Friday, June 24, 2022

When I Least Expected It

Aku masih tak sempat nak update secara best.

Aku just nak bagitau, aku dah dapat date nikah!

Asalnya plan 2 Julai 2022 tau. Tetiba kakak yang rapat dengan aku, Aju, dapat panggilan haji last minute... Dia dahla orang kuat untuk majlis aku nanti. Dan majlis nanti pun nak buat kat umah dia. So memang dia takde time kenduri aku 23 Julai nanti.. Sedih gila.

So time nikah aku nak sempatkan sebelum dia berangkat 1 Julai nanti.

So semalam, Khamis 23 Jun baru lengkap dokumen nikah aku n baru kakak aku Kak Da tolong submitkan ke pejabat agama. Aku berapa kali ulang mintak Kak Da tolong nego ngan pegawai supaya dapat date nikah cepat. Sebab ikutkan lepas hantar borang tu, processing dalam tempoh 3-4 hari.

Sekaliiiii pegawai tu cakap, "Puan kalau nak nikah esok pun boleh.. Cuma takut tak sempat apply cuti je la.." Wahaha gila btollll, lajusss!! So long story short, dapat la nikah Ahad ni 26 Jun, 3 pm. Fuhhhhh! Auto nervous oiiiiiii!

Aku punyela risau tersangkut sebab dokumen tak cukup itu ini... Kalau isi online form e-munakahat tu macam-macam dia mintak. Sijil nikah mak bapak. Sijil mati datuk. Mana ada dah semua tu. Dorang ckp kena gi JPN la untuk sah kan. Kena gi penguatkuasa sumpah la. Aku try check dengan kawan aku orang JPN, bayangkan la IC baru ayah aku pun takde dalam sistem. IC lama dia je ada dalam rekod. Orang JPN tu cakap, rasanya kalau zaman atok aku ni, masih guna Kad Beras. Haa Kad Beras?? Kau hade? Tak pernah dengar okay. Rasanya kad beras ni orang dulu-dulu ada untuk dapatkan beras agaknya..

So kesimpulannya memang takkan ada dalam rekod JPN la. Sebab ikut IC ayah aku pun, dia lahir tahun 1931. Dah tu atok aku mesti lahir paling kurang tahun 1911 ke kan. Takde rekod dah.. Orang JPN cakap rekod kat JPN yang lengkap banyak yang tahun 1940-an ke atas je. Bawah dari tu banyak rekod tak lengkap termasuk rekod ayah aku.

So, kat pejabat agama, kakak aku Kak Da kena angkat sumpah syarie depan pegawai. Kiranya buat keterangan bersumpah yang keterangan tu semua betul, supaya takde isu akad nikah tak sah nanti. Lepas tu semua urusan lancar je.. Dia kata seram pulak masa memula ikut pegawai tu baca, "wallahi wabillahi watallahi.." Kak Da kata banyak kali dia baca Rabbi Yassir Wa La Tuassir harap takde sangkut apa-apa dokument... Memang mudah urusan semalam.

So aku update sini niatnya partly as a reference untuk future bride yang ada issue sama macam aku. Sebab blog ni aku tengok masih banyak view utk post-post berkaitan perkahwinan. Kalau korang perempuan yang nak nikah dan takde bapak dah, pastu nak abang jadi wali, kena lampirkan sijil mati ayah dan datuk. Kalau sijil mati datuk dah takde jangan risau. Family (adik beradik) boleh angkat sumpah syarie ni.

Pastu dia mintak sijil nikah mak ayah jugak. Time kakak aku dulu, pegawai pejabat agama memang suruh pegi Kuala Terengganu untuk cuba cari rekod perkahwinan mak ayah aku yang dah berapa kurun tu tau. Memang takde la. Sebbaik time aku ni dia tau benda tu dah AGES ago so memang dah takdelaa... So takdela dia paksa soh bagi dokumen apa-apa, just angkat sumpah syarie tu je. Pegi JPN pun takyah. Alhamdulillah dapat pegawai yang memudahkan.

So... Wish me luck Ahad nih! Lusa je ni!! Aku balik Kuantan lepas habis keje harini dengan anak sedara aku. Aku belum bagitau Babah Yam lagi ni. Semua soh bagitau dia siap-siap huhuuu. Aku rasa aku bagitau esok. Tunggu hari dia tak bekerja sebab takut mood dia terganggu pulak kalau hari bekerja. Penat pk nak karang ayat cemana..

So next week status aku dah bertukar! Doakan jodoh aku kali ni sampai syurga please! Takutttt nak hidup dengan lelaki semula kalau ikutkan. Rasa nak lari semua ada ni wahahahaha tolongggg!






You know you love me! XOXO,
-Scha

Monday, June 20, 2022

Sayang Turned Ex

Semalam Izal spam message aku. Dia hantar 67 stickers. Semua stickers marah-marah. Tak pernah-pernah camtu. Datang gila dia la tu. Perangai macam budak-budak main spam-spam pulak.

Dia tak tau aku dah off notification dari dia. Kalau tak, non stop bunyi fon tu tetengah malam tadi. Aku geram aku reply sebaris je pagi tadi - "Ijai gila".

Pastu dia reply.

"Suka hati kata org gila
Mentang-mentang dah nak kawen
Ada bf baru diam-diam
Buat seronok"


"Dah spam msg kot
Memang gila la 5 tahun lebih bercinta taknak kawen
Dah ada orang lain cakap je la.. Bukan orang takleh terima. Ni dia buat diam"


Sapa yang ada orang lain!

"Abglaaa
Nape hilang 5 bulan
Nape tak call
Nape berubah?? Janji nak sampai bila-bila dengan Syg!!
Nak buat jadi spare part je baik takyah"


"Cakap elok-elok sikit ya
Cakap elok sikit"

Sebelum tu dia dok ulang tahniah, tahniah kat aku. Aku geram aku jawab, "Terima kasih ex ku." Pastu dia start main-main sticker marah-marah. Bila aku diam tak reply tu yg dia spam sticker bebanyak. Geram betullaaaaaa!

Itulah perangai Izal. Tak pernah boleh discuss. Bukan nak discuss elok-elok dengan aku. Sampai ke sudah aku tatau apa cite dia hilang 5 bulan tu. So nak tunggu lagi orang macam tu? Dia ingat aku tunggul? Selama ni aku sabar dan setia, dia ingat aku akan selamanya sabar dan setia? Kot tak kerana ko tu hensem dan baik, dah lama aku angkat kaki.

Padahal aku ni bukan jenis tak rasional punya orang. Dah terlebih matang kot bkn macam waktu muda-muda dulu. Aku sedia je nak dengar explanation dia, tapi sampai ke sudah dia buat tak reti. Terlalu bersangka baik pun payah. Ija cakap, "Anda ni dah macam-macam dia buat kat anda pun anda masih nak pikir baik pasal dia." Yelaa selama ni aku sentiasa bagi excuse kat dia sebab memikirkan nature of his job tu. Tambah-tambah masa baru kenal 5 tahun + dulu tu dia ckp dia tak pernah kekal lama dengan girlfriend dia sebab dorang tak paham keje dia.

Aku malu sangat-sangat sebenarnya nak cerita yang Izal buat camni kat aku. Aku ingat nak tinggal terus blog ni haritu. Tapi ada time aku rasa nak kongsi dan meluah kat sini. Itu yang aku update semula. Cemana aku bleh bodoh sangat percaya dia selama ni? Aku ni dah tua la, tak sesuai dah nak heartbroken bagai ni. Banyak sangat red flags I chose to ignore sebab dah sayang sangat.

Skang kat Yam pun walaupun kecik lagi aku selalu dok ulang, "Jangan salah pilih laki dik.. Merana seumur hidup. Bawak sampai ke mati." Sebab dia selalu jadi saksi aku menangis kat dapur, bangun tidur, takde angin takde ribut tetiba menangis, mcm org gila for the first few months tu. In fact lepas setahun ni pon aku rasa tak okay lagi. Sampailah aku kenal bakal suami ni aku rasa barula improve sikit level kewarasan aku tu. Sebab dia baik sangat-sangat kat aku. Dah la encem hihi.

Izal camtula, dengan ego setinggi langit dia tu, dengan tak pernah mintak maafnya, walaupun aku bagi ruang dan peluang sekian lama dah. Eh sakitlah cerita pasal dia ni. Malas nak ingat. Baik aku cite pasal bakal suami tu kan. Nantila aku cite pasal dia..





You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, June 15, 2022

Strangers Again

Lama dah aku janji nak update kan. Tapi tak update-update.

Harini, baru jap tadi aku rasa sedih sangat.

Aku message Izal tadi, "Abang, lepas ni kita tak boleh message dah."
Izal jawab, "Awat? Pasai apa?"
"Sayang dah nak nikah.."
"Whattttt???? Dengan sapa?"
"Dengan orang yang Sayang kenal tahun ni. So lepas ni takdelah Sayang ganggu Abang dah.."

Pastu dia diam sampai sekarang.

******************************************

Aku yang nak kawen kan. Tapi aku yang lebih sedih dalam cerita ini dah kenapa..

Banyak yang dah jadi since dia MIA haritu. Yang pasti aku dah banyak menderita. Nasib baik ada kawan-kawan baik as support system. Allah je la dapat balas jasa dorang kat aku.. Banyak sangat jasa dorang. Kalau tak mau gila dah aku mengadap perangai Izal ni.

Aku dah tak mau tunggu dia. 5 tahun lebih dah. Umur pun bukan makin muda. Dia ada balik Malaysia bulan puasa baru ni. Tapi sayangnya masih takde discuss pasal future kitorang. Aku give up.

So rasanya dah sampai masa untuk aku move on..



You know you love me! XOXO,
-Scha

Friday, April 30, 2021

Still MIA

Izal masih tak muncul. Hari-hari aku doa diberi petunjuk, tapi belum sampai masanya lagi untuk aku tau. Apepon aku harap Allah sentiasa lindungi dia..

Banyak aktiviti perabis duit yang aku buat sejak dia takde ni. I guess I was trying to channel my grief into excitement, though it was always temporary. And i will always ended up missing him more.

Macam sekarang ni aku tengah kat Avani Sepang. Lama dah mengidam nak datang sini tapi sayang duit. Tapi this time memang plan otak seminit, hari Rabu dalam pukul 11 booked, hari Rabu gak checked in huhu. Sebab dia check in pun pukul 3pm.



Happy kejap sebab sampai-sampai je Yam sampai melompat-lompat excited sebab tempat cantek.. Lepas rindu bau angin laut puas-puas..

Pasal Izal, sebab dah lebih 2 bulan dia hilang, aku sampai terpaksa check somewhere untuk tau status dia hidup ke mati.. Dalam tunggu nak tau status tu menggigil sangat rasa. Takut dapat tau yang aku taknak tau.. Tapi so far belum ada rekod kematian.. πŸ˜”

Aku pun dah dapat alamat family dia apa sume. Ni kalau dia tau aku tau ni mesti membebel panjang. Ah biarlah, sape suruh kau tinggal aku takde berita. Habis aku nak buat cemana lagi? Aku fikir kalau dah terlalu lama dia menghilang, dan sempadan negeri dah dibuka semula, aku akan jejak apa-apa yang patut dijejak, sebab I deserved an update on him. And I want a closure at least.. πŸ˜”

Aku tak boleh lama ni, dah dekat waktu nak check out. Aku amek 3D2N kat sini. Tak puas.. Rasa nak tinggal sini je hehe. Maryam belum bangun lagi ni, kata nak gi pool. Until next time..




You know you love me! XOXO,
-Scha


Wednesday, April 7, 2021

Pulang

Lama sangat aku tak menulis. Sejak PKP  haritu la kan. Tak masuk office jadi takdenya aku nak mengadap blogger kat rumah..

Masuk blogger semalam aku tengok views untuk latest post aku 'Di Persimpangan' tu kemain ramai! 10x than normal. Start dari November last year. Kenapa ntah? Sebab blog ni banyak abandoned je kan.

Recently aku dah masuk office everyday semula. Jiwa tengah sesak, itu yang teringat blog ni...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Izal has been gone for 43 days.. No news at all. Sikit lagi dah nak gila aku ni. Tak pernah-pernah dia menghilang lama-lama macam ni. Tak pernah. Dia sentiasa balik pada aku. Kalau dia hilang few days pon aku dah resah.. Ni pulak 43 days. Ya Allah. Aku dah tak tau nak fikir apa. Jenuh dah aku message n call takde balasan nih..

Sakit gila dada ni. Literally. Anytime je bleh menangis. Bila wiken Yam takde dengan aku memang keje aku terbaring dan menangis je. Aku sibukkan diri tapi bila sampai waktu tidur tu waktu yang paling perit aku nak hadap. Ingatan ni pada dia je.. Bangun tido sambung ingat dia. Mimpi pun mimpi bunyi message dari dia.

Allah belum mau kabulkan doa aku. Aku mintak petunjuk keberadaan dia tapi belum tau apa-apa. Bila dah terlalu lama dia menghilang ni aku sangat risau fikir keadaan dia cemana. Aku tak sanggup nak fikir kalau apa-apa jadi pada dia. Kadang fikir sanggup lagi kalau dia ada orang lain daripada apa-apa buruk jadi kat dia. At least aku bleh move on n benci dia.

Ini tak. Dia hilang time masing-masing tengah sayang n rindu sangat. Takde gado langsung. Last before dia menghilang 23 februari tu, baru lepas birthday dia 16 februari. Last dia contact tu, dia bagitau aku dia baru balik dari laut, kaki sakit gila. Dia tunjuk gambar ada kesan calar panjang kat betis dia. Cedera time keje kat laut. Dapat MC 2 hari. Tu lah last aku dengar berita dari dia..

Kalau bkn sbb sempadan tutup ni aku dah pergi balai polis sana cari dia. Aku cuma nak tau apa jadi. Kot kalau dia buat hal tetibe dah kawen ke dah ada org lain ke, biar la aku tau n hadap. Tapi I doubt it sangat-sangat. Sebab kenal dia 4 tahun ni dia bukan jenis camtu..

Dalam kepala aku sepanjang 43 hari ni pk macam-macam kebarangkalian based on cerita-cerita dia sebelum ni.

1. Dia pergi ke laut n stranded kat pulau sebab bot rosak dan tunggu bantuan sampai.
2. Dia masuk hutan dan berselindung di sebalik gunung.
3. Dia ke negara lain dan dapat arahan untuk tutup data kat phone.
4. Phone dia rosak dan kena tunggu government betulkan atau gantikan yang baru, which takes time.

Skang aku harap sangat dia involve dengan satu OPS yang sangat lama, yang waktu stand down OPS tu tak tau bila.. Stand down tu mcm waktu OPS ditamatkan bila keadaan dah betul-betul selamat dan selesai.  Yg pasti OPS tu samada kat laut atau hutan sebab dia tak dapat access phone dia ni. Biasa kalau dia ke laut, phone dia akan tinggalkan kat office sebab manade line kat laut. Aku harap sangat dia menghilang ni sebab kerja. Sebab right before dia menghilang tu, elok aku dengar kat radio, kawalan kat sempadan negara akan lebih diperketatkan.

Teringat apa yang aku sembang dengan dia aritu time dia ada just before dia hilang ni.

"Abg.. Syg mimpi tak bes pasal Abg.."
"Syg Abg mimpi apa?"
"Mimpi tak bes.. Tak elok cite kan.."
"Ala bagitau je la Syg mimpi apa.."
*tukar topik*
"Syg mimpi apa kat Abg.. Ckpla.. Syg mimpi Abg mati ya."
"😭 Ya.. Syg mimpi time tu kat majlis nikah kita dah. Tetiba ada kawan Abg dtg ckp Abg dah takde.."
"Ermm... InsyaAllah takda apa tu.."

Sedih pulak bila ingat semula ni... πŸ˜”

Mintak sangat Allah lindungi dia.. Kalau dia tengah dalam kesusahan aku mohon Allah keluarkan dia dari apa jua kesulitan tu. Kalau dia tengah sakit mintak sangat Allah sembuhkan sakit dia. Mintak Allah panjangkan umur dia dan ada jodoh kami bersama. Aku rasa dia last dah ni.. Kalau tak jadi dengan dia aku rasa aku dah malas nak mula lagi dengan sesiapa. Dah tua.. Mungkin dah tersurat nasib aku sendiri je takde pasangan sampai hujung usia nanti. Jadi aku tak boleh berharap banyak..

Tolonglah doakan Izal selamat.. Aku dah tak tau nak usaha macam mana lagi ni. Apa aku boleh buat cuma tunggu dan sabar je.. πŸ˜”

Kalau ikutkan apala sangat penantian 43 hari aku berbanding penantian 61 tahun Che Tom dari cerita Pulang tu.. Tapi bezanya yang dia tunggu tu suami dia. Aku ni ikatan apa pun takde lagi.. Tapi sekali dah bagi hati dan perasaan tu kat someone, macam ni lah aku ni.. πŸ˜”




You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, October 14, 2020

Di Persimpangan.

So sejak Aidee dah menyandang status duda tu, aku masih rapat dengan dia. Aku cakap aku akan teman dia sampai dia okay. Aku taknak la kejam sangat tinggal terus macam tu je kan. Sebab aku tau siksanya macam mana.

Masa untuk jumpa Izal makin dekat. Izal masih silent treatmentkan aku sampai hari aku nak bertolak ke Hat Yai tu. Menyesal betullah aku bagitau dia sebelum jumpa.. Mana nak tau dia jenis camtu.

Sampai ke hari aku bertolak, hari kedua raya puasa masa tu, Izal masih diam. Aku nih ikutkan memang takde mood nak pergi dah tapi sebab dah janji dengan Yam nak berjalan kan, dan tambah pulak tiket return ETS n hotel semua dah bayar.. Rugi la. Situ je dah abes berapa kan.

Turun dari ETS aku message lagi bagitau Izal, sebab time okay tu dia cakap nak datang ambik aku kat ETS. Tetap nan hado reply dari dia. 

Aidee contact aku macam biasa. Buat-buat macam okay.

"Dia ada contact Mama tak?"

"Takde lagi.."

"Takpela nanti dah habis marah dia akan balik semula kat Mama. Daddy tau.."

So sampai aku dah check in hotel pun Izal masih diam. Maybe dia dah ke laut. Maybe dia sengaja ignore aku. Aku fikir aku ke sana untuk buat Yam happy je lah. Hotel tu ada indoor pool, Yam happyla kan dok ulang ke pool. Tapi keje aku menanges je la.


Time kecik Yam selalu tido camni kalau sejuk sangat.. Terhibur Mama walaupun tengah sedih. πŸ˜†


Ni coklat yang aku beli kat mall dalam Hat Yai untuk Ija..
Dalam sedih tetap jenjalan n shoppinggggg.
🀭


Buah tangan untuk Abiang πŸ₯Ί

Aidee masih video call teman aku. Dia sentiasa apdet cerita aku. Dia cakap jangan la sedih, jangan la nangis. Sabar je dia mengadap perangai aku yang rindukan orang lain time tu. Aku tak give up. Hari-hari aku message memujuk Izal.

"Abang, Abg datangla jumpa Syg.. Syg bawak macam-macam untuk Abg ni. Ada lemang periuk kera yg Syg tempah. Biskut makmur yang Syg buat sendiri. Sambal hitam Pahang yang Syg buat jual tu pun Syg ada bwk. Pastu ada ikan patin tempoyak frozen yang Abg suka tu..", 😭 Langsung tak jalan.

Dah few days kat situ, dah dekat time nak balik, aku tak putus-putus lagi message dia. Dapat jumpa dia sekejap pun jadi la kan... Tapi last-last aku dapat message camni dari Izal.

"Syg baliklah. Baliklah pada dia. Abg lepaskan Syg.", fuh tudia dah jatuhkan hukuman kat aku. Sebbaikla belum kawen. Kalau tak skrip tu mesti berbunyi, Abg lepaskan Syg dengan talak satu wuwuuu. 😭

Ya Allah memang gugur rasa jantung aku time tu. Air mata menderu-deru keluar. Sesenang je dia nak lepaskan aku kan? Aku datang dari jauh ni habiskan masa, duit, tenaga untuk jumpa dia. Kalau dah benci sangat pun tak boleh ke jumpa aku kejap at least kan. Sakit betul rasa hati. Macam-macam aku cakap kat dia masa tu. Macam biasala Izal reply sepatah dua kata je.

"Abg dah taknak kacau orang punya. Syg baliklah. Jaga diri baik-baik."


Di bawah langit yang sama tapi kau tiada..

Yang geramnya sebab dia ni tak pepasal nak menjauhkan diri padahal aku cuma cakap Aidee bercerai je, bukan aku kata aku nak balik kat Aidee pun. Izal ni overthink n assumed worst case, tu yang aku rasa, dia rasa dia tewas sebab dia tau, selama ni issue aku dengan Aidee cuma sebab Aidee dah kawen je. So bila Aidee dah single, Izal rasa dia dah takde advantage over Aidee. Dan konon nak mengundur diri siap-siap. Eeeeee.

Bila time aku dah nak balik Malaysia, Aidee happy. Dia rasa dia dah menang.

"Daddy tunggu Mama kat border ya? Daddy nak ambik Mama."

"Tak payahla.. kan Mama dah ambik tiket ETS.."

"Tak payah naik. Daddy nak ambik Mama."

Tapi sampai masanya,  kereta dia breakdown pulak on the way ke utara dari Kuantan tu.. Tak silap kat area Perak dah jadi dia akan lambat sampai ke border. Aku malas nak tunggu so aku naik je la ETS. Pastu bila kereta dia dah ok, dia still insist nak ambik aku, so dia teruskan perjalanan dan dia mintak aku turun kat Ipoh. Dia akan tunggu kat station sana.


Aidee hantar gambar ni dari luar train station kat Ipoh kat aku sebelum aku sampai.

Bila aku dah turun kat stesen Ipoh tu, Aidee dah sedia tunggu aku n Yam kat situ. Happy sangat muka dia tengok muka aku. Dia ckp dia siap cerita kat sepasang laki bini kat station tadi, yang dia tengah tunggu isteri dia sampai. Lain betul Aidee time tu. Biasa aku je yang slalu terhegeh kat dia, time tu segalanya untukku lah. Macam tak betul pun ada dia.. Sampai sanggup drive jauh-jauh. Dan selalunya segalanya rahsia bila membabitkan aku. Tapi bila dah jadi camni, dia barula excited nak cerita kat orang sana-sini pasal aku..

Kitorang pergi makan kat taman kanak-kanak kat tetengah Ipoh, happy jap dapat ais jagung favourite kat situ. Rasa dia masih sama macam time aku pergi situ during uni days some 10+ years ago. Aidee pretend macam semua masih sama antara kitorang. Padahal aku dengan jiwa rabaknya mengenangkan Izal tu, memang takde mood nak apa-apa la.

Bila dah sampai KL tu dia tak terus balik. Dia hantar aku n Yam balik rumah then dia cari hotel area Shah Alam. Aku tau dia betul sayangkan aku sebab kalau tak jangan harap dia nak tinggalkan biz dia kat Kuantan macam tu je. Dia memang sangat susah nak ambik cuti, time is money gittew. Lepastu kitorang ada berjumpa lagi, dia sambung pujuk aku untuk kahwin dengan dia.

"Dulu cakap tak boleh hilang anak, macam la Mama ni takde anak. Pastu cakap tak boleh tinggal mak mertua macam tu je la, sebab kesian kalau dia tinggal berdua je dengan Mummy bila Daddy tak ada nanti, sebab Mummy selalu kasar dengan Mak dia sendiri."

"Pastu cakap ada loan atas nama Mummy, jadi dah cerai apa masalahnya? Teruskan je la bayar loan tu apa yang susah? Macam-macam alasan tak berapa nak logik. Sampai bila Mama nak kena mengalah je?
"

"Bila Mama tanya Daddy, Daddy taknak bahagia ke? Daddy cakap biarlah Daddy berkorban tak bahagia asal orang lain bahagia. Pastu siap ckp ada problem dengan business la, boleh masuk penjara la, tak boleh kawen dengan Mama."

"Sekarang ni, tetiba dah boleh pulak nak kawen ngan Mama, kenapa? Siap lepaskan Mummy lagi. Dah tak risau hilang anak ke?
", berdas-das tembakan aku lepaskan kat Aidee. Memang luah je semua sebab aku dah tak risau dia tinggalkan aku ke apa. Sebab aku dah taknak dia masa tu. Sebelum ni aku banyak pendam semua dan mengalah je sebab Aidee dominant dlm relationship tu, jadi aku tak berani nak cakap apa sangat, takut kena tinggal.

"Taknak dah.. Sekarang Daddy pulak nak bahagia. Dah tak kisah hilang anak ke apa, janji Mama ada.. Tak boleh hilang Mama. Lagipun Daddy tetap ayah dorang. Mummy tak boleh halang Daddy nak jumpa dorang pun."

"Haa tau pun, semua tu ada jalan kalau kita betul-betul nak. Tapi mulut tu dok kasi alasan. Kawen dengan Mama bukan buatkan Daddy hilang anak. Mama sampai sanggup bermadu kot dulu sebab sayang sangat dah."

"Bukan la kejam sangat sampai nak pisahkan anak beranak. Tak pernah suruh pun tinggal Mummy. Tapi Daddy sendiri cakap hubungan dengan dia dah teruk sangat, dah almost nak bercerai dulu kan, siap kena jerit selalu, siap gado baling barang, jadi kenapa nak stay lagi dalam relationship yang macam tu?"

"Mama tunggu-tunggu kita tetap tak kahwin jugak, nak tunggu berapa lama lagi?? Umur bukan makin muda. Bila dah terlambat camni baru nak bagi apa orang nak, susahla..
", panjang lebar aku lepaskan perasaan kat dia.

"Ya Mama... Salah Daddy. Daddy tak pernah terfikir Mama akan tinggalkan Daddy.."

"Tula silap laki, suka sangat take for granted mentangla nampak kita ni dah gila sangat kat dia. Geram tau tak. Dah camni, eh boleh pulak kawen, siap lepaskan dia lagi."

"Daddy tak boleh hilang Mama.. Mama semangat Daddy."

"Yelah yang bagi semangat kat Daddy, Mama. Yang dapat nafkah Mummy. Dia tak payah buat apa pon cuma memarah je dia tau, untunglah. Abes Mama dapat apa? Apa posisi Mama? Macam perempuan simpanan je. Banyak kali kan dah cakap sebelum ni tapi Daddy ignore."

"Ye Daddy salah... Manade Mama camtu. Tak pernah anggap macam tu. Daddy tak boleh lupa Mama berkorban banyak untuk Daddy, ulang-alik KL-Kuantan banyak pakai duit, tenaga Mama lagi. Sorang-sorang drive malam-malam."

"Teringat kadang tetiba Mama muncul kat depan bengkel tunggu Daddy. Mama pulak jenis tak berkira tak macam Mummy. Takde perempuan lagi pernah sayang Daddy sampai macam tu Ma.
", time dia cakap ni memang bergenang la mata aku. Sedar rupanya dia, ingatkan tak sedar.

"Tau punnn.. Tapi orang sampai pukul awak kan aritu?"

"Awak pukul saya tu sebab awak sangat sayangkan saya..", tudia siap backing aku huhu.

Pastu Aidee cerita, Mak dan family dia dah tau pasal aku.. Sebab lepas cerai tu Mummy terus contact family Aidee n tunjuk profile pic wassap aku kat diorang. Kat Zura pekerja Aidee pun Mummy tunjuk gambar aku dan tanya kenal tak? Zura cakap tak kenal padahal kenal huhu. Tuhla kan, bila jadi camni, lagi senang nak salahkan orang ketiga dari admit salah tu bermula dari diri sendiri. Takkan berlaku punya. Mummy tu boleh je contact aku direct, dia pernah ada number aku, tapi takde pulak dia cari aku. Sibuk nak burukkan Aidee pulak dekat family dia.

Time ni la baru Aidee ckp nak bawak aku jumpa mak dia la, family dia la, walhal sebelum ni sekali pun dia tak pernah cakap pasal ni. Aku je yang dok urge untuk kahwin. Sakit tau ati.. Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya Allah makbulkan semua doa aku time aku dah tak berkehendak cam dulu dah? Apa hikmahnya?

"Susah dah bila masuk hal family ni. Sure pandangan dorang pada Mama pun dah tak best."

"Takdela.. Dorang pun bukannya okay mana pun dengan Mummy dulu. Dorang risau nasib anak-anak Daddy je.."

"Boleh ke agaknya Ma terima orang? Mesti Ma sayang orang kan sebab orang pandai dengan orang tua.. Hihi.", sempat lagi aku syok sendiri berangan dengan impian tak kesampaian satu masa dulu.

"Mesti sayang sangat. Lebih dari sayang kat anak dia ni..", Aidee layan je la aku berangan.

Pastu dia urge aku untuk tunjuk gambar Izal. Sebelum ni pun dia banyak kali mintak nak tengok tapi aku tak layan. Hari tu dia insist sangat, jadi aku bukak fon aku, aku tunjuk la kat dia. Ofkosla tunjuk gambar paling hensem.

"Ya Allah Ma... Hensem sangat ni. Dengan tingginya, besarnya, putihnya.."

"Manade dia putih. Biasa je la."

"Daddy tak bolehla macam ni.. Bak number dia. Daddy nak call dia."

"Daddy nak cakap apa? Tak payahhhhhh."

"Daddy nak cakap elok-elok kat dia, Mama ni Daddy yang punya. Jangan kacau lagi."

Pastu bila dia dah balik Kuantan dia ada message aku lagi.

"Mama janganla contact dia lagi. Dia hensem. Daddy jeles.."

Fuh kalau korang kenalla Aidee sebelum tu macam yang aku kenal, memang berubah habis perangai dia dari seego-ego lelaki kepada someone yang insecure sangat. Siap boleh pulak keluar ayat jiwang cakap aku ni permaisuri hidup dia blabla. Sebelum tu jangan harap la dia nak kasi ayat berbunga-bunga kat aku, nak cakap i love you pun payah, macamkan kawen paksa pulak aku ngan dia ni..


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Hari-hari seterusnya aku macam masih tak boleh move on dari Izal. Kuat perasaan kat dia berbanding dekat Aidee. Time aku dah yakin aku sayangkan dia, dia pulak pergi dari hidup aku. Ija cakap, "Ai rasa sebenarnya anda memang ditakdirkan dengan Aidee, tapi Izal dah curi sebahagian hati anda.", hehe abaikanla ayat jiwang-jiwang torsobut ya. Tapi aku macam, eh yela itula yang aku rasa.

Dalam 1, 2 minggu Izal diam ngan aku tu, aku masih gigih bombard dia ngan messages walaupun tak berbalas. Ada la dia reply tapi sepatah dua je tu pun lepas aku cakap baik2 tak jalan, then aku provoke macam, "Abg mungkir janji. Allah Maha Adil. Nanti Abg ada anak perempuan dan dia lalu apa Syg lalu ni, baru Abg faham apa Syg rasa."

"Tak mungkir. Nak sangat kawen aritu kan? Pergilah kat dia.", fuh urut dada je dengan dia ni.. Tu la style dia kalau tengah marah, memang takde sebut kata ganti nama apa-apa. Eleh ingat dia je tau marahhhhh?

Dalam tempoh separation dengan Izal tu, aku ada jugak balik Kuantan jumpa Aidee sesambil balik kampung tu. Tapi Aidee dpt rasa la walaupun physically aku kat depan dia, tapi hati n perasaan aku melayang nun jauh ke Siam sana. Dia cakap takpela asalkan Mama ada ngan Daddy. Aku kan masa tu mcm bengong-bengong sikit sebab ala2 putus ngan Izal, jadi aku tak pk sangat pun pasal perasaan Aidee.

Masuk minggu ke tiga aku macam tu, aku noticed Aidee dah sedikit give up. Dia cakap dia rasa tak boleh macam ni bila hati dan perasaan aku obviously kat lain. Dia call phone aku dedepan aku masa aku letak fon atas meja, dia nampak yang keluar nama 'Aidee' bukan 'Daddy'. Dia terus jadi tak tentu arah. Dia tanya aku panggil Izal apa. Aku tak jawab. Dia macam tak boleh bersabar dah dengan aku..

"Tengok, nama pun Mama dah tukar. Daddy pun nak tukarla macam ni, Sya***** binti ***.", dia cakap sambil tukar nama aku kat phone dia. Huh.

Masuk minggu ke 4 tu aku dah mcm penat nak mujuk Izal, dah rasa sikit menyampah, aku fikir ko taknak aku sudahla, penatlah, so aku stop message dia for few days. Aku fikir, mungkin aku patut balik pada Aidee. Tapi, takkan sebulan aku dah give up dengan Izal? Kalau betul sayang Izal, takkan sebulan je dia takde aku dah kena cari laki lain? Dalam masa yang sama, Aidee macam makin give up dah dengan aku. Dia cakap dia rasa makin tak sabar.

Pastu, elok je genap sebulan Izal diam dengan aku, lepas 3, 4 hari yang aku diam tak message dia tu, tetiba dia message, "Selamat malam." Rindu aku lettew. Laki ni memang suka orang ignore dia kan? Hegeh2 dia takmau. πŸ™„
 
Aku yang konon-konon dah kuat ni dah tercair semula. Ceh konon kuatla aku sangat kannn. Rasa ada harapan. Aku jawab message dia macam-macam tapi dia diam balik. Ya Allah sabarnya aku ngan dia sorang ni kan dah kenapaaaaa kena mandrem keeeeee. Aku mula fikir malas nak pening ngan Izal dah, baik aku pilih orang yang bebetul sayangkan aku je kan senang? Aku dah pernah sayangkan Aidee, maybe aku boleh cuba sayang dia semula. Memang fasa al-konfius sangatla masa ni mikir masa depan dengan siapa..

Time ni pulak Aidee mcm dah dapat kekuatan. Dia cakap dah sebulan dia usaha macam-macam untuk pujuk aku tapi aku tetap macam tu. Aku balik Kuantan jumpa dia, muka dia masam dan macam taknak tengok muka aku pun. Time tu birthday dia. Kitorang makan sama dalam suasana yang tensed sangat.

"Dia ada contact Mama ke belum?"

"Ya dah ada."

"Hmm.. Abes Mama reply tak?"

"Reply."

"Mama kena cakap kat dia kalau Mama dah taknak kat dia. Jangan terus message dia."

"Ya Daddy, jangan risau Mama boleh handle sendiri benda ni."

"Kalau Mama nak kat Daddy, Mama kena lupakan dia."

"Daddy kena bagi masa, benda ambik masa kot. Takkan tetiba hati tu boleh ubah, kejap sayang orang ni, kejap sayang orang tu pulak."

"Logik tau tak, kalau one day nanti kedudukan kita ni bertukar.. Mama pulak kat tempat Daddy. Mama pulak rasa macam Daddy.", Aidee mula lepas geram. Fuh ayat ni aku ingat sampai sekarang. Sebab sakit hati mengenangkan dia ni seorang pendendam sangat. Tapi dia lupa, aku dah terlebih dahulu melalui apa yang dia tengah lalui ni, jadi sebenarnya roda tu dah berputar dah.. Dia lupa rasa sakit hati aku bila dia betray aku bila dia tido dengan wife dia dulu..

"Tau tak kalau dengan lelaki lain ni, mau dah kena penendang kot Mama.", Aidee sambung. Ewahhhh dia nak cakap apa? Kalau boleh dia nak je tendang aku ke apa?

"Benda ambik masa bukan boleh lupa camtu je. Silap-silap sampai bebila pun tak boleh lupa dia tau tak??", aku dah mula tertinggi suara sebab marah.

"Hmm..", Aidee terdiam.

Start dari situ aku dapat rasa Aidee dah decide nak give up. Mas pun cakap, dia rasa Aidee mula give up sebab ayat aku tu. Dah nak buat cemana, hati perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Jadi korang, kalau perempuan tengah sayang sangat kat korang tu tolongla jangan buat dia tawar hati dengan korang. Sebab once dah tawar hati memang dah susah, susah sangat dah nak balik pada keadaan asal..

So since then Aidee start jarakkan diri dari aku. Birthday aku 4 hari lepas birthday dia, berlalu macam tu je.. Padahal masa memujuk aku dalam fasa dia mcm tengah tak betul tu, dia cakap dia teringin nak meraikan birthday aku betul-betul. Nak candlelight dinner, pastu nak orang datang main violin kat sebelah aku. Hihi kelakar pulak bila ingat dia punya angan-angan tu.

Aku, bila Aidee dah jarakkan diri tu mmg sangat terasa la, perasaannya macam bestfriend kita nak tinggalkan kita. Izal time tu masih mengada-ngada muncul sekali-sekala gitu je konon hati masih terluka a.k.a. nak mengajar aku la gitu. Memang geram ngan dia time tu. Tapi aku dah nak kat dia kan, sape suruh.

Sampaila tak lama pastu, Aidee message, "Macam mana kalau Daddy cakap, Daddy dah ada pengganti?"

Haa tu dia plot twist. Hilang segala kesian dan tak sampai hati yang membelenggu diri aku selama ni kat dia. Takdela sayang mana pun dia kat aku selama ni pun kan.. Secepat tu dapat pengganti. Yang geramnya sebab, dia give up tu bila aku baru nak cuba untuk start all over dengan dia semula. Macam sengaja nak balas dendam. Dan buat aku fikir, dia usaha selama ni semata-mata nak menang je dan taknak ditinggalkan, bukan sebab nakkan aku sangat.. Kalau dia yang meninggalkan takpe, gittew.. Padahal dia boleh je dapat kot kalau dia bersabar sikit lagi, sebab dia dekat, n Izal  jauh dari aku. Biasanya yang dekat yang akan menang kan.

Tapi tu lah.. Dah kalau bukan jodoh kot.. πŸ˜ͺ




You know you love me! XOXO,
-Scha

Thursday, October 1, 2020

Ne Me Quitte Pas..

"Mama, Daddy ni.."

"Ya Allah! Apa Daddy buat pagi-pagi kat sini?", aku tanya bila aku dah bukak pintu. Rumah aku ni gate memang tak berkunci, bell kat luar gate pun rosak. Jadi memang kena masuk sampai ke pintu rumah kalau nak panggil.

Aku tengok muka dan rambut Aidee time tu kusut sangat.

"Daddy kenapa ni??", tanya aku kat muka pintu, risau.

"Daddy dah lepaskan dia. Daddy cakap, saya dah lama tak tahan dengan awak. Saya ceraikan awak dengan talak satu. Pastu Daddy terus keluar rumah, datang ke sini."

"Allah!",  terduduk terus aku. Aku rasa lembik, walaupun bukan aku yang diceraikan. Dunia rasa berpusing sekejap. Aku terkedu. Aidee masa ckp tu volume dia tinggi dari biasa. Dia nampak macam tak betul time tu frankly. Aku rasa dia sendiri terkejut dengan tindakan dia, tu yang dia jadi hilang kawal macam tu. Aidee pun terduduk kat depan pintu umah...

Beberapa minit kitorang terdiam kat situ. Aku rasa percaya tak percaya. Aku tak tau nak tanya apa. Kenapa semua ni jadi bila hati aku dah berubah? Kenapa lelaki suka buat sesuatu bila dah terlambat sangat?

Bila aku dah ok sikit, aku bangun dan pegang lengan Aidee, ajak dia masuk ke kereta dia. Baru aku tanya dia secara detail apa yang dah jadi.

"Habis Mummy macam mana?"

"Tak tau. Takde contact lagi."

"Reaksi dia time tu cemana?"

"Tak tengok muka pun. Daddy tunduk je. Lepas lafaz tu Daddy terus keluar rumah bawak barang-barang sikit."

Susah nak describe cemana perasaan aku time tu. Benda ni datang time aku dah tak harapkan Aidee lagi. Dia tau peluang aku dan dia makin tipis, sebab tu la dia sanggup risk it all untuk aku. Dia amek biggest risk untuk aku. Walaupun aku dari dulu tak pernah mintak pun dia lepaskan isteri dia. Dia nak cerai ke apa ke biarlah sebab masing-masing bukan sebab aku. Cuma dari awal aku dah cakap kat dia, aku memang taknak share, so kalau ko nak serious dengan aku, ko kena pk la sesiap kan. Tapi dia kan 'politician', dia buat aku yakin yg aku takkan kongsi dia dengan sesiapa. Tapi dia takdela tahap berjanji nak lepaskan isteri dia kan, nanti jadi taklik pulak.

Benda ni sangat-sangat unpredictable. Lari daripada apa yg aku bayangkan. Sebab Aidee kan jenis keras hati, dia sangat tahan tekanan. Walau cemana pun aku gertak or ugut selama ni, nak putus ke apa, memang tak jalan. Sampaila aku dah ada orang lain, hah barula nak ambik tindakan itu ini. Haih benda bukan jodoh kot? Itu yang berliku betul perjalanan..

Memang aku salahkan diri partly bila teringat aku dah berapa kali ulang cakap kat Aidee, aku takkan pandang dia selagi dia suami orang. Tipula kalau tak rasa bersalah. Tapi tu la.. Unsangkarable betul dia ambik tindakan ni time dia tau aku dah sayangkan orang lain.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sejak Aidee dah membujang semula ni, lagila kerap dia call aku kan. Sebab malam-malam dia dah sendiri kan. Dulu time malam time dia dah balik rumah, kitorang memang tak contact each other dah. Faham-faham sendiri. Bukan takut kat bini tapi tak perlula create problem kan dan biarlah wife dia tau bila dah sampai masanya nanti.

Aidee tak menyewa kat mana-mana. Dia bawak kain baju dia ke office dia, dan stay situ. Time wife dia pergi kerja, dia singgah balik rumah ambik sikit demi sikit barang dia. Ada sekali tu wife dia dah siap longgokkan baju-baju dia dalam plastik sampah kat luar rumah.

Time ni la baru dia rasa perasaan terkontang-kanting sendiri tu macam mana. Allah Maha Adil, dia bagi kita rasa sikit sorang. Berapa lama aku sendiri sementara nak tunggu Aidee tunaikan janji tu, sekarang dia lalui sendiri apa yang pernah aku lalui dulu. Tau pun rasa sunyi tu cemana.

Bila Aidee dah letak barang-barang kat office dia tu, Zura pun mula perasan la kan ada benda yang tak kena dan maybe boleh agak apa yang jadi walaupun Aidee tak cerita. Atau mungkin Aidee ada cerita tapi tak sepenuhnya. Yang pasti Zura tau pasal aku. Sebab dulu time aku masih okay dengan Aidee, ada la aku singgah bengkel dia bawakkan Aidee itu ini. Aidee cakap Zura ni macam kawan lelaki dia, memang kalau gurau pun gurau kasar la macam dengan kawan lelaki.

Bila Aidee nampak merana semacam je bila dah membujang dan dengan mengadap aku yang dah berubah hati ni, Zura baik gila, she looked after Aidee. Kadang dia potong buah siap2 letak dalam fridge office sebelum balik rumah, dan tinggalkan nota kat Aidee, "Nanti jangan lupa makan buah yang saya letak dalam peti tu tau." Pastu the other day Zura tinggalkan Aidee laptop personal dia, kot Aidee nak layan movie malam-malam takdela bosan kan. Mula-mula tu, dia nampak Aidee serba tak cukup barang kat office, dia siap bawakkan toto dari rumah dia ke office untuk Aidee tido beralas... πŸ˜ͺ

Haih macam aku pulak yang kejam dalam cerita ini kan.. πŸ˜ͺ

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Abang, nanti dah sampai sana Syg nak cerita something kat Abang.", aku message Izal one fine day tu.

"Cerita apa?"

"Ada la.. Nanti time jumpala, Syg nak cakap depan-depan, dah tak lama kan. "

"No, cerita sekarang."

Lepas tu aku pun cerita la apa yang dah jadi dengan Aidee. Sebab aku dengan Aidee mmg jenis communicate semua benda. So aku ingatkan Izal macam tu. Tapi rupanya dengan Izal ni tak boleh cerita semua benda.. Sampai sekarang aku regret giler cerita kat Izal, sebab apparently time tu aku belum cukup kenal betul-betul Izal ni orangnya cemana.. πŸ₯ΊπŸ˜Ÿ

"Abg... Ex sayang.. Dia dah lepaskan wife dia.."

"Hah?? Elokla tu sampai bercerai sebab nak kat Syg kan?? Sanggup tinggal anak-anak lagi kan??"

"Tak tau.. Dia dah tau Syg ada Abg.. Sebab tu la dia amek tindakan macam tu agaknya.."

"Syg contact dia lagi kan?? Abg dah cakap berapa kali jangan contact kan??"

"Mintak maaf Abg.. Dia yang contact Syg.."

Pastu ada lah lagi yang dia bising-bising. Izal sangat tak suka benda-benda camni, bagi dia kalau dah putus, mana boleh contact lagi. Bagi aku pulak, benda camni kena lepas slow-slow bukan abruptly. Agaknye dia belum abes trauma dengan ex dia yang tinggalkan dia sebab bercinta dengan coursemate dulu. Dan orang yang jenis setia ni, kalau dia boleh tak contact langsung dah dengan ex dia, kenapa kita takleh jadi macam dia kan? Jadi memang dia akan expect something similar dari pasangan dia. Huu lesson learned the hard way..

Dan lepas tu bermulalah episod Izal silent treatmentkan aku selama SEBULAN sejak kes ni. Rasa traumanya sampai sekarang! 😭😭




You know you love me! XOXO,
-Scha

The Taste of His Own Medicine.

System kat office aku dah masuk minggu ke-3 down ni. Gila tak gila. Dah pecah rekod ni, lama gila. Boleh kata goyang kaki sangat la aku dalam tempoh 2 minggu lebih ni sebab memang tak boleh buat keje apa kalau system down.. Tu yang aku rajin apdet blog ni.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aidee mula perasan aku berubah bila aku dah jarang balik Kuantan. Sampai satu hari dia cakap kat aku, "Kalau sayang Daddy, Daddy nak Mama balik Kuantan sebab Daddy. Bukan sebab nak jumpa family, bukan sebab ada hal lain.", tudiaa dia punya arahan. Tapi masa tu hati aku dah berubah sangat dah. Memang aku ingkar la.

Tapi ada la sekali tu aku balik mengundi kat Kuantan. Dalam 3 hari duduk Kuantan tapi hari last nak balik KL tu baru aku singgah bengkel dia nak jumpa sekejap. Memang dia sentap la.. "Tiga hari duduk Kuantan tapi dah nak balik KL baru nak jumpa? Hmmph." Aku buat tak reti je la.

Lepas tu ada satu masa tu dia ada keje sikit kat KL, dia yang datang jumpa aku. Tapi dia perasan aku dah tak sehappy dulu bila jumpa dia. Tak clingy macam biasa. Bila dia dah nak gerak balik Kuantan tu, dia tanya aku, "Mama dah ada orang lain ke?"

Aku cuma geleng kepala dan tak explain apa-apa.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Lepas dari tu aku jarakkan diri dari dia. Daripada sembang on the phone setiap hari, tiba-tiba dia diam lamaaaa tak call aku langsung. Aku pulak takdela call dia sebab memang biasanya dia je yang call aku. Aku anggap dia ambik peluang ni untuk putus dengan aku dan pilih family dia. Aku pun memang patut putus terus dengan dia pun kan sebab aku dah ada Izal. Walaupun time tu aku rasa sakit sangat...

"Mama dah lupa Daddy?", tetiba one day masuk wassap dari dia after 2 weeks.

"Tak lupa sampai bila-bila.."

"Mama dah ada orang lain kan?"

"Terpaksa terima orang lain. Daddy dah pilih family Daddy."

"Ok Mama."

"πŸ˜ͺπŸ˜ͺ"

"Mama ok ke dengan dia?"

"Tak macam dengan Daddy. Janji dia sayang Mama dan tak kongsi dia dengan orang lain takpelah.."

"Ok Mama. Semoga berbahagia."

"Moga Daddy bahagia dengan Mummy jugak."

"Mama happy la sikit sebab dah ada orang lain ye πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰."

"Terpaksa happy, takkan sedih je dah 2 tahun tunggu Daddy tunaikan janji."

"Sian Mama. Sorry ye Mama."

"Moga somehow jumpa bahagia dengan Mummy. Cemana Daddy pikir untuk anak2 Daddy, camtu gak Mama pikir untuk anak Mama."

"Mama couple dengan yang Mama citer hari tu ke?", dia tanya aku merujuk cerita pasal Izal yang aku pernah cerita sebelum ni kat dia. Aku cakap kawan lama aku yang dah duda, contact aku semula dan ajak aku bercinta lepas kawen.Aku malas nak bagitau aku kenal Izal online. Aku just cakap Izal tu junior aku masa study kat Aussie. Tapi memang betul pun Izal dok ajak kawen time tu.

Time tu Aidee reply, "Mama macam dah consider nak pilih dia. Pergi je la kat dia.", once  again dia tunjuk yang dia boleh hilang aku. Aku padahal time tu just nak tengok reaction dia. Macam kasi warning la kat dia tapi itu yang aku dapat. Sepanjang relationship dengan dia tu aku slalu sangat rasa terhegeh-hegeh dengan dia.. Dia apedehal.

"Ye."

"Daddy dah agak. Takpela Mama. Mana-mana pun tak kisah asal Mama rasa okay."

"Tau Daddy tak kisah pun. Orang bercinta nak kawen. Daddy bercinta nak seronok je.", ayat aku dah mula panas.

"Semua salah Daddy. Daddy mintak maaf ye Mama."

Nampak tak cara dia reply macam eksyen-eksyen je nak kata dia cool aje tanpa aku. Sarkastik. Berbulu je aku time tu. Towards the end tu dah mula panas hati aku. Kan aku dah kata, dia ni tak heran pun aku ada ke tidak dalam life dia..

Tapi dalam sejam lepas message kat atas ni, Aidee message aku.
"Daddy otw ke Shah Alam."

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

So aku ingat dia tak kisah kan. Tapi rupanya lepas tau pasal tu, dia betul-betul hilang arah. Mungkin awal tu dia terkejut dan tak sangka sangat, tu yang ayat dia eksyen semacam. Dia berubah 180 degrees terus right after. Dia jadi macam segalanya yang aku nak dia jadi. Aku jadi confuse gila.

Tak lama lepas dia ckp on the way ke Shah Alam tu, malam tu dia sampai. Tapi dia tak pergi terus kat aku, dia pusing-pusing kat bandar Shah Alam dulu. Park kereta dia tepi tasik dan baring dalam kereta, berfikir pasal kitorang. Pastu dia message aku bagitau dia dah sampai. Aku ingatkan dia ada kerja kat sini. Rupanya dia jadi blur gila tak boleh buat keje dah, dia terus start kete, yang dia tau, dia nak ke Shah Alam. Padahal dia ni sejenis berkira sangat dengan masa dia, manjang pikir business je..

"Datang sini ada keje ke?"

"Tak, rindu Mama. Cari Mama tapi Mama takde.."

"😭"

"Tapi Mama ada orang lain, dah tak sayang Daddy.."

Aku jadi sedih. Aidee ke ni? Aidee biasa jenis hati kering, cakap ailebiu ke rindu ke memang susah sangat la. Aku mintak dia datang ambik aku then keluar makan dekat area rumah aku je.

"Daddy dah kat gate. Tengok gate pun dah hilang rasa rindu.", dia message aku. Lain giler Aidee.. Dia bukan jenis man of words patutnya, dia man of action. Tapi ni dia dah berubah lain macam.

"Terima kasih sebab sudi luang masa keluar makan dengan Daddy tadi. Ada rezeki kita jumpa lagi.", dia wassap lepas dia dah hantar aku balik.

Ada satu hari yang lain pulak, dia tetiba cakap dia dah kat luar office aku. Aku turun pergi ke kereta dia. Dia dah berdiri tunggu luar kereta. Tanjat gua tengok rambut dia rapi siap bergel dan kemas dipotong. Pakai baju pun smart-smart je. Sebelum ni dia jenis tak bersiap, pakai tshirt n jeans biasa je. Rambut dia plak, entah berapa kali dah aku tego aku tak suka tgk rambut dia kalau dibiar panjang tak elok. Ikhlas tak elok.. Haa. Tapi dia prasan hensem nak simpan rambut panjang. πŸ™„ Tapi tetiba time tu helok pla dia potong rambut pendek kemas ikut taste aku. Baru nak dengar cakap aku kan. Pakai pun kemeja berkolar kemas je jumpa aku time tu huhu. Tak pernah-pernah camtu..

"Mama dah kurus..", dia tegur aku bila aku masuk kereta after a while gak kitorang tak bersua. Tapi later dia guna point ni, dia pernah ckp kat aku, "Mama lupa diri bila dah kurus..." Aku macam, ko dah kenapaaa. 🀦‍♀️ Baru lost weight sikit je nak lupa diri buat apa..

Pastu dia bawak aku gi makan-makan n pastu kitorang sembang-sembang dalam kereta.

"Bak IC Mama, kita kawen. Daddy dah tau kat mana kita boleh kawen tanpa pergi sempadan. Daddy dah tanya kawan. Ada tempat kat Terengganu. Dah tau pakej apa semua..", Aidee cakap sambil bersungguh nak dapatkan wallet dari tangan aku sebab nak ambik IC. Naik seram pulak aku tengok dia desperate camtu.

"Aik nape tetiba ni?"

"Yelah nak kawen dengan Mama la...", dia jawab. Ceh selama ni 18 ribu kali aku ajak kawen, ada je alasan dia...

"Hmm.. Susahla Daddy.."

"Nape susah? Mama kan dah lama ajak Daddy kawen kan?"

"Memangla, tapi tu dulu.. Sekarang Mama tak nak dah. Mama tamak n cemburu teruk. Memang tak nak hidup kena share suami dengan orang lain sebenarnya. Dulu konon terlalu sayang sampai sanggup bermadu.."

"Memanglah dengan dia tak terlalu serasi macam dengan Daddy.. Tapi at least dia single tak perlu nak share2."

"Mama takkan pandang Daddy, selagi Daddy masih suami orang.. "

Aku saje cakap camtu sebab tau dia takkan lepaskan wife dia kan. Takkan aku nak bagitau hati aku dah betul-betul berubah untuk Izal kan? Nanti lagi sakit pulak dia. Dah lama sangat aku tunggu nak kawen dengan dia sampai bertahun pun tak settle lagi. Aku dah penat menunggu.. Dengan 1001 insecurities lagi aku nak hadap sebab dia masih ada wife.

Sejak tu Aidee mula all out dengan aku. Sentiasa call, sentiasa vidcall, message, cuba nak menekel aku semula. Banyak kali dia datang Shah Alam. Ada sekali tu lepas aku block dia, dia pecut terus datang KL dan tau-tau dah sampai ke parking office aku dah. Dia sms aku bagitau dia kat parking office. So dah tak sampai hati tu, aku unblock semula kat wassap. Pastu dia hantar gambar kereta aku kat parking office. Nak bagitau dia betul-betul kat bawah dah, dekat dengan kereta aku.

Aku pun kenala turun, takkan la nak buat kering hati kan.

Masuk kereta tengok-tengok dia surprise aku dengan bunga. Siap ada kad yang dia tulis untuk aku. Wow so not Aidee camni.. Dia mana layan bunga-bunga n kad cinta lagi ni. Pastu dia hulur satu kotak lagi. Aku bukak-bukak tengok ada gelang kaki emas pulak.


"Ishk Mama tak boleh ambik ni.. Kenapa kasi Mama gelang ni?"

"Ala saje la.. Lagipun ni dari tabung kawen kita. Duit tu kan memang patutnya untuk Mama.."

"Ishk tak payahla.. Taknakla nanti mengungkit ke apa, kita kan dah macam ni."

"Mana ada mengungkit. Takde lah. Daddy memang ada simpan untuk tabung kawen kita. Cuma duit belum cukup, malu nak cakap baru berapa ribu je. Daddy ni kalau boleh nak kasi Mama 20k kalau kita kawen. RM10k untuk persiapan majlis, RM10k lagi untuk betulkan kereta Mama atau untuk down payment kereta baru nanti.."

"Ishk Daddy ni.. Kenapala macam ni. Mama tak pernah mintak kan? Kenapala baru sekarang.."

Dan kitorang sembang la sekejap bertukar-tukar cerita.. Nampak raut muka sedih yang dia cuba sembunyikan. Dan last sekali sebelum aku turun dari kereta time dia hantar aku balik ke office, dia tunjuk kotak kat seat belakang Triton dia. Cantik berbalut dengan pembalut hadiah bercorak love-love. Huhu.


"Haritu Mama ada cakap nak beli tv baru kat rumah nak bagi family selesa bila datang kan? Ni Daddy dah belikan.."

"Ya Allah nape la nak buat macam ni sekali..."

"Lama dah kan Mama nak.. Ni pun ajak Zura teman beli gelang n tv ni, sebab Daddy tak tau nak beli gelang tu cemana ikut taste perempuan kan. Pastu Daddy upah Zura handbag satu.. Hihi.", Aidee cerita. Zura tu pekerja dia merangkap orang kuat dia.

"Aduhai Aidee.. Napela sampai macam ni.."

Aku tak pernah mintak pun semua tu tapi dia mmg cuba membeli jiwa aku semula. Bukan takat benda ni je, sebelum tu dia ada datang bawak kipas siling baru dari Kuantan untuk rumah aku sebab aku pernah mention dia kipas kat umah x pusing. Pastu aku pernah membebel sikit ckp air kat bilik mesin basuh tu slow gila.

Masa aku masih sayang dia tu takde pulak dia beria nak buat semua tu. Tapi bila dah jadi gini, semua dia sanggup buat kat aku tanpa disuruh. Dia offer nak gantikan paip kat bilik mesin basuh tu, beli barang-barang n tools lagi. Pastu offer nak pasangkan kipas siling tu. Aduh. πŸ˜₯ Serba-salah aku nak terima semua tu tapi dah dia insist sangat-sangat. Sampai sekarang bila tengok tv n kipas tu mmg teringat dia. Awal-awal dulu rasa nak cabut-cabut je kipas tu, stress teringatkan dia..

Ada satu time tu dia terlalu memikir pasal aku, berhari2 dia tak boleh makan sampaikan one day dia diserang sakit perut teruk sampai takleh jalan, pekerja dia yang kena papah hantar ke klinik.

Benda semua ni jadi around bulan puasa tahun 2018. Aku masa tu dah plan nak ke Hat Yai untuk jumpa Izal, raya dengan dia kat sana dengan Yam sekali. Tiket ETS dah beli, hotel dah booked. Aidee pun tau. Sebab tu la masa Aidee memujuk ni aku tak berapa makan pujuk sebab dalam hati ni tak sabar nak jumpa Izal sikit masa lagi...

Pada suatu malam yang sunyi, time tu aku dah tido. Macam biasa aku memang tido kat hall bawah je. Tiba-tiba aku terjaga sebab dengar ketukan kuat kat sliding door. Aku tengok jam, pukul 3 pagi! Dalam mamai dan dengan penuh debaran aku selak langsir sliding door.. Nak cerita semua ni pun aku boleh rasa lagi debaran malam tu..

"Siapa tu?", aku tanya dari dalam.




You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, September 29, 2020

I Could Spend My Whole Life Getting Over You

Aku ingat lagi lepas je Aidee pergi lepas dia mengaku kat aku tu, aku terus call Mas dan dia sama menangis bila aku cerita kat dia apa yang jadi.

"Awak, sakit... Nak semua ni berputar balik, menyesal kenal dia..", aku bagitau Mas.

"Ya awak sakitnya.. Saya faham awak.."

"Biarlah ni kali pertama dan terakhir saya dengan suami orang. Lepas ni selagi diorang ni tak betul-betul settle dengan wife dorang, jangan layan, tak kiralah kat mulut diorang cakap apa, jangan cepat percaya.."

"Betul awak, ya Allah takutnya saya kalau Zack macam Aidee.."

We were in the same shoes. Dia jadi sama risau yang boyfriend dia Zack akan buat benda yang sama kat dia. Dia jadi tak percaya. Maklumlah laki kan, gaya macam dah benci sangat kat bini tu, tapi nanti malam-malam bini tu jugak yang dicari dalam kesangapan.

Honestly I lost control sebab aku tak sangka langsung Aidee akan buat macam tu considering how much he despised his wife. Dia selalu cakap kalau dia tinggalkan wife dia, mesti takde sesape nakkan wife dia tu. Sedap je mulut kan, macamla dia tu helok sangat nak kutuk-kutuk orang macam tu. Elok ke tak elok wife ko tu, ko gak yang dah pilih dia jadi wife dulu kan.

So lepas kejadian tu, kitorang macam biasa semula. At least dia nampak aku kembali macam biasa dengan dia kan, tapi dalam hati ni dia tak nampak dah jadi macam mana. Aku perlahan-lahan kuatkan diri dan nanti sampai masanya, aku akan pergi.

Aku memang tak boleh mengejut tinggalkan dia. Bukan sebab dia, tapi sebab diri sendiri. Aku tak mampu sebab aku sangat attached emotionally dengan dia. Aku tau aku ni bukanlah bodoh mana walaupun nampak bengong semacam macam kena mandrem kalau dengan dia. Jadi cara aku untuk berpisah dengan dia tu, i shall say, berstrategi.

Mula-mula aku groupkan semua gambar dia dalam satu folder then aku hidekan dekat satu encrypted folder Hidden Cabinet, time tu phone ASUS. Kalau dalam phone Huawei sekarang dia panggil Private Space. Not exactly sama tapi something similar. Aku letak situ supaya aku takdela dok ulang belek Gallery tengok gambar dia n berangan manjang tetiap kali rindu kan. Aku nak slowly lupa dia.

Next, aku tukar nama dia kat Contacts aku daripada 'Daddy' kepada 'Aidee'. Nampak kecik je step ni tapi sebenarnya untuk sentiasa remind me that I have to get over him, setiap kali dia call.

Pastu, aku kurangkan balik Kuantan untuk jumpa dia.

Aku jugak stop cakap sayang dan rindu dia dan tahan diri dari tanya dia, "Daddy rindu Mama tak? Daddy sayang Mama tak?". Dah stop semua tu. Dia memang bukan jenis tanya aku pun aku sayang dia ke tak. Dan dia pun bukan jenis lelaki yang meluah sangat ke apa. Jadi step ni macam tak bagi kesan pun kat dia kot..

Dan finally, aku tau it takes another man to get over a man. Aku mula blind date sana-sini. Berkawan dengan beberapa orang. Antaranya, aku rapat dengan sorang laki yang jauhhhhh muda dari aku, nama dia Zul, malu nak ngaku ni, tapi dia muda 14 tahun dari aku! Hahahaha gila betul. Boleh rapat ni pun sebab dia yg bersungguh nak rapat. Aku pun sedar diri la akan age gap torsobut, so sekerat jalan je la. Walaupun dia sampai sekarang pun, once in a while dia ada tegur aku kat wassap, tapi aku ignore je la memikirkan tak ke mana pun dengan dia.

Lepas tu aku kawan dengan seorang lelaki yg dah tinggal asing dengan wife dia, nama Zul jugak, so kasi nama Zul2 kat dia. 😁 Pun sekerat jalan sebab dia masih ada wife kan. Seterusnya dengan sorang lagi nama M, duda tapi nampak hasty sangat. Memang la aku nak segera kawen tapi kenala kenal2 jugak kan at least. Pastu dia agak memboringkan dan predictable sangat, jadi aku pun slowly ghosting la. Pastu dengan Wak, ex husband kawan aku yang aku kenal since dia jadi customer aku. Sorang lagi nama Shah, dia ni suami orang anak 4 kot tapi mengaku bujang putus tunang! Kuajaq btol.. Last2 aku jauhkan diri gitu je la tanpa bagitau dia aku dah tau dia suami orang. Biarlah dia.

Macam biasala aku ni cepat click ngan Gemini. Shah Gemini, Wak Gemini, Zul2 pun Gemini, tapi tuhla last2 habis gitu je semua tu. Semua takde tinggal footprints sangat pun dalam hidup aku. Not worth mentioning pun kat sini tapi aku just nak cerita usaha-usaha aku dalam nak melupakan Aidee tu la.. 😬

Desperate betul aku nak melarikan diri dari Aidee kan? I guess masa tu aku lebih pada sunyi dan nak berteman. Yam masa tu selang 2 minggu dengan ex, 2 minggu dengan aku, jadi boleh tahan nak gila la aku time Yam takde tu.. Sebab aku tak biasa berpisah tido dengan dia. Memang always dengan aku sebelum tu.. πŸ˜”

So lelaki-lelaki yang ada time tu lebih pada filler je untuk mengisi masa aku. Takde perasaan sangat, cuma ala-ala crush gitu je la. Dengan Izal pun macam tu, tengok gambar dia pun aku rasa macam bukan taste aku sangat, tapi aku perasan bila aku cakap kat dia aku keluar dengan lelaki tu, dengan lelaki ni, dia mula tunjuk dia sentap.

"Ingat elok sangat perempuan keluar dengan lelaki malam-malam camni?", antara ayat dia. Aku macam, aik? Ingatkan dia ni jenis open sebab pernah kawen mat salleh kan. Tapi tidak ya.. Aku pulak rasa macam takde apa pun keluar malam sebab aku memang jenis prefer night over day time sebab siang panas. Tu je... Hihi. Lagipun keluar takat gi makan n tengok wayang je pun..

"Belajar sikit jaga perasaan orang boleh tak?", dia sound aku bila aku citer kat dia aku kuar sana sini. Lagi sekali aku macam aik? Nape nak memarah, bukan ko flirt je ke ngan aku? Lagipun dia ni kejap ada kejap takde macam biskut dek kerja dia kan. Jadi aku ingat dia tak serious. Dan aku tak take dia seriously.

"I kat sini takde keluar dengan sesiapa pun tau..", sampai kat ayat ni aku macam baru tersedar. Sebab macam selama ni main-main je ngan dia takde serious. Aku ingat dia pun sama.. Dan aku fikir dengan muka dia ala gangster tu takkanla dia serious ngan aku kan. Aku macam fokus sangat nak pergi dari Aidee sampai aku tak sedar yang ada hati yg terluka sepanjang perjalanan aku tu.. Cewahhh.

Satu hari tu aku eksyen sangat dengan dia. Dia memarah aku keluar dengan orang lain. Aku cakap, "I single lagi kan? Nape tak boleh keluar dengan orang lain pulak?", aku menjawab dengan dia.

Sekali dia jawab, "Okay, nak single sangat kannnn? I biar u single sekarang." Pastu dia diam dengan aku. Aku macam ek elle pehal mamat ni.. Declare tak, apa tak, tetiba nak bagi orang single plakk. πŸ˜† Tapi tak lama pastu, barula aku rasa terpukul gitu. Macam, eh sunyinya bila dia ni takde..

"Youuuuu, I mintak maaf... I tak sepatutnya cakap camtu kat u haritu.. Bila u takde ni barula rasa lain macam sangat.."

"Ooh baru rasa camtula? Sebelum ni tak?"

"Sebelum ni ada.. Tapi macam, entah. Ni dok teringat u je. Tengah nak tido nanges, tengah drive nanges.."

"Ooh ada perasaan pun, ingatkan takde.."

"😭".

So since haritu kitorang berbaik semula dan start makin rapat..

Episod seterusnya aku akan ceritakan pasal apa yang jadi kat Aidee lepas dia tau pasal Izal.. Apa dia ingat dia sorang je bleh madukan aku? Aku takleh madukan dia? πŸ˜‘ Silap besar lah kalau dia nampak aku lembik sangat dan akan menurut je setiap rancangan dia tu.. πŸ˜•

"Kalau Mama nak kat Daddy, Mama kena ikut cara daddy.", kata Aidee suatu ketika dulu yang masih terngiang-ngiang di telingaku.




You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, September 23, 2020

Aidee - What Went Wrong.

Start tahun 2016 aku start rapat dengan Mas childhood friend aku semula. Sebelum tu bertahun kitorang tak bercakap dan tak contact sebab dulu dia pernah buat aku hilang percaya kat dia. Satu hari tu tetiba dia wassap aku bila ada status kat fb aku bunyik lain macam je. Dah tak ingat status apa. Mas tanya, "Awak okay tak?"

Pastu kitorang gayut kat tepon n barula tau masing-masing dalam masalah yang lebih kurang sama. Sama-sama tersangkut dengan suami orang dan waktu relationship tu bermula pun dalam bulan dan tahun yang sama.. Since then mmg jadi sangat rapat sebab dia sangat paham aku dan aku sangat paham dia, di kala orang lain yang tak melaluinya takkan faham..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

So Aidee made me wait.. For almost 2 years.

One fine day ni, time dia balik keje, kitorang rancak berborak kat phone macam biasa.

"Yela orang ada wife kan kat umah. Kita ni sorang-sorang je. Malam buat apa dengan wife pun kita tak tau kan..", aku ni kan si Leo yang mudah sangat cemburu, dah few times lah buat ayat camtu, takde sebab pun, just out of jealousy.

"....."

"Kannnn?"

"Mama ni..", tu je dia jawab. Ewah ko 'mama-ni' kan aku je.. Aku terus berdesuppp datang rasa tak sedap hati. Aidee ni bukan habit menipu. Dia susah nak menipu. Kalau dia takde apa-apa, kenapa dia tak deny betul-betul macam selalu kan? Kadang bila kita rapat sangat dengan someone kita boleh pick up hints yang tak disengajakan macam tu..

Tapi sabar dulu Sya.. Sabar dulu. Aku simpan dulu suspicions aku sampai aku jumpa dia depan-depan. Nak tengok muka dia sendiri untuk dapat jawapan. So aku arrange untuk balik Kuantan tak lama pastu.

Bila finally jumpa dia kat Kuantan tu, aku maintain cool je sampai masa dah sesuai sikit, aku rephrase balik soalan yang sama.

"Daddy ada tidur dengan dia ke?", habis rendah tone yang aku gunakan time ni.

"Hmm.. Apa tanya camni Ma...", dia jawab.

"Daddy ada tidur dengan dia ke tak? Cakap je takpe.. Mama tak marah.", lama jugak aku tunggu dia jawab. And finally..

"Ya Ma.."

And darah aku naik sampai kepala in a split second. Panas rasa muka aku. Membuak-buak rasa marah menyerang rasional aku.

"Bila?? Kenapa??"

"Erm... Suami-isteri kan, Ma..", fuh jawapan dia buat aku rasa nak bertukar jadi Hulk n hempuk n angkat dia baling ke dinding. Ko jugak cakap dah setahun lebih tido asing kan. Sejak bila pulak pandai guna suami-isteri card? Apehal plak tetiba boleh baik pulak, abes apa function aku dalam cerita ini, kalau ko nak sangat dia apehal nak buang masa aku bercinta lelama dengan ko pulak??

Tau-tau, tamparan aku dah melayang kat belakang bahu dia. Sekuat hari aku lepaskan. Ikutkan hati nak kasi lebam bijik mata tu tapi masa tu dia tengah membelakangkan aku sebab tak sanggup nak tengok muka aku kot. Dia terus jauhkan diri, sama terkejut kot. Aku tarik tolak baju dia. Macam onggila jap time tu tapi aku tak peduli. Nasib baikla pagi tu takde orang lain kat sekitar situ.

"Penipuuuuuuuuuuuuuu!!!!!", aku jerit ulang-ulang kat dia tapi dalam keadaan terkawal la takla jerit kuat-kuat. Terduduk aku melayan dia ni. Dia masa tu dah keras berdiri pandang bawah. Takde pujuk nak tenangkan aku yang tengah menggila tu. Dia kan ego tak bertempat kan?

"Hmm, pergi dululah camni.", dia cuba nak pergi jap dari aku.

"Janganlah pergi!!! Macam tu la prangai, ada masalah sikit walk away, bukan nak settle!!"
"Sampai hati buat orang macam ni kan??"

"Huh, sampai hati.. Mama yang buat dia tau pasal Mama kan? Sekarang ni nak ke mana-mana pun dia sentiasa nak ikut jadi susah nak bergerak tau tak sejak dia tau pasal Mama. Pastu tiba-tiba pulak dia nak tido sekali.", eh eh aku pulak yang bersalah kannnnn.

Kalau kau taknak benda ni tak jadi kottt, takkanla dia rogol ko pulak kannn. Ni masalahnye ko sama melayan. Memang aku admit aku pernah contact wife dia tu time gado ngan Aidee, hajat di hati nak bagitau je semua pasal aku n Aidee. Aidee tak pernah kasi contact no. pun, aku cari sendiri guna skill PI aku ngeee. πŸ˜‘ Tapi last minute aku tahankan dari bagitau, jadi perbualan tu tergantung macam tu je. Tapi sebagai wife dia sure terus syak la kan.. Sebab kalau nak tunggu Aidee confront sendiri dengan wife dia, huh kucing bertanduk pun tak tentu lagi dia akan bagitau..


Sempat pulakkkk update status FB lepas tu.
πŸ€ͺ


Tengokla komen kawan-kawan aku. Hihi.

Siap ex pun ada komen kat status tu tanya siapa.

Kak Ni aku pulak terus wassap aku lepas baca status ni:

"Sabar Adikkkkkkk.. Kenapa?"

So tak lama lepas tu aku finally sejuk dah. Penat nak nanges lama-lama kan huhu. Tambah ada rasa bersalah sebab contact wife dia aritu. Aku cakap bebaik aku sangat sayangkan dia, sebab tu aku lost control n marah sangat tadi. So berbaiklah dua makhluk tu semula, kononnye time will heal. Malam tu kitorang keluar lagi, dia bawak aku pergi dinner dulu sebelum lepaskan aku balik KL.

"Janganlah risau.. Daddy sayang Mama...", dia pujuk aku bila muka aku masih sugul bila dia nak lepaskan aku balik tu. Ceh sayang untuk aku, body untuk orang lain, kata aku dalam hati. Kan aku dah teringat skrip cite Ali Setan. Huhu.

Aku bukan risau. Aku sakit ati paham tak. Cuba kalau aku yang buat hal macam tu kat kau. Agak2 kau jadi gila jugak tak?? 😀😀

So aku pun bertolak.. Tapi rasa lembik jiwa tu, few kilometers pastu aku stop n park kete aku dekat Jaya Gading, belum masuk tol pun lagi masa tu. Aku just baring n menanges dan menanges je. Tak larat sangat rasanya time tu dengan emosi sarat dan jiwa koyak-rabak macam tu nak drive balik Shah Alam.

Kchingggg. Bunyi message masuk.

"Syg, buatpa tu.", dia ni orang belum sayang dia pun dah dok panggil aku Syg dari dulu. πŸ˜† Sapa lagi, Izal la..

"Tengah dok dalam kete tengok bulan.. Huhu.", aku kasi gambar kat bawah ni. Gambar-gambar ni aku still ada sebab backup dalam Google Photos. Senang kan nak gali history semula huhu.


"Nape dah lewat ni kat luar lagi?"

"Boyfriend i tido dengan wife dia u.. Huuu. Taknak balik KL.. Sedih."

"Ish! Syg kat mana sekarang? Balik now. Bahaya malam-malam kat luar lagi.."

"Kat Kuantan lagi."

"Ishk malam-malam nak balik KL? Syg ni.."

"Huuu.. Sakit.."

"Dah, dah.. Gerak sekarang Syg, nanti makin lewat."

"Ok."

Tapi aku sambung baring lagi. Tak lama pastu Aidee pulak call aku tanya kat mana. Terkezzut la dia bila dia tau aku masih kat Kuantan lepas berejam dia lepaskan aku. Aku cakap aku taknak balik. Tak lama pastu dia tetiba muncul ketuk tingkap kereta aku. Macam-macam dia cakap tapi aku masih berat nak gerak balik.

"Kalau Mama balik, nanti hujung minggu ni Daddy pergi sana. Nak tak.", dia pujuk aku macam pujuk budak-budak.

"Nak.. Wuuu.", ceh begitu mudah aku dipujuk time tu yek. Maklumlah tengah sayang sangat... 😏

So lepastu aku pun geraklah balik membelah highway dalam kedinginan malam...

As-sambunggggg. 😁





You know you love me! XOXO,
-Scha



Aidee - How It All Started

System kat office aku down since Saturday.. Dah nak masuk 2 minggu ni pergi office goyang kaki. Pastu kan aku cakap colleague nak berenti tu kan. Aku sangat susah ati n mula stress sebab risau kena takeover keje dia sebab keje dia lebih pada server bagai. Aku ni buat codings tau laaaaaa. Server and integration tu apehal nak suruh aku jugak bossss. 😭

Aku sentiasa ingat janji aku nak sambung cerita pasal Aidee. Cuma nak cari masa yang sesuai sikit sebab bila nak ingat balik cerita lama tu macam cari pasal nak suruh berdarah balik hati ni. Pastu entry ni plak bakal mengundang kecaman rasanya. So sile baca dengan dada terbuka ok.. Bra skali bukala gak kalau mau wakakaka.

Aku start kenal Aidee kat facebook. Time tu kakak aku share dia ada buat contest dalam bentuk teka teki untuk menang hadiah dari biz dia. Tapi kena lukis-lukis sikit. So aku dengan rajinnya la lukis bagai. Malangnya tak menang pun hahaha. Tapi dari situ dia start PM aku n startla sembang.

Dengan Aidee ni cepat sangat ngam. Kitorang sama-sama Leo so compatibility tu 99%. Dia wassap aku almost sepanjang masa time tu. Memang dapat sepenuh perhatianla. Biasala baru nak tekel kan. Masa tu aku fikir kawan je ngan dia ni. Tak tergerak langsung nak bercinta ke apa. Lama-lama bila dah selalu share masalah dan bila dah rapat sangat tu, maka terjatuh cintala plak aku kat dia kaw-kaw. Dia pun sama.

Physical wise, dia bukanla taste aku. Tinggi lebih kurang aku je. Kalau aku pakai heels sikit dah aku yang terlebih tinggi. Dahla berat dia kurang dari aku. Dia tak gemuk tak kurus, badan dia padat. Dia gelap. Sebab tu bila dengan Izal aku rasa macam bestnyaaa dapat pakai heels, pakai yg tinggi pun, aku takat telinga dia gitu je hihi. Kulit Izal pun mmg taste aku. Cerah tapi tanned sebab banyak berjemur. Ewah ewah kemain lagi taste sebenar kannnn. Ok Izal tepi sikit jap, now back to Aidee! πŸ˜†

Tapi biasala perempuan, bila dah sayang tu tak kisah rupa apa dah. Nampak dia makin hensem. Dialah yang paling hensem seantero dunia ni. Bayang dia buat aku angau. Dok berangan kat diaaaa je.

Tapi, masalah paling besar adalah dia ni suami orang...

(Aku dapat bayangkan pandangan-pandangan judgmental dari semua orang bila baca ayat ni. So takpelah.)

Cuma harapan aku, berhati-hatilah dalam menilai sebab korang belum diuji benda yang sama. Semua orang ada cerita masing-masing. Aku sama je dengan kebanyakan orang dulu, keras menentang such thing, aku rasa boleh kawal untuk berkawan je dengan dia. 

Tapi sebenarnya yang buatkan aku boleh tergelincir dari pegangan aku selama ni untuk tak layan suami orang, sebab Aidee mentioned hubungan dia dengan wife sangat teruk dah, wife dia jenis baran, suka maki hamun, mudah marah, kalau marah anak tu sampai hujung lorong boleh dengar suara dia. Breakfast, lunch n dinner dia memang sentiasa makan kat luar. Time aku kenal Aidee tu, dia dah setahun lebih takde hubungan intim, tahap bila Aidee mendekati je dia tolak-tolak Aidee dengan kaki dia. 🀦 Aku cerita ni bukan nak burukkan wife dia sebab korang bukan kenal pun wife dia. Tapi aku nak bagitau background Aidee dan dia bukan sukati buat perangai. Dia dah hampir sangat nak bercerai sebelum kenal aku tapi tak jadi sebab anak-anak.

Dari situ aku mula pandang dia differently. Kalau dia aman bahagia je aku pun tak teringin kat dia. Dan kadang-kadang rumahtangga tu jadi tak bahagia bukan semata sebab lelaki je..

Aidee akan call gayut ngan aku setiap hari lepas dia balik dari bengkel dia kat Kuantan. Sepanjang perjalanan balik ke rumah dia, dia akan call aku bertukar cerita masing-masing. Hari-hari sembang pun tetap ada cerita. Aidee cakap dia lagi banyak bercakap dengan aku daripada dengan wife dia yang serumah tu. Dengan wife dia cuma bercakap benda-benda yang penting je. He was a very good listener, aku seronok nak cerita semua benda yang jadi haritu kat dia. Dia pun seronok cerita semua benda kat aku, dan aku pun sama seronok dengar sebab dia pandai buat cerita dia tu engaging.

Cara kitorang memang sangat sama. Values pun sama. Tak payah beria elaborate cerita, dia cepat paham. Sama-sama mudah faham.

Sebab tu aku cakap dia ni soulmate aku. Sangat ngam segala perkara. Lepas tu makin aku kenal makin aku sayang. Aidee sangat-sangat bertanggungjawab, menepati janji, susah nak tipu dan sangat-sangat jaga nafkah anak bini dia. Aku jadi respek kat dia. Nowadays susah sangat nak dapat lelaki dengan kualiti camtu.. Aku kenal ramai laki bujang, tapi kualiti tu takde. Pastu Aidee ni sangat helpful. Takyah suruh, dia dah tolong. Dia tau buat kerja-kerja lelaki. Yam pun dia anggap macam anak. Ada je beli apa-apa untuk Yam. Sentiasa ambik berat perihal aku dan Yam. Lepas tu tang keluarkan duit tu dia tak berkira. Tapi being me aku taknak dia spend too much kat aku. Dalam masa yang sama aku pun taknak aku spend terlalu banyak untuk dia. Jadi biarla balanced. Sama-sama.

He's a traditional man. Buat tugas-tugas hakiki lelaki dan percaya perempuan ada tugas-tugas hakiki mereka sendiri. I'm fine with that. Ego dia agak tinggi bukan mcm ex aku yang tak tinggi egonya, jadi senang nak berbaik kalau bergado. Jadi aku banyak telan ego dalam relationship ni. Nak ego banyak-banyak nak pegi mana kan? Dia jenis pandai bersembang. Customers dia pernah cakap dia sesuai jadi politician. Hahaha memang ye pun.

So dalam 2 tahun jugaklah hubungan kitorang berlangsung long distance Kuantan-Shah Alam. Aku jadi kerap balik kampung jumpa family sesambil dating dengan dia. Dia pun kerap datang KL dan mula meluaskan sayap business untuk cari lebih ramai client dari KL ni. Kira sambil dating, sambil buat duit.. Macam tu la.

Tapi bila dah ada relationship dengan suami orang, perasaan insecure tu jadi sangat menebal. Bila waktu malam aku jadi tak tenang fikir macam-macam. Bila relationship dah berjalan for a while, Aidee takde tanda-tanda nak berpisah dengan isteri dia pun. Aku jadi makin takut. Aku taknak berkongsi bagai nih.

Aku still ingat lagi ada satu hari tu aku desak dia untuk kasi kata putus yang dia ni sebenarnya plan cemana, nak berpisah dengan bini dia atau nak madukan aku ni? Dia memula bagi jawapan yang samar tapi pastu cara dia jawab tu lebih pada still nak 'simpan' bini yang suka jerit kat dia tu jugak. Kononnye sebab anak. Abes aku ni takde anak? Memang sesuai jadi politician sangat kannn. Padahal dulu dia yang cakap bagi masa untuk dia settlekan dengan wife dia. Dia akan settlekan dengan wife dia nanti.

Lepas letak telefon tu aku masih ingat aku terduduk menangis silently menyorok dalam toilet opis. Sakit dia tu takleh bayang dengan kata-kata, bleh ingat rasa tu sampai sekarang. Perut aku sakit rasa macam kena ramas, kena tarik, n hati aku sakit literally. Macam kena rentap. Sampai hati dia buat aku camtu. Aku dahla terkontang-kanting sorang camni. Dia bleh pulak berubah-ubah camtu. Kalau aku tau dari awal aku nak kena bermadu, jangan harapla aku hingin kat dia pun. Jangan harap.

Tapi Aidee masih kasi harapan samar kat aku.
"Jadi takde peluang ke kita nak bahagia berdua je akhirnya?", aku selalu tanya dia.
"Masa depan kita tak tau Mama. Mana tau, nanti akan sampai masanya kita dapat bahagia berdua..", tu ayat balasan favourite dia. πŸ™„

Sejak tu aku mula cari 'jalan keluar'. Of course tanpa pengetahuan dia la. Tapi aku rasa tak mampu n tak boleh senang-senang nak putus dengan dia sebab aku sayang sangat kat dia. Aku mula blind date sana-sini n paksa diri untuk cuba kenal n suka orang lain sebab masa tu Aidee je kat hati. Tapi semua tak kena. Semua aku nak compare ngan Aidee, dah cemana kan. Tapi time ni la aku start kenal Izal online dalam bulan 2 tahun 2017. Time ni Izal balik Malaysia jalan-jalan dengan kawan-kawan dia..

Lepas tu aku cuba positifkan diri dan cuba terima hakikat kalau betul aku kena bermadu. Sebab time tu aku rasa tak boleh hilang dia. Aku fikir nak berpisah lagi sakit daripada kena share dia dengan orang lain, at least I get to see him kan. Sayang dia tahap sanggup bermadu gitu. Gila tak gila aku kannn. 🀦‍♀️ So aku cakap kat dia, takpelah kalau dah terpaksa sangat. Bila aku fikir-fikirkan secara rasional n selfless, kesian anak2 dan bini dia, aku cakap aku boleh cuba terima bermadu tu.. Kita kawen je la.

So planlah nak kawen kat Siam. Sebab kalau kawen kat Malaysia kena dapat signature dari wife dia kan. So dia taknak benda jadi chaotic n dia paling taknak hilang anak. Jadi takpelah kawen kat Siam je aku okay. So satu hari tu aku ajak dia jumpa Abang Nuar aku kalau dia betul serious dengan aku. So Aidee datang mengadap.

Aku ada massive respect kat Abang Nuar aku ni walaupun dia abang ke dua dalam family, sebab dia ni jenis bertanggungjawab sangat kat family aku. Sebab tu aku mintak Aidee mengadap dia bukan abang sulung aku. Aku selalu rasa Aidee banyak similarities dengan Abang Nuar, pun anak nombor dua dalam family. Dari segi tanggungjawab tu.

So... Time Aidee datang tu ada Abang Nuar, kakak ipar & kakak aku lagi sorang. Abang aku takdela tanya soalan berat, family aku baik-baik je kat tetamu bukan jenis menyerang. Walaupun aku tau abang aku tak berapa nak redha. Tapi aku rasa dia fikir lebih baiklah kawen daripada ke sana ke sini takde ikatan kan.

"Abang Nuar, nanti janganla tanya dia soalan bukan-bukan tau..", aku cakap kat Abang Nuar sebelum Aidee sampai malam tu.

"Eh eh. Belum apa-apa dah nak back up dia ya?", Abang Nuar jawab sambil bulatkan mata kat aku. Biasa abang aku ni jenis lawak je, ni dia nak serious pulak napeee. 😭 Sebab tu la aku ckp dia tak berapa redha. 😒

"Yelah.. Orang nak kawen dengan dia kan..😟"

So time jumpa tu abang aku macam lebih pada berkenalan dengan dia gitu je la. Aidee yang cerita sendiri dia memang jaga nafkah anak isteri dia.

"Sebahagian dari income saya memang untuk anak-anak saya jadi bahagian tu nanti memang Sya tak boleh sekat lah, sebab yang tu memang tanggungjawab saya."

"Nafkah untuk dia tu insyaAllah saya memang akan jaga tapi akan kurang sikitlah daripada belah sana sebab sana ada 2 anak."

So perjumpaan malam tu takde aksi tarik menarik rambut ke apa hehe. Abang aku layan dia secara professional je kihkih. Tapi ada satu ayat Abang Nuar aku ingat sampai sekarang.

"Laki, kalau sayang anak bukan mudah-mudah dia nak lepas anak dia.", agaknya Abang Nuar nak bagitau aku jangan harapla untuk tak bermadu.

So lepas perjumpaan tu aku dah start menyulam angan-angan la nak kawen kan. Aku bgtau Aidee aku nak pergi renew passport aku yang dah expired tu, dia cakap nanti dia akan renew passport dia. Time ni aku baru sangat kenal Izal, time aku kat imigresen tu kebetulan Izal message.


Ada lagi selfie kat imigresen yang aku kasi kat Izal dulu.. Huhu.

"Nanti kalau nak datang jalan-jalan kat Siam contactla I."
"Hihi I tengah kat imigresen ni renew passport.. nak pergi Siam nanti nak kawen."
"Ooh.."

Tapi hari ke hari aku tunggu, dia tak renew-renew lagi. Macam-macamla alasan dia bagi, busy la itu ini. Last-last dia bagitau dia sebenarnya tak ready nak kawen lagi.. Dia taknak apa yg aku alami dengan ex dulu, aku alami dengan dia pulak lepas ni. Dia nak semua tersedia untuk aku bila dah kawen tu. Taknak tak cukup itu ini bila dah kawen nanti.

Padahal aku tak mintak apa pun dari dia. Aku boleh je kasi kelonggaran awal-awal kawen tu takde nafkah pun takpe, aku bukan tak keje kan, aku boleh cari duit aku sendiri. Bagi je la mana yang ada, rm50 pun tak apa, bukan aku takde toleransi. Cuma bila ada duit tu jangan kedekut nak kasi nafkah kat bini. Jangan lepas tangan sebab pk bini ada duit sendiri. Tapi dia dengan ego dia sendiri nak capai ikut benchmark yg dia tetapkan sendiri. Dia ada target.

Panjang sangat dah pulak. To be continued in next entry.. πŸ˜„


You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, September 22, 2020

Radhi OAG - Sentuhan

Pagi tadi dapat satu notification kat youtube. Aku ni tak aktif mana pun kat Youtube tapi kadang-kadang ada la drop comment.

Lagu ni lagu lama dari kumpulan rock kapak Desire masa aku kecik sangat lagi tahun 80an.. Tapi yang aku dengar ni versi Radhi OAG nyanyikan semula. Bes..

Kat situ aku nampak ada satu komen ni rasa macam meruntun jiwa sangat. Kena pulak dengan time tu aku tengah sedih dengan Izal. Time ni la Izal ignore aku sebulan sebab Aidee. Hence the comments. Tau-tau pagi ni baca ada org komen cakap dia tertunggu sambungan dari kisah aku.. Hihi. Ni aku screenshotkan komen berkenaan je la sebab banyak lagi komen kat komen brader ni.



Nah.. dengar la sendiri lagu dia. 


 



You know you love me! XOXO,

-Scha



Monday, September 14, 2020

Being The Right Person For You

System tengah down untuk kali ke namblas ni. Free je ni so ada baiknya aku tulis blog.

Izal diam seminggu since last Sunday haritu since dia jawab 'Ok' tu. Aku assume dia ke laut la, so aku pun sama diam seminggu, maklumla dah terbiasa kena tinggal kan. Jadi aku pun takdela dok message dia cakap sorang2 macam selalu sebab ala2 penat dah .

Tetiba semalam dia muncul macam marah-marah. Tapi aku ni dah parah sayangkan dia kot sebab bila dia muncul aku dah rasa lega walaupun dia macam marah-marah merajuk tu hehe.

"Best? Suka?"
"Syg, nape ni?"
"Best ke buat diam haritu?"
"Kan Syg reply.. Ingatkan Abg ke laut."
"Yela mmg ke laut. Lepas tu Abg message Syg diam."
"Sekali je Syg diam. Syg kecik ati. Abg beratus kali diam dengan Syg.."
"Syg je kecik hati."
"Syg pun tau sedih.."
"Abg kan selalu pi laut. Tau kan letih macam mana. Bukan saja-saja."
"Tau Abg.. Syg bukan tak paham. Tapi kita dah lama sangat macam ni. Syg rindu Abg. Mintak maaf Abg..."
"Abistu, Abg tak rindu Syg?"
"Huu. Abg tahan. Syg ni tak tahan lama sangat dah ni."
"Tak tahan apa Syg. Bagitau sat."
"Tak tahan tanggung rindu la. Abg tu laki, kuat. Syg ni terkontang-kanting takde Abg. Takde teman."
"Sapa kata Abg tahan?"
"Yela Abg tak balik2. Tahan la tu.."
"Nak balik macam mana. Border tutup Syg."

So kesimpulan yang aku dapat buat adalah dia rindu dan merajuk tapi taknak ngaku.. Hihi. Dah lama kenal dah.. Memang camtu perangai dia. Takde cara lain dengan dia ni kecuali berlembut dan surrender je la. Aku perasan dia bukan jenis yang pandai dengan perempuan sangat tapi kasih-sayang dia tu kita dapat rasa. Cuma yang selalu tatahan dengan dia ni sebab sejenis aloof dan suka jauhkan diri buat diam bila tak puas ati. Orang buat diam tau pulak sentap..

Banyak kali aku rasa give up bila dia hilang tu. Samada hilang ke laut atau kalau kitorang ada selisih faham. Setiap kali, aku doa sangat, kalau dia bukan jodoh aku, tolonglah jauhkan dia dari aku ya Allah. Kadang aku mintak tolongla kasi petunjuk yang jelas kalau dia memang bukan jodoh aku, jauhkan je dia dari aku. Kalau aku berkeras diam dan dia pun diam terus, aku anggap tu petunjuk lah tu. Taknak buang masa untuk orang yg bukan jodoh aku.. Tu je. Dan setiap kali tu jugak dia balik pada aku.. Banyak kali dah jadi camtu.

After all, he's the only one who stays. Other men come and go. Tapi bang.. Sampai bila la kalau nak tunggu border ni bukak.. Mesti ada jalan kalau nak balik. Sudah-sudahla tu kerja kat tempat orang. Baliklah.. Perempuan ada expiry date bang, ai nak anak at least sorang lagi... 😭

Btw.. Aku dah lost around 6 kgs. Tapi berlambak lagi to go ni. Nak cuba dapat badan ringan-ringan sikit macam dulu. Senang nak bergerak. Confidence pun bertambah. InsyaAllah selamat sikit nak pregnant nanti. Nak nampak padan je kalau berdiri sebelah Izal nanti. Atau bersanding sebelah dia ke. Hahaha #beranganisfree. Sekarang ni nampak sangat aku lebih lebar dari dia. Dan moga Izal rasa lebih insecure tgk aku lebih helok dan segera balik ke Malaysia hendaknya..

Aku tertarik dengan kata-kata someone kat Tinder, 'We focus on finding the right person, rather than working on being the right person." So true. Betulkan diri sendiri dulu kan.. Jommmm!


You know you love me! XOXO,
-Scha