Wednesday, September 23, 2020

Aidee - How It All Started

System kat office aku down since Saturday.. Dah nak masuk 2 minggu ni pergi office goyang kaki. Pastu kan aku cakap colleague nak berenti tu kan. Aku sangat susah ati n mula stress sebab risau kena takeover keje dia sebab keje dia lebih pada server bagai. Aku ni buat codings tau laaaaaa. Server and integration tu apehal nak suruh aku jugak bossss. 😭

Aku sentiasa ingat janji aku nak sambung cerita pasal Aidee. Cuma nak cari masa yang sesuai sikit sebab bila nak ingat balik cerita lama tu macam cari pasal nak suruh berdarah balik hati ni. Pastu entry ni plak bakal mengundang kecaman rasanya. So sile baca dengan dada terbuka ok.. Bra skali bukala gak kalau mau wakakaka.

Aku start kenal Aidee kat facebook. Time tu kakak aku share dia ada buat contest dalam bentuk teka teki untuk menang hadiah dari biz dia. Tapi kena lukis-lukis sikit. So aku dengan rajinnya la lukis bagai. Malangnya tak menang pun hahaha. Tapi dari situ dia start PM aku n startla sembang.

Dengan Aidee ni cepat sangat ngam. Kitorang sama-sama Leo so compatibility tu 99%. Dia wassap aku almost sepanjang masa time tu. Memang dapat sepenuh perhatianla. Biasala baru nak tekel kan. Masa tu aku fikir kawan je ngan dia ni. Tak tergerak langsung nak bercinta ke apa. Lama-lama bila dah selalu share masalah dan bila dah rapat sangat tu, maka terjatuh cintala plak aku kat dia kaw-kaw. Dia pun sama.

Physical wise, dia bukanla taste aku. Tinggi lebih kurang aku je. Kalau aku pakai heels sikit dah aku yang terlebih tinggi. Dahla berat dia kurang dari aku. Dia tak gemuk tak kurus, badan dia padat. Dia gelap. Sebab tu bila dengan Izal aku rasa macam bestnyaaa dapat pakai heels, pakai yg tinggi pun, aku takat telinga dia gitu je hihi. Kulit Izal pun mmg taste aku. Cerah tapi tanned sebab banyak berjemur. Ewah ewah kemain lagi taste sebenar kannnn. Ok Izal tepi sikit jap, now back to Aidee! 😆

Tapi biasala perempuan, bila dah sayang tu tak kisah rupa apa dah. Nampak dia makin hensem. Dialah yang paling hensem seantero dunia ni. Bayang dia buat aku angau. Dok berangan kat diaaaa je.

Tapi, masalah paling besar adalah dia ni suami orang...

(Aku dapat bayangkan pandangan-pandangan judgmental dari semua orang bila baca ayat ni. So takpelah.)

Cuma harapan aku, berhati-hatilah dalam menilai sebab korang belum diuji benda yang sama. Semua orang ada cerita masing-masing. Aku sama je dengan kebanyakan orang dulu, keras menentang such thing, aku rasa boleh kawal untuk berkawan je dengan dia. 

Tapi sebenarnya yang buatkan aku boleh tergelincir dari pegangan aku selama ni untuk tak layan suami orang, sebab Aidee mentioned hubungan dia dengan wife sangat teruk dah, wife dia jenis baran, suka maki hamun, mudah marah, kalau marah anak tu sampai hujung lorong boleh dengar suara dia. Breakfast, lunch n dinner dia memang sentiasa makan kat luar. Time aku kenal Aidee tu, dia dah setahun lebih takde hubungan intim, tahap bila Aidee mendekati je dia tolak-tolak Aidee dengan kaki dia. 🤦 Aku cerita ni bukan nak burukkan wife dia sebab korang bukan kenal pun wife dia. Tapi aku nak bagitau background Aidee dan dia bukan sukati buat perangai. Dia dah hampir sangat nak bercerai sebelum kenal aku tapi tak jadi sebab anak-anak.

Dari situ aku mula pandang dia differently. Kalau dia aman bahagia je aku pun tak teringin kat dia. Dan kadang-kadang rumahtangga tu jadi tak bahagia bukan semata sebab lelaki je..

Aidee akan call gayut ngan aku setiap hari lepas dia balik dari bengkel dia kat Kuantan. Sepanjang perjalanan balik ke rumah dia, dia akan call aku bertukar cerita masing-masing. Hari-hari sembang pun tetap ada cerita. Aidee cakap dia lagi banyak bercakap dengan aku daripada dengan wife dia yang serumah tu. Dengan wife dia cuma bercakap benda-benda yang penting je. He was a very good listener, aku seronok nak cerita semua benda yang jadi haritu kat dia. Dia pun seronok cerita semua benda kat aku, dan aku pun sama seronok dengar sebab dia pandai buat cerita dia tu engaging.

Cara kitorang memang sangat sama. Values pun sama. Tak payah beria elaborate cerita, dia cepat paham. Sama-sama mudah faham.

Sebab tu aku cakap dia ni soulmate aku. Sangat ngam segala perkara. Lepas tu makin aku kenal makin aku sayang. Aidee sangat-sangat bertanggungjawab, menepati janji, susah nak tipu dan sangat-sangat jaga nafkah anak bini dia. Aku jadi respek kat dia. Nowadays susah sangat nak dapat lelaki dengan kualiti camtu.. Aku kenal ramai laki bujang, tapi kualiti tu takde. Pastu Aidee ni sangat helpful. Takyah suruh, dia dah tolong. Dia tau buat kerja-kerja lelaki. Yam pun dia anggap macam anak. Ada je beli apa-apa untuk Yam. Sentiasa ambik berat perihal aku dan Yam. Lepas tu tang keluarkan duit tu dia tak berkira. Tapi being me aku taknak dia spend too much kat aku. Dalam masa yang sama aku pun taknak aku spend terlalu banyak untuk dia. Jadi biarla balanced. Sama-sama.

He's a traditional man. Buat tugas-tugas hakiki lelaki dan percaya perempuan ada tugas-tugas hakiki mereka sendiri. I'm fine with that. Ego dia agak tinggi bukan mcm ex aku yang tak tinggi egonya, jadi senang nak berbaik kalau bergado. Jadi aku banyak telan ego dalam relationship ni. Nak ego banyak-banyak nak pegi mana kan? Dia jenis pandai bersembang. Customers dia pernah cakap dia sesuai jadi politician. Hahaha memang ye pun.

So dalam 2 tahun jugaklah hubungan kitorang berlangsung long distance Kuantan-Shah Alam. Aku jadi kerap balik kampung jumpa family sesambil dating dengan dia. Dia pun kerap datang KL dan mula meluaskan sayap business untuk cari lebih ramai client dari KL ni. Kira sambil dating, sambil buat duit.. Macam tu la.

Tapi bila dah ada relationship dengan suami orang, perasaan insecure tu jadi sangat menebal. Bila waktu malam aku jadi tak tenang fikir macam-macam. Bila relationship dah berjalan for a while, Aidee takde tanda-tanda nak berpisah dengan isteri dia pun. Aku jadi makin takut. Aku taknak berkongsi bagai nih.

Aku still ingat lagi ada satu hari tu aku desak dia untuk kasi kata putus yang dia ni sebenarnya plan cemana, nak berpisah dengan bini dia atau nak madukan aku ni? Dia memula bagi jawapan yang samar tapi pastu cara dia jawab tu lebih pada still nak 'simpan' bini yang suka jerit kat dia tu jugak. Kononnye sebab anak. Abes aku ni takde anak? Memang sesuai jadi politician sangat kannn. Padahal dulu dia yang cakap bagi masa untuk dia settlekan dengan wife dia. Dia akan settlekan dengan wife dia nanti.

Lepas letak telefon tu aku masih ingat aku terduduk menangis silently menyorok dalam toilet opis. Sakit dia tu takleh bayang dengan kata-kata, bleh ingat rasa tu sampai sekarang. Perut aku sakit rasa macam kena ramas, kena tarik, n hati aku sakit literally. Macam kena rentap. Sampai hati dia buat aku camtu. Aku dahla terkontang-kanting sorang camni. Dia bleh pulak berubah-ubah camtu. Kalau aku tau dari awal aku nak kena bermadu, jangan harapla aku hingin kat dia pun. Jangan harap.

Tapi Aidee masih kasi harapan samar kat aku.
"Jadi takde peluang ke kita nak bahagia berdua je akhirnya?", aku selalu tanya dia.
"Masa depan kita tak tau Mama. Mana tau, nanti akan sampai masanya kita dapat bahagia berdua..", tu ayat balasan favourite dia. 🙄

Sejak tu aku mula cari 'jalan keluar'. Of course tanpa pengetahuan dia la. Tapi aku rasa tak mampu n tak boleh senang-senang nak putus dengan dia sebab aku sayang sangat kat dia. Aku mula blind date sana-sini n paksa diri untuk cuba kenal n suka orang lain sebab masa tu Aidee je kat hati. Tapi semua tak kena. Semua aku nak compare ngan Aidee, dah cemana kan. Tapi time ni la aku start kenal Izal online dalam bulan 2 tahun 2017. Time ni Izal balik Malaysia jalan-jalan dengan kawan-kawan dia..

Lepas tu aku cuba positifkan diri dan cuba terima hakikat kalau betul aku kena bermadu. Sebab time tu aku rasa tak boleh hilang dia. Aku fikir nak berpisah lagi sakit daripada kena share dia dengan orang lain, at least I get to see him kan. Sayang dia tahap sanggup bermadu gitu. Gila tak gila aku kannn. 🤦‍♀️ So aku cakap kat dia, takpelah kalau dah terpaksa sangat. Bila aku fikir-fikirkan secara rasional n selfless, kesian anak2 dan bini dia, aku cakap aku boleh cuba terima bermadu tu.. Kita kawen je la.

So planlah nak kawen kat Siam. Sebab kalau kawen kat Malaysia kena dapat signature dari wife dia kan. So dia taknak benda jadi chaotic n dia paling taknak hilang anak. Jadi takpelah kawen kat Siam je aku okay. So satu hari tu aku ajak dia jumpa Abang Nuar aku kalau dia betul serious dengan aku. So Aidee datang mengadap.

Aku ada massive respect kat Abang Nuar aku ni walaupun dia abang ke dua dalam family, sebab dia ni jenis bertanggungjawab sangat kat family aku. Sebab tu aku mintak Aidee mengadap dia bukan abang sulung aku. Aku selalu rasa Aidee banyak similarities dengan Abang Nuar, pun anak nombor dua dalam family. Dari segi tanggungjawab tu.

So... Time Aidee datang tu ada Abang Nuar, kakak ipar & kakak aku lagi sorang. Abang aku takdela tanya soalan berat, family aku baik-baik je kat tetamu bukan jenis menyerang. Walaupun aku tau abang aku tak berapa nak redha. Tapi aku rasa dia fikir lebih baiklah kawen daripada ke sana ke sini takde ikatan kan.

"Abang Nuar, nanti janganla tanya dia soalan bukan-bukan tau..", aku cakap kat Abang Nuar sebelum Aidee sampai malam tu.

"Eh eh. Belum apa-apa dah nak back up dia ya?", Abang Nuar jawab sambil bulatkan mata kat aku. Biasa abang aku ni jenis lawak je, ni dia nak serious pulak napeee. 😭 Sebab tu la aku ckp dia tak berapa redha. 😢

"Yelah.. Orang nak kawen dengan dia kan..😟"

So time jumpa tu abang aku macam lebih pada berkenalan dengan dia gitu je la. Aidee yang cerita sendiri dia memang jaga nafkah anak isteri dia.

"Sebahagian dari income saya memang untuk anak-anak saya jadi bahagian tu nanti memang Sya tak boleh sekat lah, sebab yang tu memang tanggungjawab saya."

"Nafkah untuk dia tu insyaAllah saya memang akan jaga tapi akan kurang sikitlah daripada belah sana sebab sana ada 2 anak."

So perjumpaan malam tu takde aksi tarik menarik rambut ke apa hehe. Abang aku layan dia secara professional je kihkih. Tapi ada satu ayat Abang Nuar aku ingat sampai sekarang.

"Laki, kalau sayang anak bukan mudah-mudah dia nak lepas anak dia.", agaknya Abang Nuar nak bagitau aku jangan harapla untuk tak bermadu.

So lepas perjumpaan tu aku dah start menyulam angan-angan la nak kawen kan. Aku bgtau Aidee aku nak pergi renew passport aku yang dah expired tu, dia cakap nanti dia akan renew passport dia. Time ni aku baru sangat kenal Izal, time aku kat imigresen tu kebetulan Izal message.


Ada lagi selfie kat imigresen yang aku kasi kat Izal dulu.. Huhu.

"Nanti kalau nak datang jalan-jalan kat Siam contactla I."
"Hihi I tengah kat imigresen ni renew passport.. nak pergi Siam nanti nak kawen."
"Ooh.."

Tapi hari ke hari aku tunggu, dia tak renew-renew lagi. Macam-macamla alasan dia bagi, busy la itu ini. Last-last dia bagitau dia sebenarnya tak ready nak kawen lagi.. Dia taknak apa yg aku alami dengan ex dulu, aku alami dengan dia pulak lepas ni. Dia nak semua tersedia untuk aku bila dah kawen tu. Taknak tak cukup itu ini bila dah kawen nanti.

Padahal aku tak mintak apa pun dari dia. Aku boleh je kasi kelonggaran awal-awal kawen tu takde nafkah pun takpe, aku bukan tak keje kan, aku boleh cari duit aku sendiri. Bagi je la mana yang ada, rm50 pun tak apa, bukan aku takde toleransi. Cuma bila ada duit tu jangan kedekut nak kasi nafkah kat bini. Jangan lepas tangan sebab pk bini ada duit sendiri. Tapi dia dengan ego dia sendiri nak capai ikut benchmark yg dia tetapkan sendiri. Dia ada target.

Panjang sangat dah pulak. To be continued in next entry.. 😄


You know you love me! XOXO,
-Scha

2 comments:

aisha said...

hoiiiiiiiiiiiii.. apa ni.. baca dalam keadaan debar ni.. tiba2 bersambunggg...
aarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh pulangkan balik duit saya!!!! eh tiba.. hahahhaa
pat la sambung... pattt.. mcm baca novel....
release my work stress...

gadis jumaat said...

ahahaha kemain laju dia baca panjang-panjang.. ondeway bebeh.. ondeway.. 😘