Yam takde. Raya dengan Babah dia. Jadi daripada aku krik-krik kat umah tu sengsorang lagi baik aku chow pegi PD bleh gak mandi laut. Jumaat malam aku dah gerak dalam pukul 11pm dari Shah Alam.. Sampai sana dalam pukul 12.30am. Dahla Waze kasi jalan zigzag sebab nak elak jem kat hiway biasa. Seram sejuk wehhh lalu jalan tak biasa sorang-sorang! Kadang-kadang aku impress dengan diri sendiri apesalllll brani sangat apesalllll!! Hahahaha impress la sangat... Piangggg diri sendiri laju2!
Sunset view dari dalam khemah..
Camping ni jadi my newfound passion pulak. Start haritu la, last 2 weeks masa cuti pertabalan, aku first time camping bawak Yam ke sini.. Terus jato chenta. Dapat pulak port yang best. Toilet n shower semua senang. Tempat ni pun mmg camping site so tak takut. Masa tu aku sewa khemah lagi rm40/day. Pastu balik dari PD aku terus beli khemah baru.
Khemah baru. Tapi rasa kecik sangatlah nak kena upgrade. Kikiki.
Syok kan masak sambil ngadap laut...
Tapi time tengah goreng nugget camni la tetibe ribut hari Ahad raya haji tu..
Tapi time tengah goreng nugget camni la tetibe ribut hari Ahad raya haji tu..
Habis terangkat khemahku. Sebbaik hero khemah sebelah tolong.
Habis nugget berendam air..
Aku pegi ni tak bagitau Izal pun aku bermalam. Masakkkk nanti kena bebel. Dia ni jenis garang sikit, aku takut. Jarang aku nak takut ngan laki ni hahaha.. Tapi ngan dia mmg aku takut. Dia ni muda 3 tahun dari aku tapi matang dia terlebih-lebih macamkan dia plak lagi tua. Risau dia macamkan aku umur 15.. So pagi raya tu dia msg aku, aku pun reply hantar video tepi pantai.
"Pi jga camping? Syg ni kan.. Degil la..", dah stat bebel dia. Sebab haritu dia dah tegah bila aku cakap nak gi camping.
"Piknik je."
"Syg pi bila?"
"Pg tadi."
"Syg jgn mcm2.", bila dia cakap macam ni aku dah geram.
"Mcm2 apa nye ni.. Sikit2 nak marah. Orang penat la nanges sorg2 kat umah. Nak tengok pantai salah ke.. Petang nanti balik la.."
"Syg.. Xda niat marah pun.. Tak terdetik pun. Risau kalau2 syg pi dari semalam. Syg abg nanges.. Allah.. nape ni..", nada dia dah berubah jadi berlembut dah.
"Sunyi tau x.. Sunyi.."
"Tau sunyi.. Nanti kawen kita ada baby cepat2 ok.."
Aku takde nanges pun. Cuma nak dia paham yang kalau aku sorang2 kat umah tu lama2 nanti bleh giler, jadi sebelum aku meroyan sesorang, ada baiknyalah aku pergi ke mana2. Aku stress, nak jumpa dia pun tak boleh, takkan dia nak soh aku dok kat umah je?
Cabaran dengan Izal ni itulah, long distance...
You know you love me!
XOXO
4 comments:
Luckily u have found him.. baru baca entry ni sblm drop komen tadi.haha. really, happy for u.. sameee mcm apa kwn i rasa haritu.. mmg xsama kan dgn org single punya sunyi bg org yg dh pernah berkeluarga tp terpisah.. tambah plak kalao anak xde dgn kite..so happy u have find ur happiness again... *Hugs**
bagusnye u ni komen murni2 je.. ekeke. yelah betul.. time single dlu lain, bila terpisah lepas dah berkeluarga mmg rasa lebih dugaan dia tu.. thanks moga u bahagia ngan family u sampai bila2 jugak.. 😘😘
Haha. Kenapa cakap camtu.. setiap individu berhak utk rasa bahagia. Lagipun mebi sbb i ada kawan yg pernah rasa yg sama kot.. ayat dia pon sama dgn ayat u.dia pernah cakap dia rasa mcm rumet je dgn ex husb dia. Tipu la kalau mula mula i tak menentang langsung keputusan dia tp kalau dia mmg dh x hepi kenapa perlu seksa diri. She deserved to be happy wif someone that love her.. so do u.. tq doakan i jgk.. aminnn
yelah.. biasa org tunggu nk kecam je kan. hehe. selagi tak hadap masalah yg sama, orang tak faham.. ya Allah sama je ayat 'mcm rumet' ek? huhu. i dulu xde yang menentang pun lepas dorang dengar reasonnya. Kecuali in laws la..
Post a Comment