Showing posts with label Retail Therapy. Show all posts
Showing posts with label Retail Therapy. Show all posts

Friday, August 20, 2010

Awek Jalan TAR dan Fahrin Ahmad.

Bukan, Fahrin Ahmad tadek kaitan pon ngan awek jalan tar torsobut. Mari baca dulu.

***********************************************

Pagi tadi tah nape, langsung tak sedarrr tatkala alarm bunyi pukul 5 pagi. Biasa sedar pastu tekan snooze, tapi dis time, nehi hey! Incik sayang cakap hujan smalam, tapi aku tak sedar langsung...

So pada siang harinya, awal2 lagi dah lapar dan haus. Sbb smalam aku makan time buka ngan time supper sikit je, tu pun makan samosa ngan kopok lekor ngan teamix je. So kat opis, mmg terlepek sikit and agak cranky rasa nak makan orang je arini. Sebbaik puasa... :D

Dekat kol 1, opismet aku tanye ngan gerak mulut je tak bunyik suara, sbb nak kaver depan opismet lain; "Kaksya, Jalan TAR jom??". And surprisingly aku terus picked up ape dia cakap tu, dan secara otomatis aku terus angguk! Gagagaga! Ni dalam melepek niihh. Lantas kitorang pon berbondong-bondonglaa pegi lagi ke jalan masjid india, tapi kali ni masuk nagoya sebab member aku nak survey kain langsir.

Dah abis Nagoya, masuk Kamdar plakkk. Sebab lama sangat, aku pun turun bawah TENGOK tudung lagi. Betul, kali ni tengok je, tak beli dahhh. Aku beli baju inner seploh hengget je hehe nak jugakkk.

Kawaii! Kawaii!
Sambar lima!

Jenama Gadis Juma'art.
Keh keh keh nak jugakkk tempek kat blog.

Jalan jalan jalan, tetibe terjumpe 'aweks' ni!

Can you spot the not??

Ya ampunnnn!! Aku sekali tengok bliau mmg nampak macam macik2 laa. Skali bile dia bersuara, terkezzut aku, macam, apsal suara makcik ni garau sangat!! Sekali tengok ada misai wakakaka. Aku siap gelak tekan-tekan perut tetengah ramai orang tengahari tadi wahahaha! Ini wajib snap nih, tu yg trus snap. Promo punye pasal, mamat2 yang keje kat sini sumer pakat2 pakai tudung. HAHAHAHAAA giloooo... Dah laa muke langsung tatau malu, takde langsung tergelak kemalu-maluan ke... TIDAK ADA! Mmg konpem dah biasa tu.. Huahuaa.

Ohh pasal kerja. Harini birthday incik 'Fahrin Ahmad', bukan nama sebenar tapi hampir kepada nama sebenar, yang aku pernah cite lam entri ni. Dia punye birthday, dia yang belikan kitorang sumer kek secret recipe choc banana satu slice sorang, siap dalam kotak, untuk kitorang bawak balik buka puasa... Alahai baiknye...

Aku rasa menyesal laa plak cite pasal dia berdengkur dalam entri dulu tu... Ish ish ish.. Patutlaa dia nampak restless semacam. Sebab dia baru diagnosed sakit buah pinggang. Dua2 buah pinggang dia rosak. Lama dia mc aritu. Skarang nih, dia kene buat dialisis 3x seminggu. Pastu rutin dia skarang ni, biasanya dia cuma datang keje halfday, sbb kene pegi dialisis sebelah petang. Sekali dialisis 4 jam.

Kesian sangattt, semayang pon semayang duduk. Jalan sikit, rasa tak larat. And on top of all, he's only 34!! Mati2 aku ingat dia late 40s sebab nampak muke dia cam berusia dah... One can only imagine kan. Slalu terbayang cemanalaa aku kalo muda-muda dah kena sakit camtu, susah nak keje dah.. Tsk nauzubillah. Dia kata, nasib baik dia amek health insurance, so, dialisis semua kaverlah. (Yang, kite bile lagi? Orang tadek insurans lagi ni.. T_T)

Aku kan kalo jumpe senior abaper - orang yang sama post ngan aku, aku mmg akan terbayang masa depan aku kalo tengok dorang. It's like seeing your future reflection. Macam memule kenal incik fahrin ahmad ni, aku terbayang, agaknye cemanalaaa aku nanti bile dah tua2 buat programming lagi... Huahuaa. Macam tak seswai jee buat codings ngan jiwa tua! Nih bile aku tengok dia sakit nih, lagilaa rasa dekat di hati! Dahlaa beza umur 4 tawun je... Ishk. Semoga Allah sihatkanlahhh aku dan korang sume sampai dah setel segala financial obligations sumer... Amin...

Aku banyak apdet random je kan skang? Sori laa bagi orang yang masuk blog aku nak bace pasal cite kawen, next time around wokeh! Wiken ni, tekad nak finalize kan design kad kawen aku.

Tau tak what's the BIGGEST challenge to DIY things??

You just don't know when to stop!!

Stiap kali bukak photoshop, stiap kali tu laa nak ubah design. Ngeeeee!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, August 6, 2010

Aura Ketaq Lutut Mula Terasa...

Dah lamaaa tak dapat email dari incik sayang sejak dah dok dekat ni... Dapat email ni pon dah berbunga riang dahhhh hatiku...



Bile masuk bab paperworks ni, rasa macam dah serious sangat dahhhh aku skang ngan incik sayang. Bukan laa sebelum ni tak serious, tapi skang serious serioussss huahua. Lagi 2 bulan je lagi! Ketaq.. Ketaq..

Skang aku dah kurangkan aktiviti DIY. Tadek wat any project dah sejak haritu. Fokus cuma nak cross off benda-benda besar kat list seblah blog aku ni dulu. Pastu bile agak dah tadek benda nak buat, baru layan benda2 kecik tu.

Pengalaman dah banyak mengajar aku that, in order to make everything falls nicely into its place, we have to at least complete it. Jangan nak cerewet sangat and aim for perfection each time, for each thing, sampaikan in the end ada benda yg wajib disetelkan, tak setel...


Dalam bajet-bajet, TER-beli jugakkk dua ketui buku ini kat Times tadi. Dasar miss bloomwood betul! Padahal aku bukan rajin sangat nak membaca pon. Tapi tu lah antara pancarobanya pabila bekerja kat tengah2 kl ni yang sumer ada ya... Time lunch rasa nak merayapppp je.

Wife, Interrupted tu aku beli sbb review ni je yang aku baca yang buat aku tertarrek - "When Amy agrees to marry the man of her dreams, she has no idea that within three weeks of their big day she'll lose him forever. This gritty, honest and suprising memoir is about how one young woman chose to get over the sudden death of her fiance by sleeping with load of men."

Sounds intriguing isn't itttt?

Shopaholic Ties The Knot plak aku beli sbb bile aku randomly bace ayat dia pon dah rasa engaging sangat, dan dapat rasa an undescribable excitement. Lagipun seronok bile membayangkan muka inesen kiuttt sangat si Rebecca Bloomwood (Isla Fisher) bile berkata-kata!

Dua-dua buku berkaitan kawen, anggaplahhh pelaburan untuk kawen ngeeee... (-_-") Resit nanti nak simpan lam kotak yang khasss untuk resit2 barang kawenku ittew. Huhuuuu.

Oh! Satu lagi item lam list leh cross off! Incik sayang dah konpemkan yang membe dia bleh shootkan skali kat Kuantan nanti. Aritu bile incik sayang mintak dia jadi photographer untuk majlis incik sayang, dia kate dia begitu honored sbb incik sayang mintak dia shootkan! Rasa honored dia tu diterjemahkan dalam bentuk charge yang tersangatlaaa murah dalam dunia pornografi photografi hari ini - $500! Perghh mana nak dapat tu... Incik sayang cakap, harga murah sbb maybe dia nak balas jasa incik sayang ajar dia wat graphics suatu ketika dulu.. :)

Kalo tengok background dia, incik sayang cakap, dia biasa ngan kamera, tapi dia banyak buat other kinds of photography. Wedding ada jugak, tapi tak banyak. Dia pernah follow 5 weddings so far. To me, not bad lah tu.

Tapi kitorang mintak dia shoot and burn je. Editing tu, incik sayang akan buat, dia pon akan tolong2 jugak. Untuk kat Kuantan pon dalam $500 jugak, transportation etcs tu incik sayang bayar asing nanti. Dia siap plan nak buat outdoor kat pantai, kan kat Kuantan banyak pantai. Dia cakap kat incik sayang, dia risau kot dia tak memenuhi kriteria yg aku nak je. Tapi bagi aku, janji dia gigih n kreatif, n janji orangnye easy-going, yang bleh buat kite selesa nak bergambar, insyaAllah ok punye... Tawakkaltu 'Alallah...

Okay, dorang ni sumer balik awal sbb system down sejak 1/2 jam yang lalu! Time to go home for me too! Besnyaaa wiken! Nak kemas bilikku itteww!





Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, May 15, 2010

Guilty Pleasure, Blame Gary For This!

My life is now complete. *hakka dancing* Yeahhh you've heard it rite!

Sangat serba salah beli bendalah ni ekceli dalam keadaan dah nak kawen dah ni.
Tapi tatahan tengok Gary the Colleague gune hari2, dia punye kaler oren teranggg weee!
Tiap2 hari aku curi2 pandang dari ekor mataku ini.

Gary macam my secret idol kat opis, he's the clown in the bilik meeting.
I love his style, his stuff n everything!
Calculator dia pon kaler oren, macam berkaca gitu material dia, what do we call the thing?
Laptop Gary, Dell kaler merah terang, very der shining!
Gary suke pasang kipas merah usb dia, and we always hear him complaining;
"It's warm around here, don't u think?"
Baju2 dia sumer smart, muka dia babyface with sideburns, cracking jokes is really his thing.
Hari2 lepas lunch musti tapau taufufa makan kat bilik meeting!

The Gary I'm talking about at TGIF.

Sambung pasal bendalah yg aku maksudkan.
Beratur kat JJ nak bayar, tengok awek rambut pendek gune kaler pink terangggg tak tahannn.
Tengok iklan kat tv almost everyday, kenot tahannnn.
Ok fineee!!
I just have to have this one-of-a-kind!!
Takpe, pasni join support group for shopaholics bahahaha! Layannn!

Bukan yang ini.
Tatapi yang ini!

Hihiiiiii senang hatiii.

My calculator was often mistaken for iphone in a glance! Haha. Selalu kalo opismet nak pinjam calculator, aku akan cakap, "Nah, my iphone!" Dorang pon surprise sat, pastu bile tengok depan terus gelak. Hehe.


So last Thursday Gary dah notice, dia cakap, "Suda pakai iphoneeee...", ngan nada berlagu huhu. Aku sengih je. Ko taktau kerna kau aku beli Gary! Ko tak tau! He had no idea at all how much I admire him!




Jaga diri & stay pretty!

Tuesday, May 4, 2010

Googling For DIY Lanterns Lighting

Banyak nak apdet ni, tapi seperti biasa, keadaan sekeliling tidak membenarkan.

Smalam, dalam kesedihan, dah TER-overspent kat ikea beli macam2 huuuuuu. Dan wedding bajetku pun berlalu bersama angin lalu~~~

Takpe, yg dah berlalu biarkan berlalu. *tepok bahu sendiri* Lagipun banyak yg dibeli tu khas untuk wedding aku jugak nanti. Dan secara otomatik, bilik pengantin aku akan DIY je nanti walaupun initial plan adalah nak amek pakej hiasan bilik tido sekali ngan pelamin. Sukati je tukar plan muhahaha. Maklumlaa wedding sendiri :D

I really really want lanterns for my wedding. LOADS of them. Jadik aku ngah in the midst of looking for the best priced lanterns on the net, ngan tengah carik DIY tutorials untuk wat lighting dia, preferably yg gune LED takyah pakai wire.

Just to update u on my current doings!

Wish me luck!

And oh! Harini Day 1 sesi pendietan ngan satu produk yg telah berkesan kat kakak2 ku. Nanti aku cite!





Jaga diri & stay pretty!

Tuesday, April 27, 2010

Sabun Ajaib?

Or so they claimed :)

Setiap kali pas cuci muke lepas pakai sabun ni, muke aku rasa tegang semacammmm macam ditarik2. Dia macam mengetatkan sel-sel muka, jadi tak sesuai untuk orang yg dah sedia bermuka ketat hihi. Tapi kekadang rasa annoying plak dengan kadar ketegangan dia ni. Camnila agaknye orang yg wat botox rasa T_T

Aku terpengaruh nak beli sabun ni sbb tengok testimoni bergambar, yg jelas tunjuk orang tu muke berkedut, tetibe straighten abessss perghh. Malas nak pk dia photoshop ke ape, sbb gambar tu nampak convincing je, so aku terus grab walaupun cam tak logik harga dia. Padahal tujuan beli sbb nak buang whiteheads secara total dan nak bagi tona kulit sekata. Tapi gambar berkedut jugakkk yg aku terpengaruh. Ataupun sbb packaging yg meyakinkan gak. Keh keh.
Bayangkan saiz sebesar sabun hotel yang secoet tu, 90 hengget, wadde?? Wadde, wadde, tapi pastu I heard myself saying, "Saya nak ni satu ye." T_T Tapi maybe sbb harga gak kite tempted untuk beli samting kan? Rasa convinced.

Ija cakap kat penang, orang yang jual sabun tu siap potongkan sampai ke 4 bahagian tuuuu pastu jual portion by portion gitu.

Tapi selain rasa tegang yg annoying itu, aku rasa cam bes laa pulak sabun ni sbb lepas pakai, rasa kulit lembuttt sangat. Tengok cermin, macam tengok muke dah di-'gaussian blur'-kan ngan photoshop. Kurang noise. Bangun pagi pon tengok kulit wajah sesuci embun pagi je hikhik. Kalo tak, aku cam allergic tengok muke sendiri tanpa secalit mekap T_T

Ni baru 4x aku pakai sabun ni. Tunggu abes dulu dan tunggu komentar2 positif dari orang lain dulu, baru aku rekemen. Rasa eksaited nak cite kat blog sbb walaupun baru pakai dah rasa muke radiant dan glowing smacam bahaha. Takpe, gua perasan. Tungguu... Tunggu... :P

At least better laaa daripada sesetengah produk contohnye GLOWZ yang aku ngan ija dah telan bergelen2 tapi langsung tadek efek aumm! Konon kecantikan dari dalam! Yang tu terpengaruh sbb KONONNYE ramai yg lepas minum FEW PACKETS JE dah nampak effect yg bes giler. Cehhhh. Begitu mudah terpedaya.

Jom tido dan bermimpi yang indah-indahhh!



Jaga diri & stay pretty!

Tuesday, April 6, 2010

Cuti-Cuti Sabah, Bah Bah Bah :D

Baru balik Sabah smalam, 4 hari 3 malam, penatnyierrrr!

Seronok ngan kilauan accessories mutiara n kristal!


Sapa yang mampu tahan the temptation mmg wowlahhh...

Kesimpulannye aku tak banyak pergi places of interest pon kecuali Muzium Sabah yang skali dengan Kampung Warisan tu. Pantai pon tak pegi, lalu jee. Tu pun sebab kene lalu pantai ondeway ke tempat shopping. Wahhaaaa.

Titi gantung kat Kampung Warisan, Muzium Sabah.
Harap maaf, tatau apesal photobucket taknak rotate gambar lately T_T

Tapi hati puas sangat sbb bleh shopping accessories banyak2 utk souvenir. Masalahnye adalah, stiap kali nampak yg cantek musti nak beli double, untuk diri sendiri ngan untuk bagi orang heheeee! Bile aku cakap pasal ni ngan Kak Da & Aju, Kak Da cakap, "Laaa.... Ingatkan orang sorang camtu!" Hahahaha! "Pompuannnnnnn." <--- ni plak anak sedara aku menyampuk.

Ohhh! Tips paling berharga! Kalo nak beli accessories mutiara ngan kristal, janganlaaa beli kat pasar filipino tu, harga dorang up 3-5 hengget per item untuk benda yang sama je. Yang lebey bes adalah pasar malam yang bebetul sebelah Le Meridien Hotel, opposite pasar filipino. Dia bukak dalam pukul 6 petang sampai pukul 11 camtu. Pasar filipino plak bukak time siang je. Mmg berbaloi2.

 Bile tengok baju ni, ada terbayang aiskrim keladi ke??
Sbb ada 2 orang mamat sabah cakap pasal aiskrim keladi ngam2 lepas berpapasan ngan aku.
Patutkah aku terasa di situ? Ngrrrr.

Pastu senang giler nak tawar-menawar kat pasar malam tu. Contohnye harga display 45. Dia cakap, "Harga 45, boleh bagi 20." Pastu bile kite tanye, "Alaa, 15 takbleh ke?", dorang terus je, "Ya, boleh..." SAMAAAA je modus operandi semua peniaga camtu hahaha. Sekali mintak tawar terus boleh.  Kalo kat semenanjung jgn harapp. Dahlaa bile kite singgah gerai dorang je, lembut je cakap, "Belilah dik...." Serious shaittt sama je greetings itu okkey. Diulangi SAMAAAA je haha. Apa pergi kursus yang sama ke dorang ni? Huhu.

Kat pasar ni barula bertembung ngan ramai orang yg cakap Melayu semenanjung yang tak baku. 

Pastu dapat kuih cincin pon dah cukup seronok. Makanan2 Sabah pon kitorang tak trai kecuali yang ini:

Rumpai laut afrika. Eh takkkk, rumpai laut je :D
Ala kerabu Sabah le kott...
Boleh ditelan oleh anak tekak tapi tak laa sedap sangat.

Time lain2 tu dok ulang2 makan McD dan McD dan McD lagi ngahahhaa.

Aritu time Incik Sayang antar kitorang sumer ke LCCT, blablabla tetibe cakap pasal Shaheizy Sam blabla Asmaradana blabla AMRANNNNN. Incik Sayang cakap, "Macam manalaaa bleh minat Shaheizy... Lain sangat B ngan dia...", dengan nada agak jauh hati sket sambil tangan memegang perut. Kekeke.

Aku jawab, "Alaaaaa, b lagi ensemlaaa. Shaheizy pendek, B tinggiiiii."

Aju cakap, "Shaheizy yek? Haaa, ha'ah, adalaa iras-iras sikit dengan Incik Bruang..."

"A'ah kan?? Chinese look, saiz je lain hihihi.", aku jawab. Nak jugakkkk boipren dia iras Shaheizy

Ape-apepun yang bes pasal Sabah ni pasal ya Allah... Orang-orang dia ramainye yang kiut!!!!! Tapi 'rendang' sket laa sampai anak sedara aku pun perasan Pastu sorang2 cakap lembutnyeee, accent dorang pon comel giler, buat kitorang terikut-ikut.


Okay, sebelum saya mengakhiri coretan ini, adalah baiknye kalo saya tayang kete baru saya yg dah di revamp ngan jayanye aritu ngan bantuan incik sayang!



Hinss hinsss! Till then!


Jaga diri & stay pretty!

Wednesday, March 17, 2010

Happy 6th Anniversary Darlinggam!

Wieww! 6 tahun yang agak berliku n I'm still loving it!

Skang dah ada date tunang 19 Disember, dan akan ada date kawen 10 Oktober insyaAllah, jadik mungkin tarikh berkapel ni bakal dilupakan.

Jadi while we still have it, let's celebrate!

Semoga ada jodoh untuk kite sampai akhir hayat sayang...

Pk2 ape untuk dinner balik keje karang. Yang penting nak ada ciskek!

Guess what I'm getting him?? (Incik Sayang dah tau pon T_T) Haha tak seprais langsung. Sesungguhnye Leo tak reti nak simpan lama2 berita yg menerujakan, dan tak reti nak seprais2 nih. Taraaa!


Electronic Rock Guitar Shirt! Sumpah supercoollllll! Siap bleh goreng okkkk. Pastu dia ada magnetic pick, so bleh lekatkan kat mini amp kat pinggang kite time tak gune. Sukeee! Banyakkk lagi benda2 koool gilerrr. Cuma leceh sbb thinkgeek ni dia tak wat shipping ke Msia...

 

Aku dah pk ni nak mintak dia hantar ke Saudi kat abang aku, then abang aku post laa kat aku. Panjang plakk cite jadinye. Dalam dok pk2 tu, tetibe ija bagitau dia ada bace ada satu company yg specialize wat shipping dari US ke Msia and Spore, VSHUB. Nanti aku cekidaut dulu baru decide. Harap dapatlah! Tapi takmo berharap sangat trr trr.

Memule incik sayang macam rasa membazir beli benda ni, baik aku spend utk beli hantaran utk dia kannn. Itu yg aku plan nak convert mende ni jadi hantaran tapi hahaha nanti kene marah ngan orang2 tua plakk. So incik sayang cakap, "Takpe, yayang beli untuk yayang. Kalo b nak try, b try kat yayang laa." HAHAHAHA. Ailaikitmoreee!

Tapi pastu dia plakkk yg macam teruja nak ada benda ni. Okkk fineeee. Kite beli dua lah walaupun gua taktau main gitar!

Yay yay yay yay. Nanti kalo dah berjaye dapat, I'll update!

Wednesday, January 20, 2010

What It Takes To Be A Morning Person

Ok I got myself this beauty yesterday!
Credit to http://blog.se-nse.net.


Mmg beli ni sbb function untuk kamera dia, it's more of a camera with a built-in phone than the other way round. Jadi aku tutup mata je bile keypad utk tekan sms tu agak tak bes dari tepon sblm ni. N tak kisahlaa walaupun fon ni dah basi ke ape, janji 8.1mp ngeh2.

Turned out bile aku show off ngan incik sayang, bliau kata, "Ini tepon idaman b dulu!! Aaaa jeleshnye!" Keh keh mission accomplished! Ceh mission apetahhh :P

On another note, aku tak jadi masuk keje smalam! Masalah tido dan bangun lagi arghhh geramnyeeee ngan diri sendiri! Seriously kena adjust jadual tido yg dah lari giler-gilerrrr ni. Sooo aku call opis cakap aku demam, then mintak nak join the company on Thursday...

So I did a few research (again) pasal sleep disorder ni. Dalam banyak2 tu, ada satu yg aku baca yg menarrek perhatian.You can cekidaut here.

Intro dia sama ngan aku. Mamat nih slalu rasa dia nih bukan dilahirkan utk bangun pagi, he's not a morning person, sama cam aku, hopelessss. Dan dia rasa benda tu ada kaitan ngan genetik. Sampailaa satu masa dia mmg kena bangun pagi dan dia rasa banyak benda dia leh setelkan bila bangun pagi.

Sooo dia pon wat research, dan mendapati bahawa tanggapan orang yg kata, 'go to bed early so you'll wake up early' tu tak seberapa tepat. Dan satu lagi yg orang silap paham adalah, setiap hari kena cukup tido 6-8 jam. Padahal, setiap hari badan kite memerlukan different hours of sleeping, bukan sama je.

Sooooo berbekalkan pada fakta tu, dia keluarkan cara utk menangani masalah tido dia yg theoretically aku rasa besss! Padahal bagi sesetengah orang yg mmg morning person, cara dia tu mmg datang naturally je, takyah pk-pk pon. Camni.

Masuklaa tido pukul berapa pon, janji kena masuk tido time betul2 mengantuk. Betul2 mengantuk tu can be defined as dapat lelapkan mata kurang dari 5 minit lepas letak kepala. Pastu, satu lagi syarat dia, kena bangun pada waktu yg sama setiap hari, 7days per week.

Memula dia cakap susahhh sbb dia masuk tido lambat, tapi kena bangun awal. Tapi takpe, hari seterusnya dia akan tido awal sbb pk nak bangun awal kan. So dalam 3-4 hari dia dah bleh adjust. Sampailaa skarang, setelah sekian lamaaa, dia dah jadi morning person pon! Incik sayang musti bangga kalo aku camni!

Okkaaaayyyy jadi malam ni kite cuba dulu. Memerlukan disiplin yg tinggi gak nih nak menepati waktu. Tapi takpelaah, esok btol2 kena masuk kerja takde alasan lagi! Kalo tak brubah skarang, bile lagi? Takkan sampai kantoi bangun lewat ngan keluarga mertua yg jenis, bangun subuh dan tak tido terus dah pastu! Trr trrr. Mati gwe...

Agak-agak bleh jalan tak ni? Tensennyeeeee blom apa2 dah tensen. Susah btol nak ubah prangai yg
dah jadi darah daging sejak berpuluh tahun nih. Tsk.

Off to maybank.

p/s: Please watch ADNAN SEMPITTTT! Suke segala-galanya pasal movie tu, penceritaan pon bes, camera angle pon menawan. Dan paling penting lawak giler giler gilerrrrrrrr! I'm soooo falling in love with Shaheizy again!! :D



You know you love me!



Thursday, December 3, 2009

Happy Feet~

Kalo wat tajuk cold feet kang orang rasa nak lempang plak sebab baru nak bertunang... Hua hua hua.

Skang ni modus operandi aku lam menaip blog adalah taip je ikut suke mak aku, panjang pendek ke, aku malas nak delete2 kasik pendek just bcoz aku takut orang malas nak baca. Learn it my way, cewahh :D

**************************************************

Sumpah mmg stress wat persiapan ni... Leh je wat simple2, tapi masalahnye, nak yang terbaekkkk wok! Orang pompuan mmg camni. Baru ni incik sayang ajak gi carik cincin ngan kain pasang untuk hantaran. Punyelaa susah... Taste kau dan aku sangat berbeza. Jadik susahhh sangat.

Time tu la rasa cold feet. Betul ke decision ni? Btol ke aku nak terikat ngan mamat nih, yg aku rasa tak tau apa-apa pasal aku? Yang tak tau cemana preference aku? Yang aku rasa tak memahami aku? Btol ke ni? Tapi Hanis Zalikha kata, ketidakpastian itu menerujakan. Betul... Mmg menerujakan dalam kecuakan jua adanye... T_T


Tapi incik sayang memang lebey kuat daripada aku dalam masa-masa aku resah gundah gulana ni. Bile dia layan aku baikk punye brand n banyak tolak ansur, aku rasa tenang sikit, dan rasa nak tolak ansur 10x lagi.

Yang jadik issue aritu sbb aku sangat tak suke emas kuning. Aku nak emas putih. Dia cakap better emas kuning untuk cincin merisik dan bertunang.

*Lokasi: Foodcourt Carrefour Wangsa Maju. Situasi: Tensed atmosphere between us, cuaca agak mendung dan dijangka hujan tapi aku tanak nangis selagi terdaya sbb aku tanak dia wat decision sbb aku nangis lagi...*

Aku cakap, tapi masalahnye emas kunen tak cantek... Yyg tak suke... Buat ape kasik apa yg yayang tak suke...
Dia cakap, tapi emas kuning ada nilai, b nak kasik something yg at least bernilai untuk yayang.
Aku kata, biarlaa something tu lebey bernilai kat hati yyg, bukan bernilai sebab harga dia. Cincin tunang bukan nak jual semula.
Dia jawab, mmg bukan nak jual semula, tapi biarla benda tu bernilai. Nanti orang ingat cincin silver plak.
Aku cakap, rasa cam bukan wedding yayang je ni...

Mmg sangat frust masa tu, makan pon rasa pahit je cehhh, sbb macam, cincin kaler putih mmg idaman aku. Aku nak melalui semua ni based on ape yg dah cukup lama aku angankan dalam kepala ni.

Kaler emas kuning tu mungkin aku boleylaa terima walaupun kaler emas putih lebey menerujakan. Tapi masalahnye, design utk cincin emas tak cantek, especially yg within budget. Nak yg cantik kene ada berlian dan of course luar budget pulak.

Design aku suke jenis2 camni je... Aku dah tengok mmg ada bawah 1k.




Tapi smalam, bile slowtalk ngan incik sayang, dia kate, pekata untuk merisik dan bertunang beli je cincin emas kunen, untuk batal air smayang kawen nanti, baru beli cincin yg putih. (Walaupun hasrat sebenar beliau adalah nak kasik aku rantai time kawen, sbb kalo bagi cincin lagi dah jadi 3 cincin.)

Tapi, in order to achieve a win-win situation, aku rasa ok laa 3 cincin pun tiga laa, janji aku dapat idaman hatiku tu. Pastu incik sayang cakap camni, "Lagipun yang, kalau sayang pakai cincin emas kuning, barulaa nampak yayang dah ada orang punye... Kalau pakai cincin kaler putih, orang ingat cincin pakai saje-saje je...".

Time tuh baru ting! Barulaa klik ngan logika akal aku. Betul gak dia cakap. Okay, okay, okay je laa emas kunen tapi harap2 adalaa design cam gambar kat atas ni I hope... Tapi cincin kawen putih please... Eh nak jugak...

********************************************************

Balik Kuantan haritu, aku nak setelkan sebanyak mungkin persiapan sebenarnye, tapi rupenye mak aku plan nak wat tahlil gak malam tu. Soo kene masak2 laa siang tu. Tapi aku rasa restless smacam, so masa dorang masak2 aku tido dan tidooo terus.

Dalam half asleep tu, terdengar Kak Ni cakap, "Adik tu nampak tertekan sangat tu..."

Dalam masa yg lain, masa lepak2 ngan kakak-kakak aku, tetibe Abang Nuar datang dari belakang dan tetibe tolak bahu aku ngan ucapan, "Hoh!! Gigit kuku lagi skang???" Huhuhu serious tak sedar aku gigit kuku tu... Mmg sbb tengah resah pk macam2 maka mulalaa menggigit kuku tanpa sedar. Huhu. Hangen kejap ngan abang nuar wat aku terkejut bangettttt!

Pastu malam tu abang nuar ada check blood pressure dia, kakak2 aku plak sibuk nak tau blood pressure aku soooo aku hulur je aa tangan. Normal around 150 kan, aku time tu 130. Malam lepas bangun tido dah kureng rasa tension. Kakak ipar aku cakap, "Siang tadi mesti tinggi blood pressure tu... Huhu."

Gitulah, bottomline is mmg stress sebenarnye membuat persiapan ni. Anyway I'm lucky sbb bile aku rasa level stress dah mula meningkat, aku leh share kestressan ittew ngan ija yg sama2 paham prasaan stress nak wat persiapan tu... So in the end jadik neutral balik.

Dan I'm lucky I'm gonna tie the knot with the only person I'm really in love with... Sbb aku tau ramai gak yg kawen tapi dorang bukan really in love with that person. Tapi somehow ada jodoh antara dorang kan?

Okay, dah 6.30, waktu pulang. Ada yg aku nak cite lagi soal dugaan nak mendirikan masjid ni, next entry yeahhh. Till then, semoga urusan korang dipermudahkan jugak okehh!




You know you love me!

Wednesday, December 2, 2009

Safe Topics

Hari-hari pon pk mau apdet, tapi... Entah, rasa paranoid smacam laa kalo nak taip entry skarang ni.

Kalo datang time eksaited giler nihhhh nak taip macam-macam, dan most of the time mmg dah taip macam-macam pon, tapi bile baca smula, mulelaaa rasa macam-macam gak. Maka marilah kite save draft yg entah bile mau publish!

Tak suke orang judge itu ini kat aku. Dan tak dapat menerima kritikan orang yg menyakitkan ati. Itu laaa yg last2 kembali menaip safe topics, or safe entries, yg buat aku jadi tak puas nak berblog dah. Haihhhh. Nak taip blog as an anonymous terus pon tak bes. Jadi cemana ni? Ape aku nak sebenarnye ni? Hahahaha. Entahhhh, saje nak ngadu je tsk tsk.

Okay, mari menaip safe topics lagi dan lagi dan lagi... T_T

Okay, yeeee inilah pomander ball yg aku usahakan seminggu dua ni, ni yg test2 cucuk sebarang je:


Yang seterusnye ni plak dah cucuk kemas sket dan gantung. Tu pun cucuk kat span ijau patsegi yg dibentuk jadi bulat. Satu kuantan aku pegi, langsung tak jual polisterin bulat tu! Aummm!

Diameter bendalah ni ada laa kurang sket dari saiz pembaris panjang 30 cm tu kot T_T Leceh giler... Secoet ni guna dalam 55 kuntum bunge T_T.

Kak Da ngan Aju yg diharapkan untuk tolong buat bunga plak, tanak tolong... Dah aku jadi tak bersemangat nak buat ni, nanti nak beli bunga siap je huahuahua. Yelaa kalo aku nak 4 pomander ball, jadi silelaa kire berapa kuntum bunge aku kene wat tu??? Kire skangggg. Kak Da try wat tapi dia punye tak jadi cam aku buat, itu yg last2 givap. Mmg susah jadi the only one in the house yg ada skill buat bunge ros cunn nih. Yee, skill yg baru belaja 2 minggu yg lalu (-_-")..

Ini plak muke budak kecik 2 ekor yg dalam ketakutan sbb time ni ada 2 orang anak sedara aku ngan muke teruja giler, standby je nak terkam peluk dorang... Tsk tsk.

Dorang niiii aku angkut balik Kuantan. Sepanjang perjalanan bisingggggg je geram sangat sampai aku picit mulut dorang kadang-kadang. Huhu. Lenkali nak ikat plak, cam ikat mulut buaya gitu huhu. Sebbaik anak sedara aku bleh drive, so bile dia drive, aku bleh laa tenangkan kucen2 tu sekejap yakni seminit T_T. Pastu bising smula. Dekat Batu 11 barulaaa tido! Haha geram btol! Batu 11 tu, 8 batu je lagi nak sampai umah aku ye tuan-tuan T_T.

Pastu kat umah, mmg sepanjang masa laa dorang nyorok sbb takut kat orang lain. Haritu time aku kuar, kecoh satu family aku cakap dorang hilang sbb pintu depan bukak. Penat carik sekitar umah, dekat umah jiran pe sume, tadek bayang.

Aku dah risau ni, sbb dorang tu tak penah jejak tanah lagi, kang culture shock plak pastu orang amek ke ape. Pastu, bile aku sampai umah, dorang masey tak ditemui. Aku carik keliling umah tadek. Last2 dah penat tu, aku tergerak nak carik bawah katil dalam bilik. Bile panggil, 'Saaaaayanggggg'... Tetibe Ozzy muncul dari bawah katil sambil menggeliat!! Haha bawah katil je rupenye!

Katil yg sama, mak aku dah tengok 2x, anak2 sedara aku pun dah carik tapi tak nampak dorang. Rupenye dorang duduk kat tempat yg paling gelap, pastu si Ozzy yg badan itam kaver badan Izzy yg putih, tu yg konpem tak nampak bile cari! Huhu. Takut sangat kat orang... Takut tahap takmo makan takmo berak bile ada orang lain tsk tsk... Kesian plak.

Yang tatahan, before balik KL aritu, Kak Da cakap, "Alaaa dia dah nak balik, meh nak pegang sikit meh." Maka aku pun peluk dua2 tu then bawak kat Kak Da, pastu bawak kat Mak aku ngan ucapan, "Salam Wan cepattt..." Mak aku yg tak brape suke kucen pun suke giler kat Izzy sbb comey. Huhu SEJIBIK cam anak sendiri siotttt... Prektis nak ada baby nanti kui kui kui gatainyaaaaa! :P

Okay, masa untuk pulang. Arini setel satu issue, legeeeee sikit. Ni yg dapat taip blog ni, kire cam reward utk diri sendiri laa lepas berhempas pulas setelkan ABAP issue!

Entah bilelaaa dorang ni nak kasik aku berenti dari kompeni ni ek? Tsk tsk teringattt restoran Sabar Menanti kat Ipoh dulu. Ye, mmg sabar menanti sungguh beta ini! :D



You know you love me!

Tuesday, March 31, 2009

Ashraf Sinclair Yang Suka Menyanyi

Shi sudah msg yg dia akan amek kucen dia this Thursday. Sedey plak bile tengok muke kucen2 tu skang. Jage dorang mungkin boleh, tapi bile pk dorang akan branak2... Tak larat. And takdenye aku nak gi anta klinik nak kasi. Sbb once Shi dah anta kekucen tu ke kampung dia kat Klang, konpem kucen2 tu blur giler n tak terjage sbb dah terlalu banyak kucen kat umah mak dia tu.

**********************************************************

Smalam lupe nak cite sebuah cite penting, padahal taip blog sal nak cite sal tu la.

Ceritanye bermula ketika aku dalam perjalanan balik dari Kuantan ke Gombak. Aku ditakdirkan duduk ngan sorang anak ikan yg sungguh wow. Aku tak brani aa nak pandang sangat muke dia, tapi sebelum naik bas, aku nampak laa dia dari jauh peluk2 mak ayah dia. Nampak ayah dia muke cam Arab/Pakistan gitu.

So, bayangkan seorang yg umor dalam 22, tinggi2, putih giler n bodi baekkk punya, pastu duduk pulak kat seblah aku. He reminds me of ashraf sinclair. Pendek cite mmg gojes aah, walaupun biasanye taste aku badan tough2 je, tapi ini mmg agak kurus ah. So bleh kasik exception. Heh heh. Penin incik sayang bace.

Memule dia duduk tu, aku dengar dia cakap kat tepon, woww suara pun giler husky bes sangat. Oh bertuahnye aku. Pastu dia stat pakai earphone n ikut menyanyi sama ngan suara husky dia tu, dan aku pun teruja lagi.

Tapi sumer perasaan teruja tu tak lama, sebab nampaknye SEPANJANG PERJALANAN tuh dia terus menyanyi dan menyanyi!!!! Tau la ensem, tau la suara ko husky bes tapi ya Allah! Berapa kali aku terlelap, pastu tejage dengar dia tak abis nyanyi lagi, pastu terlelap lagi, pastu terjage dengar suara lagi, mulalaa stat rasa nak mengaum je. Gile annoying ok... Dia mmg betul2 nyanyi dengan besnye, aku dengar macam2 lagu, lagu ala spoon pun dia leh ikut, lagu omputeh, n kalo tak silap, aku ada dengar dia nyanyi lagu hindustan gak. Ya Allah! Pasrah!

Susah kalo orang dah prasan suara sedap sangat nih! Barula paham cemana prasaan ija bile dia cakap dia tensen dengar boipren dia menyanyi lam kete non stop wahahaha. I feel you ija, I feel you!

Itulah cerita penting kite buat hari ini. Skang agak bz tapi sempat menyelit apdet blog lagi. Okeh, later gladiatorrsss~

p/s: Warehouse sale tuh sungguh bes! Cekidaut! Hari first aku pegi, bantal lepak Jean Perry yg besar tuh, 30% off from original price. Smalam aku gi lagi ngan opismet, dah turun jadik 50% off plak, gile gumbira! Ada bantal biasa yg sold out, membe aku cakap, membe dia beli kat JJ $70, kat warehouse sale nih $20+ je. Mmg patutlah sold out. Kakak aku siap kirim dua bedsheets smalam. Arini kakak aku msg lagi cakap membe dia lak nak kirim lagi bedsheet. Maka mungkin aku kene gi lagi sat lagi :) Btw, henfon pon membe aku cakap murah giler.

Wednesday, March 25, 2009

My bedsheet wants to make an entrance.

Taraaaaaaa!


Mimpi pasti lebih indah lepasnih! Mashi yg rasmi sesiap dulu.

*****************************************************

Opis makin hari makin lengang. Kalo tak orang ni amek annual leave, orang tu pulak amek annual leave. Kalo orang sini EL, yg sana MC, yg situ lak AWOL. Nampak ngat sumorang protest ngan situasi skang.

Aritu, membe aku tunjuk fwd email dari PM, yg mengatakan dia dah request HR untuk panggil semula ABAPer indian yg dah kena retrenched haritu sbb tak cukup resource. HR pon approve. Bleh plak main tolak-tarik camtu? Stakat nih dah 3 orang dipanggil balik. Pastu, ngan 3-4 years of experience, they're willing to pay him 8k, 1k short of what they were paying him before.

That is muchhh higher than what the locals are paid!

Skarang banyak keje n current PM slalu tend to point HER fingers to ABAPers. Bile higher management tanye pesal this report and that report delay, dia awal2 letak nama ABAPer kat depan termasukla nama aku. So management terus anta email kat aku tanye apa pasal delay?

Aku terus cakap, on ABAP side dah lama siap, aku siap kasik date based on email yg sentiasa aku simpan for black n white, in case aku di apa-apakan. Cover-your-ass theory, remember? Talk is cheap, so kenela slalu pastikan kalo once dah siap keje tu, terus anta email kepada yg berkenaan n bukan cakap mulut je.

The thing is, sume report tuh dah submit to functional people like AGES ago, so sekarang the ball is in their court. Dorang yg kene buat functional testing tapi tak siap2 lagi sbb terlampau occupied sebab tak cukup orang. Sooo, lagi mau salahkan ABAPer. Haih kalo gaji naik tadeklaa rasa demotivated sangat camnih. Tak besss tak bess.

Oklah, I'm thinking of leaving early today. Probably like, NOW? Ngah ngah ngah! >:)