Showing posts with label The Spy I Love. Show all posts
Showing posts with label The Spy I Love. Show all posts

Monday, June 20, 2022

Sayang Turned Ex

Semalam Izal spam message aku. Dia hantar 67 stickers. Semua stickers marah-marah. Tak pernah-pernah camtu. Datang gila dia la tu. Perangai macam budak-budak main spam-spam pulak.

Dia tak tau aku dah off notification dari dia. Kalau tak, non stop bunyi fon tu tetengah malam tadi. Aku geram aku reply sebaris je pagi tadi - "Ijai gila".

Pastu dia reply.

"Suka hati kata org gila
Mentang-mentang dah nak kawen
Ada bf baru diam-diam
Buat seronok"


"Dah spam msg kot
Memang gila la 5 tahun lebih bercinta taknak kawen
Dah ada orang lain cakap je la.. Bukan orang takleh terima. Ni dia buat diam"


Sapa yang ada orang lain!

"Abglaaa
Nape hilang 5 bulan
Nape tak call
Nape berubah?? Janji nak sampai bila-bila dengan Syg!!
Nak buat jadi spare part je baik takyah"


"Cakap elok-elok sikit ya
Cakap elok sikit"

Sebelum tu dia dok ulang tahniah, tahniah kat aku. Aku geram aku jawab, "Terima kasih ex ku." Pastu dia start main-main sticker marah-marah. Bila aku diam tak reply tu yg dia spam sticker bebanyak. Geram betullaaaaaa!

Itulah perangai Izal. Tak pernah boleh discuss. Bukan nak discuss elok-elok dengan aku. Sampai ke sudah aku tatau apa cite dia hilang 5 bulan tu. So nak tunggu lagi orang macam tu? Dia ingat aku tunggul? Selama ni aku sabar dan setia, dia ingat aku akan selamanya sabar dan setia? Kot tak kerana ko tu hensem dan baik, dah lama aku angkat kaki.

Padahal aku ni bukan jenis tak rasional punya orang. Dah terlebih matang kot bkn macam waktu muda-muda dulu. Aku sedia je nak dengar explanation dia, tapi sampai ke sudah dia buat tak reti. Terlalu bersangka baik pun payah. Ija cakap, "Anda ni dah macam-macam dia buat kat anda pun anda masih nak pikir baik pasal dia." Yelaa selama ni aku sentiasa bagi excuse kat dia sebab memikirkan nature of his job tu. Tambah-tambah masa baru kenal 5 tahun + dulu tu dia ckp dia tak pernah kekal lama dengan girlfriend dia sebab dorang tak paham keje dia.

Aku malu sangat-sangat sebenarnya nak cerita yang Izal buat camni kat aku. Aku ingat nak tinggal terus blog ni haritu. Tapi ada time aku rasa nak kongsi dan meluah kat sini. Itu yang aku update semula. Cemana aku bleh bodoh sangat percaya dia selama ni? Aku ni dah tua la, tak sesuai dah nak heartbroken bagai ni. Banyak sangat red flags I chose to ignore sebab dah sayang sangat.

Skang kat Yam pun walaupun kecik lagi aku selalu dok ulang, "Jangan salah pilih laki dik.. Merana seumur hidup. Bawak sampai ke mati." Sebab dia selalu jadi saksi aku menangis kat dapur, bangun tidur, takde angin takde ribut tetiba menangis, mcm org gila for the first few months tu. In fact lepas setahun ni pon aku rasa tak okay lagi. Sampailah aku kenal bakal suami ni aku rasa barula improve sikit level kewarasan aku tu. Sebab dia baik sangat-sangat kat aku. Dah la encem hihi.

Izal camtula, dengan ego setinggi langit dia tu, dengan tak pernah mintak maafnya, walaupun aku bagi ruang dan peluang sekian lama dah. Eh sakitlah cerita pasal dia ni. Malas nak ingat. Baik aku cite pasal bakal suami tu kan. Nantila aku cite pasal dia..





You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, June 15, 2022

Strangers Again

Lama dah aku janji nak update kan. Tapi tak update-update.

Harini, baru jap tadi aku rasa sedih sangat.

Aku message Izal tadi, "Abang, lepas ni kita tak boleh message dah."
Izal jawab, "Awat? Pasai apa?"
"Sayang dah nak nikah.."
"Whattttt???? Dengan sapa?"
"Dengan orang yang Sayang kenal tahun ni. So lepas ni takdelah Sayang ganggu Abang dah.."

Pastu dia diam sampai sekarang.

******************************************

Aku yang nak kawen kan. Tapi aku yang lebih sedih dalam cerita ini dah kenapa..

Banyak yang dah jadi since dia MIA haritu. Yang pasti aku dah banyak menderita. Nasib baik ada kawan-kawan baik as support system. Allah je la dapat balas jasa dorang kat aku.. Banyak sangat jasa dorang. Kalau tak mau gila dah aku mengadap perangai Izal ni.

Aku dah tak mau tunggu dia. 5 tahun lebih dah. Umur pun bukan makin muda. Dia ada balik Malaysia bulan puasa baru ni. Tapi sayangnya masih takde discuss pasal future kitorang. Aku give up.

So rasanya dah sampai masa untuk aku move on..



You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, April 7, 2021

Pulang

Lama sangat aku tak menulis. Sejak PKP  haritu la kan. Tak masuk office jadi takdenya aku nak mengadap blogger kat rumah..

Masuk blogger semalam aku tengok views untuk latest post aku 'Di Persimpangan' tu kemain ramai! 10x than normal. Start dari November last year. Kenapa ntah? Sebab blog ni banyak abandoned je kan.

Recently aku dah masuk office everyday semula. Jiwa tengah sesak, itu yang teringat blog ni...

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Izal has been gone for 43 days.. No news at all. Sikit lagi dah nak gila aku ni. Tak pernah-pernah dia menghilang lama-lama macam ni. Tak pernah. Dia sentiasa balik pada aku. Kalau dia hilang few days pon aku dah resah.. Ni pulak 43 days. Ya Allah. Aku dah tak tau nak fikir apa. Jenuh dah aku message n call takde balasan nih..

Sakit gila dada ni. Literally. Anytime je bleh menangis. Bila wiken Yam takde dengan aku memang keje aku terbaring dan menangis je. Aku sibukkan diri tapi bila sampai waktu tidur tu waktu yang paling perit aku nak hadap. Ingatan ni pada dia je.. Bangun tido sambung ingat dia. Mimpi pun mimpi bunyi message dari dia.

Allah belum mau kabulkan doa aku. Aku mintak petunjuk keberadaan dia tapi belum tau apa-apa. Bila dah terlalu lama dia menghilang ni aku sangat risau fikir keadaan dia cemana. Aku tak sanggup nak fikir kalau apa-apa jadi pada dia. Kadang fikir sanggup lagi kalau dia ada orang lain daripada apa-apa buruk jadi kat dia. At least aku bleh move on n benci dia.

Ini tak. Dia hilang time masing-masing tengah sayang n rindu sangat. Takde gado langsung. Last before dia menghilang 23 februari tu, baru lepas birthday dia 16 februari. Last dia contact tu, dia bagitau aku dia baru balik dari laut, kaki sakit gila. Dia tunjuk gambar ada kesan calar panjang kat betis dia. Cedera time keje kat laut. Dapat MC 2 hari. Tu lah last aku dengar berita dari dia..

Kalau bkn sbb sempadan tutup ni aku dah pergi balai polis sana cari dia. Aku cuma nak tau apa jadi. Kot kalau dia buat hal tetibe dah kawen ke dah ada org lain ke, biar la aku tau n hadap. Tapi I doubt it sangat-sangat. Sebab kenal dia 4 tahun ni dia bukan jenis camtu..

Dalam kepala aku sepanjang 43 hari ni pk macam-macam kebarangkalian based on cerita-cerita dia sebelum ni.

1. Dia pergi ke laut n stranded kat pulau sebab bot rosak dan tunggu bantuan sampai.
2. Dia masuk hutan dan berselindung di sebalik gunung.
3. Dia ke negara lain dan dapat arahan untuk tutup data kat phone.
4. Phone dia rosak dan kena tunggu government betulkan atau gantikan yang baru, which takes time.

Skang aku harap sangat dia involve dengan satu OPS yang sangat lama, yang waktu stand down OPS tu tak tau bila.. Stand down tu mcm waktu OPS ditamatkan bila keadaan dah betul-betul selamat dan selesai.  Yg pasti OPS tu samada kat laut atau hutan sebab dia tak dapat access phone dia ni. Biasa kalau dia ke laut, phone dia akan tinggalkan kat office sebab manade line kat laut. Aku harap sangat dia menghilang ni sebab kerja. Sebab right before dia menghilang tu, elok aku dengar kat radio, kawalan kat sempadan negara akan lebih diperketatkan.

Teringat apa yang aku sembang dengan dia aritu time dia ada just before dia hilang ni.

"Abg.. Syg mimpi tak bes pasal Abg.."
"Syg Abg mimpi apa?"
"Mimpi tak bes.. Tak elok cite kan.."
"Ala bagitau je la Syg mimpi apa.."
*tukar topik*
"Syg mimpi apa kat Abg.. Ckpla.. Syg mimpi Abg mati ya."
"๐Ÿ˜ญ Ya.. Syg mimpi time tu kat majlis nikah kita dah. Tetiba ada kawan Abg dtg ckp Abg dah takde.."
"Ermm... InsyaAllah takda apa tu.."

Sedih pulak bila ingat semula ni... ๐Ÿ˜”

Mintak sangat Allah lindungi dia.. Kalau dia tengah dalam kesusahan aku mohon Allah keluarkan dia dari apa jua kesulitan tu. Kalau dia tengah sakit mintak sangat Allah sembuhkan sakit dia. Mintak Allah panjangkan umur dia dan ada jodoh kami bersama. Aku rasa dia last dah ni.. Kalau tak jadi dengan dia aku rasa aku dah malas nak mula lagi dengan sesiapa. Dah tua.. Mungkin dah tersurat nasib aku sendiri je takde pasangan sampai hujung usia nanti. Jadi aku tak boleh berharap banyak..

Tolonglah doakan Izal selamat.. Aku dah tak tau nak usaha macam mana lagi ni. Apa aku boleh buat cuma tunggu dan sabar je.. ๐Ÿ˜”

Kalau ikutkan apala sangat penantian 43 hari aku berbanding penantian 61 tahun Che Tom dari cerita Pulang tu.. Tapi bezanya yang dia tunggu tu suami dia. Aku ni ikatan apa pun takde lagi.. Tapi sekali dah bagi hati dan perasaan tu kat someone, macam ni lah aku ni.. ๐Ÿ˜”




You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, September 22, 2020

Radhi OAG - Sentuhan

Pagi tadi dapat satu notification kat youtube. Aku ni tak aktif mana pun kat Youtube tapi kadang-kadang ada la drop comment.

Lagu ni lagu lama dari kumpulan rock kapak Desire masa aku kecik sangat lagi tahun 80an.. Tapi yang aku dengar ni versi Radhi OAG nyanyikan semula. Bes..

Kat situ aku nampak ada satu komen ni rasa macam meruntun jiwa sangat. Kena pulak dengan time tu aku tengah sedih dengan Izal. Time ni la Izal ignore aku sebulan sebab Aidee. Hence the comments. Tau-tau pagi ni baca ada org komen cakap dia tertunggu sambungan dari kisah aku.. Hihi. Ni aku screenshotkan komen berkenaan je la sebab banyak lagi komen kat komen brader ni.



Nah.. dengar la sendiri lagu dia. 


 



You know you love me! XOXO,

-Scha



Tuesday, September 8, 2020

Filling The Void You've Left Behind

Aku dah install semula Tinder out of boredom. Tak kisahlah orang cakap itu hookup apps ke apa, bagi aku apps tu baik ke buruk atas cara kita guna. Aku install tu sebab mirc dah takde HAHAHAHA. Aku cuma nak chat-chat je. Kalau sunyi sangat especially weekend tu boleh gila woi.

Yang tak tahannya, tak lama lepas install tu boleh pulak ex colleague aku Zain whatsapp aku screenshot Tinder profile aku diikuti emoji gelak.

"Wah layan Tinder ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚", dia tegur aku.
"Hoi hahahaha."
"Kantoi."
"Eh single, apa salahnya. Ko tu layan Tinder watpe ๐Ÿคฃ"
"Aku saje je. Ko cari skandal eh."
"Oi aku single. Skandal apanya. Nak sembang je. ๐Ÿคจ"
"Yeke? Jangan memain.."
"Bagitau bini ko, ko masuk Tinder.. Hahaha."
"Hahaha. X caye ko single.. Lama dah?"
"2016. Yela takkan nak masuk baitul jannah lak. Skema sangat. ๐Ÿ˜‚"

Sejak aritu eh satu hal dia dok message aku plak. Tu yang malas kadang mengaku single ni kan? Tapi dalam kes Tinder ni aku terpaksa ngaku la, kalau tak dia ingat aku cari skandal lak.. Orang slalu ingat kita desperate sangat bila dah single ni. Menyampah.

Pastu dia siap ajak aku interview kat kompeni dia. Memula aku ingatkan ajakan dia genuine la. Tapi pastu bila dia start buat ayat gatai2 plak, takdela aku nak serah diri gi interview sana. Bila aku cakap module utk position tu aku tak berapa familiar, tak tau itu ini, bnyk kali dia cakap, "Takpela.. Aku kan ada." Bila aku cakap aku takut interview, dia cakap, "Gunakanlah kecantikan ko tu, interviewer tu lelaki la.". Aku macam, puiiiii ni mintak intebiu keje jadi escort ke apa? Konfiden je cantik kan.. Padahal last jumpa dia time kitorang keje skali kat Petronas dulu je. Zaman aku belum kawen lagi kottt. Dia belum tengok saiz aku sekarang.. ๐Ÿคช

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Izal? Macam tu la. Lepas 24 days without him aritu, bila dia balik tu memang kerap dia message aku. Tapi kejap je, lepas tu kembali hilang few days mcm tu, timbul tenggelam. Aku jadi muak pulak nak paham.

Dia taknak paham pun aku sunyi ke takde tempat nak cerita ke apa. Dengan Aidee dulu hari-hari Aidee call n aku dapat luah dan cerita semua yg jadi kat aku hari tu. Dengan Izal ni... Mulala aku nak compare kan.

So haritu bila dia message, aku diam tak jawab. Rasa give up dan letih. Few days dia jawab pendek-pendek je dengan aku sebab busy sangat kerja, letih, ataupun tido. Dah tak penting ke aku ni? Bila few days aku diam tu Izal message sepatah je, 'Ok.' Macam nak bagitau dia tau aku tengah tak puas ati ngan dia la tu. He's always like that! Dari 3 tahun lepas macam tu. Kita yang merajuk dia yang marah. Dia tau aku marah kat dia tapi jgn harapla dia nak pujuk.

Seriously mati akal aku dengan dia ni. Aku tak tau nak handle dia cemana.. Aku dah banyak kali couple tapi tak pernah, tak pernah sekalipun kenal lelaki macam dia yang aku tak boleh nak handle. Biasa kalau kita silent treatment sekejap atau kita tunjuk merajuk sikit, laki tak tahan dan akan pujuk. Tapi dia memang sangat keras. Hati dia keras sangat. Kerja bunuh orang kan mana tak keras. ๐Ÿ™„ Aku yang ego tinggi gila ni yang mengalah biasanya sebab aku tak tahan rindukan dia..

Yang aku perasan bila aku dah tak emotional barula senang dia nak okay semula. Perempuan tak emotional? Huh memang miracle sangat la..

Dulu last day aku kat Hat Yai tu pun boleh dia diam berjam-jam dengan aku. Dahla masa terhad.. Geram betulllll bila teringat. Dia boleh diammmm je atau reply benda penting n sepatah2 je padahal kita ni dok luah 1001 benda padahal kita ni bukan jenis membebelllll. Aku bila dah bergado gitu malas dah nak pergi memana, nak terus pergi airport balik Msia je. Tapi dia still hantarkan aku ke kedai Big Bee Farm tu sebab aku dah cakap kat dia the day before. Sebab kawan aku ada kirim royal jelly kat situ. 

Selfie tetap selfie walaupun bergado. Muahaha. Ni masa otw ke Bee Farm tu.
Dah orang taknak sembang kan. Kita selfie la.
๐Ÿ˜
Tengokla muka polis tu kemain garang ngrrr.


Bila dah sampai tu dia siap turun pulak teman aku masuk kedai. Mulut tu membisu lagi. Bila kat airport duit siam aku tak cukup untuk bayar barang terlebih berat dekat rm300, dia bayarkan pulak. Bila aku dah pergi cucuk kat ATM n kasi dia, dia taknak ambik. Padahal tengah gado tu patut ambik je la kan. Ni aku masukkan dalam poket dia, dia keluarkan balik dia insist suruh aku simpan. Lepas tu suruh aku makan nasik lemak yang dia belikan. Orang tengah sedih kot, nk telan pon payau, dahla nasik lemak siam tak sedap gila..๐Ÿ˜ญ Dalam gado pun masih ingat nak belikan makanan kat aku takmau aku lapar dalam perjalanan. Sobs kan dah rindu semula sebab terharu.. Dengan ex aku kurang rm10 aku bayar balik pun dia ambik. Tapi tak kisahlah mmg duit dia kan.


Ni BETUL sangat ๐Ÿคฆ

Dah ni jadi camni.. Tak tau la berapa lama pulak dia nak silent treatment ngan aku tu. Berani betul silent treatmentkan aku ya. Selama ni aku je yang dok silent treatment-kan orang hahahaha. Dengan Izal ni banyak main game wait n see.

Apepun aku serah kat Allah la. Seboleh mungkin usaha taknak bergantung kat makhluk dah. Aku banyak sangat bergantung emosi dengan dia. Tak suka. Sakit. Aku cuba busykan diri sentiasa taknak teringatkan dia sangat. Kalau suami tu ada jugak pahalanya. Ni belum apa2. Kalau ada jodoh tak ke mana kan? Jodoh pun dah lama ditetapkan cuma masa je yang menentukan.. Sedih pulak bila pasrah camtu sebab ekceli tataupun jodoh kita dengan sapa kan..

Sekarang aku tengah fokus diet n mencantikkan diri je ni. Bila dah konfiden dengan diri sendiri, semua pun jalan... Ada jodoh, dapatlah kita bersama Izal, dapatlah aku capai segala angan-angan yang dah lama aku sulamkan dengan kau tu. Ayat takbleh blah. Kalau takde jodoh pulak, siapalah aku nak menidakkan takdirNya. Aku selalu cakap kat Mas & Ija, aku dah taknak sesape dah kalau tak jadi jugak ngan Izal ni.. Tapi tak berani jugak manala tau ter-jodoh dengan org lain, tak berani cakap benda camni. Apepon memang dia je sentiasa dalam doa aku yg paling utama... Doa aku cuma nak kita bersatu n bahagia sampai bila-bila...

Sebab aku dah penat wehhhhh nak bercinta dengan orang baruuuuuuu.




You know you love me! XOXO,
-Scha

Monday, August 24, 2020

Day 24.

Jumaat baru ni aku ambik cuti sebab nak bawak Yam ke Sunway Lagoon. Padahal ngan jiwa rabak tu ikutkan taknak pun bersukaria. Tapi whatever that makes my baby happy.. layankan aje. So ada time macam kat lazy river tu aku main sama-sama dengan Yam. Pastu bila dia main kat tempat budak-budak tu, aku duduk je la kat bench tunggu dia puas-puas main.


Sementara tunggu tu mulela bergenang ayaq mata layan blues KLMJ (kenangan lama mengusik jiwa ๐Ÿ˜†) menanges di balik topi yang aku pakai, yang cover semua nampak mata je. Tapi mata pun terlindung dengan shades dari topi tu. Dalam keriuhan pengunjung2 kat situ, i sat in my own bubble, my heart was lonely for him. Sakit gila.. Aku dok fikir, Izal ni konfem dah tinggal aku ni... Dia saje cari pasal je nak tinggalkan aku. Tunggu aku tersilap cakap sikit je, dia jadikan sebab je untuk tinggalkan aku..

Cemanala aku nak move on takde dia ni? Ada ke laki yang boleh terima aku lagi sebagaimana opennya Izal terima semua cela aku dan buat aku tak rasa rendah diri langsung? Dan dapat ke lagi pakej laki helok seiring dengan sikap-sikap dia yang aku sangat senangi tu? Bila tengok keliling, aku mulela nak compare ngan Izal. Aku ni pun bukan jenis senang nak suka orang sangat. Memilih macamkan muka sendiri semenggah sangat muahahaa. Biarlah kan, takkan tak memilih pulak. Tengok laki ni fikir, ala dia ni tak tinggi macam Izal. Tgk yang tu plak fikir, ala taknakla dia ni, kurus. Taknak la botak. Ala rambut dia ni tak helok. Ala janggut dia ni tak tebal. Dia ni pulak arrogant sangat. Suka menunjuk. Kuat brag. Banyak cakap. Banyak bebel. Dia ni prasan ensem sgt. Dia ni menggatal sangat. Nampak macam tak setia. Macamla orang-orang tu nak kat aku pun kannnn. ๐Ÿ˜†

Aku dah selesa sangat dengan dia.. Dahla entah berapa ratus gambar dia dalam fon aku tu. Kena delete ke cemana pasni? Apa aku nak buat lepas ni? Macam mana nak cari peluang migrate ke Australia? Susah tak dapat keje? Aku nak mula hidup baru. Kalau orang Malaysia taknak aku, mungkin ada orang Australia yang nakkan aku yang penting dapat anak comel bwahahaha. Tak pun jejak kasih je dengan boipren mat salleh lama aku dulu tu.. Wahahaha. Macam2 aku pk.

So after seharian kat Sunway Lagoon, petang tu kitorang pun balik lah. Habis sakit kaki aku sampai cramp sebab lama tak berjalan jauh-jauh camtu. Tracker kat fon cakap aku dah jalan 7km dalam Sunway Lagoon tu! Hoho patutla sakit badan habis. Sejenis tak aktif sekian lama dah kan.

Tak lama lepas sampai umah tu, tetiba bunyi notification yang ditunggu-tunggu pun muncul. Tapi macam caye tak caye sebab kadang bunyi tu sampai masuk dalam mimpi aku tau. Punyela dok menunggu.. ๐Ÿ˜ญ Aku memang set notification ni untuk dia sorang je. Kalau orang lain message takyah bunyi.

Tengok-tengok memang message dia. Tu pun aku takut2 nak baca kot dia kata nak tinggal aku ke apa. Gila insecure. ๐Ÿ˜†

"Syg"
"Syg"
"Syg"
"Bnyk ya message... Phone tak boleh buka."
"Syg"


"Abg niiiiiiiii."

"Syg. Miss you so much Syg.. Syg sihat tak.."

"Syg ingat Abg dah nak tinggal Syg.. ๐Ÿ˜ญ" 

"Ish!! Mana ada.."

"Nape phone tak boleh bukak pulak?"

"Lepas update app terus tak boleh buka.."

"Sampai ati tinggal Syg lama sangat. Sakit tau tak. Sikit lagi nak potong rambut. Stress."

"Maaf Syg.. Janganla potong rambut. Syg ni.."

"Dahla ada kawan forward gambar orang yang meninggal kena tembak kat sempadan Msia-Thai tu.. Saya berdebar macam apa. Badan n style macam Abg. Cuma jam kaler merah n baju tu tak macam Abg punya.."

"Syg ni.. Takdela.."

"Dia kena tembak ngan polis Thai ke Abg?"
 
"Ya Syg.. Ada kes tu."

 
"Syg dah berkira-kira apa nak buat kalau Abg tinggal Syg."

 Izal kasi icon asah parang- HAHAHAHA.

"Macam-macam Syg pk, nak apply keje oversea semua. Taknak dok sini dah."
 
"Tampo haa."

 
"24 hari Abg tinggal Syg. 24 hari. Sakit tau tak. Abg rilex je xde Syg 24 hari."

 
"Rilex apa. Abg usaha macam2 tau. Macam orang gila dah. Dahla tak boleh masuk Malaysia."

 
"Huwaa 24 hari tau Abg tinggal Syg.."

 
"Ya Syg.. Abg tau. Syg risau macam-macam. Fikir macam-macam. Rindu Syg. Abg tak marah Syg la.."


Kita ni dok risau dia ke laut ke hidup ke mati ke rupanya sebab tepon je. Sabo btol ngan dia niiiii. Masalahnya tuhla fon dia tu leceh sebab kerajaan punya. Tak boleh sukati nak hantar kedai betulkan sebab banyak maklumat sulit. Aku tanya nape tak tumpang tepon member je setakat nak bagitau aku apa yang jadi kan. Tapi dia ni macam ada insecurity issue sikit, taknak member dia contact aku pe sume. Malas aku nak pk banyak. Memang banyak excuse aku kasi kat dia ni sebab memikirkan keje dia yang macam tu.

Yang penting lega gila dah bila dia ada. Pelik kan rasa semua beban n masalah lifted dengan kehadiran sorang manusia je? Ngeeeeee.

Dalam pada aku nak give up aritu.. Ija selalu tenangkan aku. Dia cakap jangan lupa Allah tu Maha Adil.. Sangka baik dengan Dia. Dia bagi susah sekarang, mesti nanti Dia akan balas balik segala penat lelah tu dengan segala yang aku harapkan. Sabar je dulu. Terpujuk gila rasa lepas dengar tu. Memang aku belajar sabar sangat dengan Izal ni. Dia jugak yang ajar aku erti setia tu cemana. Pentingnya untuk jadi setia dalam hubungan. I mean setiap relationship tu teach us something kan.

Betul sangat. Tak penah plan nak tangkap cintun ngan Izal.
Memang dari awal rasa, oklah mamat ni rupa dia bleh tahan tapi takdela rasa dia taste aku sangat. Rupanya taste berubah mengikut masa n seiring ngan mengenali hati budi dia tu.



You know you love me! XOXO,
-Scha

Saturday, August 15, 2020

Rindu Abang Garang

Ya Allah ya Tuhan.. Izal tak balik-balik.. Aku tak tau dah nak rasa cemana. 18 hari dah.. Tak pernah-pernah dia pergi se-lama ni.. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ
Aku nak nangis pun rasa dah tak larat. Bila datang teringat kat dia tu aku cepat-cepat aku alihkan fikiran ke lain. Kalau tak bergema-gema umah ni ngan tangisan aku takde sape yang dengar pun.

Letihla.. Dah tak rasa nak kenal orang lain. Nak dia jugak-jugak. Jadi ape je pilihan yang aku ada selain tunggu je dia. Lama sangat ni. Macam tak cukup dia buat aku tertunggu setahun lebih tak jumpa dia, ni nak tambah siksa aku menunggu tak dapat contact dia langsung camni pulak.. Kalau tengok cerita Pulang Remy Ishak & Puteri Aishah tu fahamlah apa yang aku cerita ni. Dulu aku fikir aku takkan sesabar Che Thom menunggu Othman macam tu. Tapi sebenarnya beza bila tunggu orang yang kita tak tau apa jadi dengan dia dengan orang yang tinggalkan kita sebab dah tak sayangkan kita. Hati ni masih terbelenggu ngan 1001 harapan yang dia tinggalkan untuk kita. Dan 1001 kasih, sayang, rindu, dendam yang dia ungkapkan dan pahatkan dalam jiwa kita.. ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

Aku tertunggu-tunggu apa sebabnya dia lama sangat pergi kali ni. Dunia dia camtu, reason dia kadang tak terjangkau fikiran. Macam dulu dapat arahan tak boleh on data time dia ke Hong Kong tu. Kalau kena ke laut, memang dia tinggalkan fon kt office pun sebab manade line. Pastu ada time bot rosak kena berlindung kat pulau. Kadang kerja di sebalik bukit mengadap Indonesia. Ada time kena masuk hutan takde coverage. Dia pun selalu kena buat tugas penyamaran sambil merisik jadi bila benda melibatkan nyawa camni, anda fikir dia ada masa untuk pegang tepon message2 awek? ๐Ÿ˜ญ

Sekarang aku cuma fikir dia stranded lagi tapi mungkin jauh batu nautika dari pesisir pantai jadi ambik masa untuk dia balik semula. Atau dia tengah ada ops besar-besaran yang buatkan dia tak boleh balik rumah lagi. Aku tak rasa dia diam lama camni sebab marahkan aku sebab rasanya tak besar mana salah aku pada dia. Just membebel je kotttt haritu tak puas ati.. ๐Ÿ˜ฃ Harap Allah lindung dia dari sebarang marabahaya kat laut tu, ancaman lanun ke, ancaman dari penceroboh negara dan sebagainya.. ๐Ÿฅบ Tapi setakat ni instinct aku takde rasa tak sedap ke apa dengan dia..

Semalam aku tengok cite Anna kat Astro. Bes gila. Pasal sorang high fashion model yang jadi spy KGB Russia n dalam masa yang sama spy utk CIA Ameria jugak. Sekarang kalau tengok cite spy lebih menghayati sebab Izal. Huhuuu. Dalam cite tu ada sorg suruh Anna describe sorang lelaki tu. Dia ckp laki tu tall n handsome. Pastu orang tu cakap samting macam, CIA always hire that type of men. Terus teringat Izal. Hahahaa lantakla puji pakwe sendiri takkan nak puji pakwe ko plak kan hahaha. Pastu dalam cite tu bagitau, nak hire spy ni memang ada certain criteria yang dorang tengok. Antaranya, kena sangat tenang walaupun dalam tekanan. Cekap, bijak, berpengetahuan luas. Camtulah.

Ni video time kitorg pergi floating market dulu. Rindu gila kat Izal.. Izal yang penyayang. Yang tau hormat dan layan dan buat aku rasa macam seorang wanita sejati, sangat terbuka dan terima diri aku apa adanya.. Miss you so much baby.. ๐Ÿ˜”๐Ÿ’”



You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, August 11, 2020

Faridah Mentarang Bakar @ Sekinchan

Day 14 without him.๐Ÿฅบ

Inilah keje aku ye sejak dengan Izal ni. Tunggu dan terus tunggu. Takde bayang dia nak muncul. Lama sangat ni.. Naik pelik aku. Harap dalam sehari dua ni dia balikla.. Risau sebenarnya bila dia dah pergi lama camni memikirkan keberadaan dia. Cukup ke makan pakai? Stranded kat pulau lagi ke dia? Dan 1001 lagi possibilities that i'd rather not think of.

Forgive me if I sound like a broken record. Dok ulang cerita yang lebih kurang je hahaha. Hakikatnya memang camtu. Padanla muka aku kan cari pasal, sayang orang yang jauh dan kerja camtu. Memang betulla kata Zack, keje cam dia tu susah pasangan nak bertahan.. Aku pun entah sampai bila. Raya haji pun takde wish dari dia, birthday pun takde wish dari dia. Assobru minal iimannn sungguh rasanya. ๐Ÿ˜ซ

Bila dia balik nanti ni aku dah plan apa aku nak cakap kat dia.
Memula mintak maaf sebab aku merempan tak puas ati kat dia aritu.
Pastu aku nak sambung merempan versi ear-friendly nak bagitau dia betapa penantian tu suatu penyiksaan tau tak bang? Dan bilakah kita nak bersatu?? Sampai bila nak kena tunggu camni?

Dah kawen nanti takdela Abg keje camni lagi Syg.. Abg nak Syg ada hari-hari.. Sampai bila-bila..

Abg faham Syg sunyi.. Nanti kita kawen, kita cepat-cepat ada baby..

Abg nak anak tapi Abg nak ada anak dengan Syg je.. Nak anak comel macam Syg.
Tapi Syg nak anak ada lesung pipit macam Abg.. Mata coklat macam Abg.. Hihi.

Syg Abg punya. Janji jaga diri untuk Abg.. 

Berulang-ulang dialog lama ngan dia bila aku cuba nak reason out why I should stay with him. Why I should wait.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baru ni aku repeat pergi ke Sekinchan dengan Mas for mentarang bakar.. First time pergi haritu rasa tak puas makan. Mas pun cakap tak puas, so zasss terus jadi je plan otak seminit ke sana berdua untuk kali ke dua.. Hihi. Kat area Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan tu kan banyak sawah padi. So hijauuuu je sepanjang jalan. Orang sini pun rajin sangat berbakti pada tanah. Sepanjang jalan tu penuh dengan pelbagai pokok - jagung, nangka, dan macam-macam lagi hasil bumi. Tenangnya rasa setiap kali lalu situ. Dah macam satu addiction plak nak tengok ketenangan macam tu every weekend.

Patutnya Zack join sekali tapi sebab dia keje the night before sampai pukul 4 pagi baru balik, siang tu jadi waktu tido dia je la. Ni pun sama macam Izal keje time tak tentu hala jugak.

Tapi tuhla looking at the bright side, bila single ni bes jugak kadang2, tak terikat, dapat keluar ngan kawan, takde pasangan, takde anak. Dalam kereta pun enjoy bleh sembang puas-puas catching up, karok sama-sama dengan radio sambil menikmati keindahan sawah padi nan terbentang luas.. ๐Ÿ˜ Yam biasala weekend camni dengan Babah dia, tapi dia merajuk sikit bila tau aku nak pergi mentarang lagi ngn Mas hehe.. Nak buat cemana nak, turn ngn Babah kan...

Karok session. Eh blogger dah boleh include video ek.. Baru tau. ๐Ÿ˜

Takyah sorok dah la ye gambar Mas. Takdela sikret mana cerita-cerita dalam ni pasal dia kan.. ๐Ÿ˜

Mas plak jenis penceria suasana. Kecoh kalau ada dia. Kadang aku naik malu in public sebab suara dia kuat sangat gamat suasana, orang selalu tertoleh2, aku macam nak tutup muka cakap 'ini bukan kawan saya' hahahaha. Muka cun tapi suara bergegor alam hahahaha.. Lupa la jap masalah ngan Izal. Aku ni jenis banyak senyap je especially dengan orang yang aku tak biasa. Aku perasan yang aku ni mmg selalu ngam dengan Gemini. Aku Leo, Leo n Gemini mmg ngam bersama, opposite attract gitu, tapi takleh jadi pasangan kalau opposite gender.

 Ni aku combine gambar dari 2 trips kitorg.

Haritu lepas cerai aku keluar dengan ramai lelaki, selalu kalau ngam tu memang Gemini. Dengan Zul, Wak n Abg Lan. Tiga2 tu Gemini yang almost nak serious dah tapi masalah utama Gemini lelaki ni adalah tak berapa nak setia dan cakap tak boleh nak percaya sangat, dan dari situlah aku baru sedar sebenarnya aku nak lelaki setia. I meant sape taknak kan. ๐Ÿ˜†

Eh ada sorang lagi, Shah, pun Gemini. Nyaris nak tangkap cintan gak dengan yang ni. Tapi sebbaik aku bijak n ada instinct yang baik. CSI punya CSI, rupanya dah kawen ada anak tiga... Hahaha kuajaqqqqq. Kata putus tunang konon.. Puiii. So aku slow-slow je melangkah pergi dari life dia without letting him know that I knew.

Tapi traits yang best kat Gemini ni in general, dorang pandai bersembang n engaging, usually attractive, fun to hangout with n mudah mesra alam. Pastu dia pandai buat orang sejuk, sebab orang macam Leo ni dia mudah berangin sikit. Maklumla perasan raja rimba konon. ๐Ÿ˜† Sebab tu la biasa Gemini memang ramai kawan n sentiasa dikelilingi kawan. Tengok Mas tu, berapa ramai bff dia hahaha.

Zack bf Mas pun aku instantly clicked sebab dia Gemini. Abang aku, Abg Nuar yg paling ngam ngan aku pun Gemini. Tapi Zack n Abg Nuar ni setia je, so tak boleh nak generalise sangat la kan. Ija pun Gemini. Kawan opis Lin yang rapat ngan aku pun Gemini. Oh hidupku memang dikelilingi Geminis! ๐Ÿคฃ

Mentarang ni ekceli start dari tengok Majalah 3 aritu la yang aku bleh teringin sangat nak makan. Nak gi sorang macam malas. Dah bagitau Izal nak ajak dia pergi sini bila dia balik nanti. Tapi kalau tunggu abiang ni sempatla berjanggut dulu dinda. Izal cakap kat utara banyak benda ni.. Tapi tak panggil mentarang. Apo ntah. So adala satu time tu lepak ngan Mas n Zack, Mas sebut mentarang, aku pun macam kching! Awak pun teringin keeeeee. Lantas ajomlahhh keesokan harinya terus..
 

Tempat bakar mentarang.

Bahagian dalam encik mentarang.



Mentarang masak lemak cili api.

Kitorang paling suka mentarang masak lemak cili api kalau kat kedai Faridah Mentarang Bakar ni. Syok gila secukup rasa masak lemak dia.. Yang bakar pun sedap, tapi rasa macam sikit sangat cepat habis bila makan bakar camtu. Mas tak berapa suka yang bakar sebab separa lembik sikit, so dia kureng suka. Dia nak jenis yang dibakar well done tapi jadi keringla tak juicy kan. Harga sepinggan dalam 10/11pcs tu RM18. Yang sedap bila bakar tu sebab dapat rasa masin air laut mentarang tu, juicy lagi ditambah rasa asap2 sikit tu. ๐Ÿคค Rasa dia bukan macam kerang. Bagi aku rasa dia macam lebih pada siput buluh atau kepah tapi sedikit masin. Memang berbaloi drive sejam setengah nak ke sini dari Shah Alam..

Mentarang bakar.

First trip kitorang sampai dalam pukul 2pm. Not a good time sebab ramai orang jadinya order pun lambattttt sampai. Makan pun tak enjoy dalam panas n ramai camtu. Second time kitorang sampai dalam pukul 11 lebih. Kedai ni bukak pukul 10am. Cun time ni tak berapa ramai. So masa menunggu pun tak lama. Enjoy je makan. Parking pun dapat parking dalam.

Balik-balik dari makan-makan tu kitorang singgah banyak tempat. Banyak fresh n local produce sepanjang jalan. Dengan pisangnya, ubi, mangga n buah-buahan lain, sayur dan macam2 jualan lagi. Dan sebagai kaki bergambar Mas memang ajak stop here n there la bergambo. Dia kan pemes nanti ramai peminat tertunggu-tunggu plak update dia kat IG bahaha...

Jangan percaya sangat gambar ni. Dedua excited time tengok gambar ni sebab prasan tinggi n kurus HAHAHAHA sebab kamera wide angle Mas. ๐Ÿคญ

Yang baju merah ni kawan lama Mas, Zah.. Tourist guide kitorang hihii playing tourist plakkk.


Pastu ada satu tempat ni area Sekinchan ke Tanjung Karang, aku tengok macam tempat yang Izal pernah bergambar.. Gambar Izal tu kat Vietnam. Bila compare memang lebih kurang. Malangnye aku menyampah aka insecure tengok badan aku lam gambar ni maka terimalah gambar yang dimosaic ni ya.. Yang penting apa yang aku nak cite ni sampai. ๐Ÿ˜

 Cantek kan tempat ni? Pandai kan aku amek gambar? Mihmihhhh.


Layan je laaaa perempuan ni nak bergambo.. ๐Ÿ˜



You know you love me! XOXO,
-Scha

Wednesday, August 5, 2020

Is There Light At The End of The Tunnel?

Aku ni selalu rasa macam ni. Bukak blogger rasa nak meluah macam2. Pastu risau orang kata itu ini. Banyak sangat cerita berulang-ulang. Banyak luahan perasaan. Pastu kensel post.

Tapi pikir2 balik what the heck? Apa yang kita tulis kat blog ni bukan diri sebenar kat luar sana. Aku ni jenis kalau nak bercerita aku tengok dulu orangnya cemana. Agak2 bukan jenis good listener tu memang aku tak cite la. Tambah2 yang tak rapat ngan aku, memang akan cakap aku sejenis yg private sikit. So mana lagi je kan aku nak meluah kekusutan fikiran ni? Kat blog la kannn.

Aku tulis blog bukan untuk buat orang faham aku pun. Aku tulis blog sebab nak release n rasa lega. If not much, at least a bit.

Tambah plak sekarang ni.. Dah dekat nak sewel aku ni menunggu si Izal. 7 hari ke laut - 2 hari kat darat - 8 hari kat laut. 2 hari kat darat tu pun bukan aku dpt sepenuhnya masa dia. Kebanyakan masa dia untuk catch up tido yang tak pernah cukup tu. Boleh biollllll aku wehhh. Haa padan muka, sape soh aku sayang diaaaa. Takde orang paksa ke acu pisau pun kannn.

Yang nambah kusut ni sebab 8 hari lepas, dah tatahan sangat, aku dah merempan tak puas ati kat dia.. Aku membebel panjang2 sorang2 kat message tu. Geram sangat cam nak biol dah. Dah la tak jumpa setahun lebih, nak chat pun susah. Pastu sampai ke harini dia diam. So skang jadi tak tau dia diam lama sebab marah ke, sebab ke laut. Tapi kalau marahkan aku, rasanya dia tak tahan diam lama-lama macam tu.. Kecuali ia membabitkan lelaki lain.. ๐Ÿ˜ฌ

 Gambar ni betul sangat.

Aku congak-congak, hubungan dengan Izal dah nak masuk 3 tahun. Tapi kalau dikumpul semua masa dengan dia tu, rasanya setahun setengah je kot betul-betul spent time dengan dia. Selebihnya menunggu dan terus menunggu.

Menunggu balik dari laut.
Menunggu dia keluar hutan.
Menunggu dia bangun tido selepas penat balik dari laut atau hutan.
Menunggu dia baik dari sakit lepas balik dari laut.
Menunggu dia keluar hospital.
Menunggu lagi dan lagi sampai habis kesabaran dalam diri ni kot.

Menunggu Izal bangun dari tido ni bukan macam menunggu manusia normal bangun dari tido ya. Dia ni sekali tido marathon habis la. Selalu je dia tido stret n sambung-sambung sampai 2 hari sebab terlalu letih. Kat laut dalam tengah berkawal tu nak tido macam mana la sangat kan.

Aku pun tak tau boleh buat apa je lagi. Rasa penatttt sangat proses kenal laki baru tu. Dah rasa taknak lain dah. Yang aku boleh buat cuma bersabar dan menunggu. Tiada pilihan jawapan lain. Susah kalau sekali aku dah suka orang ni. Kalau dia buat hal lain cerita. Ni dia takde buat jahat kat aku, masalah ngan dia ni cuma kerja dia yang tak habis tu. Pastu memikirkan sekarang ni susah sangat nak dapat lelaki yang setia. Jadi susah nak tinggalkan dia..

"Maaf abg pergi lama Syg.. Maaf buat Syg tunggu lama.", baru ni dia message aku bila dah balik dari laut. Ayat sebaris gitu pun dah buat aku terpujuk. Sebab dah kenal sangat dia ni bukan jenis banyak cakap n masa berkawan dulu dia tak bother pun nak mintak maaf kalau dia sekejap tenggelam sekejap timbul macam biskut.

Napela ko buat aku sayang ko. Dulu aku main-main je sekali boleh jato cintan plak kat ko. Umur aku ni ada expiry date, aku nak ada anak lagi. Tapi tunggu ko ni macam takde penghujung je.. Aku cuma taknak buang masa dah untuk orang yang bukan jodoh aku. ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

Dalam NCIS haritu perbualan lebih kurang satu couple yang relationship dorang dah di hujung tanduk.

Wife: "She's making a mistake to marry a police officer."
Husband: "What? You've got to be kidding me."
Wife: "Always waiting, always worrying. You will never understand me."
Husband: "..."
Wife: "You're always out to save people. But the one you should've saved was me!"
Husband: "I never thought u need saving!"

Telan air lio je aku tang dia mention 'always waiting n worrying' tu, boleh paham sangat.. ๐Ÿ˜ช




You know you love me! XOXO,
-Scha

Thursday, July 23, 2020

Bos Baru & Abam Polis

Busy betul recently.

Boss aku baru bertukar. Dapat boss baru yang super annoying! Hari-hari tanya update. Boss sebelum2 ni asal kita siap keje by dateline yg diberikan, okayla kan. Ini jenis terlebih proaktif, excited sangat dapat menguasai team programmers, dia jadi camtu ๐Ÿ™„

Pastu haritu dia suruh aku codekan new program dia cakap urgent n suruh siapkan dalam masa satu hari. Gila betul tak pernah-pernah sebelum ni kot. Aku ni kelam-kabut la siapkan segera n suruh dia test. Tengok-tengok dah few days dia baru test. Panas betul hati. Kata urgent? Harini pun dia tak habis lagi test tu.. Pasni memang takla aku nak siapkan cepat-cepat program dia..

Pastu environment kat office ni sangat la menyedihkan lately. Kiri, kanan, depan, belakang orang resign or retire. Tapi kemuncaknya bila team aku Irfan pun baru je tender ni. Dia dah 11 tahun kat sini. Team programmers 3 orang, so nanti tinggal 2 orang. Yang sorang lagi ni pun dah nak retire next year. Tertekan pulak rasa. Sebab sini konsepnya bila orang berenti mana boss replace dah.. Jimat kos punya pasal. Team programmers asalnya 7 orang sampai sekarang tinggal 3 orang langsung tak berganti. Dapat plak bos annoying. Seriously demotivated weh..

Izal macam biasa la, ke mana lagi kalau tak ke laut. Timbul tenggelam gitu la. Last2 sampai bertongkat aku menunggu beliau huhu.

"Abang janganla tinggal Syg lama sangat. Syg dah tak tahan macam ni."

"Ya Syg.. Abang pun sama. Abg akan balik secepat mungkin ok.." Ya dari tahun lepas dah dengar 'secepat mungkin' dia tu.. ๐Ÿ˜ญ

Dalam hati aku bukan tak paham kerja dia cemana. Aku tau dia pun nak sangat balik tapi terbelenggu dengan tugas. Tapi macam tak larat nak paham dah.

Oh haritu aku penah mintak boyfriend Mas, Zack risik-risik pasal Izal. Lepas aku tau alamat last Izal adalah kat perumahan polis bila aku check record dia kat JPN. Matila kalau dia baca blog ni. Dah dia ssh sangat bagitau.. Aku cari sendiri. Nasib baikla status kat JPN tu memang bujang kan.. Kot la status dah berkahwin, menangis aku..

So bila aku tau alamat tu, sah-sah la alamat tu outdated kan. Benda maybe dah berbelas or berpuluh tahun last updated. Aku fikir maybe dulu je dia polis lepas tu dia dah keje lain. Selama ni aku assume Izal kastam or imigresen sebab keje dia ada deal ngan pendatang haram la, penyeludupan dadah la. Dan awal2 dulu aku pernah tanya Izal, dia keje dengan PDRM ke? Dia cakap "PDRM buat apa.. Tu perosak negara." Gittew.. So aku anggap dia bukan PDRM la. Time tu aku plak yang cakap kat dia, "Apela u ni cakap camtu." Sebbaik aku tak sambung kutuk polis ke apa.. Kot tak, dah lama dia reject aku. ๐Ÿ˜ Maybe dia nak test aku kot. Bukan apa kadang2 skeptikal sket ngan polis ni kan..

Yang aku boleh assume dia keje ngan kastam atau imigresen tu sebab intelligence agency yg dia keje tu ambik anggota dari PDRM, Kastam & Imigresen dan beberapa agensi lain lagi. So, bila Zack tau alamat last Izal tu kat perumahan polis, dia barula excited nak cari info pasal Izal. Padahal dah sekian lama aku mintak dia tengokkan any info pasal Izal. Mas gak yang offer dulu, sebab dia cakap Zack ada handheld device yang boleh tengok info sesiapa pun, yang selalu polis pakai time road block tu..

So bila Zack cuba check internal system utk cari rekod Izal, dia dapati maklumat tu semua classified. Dia cakap sesama perisik tak boleh tengok info pasal memasing. Sebab Zack ni detektif. Tapi aku tak pasti la dia ni cakap betul ke terpaksa tipu ke kan sebab tak boleh nak leak maklumat sulit atas nama integriti. Cuma bila Zack tau Izal keje ngan spy agency tu, dia cakap, keje Izal tu lagi risky daripada dia. Dan memang susah pasangan nak bertahan sebab nature of his job memang tak tentu hala.

Pasrah je la aku mendengarnya.. Memang tak tahan sangat ni.. ๐Ÿ˜ญ

Pastu kan tak lama lepas aku merisik info pasal dia ni.. Izal macam tau-tau je aku dah tau yang dia tu most probably polis. Dia hantar gambar ni.

"Aik, macam baju polis je Abg."

"Mmg la Syg. Takkan Syg tatau."

"Yela tatau Abg tu mana bagitau apa-apa."

"Syg... Syg.."

"Nak gambar Abg pakai baju polis!"

"Sejak dulu tak pernah pakai pun Syg.."

"Ala.."

Geram betul buat-buat tak tau pulak bila orang tak tauuuuu. Bila dia dah confirmkan ni rasa blushing gittew plak hahaha sayangku abam polis rupanya hahaha. ๐Ÿคช๐Ÿคช Dan aku baru tau hahaha kelakarnyier sobs. ๐Ÿ˜ญ Yang kelakarnya aku ni memang jenis teruja bila tengok orang pakai baju uniform. Smart kan. Pastu kalau pergi space u8 tu nak tengok wayang ke, ke mr diy ke, memang lalu balai polis kan. Mata ni memang tertinjau-tinjau nak catch the glimpse of polis-polis hot kat situ hahaha gatainya.

Kakak-kakak aku pun dok melawak. "Lepas ni kita tak boleh la buli dia ni sangat, Abang dia polis ada pistol nanti kena tembak." Hahaha hampehhhhh.

Skang bila tau Izal ni polis, rasa nak tergelak gila. Patutla perangai dia macam tu. Patutla muka tu garang kemain. Aku selalu cakap dia macam polis pencen, bila tanya aku tu macam soal-siasat gayanya, dan cara dia tu memang tegas dan mendesak. Dominan. Rupanya polis belum pencen sobs.

"Syg pergi balai polis buat apa? Apa jadi Syg? Bgtau Abg sekarang."
Ni masa aku gi balai polis report pasal surat beranak Yam hilang.

"Hah siapa yang kacau Syg? Apa nama dia Syg. Mana dia dapat nombor Syg. Ada gambar tak? Tak suka."
Ni masa aku ngadu ada sorang tu dok kacau-kacau message aku padahal laki orang. Dah cakap bertunang baru senyap.

"Abg bagi masa 5 minit ja, datang sini semula."
Ni masa aku merajuk aku lari jauh-jauh dari dia dengan harapan dipujuk tapi nan hadoooo. ๐Ÿ˜‚ Kena perintah mengadap dia lagi adala. ๐Ÿ˜ค

"Siap sekarang. Abg cakap baik-baik ni."
Ni pun masa merajuk ekeke. Eleh ingat aku takut. Tapi memang sedikit takut ekekeke tapi dia tak pernah naik suara pun kat aku lagi.

Ishk dunia aku ni pasal Izal je kan. Setiap masa aku fikir dia. Bukan sebab nak pikir tapi takbleh stop pikir. Apa yang susah sangat nak bersatu ni. Aku fikir kalau dia dapat cuti nk balik ni pun, kerajaan dah wajibkan kuarantin 14 hari tu semula kan.. Lagi gelapla harapan aku nak jumpa dia..

Rindu Izal sangat-sangat-sangat.. ๐Ÿ˜”



You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, July 14, 2020

10 Long Days

Abiang finally dah balik after 10 long days!

Aku barula dok menanges sendu the night before sebab rasa lama gila dia tak contact aku. Tambah-tambah pulak dengan Yam baru ikut Babah beliau balik ke rumah sana untuk seminggu. Tu yang ada masa aku nak menanges. Kalau ada anak tu tau gak malu nak menanges depan dia hihi.

"Syg.. Abg baru balik. Sorry lambat Syg..", Izal tegur pagi tu time aku kat office.

"๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ", tu je mampu aku reply.

"Syg kat mana. Syg sihat tak? Yam sihat tak?"

"Ya sihat je semua. Abg pergi mana lama sangat tinggal Syg.."

"Laut Syg.. Operasi."

"Abg sihat tak.. Ujan kan.. Syg risau sangat Abg kat laut dengan hujan ribut macam tu.."

"Abg flu. Ujan Syg.. Panas terbakaq. Miss u Syg."

"Miss you more baby. Rindu sangat."

Rasanya kalau tengok chat history tu word paling banyak digunakan adalah rindu, miss you. Ulang-ulang tu je tapi jumpanya tak jugak. Ni dia mulela qadha tido ni penat almost 2 minggu kat laut. Hilang mood aku sekali bila dia takde tu.

Semalam aku dah declare aku nak mogok lapar aka diet selagi dia tak balik Malaysia. Aku cakap biar aku kurus tak mok dah biar dia tak suka. Dia kan tak suka aku kurus huhu. So sebelum aku kurus gila ada baiknya dia balik menjenguk aku kat sini. Kalau tak, memang berazam nak kurus macam zaman belajar ni.. nak cecah 60an. Ewah tinggi cita-cita..

"Abg tau tak ada satu citer kat Netflix tu Syg tengok. Pasal sorang boss mafia yang jatuh cinta kat sorang perempuan. Pastu dia kidnap perempuan tu bawak ke rumah dia, dan dia kasi masa 365 hari untuk perempuan tu jatuh cinta kat dia."

"Wow. Macam menarik ja jalan cita."

"Ya Abg.. Memula perempuan tu memberontak la melawan la. Last-last bila dia dah betul-betul sayang laki tu yang jadi best cerita tu."

"Cita dia macam cita Syg dengan Abg la kan. Mula-mula tu Syg taknak layan Abg. Pastu jadi care. Jadi sayang."

"Hihihi. Abgla mafia tu kan.."

"Hihi. Love you Syg."


Rinduuuuuuuu. Tak terkata dah rindu ni. Kawan aku kasi tips untuk kerapkan sedekah pastu niat mintak ngan Allah untuk cepat kawen. Dulu dia amalkan camtu. Dia yang ikutkan macam tak logik nak bersatu dengan boyfriend dia time tu sebab selalu gado besar tu bleh tetiba ada jalan nak berkawen n dah berkawen pun sekarang...

Bagi makan kucing pun sedekah. Kasi tips untuk rider pun sedekah. Lebihkan makanan yang dijual pun sedekah. Semua sedekah. Jadi cari jalan untuk sentiasa sedekah. Rezeki pun rasa lebih lancar pastu. Renung-renungkan dan marilah beramal yaaa! ๐Ÿ˜





You know you love me! XOXO,
-Scha

Thursday, July 9, 2020

Hujan Rindu

Lama tak update.. Aritu kawan lama aku tanya tak update blog ke? Baru aku ingat blog yang sekian lama di abandoned ni kah kah.

Sekarang tengah tak busy kat office. So ada masa nak menulis kat sini. Ada time memang rasa nak menulis tapi kadang rasa tak selamat plak nak cerita-cerita kat sini. Risau di judge la risau itu ini last-last kensel.. Tapi kadang-kadang rasa nak menulis jugak nak release. Kadang rasa dah tulis pun still takleh release gak. Hihi. What the heck kan. Jadi kita ikut konsep belasah je laaaa.

Izal dah MIA dekat seminggu ni. Aku rasa ke laut la tu. Sekarang dia tengah busy memantau perairan negara dari diceroboh orang-orang Rohingya yang sibuk ambik kesempatan nak masuk negara kita secara haram especially since PKP haritu.

Haritu aku mintak gambar dia macam biasa. Pastu dia kasi gmbr yg dia dah kasi haritu. Aku mula la berdebar pikir dia ni mendua, mentiga, menlima aku ke sampai lupa dia dah pernah kasi gambar tu kat aku? ๐Ÿ˜ค

"Ni gambar haritu. Abg ni ramai awek ek sampai lupa dah pernah kasi gambar ni. Abg kalau ada org lain siap abg. Syg gi sana Syg bom dua-dua. Haaa...", aku membebel kat dia. Dengan orang ganas ni kena gertak ganas lebih.

"Meh cepat.", dia balas. Cis.

"Takde gambar Syg.. Abg dok celah hutan yang penuh nyamuk dan pacat ni. Apa pun tak nampak. Hantu ada.", dia explain lagi pastu kasi gambar hitam gelap gelita hahahaha. Sabar je le. Alahai dalam hutan pun message aku lagi..

"Hahaha piang! Explain gitu kan senang.. Pasal Rohingya lagi ke Abg?"

"Ya.."

Aku sangat risau bila dia hilang lama ni. Setiap kali hujan kat sini, aku teringatkan dia yang mungkin tengah kerja dalam hujan ribut kat laut tu. Kadang-kadang nak buat tak tau tapi bila someone dah jadi our center of universe ni memang akan fikir pasal dia je. Doa tak putus moga Allah lindung dia. Aku takut. Keje dia bahaya.

Haritu sampai genap 2 minggu dia MIA. Masuk minggu ke dua aku dah rasa mcm terawang-awang pun ada sebab risau sangat-sangat. Dah tak tahan sangat aku mengadu kat Ija. Masa tu aku fikir word mati je. Sebab tak pernah kot selama ni dia menghilang sampai 2 minggu. Tak silap ada cuma sekali yang dia ke Hong Kong hilang 3 minggu camtu tapi yang tu dia bagitau sebelum dia nak ke sana. Sampai sana dapat arahan tak boleh on data. Tapi masa tu macam belum serious sangat dengan dia.

So dah nak masuk 2 minggu hilang tu aku dah takleh pikir positif dah. Harapan aku makin menipis untuk dapat jumpa lagi dia. Menanges je keje. Yang tambah tak sedap hati sebab few days berturut-turut aku mimpikan dia. Masa tu tengah bulan puasa. Jelas nampak dia dalam mimpi aku. Rasa macam betul-betul jumpa dia. Mulala fikir dia ni tengah dalam kesusahan ke apa..๐Ÿ˜ญ

Aku doa sungguh-sungguh pada Allah masa tu tolonglah kasi aku ilham apa yg terjadi kat dia. Solat hajat mohon pertolongan dari Dia. Dah dekat 2 minggu tu baru dia muncul.. Tak terkata aku punya lega tu terus ucap syukur betul-betul syukur kat Allah sebab idop lagi dia. Dia cakap dia stranded kat satu pulau sebab hujan dan laut bergelora, bot rosak. Duduk je la kat pulau tu sampai ada bot lain datang selamatkan diorang.

"Mintak maaf buat Syg risau..", berapa kali dia ulang mintak maaf dengan aku.

"Ya Allah Abg.. Syg dah fikir apa.. Pulau tu ada orang ke tak? Cukup makan tak?"

"Ada sayang.. Makanan ada semua. Cuma terputus hubungan je la.."

"Abg pleasela kasi number Syg kat boss abg ke sape ke.. Apa-apa tolongla suruh dorang bagitau Syg.."

"Ya Abg dah bagi dah Syg.."

Tapi ni ilang 2 minggu pun takde sesape bagitau apa-apa. Takkan kalau mati je nauzubillah baru ada orang bagitau aku kot wuwuuuu. ๐Ÿ˜ญ Pastu satu lagi dia ni kalau apa-apa bukan nak bagitau kita. Haritu ada gambar dahi mcm luka terbelah langsung tak cerita apa. Aku tanya nape? Dia cakap manade apa-apa...

So ni baru masuk 6 hari MIA aku rindu sangat tapi takdela level gelabah lagi. Tengok.. Aku dah slowly adapt n immune dengan kehilangan dia hahaha. Terpaksa.

Before dia hilang ni dia bagitau aku dia nak balik jumpa aku.. Dia cakap rindu sangat kat aku. Oh baru rasa betul rindu ke bang? Sobs. ๐Ÿ˜ญ Setahun dua bulan dah tak jumpa dia tau takkkkkkkk. Sabarnya akuuuuuuuu. ๐Ÿ˜ญ Imagine tengok dia depan mata pun dah debar macam apa je. Tatau la kalau betul dia ada depan mata aku ni.. Nanges mau berkali-kali.. ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

Dia cakap dia nak cakap pasal nikah. Lagila aku rasa nak menanges sendu.

"Kawen time sekarang ni senang Abg.. Syg tak kisah pun kenduri kecik pun takpe yang penting nikah tu."

"Ya Syg.. Abg ada tengok link haritu. Betul, senang."

"Syg nak Abg ada dengan Syg hari-hari."

"Ya Syg.. Abg nak Syg ada hari-hari jugak."

"Abg sayang Syg tak ni?"

"Sangat-sangat sayangkan Syg."

๐Ÿ™‚

Tapi bila aku fikir-fikir balik ni, sekarang nak masuk Malaysia ni bukan ke kena kuarantin 14 hari tu.. Sobs cemana aku nak jumpa dia camtu.. Cuti dia dahla terhad. Takpelahhh. Tengok nanti cemana. Ada jodoh tak ke mana kan?

Yang penting nak dapat sesuatu yang worth it kena banyak sabar dulu..




You know you love me! XOXO,
-Scha

Thursday, October 17, 2019

Sayangkan Gelpren Tinggal-Tinggalkan?

Tengah training.

Technical sangat aku rasa. Engineering related. Satu hape otak aku takleh digest. Rasa dah tua sangat je untuk belajar anything technical ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ

The only thing yang best pasal training adalah training start lambat, tapi boleh balik awal.. Hihi.

Izal off day 2 hari lepas balik dari laut baru ni. Barulah ada masa bersembang panjang sket dengan dia dalam masa sebulan dua ni. Baru ada quality time. Tapi dalam off day 2 hari ni dia spent most of his time qadha tido je. Marathon tido. Sebab kat laut confirm tido tak tido je kan. Kalau tido mati kat laut, lanun datang pun tak sedau..

"Abg.. Pernah tak pempuan yang start ngorat Abg?", aku tanya out of curiousity and jealousy. Sebab aku bayangkan kalau aku tak start kenal dia virtually, kalau first time aku terjumpa ngn dia dedepan pun rasanya bleh love at first sight gak hape.. Hihi.

"Takda. Gay ngan pondan ramaila.", hahaha hampehhhh.

"Helok gak kalau Abg x keje opis pasni. Perempuan skang jenis slamber, nanti dorg lak yang ngorat Abg. Nak-nak kalau Abg pakai suar keje haritu tu.. Syg jelesla.."

"Dah tak pakai dah suar tu Syg. Pakai kalau time dengan Syg ja."

Awww.. Camtu skali jaga hati aku. Sebab tu la kalau dia possessive sgt ngan aku atau control aku sangat dari segi hubungan ngan kawan laki lain tu, aku bleh redha sebab dia pun jaga sangat-sangat hubungan dia ngn pempuan lain. Dari awal kenal dia lagi dia camtu tak berubah.


Seluar torsobut. Aku rasa sexy sangat dia pakai suar ni, macam accentuate his long legs and bum sgt ๐Ÿ™ˆ Patutla gay n pondan geramnyier pun ekeke.. Dahla kt siam ๐Ÿคช๐Ÿคช

Bayangkan haritu aku mintak bestfriend aku message kt Izal soh bagitau aku tertinggal fon, jadi xleh reply msg dia. Izal langsung tak menjawab msg kawan aku tu. Bila aku tanya, dia cakap, "Nanti Syg ckp Abg melayan dia plak.." Huhu.

Pastu aku dok push dia tanya bila nak balik. Bila nak balik. Rasa macam taknak tau pasal apa langsung dah, nak tau bila dia nak balik je.

"Ya Syg.. Abg tunggu order je ni balik KL. Miss you so much Syg.."

"Balik sebab keje je.. Bukan sebab Syg."

"Syg.. Balik untuk Syg. Nanti Abg surprise hihi.."

"Yolah tu.. Dari bulan 7 Abg kata nak balik. Takde pon seprais hari-hari Syg tunggu. Kadang dengar bunyi motor besar terpikir kot-kot Abg surprise tapi bukan."

"Syg.. Tak baik cakap gitu. Abg blk kat Syg nnt.."

"Yela ada ke pempuan bleh sabar camni. Pempuan gila je. Sygla pempuan gila tu huhu. Syg ni bercinta dengan Abg, Abg plak bercinta ngan keje. Cinta tiga segi kita ni.."

"Syg.. ada plak cakap camtu.. Abg pasti balik.."

"Yela mmg la pasti tapi lagi 174936 bulan kan kan.."

"Hahaha Syg niiiiii. Mana ada."

Tak habis-habis rasa nak bergado je pasal tak jumpa ni. Susah benau nak berjumpanya. Dua kali yang dia balik Malaysia sebelum ni pun sebab kerja. Balik pun naik private plane Tan Sri sebab ada job dia kena buat. Kemain kan dah macam Bourne.

Aku nakla dia balik semata-mata sebab aku. Geramnyaaaa.

Aku rasa selagi tak jumpa dia ni kan aku akan merempan hahahaa. Kat blog je la. Malas nak cite kat bespren aku cite berulang-ulang tak abes-abes issue long distance relationship ni hahaha. Sian dia bosan kan.

But somehow I have to let it out..


You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, October 15, 2019

Sabar Itu Pahit Tapi Buahnya Manis..

Hola! System sini tengah slow. Aku plak baru bleh tarik nafas lega sikit dari keje-keje office, tinggal satu je lagi dari checklist untuk diclearkan. Tu pun tengah tunggu test data dari colleague aku, sempatla aku update blog sat.. Esok n lusa pulak dah start training kat Glenmarie. Aku nak rilex n bertenang-tenang pulak ni..

Aku down sangat dari minggu lepas sejak balik dari Siam tu sebenarnye. Sebab sebulan dua ni sangat banyak kali Izal hilang dari radar sebab ke laut atau hutan, lama pulak tu. Sebelum2 tu dalam sebulan sekali dua je yg dia pergi lama sikit ke laut. Sebulan dua kebelakangan ni dia busy teramat...

So, tiga hari lepas balik dari Siam haritu, baru Izal balik dari laut n contact aku. Aku masa tu rasa nak keraskan hati sikit taknak sayang dia sangat dah. Rasa give up n nak dia stress sama ngan aku hahaha. Dia terus noticed sebab aku tak caring cam biasa n reply message dia lambat2.

"Syg, macam mana Syg haritu? Abg minta maaf.", okay 10 markah untuk pandai mintak maaf dah skarang. Dulu liat kemainnnn.

"Takpe, bukan salah Abg."

"Syg.. Syg sihat? Anak cemana?"

"Semua ok je.", aku jawab pendek, cuba nak keraskan hati sebab taknak sedih sangat dah sebab dia.

Pastu dia start tanya macam2, ambik tau pasal aku, tunjuk caring dia, ai is cair n lemah lutuit semula.

"Abg sihat ke tak.. Cukup makan tak atas bot.. Salin baju ke tak..", dah perangai mak-mak semula aku ni sebab hati dah terpujuk. ๐Ÿ™„๐Ÿ™„

"Ye sihat Syg, flu je. Makan cukup Syg. Cuaca ja tak tentu. Baju salin Syg. Cuma pakai baju biasa-biasa je."

"Almost hari-hari hujan minggu ni masa Abg takde. Risau fikir Abg cemana kat laut tu hujan2.. Bot cukup besar ke nak salin baju apa semua.."

"Syg.. Macam mana Syg kat Hat Yai aritu.. Tak cita lagi.."

"Huu sedih. Tapi Syg pujuk hati at least Abg keje, bukan Abg tak jumpa sebab marahkan Syg cam dulu tu.."

"Syg. Abg mintak maaf.. Betul2 tak plan macam tu Syg. Syg datang Abg takda. Sedih juga.."

"Takpe.. Tak salahkan Abg pun. Cuma Syg yang tatahan nak tanggung rindu tu.. ๐Ÿ˜”"

"Abg rindu Syg.. Tapi Abg akan balik KL kat Syg ok.."

"Lama dah Abg cakap. Syg dah tak tahan dan tak suka situasi ni. Rasa putus harap pun ada.."

"Syg.. Jangan la macam tu.. Takmo cakap bukan-bukan.."

"Syg rindu nak sembang panjang ngn Abg. Sebab tu Syg nk jumpa."

"Ya Syg.. Rindu Syg.. Rindu nak dengar cita Syg.. Pastu mengejek Syg cakap.. Hihihi."

"Huhuuuuu suka kannn ejek orang.."

"Kan Syg kan.."

Pastu aku tunjuk gambar hadiah yang tak dapat kasi kat dia tu.

"Ralat tak dapat kasi Abg ni."

"Allah... Xpa.. Nanti Abg balas untuk Syg."

"Takde news dari Putrajaya lagi ke.. Dah dekat setahun ni.", aku tanya dia pasal application dia untuk transfer balik Malaysia.

"Ada offer suruh Abg pegi LHDN Syg. Bahagian risikan. Bahagian baru. Nanti dorang panggil interview."

"Risikan dia kat Malaysia ke?"

"Ye Malaysia Syg. Tapi banyak kerja luar. HQ Putrajaya."

"Ooh.. Kena banyak pisah jugak ke.. ๐Ÿ˜Ÿ"

"Takla pisah.. Syg ni. Apa cakap camtu. Cubit haa.."

"Abg jadi kerani je dahla. Janji leh berkepit. Huuuu."
"Wiken haritu satu keje tak jadi. Dok nanges je. Yam pujuk. Syg tak suka dia tengok Syg nanges selalu tapi Syg tak kuat..."

"Syg jangan la nangis please.. Abg bukan pergi mana-mana."
"Abg ada dengan Syg. Abg ada untuk Syg n Yam."

Banyak sebenarnya dah berubah Izal ni. Dah mula belajar pujuk aku. Dulu kalau ayat2 aku start merempan n tak puas ati ngan dia tu, dia biarkan je sampaila agak2 aku dah bertenang, barula dia message semula. Hati kau keras Roy.. Gittew.

Gitulah cerita aku ngan Izal ni.. Ikutkah hati yang tak sabar ni, dah lama aku tinggalkan dia. Tapi itulah bila dah sayang orang, bukan senang nak tinggal woi. Kita akan kasi excuse untuk dia n bagi peluang. Nak kenal orang baru pun bukan senang.. Ambik masa.

Dulu dengan Aidee aku tak cukup sabar menunggu. Tunggu lama buat aku tertekan. Izal je yang sebut sal kawen dan pernah ajak kawen pun time tu tapi aku konon taknak pulak masa tu. Masa tu aku harapkan Aidee, tapi Aidee je yg taknak sebut sal kawen, tu yg aku nekad tinggalkan Aidee. Tapi rupanya tak kawen-kawen jugak lagi aku ngn Izal.. Hahaha.

Aidee pun bila aku dah mula sayangkan Izal n dia dah mula rasa aku tak sayangkan aku, dan-dan ajak aku kawen. Sampai nak paksa ambik IC aku masa tu untuk pergi apply kawen. Padahal selama 2 tahun lebih tu aku dok sebut sal kawen, dia dok mengelakkkk je, tak ready lah apa lah. Fuhhh punyalah tak berjodoh..

Skarang ni cuma perlu sabar sikiiiiiiiit je lagi supaya dapat end up dengan orang yang aku nak sangat tu. Moga memang adalah jodoh kitorang berdua supaya tak sia-sia kesabaran n penantian aku selama ni.. Sigh.

Aku ada hutang satu entry pasal tips to Hat Yai ni... Nanti ye..




You know you love me! XOXO,
-Scha

Thursday, October 10, 2019

Ten. Ten. Ten.

Semalam tersengih aku sorang-sorang bila abang aku share gambar ni dalam group family wakakaka.
Alangkah indahnya kalau dapat date ni kan?


Harini patutnya anniversary aku ngan ex yang ke 9.. Aku ngan dia kawen 10.10.10. Dah tu je nak bagitau ekeke nothing to elaborate.

Izal belum balik-balik dari laut ni.. Sabarnye guaaaaa dah masuk 6 hari! ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Semalam aku down gila. Rasa putus semangat takde dia. Macam-macam aku fikir. Lebih pada overthinking macam-macam. Rasa tak yakin dengan dia dari 1001 segi. Tapi pastu baca semula message-message lama dia.. Terubatla sikit hati ni.. Sikit je la.

Aritu dia ada tanya aku, nak balik Malaysia naik motor boleh tak. Sebab dia rindu aku sangat-sangat. Aku risau sangat kalau dia naik motor jauh-jauh tu.. Tapi dia dah biasa ride jauh-jauh. Balik je lah bang. Tapi last-last tak jadi jugak. Sebab keje la.. Apa lagi kan. Ada satu time tu dia nak balik jugak tapi kebetulan time aku nak balik Kuantan. Tak jadi jugak. Aduhai.. Susahnya.

Aku dok fikir apa yang susah sangat nak bersatu kalau dah sayang? Nape susah sangat? Aku cuma nak bahagia je tak harap bulan bintang pun. Cukuplah ada suami, ada anak sorang lagi at least, dan kehidupan yang simple je aku tak harap banyak pun. Cukupla setakat jaga aku baik-baik, tak buat perangai, fokus nak kehidupan yang tenang n aku nak fokus untuk kehidupan akhirat je lepas ni, betulkan segala salah-silap dalam hidup selama ni sebelum Allah tarik nyawa aku. Dah taknak dah jiwa kacau camni lagi. Aku jadi takleh nak fokus benda yg hakiki tu.

Umur dah tak banyak. Dan in fact, tatau berapa banyak lagi umur yang tinggal.

Letih sangat rasa sorang-sorang camni... Letih.



You know you love me! XOXO,
-Scha

Tuesday, October 8, 2019

Back From Hat Yai

Aku & Yam sampai umah dalam 12.30am semalam.

Boleh tahan penat.. Sampai KL Sentral dalam 10.30pm. Makan2 dulu pastu amek LRT and MyCar balik umah. Alhamdulillah pagi ni walaupun penat, boleh bangun nak ke office. Yam pun tak susah nak bangkit.

Aku tak dapat jumpa Izal............................ ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

Frust tak terkata yakni frust menonggeng... Huhu. Nak cakap rindu giler kat dia tu really is an understatement. Tak terungkap rasanya. Tapi kat sana takdela layan kesedihan tu sangat. Kesian kat Yam. Kan kata nak fokus bahagiakan Yam? Buat Yam happy? So keluar jalan-jalan n makan-makan dengan dia sambil layankan apa yang dia nak. Pastu layan je la dia mandi pool puas-puas. Aku pandang dia, aku peluk dia, aku usap rambut dia, aku cakap time kasih temankan Mama kat sini.. At least ada gak yang temankan aku.

Time sunyi macam time nak tido tu barula nanges melepas lelah. Hari-hari mengharap dia datang tapi takde. Tiap-tiap hari tunggu dia tapi dia tak muncul. Manala tau kot dia tetibe datang tak bagitau terus seprais aku ke apa kan. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ Tetap mengharap sebab kadang-kadang dia ke laut sehari je, kadang few days, memang tak menentu. Aku tak salahkan dia sebab dia kerja, bukan sengaja taknak jumpa aku. Lagipun aku yang buat keputusan nak mai jumpa dia walaupun dia tak dapat cuti..

Setia menanti.. Lakonan semula oleh Yam ekekeke..

Terngiang-ngiang dia cakap dulu, ex semua tak bertahan dengan dia sebab tak boleh nak faham kerja dia. Siapa yang sanggup nak faham kalau camni kan. Aku pun terpaksa faham sebab dah sayang. Tapi tu la, I'm pushing my limit and tatau takat mana limit ni boleh pegi. Sakit kot kalau nak berpisah dalam keadaan sayang.. Takkan nak berpisah sebab tak tahan dengan kerja dia pulak kan? Padahal dia okay dengan aku. Lagipun dia selalu cakap nanti kalau dah kawen takdela dia nak keje camtu lagi..

Bersungguh muka kopekkan telur puyuh untuk Yam.. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
 Ni masa jumpa dia bulan 12 tahun lepas.

 Ni bulan 5 haritu masa dia teman aku makan dimsum.
Tapi dia mana makan, sejenis nak nasik je beliau nih. Fastfood pun tak suka.
Muka tu garang manjang, macam kena kawen paksa pun ada huhu.

Macam aku cakap, aku tak pernah rasa sorang laki sayang aku macam Izal sayang aku. Rasa tulus dan rasa macam mana aku nak disayangi. Sama macam cara aku sayang kat orang, tapi dia lebih lagi. Takde rasa diperkecil. Aku suka tanya dia selalu, dia sayang aku banyak mana? Dia selalu jawab, terlalu banyak. Atau most of the time dia jawab, sangat-sangat banyak. Tapi haritu dia cakap, dia sayang aku cemana aku sayang Yam. Dari situ aku faham dia betul sayang aku sebab dia tau dalam dunia ni, Yam yang paling aku sayang..

Last week yang dia diam tu rupanya sebab phone dia rosak tak boleh charge. Dia ni kalau phone rosak memang leceh sebab phone tu phone kerajaan. Kalau rosak, kena bawak ke jabatan dulu untuk dorang reformat or something, baru bleh hantar kedai betulkan. Sebab dalam phone ada macam-macam rahsia kan, so dorang taknak risk dari info tu leaked to outsiders.

 Beli beg matching-matching ngan anak dara hihihi.
 Kali ni gi Hat Yai aku tak beli apa sangat, takde mood nk hunting jajan bagai untuk beli kat kawan2  ke, family ke, office mates ke. Aku fokus beli favourites aku je. Tapi yang menjadi kemoskelan adalah, duit tetap abes.. Ekekeke.

1) Cikedis Tasto perisa Crab Curry; 2) Betagen. Dulu gilekan susu pisang Meiji. Kali ni gila Betagen plak - Thai's yoghurt drink, sebab aku nampak satu group Malaysian chinese tu beli banyak gilaaaaa Betagen ni. Aku pun folooo. Pastu jato chenta. The rest is history. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

So Jumaat last week 4 Oktober tu dia message aku tanya aku kat mana apa sume. Dia ingat aku dah kat Hat Yai and he sound excited. Aku cakap esok Sabtu baru gerak ke sana. Aku dah happyla kan sebab dia dah muncul. ETS aku pukul 7am Sabtu 5 Oktober tu.

Tiba-tiba pukul 3am 5 Oktober tu, dapat msg dari dia.
"Syg... Abg kena pi laut ni.. Boleh tak kalau Syg cancel program ni.. Please Syg... Abg tak tau sempat balik bila.. Abg kena pergi.."

Aku terjaga tu dalam pukul 4.30 pagi baca message camtu, terus la menjejes-jejes air mata ni. Takkanla aku nak cancel.. Benda dah berbayar semua. Aku gak yang sanggup gamble kan, so hadaplah.. Tu pun nasib baik dia sempat bagitau aku dia nak ke laut, biasanya dia terus pergi je tak dan nak pegang phone dah. Dia takut aku fikir apa kan so dia bagitau siap-siap. Aku nak menyesal pon teda berguna lagi. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Muka orang yang tak dapat jumpa boipreng.
 Tapi bersedia to turn to food for comfort miahahaha.






Makan tetap makan walaupun frust menonggeng.. Ekekeke.
Melepas geram makan dimsum kat kedai favourite aku Zaina 2 kat Khlong Hae.
Yam pun dah pandai makan, dulu dia tak suka sangat. Lagila syok ada geng dimsum kan.
Banyak kali gi kedai ni ngan Izal dulu.


Dan kedai ni kat Lee Gardens Walking Street aka 'Little Malaysian' (Grab driver aku yang bagitau sebab malaysians bersepahhhh kat sini hahaha) adalah port wajib yang mesti aku pergi setiap kali datang Hat Yai. Beli udang galah n ayam goreng makan dengan pulut untuk tapau makan kat bilik hotel.

The BEST travel buddy ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜

Aku tau dia suruh cancel sebab dia risau aku n Yam berdua je, dan dia takde untuk pick up dan hantar kitorang. Dia taknak aku sedih-sedih. Aku ni independent bang.. Dah sampai ostolia pon, bleh je gi city centre Sydney tu sorang-sorang takde masalah. Kadang rasa Sydney lagi selamat dari KL. Jenis berani je, kalau jadi apa-apa kita nanges kemudian gitu, pesen aku ni.. Hahaha. Dalam konteks ni bukan masalah being independent, masalahnye aku nak dia adaaaaaaa. Tapi Izal ni jenis tak harap kita independent sangat, drop aku depan 7-E pun dia turun teman. Dia cakap mana bleh aku gi sorang. Certain laki kan macam bersyukur kita independent tak menyusahkan dia kan. Tapi Izal tak.


Ni kat stesen KTM Padang Besar.. Sampai sini Yam terus cam.
Yam tanya, "Haa kat sini kan yang Daddy hantar kita dulu?"
Ye sayangkuuuu.

Dia risau sebab dia jenis selalu mengadap benda-benda bahaya kat sana. So he's always thinking of the worst that could happen. Ingat tak haritu ada kes perempuan dari Malaysia yang bawak MyVi tu yang langgar sekumpulan pemotong rumput warga Thai yang tengah berehat tepi jalan tu? Izal cakap perempuan tu masih kena tahan kat sana. Sana bab ni orang Thai memang strict. Tapi kalau kat Thai tu walaupun nampak mundur gitu tapi CCTV bersepah so jangan nak nipula dia cakap. Dia rasa perempuan tu memang bawak laju, kalau tak takdela sampai meninggal 4 orang (kalau tak silap) sekaligus.

Dia bukan against perempuan tu.. Izal ekceli kesian kat perempuan tu, sebab tu dia dok share message yg merayu bantuan untuk bebaskan perempuan tu dari penjara tu. Dia cakap kita tolong je lah dia, nasib kita nanti tak tau cemana.


Hadiah tak kesampaian.. Sobs. Aku sukaaa sangat smart band Mi Band 4 tu, so aku belikan dia satu sama macam aku punya. Padahal nak beli untuk diri sendiri pun berkira, tapi sayang punya pasal, beli untuk dia gak huhuhuuuu...

Aku rindu Izal. Aku nak duduk lama-lama bersembang puas-puas dengan dia sebab dia always busy tak dapat nak bersembang panjang. Aku nak bercerita dengan dia, nak catch up semua benda, nak bagitau dia, smart band ni best.. Aku ni jenis tak suka pakai jam sebab rimas berat bagai. Tapi jam ni ringan sangat n 5 ATM/50 meters waterproof. Aku test mandi laut aritu helok je. Pastu basuh pinggan pe sume kat rumah pun aku tak tanggal. Pastu yang best tali dia banyak pilihan ada jual, bleh tukar2, aku ada satu metal punya untuk nampak formal sket pakai ke opis.

Yang aku suka pasal smart band ni sebab dia ada sleeptracker, so kalau pakai time tido, dia akan bgtau berapa lama kita deep sleep, light sleep and awake, and dari pukul berapa sampai pukul berapa.

Ni aku punya.. Aku custom dia punya watchface.
Belah kanan tu yang tali besi. Kiri tu getah.

Pastu dia bleh set goals utk berapa bnyk steps kita aim utk jalan setiap hari, macam KKM sarankan 10k steps kan. Pastu apa lagi, oh dia bleh display message dari wassap/messenger/wechat dan calls etcs kat band nih tapi tak bleh reply la. So agak2 kalau ko tengah mandi kat laut tu pastu masuk message or call penting, bleh la ko naik kejap ke darat n setelkan... Gituuu. Kalau tak, ignore jeee.

Pastu bateri tahan gila. Sekali caj penuh haritu aku dapat guna dalam 15 hari tapi dia boleh go up to 21 days bergantung usage kita cemana la kan. Senanggg. Dahhhh aku off topic + jadi promoter free pulak kannn sebab excited cite sal gadjet hahahaha.

Anyway, sebbaik aku tak belikan gulai tempoyak patin yang biasa aku belikan untuk dia setiap kali jumpa tu. Dah bleh rasa tak jumpa dia kot, tu yang rasa malas semacam nak gi cari ikan favourite dia tu. Selalunya aku frozenkan dan letak dalam cooler bag sekali dengan icepack untuk bawak kat dia. Seharian travel sampai ke Hat Yai masih elok beku lagi..

By hari Ahad malam tu aku dah rasa makin tipis harapan untuk jumpa dia.
Sebab kalau dia ke laut biasanya dia gerak dari Satun ni. Bila dah balik laut pun sampai ke Satun. Jadi jarak dari Satun nak ke city centre Hat Yai dalam 1 jam 40 minit.. Jauh gila. Manala sempat dia nak datang kat aku lagi walaupun dia balik dari laut hari Ahad malam tu..

****************************************************************

So.. Sampai skang Izal masih belum balik dari laut.. dari Sabtu pagi haritu. Dah masuk hari ke 4 ni. Aku kesian pk dia keje kat laut dalam keadaan musim hujan sekarang ni. Aduhai. Ralat gila tak dapat jumpa dia kat sana. Harap dia dapat balik Malaysia je la soon...

Aku cuba sabar lebih kalini, as I want this relationship to be my last.





You know you love me! XOXO,
-Scha