaysia jalan-jalan dengan kawan-kawan dia..

Lepas tu aku cuba positifkan diri dan cuba terima hakikat kalau betul aku kena bermadu. Sebab time tu aku rasa tak boleh hilang dia. Aku fikir nak berpisah lagi sakit daripada kena share dia dengan orang lain, at least I get to see him kan. Sayang dia tahap sanggup bermadu gitu. Gila tak gila aku kannn. 🀦‍♀️ So aku cakap kat dia, takpelah kalau dah terpaksa sangat. Bila aku fikir-fikirkan secara rasional n selfless, kesian anak2 dan bini dia, aku cakap aku boleh cuba terima bermadu tu.. Kita kawen je la.

So planlah nak kawen kat Siam. Sebab kalau kawen kat Malaysia kena dapat signature dari wife dia kan. So dia taknak benda jadi chaotic n dia paling taknak hilang anak. Jadi takpelah kawen kat Siam je aku okay. So satu hari tu aku ajak dia jumpa Abang Nuar aku kalau dia betul serious dengan aku. So Aidee datang mengadap.

Aku ada massive respect kat Abang Nuar aku ni walaupun dia abang ke dua dalam family, sebab dia ni jenis bertanggungjawab sangat kat family aku. Sebab tu aku mintak Aidee mengadap dia bukan abang sulung aku. Aku selalu rasa Aidee banyak similarities dengan Abang Nuar, pun anak nombor dua dalam family. Dari segi tanggungjawab tu.

So... Time Aidee datang tu ada Abang Nuar, kakak ipar & kakak aku lagi sorang. Abang aku takdela tanya soalan berat, family aku baik-baik je kat tetamu bukan jenis menyerang. Walaupun aku tau abang aku tak berapa nak redha. Tapi aku rasa dia fikir lebih baiklah kawen daripada ke sana ke sini takde ikatan kan.

"Abang Nuar, nanti janganla tanya dia soalan bukan-bukan tau..", aku cakap kat Abang Nuar sebelum Aidee sampai malam tu.

"Eh eh. Belum apa-apa dah nak back up dia ya?", Abang Nuar jawab sambil bulatkan mata kat aku. Biasa abang aku ni jenis lawak je, ni dia nak serious pulak napeee. 😭 Sebab tu la aku ckp dia tak berapa redha. 😒

"Yelah.. Orang nak kawen dengan dia kan..😟"

So time jumpa tu abang aku macam lebih pada berkenalan dengan dia gitu je la. Aidee yang cerita sendiri dia memang jaga nafkah anak isteri dia.

"Sebahagian dari income saya memang untuk anak-anak saya jadi bahagian tu nanti memang Sya tak boleh sekat lah, sebab yang tu memang tanggungjawab saya."

"Nafkah untuk dia tu insyaAllah saya memang akan jaga tapi akan kurang sikitlah daripada belah sana sebab sana ada 2 anak."

So perjumpaan malam tu takde aksi tarik menarik rambut ke apa hehe. Abang aku layan dia secara professional je kihkih. Tapi ada satu ayat Abang Nuar aku ingat sampai sekarang.

"Laki, kalau sayang anak bukan mudah-mudah dia nak lepas anak dia.", agaknya Abang Nuar nak bagitau aku jangan harapla untuk tak bermadu.

So lepas perjumpaan tu aku dah start menyulam angan-angan la nak kawen kan. Aku bgtau Aidee aku nak pergi renew passport aku yang dah expired tu, dia cakap nanti dia akan renew passport dia. Time ni aku baru sangat kenal Izal, time aku kat imigresen tu kebetulan Izal message.


Ada lagi selfie kat imigresen yang aku kasi kat Izal dulu.. Huhu.

"Nanti kalau nak datang jalan-jalan kat Siam contactla I."
"Hihi I tengah kat imigresen ni renew passport.. nak pergi Siam nanti nak kawen."
"Ooh.."

Tapi hari ke hari aku tunggu, dia tak renew-renew lagi. Macam-macamla alasan dia bagi, busy la itu ini. Last-last dia bagitau dia sebenarnya tak ready nak kawen lagi.. Dia taknak apa yg aku alami dengan ex dulu, aku alami dengan dia pulak lepas ni. Dia nak semua tersedia untuk aku bila dah kawen tu. Taknak tak cukup itu ini bila dah kawen nanti.

Padahal aku tak mintak apa pun dari dia. Aku boleh je kasi kelonggaran awal-awal kawen tu takde nafkah pun takpe, aku bukan tak keje kan, aku boleh cari duit aku sendiri. Bagi je la mana yang ada, rm50 pun tak apa, bukan aku takde toleransi. Cuma bila ada duit tu jangan kedekut nak kasi nafkah kat bini. Jangan lepas tangan sebab pk bini ada duit sendiri. Tapi dia dengan ego dia sendiri nak capai ikut benchmark yg dia tetapkan sendiri. Dia ada target.

Panjang sangat dah pulak. To be continued in next entry.. πŸ˜„


You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, September 22, 2020

Radhi OAG - Sentuhan

Pagi tadi dapat satu notification kat youtube. Aku ni tak aktif mana pun kat Youtube tapi kadang-kadang ada la drop comment.

Lagu ni lagu lama dari kumpulan rock kapak Desire masa aku kecik sangat lagi tahun 80an.. Tapi yang aku dengar ni versi Radhi OAG nyanyikan semula. Bes..

Kat situ aku nampak ada satu komen ni rasa macam meruntun jiwa sangat. Kena pulak dengan time tu aku tengah sedih dengan Izal. Time ni la Izal ignore aku sebulan sebab Aidee. Hence the comments. Tau-tau pagi ni baca ada org komen cakap dia tertunggu sambungan dari kisah aku.. Hihi. Ni aku screenshotkan komen berkenaan je la sebab banyak lagi komen kat komen brader ni.



Nah.. dengar la sendiri lagu dia. 


 



You know you love me! XOXO,

-Scha



Monday, September 14, 2020

Being The Right Person For You

System tengah down untuk kali ke namblas ni. Free je ni so ada baiknya aku tulis blog.

Izal diam seminggu since last Sunday haritu since dia jawab 'Ok' tu. Aku assume dia ke laut la, so aku pun sama diam seminggu, maklumla dah terbiasa kena tinggal kan. Jadi aku pun takdela dok message dia cakap sorang2 macam selalu sebab ala2 penat dah .

Tetiba semalam dia muncul macam marah-marah. Tapi aku ni dah parah sayangkan dia kot sebab bila dia muncul aku dah rasa lega walaupun dia macam marah-marah merajuk tu hehe.

"Best? Suka?"
"Syg, nape ni?"
"Best ke buat diam haritu?"
"Kan Syg reply.. Ingatkan Abg ke laut."
"Yela mmg ke laut. Lepas tu Abg message Syg diam."
"Sekali je Syg diam. Syg kecik ati. Abg beratus kali diam dengan Syg.."
"Syg je kecik hati."
"Syg pun tau sedih.."
"Abg kan selalu pi laut. Tau kan letih macam mana. Bukan saja-saja."
"Tau Abg.. Syg bukan tak paham. Tapi kita dah lama sangat macam ni. Syg rindu Abg. Mintak maaf Abg..."
"Abistu, Abg tak rindu Syg?"
"Huu. Abg tahan. Syg ni tak tahan lama sangat dah ni."
"Tak tahan apa Syg. Bagitau sat."
"Tak tahan tanggung rindu la. Abg tu laki, kuat. Syg ni terkontang-kanting takde Abg. Takde teman."
"Sapa kata Abg tahan?"
"Yela Abg tak balik2. Tahan la tu.."
"Nak balik macam mana. Border tutup Syg."

So kesimpulan yang aku dapat buat adalah dia rindu dan merajuk tapi taknak ngaku.. Hihi. Dah lama kenal dah.. Memang camtu perangai dia. Takde cara lain dengan dia ni kecuali berlembut dan surrender je la. Aku perasan dia bukan jenis yang pandai dengan perempuan sangat tapi kasih-sayang dia tu kita dapat rasa. Cuma yang selalu tatahan dengan dia ni sebab sejenis aloof dan suka jauhkan diri buat diam bila tak puas ati. Orang buat diam tau pulak sentap..

Banyak kali aku rasa give up bila dia hilang tu. Samada hilang ke laut atau kalau kitorang ada selisih faham. Setiap kali, aku doa sangat, kalau dia bukan jodoh aku, tolonglah jauhkan dia dari aku ya Allah. Kadang aku mintak tolongla kasi petunjuk yang jelas kalau dia memang bukan jodoh aku, jauhkan je dia dari aku. Kalau aku berkeras diam dan dia pun diam terus, aku anggap tu petunjuk lah tu. Taknak buang masa untuk orang yg bukan jodoh aku.. Tu je. Dan setiap kali tu jugak dia balik pada aku.. Banyak kali dah jadi camtu.

After all, he's the only one who stays. Other men come and go. Tapi bang.. Sampai bila la kalau nak tunggu border ni bukak.. Mesti ada jalan kalau nak balik. Sudah-sudahla tu kerja kat tempat orang. Baliklah.. Perempuan ada expiry date bang, ai nak anak at least sorang lagi... 😭

Btw.. Aku dah lost around 6 kgs. Tapi berlambak lagi to go ni. Nak cuba dapat badan ringan-ringan sikit macam dulu. Senang nak bergerak. Confidence pun bertambah. InsyaAllah selamat sikit nak pregnant nanti. Nak nampak padan je kalau berdiri sebelah Izal nanti. Atau bersanding sebelah dia ke. Hahaha #beranganisfree. Sekarang ni nampak sangat aku lebih lebar dari dia. Dan moga Izal rasa lebih insecure tgk aku lebih helok dan segera balik ke Malaysia hendaknya..

Aku tertarik dengan kata-kata someone kat Tinder, 'We focus on finding the right person, rather than working on being the right person." So true. Betulkan diri sendiri dulu kan.. Jommmm!


You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, September 8, 2020

Filling The Void You've Left Behind

Aku dah install semula Tinder out of boredom. Tak kisahlah orang cakap itu hookup apps ke apa, bagi aku apps tu baik ke buruk atas cara kita guna. Aku install tu sebab mirc dah takde HAHAHAHA. Aku cuma nak chat-chat je. Kalau sunyi sangat especially weekend tu boleh gila woi.

Yang tak tahannya, tak lama lepas install tu boleh pulak ex colleague aku Zain whatsapp aku screenshot Tinder profile aku diikuti emoji gelak.

"Wah layan Tinder πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚", dia tegur aku.
"Hoi hahahaha."
"Kantoi."
"Eh single, apa salahnya. Ko tu layan Tinder watpe 🀣"
"Aku saje je. Ko cari skandal eh."
"Oi aku single. Skandal apanya. Nak sembang je. 🀨"
"Yeke? Jangan memain.."
"Bagitau bini ko, ko masuk Tinder.. Hahaha."
"Hahaha. X caye ko single.. Lama dah?"
"2016. Yela takkan nak masuk baitul jannah lak. Skema sangat. πŸ˜‚"

Sejak aritu eh satu hal dia dok message aku plak. Tu yang malas kadang mengaku single ni kan? Tapi dalam kes Tinder ni aku terpaksa ngaku la, kalau tak dia ingat aku cari skandal lak.. Orang slalu ingat kita desperate sangat bila dah single ni. Menyampah.

Pastu dia siap ajak aku interview kat kompeni dia. Memula aku ingatkan ajakan dia genuine la. Tapi pastu bila dia start buat ayat gatai2 plak, takdela aku nak serah diri gi interview sana. Bila aku cakap module utk position tu aku tak berapa familiar, tak tau itu ini, bnyk kali dia cakap, "Takpela.. Aku kan ada." Bila aku cakap aku takut interview, dia cakap, "Gunakanlah kecantikan ko tu, interviewer tu lelaki la.". Aku macam, puiiiii ni mintak intebiu keje jadi escort ke apa? Konfiden je cantik kan.. Padahal last jumpa dia time kitorang keje skali kat Petronas dulu je. Zaman aku belum kawen lagi kottt. Dia belum tengok saiz aku sekarang.. πŸ€ͺ

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Izal? Macam tu la. Lepas 24 days without him aritu, bila dia balik tu memang kerap dia message aku. Tapi kejap je, lepas tu kembali hilang few days mcm tu, timbul tenggelam. Aku jadi muak pulak nak paham.

Dia taknak paham pun aku sunyi ke takde tempat nak cerita ke apa. Dengan Aidee dulu hari-hari Aidee call n aku dapat luah dan cerita semua yg jadi kat aku hari tu. Dengan Izal ni... Mulala aku nak compare kan.

So haritu bila dia message, aku diam tak jawab. Rasa give up dan letih. Few days dia jawab pendek-pendek je dengan aku sebab busy sangat kerja, letih, ataupun tido. Dah tak penting ke aku ni? Bila few days aku diam tu Izal message sepatah je, 'Ok.' Macam nak bagitau dia tau aku tengah tak puas ati ngan dia la tu. He's always like that! Dari 3 tahun lepas macam tu. Kita yang merajuk dia yang marah. Dia tau aku marah kat dia tapi jgn harapla dia nak pujuk.

Seriously mati akal aku dengan dia ni. Aku tak tau nak handle dia cemana.. Aku dah banyak kali couple tapi tak pernah, tak pernah sekalipun kenal lelaki macam dia yang aku tak boleh nak handle. Biasa kalau kita silent treatment sekejap atau kita tunjuk merajuk sikit, laki tak tahan dan akan pujuk. Tapi dia memang sangat keras. Hati dia keras sangat. Kerja bunuh orang kan mana tak keras. πŸ™„ Aku yang ego tinggi gila ni yang mengalah biasanya sebab aku tak tahan rindukan dia..

Yang aku perasan bila aku dah tak emotional barula senang dia nak okay semula. Perempuan tak emotional? Huh memang miracle sangat la..

Dulu last day aku kat Hat Yai tu pun boleh dia diam berjam-jam dengan aku. Dahla masa terhad.. Geram betulllll bila teringat. Dia boleh diammmm je atau reply benda penting n sepatah2 je padahal kita ni dok luah 1001 benda padahal kita ni bukan jenis membebelllll. Aku bila dah bergado gitu malas dah nak pergi memana, nak terus pergi airport balik Msia je. Tapi dia still hantarkan aku ke kedai Big Bee Farm tu sebab aku dah cakap kat dia the day before. Sebab kawan aku ada kirim royal jelly kat situ. 

Selfie tetap selfie walaupun bergado. Muahaha. Ni masa otw ke Bee Farm tu.
Dah orang taknak sembang kan. Kita selfie la.
😏
Tengokla muka polis tu kemain garang ngrrr.


Bila dah sampai tu dia siap turun pulak teman aku masuk kedai. Mulut tu membisu lagi. Bila kat airport duit siam aku tak cukup untuk bayar barang terlebih berat dekat rm300, dia bayarkan pulak. Bila aku dah pergi cucuk kat ATM n kasi dia, dia taknak ambik. Padahal tengah gado tu patut ambik je la kan. Ni aku masukkan dalam poket dia, dia keluarkan balik dia insist suruh aku simpan. Lepas tu suruh aku makan nasik lemak yang dia belikan. Orang tengah sedih kot, nk telan pon payau, dahla nasik lemak siam tak sedap gila..😭 Dalam gado pun masih ingat nak belikan makanan kat aku takmau aku lapar dalam perjalanan. Sobs kan dah rindu semula sebab terharu.. Dengan ex aku kurang rm10 aku bayar balik pun dia ambik. Tapi tak kisahlah mmg duit dia kan.


Ni BETUL sangat 🀦

Dah ni jadi camni.. Tak tau la berapa lama pulak dia nak silent treatment ngan aku tu. Berani betul silent treatmentkan aku ya. Selama ni aku je yang dok silent treatment-kan orang hahahaha. Dengan Izal ni banyak main game wait n see.

Apepun aku serah kat Allah la. Seboleh mungkin usaha taknak bergantung kat makhluk dah. Aku banyak sangat bergantung emosi dengan dia. Tak suka. Sakit. Aku cuba busykan diri sentiasa taknak teringatkan dia sangat. Kalau suami tu ada jugak pahalanya. Ni belum apa2. Kalau ada jodoh tak ke mana kan? Jodoh pun dah lama ditetapkan cuma masa je yang menentukan.. Sedih pulak bila pasrah camtu sebab ekceli tataupun jodoh kita dengan sapa kan..

Sekarang aku tengah fokus diet n mencantikkan diri je ni. Bila dah konfiden dengan diri sendiri, semua pun jalan... Ada jodoh, dapatlah kita bersama Izal, dapatlah aku capai segala angan-angan yang dah lama aku sulamkan dengan kau tu. Ayat takbleh blah. Kalau takde jodoh pulak, siapalah aku nak menidakkan takdirNya. Aku selalu cakap kat Mas & Ija, aku dah taknak sesape dah kalau tak jadi jugak ngan Izal ni.. Tapi tak berani jugak manala tau ter-jodoh dengan org lain, tak berani cakap benda camni. Apepon memang dia je sentiasa dalam doa aku yg paling utama... Doa aku cuma nak kita bersatu n bahagia sampai bila-bila...

Sebab aku dah penat wehhhhh nak bercinta dengan orang baruuuuuuu.




You know you love me! XOXO,
-Scha

Monday, August 24, 2020

Day 24.

Jumaat baru ni aku ambik cuti sebab nak bawak Yam ke Sunway Lagoon. Padahal ngan jiwa rabak tu ikutkan taknak pun bersukaria. Tapi whatever that makes my baby happy.. layankan aje. So ada time macam kat lazy river tu aku main sama-sama dengan Yam. Pastu bila dia main kat tempat budak-budak tu, aku duduk je la kat bench tunggu dia puas-puas main.


Sementara tunggu tu mulela bergenang ayaq mata layan blues KLMJ (kenangan lama mengusik jiwa πŸ˜†) menanges di balik topi yang aku pakai, yang cover semua nampak mata je. Tapi mata pun terlindung dengan shades dari topi tu. Dalam keriuhan pengunjung2 kat situ, i sat in my own bubble, my heart was lonely for him. Sakit gila.. Aku dok fikir, Izal ni konfem dah tinggal aku ni... Dia saje cari pasal je nak tinggalkan aku. Tunggu aku tersilap cakap sikit je, dia jadikan sebab je untuk tinggalkan aku..

Cemanala aku nak move on takde dia ni? Ada ke laki yang boleh terima aku lagi sebagaimana opennya Izal terima semua cela aku dan buat aku tak rasa rendah diri langsung? Dan dapat ke lagi pakej laki helok seiring dengan sikap-sikap dia yang aku sangat senangi tu? Bila tengok keliling, aku mulela nak compare ngan Izal. Aku ni pun bukan jenis senang nak suka orang sangat. Memilih macamkan muka sendiri semenggah sangat muahahaa. Biarlah kan, takkan tak memilih pulak. Tengok laki ni fikir, ala dia ni tak tinggi macam Izal. Tgk yang tu plak fikir, ala taknakla dia ni, kurus. Taknak la botak. Ala rambut dia ni tak helok. Ala janggut dia ni tak tebal. Dia ni pulak arrogant sangat. Suka menunjuk. Kuat brag. Banyak cakap. Banyak bebel. Dia ni prasan ensem sgt. Dia ni menggatal sangat. Nampak macam tak setia. Macamla orang-orang tu nak kat aku pun kannnn. πŸ˜†

Aku dah selesa sangat dengan dia.. Dahla entah berapa ratus gambar dia dalam fon aku tu. Kena delete ke cemana pasni? Apa aku nak buat lepas ni? Macam mana nak cari peluang migrate ke Australia? Susah tak dapat keje? Aku nak mula hidup baru. Kalau orang Malaysia taknak aku, mungkin ada orang Australia yang nakkan aku yang penting dapat anak comel bwahahaha. Tak pun jejak kasih je dengan boipren mat salleh lama aku dulu tu.. Wahahaha. Macam2 aku pk.

So after seharian kat Sunway Lagoon, petang tu kitorang pun balik lah. Habis sakit kaki aku sampai cramp sebab lama tak berjalan jauh-jauh camtu. Tracker kat fon cakap aku dah jalan 7km dalam Sunway Lagoon tu! Hoho patutla sakit badan habis. Sejenis tak aktif sekian lama dah kan.

Tak lama lepas sampai umah tu, tetiba bunyi notification yang ditunggu-tunggu pun muncul. Tapi macam caye tak caye sebab kadang bunyi tu sampai masuk dalam mimpi aku tau. Punyela dok menunggu.. 😭 Aku memang set notification ni untuk dia sorang je. Kalau orang lain message takyah bunyi.

Tengok-tengok memang message dia. Tu pun aku takut2 nak baca kot dia kata nak tinggal aku ke apa. Gila insecure. πŸ˜†

"Syg"
"Syg"
"Syg"
"Bnyk ya message... Phone tak boleh buka."
"Syg"


"Abg niiiiiiiii."

"Syg. Miss you so much Syg.. Syg sihat tak.."

"Syg ingat Abg dah nak tinggal Syg.. 😭

"Ish!! Mana ada.."

"Nape phone tak boleh bukak pulak?"

"Lepas update app terus tak boleh buka.."

"Sampai ati tinggal Syg lama sangat. Sakit tau tak. Sikit lagi nak potong rambut. Stress."

"Maaf Syg.. Janganla potong rambut. Syg ni.."

"Dahla ada kawan forward gambar orang yang meninggal kena tembak kat sempadan Msia-Thai tu.. Saya berdebar macam apa. Badan n style macam Abg. Cuma jam kaler merah n baju tu tak macam Abg punya.."

"Syg ni.. Takdela.."

"Dia kena tembak ngan polis Thai ke Abg?"
 
"Ya Syg.. Ada kes tu."

 
"Syg dah berkira-kira apa nak buat kalau Abg tinggal Syg."

 Izal kasi icon asah parang- HAHAHAHA.

"Macam-macam Syg pk, nak apply keje oversea semua. Taknak dok sini dah."
 
"Tampo haa."

 
"24 hari Abg tinggal Syg. 24 hari. Sakit tau tak. Abg rilex je xde Syg 24 hari."

 
"Rilex apa. Abg usaha macam2 tau. Macam orang gila dah. Dahla tak boleh masuk Malaysia."

 
"Huwaa 24 hari tau Abg tinggal Syg.."

 
"Ya Syg.. Abg tau. Syg risau macam-macam. Fikir macam-macam. Rindu Syg. Abg tak marah Syg la.."


Kita ni dok risau dia ke laut ke hidup ke mati ke rupanya sebab tepon je. Sabo btol ngan dia niiiii. Masalahnya tuhla fon dia tu leceh sebab kerajaan punya. Tak boleh sukati nak hantar kedai betulkan sebab banyak maklumat sulit. Aku tanya nape tak tumpang tepon member je setakat nak bagitau aku apa yang jadi kan. Tapi dia ni macam ada insecurity issue sikit, taknak member dia contact aku pe sume. Malas aku nak pk banyak. Memang banyak excuse aku kasi kat dia ni sebab memikirkan keje dia yang macam tu.

Yang penting lega gila dah bila dia ada. Pelik kan rasa semua beban n masalah lifted dengan kehadiran sorang manusia je? Ngeeeeee.

Dalam pada aku nak give up aritu.. Ija selalu tenangkan aku. Dia cakap jangan lupa Allah tu Maha Adil.. Sangka baik dengan Dia. Dia bagi susah sekarang, mesti nanti Dia akan balas balik segala penat lelah tu dengan segala yang aku harapkan. Sabar je dulu. Terpujuk gila rasa lepas dengar tu. Memang aku belajar sabar sangat dengan Izal ni. Dia jugak yang ajar aku erti setia tu cemana. Pentingnya untuk jadi setia dalam hubungan. I mean setiap relationship tu teach us something kan.

Betul sangat. Tak penah plan nak tangkap cintun ngan Izal.
Memang dari awal rasa, oklah mamat ni rupa dia bleh tahan tapi takdela rasa dia taste aku sangat. Rupanya taste berubah mengikut masa n seiring ngan mengenali hati budi dia tu.



You know you love me! XOXO,
-Scha

Saturday, August 15, 2020

Rindu Abang Garang

Ya Allah ya Tuhan.. Izal tak balik-balik.. Aku tak tau dah nak rasa cemana. 18 hari dah.. Tak pernah-pernah dia pergi se-lama ni.. 😭😭😭
Aku nak nangis pun rasa dah tak larat. Bila datang teringat kat dia tu aku cepat-cepat aku alihkan fikiran ke lain. Kalau tak bergema-gema umah ni ngan tangisan aku takde sape yang dengar pun.

Letihla.. Dah tak rasa nak kenal orang lain. Nak dia jugak-jugak. Jadi ape je pilihan yang aku ada selain tunggu je dia. Lama sangat ni. Macam tak cukup dia buat aku tertunggu setahun lebih tak jumpa dia, ni nak tambah siksa aku menunggu tak dapat contact dia langsung camni pulak.. Kalau tengok cerita Pulang Remy Ishak & Puteri Aishah tu fahamlah apa yang aku cerita ni. Dulu aku fikir aku takkan sesabar Che Thom menunggu Othman macam tu. Tapi sebenarnya beza bila tunggu orang yang kita tak tau apa jadi dengan dia dengan orang yang tinggalkan kita sebab dah tak sayangkan kita. Hati ni masih terbelenggu ngan 1001 harapan yang dia tinggalkan untuk kita. Dan 1001 kasih, sayang, rindu, dendam yang dia ungkapkan dan pahatkan dalam jiwa kita.. πŸ₯ΊπŸ₯Ί

Aku tertunggu-tunggu apa sebabnya dia lama sangat pergi kali ni. Dunia dia camtu, reason dia kadang tak terjangkau fikiran. Macam dulu dapat arahan tak boleh on data time dia ke Hong Kong tu. Kalau kena ke laut, memang dia tinggalkan fon kt office pun sebab manade line. Pastu ada time bot rosak kena berlindung kat pulau. Kadang kerja di sebalik bukit mengadap Indonesia. Ada time kena masuk hutan takde coverage. Dia pun selalu kena buat tugas penyamaran sambil merisik jadi bila benda melibatkan nyawa camni, anda fikir dia ada masa untuk pegang tepon message2 awek? 😭

Sekarang aku cuma fikir dia stranded lagi tapi mungkin jauh batu nautika dari pesisir pantai jadi ambik masa untuk dia balik semula. Atau dia tengah ada ops besar-besaran yang buatkan dia tak boleh balik rumah lagi. Aku tak rasa dia diam lama camni sebab marahkan aku sebab rasanya tak besar mana salah aku pada dia. Just membebel je kotttt haritu tak puas ati.. 😣 Harap Allah lindung dia dari sebarang marabahaya kat laut tu, ancaman lanun ke, ancaman dari penceroboh negara dan sebagainya.. πŸ₯Ί Tapi setakat ni instinct aku takde rasa tak sedap ke apa dengan dia..

Semalam aku tengok cite Anna kat Astro. Bes gila. Pasal sorang high fashion model yang jadi spy KGB Russia n dalam masa yang sama spy utk CIA Ameria jugak. Sekarang kalau tengok cite spy lebih menghayati sebab Izal. Huhuuu. Dalam cite tu ada sorg suruh Anna describe sorang lelaki tu. Dia ckp laki tu tall n handsome. Pastu orang tu cakap samting macam, CIA always hire that type of men. Terus teringat Izal. Hahahaa lantakla puji pakwe sendiri takkan nak puji pakwe ko plak kan hahaha. Pastu dalam cite tu bagitau, nak hire spy ni memang ada certain criteria yang dorang tengok. Antaranya, kena sangat tenang walaupun dalam tekanan. Cekap, bijak, berpengetahuan luas. Camtulah.

Ni video time kitorg pergi floating market dulu. Rindu gila kat Izal.. Izal yang penyayang. Yang tau hormat dan layan dan buat aku rasa macam seorang wanita sejati, sangat terbuka dan terima diri aku apa adanya.. Miss you so much baby.. πŸ˜”πŸ’”



You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, August 12, 2020

Aidee 2

System kat office ni teruk benau sekarang. Haritu 2 minggu lebih dari sebelum Raya Haji dia down tau. Pastu minggu ni Isnin n Selasa baru okay. Tiba-tiba semalam, petang Selasa start down semula sampaila ke hari ni. Macam faham-faham je situasi kat office yang agak menekan sekarang. Sistem pun sama mogok ngan kitorang..

Jobstreet yang dah lama berhabuk pun aku dah start tiup-tiup habuk. Baru ni ada call dari Australia. Dua kali dalam 2 hari. Aku ignore call tu memikirkan scam. Pastu bila pikir2 balik, eh ada satu yg aku apply kat Jobstreet tu company dari Australiaaaaa. Tapi branch Malaysia la. Tak terpk langsung kot dorang yang call. Adoila. Maybe HR dia kat Oz, dorang yang call kan.

Lagi satu tu headhunter dok contact2 gak tapi aku tak berapa nak sebab consulting. Takde life nanti.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Remember the other day aku cerita Aidee contact aku ajak ke Penang tu?

In the end aku cakap YES to Aidee dengan seribu debaran. 😭 Sebenarnya agak terperangkap n kesian kat dia. Sebab memula dia nak gi weekdays, aku tolak sebab keje kan. Pastu rupanya dia tunggu weekend semata-mata nak aku teman dia.

Aku tau salah. Tapi sunyi sangat dengan Yam takde every weekend kan, aku memang kena sibukkan diri dengan aktiviti. Dengan Izal yang always busy. Aku bukan nak salahkan orang lain. Cuma I've gotta do what I've gotta do to maintain my sanity. Biol weh kalau kerap sangat rasa sunyi camni..

So petang tu dia ambik aku. Aku pasak kuat-kuat dalam jiwa ni yang aku keluar dengan dia tu atas tiket kawan lama. Dia dok pujuk aku untuk ambik halfday. Kuasa la kan aku nak layan, dulu time tengah gilakan dia memang sanggup aje. So aku cakap kalau nak, sila tunggu aku habis keje pukul 5.30pm Jumaat tu.

Tau-tau dalam pukul 2 lebih dia hantar gambar ni dekat area rumah aku. Satu hal la kan nak menunggu aku lagi 3,4 jam.. Aku dahla tak suka betul kalau buat orang menunggu. So aku suruh dia gi makan ke apa dulu.

Petang tu 6pm lebih baru aku siap kat umah. So ngam-ngam Aidee sampai depan umah tu, hujan lebat disertai ribut petir n guruh sabung-menyabung bagaikan tak merestui aku keluar dengan dia. Huhuuuuu...

Sepanjang jalan tu dok hujan je. So tak boleh bawak laju mana. Empat jam lebih dari Shah Alam - Butterworth tu rasa singkat je. Sebab bercerita dengan Aidee ni memang bes n puas tak rasa masa berlalu. Kitorang sama-sama Leo, birthday dia beza 4 hari je dengan aku. So boleh kata banyak prangai dia sebijik2 macam aku. Perangai yang aku menyampah dalam diri aku pun ada pada dia. Namun begitu perangai terpuji dalam diri ini pun ada pada dia wakakaka. 🀭

"Zura selalu bagitau kalau awak update wassap. 'Sya ada balik Kuantan ni.' atau 'Sya ada pergi sini ni..' .", Aidee cerita. Sebab aku hide wassap status aku dari Aidee. Zura tu pekerja kanan dia. Dah macam kawan rapat la sebab dia keje ngan Aidee since Aidee ada company Sdn. Bhd lagi dulu, company tu bekalkan marine equipment to other companies. Zura simpan number aku sebab dulu aku pernah message Zura sebab nak tanya pasal Aidee.

"Laa.. Patutla awak tau je bila saya sampai Kuantan.", aku teringat bila Aidee tiba-tiba message ngam-ngam aku baru touch down kat Kuantan aritu. Tak sangka pulak aku Zura rajin update dia. Sebab Zura ni saksi utama time Aidee 'merana' bila aku tinggalkan dia dulu.

Aidee ajak aku ke Penang sebab kerja. Dia pergi jumpa customer kat Arango Park area Kepala Batas tu. So sampai2 tu terus straight je ke sana. Aku tunggu dalam kereta je sementara dia jumpa tu, tak lama pun dalam setengah jam camtu.

Bila setel tu dah dekat tengah malam. So kitorang cari hotel area situ je sebab senang esoknya dia nak pergi jumpa tuan kedai tu lagi sekali. Bilik aku dengan dia kat tingkat lain dan lot lain. Aku cakap aku bayar bilik aku sendiri. Bila dah takde hubungan gini memang takdela aku nak kasi orang belanja-belanja aku dah. Takmo rasa terhutang budi n takmo orang ungkit-ungkit.

Pastu baru aku lepak2 jap tengok tv n melepas lelah, dia message aku.

"Sakit kepala lah. Rasa macam nak demam pulak."

"Aik, tadi okay je?"

"Tuhla sekarang sakit kepala.. Panadol lupa nak bawak pulak."

"Okay takpe, saya keluar jap cari kat kedai luar."

Dah satu hal kena pakai tudung n tukar baju semula. Bila dah keluar ke luar hotel tu, takde pulak kedai yang kelihatan. Tanya kat sorang adik kat situ, dia cakap ada Petronas tapi jauh sikit.

"Awak, bak lah kunci. Takde kedai kat bawah ni. Petronas ada tapi kalau nak jalan jauh sikit.", aku offer nak pegi belikan Panadol dengan kereta dia walaupun aku cukup mengelak nak bawak kete beso camtu sebab takut. Tak biasa. Dia bawak Hilux. Dulu dia bawak Triton pun aku tak pernah berani bawak walaupun banyak kali dia mintak tolong bawak.

"Takpela takyahla. Meh naik jap tengok saya ni." 🀨

"Seganlah, bahaya.. Nanti orang nampak.", dalam hati aku risaunyaaaa kot kena tangkap ke.. Kot Izal ada pasang mata-mata ke apa, habis aku nanti.

"Takde apa lah. Naik kejap je."

Aku pun naik. Masuk tengok bilik dia dah gelap. Cuma lampu toilet terbuka. Aidee dah berbungkus atas katil bawah selimut tebal dia.

"Sakitla kepala.. Rasa macam dah panas badan ni. Cuba rasa dahi ni.."

"Yela panas la tu..", aku iyakan aje.

"Cubalah rasa, letak tangan kat dahi ni. Panas ni..", hishhh macamla aku tak tau tektik dia tu.

"Yeeeee.. Panas... Jomla gi Petronas jap cari ubat. ", aku rasa sekali lalu kat dahi dia mmg panas.

"Takyahla. Taknak."

"Taknak takpelah.. Saya jenguk je ni. Apa-apa bagitaulah."

"Duduklah dulu. Janganlah pergi lagi.", dia cakap sambil makin rapat ngan aku.

"Janganlaaaaa."

"Wanginya.."

"Aideeeeeeeeee!"

Aku mula tak selesa. Dia cuba pegang aku. Aku jauhkan diri dan duduk kat lantai. Dia gelak tengok aku duduk kat lantai tak berkarpet tu.

"Janganlah duduk situ.. Duduklah sini.."

"Taknaklah. Saya nak turun dah, nanti apa pulak kata adik kat bawah tadi. Apa-apa wassap je."

Aku cepat-cepat turun bawah. Sampai bilik terduduk aku sedu-sedan menangis bila ingat segalanya tentang Aidee sebelum ni. Terkontang-kanting hidup aku sebab kau. Apa dia ingat laku ke kalau dia setakat nak jual nafsu kat aku tu? Mintak maaf sikit. Kalau setakat nafsu, kat tepi jalan tu pun aku boleh dapat.

Memang dulu aku head over heels kat dia. Dah pernah sampai bawak dia jumpa abang aku sebab hampir nak kawen sangat dah time tu. Tapi tak jadi. Kalau ada gado sikit aku akan drive balik Kuantan sebab nak baik semula dengan dia, tak tahan nak bergaduh lama. Ada sekali tu lepas keje aku gerak balik, sampai Kuantan malam. Jumpa dia kejap pastu few hours later dah gerak balik semula ke KL sebab esoknya keje. Gitu tahap sayang aku kat dia time tu.

Tapi being him masa tu, aku nampak dia jenis sangat-sangat ego melangit. Jiwa dia keras. Muka dia serious manjang. Gambar-gambar dengan aku je barula nampak dia gelak. Dia ni dulu dalam Navy. Lepas habis Navy barula dia start bukak business. Dia cakap dulu masa training Navy dok kena tendang kat perut sampai muntah-muntah. Training mmg keras habis. So stakat aku nanges2 tu dia tak heran. Takdenya dia pujuk. Childhood dia pun rough. Masa dia kecik lagi Mak dia dah tinggalkan anak-anak kat Abah dia. Dia baru umur 15 tahun masa tu, dan adik2 dah bergantung kat dia pada usia semuda tu.

Ingat sangat dia pernah cakap, "Kalau Mama nak kat Dedy, Mama kena ikut cara Dedy." Aku pun ikutlahhh ikut punya ikut dah macam orang bodo. Punya nak jaga hati dia. Macam kena mandrem pun ada. Kakak aku sampai tanya, "Ye ke dia nak kat Adik ni? Ke Adik je yang bersungguh nakkan dia?". Sebab nampak aku dah tangkap cintan sangat sama dia.

Tapi lepas 2 tahun lebih menunggu aku macam letih. Kawen tak kawen jugak. Bila aku give up dengan dia dan ada Izal, tiba-tiba Aidee berubah 180 degrees. Hilang segala ego dia. Aku tak sangka langsung sebab dari gaya dia selama ni, macam tak heran n tak peduli langsung pun kalau aku blah..

"Mama. Seumur hidup Dedy tak pernah merayu dengan perempuan macam dengan Mama ni.."

Ingat lagi kata-kata dia time memujuk aku. Oh pandai pujuk pun rupanya...

Sakit sangat dada setiap kali nak recall kisah aku dengan dia ni. Sebak tersangkut kat kerongkong. Aidee pernah ckp, "Cerita kita ni macam boleh dibukukan, kan Mama?" Yolah tu.. Nanti pembelinya kita berdua je hihi.

Nanti aku citer lagi dalam episod seterusnya (hahahaha) cemana keadaan Aidee lepas aku bagitau dia aku dah ada orang lain.

Dan cemana dalam episod seterusnya lagi, Izal tak datang jumpa aku kat Hat Yai dan ignore aku selama SEBULAN sebab Aidee.

Stay tuned. πŸ˜†



You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, August 11, 2020

Faridah Mentarang Bakar @ Sekinchan

Day 14 without him.πŸ₯Ί

Inilah keje aku ye sejak dengan Izal ni. Tunggu dan terus tunggu. Takde bayang dia nak muncul. Lama sangat ni.. Naik pelik aku. Harap dalam sehari dua ni dia balikla.. Risau sebenarnya bila dia dah pergi lama camni memikirkan keberadaan dia. Cukup ke makan pakai? Stranded kat pulau lagi ke dia? Dan 1001 lagi possibilities that i'd rather not think of.

Forgive me if I sound like a broken record. Dok ulang cerita yang lebih kurang je hahaha. Hakikatnya memang camtu. Padanla muka aku kan cari pasal, sayang orang yang jauh dan kerja camtu. Memang betulla kata Zack, keje cam dia tu susah pasangan nak bertahan.. Aku pun entah sampai bila. Raya haji pun takde wish dari dia, birthday pun takde wish dari dia. Assobru minal iimannn sungguh rasanya. 😫

Bila dia balik nanti ni aku dah plan apa aku nak cakap kat dia.
Memula mintak maaf sebab aku merempan tak puas ati kat dia aritu.
Pastu aku nak sambung merempan versi ear-friendly nak bagitau dia betapa penantian tu suatu penyiksaan tau tak bang? Dan bilakah kita nak bersatu?? Sampai bila nak kena tunggu camni?

Dah kawen nanti takdela Abg keje camni lagi Syg.. Abg nak Syg ada hari-hari.. Sampai bila-bila..

Abg faham Syg sunyi.. Nanti kita kawen, kita cepat-cepat ada baby..

Abg nak anak tapi Abg nak ada anak dengan Syg je.. Nak anak comel macam Syg.
Tapi Syg nak anak ada lesung pipit macam Abg.. Mata coklat macam Abg.. Hihi.

Syg Abg punya. Janji jaga diri untuk Abg.. 

Berulang-ulang dialog lama ngan dia bila aku cuba nak reason out why I should stay with him. Why I should wait.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baru ni aku repeat pergi ke Sekinchan dengan Mas for mentarang bakar.. First time pergi haritu rasa tak puas makan. Mas pun cakap tak puas, so zasss terus jadi je plan otak seminit ke sana berdua untuk kali ke dua.. Hihi. Kat area Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan tu kan banyak sawah padi. So hijauuuu je sepanjang jalan. Orang sini pun rajin sangat berbakti pada tanah. Sepanjang jalan tu penuh dengan pelbagai pokok - jagung, nangka, dan macam-macam lagi hasil bumi. Tenangnya rasa setiap kali lalu situ. Dah macam satu addiction plak nak tengok ketenangan macam tu every weekend.

Patutnya Zack join sekali tapi sebab dia keje the night before sampai pukul 4 pagi baru balik, siang tu jadi waktu tido dia je la. Ni pun sama macam Izal keje time tak tentu hala jugak.

Tapi tuhla looking at the bright side, bila single ni bes jugak kadang2, tak terikat, dapat keluar ngan kawan, takde pasangan, takde anak. Dalam kereta pun enjoy bleh sembang puas-puas catching up, karok sama-sama dengan radio sambil menikmati keindahan sawah padi nan terbentang luas.. 😍 Yam biasala weekend camni dengan Babah dia, tapi dia merajuk sikit bila tau aku nak pergi mentarang lagi ngn Mas hehe.. Nak buat cemana nak, turn ngn Babah kan...

Karok session. Eh blogger dah boleh include video ek.. Baru tau. 😍

Takyah sorok dah la ye gambar Mas. Takdela sikret mana cerita-cerita dalam ni pasal dia kan.. 😁

Mas plak jenis penceria suasana. Kecoh kalau ada dia. Kadang aku naik malu in public sebab suara dia kuat sangat gamat suasana, orang selalu tertoleh2, aku macam nak tutup muka cakap 'ini bukan kawan saya' hahahaha. Muka cun tapi suara bergegor alam hahahaha.. Lupa la jap masalah ngan Izal. Aku ni jenis banyak senyap je especially dengan orang yang aku tak biasa. Aku perasan yang aku ni mmg selalu ngam dengan Gemini. Aku Leo, Leo n Gemini mmg ngam bersama, opposite attract gitu, tapi takleh jadi pasangan kalau opposite gender.

 Ni aku combine gambar dari 2 trips kitorg.

Haritu lepas cerai aku keluar dengan ramai lelaki, selalu kalau ngam tu memang Gemini. Dengan Zul, Wak n Abg Lan. Tiga2 tu Gemini yang almost nak serious dah tapi masalah utama Gemini lelaki ni adalah tak berapa nak setia dan cakap tak boleh nak percaya sangat, dan dari situlah aku baru sedar sebenarnya aku nak lelaki setia. I meant sape taknak kan. πŸ˜†

Eh ada sorang lagi, Shah, pun Gemini. Nyaris nak tangkap cintan gak dengan yang ni. Tapi sebbaik aku bijak n ada instinct yang baik. CSI punya CSI, rupanya dah kawen ada anak tiga... Hahaha kuajaqqqqq. Kata putus tunang konon.. Puiii. So aku slow-slow je melangkah pergi dari life dia without letting him know that I knew.

Tapi traits yang best kat Gemini ni in general, dorang pandai bersembang n engaging, usually attractive, fun to hangout with n mudah mesra alam. Pastu dia pandai buat orang sejuk, sebab orang macam Leo ni dia mudah berangin sikit. Maklumla perasan raja rimba konon. πŸ˜† Sebab tu la biasa Gemini memang ramai kawan n sentiasa dikelilingi kawan. Tengok Mas tu, berapa ramai bff dia hahaha.

Zack bf Mas pun aku instantly clicked sebab dia Gemini. Abang aku, Abg Nuar yg paling ngam ngan aku pun Gemini. Tapi Zack n Abg Nuar ni setia je, so tak boleh nak generalise sangat la kan. Ija pun Gemini. Kawan opis Lin yang rapat ngan aku pun Gemini. Oh hidupku memang dikelilingi Geminis! 🀣

Mentarang ni ekceli start dari tengok Majalah 3 aritu la yang aku bleh teringin sangat nak makan. Nak gi sorang macam malas. Dah bagitau Izal nak ajak dia pergi sini bila dia balik nanti. Tapi kalau tunggu abiang ni sempatla berjanggut dulu dinda. Izal cakap kat utara banyak benda ni.. Tapi tak panggil mentarang. Apo ntah. So adala satu time tu lepak ngan Mas n Zack, Mas sebut mentarang, aku pun macam kching! Awak pun teringin keeeeee. Lantas ajomlahhh keesokan harinya terus..
 

Tempat bakar mentarang.

Bahagian dalam encik mentarang.



Mentarang masak lemak cili api.

Kitorang paling suka mentarang masak lemak cili api kalau kat kedai Faridah Mentarang Bakar ni. Syok gila secukup rasa masak lemak dia.. Yang bakar pun sedap, tapi rasa macam sikit sangat cepat habis bila makan bakar camtu. Mas tak berapa suka yang bakar sebab separa lembik sikit, so dia kureng suka. Dia nak jenis yang dibakar well done tapi jadi keringla tak juicy kan. Harga sepinggan dalam 10/11pcs tu RM18. Yang sedap bila bakar tu sebab dapat rasa masin air laut mentarang tu, juicy lagi ditambah rasa asap2 sikit tu. 🀀 Rasa dia bukan macam kerang. Bagi aku rasa dia macam lebih pada siput buluh atau kepah tapi sedikit masin. Memang berbaloi drive sejam setengah nak ke sini dari Shah Alam..

Mentarang bakar.

First trip kitorang sampai dalam pukul 2pm. Not a good time sebab ramai orang jadinya order pun lambattttt sampai. Makan pun tak enjoy dalam panas n ramai camtu. Second time kitorang sampai dalam pukul 11 lebih. Kedai ni bukak pukul 10am. Cun time ni tak berapa ramai. So masa menunggu pun tak lama. Enjoy je makan. Parking pun dapat parking dalam.

Balik-balik dari makan-makan tu kitorang singgah banyak tempat. Banyak fresh n local produce sepanjang jalan. Dengan pisangnya, ubi, mangga n buah-buahan lain, sayur dan macam2 jualan lagi. Dan sebagai kaki bergambar Mas memang ajak stop here n there la bergambo. Dia kan pemes nanti ramai peminat tertunggu-tunggu plak update dia kat IG bahaha...

Jangan percaya sangat gambar ni. Dedua excited time tengok gambar ni sebab prasan tinggi n kurus HAHAHAHA sebab kamera wide angle Mas. 🀭

Yang baju merah ni kawan lama Mas, Zah.. Tourist guide kitorang hihii playing tourist plakkk.


Pastu ada satu tempat ni area Sekinchan ke Tanjung Karang, aku tengok macam tempat yang Izal pernah bergambar.. Gambar Izal tu kat Vietnam. Bila compare memang lebih kurang. Malangnye aku menyampah aka insecure tengok badan aku lam gambar ni maka terimalah gambar yang dimosaic ni ya.. Yang penting apa yang aku nak cite ni sampai. 😁

 Cantek kan tempat ni? Pandai kan aku amek gambar? Mihmihhhh.


Layan je laaaa perempuan ni nak bergambo.. 😁



You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, August 5, 2020

Is There Light At The End of The Tunnel?

Aku ni selalu rasa macam ni. Bukak blogger rasa nak meluah macam2. Pastu risau orang kata itu ini. Banyak sangat cerita berulang-ulang. Banyak luahan perasaan. Pastu kensel post.

Tapi pikir2 balik what the heck? Apa yang kita tulis kat blog ni bukan diri sebenar kat luar sana. Aku ni jenis kalau nak bercerita aku tengok dulu orangnya cemana. Agak2 bukan jenis good listener tu memang aku tak cite la. Tambah2 yang tak rapat ngan aku, memang akan cakap aku sejenis yg private sikit. So mana lagi je kan aku nak meluah kekusutan fikiran ni? Kat blog la kannn.

Aku tulis blog bukan untuk buat orang faham aku pun. Aku tulis blog sebab nak release n rasa lega. If not much, at least a bit.

Tambah plak sekarang ni.. Dah dekat nak sewel aku ni menunggu si Izal. 7 hari ke laut - 2 hari kat darat - 8 hari kat laut. 2 hari kat darat tu pun bukan aku dpt sepenuhnya masa dia. Kebanyakan masa dia untuk catch up tido yang tak pernah cukup tu. Boleh biollllll aku wehhh. Haa padan muka, sape soh aku sayang diaaaa. Takde orang paksa ke acu pisau pun kannn.

Yang nambah kusut ni sebab 8 hari lepas, dah tatahan sangat, aku dah merempan tak puas ati kat dia.. Aku membebel panjang2 sorang2 kat message tu. Geram sangat cam nak biol dah. Dah la tak jumpa setahun lebih, nak chat pun susah. Pastu sampai ke harini dia diam. So skang jadi tak tau dia diam lama sebab marah ke, sebab ke laut. Tapi kalau marahkan aku, rasanya dia tak tahan diam lama-lama macam tu.. Kecuali ia membabitkan lelaki lain.. 😬

 Gambar ni betul sangat.

Aku congak-congak, hubungan dengan Izal dah nak masuk 3 tahun. Tapi kalau dikumpul semua masa dengan dia tu, rasanya setahun setengah je kot betul-betul spent time dengan dia. Selebihnya menunggu dan terus menunggu.

Menunggu balik dari laut.
Menunggu dia keluar hutan.
Menunggu dia bangun tido selepas penat balik dari laut atau hutan.
Menunggu dia baik dari sakit lepas balik dari laut.
Menunggu dia keluar hospital.
Menunggu lagi dan lagi sampai habis kesabaran dalam diri ni kot.

Menunggu Izal bangun dari tido ni bukan macam menunggu manusia normal bangun dari tido ya. Dia ni sekali tido marathon habis la. Selalu je dia tido stret n sambung-sambung sampai 2 hari sebab terlalu letih. Kat laut dalam tengah berkawal tu nak tido macam mana la sangat kan.

Aku pun tak tau boleh buat apa je lagi. Rasa penatttt sangat proses kenal laki baru tu. Dah rasa taknak lain dah. Yang aku boleh buat cuma bersabar dan menunggu. Tiada pilihan jawapan lain. Susah kalau sekali aku dah suka orang ni. Kalau dia buat hal lain cerita. Ni dia takde buat jahat kat aku, masalah ngan dia ni cuma kerja dia yang tak habis tu. Pastu memikirkan sekarang ni susah sangat nak dapat lelaki yang setia. Jadi susah nak tinggalkan dia..

"Maaf abg pergi lama Syg.. Maaf buat Syg tunggu lama.", baru ni dia message aku bila dah balik dari laut. Ayat sebaris gitu pun dah buat aku terpujuk. Sebab dah kenal sangat dia ni bukan jenis banyak cakap n masa berkawan dulu dia tak bother pun nak mintak maaf kalau dia sekejap tenggelam sekejap timbul macam biskut.

Napela ko buat aku sayang ko. Dulu aku main-main je sekali boleh jato cintan plak kat ko. Umur aku ni ada expiry date, aku nak ada anak lagi. Tapi tunggu ko ni macam takde penghujung je.. Aku cuma taknak buang masa dah untuk orang yang bukan jodoh aku. πŸ₯ΊπŸ₯Ί

Dalam NCIS haritu perbualan lebih kurang satu couple yang relationship dorang dah di hujung tanduk.

Wife: "She's making a mistake to marry a police officer."
Husband: "What? You've got to be kidding me."
Wife: "Always waiting, always worrying. You will never understand me."
Husband: "..."
Wife: "You're always out to save people. But the one you should've saved was me!"
Husband: "I never thought u need saving!"

Telan air lio je aku tang dia mention 'always waiting n worrying' tu, boleh paham sangat.. πŸ˜ͺ




You know you love me! XOXO,
-Scha

Thursday, July 23, 2020

Bos Baru & Abam Polis

Busy betul recently.

Boss aku baru bertukar. Dapat boss baru yang super annoying! Hari-hari tanya update. Boss sebelum2 ni asal kita siap keje by dateline yg diberikan, okayla kan. Ini jenis terlebih proaktif, excited sangat dapat menguasai team programmers, dia jadi camtu πŸ™„

Pastu haritu dia suruh aku codekan new program dia cakap urgent n suruh siapkan dalam masa satu hari. Gila betul tak pernah-pernah sebelum ni kot. Aku ni kelam-kabut la siapkan segera n suruh dia test. Tengok-tengok dah few days dia baru test. Panas betul hati. Kata urgent? Harini pun dia tak habis lagi test tu.. Pasni memang takla aku nak siapkan cepat-cepat program dia..

Pastu environment kat office ni sangat la menyedihkan lately. Kiri, kanan, depan, belakang orang resign or retire. Tapi kemuncaknya bila team aku Irfan pun baru je tender ni. Dia dah 11 tahun kat sini. Team programmers 3 orang, so nanti tinggal 2 orang. Yang sorang lagi ni pun dah nak retire next year. Tertekan pulak rasa. Sebab sini konsepnya bila orang berenti mana boss replace dah.. Jimat kos punya pasal. Team programmers asalnya 7 orang sampai sekarang tinggal 3 orang langsung tak berganti. Dapat plak bos annoying. Seriously demotivated weh..

Izal macam biasa la, ke mana lagi kalau tak ke laut. Timbul tenggelam gitu la. Last2 sampai bertongkat aku menunggu beliau huhu.

"Abang janganla tinggal Syg lama sangat. Syg dah tak tahan macam ni."

"Ya Syg.. Abang pun sama. Abg akan balik secepat mungkin ok.." Ya dari tahun lepas dah dengar 'secepat mungkin' dia tu.. 😭

Dalam hati aku bukan tak paham kerja dia cemana. Aku tau dia pun nak sangat balik tapi terbelenggu dengan tugas. Tapi macam tak larat nak paham dah.

Oh haritu aku penah mintak boyfriend Mas, Zack risik-risik pasal Izal. Lepas aku tau alamat last Izal adalah kat perumahan polis bila aku check record dia kat JPN. Matila kalau dia baca blog ni. Dah dia ssh sangat bagitau.. Aku cari sendiri. Nasib baikla status kat JPN tu memang bujang kan.. Kot la status dah berkahwin, menangis aku..

So bila aku tau alamat tu, sah-sah la alamat tu outdated kan. Benda maybe dah berbelas or berpuluh tahun last updated. Aku fikir maybe dulu je dia polis lepas tu dia dah keje lain. Selama ni aku assume Izal kastam or imigresen sebab keje dia ada deal ngan pendatang haram la, penyeludupan dadah la. Dan awal2 dulu aku pernah tanya Izal, dia keje dengan PDRM ke? Dia cakap "PDRM buat apa.. Tu perosak negara." Gittew.. So aku anggap dia bukan PDRM la. Time tu aku plak yang cakap kat dia, "Apela u ni cakap camtu." Sebbaik aku tak sambung kutuk polis ke apa.. Kot tak, dah lama dia reject aku. 😁 Maybe dia nak test aku kot. Bukan apa kadang2 skeptikal sket ngan polis ni kan..

Yang aku boleh assume dia keje ngan kastam atau imigresen tu sebab intelligence agency yg dia keje tu ambik anggota dari PDRM, Kastam & Imigresen dan beberapa agensi lain lagi. So, bila Zack tau alamat last Izal tu kat perumahan polis, dia barula excited nak cari info pasal Izal. Padahal dah sekian lama aku mintak dia tengokkan any info pasal Izal. Mas gak yang offer dulu, sebab dia cakap Zack ada handheld device yang boleh tengok info sesiapa pun, yang selalu polis pakai time road block tu..

So bila Zack cuba check internal system utk cari rekod Izal, dia dapati maklumat tu semua classified. Dia cakap sesama perisik tak boleh tengok info pasal memasing. Sebab Zack ni detektif. Tapi aku tak pasti la dia ni cakap betul ke terpaksa tipu ke kan sebab tak boleh nak leak maklumat sulit atas nama integriti. Cuma bila Zack tau Izal keje ngan spy agency tu, dia cakap, keje Izal tu lagi risky daripada dia. Dan memang susah pasangan nak bertahan sebab nature of his job memang tak tentu hala.

Pasrah je la aku mendengarnya.. Memang tak tahan sangat ni.. 😭

Pastu kan tak lama lepas aku merisik info pasal dia ni.. Izal macam tau-tau je aku dah tau yang dia tu most probably polis. Dia hantar gambar ni.

"Aik, macam baju polis je Abg."

"Mmg la Syg. Takkan Syg tatau."

"Yela tatau Abg tu mana bagitau apa-apa."

"Syg... Syg.."

"Nak gambar Abg pakai baju polis!"

"Sejak dulu tak pernah pakai pun Syg.."

"Ala.."

Geram betul buat-buat tak tau pulak bila orang tak tauuuuu. Bila dia dah confirmkan ni rasa blushing gittew plak hahaha sayangku abam polis rupanya hahaha. πŸ€ͺπŸ€ͺ Dan aku baru tau hahaha kelakarnyier sobs. 😭 Yang kelakarnya aku ni memang jenis teruja bila tengok orang pakai baju uniform. Smart kan. Pastu kalau pergi space u8 tu nak tengok wayang ke, ke mr diy ke, memang lalu balai polis kan. Mata ni memang tertinjau-tinjau nak catch the glimpse of polis-polis hot kat situ hahaha gatainya.

Kakak-kakak aku pun dok melawak. "Lepas ni kita tak boleh la buli dia ni sangat, Abang dia polis ada pistol nanti kena tembak." Hahaha hampehhhhh.

Skang bila tau Izal ni polis, rasa nak tergelak gila. Patutla perangai dia macam tu. Patutla muka tu garang kemain. Aku selalu cakap dia macam polis pencen, bila tanya aku tu macam soal-siasat gayanya, dan cara dia tu memang tegas dan mendesak. Dominan. Rupanya polis belum pencen sobs.

"Syg pergi balai polis buat apa? Apa jadi Syg? Bgtau Abg sekarang."
Ni masa aku gi balai polis report pasal surat beranak Yam hilang.

"Hah siapa yang kacau Syg? Apa nama dia Syg. Mana dia dapat nombor Syg. Ada gambar tak? Tak suka."
Ni masa aku ngadu ada sorang tu dok kacau-kacau message aku padahal laki orang. Dah cakap bertunang baru senyap.

"Abg bagi masa 5 minit ja, datang sini semula."
Ni masa aku merajuk aku lari jauh-jauh dari dia dengan harapan dipujuk tapi nan hadoooo. πŸ˜‚ Kena perintah mengadap dia lagi adala. 😀

"Siap sekarang. Abg cakap baik-baik ni."
Ni pun masa merajuk ekeke. Eleh ingat aku takut. Tapi memang sedikit takut ekekeke tapi dia tak pernah naik suara pun kat aku lagi.

Ishk dunia aku ni pasal Izal je kan. Setiap masa aku fikir dia. Bukan sebab nak pikir tapi takbleh stop pikir. Apa yang susah sangat nak bersatu ni. Aku fikir kalau dia dapat cuti nk balik ni pun, kerajaan dah wajibkan kuarantin 14 hari tu semula kan.. Lagi gelapla harapan aku nak jumpa dia..

Rindu Izal sangat-sangat-sangat.. πŸ˜”



You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, July 14, 2020

Aidee

Lepas dah banyak bulan Aidee stop contact aku, dan setahun lebih tak jumpa, tiba-tiba dia muncul menyapa kat Whatsapp haritu just before PKP. Bagitau dia ada keje kat Shah Alam. Kat Plaza Jelutong. Ishk tu memang kat neighbourhood aku!

Aku reply macam kawan biasa je. Pendek-pendek takde nak sembang mana. Tapi dia kejap-kejap message aku dengan hal macam-macam yang banyak dia bleh gugel je. Macam cari excuse je nak msg aku.

"Terminal bas shah alam kat seksyen berapa ya?"

"Bas kuantan-shah alam ada time malam tak?"

"Tau tak hotel budget dekat-dekat area sini? Nak bawak pekerja semua ni tido."

"Ada tikar tak? Dorang ni taknak tido hotel pulak."

Aku ni dubdab dubdab dah mikir Aidee ni nak apa lagiiiiiii. Dia buat keje kat sini few days. Last-last tu, that weekend tu Yam takde, mmg aku tersangatlah sunyi dan boring jadi sangat kenalah masanya bila Aidee ajak teman dia jumpa customer kat Cyberjaya.

Hati ni sangat risau fikir Izal. Tapi kadang rasa sunyi tu buat aku ambik risiko macam ni. Aku tau hati aku cuma untuk Izal tapi kadang-kadang aku nak teman bersembang puas-puas to keep myself sane. Matilah statement mintak kena kecam namanya ni. Aku ni jenis susah nak keluar dengan orang tapi dengan Aidee aku selesa sangat n senang bersembang dengan dia. Jadi atas tiket kawan lama, aku pun keluar ngan dia...

Sepanjang dalam kereta tu banyak nak catch up. Macam-macam nak cerita. Semua kitorang cerita kecuali hal personal. Masing-masing tak sentuh langsung soal personal masing-masing. Dah setahun lebih berlalu. Tapi macam tak pernah berpisah langsung dan the chemistry was as great as before. Macam tak sangka takde jodoh aku dengan kau kan? Tapi benda dah lama lepas.. πŸ˜ͺ

My heart still aches bila fikirkan semua yang dah berlaku dengan Aidee ni. Dalam parut yang dia tinggalkan dalam hidup aku. Aku rasa masing-masing tau kalau mula cerita pasal personal masing-masing, memang boleh sambung bergaduh sambung pukul-pukul yang tergendala setahun dua yang lepas tu. Masih boleh menjerit-jerit tak puas hati berlawan cakap sakitkan hati masing-masing sebab we have hurt each other too much before. Rasa marah tu meluap-luap sebab rasa sayang dulu pun sama banyak meluap-meluap macam tu jugak.

Tapi the day went well takde insiden seorang lelaki atau seorang perempuan kena cekik dalam kereta ke apa. Huhu. Aku teman dia jumpa owner kedai yang dia plan untuk sewa jadi cawangan kedai dia kat KL. Sebab ramai potential customer yang tak jadi berurusan bila tau kedai dia kat Kuantan. So kalau ada cawangan kat KL ni cerah la sikit masa depan..

So.. Lepas tu PKP then dia adala muncul on off gitu msg aku. Tapi takde berjumpa dah. Masa aku balik Kuantan baru-baru ni lepas PKP dah boleh rentas negeri tu, adala dia msg2 aku jugak.

*************************************

Bila dah sampai Kuantan tu Izal awal-awal lagi dah pesan, "Syg, dah balik kampung jangan gatai-gatai nak pi jumpa marka lama pulak ya."

"Hahaha.. Marka apa marka.."

"Haa main-main. Pang sat g ha. Syg dengar tak Abg cakap ni?"

"Ya dengar baby.."

Itulah dia alpha male yang kudambakan tu. Garang tapi tau dia garang sebab sayang. Tapi dah terlalu lama kita berjauhan ni tolong balik boleh tak..

*************************************


Sampaila weekend baru ni Aidee text aku, "Jom pekena nasik kandaq Penang?"

"Besnyaaa. Ada job kat sana ke?"

"Ya ada nak pergi mengukur tempat customer. Dia available hari Selasa je so petang Isnin baru nak gerak."

"Aisi.. Susah pulak weekdays. Baru weekend ni plan nak berjalan ke Penang. Fikir dulu."


"So?", dia tegur dalam sejam pastu.

"Takpelah awak, susah sket weekdays.."

"Wokey.."

So berjayalah aku tolak ajakan dia untuk kali tu dengan bergaya tanpa sakitkan ati dia. Izal patut terharu kalau tau betapa aku mengelak untuk jumpa lelaki lain sebab nak jaga hati dia.. Padahal sunyiku hanya Tuhan yang tau, macam lagu apa tu. Sunyi sebab tak dapat jumpa dia setahun lebih dah. Sunyi hidup sendiri. Macam2 lah. Haritu ex lama masa zaman bujang time sama-sama kerja Pizza Hut tu pun tetiba muncul n ajak aku keluar jugak. Pun aku tolak gak. Ishkk accobaan nye laaaa bila berjauhan ni.. I hate the distance.. πŸ˜ͺ

Tapi baru kejap ni Aidee text aku.

"Jadi ke pergi Penang weekend ni?"

"Eh awak salah faham ni.. Maksud saya, last weekend yang kata macam nak pergi Penang tu.. Bukan this weekend."

"Ooh yeke.."

"Awak dah settle dah urusan kat Penang?", aku terus tanya. Kalau ikutkan dia patut balik dari Penang harini.

"Tak jadi.. Nak pergi weekend ni."

"Laa nape pulak?"

"Tunggu awak la.."

"Ishk."

Sekarang ni aku nak cite benda ni kat Ija pun tak berani. Konfem Ija keras menegah aku jangan pergi. Yelah silap-silap kena 'cerai' ngan Izal baru aku tau langit tinggi rendah heeee seram memikiokannya. Harapnya aku kuatlah nak menolak kali ni. Walaupun alangkah besnya dapat pergi berjalan ke Penang pastu duduk je tak payah susah-susah drive.. 😬




You know you love me! XOXO,
-Scha

10 Long Days

Abiang finally dah balik after 10 long days!

Aku barula dok menanges sendu the night before sebab rasa lama gila dia tak contact aku. Tambah-tambah pulak dengan Yam baru ikut Babah beliau balik ke rumah sana untuk seminggu. Tu yang ada masa aku nak menanges. Kalau ada anak tu tau gak malu nak menanges depan dia hihi.

"Syg.. Abg baru balik. Sorry lambat Syg..", Izal tegur pagi tu time aku kat office.

"😭😭😭😭😭😭", tu je mampu aku reply.

"Syg kat mana. Syg sihat tak? Yam sihat tak?"

"Ya sihat je semua. Abg pergi mana lama sangat tinggal Syg.."

"Laut Syg.. Operasi."

"Abg sihat tak.. Ujan kan.. Syg risau sangat Abg kat laut dengan hujan ribut macam tu.."

"Abg flu. Ujan Syg.. Panas terbakaq. Miss u Syg."

"Miss you more baby. Rindu sangat."

Rasanya kalau tengok chat history tu word paling banyak digunakan adalah rindu, miss you. Ulang-ulang tu je tapi jumpanya tak jugak. Ni dia mulela qadha tido ni penat almost 2 minggu kat laut. Hilang mood aku sekali bila dia takde tu.

Semalam aku dah declare aku nak mogok lapar aka diet selagi dia tak balik Malaysia. Aku cakap biar aku kurus tak mok dah biar dia tak suka. Dia kan tak suka aku kurus huhu. So sebelum aku kurus gila ada baiknya dia balik menjenguk aku kat sini. Kalau tak, memang berazam nak kurus macam zaman belajar ni.. nak cecah 60an. Ewah tinggi cita-cita..

"Abg tau tak ada satu citer kat Netflix tu Syg tengok. Pasal sorang boss mafia yang jatuh cinta kat sorang perempuan. Pastu dia kidnap perempuan tu bawak ke rumah dia, dan dia kasi masa 365 hari untuk perempuan tu jatuh cinta kat dia."

"Wow. Macam menarik ja jalan cita."

"Ya Abg.. Memula perempuan tu memberontak la melawan la. Last-last bila dia dah betul-betul sayang laki tu yang jadi best cerita tu."

"Cita dia macam cita Syg dengan Abg la kan. Mula-mula tu Syg taknak layan Abg. Pastu jadi care. Jadi sayang."

"Hihihi. Abgla mafia tu kan.."

"Hihi. Love you Syg."


Rinduuuuuuuu. Tak terkata dah rindu ni. Kawan aku kasi tips untuk kerapkan sedekah pastu niat mintak ngan Allah untuk cepat kawen. Dulu dia amalkan camtu. Dia yang ikutkan macam tak logik nak bersatu dengan boyfriend dia time tu sebab selalu gado besar tu bleh tetiba ada jalan nak berkawen n dah berkawen pun sekarang...

Bagi makan kucing pun sedekah. Kasi tips untuk rider pun sedekah. Lebihkan makanan yang dijual pun sedekah. Semua sedekah. Jadi cari jalan untuk sentiasa sedekah. Rezeki pun rasa lebih lancar pastu. Renung-renungkan dan marilah beramal yaaa! 😁





You know you love me! XOXO,
-Scha

Thursday, July 9, 2020

Hujan Rindu

Lama tak update.. Aritu kawan lama aku tanya tak update blog ke? Baru aku ingat blog yang sekian lama di abandoned ni kah kah.

Sekarang tengah tak busy kat office. So ada masa nak menulis kat sini. Ada time memang rasa nak menulis tapi kadang rasa tak selamat plak nak cerita-cerita kat sini. Risau di judge la risau itu ini last-last kensel.. Tapi kadang-kadang rasa nak menulis jugak nak release. Kadang rasa dah tulis pun still takleh release gak. Hihi. What the heck kan. Jadi kita ikut konsep belasah je laaaa.

Izal dah MIA dekat seminggu ni. Aku rasa ke laut la tu. Sekarang dia tengah busy memantau perairan negara dari diceroboh orang-orang Rohingya yang sibuk ambik kesempatan nak masuk negara kita secara haram especially since PKP haritu.

Haritu aku mintak gambar dia macam biasa. Pastu dia kasi gmbr yg dia dah kasi haritu. Aku mula la berdebar pikir dia ni mendua, mentiga, menlima aku ke sampai lupa dia dah pernah kasi gambar tu kat aku? 😀

"Ni gambar haritu. Abg ni ramai awek ek sampai lupa dah pernah kasi gambar ni. Abg kalau ada org lain siap abg. Syg gi sana Syg bom dua-dua. Haaa...", aku membebel kat dia. Dengan orang ganas ni kena gertak ganas lebih.

"Meh cepat.", dia balas. Cis.

"Takde gambar Syg.. Abg dok celah hutan yang penuh nyamuk dan pacat ni. Apa pun tak nampak. Hantu ada.", dia explain lagi pastu kasi gambar hitam gelap gelita hahahaha. Sabar je le. Alahai dalam hutan pun message aku lagi..

"Hahaha piang! Explain gitu kan senang.. Pasal Rohingya lagi ke Abg?"

"Ya.."

Aku sangat risau bila dia hilang lama ni. Setiap kali hujan kat sini, aku teringatkan dia yang mungkin tengah kerja dalam hujan ribut kat laut tu. Kadang-kadang nak buat tak tau tapi bila someone dah jadi our center of universe ni memang akan fikir pasal dia je. Doa tak putus moga Allah lindung dia. Aku takut. Keje dia bahaya.

Haritu sampai genap 2 minggu dia MIA. Masuk minggu ke dua aku dah rasa mcm terawang-awang pun ada sebab risau sangat-sangat. Dah tak tahan sangat aku mengadu kat Ija. Masa tu aku fikir word mati je. Sebab tak pernah kot selama ni dia menghilang sampai 2 minggu. Tak silap ada cuma sekali yang dia ke Hong Kong hilang 3 minggu camtu tapi yang tu dia bagitau sebelum dia nak ke sana. Sampai sana dapat arahan tak boleh on data. Tapi masa tu macam belum serious sangat dengan dia.

So dah nak masuk 2 minggu hilang tu aku dah takleh pikir positif dah. Harapan aku makin menipis untuk dapat jumpa lagi dia. Menanges je keje. Yang tambah tak sedap hati sebab few days berturut-turut aku mimpikan dia. Masa tu tengah bulan puasa. Jelas nampak dia dalam mimpi aku. Rasa macam betul-betul jumpa dia. Mulala fikir dia ni tengah dalam kesusahan ke apa..😭

Aku doa sungguh-sungguh pada Allah masa tu tolonglah kasi aku ilham apa yg terjadi kat dia. Solat hajat mohon pertolongan dari Dia. Dah dekat 2 minggu tu baru dia muncul.. Tak terkata aku punya lega tu terus ucap syukur betul-betul syukur kat Allah sebab idop lagi dia. Dia cakap dia stranded kat satu pulau sebab hujan dan laut bergelora, bot rosak. Duduk je la kat pulau tu sampai ada bot lain datang selamatkan diorang.

"Mintak maaf buat Syg risau..", berapa kali dia ulang mintak maaf dengan aku.

"Ya Allah Abg.. Syg dah fikir apa.. Pulau tu ada orang ke tak? Cukup makan tak?"

"Ada sayang.. Makanan ada semua. Cuma terputus hubungan je la.."

"Abg pleasela kasi number Syg kat boss abg ke sape ke.. Apa-apa tolongla suruh dorang bagitau Syg.."

"Ya Abg dah bagi dah Syg.."

Tapi ni ilang 2 minggu pun takde sesape bagitau apa-apa. Takkan kalau mati je nauzubillah baru ada orang bagitau aku kot wuwuuuu. 😭 Pastu satu lagi dia ni kalau apa-apa bukan nak bagitau kita. Haritu ada gambar dahi mcm luka terbelah langsung tak cerita apa. Aku tanya nape? Dia cakap manade apa-apa...

So ni baru masuk 6 hari MIA aku rindu sangat tapi takdela level gelabah lagi. Tengok.. Aku dah slowly adapt n immune dengan kehilangan dia hahaha. Terpaksa.

Before dia hilang ni dia bagitau aku dia nak balik jumpa aku.. Dia cakap rindu sangat kat aku. Oh baru rasa betul rindu ke bang? Sobs. 😭 Setahun dua bulan dah tak jumpa dia tau takkkkkkkk. Sabarnya akuuuuuuuu. 😭 Imagine tengok dia depan mata pun dah debar macam apa je. Tatau la kalau betul dia ada depan mata aku ni.. Nanges mau berkali-kali.. πŸ₯ΊπŸ₯Ί

Dia cakap dia nak cakap pasal nikah. Lagila aku rasa nak menanges sendu.

"Kawen time sekarang ni senang Abg.. Syg tak kisah pun kenduri kecik pun takpe yang penting nikah tu."

"Ya Syg.. Abg ada tengok link haritu. Betul, senang."

"Syg nak Abg ada dengan Syg hari-hari."

"Ya Syg.. Abg nak Syg ada hari-hari jugak."

"Abg sayang Syg tak ni?"

"Sangat-sangat sayangkan Syg."

πŸ™‚

Tapi bila aku fikir-fikir balik ni, sekarang nak masuk Malaysia ni bukan ke kena kuarantin 14 hari tu.. Sobs cemana aku nak jumpa dia camtu.. Cuti dia dahla terhad. Takpelahhh. Tengok nanti cemana. Ada jodoh tak ke mana kan?

Yang penting nak dapat sesuatu yang worth it kena banyak sabar dulu..




You know you love me! XOXO,
-Scha