Wednesday, August 12, 2020

Aidee 2

System kat office ni teruk benau sekarang. Haritu 2 minggu lebih dari sebelum Raya Haji dia down tau. Pastu minggu ni Isnin n Selasa baru okay. Tiba-tiba semalam, petang Selasa start down semula sampaila ke hari ni. Macam faham-faham je situasi kat office yang agak menekan sekarang. Sistem pun sama mogok ngan kitorang..

Jobstreet yang dah lama berhabuk pun aku dah start tiup-tiup habuk. Baru ni ada call dari Australia. Dua kali dalam 2 hari. Aku ignore call tu memikirkan scam. Pastu bila pikir2 balik, eh ada satu yg aku apply kat Jobstreet tu company dari Australiaaaaa. Tapi branch Malaysia la. Tak terpk langsung kot dorang yang call. Adoila. Maybe HR dia kat Oz, dorang yang call kan.

Lagi satu tu headhunter dok contact2 gak tapi aku tak berapa nak sebab consulting. Takde life nanti.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Remember the other day aku cerita Aidee contact aku ajak ke Penang tu?

In the end aku cakap YES to Aidee dengan seribu debaran. ๐Ÿ˜ญ Sebenarnya agak terperangkap n kesian kat dia. Sebab memula dia nak gi weekdays, aku tolak sebab keje kan. Pastu rupanya dia tunggu weekend semata-mata nak aku teman dia.

Aku tau salah. Tapi sunyi sangat dengan Yam takde every weekend kan, aku memang kena sibukkan diri dengan aktiviti. Dengan Izal yang always busy. Aku bukan nak salahkan orang lain. Cuma I've gotta do what I've gotta do to maintain my sanity. Biol weh kalau kerap sangat rasa sunyi camni..

So petang tu dia ambik aku. Aku pasak kuat-kuat dalam jiwa ni yang aku keluar dengan dia tu atas tiket kawan lama. Dia dok pujuk aku untuk ambik halfday. Kuasa la kan aku nak layan, dulu time tengah gilakan dia memang sanggup aje. So aku cakap kalau nak, sila tunggu aku habis keje pukul 5.30pm Jumaat tu.

Tau-tau dalam pukul 2 lebih dia hantar gambar ni dekat area rumah aku. Satu hal la kan nak menunggu aku lagi 3,4 jam.. Aku dahla tak suka betul kalau buat orang menunggu. So aku suruh dia gi makan ke apa dulu.

Petang tu 6pm lebih baru aku siap kat umah. So ngam-ngam Aidee sampai depan umah tu, hujan lebat disertai ribut petir n guruh sabung-menyabung bagaikan tak merestui aku keluar dengan dia. Huhuuuuu...

Sepanjang jalan tu dok hujan je. So tak boleh bawak laju mana. Empat jam lebih dari Shah Alam - Butterworth tu rasa singkat je. Sebab bercerita dengan Aidee ni memang bes n puas tak rasa masa berlalu. Kitorang sama-sama Leo, birthday dia beza 4 hari je dengan aku. So boleh kata banyak prangai dia sebijik2 macam aku. Perangai yang aku menyampah dalam diri aku pun ada pada dia. Namun begitu perangai terpuji dalam diri ini pun ada pada dia wakakaka. ๐Ÿคญ

"Zura selalu bagitau kalau awak update wassap. 'Sya ada balik Kuantan ni.' atau 'Sya ada pergi sini ni..' .", Aidee cerita. Sebab aku hide wassap status aku dari Aidee. Zura tu pekerja kanan dia. Dah macam kawan rapat la sebab dia keje ngan Aidee since Aidee ada company Sdn. Bhd lagi dulu, company tu bekalkan marine equipment to other companies. Zura simpan number aku sebab dulu aku pernah message Zura sebab nak tanya pasal Aidee.

"Laa.. Patutla awak tau je bila saya sampai Kuantan.", aku teringat bila Aidee tiba-tiba message ngam-ngam aku baru touch down kat Kuantan aritu. Tak sangka pulak aku Zura rajin update dia. Sebab Zura ni saksi utama time Aidee 'merana' bila aku tinggalkan dia dulu.

Aidee ajak aku ke Penang sebab kerja. Dia pergi jumpa customer kat Arango Park area Kepala Batas tu. So sampai2 tu terus straight je ke sana. Aku tunggu dalam kereta je sementara dia jumpa tu, tak lama pun dalam setengah jam camtu.

Bila setel tu dah dekat tengah malam. So kitorang cari hotel area situ je sebab senang esoknya dia nak pergi jumpa tuan kedai tu lagi sekali. Bilik aku dengan dia kat tingkat lain dan lot lain. Aku cakap aku bayar bilik aku sendiri. Bila dah takde hubungan gini memang takdela aku nak kasi orang belanja-belanja aku dah. Takmo rasa terhutang budi n takmo orang ungkit-ungkit.

Pastu baru aku lepak2 jap tengok tv n melepas lelah, dia message aku.

"Sakit kepala lah. Rasa macam nak demam pulak."

"Aik, tadi okay je?"

"Tuhla sekarang sakit kepala.. Panadol lupa nak bawak pulak."

"Okay takpe, saya keluar jap cari kat kedai luar."

Dah satu hal kena pakai tudung n tukar baju semula. Bila dah keluar ke luar hotel tu, takde pulak kedai yang kelihatan. Tanya kat sorang adik kat situ, dia cakap ada Petronas tapi jauh sikit.

"Awak, bak lah kunci. Takde kedai kat bawah ni. Petronas ada tapi kalau nak jalan jauh sikit.", aku offer nak pegi belikan Panadol dengan kereta dia walaupun aku cukup mengelak nak bawak kete beso camtu sebab takut. Tak biasa. Dia bawak Hilux. Dulu dia bawak Triton pun aku tak pernah berani bawak walaupun banyak kali dia mintak tolong bawak.

"Takpela takyahla. Meh naik jap tengok saya ni." ๐Ÿคจ

"Seganlah, bahaya.. Nanti orang nampak.", dalam hati aku risaunyaaaa kot kena tangkap ke.. Kot Izal ada pasang mata-mata ke apa, habis aku nanti.

"Takde apa lah. Naik kejap je."

Aku pun naik. Masuk tengok bilik dia dah gelap. Cuma lampu toilet terbuka. Aidee dah berbungkus atas katil bawah selimut tebal dia.

"Sakitla kepala.. Rasa macam dah panas badan ni. Cuba rasa dahi ni.."

"Yela panas la tu..", aku iyakan aje.

"Cubalah rasa, letak tangan kat dahi ni. Panas ni..", hishhh macamla aku tak tau tektik dia tu.

"Yeeeee.. Panas... Jomla gi Petronas jap cari ubat. ", aku rasa sekali lalu kat dahi dia mmg panas.

"Takyahla. Taknak."

"Taknak takpelah.. Saya jenguk je ni. Apa-apa bagitaulah."

"Duduklah dulu. Janganlah pergi lagi.", dia cakap sambil makin rapat ngan aku.

"Janganlaaaaa."

"Wanginya.."

"Aideeeeeeeeee!"

Aku mula tak selesa. Dia cuba pegang aku. Aku jauhkan diri dan duduk kat lantai. Dia gelak tengok aku duduk kat lantai tak berkarpet tu.

"Janganlah duduk situ.. Duduklah sini.."

"Taknaklah. Saya nak turun dah, nanti apa pulak kata adik kat bawah tadi. Apa-apa wassap je."

Aku cepat-cepat turun bawah. Sampai bilik terduduk aku sedu-sedan menangis bila ingat segalanya tentang Aidee sebelum ni. Terkontang-kanting hidup aku sebab kau. Apa dia ingat laku ke kalau dia setakat nak jual nafsu kat aku tu? Mintak maaf sikit. Kalau setakat nafsu, kat tepi jalan tu pun aku boleh dapat.

Memang dulu aku head over heels kat dia. Dah pernah sampai bawak dia jumpa abang aku sebab hampir nak kawen sangat dah time tu. Tapi tak jadi. Kalau ada gado sikit aku akan drive balik Kuantan sebab nak baik semula dengan dia, tak tahan nak bergaduh lama. Ada sekali tu lepas keje aku gerak balik, sampai Kuantan malam. Jumpa dia kejap pastu few hours later dah gerak balik semula ke KL sebab esoknya keje. Gitu tahap sayang aku kat dia time tu.

Tapi being him masa tu, aku nampak dia jenis sangat-sangat ego melangit. Jiwa dia keras. Muka dia serious manjang. Gambar-gambar dengan aku je barula nampak dia gelak. Dia ni dulu dalam Navy. Lepas habis Navy barula dia start bukak business. Dia cakap dulu masa training Navy dok kena tendang kat perut sampai muntah-muntah. Training mmg keras habis. So stakat aku nanges2 tu dia tak heran. Takdenya dia pujuk. Childhood dia pun rough. Masa dia kecik lagi Mak dia dah tinggalkan anak-anak kat Abah dia. Dia baru umur 15 tahun masa tu, dan adik2 dah bergantung kat dia pada usia semuda tu.

Ingat sangat dia pernah cakap, "Kalau Mama nak kat Dedy, Mama kena ikut cara Dedy." Aku pun ikutlahhh ikut punya ikut dah macam orang bodo. Punya nak jaga hati dia. Macam kena mandrem pun ada. Kakak aku sampai tanya, "Ye ke dia nak kat Adik ni? Ke Adik je yang bersungguh nakkan dia?". Sebab nampak aku dah tangkap cintan sangat sama dia.

Tapi lepas 2 tahun lebih menunggu aku macam letih. Kawen tak kawen jugak. Bila aku give up dengan dia dan ada Izal, tiba-tiba Aidee berubah 180 degrees. Hilang segala ego dia. Aku tak sangka langsung sebab dari gaya dia selama ni, macam tak heran n tak peduli langsung pun kalau aku blah..

"Mama. Seumur hidup Dedy tak pernah merayu dengan perempuan macam dengan Mama ni.."

Ingat lagi kata-kata dia time memujuk aku. Oh pandai pujuk pun rupanya...

Sakit sangat dada setiap kali nak recall kisah aku dengan dia ni. Sebak tersangkut kat kerongkong. Aidee pernah ckp, "Cerita kita ni macam boleh dibukukan, kan Mama?" Yolah tu.. Nanti pembelinya kita berdua je hihi.

Nanti aku citer lagi dalam episod seterusnya (hahahaha) cemana keadaan Aidee lepas aku bagitau dia aku dah ada orang lain.

Dan cemana dalam episod seterusnya lagi, Izal tak datang jumpa aku kat Hat Yai dan ignore aku selama SEBULAN sebab Aidee.

Stay tuned. ๐Ÿ˜†



You know you love me! XOXO,
-Scha

2 comments:

aisha said...

hahahahhahaahah wow... novel kalah citer terkini apa benda tu yang mencintaimu 2 tu.... hahahahhaha

lagi lagi lagi..

cop, kisah ni izal tau tak?

gadis jumaat said...

izal tatau.. kalau dia tau mau kena cerai.. ngee.