Monday, August 24, 2020

Day 24.

Jumaat baru ni aku ambik cuti sebab nak bawak Yam ke Sunway Lagoon. Padahal ngan jiwa rabak tu ikutkan taknak pun bersukaria. Tapi whatever that makes my baby happy.. layankan aje. So ada time macam kat lazy river tu aku main sama-sama dengan Yam. Pastu bila dia main kat tempat budak-budak tu, aku duduk je la kat bench tunggu dia puas-puas main.


Sementara tunggu tu mulela bergenang ayaq mata layan blues KLMJ (kenangan lama mengusik jiwa 😆) menanges di balik topi yang aku pakai, yang cover semua nampak mata je. Tapi mata pun terlindung dengan shades dari topi tu. Dalam keriuhan pengunjung2 kat situ, i sat in my own bubble, my heart was lonely for him. Sakit gila.. Aku dok fikir, Izal ni konfem dah tinggal aku ni... Dia saje cari pasal je nak tinggalkan aku. Tunggu aku tersilap cakap sikit je, dia jadikan sebab je untuk tinggalkan aku..

Cemanala aku nak move on takde dia ni? Ada ke laki yang boleh terima aku lagi sebagaimana opennya Izal terima semua cela aku dan buat aku tak rasa rendah diri langsung? Dan dapat ke lagi pakej laki helok seiring dengan sikap-sikap dia yang aku sangat senangi tu? Bila tengok keliling, aku mulela nak compare ngan Izal. Aku ni pun bukan jenis senang nak suka orang sangat. Memilih macamkan muka sendiri semenggah sangat muahahaa. Biarlah kan, takkan tak memilih pulak. Tengok laki ni fikir, ala dia ni tak tinggi macam Izal. Tgk yang tu plak fikir, ala taknakla dia ni, kurus. Taknak la botak. Ala rambut dia ni tak helok. Ala janggut dia ni tak tebal. Dia ni pulak arrogant sangat. Suka menunjuk. Kuat brag. Banyak cakap. Banyak bebel. Dia ni prasan ensem sgt. Dia ni menggatal sangat. Nampak macam tak setia. Macamla orang-orang tu nak kat aku pun kannnn. 😆

Aku dah selesa sangat dengan dia.. Dahla entah berapa ratus gambar dia dalam fon aku tu. Kena delete ke cemana pasni? Apa aku nak buat lepas ni? Macam mana nak cari peluang migrate ke Australia? Susah tak dapat keje? Aku nak mula hidup baru. Kalau orang Malaysia taknak aku, mungkin ada orang Australia yang nakkan aku yang penting dapat anak comel bwahahaha. Tak pun jejak kasih je dengan boipren mat salleh lama aku dulu tu.. Wahahaha. Macam2 aku pk.

So after seharian kat Sunway Lagoon, petang tu kitorang pun balik lah. Habis sakit kaki aku sampai cramp sebab lama tak berjalan jauh-jauh camtu. Tracker kat fon cakap aku dah jalan 7km dalam Sunway Lagoon tu! Hoho patutla sakit badan habis. Sejenis tak aktif sekian lama dah kan.

Tak lama lepas sampai umah tu, tetiba bunyi notification yang ditunggu-tunggu pun muncul. Tapi macam caye tak caye sebab kadang bunyi tu sampai masuk dalam mimpi aku tau. Punyela dok menunggu.. 😭 Aku memang set notification ni untuk dia sorang je. Kalau orang lain message takyah bunyi.

Tengok-tengok memang message dia. Tu pun aku takut2 nak baca kot dia kata nak tinggal aku ke apa. Gila insecure. 😆

"Syg"
"Syg"
"Syg"
"Bnyk ya message... Phone tak boleh buka."
"Syg"


"Abg niiiiiiiii."

"Syg. Miss you so much Syg.. Syg sihat tak.."

"Syg ingat Abg dah nak tinggal Syg.. 😭

"Ish!! Mana ada.."

"Nape phone tak boleh bukak pulak?"

"Lepas update app terus tak boleh buka.."

"Sampai ati tinggal Syg lama sangat. Sakit tau tak. Sikit lagi nak potong rambut. Stress."

"Maaf Syg.. Janganla potong rambut. Syg ni.."

"Dahla ada kawan forward gambar orang yang meninggal kena tembak kat sempadan Msia-Thai tu.. Saya berdebar macam apa. Badan n style macam Abg. Cuma jam kaler merah n baju tu tak macam Abg punya.."

"Syg ni.. Takdela.."

"Dia kena tembak ngan polis Thai ke Abg?"
 
"Ya Syg.. Ada kes tu."

 
"Syg dah berkira-kira apa nak buat kalau Abg tinggal Syg."

 Izal kasi icon asah parang- HAHAHAHA.

"Macam-macam Syg pk, nak apply keje oversea semua. Taknak dok sini dah."
 
"Tampo haa."

 
"24 hari Abg tinggal Syg. 24 hari. Sakit tau tak. Abg rilex je xde Syg 24 hari."

 
"Rilex apa. Abg usaha macam2 tau. Macam orang gila dah. Dahla tak boleh masuk Malaysia."

 
"Huwaa 24 hari tau Abg tinggal Syg.."

 
"Ya Syg.. Abg tau. Syg risau macam-macam. Fikir macam-macam. Rindu Syg. Abg tak marah Syg la.."


Kita ni dok risau dia ke laut ke hidup ke mati ke rupanya sebab tepon je. Sabo btol ngan dia niiiii. Masalahnya tuhla fon dia tu leceh sebab kerajaan punya. Tak boleh sukati nak hantar kedai betulkan sebab banyak maklumat sulit. Aku tanya nape tak tumpang tepon member je setakat nak bagitau aku apa yang jadi kan. Tapi dia ni macam ada insecurity issue sikit, taknak member dia contact aku pe sume. Malas aku nak pk banyak. Memang banyak excuse aku kasi kat dia ni sebab memikirkan keje dia yang macam tu.

Yang penting lega gila dah bila dia ada. Pelik kan rasa semua beban n masalah lifted dengan kehadiran sorang manusia je? Ngeeeeee.

Dalam pada aku nak give up aritu.. Ija selalu tenangkan aku. Dia cakap jangan lupa Allah tu Maha Adil.. Sangka baik dengan Dia. Dia bagi susah sekarang, mesti nanti Dia akan balas balik segala penat lelah tu dengan segala yang aku harapkan. Sabar je dulu. Terpujuk gila rasa lepas dengar tu. Memang aku belajar sabar sangat dengan Izal ni. Dia jugak yang ajar aku erti setia tu cemana. Pentingnya untuk jadi setia dalam hubungan. I mean setiap relationship tu teach us something kan.

Betul sangat. Tak penah plan nak tangkap cintun ngan Izal.
Memang dari awal rasa, oklah mamat ni rupa dia bleh tahan tapi takdela rasa dia taste aku sangat. Rupanya taste berubah mengikut masa n seiring ngan mengenali hati budi dia tu.



You know you love me! XOXO,
-Scha

No comments: