Tuesday, October 8, 2019

Back From Hat Yai

Aku & Yam sampai umah dalam 12.30am semalam.

Boleh tahan penat.. Sampai KL Sentral dalam 10.30pm. Makan2 dulu pastu amek LRT and MyCar balik umah. Alhamdulillah pagi ni walaupun penat, boleh bangun nak ke office. Yam pun tak susah nak bangkit.

Aku tak dapat jumpa Izal............................ 😭😭😭

Frust tak terkata yakni frust menonggeng... Huhu. Nak cakap rindu giler kat dia tu really is an understatement. Tak terungkap rasanya. Tapi kat sana takdela layan kesedihan tu sangat. Kesian kat Yam. Kan kata nak fokus bahagiakan Yam? Buat Yam happy? So keluar jalan-jalan n makan-makan dengan dia sambil layankan apa yang dia nak. Pastu layan je la dia mandi pool puas-puas. Aku pandang dia, aku peluk dia, aku usap rambut dia, aku cakap time kasih temankan Mama kat sini.. At least ada gak yang temankan aku.

Time sunyi macam time nak tido tu barula nanges melepas lelah. Hari-hari mengharap dia datang tapi takde. Tiap-tiap hari tunggu dia tapi dia tak muncul. Manala tau kot dia tetibe datang tak bagitau terus seprais aku ke apa kan. 😭😭 Tetap mengharap sebab kadang-kadang dia ke laut sehari je, kadang few days, memang tak menentu. Aku tak salahkan dia sebab dia kerja, bukan sengaja taknak jumpa aku. Lagipun aku yang buat keputusan nak mai jumpa dia walaupun dia tak dapat cuti..

Setia menanti.. Lakonan semula oleh Yam ekekeke..

Terngiang-ngiang dia cakap dulu, ex semua tak bertahan dengan dia sebab tak boleh nak faham kerja dia. Siapa yang sanggup nak faham kalau camni kan. Aku pun terpaksa faham sebab dah sayang. Tapi tu la, I'm pushing my limit and tatau takat mana limit ni boleh pegi. Sakit kot kalau nak berpisah dalam keadaan sayang.. Takkan nak berpisah sebab tak tahan dengan kerja dia pulak kan? Padahal dia okay dengan aku. Lagipun dia selalu cakap nanti kalau dah kawen takdela dia nak keje camtu lagi..

Bersungguh muka kopekkan telur puyuh untuk Yam.. 😁😁
 Ni masa jumpa dia bulan 12 tahun lepas.

 Ni bulan 5 haritu masa dia teman aku makan dimsum.
Tapi dia mana makan, sejenis nak nasik je beliau nih. Fastfood pun tak suka.
Muka tu garang manjang, macam kena kawen paksa pun ada huhu.

Macam aku cakap, aku tak pernah rasa sorang laki sayang aku macam Izal sayang aku. Rasa tulus dan rasa macam mana aku nak disayangi. Sama macam cara aku sayang kat orang, tapi dia lebih lagi. Takde rasa diperkecil. Aku suka tanya dia selalu, dia sayang aku banyak mana? Dia selalu jawab, terlalu banyak. Atau most of the time dia jawab, sangat-sangat banyak. Tapi haritu dia cakap, dia sayang aku cemana aku sayang Yam. Dari situ aku faham dia betul sayang aku sebab dia tau dalam dunia ni, Yam yang paling aku sayang..

Last week yang dia diam tu rupanya sebab phone dia rosak tak boleh charge. Dia ni kalau phone rosak memang leceh sebab phone tu phone kerajaan. Kalau rosak, kena bawak ke jabatan dulu untuk dorang reformat or something, baru bleh hantar kedai betulkan. Sebab dalam phone ada macam-macam rahsia kan, so dorang taknak risk dari info tu leaked to outsiders.

 Beli beg matching-matching ngan anak dara hihihi.
 Kali ni gi Hat Yai aku tak beli apa sangat, takde mood nk hunting jajan bagai untuk beli kat kawan2  ke, family ke, office mates ke. Aku fokus beli favourites aku je. Tapi yang menjadi kemoskelan adalah, duit tetap abes.. Ekekeke.

1) Cikedis Tasto perisa Crab Curry; 2) Betagen. Dulu gilekan susu pisang Meiji. Kali ni gila Betagen plak - Thai's yoghurt drink, sebab aku nampak satu group Malaysian chinese tu beli banyak gilaaaaa Betagen ni. Aku pun folooo. Pastu jato chenta. The rest is history. 😁😁

So Jumaat last week 4 Oktober tu dia message aku tanya aku kat mana apa sume. Dia ingat aku dah kat Hat Yai and he sound excited. Aku cakap esok Sabtu baru gerak ke sana. Aku dah happyla kan sebab dia dah muncul. ETS aku pukul 7am Sabtu 5 Oktober tu.

Tiba-tiba pukul 3am 5 Oktober tu, dapat msg dari dia.
"Syg... Abg kena pi laut ni.. Boleh tak kalau Syg cancel program ni.. Please Syg... Abg tak tau sempat balik bila.. Abg kena pergi.."

Aku terjaga tu dalam pukul 4.30 pagi baca message camtu, terus la menjejes-jejes air mata ni. Takkanla aku nak cancel.. Benda dah berbayar semua. Aku gak yang sanggup gamble kan, so hadaplah.. Tu pun nasib baik dia sempat bagitau aku dia nak ke laut, biasanya dia terus pergi je tak dan nak pegang phone dah. Dia takut aku fikir apa kan so dia bagitau siap-siap. Aku nak menyesal pon teda berguna lagi. 😁😁

Muka orang yang tak dapat jumpa boipreng.
 Tapi bersedia to turn to food for comfort miahahaha.






Makan tetap makan walaupun frust menonggeng.. Ekekeke.
Melepas geram makan dimsum kat kedai favourite aku Zaina 2 kat Khlong Hae.
Yam pun dah pandai makan, dulu dia tak suka sangat. Lagila syok ada geng dimsum kan.
Banyak kali gi kedai ni ngan Izal dulu.


Dan kedai ni kat Lee Gardens Walking Street aka 'Little Malaysian' (Grab driver aku yang bagitau sebab malaysians bersepahhhh kat sini hahaha) adalah port wajib yang mesti aku pergi setiap kali datang Hat Yai. Beli udang galah n ayam goreng makan dengan pulut untuk tapau makan kat bilik hotel.

The BEST travel buddy 😘😘

Aku tau dia suruh cancel sebab dia risau aku n Yam berdua je, dan dia takde untuk pick up dan hantar kitorang. Dia taknak aku sedih-sedih. Aku ni independent bang.. Dah sampai ostolia pon, bleh je gi city centre Sydney tu sorang-sorang takde masalah. Kadang rasa Sydney lagi selamat dari KL. Jenis berani je, kalau jadi apa-apa kita nanges kemudian gitu, pesen aku ni.. Hahaha. Dalam konteks ni bukan masalah being independent, masalahnye aku nak dia adaaaaaaa. Tapi Izal ni jenis tak harap kita independent sangat, drop aku depan 7-E pun dia turun teman. Dia cakap mana bleh aku gi sorang. Certain laki kan macam bersyukur kita independent tak menyusahkan dia kan. Tapi Izal tak.


Ni kat stesen KTM Padang Besar.. Sampai sini Yam terus cam.
Yam tanya, "Haa kat sini kan yang Daddy hantar kita dulu?"
Ye sayangkuuuu.

Dia risau sebab dia jenis selalu mengadap benda-benda bahaya kat sana. So he's always thinking of the worst that could happen. Ingat tak haritu ada kes perempuan dari Malaysia yang bawak MyVi tu yang langgar sekumpulan pemotong rumput warga Thai yang tengah berehat tepi jalan tu? Izal cakap perempuan tu masih kena tahan kat sana. Sana bab ni orang Thai memang strict. Tapi kalau kat Thai tu walaupun nampak mundur gitu tapi CCTV bersepah so jangan nak nipula dia cakap. Dia rasa perempuan tu memang bawak laju, kalau tak takdela sampai meninggal 4 orang (kalau tak silap) sekaligus.

Dia bukan against perempuan tu.. Izal ekceli kesian kat perempuan tu, sebab tu dia dok share message yg merayu bantuan untuk bebaskan perempuan tu dari penjara tu. Dia cakap kita tolong je lah dia, nasib kita nanti tak tau cemana.


Hadiah tak kesampaian.. Sobs. Aku sukaaa sangat smart band Mi Band 4 tu, so aku belikan dia satu sama macam aku punya. Padahal nak beli untuk diri sendiri pun berkira, tapi sayang punya pasal, beli untuk dia gak huhuhuuuu...

Aku rindu Izal. Aku nak duduk lama-lama bersembang puas-puas dengan dia sebab dia always busy tak dapat nak bersembang panjang. Aku nak bercerita dengan dia, nak catch up semua benda, nak bagitau dia, smart band ni best.. Aku ni jenis tak suka pakai jam sebab rimas berat bagai. Tapi jam ni ringan sangat n 5 ATM/50 meters waterproof. Aku test mandi laut aritu helok je. Pastu basuh pinggan pe sume kat rumah pun aku tak tanggal. Pastu yang best tali dia banyak pilihan ada jual, bleh tukar2, aku ada satu metal punya untuk nampak formal sket pakai ke opis.

Yang aku suka pasal smart band ni sebab dia ada sleeptracker, so kalau pakai time tido, dia akan bgtau berapa lama kita deep sleep, light sleep and awake, and dari pukul berapa sampai pukul berapa.

Ni aku punya.. Aku custom dia punya watchface.
Belah kanan tu yang tali besi. Kiri tu getah.

Pastu dia bleh set goals utk berapa bnyk steps kita aim utk jalan setiap hari, macam KKM sarankan 10k steps kan. Pastu apa lagi, oh dia bleh display message dari wassap/messenger/wechat dan calls etcs kat band nih tapi tak bleh reply la. So agak2 kalau ko tengah mandi kat laut tu pastu masuk message or call penting, bleh la ko naik kejap ke darat n setelkan... Gituuu. Kalau tak, ignore jeee.

Pastu bateri tahan gila. Sekali caj penuh haritu aku dapat guna dalam 15 hari tapi dia boleh go up to 21 days bergantung usage kita cemana la kan. Senanggg. Dahhhh aku off topic + jadi promoter free pulak kannn sebab excited cite sal gadjet hahahaha.

Anyway, sebbaik aku tak belikan gulai tempoyak patin yang biasa aku belikan untuk dia setiap kali jumpa tu. Dah bleh rasa tak jumpa dia kot, tu yang rasa malas semacam nak gi cari ikan favourite dia tu. Selalunya aku frozenkan dan letak dalam cooler bag sekali dengan icepack untuk bawak kat dia. Seharian travel sampai ke Hat Yai masih elok beku lagi..

By hari Ahad malam tu aku dah rasa makin tipis harapan untuk jumpa dia.
Sebab kalau dia ke laut biasanya dia gerak dari Satun ni. Bila dah balik laut pun sampai ke Satun. Jadi jarak dari Satun nak ke city centre Hat Yai dalam 1 jam 40 minit.. Jauh gila. Manala sempat dia nak datang kat aku lagi walaupun dia balik dari laut hari Ahad malam tu..

****************************************************************

So.. Sampai skang Izal masih belum balik dari laut.. dari Sabtu pagi haritu. Dah masuk hari ke 4 ni. Aku kesian pk dia keje kat laut dalam keadaan musim hujan sekarang ni. Aduhai. Ralat gila tak dapat jumpa dia kat sana. Harap dia dapat balik Malaysia je la soon...

Aku cuba sabar lebih kalini, as I want this relationship to be my last.





You know you love me! XOXO,
-Scha

6 comments:

aisha said...

Awakk update la sokmo..
By the way, kat hatyai dok hotel apa ye? Pool dia depan bilik ke?

gadis jumaat said...

Hi Aisha, hotel Luxsna Residence..
Ye.. Pool dia depan bilik kalau pilih pool access room.
Bleh cari kat Agoda ada.

aisha said...

thank you thank you..
lupa lak nak tanya.. ni dekat dgn semua benda yg penting kat hatyai ke? hahahahah i mean tempat makan.. tempat jalan2...

gadis jumaat said...

hotel ni tengah2.. kalau nak bebetul kat city centre, boleh pilih hotel mayflower, regency, or diamond plaza hotel. tapi regency je yg ada pool. luxsna ni dlm 10 mins ke city centre, 10mins ke zaina, 10 mins ke floating market ehe.

Anonymous said...

omgggg.. i dah type komen panjang lebar sekali ter-delete. ciissskek!

anyway, harap bertabah. i feel u. i baca penuh perasaan menusuk ke hati. terus rasa sedih (baru lepas nangis tgk kdrama jugak ni. LOL)

gadis jumaat said...

Huhu nape x taip semula pepanjang ekekek... Tq u.. bertabah sangat niiii bertabah.. x syg lg xtaula.. mihmih.