Thursday, August 22, 2019

3 Jenis

Sepanjang 3 tahun lebih aku dah berpisah ni, ada 3 jenis orang yang bertanya pasal pasangan/family aku:

1. Orang yang dah memang tau aku dah berpisah.
Yang ni dari kalangan orang yang direct tanya aku n aku direct cakap aku dah berpisah kat dorang. Yang bertanya ni sebab awal-awal dulu kat FB/IG ada la aku up pasal rindu Maryam sebab tak tahan.. Jadi orang curious nape Maryam takde kat umah plak kan.

2. Orang yang dah tau tapi kompius nak tunjuk dorang tau ke tak.
Yang ni jenis yang paling kelakar. ๐Ÿ˜† Muka nampak sangat dah tau, tapi macam risau aku marah atau takut aku cakap dia menyibuk kot.. Padahal aku ok je. Jadi bila diorang tanya tu nampak teragak-agak.

"Sya pegi jalan dengan sape? Oh dengan Yam je ek..", contoh soalan.
Padahal kalau dia bebetul tak tau aku berpisah mesti dia akan pelik n tanya, "Aik nape husband tak ikut?" Gittewww..

Tapi muka macam tengah menyusun ayat dan beribu persoalan bermain di minda gitu. Tapi perbualan mati sampai situ.

Kadang kalau orang buat ayat macam, "Oh husband Sya tak ikut? Dia tak cuti ek..", aku play along je cakap, "Haah dia tak cuti, so tak ikut..", sebab malas nak explain pepanjang.

3. Orang yang memang tatau cerita.
Yang ni biasanya yang baru kenal atau colleague lelaki yang tak amek tau gossip semasa tempatan. Macam baru-baru ni sorang tu tanye, "Aok tak balik kampung ke?"
"Tak.. gi PD.. Hehe."
"Loh kenapa tak balik kampung? Husband aok org mana?"
"Orang Keramat."
"Ooh dekat je.. Bleh raya Keramat je.."
"Ye.. Hehe."

Play along aje. Cuba kalau aku cakap, i dah single daa.. Haa dah satu hal kang kalau dia terkejut n aku plak kena explain kihkih.

Lainla kalau dengan orang yg aku baru kenal, macam dulu time kete broke down, orang PLUS tu suruh call suami. Aku cakap direct je la aku takde suami. Family pun kat Kuantan. Tapi awal-awal dulu tak selesa nak ngaku single sebab nanti orang mulala ingat kita ni desperate sangat. Laki pun mulela ulat bulu semacam kalau tau single. Eh please la tolong sikit ek.. Takde suami bukan maksudnye takde boipren. Single but not available gitu.. Kahhhhh!

Dulu Aidee cukup tak suka kalau aku cakap single. Dia suruh cakap ada suami tapi kat Kuantan. Ceh, bila masa aku kawen ngan beliau? ๐Ÿ˜‘

Izal pon sama, kalau ada aku nak kena uruskan apa-apa. Dia mesti suruh cakap, "Cakap suami saya yang suruh." Aku pun layan je la.. Aku cakap, "Ye bang.. Syg ckp suami Syg ada kat Siam." Hehe.

Lagi satu, aku cukup tak suka panggilan 'janda' ni. Rasa offended n annoyed sangat. Sebab biasa word janda tu selalu dikaitkan dengan benda tak manis. Somehow orang pantai timur suka sangat sebut janda. Aku orang pantai timur gak tapi tetap tak selesa. Kalau orang tanya status, aku lagi selesa sebut single mom or single parent. Takyah nak menjanda-jandakan orang sangat eh.. ๐Ÿคจ๐Ÿคจ Ke aku sorang je over-sensitive camni ek? ๐Ÿค”



You know you love me!
XOXO


No comments: