Showing posts with label Maikel The Scoot. Show all posts
Showing posts with label Maikel The Scoot. Show all posts

Monday, April 26, 2010

Lebai Malang

Tsk.

Harini naik Maikel setelah sekian lama tak naik. Chuck kene tinggal sbb minyak dia tinggal duaposen kot huhuuuu  *blushed*. Gile miskin bulan ni lepas balik Sabah... Sedar2 eh duit dah abis? T_T Eh ke tetiap ujung bulan pon camni? Sabah alasan je :D

Teringat citer Confessions of A Shopaholic yang aku baru tengok malam tadi. Totally relate! My favourite part that is soooo true - Ada satu part tu dia try saiko diri dia jangan beli anything kecuali betul2 perlukan kann. So dia suda berkenan ngan satu glove ni, dia pon rationalize ngan fikiran dia: "Do I need these gloves? Well it's almost winter, and... I have hands!" Hahaha tangan pon jadik alasan!

Ok berbalik pada kisah lebai malang. So aku pun menaiki maikel ngan gumbiranyaaa sbb dapat rasa angin berpuput lembut ketika menyusuri DUKE hiway. Lama tak rasa angin menderu camni. Tambah seronok bile orang fewit fewit lagi dekat traffic light. Eh vogue lagi rupenye (padahal orang fewit kat scoot bunga2 T_T) Kalo naik chuck tadek orang nak kacau2 time drive kann :D

Seronok seronok seronok sampailaa ke satu selekoh... Adalaa bumper kecik ni, tiba2!! Sedar2 kunci maikel tercabutttttt dan terpelanting ke atas jalan raya. Huwaaaaa! Cemana nak brek tetengah jalan, cemana??? Dahlaa tadek bahu jalan... Kunci tu tercabut sbb aku gune kunci spare, kalo kunci ori, dia melekat jeeee takkan cabut2 punye.

Dan kunci yang jatuh tu sekali ngan kunci umahhhh.... Dan huwaaaaa lagi!

Soooo dengan gigihnye aku uturn punyelaa jauh, 2x lagi aku uturn carik kunci tu tapi tadekkkk. Huu mana dia nyorok?? Sudahnye, dah lambat nak gi keje sbb main2 uturn camtu, soooo aku givap n decide nak terus pegi felcra.

Pk2, balik nanti tumpang membe je laa, kunci umah pulak tunggu housemate balik. Anak sedara aku dah selamat balik Kuantan seminggu! Tapi halfway nak gi felcra baru teringat, cemanalaaa aku nak matikan moto ni nanti? Cemana? Hahaha. Pandailaa aku korek nanti T_T

Sampai2 aku terus gi tempat basuh kete murah 6 hengget tu kat brader yg basuh kete tu. Dia tengok aku ngan muke kompius, sejak bile kat sini ada pompuan naik scoot? Ngahaha. Aku mintak dia tolong matikan enjin scooter aku, pastu dia plak mintak ada orang felcra ni matikan enjin gune kunci kete dia. Sukses! Tapi pastu kene gelak ngan dorang T_T Malushnyeee hahahaaaaaa T_T

So maikel bakal bertapalaa kat situ seminggu, sbb kena tunggu anak sedara aku balik dari Kuantan minggu depan baru dapat amek. Ngeee nasib kaulaa maikel dapat tuan camni T_T

Akhir kata, gaji tak masuk jugak lagi ngrrrrrrr! 




Jaga diri & stay pretty!

Thursday, August 27, 2009

Abdul Mangkuk

Maikel kelmarin ditemui dalam keadaan masey belum cacat anggota :D

Kelmarin terpaksa call ABDUL KARIM gak sbb number2 lain yg tampal kat tiang jejambat tuh dah tadek lam perkhidmatan laa tak angkat laa ape laa. Dia cakap anak buah dia dah otw, tapi dah tunggu sejam camtu tak sampai2 gak!! Dahlaa setiap kali tepon, nak letak cepat2! Gerammmmm!

Setelah setaun menanti, anak buah Abdul Mangkuk tak sampai2 gak.

Yee, gambar tangan lagi. Geram bile nk amek gamba dia je, statlaaa buat muke alien dia tu. So silelah imagine je muke dia cemana daripada gambar lengan yg patik kepilkan ni ye T_T. Scary giler parking teksi kunen incik sayang tepi hiway camni. Sumer laju tak hengat tsk tsk.

So last2 pegi carik bengkel berdekatan (jauh ekceli), bebudak tu pun pegi ngan motor diorang pastu bawak motor aku dengan cara 'menompang kaki' bawak ke bengkel. Ting tong ting tong, kene charge $195 wahaha there goes my budget for baju raye cun this year!

Mmg seperti diorang duga, belt tu yg putus. Legeee... At least bukan sbb engine ke ape. Ada laa mende2 lain yg rosak, cam terhakis gitu, so tukar terus laa. Dalam kes aku ni, belt tu bukan setakat putus - dia dah 'berderai cam jerami', to quote ayat incik sayang :D Adik bengkel tu cakap, "Belt skuter ni macam rantai moto jugak, kene service. Dalam 10k camtu, orang biasa tukar baru." Aku ooooo je laa sbb dari utp sejak 2 tahun lepas taknah tukar pun (-_-")

Soooo, smlm aku gi ameklaa moto tu kat area Kampung Sungai Ara, kelmarin tu tak laratttt tengok muke incik sayang yg dah bagi reaksi muke pelbagai sbb dahaga n penat sangat menunggu tetengah panas. Walaupun dia kate issokayyy issokayyy, tapi ishk2. Sian sangat dia, aku tak pose takpe... So aku ajaklaa dia balik je, lagipun aku lupe bawak helmet. Dari pagi keluar sampai pukul 3 tak setel2. So mari kite chow. Tinggal je maikel kat bengkel.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Aku tak apdet2 sal kompeni uk tu kan? Haaa konpem tak dapatlaa kirenye tu, walaupun agent tu tadek call pun, walaupun yo-yo je janji nak call aku bagitau dapat ke tak. Chait. Bukan rezekiku dah tu... :( Aku sangat terasa diaorang tak hire aku sbb dia ada cakap camni, "My only concern is that, u said ideally you would be working in an end-user environment. Because our company is a consultancy company."

Sebelum tu dia tanye, "Ideally, where would you be working at?"

Pastu aku ada la justify cakap, "Yeah I know this is a consultancy company, but Malaysian office is for support only right? I am ok with support."

So berdasarkan tele-conference interview di atas, hatiku kuat mengatakan yg aku tak dapat that job sbb diorang risau i don't have the passion for consultancy business. Alaaa aku ekceli flexible je, i mean dah dia tanye 'ideal' cemana kan, aku jawablaa end user, sbb pk bile dah kawen nanti takyah travel2 mengikut office client kat mana kan, macam consultancy. Hadei terlajak kata buruk padahnye...

Ok btw, here's a tip yg aku terbaca somewhere, tapi malangnye dah lepas interview baru terbaca.

Kan biasanya interviewer akan tanya, "Do you have any question?"

Sile jawab camni, "Yes, can I have this job? Because I really think I could do well here!" Bammm, laki yg jawab soklan ni terus dapat job tu. Sbb it's catchy, n dorang terus nampak how badly we want the job. Sile try ye lenkali ;)

Wokey, today Aju n Kak Da datang shopping2 sket then kidnap aku balik Kuantan cuti merdeka. Yezz! Mariiiiiiiii ikut kami!



You know you love me!

Wednesday, August 26, 2009

Oh Maikel! (Bukan Jeksen)

Smalam, dah laaa punye malas nak pergi client kat Shah Alam tu, sbb aku kan dah dengan projek Kongpoh. Tapi memandangkan client suda call n sms n email bertalu-talu, maka terpaksa pegi laa jugak, sbb yg lain tolak2 je kat aku, and CFO pon buat diam je bile client email dia. So okkkk fineee aku pegi.

Lagi satu aku malas sikit nak gi Puncak Niaga ni sbb memikirkan Encik Maikel tu ada satu macam rasa tak bes dia bila aku bawak skarang, macam semput kekadang. Bunyi pon dah tak macam dulu, macam bunyik pecah gitu. Nak naik public transport sangattttlah leceh dari Gombak - Shah Alam ni. Kena naik skuter - lrt - komuter - teksi. Ngeee. Gi kongpoh tadek problem, sbb gi ngan housemate aku ngan kete dia tiap2 hari sekarang, kebetulan sama projek.

Sooooo, smalam ape yg aku risaukan dah jadik. Dah rasa semacam, sbb bile aku nak accelerate, dia macam reluctant, so aku terpaksa bawak dalam 80 camtu je. Tetibe time ngah menikmati perjalanan kat highway tu dengan jayanya, dia jadik makin slow then last2 tanak gerak. Engine tak mati pon. Tapi dia taknak gerak haha how random is thatt. Makaaa tersadailaa aku tepi hiway tu sorang-sorang. Wuuu.

Nasib baik ngam2 bawah jejantas yg dia lukis gambar payung tu, so agak selamat aah. Nak tolak bahaya, sbb hiway tuh sumer laju, pastu jauh dari kedai2 ke ape. Bnyk nombor 'repair moto' or 'tayar pancit' kat tiang jejantas tu, so aku call laa salah seorang tu yg bernama ABDUL KARIM.

"Hello, boleh saya cakap dengan Abdul Karim?", aku tanye sbb dengar suara orang yg angkat tu cam suara seorang makcik tua T_T

"Yaa, bercakap."

"Moto saya, rosak ni kat tepi highway, boleh datang tak?"

"Dekat highway mana?"

"Erk saya tak sure la pulak. Ape aaaa. Banyak tempat ke encik tampal iklan ni?"

"Highway ada banyak... Federal? PLUS? NKVE?" Cehhh, dia ignore soalan beta ye.

"Aaaa, jap ngah pk, saya tau ni, tapi saya tak sure-"

"Okay, tanye dulu orang lain, tu hiway ape, pasni call saya balik."

"Tapi sini tadek orang-", blom sempat aku abiskan ayat, zassss, dia terus letak fon! Alhangennyierrr! Mana ada orang lepak2 tepi hiway woiiii! Hampehhhh!

Yang aku pun, panic punye pasal, boleh terlupe lakkk hiway ape??? Lempang diri sendiri laj-laju! Dok teringat PLUS tapi rasa macam salah. Seminit kemudian baru teringat NKVE!!! AAAAAAAAAAAAA geram ngan memory ni yg makin teruk ke hape ke banyak makan semut ke banyak ngintai orang mandi ke ape aaaaaa! Tapi mebi gak tak ingat sbb aku nih jenis tau jalan tapi nama2 sumer ni aku tak amek port, lagipun ni bukan jalan gi opis cam biasa, ni jalan ke opis client! Fuhhh trying so hard to justify myself! T_T

Soooo, last2 aku tinggal je moto tu kat bawah jejantas tu SAMPAI SEKARANG sbb malas nak pk sbb rasa serabut semacam, yg aku tau, nak sampai Puncak Niaga je n setelkan issue dorang. Sooo, aku mintak housemateeee gak dari Kongpoh tolong amekkan aku, then kitorang sama2 gi Puncak Niaga, then issue setel lam kol 4, chow semula ke Kongpoh. Ngeee.

Smalam pening pk sal ni, takkan nak sewa lori sbb lori mahal sangat. Nak tolak susah. Nak panggil orang bengkel, biasanya dia tak layan datang2 ni huwaaa. So aku jadik malas pk. Time incik sayang risau2 petang smalam n call aku, aku jadik ter-moody lak sbb seriously, aku takleh multitasking pk sal moto rosaknye, dengan rumahnye yg bakal kosong sbb housemate yg baik giler dah nak pindah Khamis ni, dengan umah yg dah tadek peti ngan mesin basuh, dengan kerja opis lagi. Time2 camnih mulalaa rasa nak dekat ngan family, where such things will be taken care of and I won't have to worry! :"(

Tapi malam tu before nak tido, aku cakap kat incik sayang, "Yang... Orang teringat laa kat moto orang..." Ceh padahal petang tadi dia gak yg tanak diskas sbb moody. Ngee.

"Tulaa... B pun teringat ni! Esok kite pegi carik orang bengkel ye..." Huhu terharu bangettt.

Lately nampak sangat kasey sayang dia kat aku :") Dulu mmg dia cakap dia sayang gak, tapi macam hesitate sket, macam tak lepas. Maybe sbb selalu gado, so dia jadik insecure kot. Laki pon akan rasa gitu what. Mereka juga takut2 nak kasik chenta sepenuh hati sebab takut dilukai. Eceh. Skang nih, dia bagi tak agak-agak dah hahahaa. Dia dah banyak berubah for the better, and aku pun rasa aku sama, it's mutual. Skang dah bleh kontrol amaroh, takdelaa time tensen je terus mintak putus cam dulu, tsk tsk. Jiwa mudaa...

Malam tadi dia cakap, "Taktaulaa B jadi cemana kalo takde yayang... Jangan tinggalkan B tau...", aku cam omg, dia taknah cakap camni, bayangkan this is coming from someone yg rock uuu tahap nyanyi lagu2 hantu tak-jelas-biji-butirnya pastu beraksi ganas di atas pentas. Kalaulaa dia tak kisah aku tempek link utube dia time dia perform aritu (ke, tak kisah? :P).... Ohhh dan ooohhh lagiii...

Soooo, nih aku ngah tunggu dia datang, nak tengok maikel ada lagi tak bawah jejantas, ataupun dah cacat anggota ke ape. Wuuuuu sayang maikel tu! Walaupun ada problem tsk tsk.

Gotta go!


You know you love me!

Wednesday, June 3, 2009

Chain All My Ankles To The Sky

Adei! Betapa mengantuk dan stuck peringkat ke-18 dah! Saya putar lagi lagu Butterfingers - Delirium, untuk kali ke 18, Kieran! (Bes lagu ni, lama tak layannn!)

Aku masey di sini - Puncak Niaga. Ingatkan smalam dah dapat balik opish yg dah dekat sebulan aku tak balik tu. Tapi lepas client training last Friday, dapat lagi sebakul amendments perghh syabbas betta. Client pompuan biasala, setiap kali jumpe musti ada yg brubah punye. Tapi dia ok. Pastu ada gak aaa error yg menerbitkan diri sbb salah aku gak, unforeseen errors yg bile ramai2 test dgn macam2 senario aritu, barula nampak error kat mana...

Muke musti kontrol tenanggg bile duduk sebelah consultant .NET walaupun kepala berkecamuk di dalam siapa yg tau. Di samping itu, nak pose ngan baju Rozana yg dah lama didambakan, tapi rasanye pasni dah tak pakai sbb baju ni sesuai utk orang kerempeng je dan bukan badan voluptuous cam gwe ni wakakaka gelak dengki!

Sooo, kelmarin boss German aku suda datang n bincang2 ngan client tuh. Ended up boss aku cakap, dia kene charge dorang for at least 3 days, sbb requirements dorang dah wayyy different than ape yg dorang requested initially. Sblm ni free sbb dalam support phase, tapi nih, dah banyak customization sangat kan. So at least pasnih kalo dorang nak suruh ubah itu ini, mungkinlaa akan berpk 14 kali dulu sbb sehari aku kat sini bersamaan 1k+ dorang kene charge. Keh keh gelak evil.

Seterusnye, citer miscellanous bergambar.


Wiken lepas buat strawberry trifle sbb sangat tergoda tengok gambar bendalah ni dalam blog mak Hanis Zalikha, tapi malangnye aku tadek mangkuk casserole, sooo, pakai tupperware je demi mengamalkan konsep wasatiah!

Benda yg aku tampal kat Maikel nih mengundang komentar seperti di bawah ini daripada one of the Polis Bantuans aka Pak Gad kat Syabas nih:

"Betul ke yg tampal kat motor tuh?? Ramai dahhhh interested nak hantar payslip tadi, kitorang ingat nak lekatkan kat situ kitorang punye payslip. Hehehe."

Sejak tu kalo aku bertembung ngan Pak Gad tuh kat memana, musti dia dari jauh dah gelak cam nak kene lempang je! Haha sabaaaa je!

Last skali, layannnn je gambar kucen kesayangan aku tengah tido!


"Nyamannyierrr!"

Oh! Sebenarnye stat nak taip blog tadi sbb ingin memuntahkan rasa cuak kene roadblock polis tadi dalam pukul 10 am lebey huwaaaa! Aku kan slalu pegi lewat. Aku ada cakap tak, Maikel tu still under nama membe aku, so, bile kete dia kene saman, ngan moto2 aku skali takleh renew roadtax! So, aku bawak moto ke hulu hilir sejak bulan 1 aritu dengan roadtax mati laa. Adoi.

Aku dah cakap kat membe aku, dia kate nak bayar tapi tak bayar2 lagi. Aku ada offer nak dulukan duit aku tapi dia beriya tolak, so fine lah. Alih2, dah 5 bulan bertangguh ni. Aku segan nak ingat2kan dia lagi, just harap sekarang nih, 'edah' kete dia cepatttla sampai, so dat dia kene bayar saman in order to renew her roadtax... Skian trimas kasssis.

Ok sambung crite roadblock tuh, nih sume happening at laluan motosikal federal hiway tuh. Ngam2 kat satu selekoh dah dekat2 Shah Alam, tetibe polis block jalan then suruh sumer moto park kat tepi jalan. Hadoiiiii cuak jangan cakaplaa time tu, ketar lutut buah pinggang pe sume sbb takut Maikel ngan haku-haku skali kene angkut naik lori polis huwaaaa tapi kontrol muke tak bersalah haa amek taip ayat panjang2 sederet cam Jep wakakaka.

Time ngah tunggu giliran kene cek ic/lesen/roadtax tuh, aku tetibe dengar polis belakang aku panggil, "Dik, dik." KONPEM AKU DAH TAK SELAMAT NIHHHHH!!

"Ye?", aku tanye bliau.

"Adik jalan je terus."

Skali dia suruh aku blah bebb! Just imagine, what are the odds that sumone yg dah kene tahan utk roadblock tetibe polis suruh blah sebelum check ape2?? Giler laaaa. Aku rasa sbb nampak jelas aku pakai baju keje kot. Giler bernasib baik aku laa. Maha Suci Allah yg selamatkan aku. Mmg boleh kate tetiap kali naik Maikel aku doa kat Dia, selamatkanla aku dari roadblock and the likes sbb aku niat btol2 nak pergi kerja, bukan nak bersuka ria. Lainlaa kalo aku tetibe gi disko ke, mmg patutlaa aku kene tahan pon tsk tsk.

Ini dah second time aku lepas roadblock since tadek roadtax nih. Few weeks before, polis tu mmg kat tepi jalan tapi dia tak suruh aku berenti pun, dia tenunggg je muke aku, aku pun tenunglaa balik. Dalam hati dah siap baca satu al-mathurat dahhhh glabah punye pasal, akhirnye slamattt gak. Semua gerak hati polis tuh, Allah gak yg tentukan. MasyaAllah.

Okeh, gitulaa liku2 hidup yg aku harungi slama aku diam nih cewahhh. Pasal kerja, aku dah rileks je tak beriya carik keje lain pon, tunggu company XXX tuh je ngan some other unsolicited applications yg aku anta kat kompeni lain.

Aku bertahan je dulu, takmo risau sangat ngan kegawatan nih, Allah ada kalau aku susah nanti, rezeki aku bukan kat tangan orang lain, lagipun at least aku masih ada job skarang nih unlike orang lain yg jauhh lagi susah dari aku, nak makan pun susah... Cuba layan artikel pasal isu gawat nih, tersentuh sangat hati aku yg banyak whining tentang nasib diri sendiri yg tak seberapa nih... Orang lain tadek duit sampai tahap kene kasik anak kecik minum susu tin F&N je tsk tsk...

Til then, dari aku yg tercungap2 di tempat orang nih...


You know you love me!

XOXO, girlfriday

Friday, May 22, 2009

Pampered Weekdays & My Unsung Hero

Seminggu kakak aku kursus kat INTAN n dok kat Peninsula Residence, seminggu jugakkkkla beta lepak sana as a freerider wakakaka. Tapi hotel nih servis teruk, makanan sgt tak sedap, tisu tak topap etc etc, so takyahlaa datang sini kalo bukan free ye. :P

Tapi yg pasti, pool dia world classss, suke bangettt! Betul2 kat ujung bangunan, kat tingkat 12.

Feeling kat Trump Tower, wahha!
Kat bawah tu Jalan Semantan yg walaupun 3 lorong, tetap bizi jugakk.

Ok yang ni saje tunjuk aksi berani mati berdiri kat ujungggg tingkat 12. :D

Dipersilakan tengok kaki je ye, model plus size diatas takmau over exposed! Wakakaka. :D Ok time photoshoot nih, kakak aku sporting lagi, tapi pastu ada aku wat aksi duduk sambil mengadap ke arah pokok ngan kaki juntai2 ke bawah, akak aku dah bising giler dah, "Pegang tepi tu! Tangan tu pegangg tepi!!", betul2 naik suara n marah kat aku cam marah anak dia! T_T Wuuu. Terus turn offf nak posing lebey2. Ai knoe dia risau, tapi, alaaa masih ada space kat depan tu. Tengok gambar ni:

Keh keh. Kakak aku je panik lebih2...

So, harini dah check out pe sume, kakak aku pun dah balik Kuantan. Malam tadi aku susah nak tido sampai kakak aku terjage, pastu dia tanye, "Susah nak tido ke dik?"

"A'ahhh la..."

"Meh nak ulit tido."

Aku ingat dia nak dodoi2 n pok2 aku, rupenye dia garu blakang. Mak aih besnyeee, tak penah merasa bes seperti itu sejak dah besar2 nih!! Terus mata lali2 je wahha!

Sooo, konpem laki aku bakal digaru belakangnye malam2 supaya dia tak carik lain pastu addict tido ngan akuuuu je sepanjang hayat! Wuhhu!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sebenarnye just nak cite, tadi maikel wat hal tanak hidup... Ya ampun. Tapi pastu boleh jalan, cuma bile baru2 nak jalan tuh dia cam slow banget 10km/j. Malunyier saye. Bile dah dapat momentum tu, baru dia leh laju. Masalah hape aa? Timing belt ke? Time2 ujung bulan ni laaaa ko nak bertukar belt wahai Maikel... T_T

Pastu tepon tercampak tetengah Duke Highway, sebaik laaa sempat aku selamatkan sebelum kene gelek walaupun rasa nak tercabut nyawa berlari ke tengah highway tu ngan kete, lori laju cam gaban. Arghhh! Anyway, I still live to tell the tale! ;)

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Ohhhh, lupe nak cite! The other day, Incik Sayang telah menumpaskan seorang peragut dengan jayanye! Hinss hinns! Laki sapeee la ni ek! :D

Cerita bermula apabila bliau kuar dari opis ngan penat banyak keje n tak cukup tidonye, pastu bliau lalu dekat2 Domino's Ampang Point tuh. Ngam2 ada sorang pompuan chinese kene ragut ngan sumone yg bawak moto. Incik Sayang terus letak beg laptop ke tepi (sempat tuh) pastu dia kate dia wat 'closed in' (ini term lam wrestling nih, aku paham tak paham je ni tapi nak gak bercerita) kat peragut tuh kat leher dia, so terus laa mamat tuh jatuh moto.

Tapi tangan incik sayang masey tak melepaskan leher peragut tuh sampai dia terpaksa fight for his breath! Ganasss tol, mentanglaa beruang! :P Pastu time tu laa incik sayang cakap, dia bajet mamat tuh Myanmar sbb masa dia menjerit2 kesakitan tuh, dia mumble perkataan pelik2 padahal muke cam cina je.

Pastu dah ramai orang serbu, incik sayang pun lepaskan tangan dia, and leave his fate to the crowd. Mmg sume pakat2 tendang kepala mamat tuh la.. Tsk tsk. Lalu heroku pun berlalu pergi utk cepat2 sampai umah, gayut ngan aku jap, then tidooo. Hehe.

Okay, tuh je yg perlu diwar-warkan utk hari ini, hohooo. Oh btw, this Sunday Ija datang sini lagi sebab ada interview kat sini! Gaji pun masyuk. Aku rasa bliau senang dapat, sbb mann isn't she good with words? Mmg gemini slalunye camtu, senang influence orang. Kalo dapat sini akulah paling gumbira sbb bleh jadik housemate semula... :)

Okay, later alligators!


You know you love me!

XOXO, girlfriday