Baru ni aku gado ngan encik seben.
Gado besar dari biasa sebab kali ni saling berbalas-balas pantun. Muahahah. Sebelum ni aku percaya kalau gado laki bini kena pendammmmm je jangan cakap apa kalau time gado sebab nanti keluar bukan-bukan. Tapi nampak gayanye kaedah itu tak berjaya dalam perkahwinan pertama aku ye sebab sudahnye aku meletop. Segala yang dipendam tu terburai.
So kali ni aku kalau marah memang aku akan bebel dan meluah semua. Cuma aku masih berjaga-jaga jugak supaya tak terkeluar perkataan tak elok atau sebut benda yang terlalu mengguris perasaan suami aku.
Tapi somehow hari tu aku sengaja cakap benda yang pedih sikit nak bagi dia sakit ati sebab kitorang dok berbalas-balas hujah aku jadi penattttt sebab dia bkn cuba nak pahamkan apa yang aku sakit hati sangat tu. Aku kan plaintiff dalam kes ini! 😤
===========================================================================
(alam mana-mana pergaduhan sepatutnya cemana tau. Bila sorang tengah panas hati, cuba tanya dia, "Okay apa yang Syg tak puas hati?" Bagi dia luahhhhh semua puas-puas. Bukannya dia luah sebaris, ko balas sebaris, dan SAJM dok berbalas-balas lagi. Bagilaa dia luah semua dulu. Cuba fahamkan kenapa pasangan kita tu naik hantu. Pastu bagitau, "Okay, sekarang Abg nak bela diri Abg, nak betulkan salah paham Syg tu. Syg dengar pulak." Pastu blablabla. Pastu tanya la pasangan tu, "How do I make this right for you?" Konfem kalau buat camni hati pun mudah sejuk. Ini takkkkk. Dia pun nak naik panas samaaaaa.
============================================================================
Aku pun blablabla bagitau tak puas ati tu, tak puas ati ni, dan dia dok balas-balas balik pertahankan diri dia, last-last long story short, aku cakap, "Abg balik-balik dulukan dorang. Yang Syg ni balik-balik nombor 2. Sayang taknak no 2!" And then, "Dah menyampahhhhhh tengok dorang tu tau tak. Menyampahhhhh!!!"
"Oh, menyampah tengok dorang??"
"Yaaaaaa!!! Menyampahhhhh!!!! Abg balik-balik dok lebihkan Adik, Adik, Adik, bosannnnn tau tak bosannnnnnn!!!"
"Menyampah sampai bila-bila la ni?"
"Yaaa!! Sampai bila-bila!!"
"Sampai bila-bila pun???"
"YAAAAAAAA!", eh yang ni pun taknak kalahhhh!
"Sampai bila-bila pun? Betul ni???"
"YAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!"
Masa ni aku macam tunggu jatuh hukuman gantung ke apa.. Benda tengah marah anytime je dia bleh jatuhkan hukuman kat aku kan. Dalam hati aku yang tengah marak dengan api amarah ni pikir, aku dah pernah lalui sekali, nape takleh lalui sekali lagi khen. Tu fikiran masa tengah amaroh n ego la. Tapi kalau betul dia nak jatuhkan hukuman kat aku time tu sah lah mmg dia lebih sayangkan anak-anak tu dari aku. Korang seboleh mungkin takyah laa kawen ngan duda ada anak okay... Issue ni mesti ada punya nanti, dengarlah ckp aku, lainlah korang sejenis gadis desa yang lemah lembut gemalai, cuma ada perasaan hasanahhhh je dalam diri takde perasaan dengki ke buruk sangka ke insyaAllah ok kan.
So pastu dia cakap apa, "Kalau dah sampai bila-bila. Hmmm takleh buat apa dah la." Pastu dia berlalu pegi ke depan.
Malam tu dia tido awal n tak makan. Susah laki aku tak mkn malam ko tau.. Konfem dia lapo semalaman huhu.
Esoknya... Aku masih dengan perasaan sedih dan marah aku tu. Gi keje langsung tak salam n tak bercakap dengan dia. Tak rasa nak mengadap dia lagi. Dia pun diam je. Tapi tuhla sepanjang kat keje punyela tak tenang hati aku, sedih dia lain maciam, memikiokan malaikat pun mesti laknat aku sampai pagi sebab buat laki aku tido dalam marah semalam. Nk makan time kat opis tu pun jadi tak lalu. Tapi telan tetap telan ahahaha...
Pastu balik keje, sampai umah dalam pukul 8 tu tgk dia takde.. Aku pegi check bilik kot dia dah kemas baju-baju ke. Gittew sekali kerisauanku. Fuhhh ada lagi semua sebbaik... Tau pulak kau risau kannnn masa bergado tak hengatttt. Kot la dia nak 'ajar' aku, dia pack barang pastu check in rumah Mak dia seminggu dua ke, baru aku tau langit tinggi rendah sobs.. Sebbaik tak.
Biasa Jumaat memang dia gi rumah Mak dia kat Cheras sebab tengahari nak gi semayang Jumaat so anak-anak mintak adik n mak dia jagakan jap time tu.. So lepas smayang Jumaat dia mmg lepak dulu lah kat umah Mak dia, malam lepas Maghrib atau Isyak gitu baru dia gerak balik Shah Alam.
So dalam dekat pukul 10 camtu dia sampai umah, masuk-masuk dia bagi salam. Aku rasa lega gila tengok muka dia tau tak. Dengan dia ni memang takde aku bercinta cam dengan Izal or ex-ex lain dulu berailebiu aimisyu gila-gila bagai.. Takde. Cuma dah kawen ni mmg dia buat aku bergantung sangat ngan dia. Pergi ke mana-mana memang dia seboleh mungkin akan hantar n teman.. Jadi bila dia takde aku nak drive kete pun jadi malas tau.
Pastu dia nampak aku kat hall, dia datang n depang tangan dia.. Lalu aku pun berlari-lari mendapatkan dia ahahaha. Ok tipu. Aku takyah lari pun. Dia depang tangan depan aku, aku peluk je la huhuhu rindu sehari bergado tak keruan gue... Dia ckp dia mintak maaf, pasal anak dia tu.. Blabla. Aku pun mintak maaf. Dia sempat tanya aku, "Baru period ek...", maksudnye dia paham aku lain maciam sket kalau baru period biasanya. Time clearkan sampah dia nampak pads kot. Aku cakap, "Syg marah bukan sebab periodddd.."
"Syg tak maksudkan apa Syg ckp pasal anak-anak tu.. Syg cuma tatahan...", aku bisik kat dia sambil peluk tuh. The day before tu aku panas hati sangat tengok buku-buku aku kena conteng ngn si Adik tu. Aku bosan benda berulang-ulang walaupun aku haramkan pen, pensel dan sewaktu dengannye diletakkan merata-rata dalam rumah ni, tapi tetaplaa si Adik tu jumpa jugak pensel untuk menconteng. Pastu aku geram bila aku ngadu kat laki aku pasal perangai2 si Adik menconteng la, ambik barang aku la, sepah2kan barangla, laki aku tak marah beria pun kat si Adik tu jadi aku jadi stress yang terkumpul tau bila deal ngan masalah yang takde solution ni. Itu yang buat aku terlepas marah hari kejadian yang gado tu kot..
So since then aku nampak laki aku lebih proaktif la menangani si Adik tu. Sebelum ni dia banyak biarrrr je kalau Adik bising ke apa, aku rasa sebab dia dah immune atau dia dah penat nk memarah, having to deal with her dari kecik kan. Aku faham je, for sure laki aku tu penat anak dia camtu.
Tapi sekarang dia lebih faham yang sebenarnye aku sangat tak betah mengadap anak dia tu. Jadi sekarang kalau anak dia bising jap je, dia dah tego n marah anak dia takde biarrrr lama-lama macam sebelum ni. Dia mmg la maybe dah immune n tahan je kalau anak dia nanges lama-lama. Tapi bagi aku bingit sangat dalam kepala ni, rasa-nak-tikam-orang kind of bingit gitu haaaa. Sebelum ni aku kaver-kaver marah, so maybe dia ingat aku dah pasrah je. Tp tidak ye... Aku selalu rasa stress sgt sebab aku sejenis cintakan ketenangan, masuk anak dia dalam hidup aku, aku dah tak tenang. Sebab Adik tu sejenis buat benda berulang-ulang-ulang sampai otak aku jadi sangat serabut. Contoh dok jalan ulang-alik ulang-alik sepanjang hari depan mata aku, jadi otak aku migrainnnnnn mengadap. Pastu mulut sentiasa nak merengek tatau sebab. Yang ni paling buat darah aku mendidih. Setiap hari mesti adaaa je nak merengek. Setiap hari!!! Pastu menyanyi nursery rhyme ulang dan ulang aku rasa serabut. Awal-awal dulu rasa comel laa tp bila dah hari-hari hadap aku jadi tak lalu dah nak hadap...
Ngan family pun aku jadi kena jarakkan sket datang umah dorang kalau balik Kuantan. Tu yang banyak dok hotel sekarang daripada rumah Kakak aku. Sebab aku penat nak memarah si Adik tu sebab dia jenis kena pantau sentiasa. Kalau tak pantau, dia buat ulang-alik jalan depan tv, block semua org tgk tv. Atau pegi usik barang-barang orang. Atau pegi buka pintu bilik anak menantu kakak aku tengah rehat. Aku stress nak memarah depan orang.
Dan tambah stress baru ni sebab menantu Kakak aku tu dah stat tarik muka setiap kali si Adik ni datang umah aju.. Obvious sangat. Ngan aku dia tetap laa baik cam biasa tapi aku dapat rasa laa dia mmg tak suka sangat kat Adik tu. Rasanya dia stress bile Adik dok bukak pintu bilik dia time dia tido la tu. Aku plak yang jadi kecik ati sebab aku sangatttt tak suka nak menyusahkan orang. Tapi Adik tu mmg luar kawalan aku. Aku ada cite jugak kat Kakak aku, Kakak aku ckp menantu dia tu mmg camtu sket, sape yang tau je tau. Tapi idokla aku nak datang umah Kakak aku tu lagi bila menantu dia yang tu ada.. Sobs. Kakak aku yang dah macam Mak aku sekarang ni, yang rasa sedih pulak bila aku dah kurang tido umah dia skang..
So that's about it. Gado-gado laki bini ni biasala kan. Harap laki aku selamanya faham dan sabar laa ngan bini dia yang mudah berangin ni. Harap aku pun sama sabar n takdelah sampai tahap taknak tengok muka dia dah lepas ni. Susah aku kalau dia takde. Tapi kalau dia takde aku, aku rasa macam takde kesan apa sangat je... Sobs. Aku tengok Maya kemain rapat ngan laki aku, sedih lah. Malam tu aku ckp kat Maya depan suami aku, "Mama nak lari dari Ayah pun susah awak dok melekappp je ngan Ayah ni. Kalau Mama nak lari mmg kena angkut Ayah skali." Gelak laki aku. Huahuaaa itulah hakikatnyee.
Lagi satu, bagus jugak dedua miskin ni, ada hikmahnya tak kaya ni tau, nak lari pun susah sebab memasing mesti pikir nak dok mana pasni muahahaha! Tuh orang kaya-kaya senang je nak cerai sebab memasing banyak duit takyah pikir nak bergantung ngan sesiapa, kannn.
You know you love me! XOXO,
-Scha
No comments:
Post a Comment