Aku nak nangis pun rasa dah tak larat. Bila datang teringat kat dia tu aku cepat-cepat aku alihkan fikiran ke lain. Kalau tak bergema-gema umah ni ngan tangisan aku takde sape yang dengar pun.
Letihla.. Dah tak rasa nak kenal orang lain. Nak dia jugak-jugak. Jadi ape je pilihan yang aku ada selain tunggu je dia. Lama sangat ni. Macam tak cukup dia buat aku tertunggu setahun lebih tak jumpa dia, ni nak tambah siksa aku menunggu tak dapat contact dia langsung camni pulak.. Kalau tengok cerita Pulang Remy Ishak & Puteri Aishah tu fahamlah apa yang aku cerita ni. Dulu aku fikir aku takkan sesabar Che Thom menunggu Othman macam tu. Tapi sebenarnya beza bila tunggu orang yang kita tak tau apa jadi dengan dia dengan orang yang tinggalkan kita sebab dah tak sayangkan kita. Hati ni masih terbelenggu ngan 1001 harapan yang dia tinggalkan untuk kita. Dan 1001 kasih, sayang, rindu, dendam yang dia ungkapkan dan pahatkan dalam jiwa kita.. π₯Ίπ₯Ί
Aku tertunggu-tunggu apa sebabnya dia lama sangat pergi kali ni. Dunia dia camtu, reason dia kadang tak terjangkau fikiran. Macam dulu dapat arahan tak boleh on data time dia ke Hong Kong tu. Kalau kena ke laut, memang dia tinggalkan fon kt office pun sebab manade line. Pastu ada time bot rosak kena berlindung kat pulau. Kadang kerja di sebalik bukit mengadap Indonesia. Ada time kena masuk hutan takde coverage. Dia pun selalu kena buat tugas penyamaran sambil merisik jadi bila benda melibatkan nyawa camni, anda fikir dia ada masa untuk pegang tepon message2 awek? π
Sekarang aku cuma fikir dia stranded lagi tapi mungkin jauh batu nautika dari pesisir pantai jadi ambik masa untuk dia balik semula. Atau dia tengah ada ops besar-besaran yang buatkan dia tak boleh balik rumah lagi. Aku tak rasa dia diam lama camni sebab marahkan aku sebab rasanya tak besar mana salah aku pada dia. Just membebel je kotttt haritu tak puas ati.. π£ Harap Allah lindung dia dari sebarang marabahaya kat laut tu, ancaman lanun ke, ancaman dari penceroboh negara dan sebagainya.. π₯Ί Tapi setakat ni instinct aku takde rasa tak sedap ke apa dengan dia..
Semalam aku tengok cite Anna kat Astro. Bes gila. Pasal sorang high fashion model yang jadi spy KGB Russia n dalam masa yang sama spy utk CIA Ameria jugak. Sekarang kalau tengok cite spy lebih menghayati sebab Izal. Huhuuu. Dalam cite tu ada sorg suruh Anna describe sorang lelaki tu. Dia ckp laki tu tall n handsome. Pastu orang tu cakap samting macam, CIA always hire that type of men. Terus teringat Izal. Hahahaa lantakla puji pakwe sendiri takkan nak puji pakwe ko plak kan hahaha. Pastu dalam cite tu bagitau, nak hire spy ni memang ada certain criteria yang dorang tengok. Antaranya, kena sangat tenang walaupun dalam tekanan. Cekap, bijak, berpengetahuan luas. Camtulah.
Ni video time kitorg pergi floating market dulu. Rindu gila kat Izal.. Izal yang penyayang. Yang tau hormat dan layan dan buat aku rasa macam seorang wanita sejati, sangat terbuka dan terima diri aku apa adanya.. Miss you so much baby.. ππ
You know you love me! XOXO,
-Scha
No comments:
Post a Comment