Friday, October 4, 2019

Post Penuh Saspen

Dah Jumaat. Esok Sabtu. The day we'll leave for Hat Yai.

Izal diam since Monday afternoon. Rasanya dia dah masuk ke hutan atau ke laut semula tu. Ada kes besar agaknya sampai tiga kali dah berderet-deret dalam jangkamasa yg dekat he's been away for number of days. Biasanya tak macam ni. Haih demi negara... 😪

Aku dah saspen ni. Sempat ke jumpa dia ni kat sana? Smalam Mas childhood bestfriend aku tu datang overnite kat rumah. Mas yang boyfriend dia detektif PDRM tu. Kitorang kalau bercerita sentiasa boleh relate.

"Saya rasa Izal pun tengah susah hati agaknya sebab pikir awak nak datang ke sana tapi OPS dia tak tau bila habis..", Mas cakap kat aku buat aku rasa lega sikit sebab dalam hati aku fikir macam tu jugak.




Aku ada jugak terpikir maybe dia buat arrangement dengan boss untuk pulun keje dulu untuk dapat cuti weekend ni or something. Sebab dulu dia pernah macam tu, dia ckp dia pulun keje siap2 supaya dapat jumpa aku.

"Arahan dari atas tak tentu Syg...", aku teringat Izal cakap kat aku haritu bila aku tanya dia bila lagi masuk hutan atau pergi laut.

"Zack pun macam Izal.. Bila OPS tu dia tetibe hilang takde bagitau apa-apa time nak pergi, tau-tau tengah OPS je. Pastu selalu lupa kalau saya cakap nak datang KL berapa haribulan, dia sentiasa suruh ingatkan, pastu dok tersalah tarikh.", Mas cerita lagi.

"Laaaaaaaa sebijik Izal! Dia ni kita dah screenshot tarikh flight ke apa then kasi kat dia, dia tetappppp 10x nak tanya kita gak berapa hb, pastu silap mggu la, pastu suruh ingatkan lagi.", aku cerita.

"Memang awak... Memang camtu dorang ni busy manjang. Kadang dia msg saya cakap sori Syg, Abg tengah follow suspect ni.. Tengah soal-siasat la. Tengah menyamar la..", Mas sambung cerita.

Dari cerita-cerita Mas tu yang aku macam baru faham cemana life Izal sebab kerja diorang ni lebih kurang. Banyak Zack share pasal kes dia ngan Mas secara detail. Kadang-kadang ada gambar. Benda-benda ni patutnya tak boleh share ngan orang luar tapi Mas n Zack dah kenal dari sekolah rendah lagi. Jadi Zack mesti percaya kat Mas dah. Aku ngan Izal lain, memang dia tak cerita pasal kerja dia kecuali secara general and never in detail. Aku n Izal kan baru few years kenal, Izal masih spare ruang untuk tak sepenuhnya percaya pada aku maybe sebab cara dia ditrained or something. Takpelah pasal tu.

Mas ni lawa orangnya, gi mana pun biasa orang memang akan berkenan. Siap pakej over peramah dia tu hahaha. Yam ni dari dulu aku perasan, kalau Mas yang dia panggil Cik Mas datang, kalau Mas bercakap Yam peratiiiiii je kat muka dia macam nak cakap woww lawanya Auntie ni gitu.. Ekeke.

So.. Tuhla. Just nak meluah rasa kerisauan nih takut tak dapat jumpa Izal kat Hat Yai.. Mintak sangat dia balik dari wherever he is by today. Senang sket hati aku.

Aku pun tak boleh la mengharap sangat, fokus nak happykan Yam. Yam minggu ni hari-hari counting days nak bercuti. Tomorrow's finally the day.

Kita berdua pun dah cukup bahagia sayangku Maryam Jameela..





You know you love me!
XOXO


2 comments:

Anonymous said...

Selamat bercutiiii!

anyway, adik n kakak i pun army jugak, tapi maybe diorg lain "dept" la kot. tak sebusy mcm izal u. enjoy ur holiday.

gadis jumaat said...

Wah kakak pun army.. hebat2..

Thanks u!