Wednesday, September 23, 2020

Aidee - What Went Wrong.

Start tahun 2016 aku start rapat dengan Mas childhood friend aku semula. Sebelum tu bertahun kitorang tak bercakap dan tak contact sebab dulu dia pernah buat aku hilang percaya kat dia. Satu hari tu tetiba dia wassap aku bila ada status kat fb aku bunyik lain macam je. Dah tak ingat status apa. Mas tanya, "Awak okay tak?"

Pastu kitorang gayut kat tepon n barula tau masing-masing dalam masalah yang lebih kurang sama. Sama-sama tersangkut dengan suami orang dan waktu relationship tu bermula pun dalam bulan dan tahun yang sama.. Since then mmg jadi sangat rapat sebab dia sangat paham aku dan aku sangat paham dia, di kala orang lain yang tak melaluinya takkan faham..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

So Aidee made me wait.. For almost 2 years.

One fine day ni, time dia balik keje, kitorang rancak berborak kat phone macam biasa.

"Yela orang ada wife kan kat umah. Kita ni sorang-sorang je. Malam buat apa dengan wife pun kita tak tau kan..", aku ni kan si Leo yang mudah sangat cemburu, dah few times lah buat ayat camtu, takde sebab pun, just out of jealousy.

"....."

"Kannnn?"

"Mama ni..", tu je dia jawab. Ewah ko 'mama-ni' kan aku je.. Aku terus berdesuppp datang rasa tak sedap hati. Aidee ni bukan habit menipu. Dia susah nak menipu. Kalau dia takde apa-apa, kenapa dia tak deny betul-betul macam selalu kan? Kadang bila kita rapat sangat dengan someone kita boleh pick up hints yang tak disengajakan macam tu..

Tapi sabar dulu Sya.. Sabar dulu. Aku simpan dulu suspicions aku sampai aku jumpa dia depan-depan. Nak tengok muka dia sendiri untuk dapat jawapan. So aku arrange untuk balik Kuantan tak lama pastu.

Bila finally jumpa dia kat Kuantan tu, aku maintain cool je sampai masa dah sesuai sikit, aku rephrase balik soalan yang sama.

"Daddy ada tidur dengan dia ke?", habis rendah tone yang aku gunakan time ni.

"Hmm.. Apa tanya camni Ma...", dia jawab.

"Daddy ada tidur dengan dia ke tak? Cakap je takpe.. Mama tak marah.", lama jugak aku tunggu dia jawab. And finally..

"Ya Ma.."

And darah aku naik sampai kepala in a split second. Panas rasa muka aku. Membuak-buak rasa marah menyerang rasional aku.

"Bila?? Kenapa??"

"Erm... Suami-isteri kan, Ma..", fuh jawapan dia buat aku rasa nak bertukar jadi Hulk n hempuk n angkat dia baling ke dinding. Ko jugak cakap dah setahun lebih tido asing kan. Sejak bila pulak pandai guna suami-isteri card? Apehal plak tetiba boleh baik pulak, abes apa function aku dalam cerita ini, kalau ko nak sangat dia apehal nak buang masa aku bercinta lelama dengan ko pulak??

Tau-tau, tamparan aku dah melayang kat belakang bahu dia. Sekuat hari aku lepaskan. Ikutkan hati nak kasi lebam bijik mata tu tapi masa tu dia tengah membelakangkan aku sebab tak sanggup nak tengok muka aku kot. Dia terus jauhkan diri, sama terkejut kot. Aku tarik tolak baju dia. Macam onggila jap time tu tapi aku tak peduli. Nasib baikla pagi tu takde orang lain kat sekitar situ.

"Penipuuuuuuuuuuuuuu!!!!!", aku jerit ulang-ulang kat dia tapi dalam keadaan terkawal la takla jerit kuat-kuat. Terduduk aku melayan dia ni. Dia masa tu dah keras berdiri pandang bawah. Takde pujuk nak tenangkan aku yang tengah menggila tu. Dia kan ego tak bertempat kan?

"Hmm, pergi dululah camni.", dia cuba nak pergi jap dari aku.

"Janganlah pergi!!! Macam tu la prangai, ada masalah sikit walk away, bukan nak settle!!"
"Sampai hati buat orang macam ni kan??"

"Huh, sampai hati.. Mama yang buat dia tau pasal Mama kan? Sekarang ni nak ke mana-mana pun dia sentiasa nak ikut jadi susah nak bergerak tau tak sejak dia tau pasal Mama. Pastu tiba-tiba pulak dia nak tido sekali.", eh eh aku pulak yang bersalah kannnnn.

Kalau kau taknak benda ni tak jadi kottt, takkanla dia rogol ko pulak kannn. Ni masalahnye ko sama melayan. Memang aku admit aku pernah contact wife dia tu time gado ngan Aidee, hajat di hati nak bagitau je semua pasal aku n Aidee. Aidee tak pernah kasi contact no. pun, aku cari sendiri guna skill PI aku ngeee. 😑 Tapi last minute aku tahankan dari bagitau, jadi perbualan tu tergantung macam tu je. Tapi sebagai wife dia sure terus syak la kan.. Sebab kalau nak tunggu Aidee confront sendiri dengan wife dia, huh kucing bertanduk pun tak tentu lagi dia akan bagitau..


Sempat pulakkkk update status FB lepas tu.
ðŸĪŠ


Tengokla komen kawan-kawan aku. Hihi.

Siap ex pun ada komen kat status tu tanya siapa.

Kak Ni aku pulak terus wassap aku lepas baca status ni:

"Sabar Adikkkkkkk.. Kenapa?"

So tak lama lepas tu aku finally sejuk dah. Penat nak nanges lama-lama kan huhu. Tambah ada rasa bersalah sebab contact wife dia aritu. Aku cakap bebaik aku sangat sayangkan dia, sebab tu aku lost control n marah sangat tadi. So berbaiklah dua makhluk tu semula, kononnye time will heal. Malam tu kitorang keluar lagi, dia bawak aku pergi dinner dulu sebelum lepaskan aku balik KL.

"Janganlah risau.. Daddy sayang Mama...", dia pujuk aku bila muka aku masih sugul bila dia nak lepaskan aku balik tu. Ceh sayang untuk aku, body untuk orang lain, kata aku dalam hati. Kan aku dah teringat skrip cite Ali Setan. Huhu.

Aku bukan risau. Aku sakit ati paham tak. Cuba kalau aku yang buat hal macam tu kat kau. Agak2 kau jadi gila jugak tak?? ðŸ˜ĪðŸ˜Ī

So aku pun bertolak.. Tapi rasa lembik jiwa tu, few kilometers pastu aku stop n park kete aku dekat Jaya Gading, belum masuk tol pun lagi masa tu. Aku just baring n menanges dan menanges je. Tak larat sangat rasanya time tu dengan emosi sarat dan jiwa koyak-rabak macam tu nak drive balik Shah Alam.

Kchingggg. Bunyi message masuk.

"Syg, buatpa tu.", dia ni orang belum sayang dia pun dah dok panggil aku Syg dari dulu. 😆 Sapa lagi, Izal la..

"Tengah dok dalam kete tengok bulan.. Huhu.", aku kasi gambar kat bawah ni. Gambar-gambar ni aku still ada sebab backup dalam Google Photos. Senang kan nak gali history semula huhu.


"Nape dah lewat ni kat luar lagi?"

"Boyfriend i tido dengan wife dia u.. Huuu. Taknak balik KL.. Sedih."

"Ish! Syg kat mana sekarang? Balik now. Bahaya malam-malam kat luar lagi.."

"Kat Kuantan lagi."

"Ishk malam-malam nak balik KL? Syg ni.."

"Huuu.. Sakit.."

"Dah, dah.. Gerak sekarang Syg, nanti makin lewat."

"Ok."

Tapi aku sambung baring lagi. Tak lama pastu Aidee pulak call aku tanya kat mana. Terkezzut la dia bila dia tau aku masih kat Kuantan lepas berejam dia lepaskan aku. Aku cakap aku taknak balik. Tak lama pastu dia tetiba muncul ketuk tingkap kereta aku. Macam-macam dia cakap tapi aku masih berat nak gerak balik.

"Kalau Mama balik, nanti hujung minggu ni Daddy pergi sana. Nak tak.", dia pujuk aku macam pujuk budak-budak.

"Nak.. Wuuu.", ceh begitu mudah aku dipujuk time tu yek. Maklumlah tengah sayang sangat... 😏

So lepastu aku pun geraklah balik membelah highway dalam kedinginan malam...

As-sambunggggg. 😁





You know you love me! XOXO,
-Scha



2 comments:

aisha said...

kejam! i punya sabar tak bukak terus smlm baca hari ni.. ah kejam!

gadis jumaat said...

I ke aidee yg kejam? 😆😆