Tuesday, August 11, 2020

Faridah Mentarang Bakar @ Sekinchan

Day 14 without him.🥺

Inilah keje aku ye sejak dengan Izal ni. Tunggu dan terus tunggu. Takde bayang dia nak muncul. Lama sangat ni.. Naik pelik aku. Harap dalam sehari dua ni dia balikla.. Risau sebenarnya bila dia dah pergi lama camni memikirkan keberadaan dia. Cukup ke makan pakai? Stranded kat pulau lagi ke dia? Dan 1001 lagi possibilities that i'd rather not think of.

Forgive me if I sound like a broken record. Dok ulang cerita yang lebih kurang je hahaha. Hakikatnya memang camtu. Padanla muka aku kan cari pasal, sayang orang yang jauh dan kerja camtu. Memang betulla kata Zack, keje cam dia tu susah pasangan nak bertahan.. Aku pun entah sampai bila. Raya haji pun takde wish dari dia, birthday pun takde wish dari dia. Assobru minal iimannn sungguh rasanya. 😫

Bila dia balik nanti ni aku dah plan apa aku nak cakap kat dia.
Memula mintak maaf sebab aku merempan tak puas ati kat dia aritu.
Pastu aku nak sambung merempan versi ear-friendly nak bagitau dia betapa penantian tu suatu penyiksaan tau tak bang? Dan bilakah kita nak bersatu?? Sampai bila nak kena tunggu camni?

Dah kawen nanti takdela Abg keje camni lagi Syg.. Abg nak Syg ada hari-hari.. Sampai bila-bila..

Abg faham Syg sunyi.. Nanti kita kawen, kita cepat-cepat ada baby..

Abg nak anak tapi Abg nak ada anak dengan Syg je.. Nak anak comel macam Syg.
Tapi Syg nak anak ada lesung pipit macam Abg.. Mata coklat macam Abg.. Hihi.

Syg Abg punya. Janji jaga diri untuk Abg.. 

Berulang-ulang dialog lama ngan dia bila aku cuba nak reason out why I should stay with him. Why I should wait.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Baru ni aku repeat pergi ke Sekinchan dengan Mas for mentarang bakar.. First time pergi haritu rasa tak puas makan. Mas pun cakap tak puas, so zasss terus jadi je plan otak seminit ke sana berdua untuk kali ke dua.. Hihi. Kat area Kuala Selangor - Tanjung Karang - Sekinchan tu kan banyak sawah padi. So hijauuuu je sepanjang jalan. Orang sini pun rajin sangat berbakti pada tanah. Sepanjang jalan tu penuh dengan pelbagai pokok - jagung, nangka, dan macam-macam lagi hasil bumi. Tenangnya rasa setiap kali lalu situ. Dah macam satu addiction plak nak tengok ketenangan macam tu every weekend.

Patutnya Zack join sekali tapi sebab dia keje the night before sampai pukul 4 pagi baru balik, siang tu jadi waktu tido dia je la. Ni pun sama macam Izal keje time tak tentu hala jugak.

Tapi tuhla looking at the bright side, bila single ni bes jugak kadang2, tak terikat, dapat keluar ngan kawan, takde pasangan, takde anak. Dalam kereta pun enjoy bleh sembang puas-puas catching up, karok sama-sama dengan radio sambil menikmati keindahan sawah padi nan terbentang luas.. 😍 Yam biasala weekend camni dengan Babah dia, tapi dia merajuk sikit bila tau aku nak pergi mentarang lagi ngn Mas hehe.. Nak buat cemana nak, turn ngn Babah kan...

Karok session. Eh blogger dah boleh include video ek.. Baru tau. 😍

Takyah sorok dah la ye gambar Mas. Takdela sikret mana cerita-cerita dalam ni pasal dia kan.. 😁

Mas plak jenis penceria suasana. Kecoh kalau ada dia. Kadang aku naik malu in public sebab suara dia kuat sangat gamat suasana, orang selalu tertoleh2, aku macam nak tutup muka cakap 'ini bukan kawan saya' hahahaha. Muka cun tapi suara bergegor alam hahahaha.. Lupa la jap masalah ngan Izal. Aku ni jenis banyak senyap je especially dengan orang yang aku tak biasa. Aku perasan yang aku ni mmg selalu ngam dengan Gemini. Aku Leo, Leo n Gemini mmg ngam bersama, opposite attract gitu, tapi takleh jadi pasangan kalau opposite gender.

 Ni aku combine gambar dari 2 trips kitorg.

Haritu lepas cerai aku keluar dengan ramai lelaki, selalu kalau ngam tu memang Gemini. Dengan Zul, Wak n Abg Lan. Tiga2 tu Gemini yang almost nak serious dah tapi masalah utama Gemini lelaki ni adalah tak berapa nak setia dan cakap tak boleh nak percaya sangat, dan dari situlah aku baru sedar sebenarnya aku nak lelaki setia. I meant sape taknak kan. 😆

Eh ada sorang lagi, Shah, pun Gemini. Nyaris nak tangkap cintan gak dengan yang ni. Tapi sebbaik aku bijak n ada instinct yang baik. CSI punya CSI, rupanya dah kawen ada anak tiga... Hahaha kuajaqqqqq. Kata putus tunang konon.. Puiii. So aku slow-slow je melangkah pergi dari life dia without letting him know that I knew.

Tapi traits yang best kat Gemini ni in general, dorang pandai bersembang n engaging, usually attractive, fun to hangout with n mudah mesra alam. Pastu dia pandai buat orang sejuk, sebab orang macam Leo ni dia mudah berangin sikit. Maklumla perasan raja rimba konon. 😆 Sebab tu la biasa Gemini memang ramai kawan n sentiasa dikelilingi kawan. Tengok Mas tu, berapa ramai bff dia hahaha.

Zack bf Mas pun aku instantly clicked sebab dia Gemini. Abang aku, Abg Nuar yg paling ngam ngan aku pun Gemini. Tapi Zack n Abg Nuar ni setia je, so tak boleh nak generalise sangat la kan. Ija pun Gemini. Kawan opis Lin yang rapat ngan aku pun Gemini. Oh hidupku memang dikelilingi Geminis! 🤣

Mentarang ni ekceli start dari tengok Majalah 3 aritu la yang aku bleh teringin sangat nak makan. Nak gi sorang macam malas. Dah bagitau Izal nak ajak dia pergi sini bila dia balik nanti. Tapi kalau tunggu abiang ni sempatla berjanggut dulu dinda. Izal cakap kat utara banyak benda ni.. Tapi tak panggil mentarang. Apo ntah. So adala satu time tu lepak ngan Mas n Zack, Mas sebut mentarang, aku pun macam kching! Awak pun teringin keeeeee. Lantas ajomlahhh keesokan harinya terus..
 

Tempat bakar mentarang.

Bahagian dalam encik mentarang.



Mentarang masak lemak cili api.

Kitorang paling suka mentarang masak lemak cili api kalau kat kedai Faridah Mentarang Bakar ni. Syok gila secukup rasa masak lemak dia.. Yang bakar pun sedap, tapi rasa macam sikit sangat cepat habis bila makan bakar camtu. Mas tak berapa suka yang bakar sebab separa lembik sikit, so dia kureng suka. Dia nak jenis yang dibakar well done tapi jadi keringla tak juicy kan. Harga sepinggan dalam 10/11pcs tu RM18. Yang sedap bila bakar tu sebab dapat rasa masin air laut mentarang tu, juicy lagi ditambah rasa asap2 sikit tu. 🤤 Rasa dia bukan macam kerang. Bagi aku rasa dia macam lebih pada siput buluh atau kepah tapi sedikit masin. Memang berbaloi drive sejam setengah nak ke sini dari Shah Alam..

Mentarang bakar.

First trip kitorang sampai dalam pukul 2pm. Not a good time sebab ramai orang jadinya order pun lambattttt sampai. Makan pun tak enjoy dalam panas n ramai camtu. Second time kitorang sampai dalam pukul 11 lebih. Kedai ni bukak pukul 10am. Cun time ni tak berapa ramai. So masa menunggu pun tak lama. Enjoy je makan. Parking pun dapat parking dalam.

Balik-balik dari makan-makan tu kitorang singgah banyak tempat. Banyak fresh n local produce sepanjang jalan. Dengan pisangnya, ubi, mangga n buah-buahan lain, sayur dan macam2 jualan lagi. Dan sebagai kaki bergambar Mas memang ajak stop here n there la bergambo. Dia kan pemes nanti ramai peminat tertunggu-tunggu plak update dia kat IG bahaha...

Jangan percaya sangat gambar ni. Dedua excited time tengok gambar ni sebab prasan tinggi n kurus HAHAHAHA sebab kamera wide angle Mas. 🤭

Yang baju merah ni kawan lama Mas, Zah.. Tourist guide kitorang hihii playing tourist plakkk.


Pastu ada satu tempat ni area Sekinchan ke Tanjung Karang, aku tengok macam tempat yang Izal pernah bergambar.. Gambar Izal tu kat Vietnam. Bila compare memang lebih kurang. Malangnye aku menyampah aka insecure tengok badan aku lam gambar ni maka terimalah gambar yang dimosaic ni ya.. Yang penting apa yang aku nak cite ni sampai. 😁

 Cantek kan tempat ni? Pandai kan aku amek gambar? Mihmihhhh.


Layan je laaaa perempuan ni nak bergambo.. 😁



You know you love me! XOXO,
-Scha

2 comments:

aisha said...

gambar hilangggggggggggggggggggggggg

gadis jumaat said...

aik yeke? satu pun tak keluar?