Thursday, October 17, 2019

Sayangkan Gelpren Tinggal-Tinggalkan?

Tengah training.

Technical sangat aku rasa. Engineering related. Satu hape otak aku takleh digest. Rasa dah tua sangat je untuk belajar anything technical 😬😬

The only thing yang best pasal training adalah training start lambat, tapi boleh balik awal.. Hihi.

Izal off day 2 hari lepas balik dari laut baru ni. Barulah ada masa bersembang panjang sket dengan dia dalam masa sebulan dua ni. Baru ada quality time. Tapi dalam off day 2 hari ni dia spent most of his time qadha tido je. Marathon tido. Sebab kat laut confirm tido tak tido je kan. Kalau tido mati kat laut, lanun datang pun tak sedau..

"Abg.. Pernah tak pempuan yang start ngorat Abg?", aku tanya out of curiousity and jealousy. Sebab aku bayangkan kalau aku tak start kenal dia virtually, kalau first time aku terjumpa ngn dia dedepan pun rasanya bleh love at first sight gak hape.. Hihi.

"Takda. Gay ngan pondan ramaila.", hahaha hampehhhh.

"Helok gak kalau Abg x keje opis pasni. Perempuan skang jenis slamber, nanti dorg lak yang ngorat Abg. Nak-nak kalau Abg pakai suar keje haritu tu.. Syg jelesla.."

"Dah tak pakai dah suar tu Syg. Pakai kalau time dengan Syg ja."

Awww.. Camtu skali jaga hati aku. Sebab tu la kalau dia possessive sgt ngan aku atau control aku sangat dari segi hubungan ngan kawan laki lain tu, aku bleh redha sebab dia pun jaga sangat-sangat hubungan dia ngn pempuan lain. Dari awal kenal dia lagi dia camtu tak berubah.


Seluar torsobut. Aku rasa sexy sangat dia pakai suar ni, macam accentuate his long legs and bum sgt 🙈 Patutla gay n pondan geramnyier pun ekeke.. Dahla kt siam 🤪🤪

Bayangkan haritu aku mintak bestfriend aku message kt Izal soh bagitau aku tertinggal fon, jadi xleh reply msg dia. Izal langsung tak menjawab msg kawan aku tu. Bila aku tanya, dia cakap, "Nanti Syg ckp Abg melayan dia plak.." Huhu.

Pastu aku dok push dia tanya bila nak balik. Bila nak balik. Rasa macam taknak tau pasal apa langsung dah, nak tau bila dia nak balik je.

"Ya Syg.. Abg tunggu order je ni balik KL. Miss you so much Syg.."

"Balik sebab keje je.. Bukan sebab Syg."

"Syg.. Balik untuk Syg. Nanti Abg surprise hihi.."

"Yolah tu.. Dari bulan 7 Abg kata nak balik. Takde pon seprais hari-hari Syg tunggu. Kadang dengar bunyi motor besar terpikir kot-kot Abg surprise tapi bukan."

"Syg.. Tak baik cakap gitu. Abg blk kat Syg nnt.."

"Yela ada ke pempuan bleh sabar camni. Pempuan gila je. Sygla pempuan gila tu huhu. Syg ni bercinta dengan Abg, Abg plak bercinta ngan keje. Cinta tiga segi kita ni.."

"Syg.. ada plak cakap camtu.. Abg pasti balik.."

"Yela mmg la pasti tapi lagi 174936 bulan kan kan.."

"Hahaha Syg niiiiii. Mana ada."

Tak habis-habis rasa nak bergado je pasal tak jumpa ni. Susah benau nak berjumpanya. Dua kali yang dia balik Malaysia sebelum ni pun sebab kerja. Balik pun naik private plane Tan Sri sebab ada job dia kena buat. Kemain kan dah macam Bourne.

Aku nakla dia balik semata-mata sebab aku. Geramnyaaaa.

Aku rasa selagi tak jumpa dia ni kan aku akan merempan hahahaa. Kat blog je la. Malas nak cite kat bespren aku cite berulang-ulang tak abes-abes issue long distance relationship ni hahaha. Sian dia bosan kan.

But somehow I have to let it out..


You know you love me! XOXO,
-Scha

2 comments:

Anonymous said...

yea.. let it out. nanti i dtg baca. hehehe

cuti ke PH ke apa semua ke dia mmg tak cuti ke? then raya? so far baca mcm sshnyeeeeee keja cam dia ni nak dpt cuti ye.

anyway, lama tak update

-jz

gadis jumaat said...

Hi jz,
Thanks for coming here.. 😘
Lama tak update sebab rasa i talked and revealed too much plak.

Ye dia mmg PH semua dia x cuti. AL ada tapi ssh sgt nak diapprove. Raya pon dah bnyj tahun tak balik sampaikan mak dia pun dah give up ngn dia.. 😪