Showing posts with label Incik Sayang. Show all posts
Showing posts with label Incik Sayang. Show all posts

Friday, August 6, 2010

Aura Ketaq Lutut Mula Terasa...

Dah lamaaa tak dapat email dari incik sayang sejak dah dok dekat ni... Dapat email ni pon dah berbunga riang dahhhh hatiku...



Bile masuk bab paperworks ni, rasa macam dah serious sangat dahhhh aku skang ngan incik sayang. Bukan laa sebelum ni tak serious, tapi skang serious serioussss huahua. Lagi 2 bulan je lagi! Ketaq.. Ketaq..

Skang aku dah kurangkan aktiviti DIY. Tadek wat any project dah sejak haritu. Fokus cuma nak cross off benda-benda besar kat list seblah blog aku ni dulu. Pastu bile agak dah tadek benda nak buat, baru layan benda2 kecik tu.

Pengalaman dah banyak mengajar aku that, in order to make everything falls nicely into its place, we have to at least complete it. Jangan nak cerewet sangat and aim for perfection each time, for each thing, sampaikan in the end ada benda yg wajib disetelkan, tak setel...


Dalam bajet-bajet, TER-beli jugakkk dua ketui buku ini kat Times tadi. Dasar miss bloomwood betul! Padahal aku bukan rajin sangat nak membaca pon. Tapi tu lah antara pancarobanya pabila bekerja kat tengah2 kl ni yang sumer ada ya... Time lunch rasa nak merayapppp je.

Wife, Interrupted tu aku beli sbb review ni je yang aku baca yang buat aku tertarrek - "When Amy agrees to marry the man of her dreams, she has no idea that within three weeks of their big day she'll lose him forever. This gritty, honest and suprising memoir is about how one young woman chose to get over the sudden death of her fiance by sleeping with load of men."

Sounds intriguing isn't itttt?

Shopaholic Ties The Knot plak aku beli sbb bile aku randomly bace ayat dia pon dah rasa engaging sangat, dan dapat rasa an undescribable excitement. Lagipun seronok bile membayangkan muka inesen kiuttt sangat si Rebecca Bloomwood (Isla Fisher) bile berkata-kata!

Dua-dua buku berkaitan kawen, anggaplahhh pelaburan untuk kawen ngeeee... (-_-") Resit nanti nak simpan lam kotak yang khasss untuk resit2 barang kawenku ittew. Huhuuuu.

Oh! Satu lagi item lam list leh cross off! Incik sayang dah konpemkan yang membe dia bleh shootkan skali kat Kuantan nanti. Aritu bile incik sayang mintak dia jadi photographer untuk majlis incik sayang, dia kate dia begitu honored sbb incik sayang mintak dia shootkan! Rasa honored dia tu diterjemahkan dalam bentuk charge yang tersangatlaaa murah dalam dunia pornografi photografi hari ini - $500! Perghh mana nak dapat tu... Incik sayang cakap, harga murah sbb maybe dia nak balas jasa incik sayang ajar dia wat graphics suatu ketika dulu.. :)

Kalo tengok background dia, incik sayang cakap, dia biasa ngan kamera, tapi dia banyak buat other kinds of photography. Wedding ada jugak, tapi tak banyak. Dia pernah follow 5 weddings so far. To me, not bad lah tu.

Tapi kitorang mintak dia shoot and burn je. Editing tu, incik sayang akan buat, dia pon akan tolong2 jugak. Untuk kat Kuantan pon dalam $500 jugak, transportation etcs tu incik sayang bayar asing nanti. Dia siap plan nak buat outdoor kat pantai, kan kat Kuantan banyak pantai. Dia cakap kat incik sayang, dia risau kot dia tak memenuhi kriteria yg aku nak je. Tapi bagi aku, janji dia gigih n kreatif, n janji orangnye easy-going, yang bleh buat kite selesa nak bergambar, insyaAllah ok punye... Tawakkaltu 'Alallah...

Okay, dorang ni sumer balik awal sbb system down sejak 1/2 jam yang lalu! Time to go home for me too! Besnyaaa wiken! Nak kemas bilikku itteww!





Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, August 5, 2010

Hari Ini.

Ini namanya entri pemalas yang aku tempek dari status facebook jua adanya.

Demam sambil menikmati birthday cake haritu ditemani kedinginan hujan. Ecehhh. Tiket Slash masih belum terjual. Ada yang aku pegi gakkk time demam2 ni karang... Tengok tangan bakal pak mentuaku, sibuk nak buat PEACE time orang amek gambar kek... Muke garang tapiii kekeke.


Ok rasa tak seberapa pemalas n rasa nak sambung stori pulakkk.

Haritu lepas tau birthday aku, mak incik sayang terus jemput ke rumah. Aku ekceli takmo dorang tau sebab takmo nyusahkan... Tapi incik sayang bagitau pulak. Time aku datang tu, Abah incik sayang belum balik keje. Bile dia dah balik n nampak muke aku je, dia terus cakap ngan muke excited sangat, "Kenapa tak bagitau Abah birthday Sya... Boleh Abah belikan hadiah!"

Aku jawab, "Hahahaha beli hadiah bile-bile pon boleh Abah, tawaran masih terbuka!". Tapi aku jawab dalam hati je laaaaa, nak matiii wat muke tak malu jawab camtu? Huahuaaaaaa.

So mak dia sudah masakkan mi kari yang super power time tu, makan ramai2 sambil teman Abah incik sayang bukak puasa. Adik incik sayang siap belikan kek lagi untuk aku. Wuuu semoga diorang sayang aku sampai bila-bila... Yang buat terharu sangat tu sebab layanan diorang tu buat aku rasa macam pompuan cantekkk and specialll sangat. Wuuu.

Haritu lepas setel HIV test, incik sayang surprise aku ngan bunga plak. Ni SECOND bunga yang aku dapat dari dia lepas 6 tawun berchenta ok... Sangatlaa bukan mat bunga! Takleh imejin cemana keadaan dia time beli bunga tu pastu bawak bunga tu all the way ke kereta dia. Awww kalolaa aku dapat tengok dia time tu... Sbb tu haruslaa direkodkan lam blog sebab ni dah kire 'hari ini dalam sejarah' dah niiiii.


Pastu hari Isnin birthday aku tu, sampai2 opis je, opismet aku merangkap ex-housemate merangkap ex-unimate aku, terus pandang aku sambil tersengih n rapatkan kedua2 tapak tangan dia n cakap, "Happy Birthday!!!" Haha sooo satu team tau aku punye birthday. Aku tak biasa wehhh orang announce birthday aku camtu, aku ni pemaluuuu walaupun nampak cam tak pemalu. Tsk tsk.

So sudahnya, dorang insist nak belanja aku lunch haritu, kat Secret Recipe.

The Team.


Aku order Mozzarella Baked Fish aritu. Cheese banyak gilerrrr sampai tak nampak ikan... Menu baru ke ni? Nape before this aku tak pernah perasan menu ni ada kat Secret Recipe? Ngeee.

Okayyy! Nak sambung berbaring semula. Tadek sape ke nak beli tiket Slash aku ni? Ishk ishk sayangnyeee... Nak bagi kat orang lain free sayang, baik aku pergi sendiri. Ishk we'll see... We'll see...




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Monday, August 2, 2010

Age Is An Issue of Mind Over Matter. If You Don't Mind, It Doesn't Matter!

Today I turn 30! Dah 3 series dah weh!

Walaupun saham bakal jatuh dengan mengaku secara terbuka tentang umur ni, takpelahhhh daku pasrahhh.

Rasa baru semalam je main getah ngan kawan-kawan. Baru lepas abis SPM dan baru lepas amek degree. Tiba2 eh eh ehhh umur dah masuk 30... Haih kejapnya masa berlalu... Tak lama lagi insyaAllah ada husband n tunggu anak2 pulak main getah, amek spm and degree plak lepas tu... :))

Apa2pun, aku happyyyyyyyyyyy sangat malam ni sebab dapat dua makhluk kiut ini dari incik sayang! Sayang berganda-ganda-gandaaa (♥‿♥)



Mau tak teruja banget??

Incik sayang kasi dua sbb ada promotion kalo beli dua. Kalo beli satu, harga x jauh dari beli dua.

Time beli ni, adik2 kat kedai tu lagi eksaited daripada aku yang tertahan-tahan senyum sbb baru lepas drama sebabak merajuk ngn incik sayang sblm tu. Jadi muke aku time tu antara merajuk dan sengih kembang idong pe sume, maka jadilaa muke tersipu2 di situ ngeh ngehhh.

Adik2 tu, sambil panjat tangga sambil senyum ke telinga time nk amek beruang aku yg display nunnn di atas rak tu! Sampai dah setel bayar pon diorang senyum ke telinga macam dorang plak yg dapat bruang tu hahaha!



Rockstar tengah menjinjing teddy bear yang disumbat lam plastik kat tangan.
How I wish they don't have bags big enough for the bears!
That way incik sayang will appear cuter holding them in his arms!
Keh keh keh!

Untuk birthday kali ni, doakan aku dapat mengejar impian menjadi slimmmm before kawen ye! Tengah tunggu herbalife aku sampai niii, around this week. Kot2 ada antara doa korang dimakbulkan Allah, gumbiranyaaa aku!

Have a grrrrrreat weekdays ahead beautiful people! ♥ ♥ ♥



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, May 15, 2010

My Fiance, The Survivor.

Keadaan kat opis semakin tak memungkinkan untuk aku apdet selalu. Jadi harap time wiken camni je laa dapat apdet secara bes.

Kesimpulannye (tetibe kesimpulannye ), incik sayang warded kat HKL aritu tapi temperature dia tetap tak turun2. Kena sentiasa tuam ais kat kepala, baru laa badan tak panas. Masuk ari ke 3 kat spital kalo tak silap, dia cakap hidung dia bleeding dari pagi sampai tengahari tak henti-henti, dapatlaa satu mangkuk camtu kalo tadah. Huuuuuuu. Bile aku datang time lunch hour tu, bleeding stop kejap. Malam tu aku call Mak dia n Mak dia cakap dia dah masuk ICU sbb lepas aku balik tu, dia start bleeding balik.


Otw balik Kuantan, comel giler tido sambil peluk incik lembu pink yang nak bagi kat Kak Da :)))

Tunang aku masuk ICU?? Terus berderai2 air mata aku time tu... Mak dia cakap jangan risau, incik sayang sedar, dia dok kat ICU sbb senang doktor nak attend kalo apa2, kat wad biasa lambat sikit. Tapi mak dia mmg seorang yg tenang, tak mudah panik. Jadi kalo keadaan tengah teruk pun aku tak tau keadaan tengah teruk. Ishk ishk... Jadi time tu aku tak bajet dia sakit teruk sangat sampailaa bila dia dah kuar icu, baru aku tau platlet darah dia turun sampai 9 je, tu yg masuk ICU! Incik sayang cakap, normal patutnye 300 platlet!

Aku gugel2 tadi, platlet ni fungsinye 'mengikat' darah kita. Yee mari belajar Biology semula sbb sumer dah lupe. Kalo tadek platlet, darah bleh kuar camtu je dari gusi ngan hidung. Patutlaa before incik sayang masuk ICU tu, darah kuar banyak dari hidung, maksudnye platlet dia makin kurang le tu... Aku ingatkan sbb badan terlalu panas...

So sambung balik. Bile aku datang tengok dia kat ICU, pemandangan sekitar mmg kelihatan tidak memberangsangkan. Sume orang keliling dia kurus tinggal tulang, sume orang muke ngah 'struggle' sangat huuuuuuuuuuu. Wad sebelum ni, muke memasing cam demam ala-ala je.

Incik Sayang bagi nama si mata buntang ini, Hassan.
Dah kuar icu baru dapat bagi kat bliau ni :)

Aku tak suke spital, emosi aku rasa berkecamuk bile datang spital. Especially allergic kalo tengok ada orang tua pakai kopiah, baju tshirt pagoda ngan kain pelikat petak2... Aduhhh teringat sangat kat Ayah aku... Aritu siap nampak sorang pakcik tu sejibik pakai camtu pastu ngan slipper2 skali cam slipper Ayah aku... Huuu lagi. Bleh otomatis berjuraian air mata kat situ jugak.

So, selama sehari semalam incik sayang dok kat ICU. Mmg bedridden time tu sbb dia langsung takleh bangun, jadi dia nak makan2 pon takut sbb tak selesa membuang dengan bantuan nurse uhuuu. Sooo long story short (but is already a long story ), lepas kuar ICU tu he's getting better, sampailaa semalam dia dah discharged dari spital dah. Tapi temperature masey kekadang panas sejuk... Bukan senang nak bebetul sembuh...

Kesimpulannye, kalo kena denggi, silelaa bagi perhatian tak berbelah bagi to your loved ones. Dia beruntung ada Mak yg penyayang giler, tak henti-henti jaga dia walaupun mak dia pon lam proses nak sembuh denggi gak. Mak dia cakap kat orang yg datang melawat, "Saya jadi kuat sebab nak jaga dia (incik sayang) walaupun saya pun badan lemah2 lagi sebab belum betul2 sembuh."

Kasihnya ibu...

So siang tadi aku gi jenguk lagi incik sayang time lunch sambil bawak meatball idaman dia yg aku buat mlm tadi. Dia baru ada napsu makan since seminggu warded, it's so unhim!! So bile dia kate teringin je smalam, aku terus buattt sementara dia ada appetite ni huuuu. Walaupun ekceli dia teringin mkn meatballs William's, tapi sebab malas gi William's jauh sangat, dengan penuh gagahnye akak gugel recipe ala2 william's (gugel je pun ). Siap letak cheese kat tengah.

Time ngah makan bertiga ngan mak dia, aku nampak incik sayang sengihhhh je tengok aku. "Nape??", aku tanye. Dia cakap, "Seronoklah tengok anda ada n lunch sekali kat sini..." Olololo... Blushed sebentar di situ!

Breadcrumbs macam tak cukup, jadik ngan bread-breadnya sekali campo sekali.. Hahaha. Jadik ala meatloaf dah 



Maka terhasillah!

Sama macam William's punye dari segi bentuk tak sekata je.. Wahahaha!


Pastu singgah carrefour jap beli kuah chicken carbonara untuk makan ngan meatball.

Kasihnye tunang...

Keh keh keh.

Aku tanye: "Amacam yang, macam william punye tak meatball orang?"
Bliau: "Macam ni laa william punye!!", kata bliau ngah penuh convincingnya, sambil makan tanpa henti. PRICELESS!

So inilah recipe meatball BAJET-WILLIAM'S untuk future reference:

1. 1kg of Ramly minced beef
2. 2 cups of French bread's breadcrumbs (kikis roti tu sampai licinn)
3. 2 eggs
4. 3 cloves garlic
5. Salt, pepper & pati ikan bilis (or ajinomoto etcs) to taste

Gaul semuanya, bentuk bulat2, letak cheese kat tengah kalau mau, then goreng!! Siappppp.

Skian. Banyak nak stori lagi niii dan banyak gambar nak share pasal wedding prep! Tungguuuuuu!





Jaga diri & stay pretty!

Tuesday, May 11, 2010

Ni Nyamuk Kuantan Atau Nyamuk Keramat Punye Keje Ni.

Ari Rabu lepas Incik Sayang masuk spital sbb denggi. Selasa tu aku ikut mak n abah dia gi spital anta dia, tapi sebab baru Day 2 demam, jadik orang spital tu suruh dia balik dulu, sbb kalo hari ke-3 demam baru dapat detect ada denggi ke tak, hari ke-2 belum dapat detect.

Lesson learnt. Slama ni aku ingat orang spital malas layan orang demam2 biasa ni, tunggu teruk sikit baru dia layan :D

Mmg lengkap simptom dia. Demam kuat tiba-tiba. Mata rasa sakit macam nak terkeluar. Sakit kepala nonstop, lain ngan migraine sbb kalo migrain, dia sekejap-sekejap je. Pastu sakit kat area tulang belakang. Patutlaa dorang panggil denggi ni break-bone fever, mmg rasa macam nak pecah tulang agaknye :(

Then hari rabu lepas tu, Day 3 dia demam. Lunchtime tu aku gi tengok dia kat umah terbaring je... Kesian sangat. Time dia terbaring tu, dia pandangggg je kat aku ngan pandangan lemah, pastu dia pegang tangan cakap, "Time kasih datang tengok b..." Huuu sempat lagi cakap time kasih tu... Tak penah aku tengok dia dalam keadaan camtu.

Petang tu Abah incik sayang bawak gi spital n terus admitted, pastu dia mmg confirm denggi.

(To be continued sbb aku mau apdet facebook dulu.)



Jaga diri & stay pretty!

Friday, April 9, 2010

Fat Jane Slim Jane

Kelmarin tengok Top Host kat TV3. Terkezzut wehhhh bile Asward kene drop dari program tu sbb datang lewattttt... Ngan aku-aku skali terasa bahahaha!

Ally Iskandar cakap lebey kurang camni kat Aswad: "Awak boleh bayang tak kalau pukul 8 awak bukak tv3, tengok takde berita? Awak rasa penonton akan cakap, ooo, takpelah, ada hal laa agaknye tu."

Tapi Aswad pon satuuuuuu, dah laa dia dalam reality show, dahlaaaa deal ngan tv3 lak tu, sure laa punctuality is critical. Bleh plakkk dia datang lewat untuk kali ke 2? Isshh isshhh ishhh. Aku time keje pizza hut dulu pun tak brani langsung nak datang lewat, tak penah pon in fact. Skarang jee brani-brani takut Sbb dulu, tau kalo lewat, orang shift sebelumnye yg susah sbb aku. Lagipun kalo datang lewat gaji per hour kena potong! Wahhaa.

Tetttttttt! Enaff baut dettt, preparation kawen agak slo di sana-sini. Diet aku pun di awang-awangan ngee (as expected lah kann.) Jadi pengantin XXL gak laa aku nanti nih tsk tsk tskk...

Ada sorang colleague chinese aku prangai camni.
Dia kate dia gemuk just because dia tadek space di tengah2 peha dia
Padahal dia skinnyyyyy!!!

Ohh btw, sejak bertunang ni ada 2, 3, 4, 5 worang cakap aku makin berseri, manis dan gorgeous (ok tipu, part gojes ni aku sendiri tambah hihi ) Maklumlah susah nak dengar orang puji, so bile sesekali orang puji kenala cite kat blog. Haritu time aku datang umah incik sayang, jumpe jiran dia ngah menyapu tak pakai baju. Pastu dia macam nak kaver2 dada dia depan aku hahaha, tapi sempat cakap "Assalamualaikummmmm..." kat aku lagi.

Malamnye incik sayang cakap kat aku, "Chacha cakap yayang lawa." Monotonous. Aritu pon time incik sayang cite abang chacha cakap aku cantik, tone incik sayang camtu gak. Ngeeeee. Tak kisahlaa chacha dan abangnye tadek taste ke cakap aku lawa. Yang penting aku kene puji! Wahhahha. Lempang Leo sedas. Nak harap incik sayang pujiiiiiiiiiiiii, setahun sekali kot kalo TAK DIPAKSA puji huhuhu. Jadi kite tunggu tahun depan je ye nak dengar puji-pujian dari bliau.

Tapi apalah maknanye manis ittew kalo saiz badan tidak seirinnggggg! Pasrah lagi... Aku ngan Ija cam givapnyeee nak turunkan saiz badan!! Tertekannnn! Setiap kali kalo kitorang gayut, kalo tak cakap pasal wedding prep, cakap pasal diet on-off, ape plan nak kurus, blabla. SEJAK UTP LAGIIIIII!

Huuuuuu. Susah btol jadik orang yang suke makan tapi tak suke eksesais ni.




Jaga diri & stay pretty!

Tuesday, December 29, 2009

I'm Not Yours & Lunway Sagoon

Few days ago, membe utp aku F citer dia baru clashed ngan his girlfriend of one year. Terkezzut gak aku memule dengar tu, mati2 ingat dorang dah siap sedia nak kawen dah ke ape.

Yang aku tak tahannye bile tengok ex dia tu senyum gumbiraaaa je time bertunang ngan 'tunang paksa' yg nenek dia jodohkan tu. Aku lak tolong geram untuk membe aku tu. Aku cakap kat dia, kalaulaa aku kene paksa camtu, aku akan wat muke tadek efek je time bergambar. Haihh taulaa menerima segalanya dengan redha, tapiiiii.

Tapi biarlah, tu citer orang, hati di dalam kite tak tau...

On the other side of the globeeeee, aritu, 2 hari lepas aku engage ngan fiance tersayyeeng, dapat satu message yg bikin dada aku bergetar sejenak.

"Anda dah bertunang ke dah kawen???"

Sms dari Old Flame yg dah sekian lamaaaaa tak keep in touch.

"Err, tau mana?", jawab aku sambil otak ligat memikir dari mana dia dapat tau. Blog ni dia tak tau.

Pastu dia terus call dengan suara yg macam nak nangis, I must say. Bunyik bergetar, bunyi sebak, dia cakap dia langsung tak sangka aku akan bertunang secepat ni. Rupenye dia tau sbb dia tengok display image kat YM aku. Aku plak sengallllll, bleh lakkk tak prasan, kalo kite set someone offline, dia tetap nampak display image kite rupenye. Tsk pek dahi sendiri! T_T

Sbb sebenarnya mmg aku tanak bagitau dia aku nak tunang ke kawen ke. Biarlaa lama2 dia tau sendiri. Sbb dia selalu cakap, dia takleh imejin cemana prasaan dia kalo one day nanti dia terserempak aku jalan sambil pimpin tangan anak aku kat Nirwana (pasaraya dekat umah Kuantan ) ke, mana ke. *Background lagu Lamunan Terhenti Aris Ariwatan* Tsk. Pastu dia cakap takleh terima kalo one day nanti dia call, suami aku yg angkat.

"Abis anda gak suke cakap kannnnn, ai dari tahun2 lepas cakap nak kawen ngan incik bruang, tapi tak kawen-kawen gak. Anda suke cabar kannnn. Ni, orang dah tunang, nape nak sedey pulak...", aku smash dia seketul.

"Yelaaa, tapi, erghh, tu cakap kat mulut je, dalam nih perasaan cemana anda tak tau. Sakit, Sya... Sakit... Ai tak sangka secepat ni anda tunang... "

Lepas tu aku banyak diam je time dia meluahkan kekuciwaan. Last2 dia cakap, "Takpelah, walau cemanapun tahniahlah, anda nampak cantek n sesuai ngan kaler tu. Pepel ek?", yeee, orang ke 2 ingat baju aku pepel T_T.

Walaupun dalam keadaan camtu, sempat lagi dia insist nak tengok gambar aku. Aku bagi je link ke photo album aku kat facebook, yg aku temporarily enable utk 'Everyone' dan bukan 'Only Friends' cam biasa. Biar dia tengok. Biar bila dia teringat kat aku, dia akan terbayang visual aku dalam baju tunang, dan dia jadik benci, dan lupekan aku terusss.

Seminit kemudiannnnn, haa terus sebelasss notification kuar kat fb kau. Sumer komen dia kat gambar2 tunang aku. Silap aku, tersilap set privacy untuk comment tuh, tuh yg dia bleh komen.

Antara komen dia yg aku ingat:
"Geram btol...."
"Tahniahlah jugak ye kaksya."
Pastu dekat gambar thank you tag yg ada 'Adi & Sya' tu, dia komen, "Sya* & Sya tak boleh?" (-_-")

Maka INSTANTLY kelam kalibutlaa aku delete sumer komen tu. Tapi dalam instant-instant tu pun, sesaat kemudian, zaaassssss, msg dari Z memecah keheningan senja, "Aku nak tanye satu je. Sape B** tu?"

Pan Bin Tas sungguhhhhh mamat nih! Dia cakap dia tergerak nak tengok photo album aku lagi walaupun siang tadi dia dah usha dah photo album aku tu. Tuh yg dia sempat tengok komen2 saiko B**. Huhuhu giler betul. Dahhhhhhh kene explain citer di sebalik tabir kat Z plak...

Sooo, citer berakhir sampai situ, dia dengan life dia, aku ngan life aku. Dah tunang, dah masuk soal family ni, sumer dah jadik lain, kene fokus. Incik sayang cakap, aku dan dia dah jadik 'family' sekarang :")

Kerna dah jadik family laaaa, makaaaa, aku insist ajak dia join family aku gi Sunway Lagoon pepagi Xmas yg lalu, sebab Abang De nak sponsor sumer orang! Hohoho suke suke. Tapi rasa nak gelak dengar diri sendiri sebut kat Abang De, "Boleh tak Adik ajak TUNANG ADIK gi Sunway Lagoon skali??" Aju n Kak Da pon dah kecoh, "Ajakla incik bruang, ajaklaaaaa." Huhu sooo off we go, 20 orang satu rombongan sekali ngan anak2 sedara belah Abang De.

Masa untuk bergambarrr! Apaa??? Takleh letak gambar incik sayang lagi??

Proud sponsor yg berdiri ujunggg skali tu.

Skarang dah letak dahhhh gamba penuh walaupun mokkk, mentang dah ada tunang...
Takpe, nanti dah kurus, kasi korang senang nak compare kannn.

Suke gambar ni, feeling cover album NKOTB ke apetahh.

Si baju ijau lah anak sedara yg dok ngan aku skang.

Yayyyyy~~~

Gaya itik pulang petang.

Kesimpulannye, lenkali nak pegi hari biasa! Tensen giler takleh naik gelungsur ape2 pon sbb ramai gilerrrrrr beratur, jadik malas nak menunggu. Tapi paling syok time naik pelampung untuk dua orang tu bertiga ngan Aju n Kak Da bahaha... Dan 3x diulangi TIGA KALI tiga-tiga terlangkup ngan pelampung-pelampung dekat area ala air terjun tu tahap sesakkk idong, tapi tak serik2! Sonot!!!

Okayyy dah abish! Later alligator!!

p/s: I should've updated more frequent sbb bile tangguh2 jadik panjangggg entri, dan banyak lupe. Ngeeeeee sabarlah sabariah yee.

Yang Benar (ada tipu2 sket),

~~Proudly Predeiiii~~




You know you love me!