Thursday, August 8, 2019

Three Years Later

Aku ingat aku akan terus tinggalkan blog ni for good.
Tapi suddenly I feel the need to write again.

Semalam ada dapat notification comment dari one of my blog readers, tapi kenapa delete lepas sent? Tapi aku dapat je baca sebab comment tu dihantar ke email jugak... Haha. Takde aku nak marah or kecik hatinya dengan any comment selagi cakap baik2.. Takde hal nye.. :)

Dah lama blog ni tak berupdate. So memang takde org masuk lama dah. Semalam orang masuk pun sebab maybe dpt notification lepas aku update one short entry, tapi lepastu aku ter-delete plak post tu time riki2 blog settings yang dah berabuk tu..

Betullah life ni.. We never know what will happen in the future. Harini kita terkejut ngan berita perceraian orang. Hari esok orang lain plak terkejut ngan cerita perceraian kita. Tak boleh nak jangka langsung. Family sendiri pun takde history lagi cerai-berai ni.. Aku sorang je.

So, reason pasal cerai tu biarlah orang-orang rapat je yang tau. Tapi aku yang rasa tak boleh teruskan and wanted out. Memang tak pernah terfikir. Memang aku ada rapat dengan somebody time dah nak cerai tu. Tapi bagi aku dia cuma jalan keluar aku dari perkahwinan aku.. Bukan penyebab aku and ex cerai. Tak kisahlah pandangan orang cemana, tapi aku cerita ni from my side. Dari pandangan ex and family, memanglah lebih mudah nak menyalahkan orang ketiga dari salahkan diri sendiri. Bagi aku, kalau ikatan antara suami isteri tu betul kuat, dan takde masalah yang terlalu menekan, takde orang ketiga yang bleh runtuhkan ikatan tu..

So lepas cerai tu, aku rapat dengan the other guy, Aidee, for around 2 years jugak. Soulmate sangat dia ni.. Serasi gila-gila yang jarang n susah sangat aku nak dapat dengan mana-mana perempuan or lelaki.. Sape je lam life ni yang aku rasa SANGAT serasi ye? Ija. Lagi sape ek. Err.. ok tu je. Hahaha. Mmg sejenis yang ssh nak rapat dengan orang, sceptical n suka letak boundaries sikit kalau berkawan to protect myself.

So in the end, hubungan tu tak ended up seperti yang aku harapkan, so aku yang putuskan.. Sakit putus dengan dia ni dan sakit sepanjang bercinta dengan dia ni, bagi aku lagi sakit dari bercerai... dan lebih sakit dari segala sakit-sakit putuih cinta sebelum ni... Fuh.

Pastu aku mula love life baru dengan Izal.. Setahun lebih jugak dah serious. Kenal 2 tahun lebih. Sebelum tu dia ni asal dalam friendzone je dan aku slalu ngadu kat dia pasal Aidee nih. Lama-lama tuhla nampak dia ni ikhlas sangat dengan aku. Makin hari kenal aku rasa makin banyak yang interesting pasal dia ni, sikap penyayang dia, his big heart, sangat menerima aku seadanya, sangat jaga tutur kata dia, selfless - sentiasa pk lebih untuk diri aku dari diri dia sendiri.. Dan yang paling penting setia dia.. Tu yang paling mahal. Dia ni yang ajar aku maksud setia.

Banyak lagi nak cite. Banyak lagi nak diluah. Tapi aku ada keje sket nak kena sambung.
Nanti aku sambung lagi ye..




You know you love me!
XOXO,

2 comments:

Unknown said...

Cpt sambung lagi ples... Maryam cemane? Should be next year dia darjah 1 kan.. same age with my daughter ☺️☺️

gadis jumaat said...

Ye.. Macam ingat u penah komen dulu cakap ur daughter sama umur ngan Maryam. Maryam tu la susah sikit, sebab dia close ngan Babah dia. Thanks sudi baca. Memang rasa keperluan sangat nak meluah kat medium yang orang tak ramai kenal i.