Saturday, August 10, 2019

Pasca Perpisahan

Masalah aku dengan ex dari day 1 lagi sebenarnya.

Tp of courselah kita akan pilih untuk bertahan dan mencuba dulu.. Sampaila tahun ke 6 of our marriage dan keadaan masih tak berubah. Aku rasa tekanan dari pelbagai sudut.

Tapi hubungan kitorang sepanjang jadi suami isteri most of the time memang tenang je sebenarnya. Aku banyak pilih untuk pendam. Dan ex pun bukan jenis nak mengamuk tak tentu hala. Cuma ada la time kalau dia marah memang dia jenis melepas marah kat barang. Hempas barang-barang. Dan pernah skali dia tendang pintu bilik sampai pecah. Kemain lagi kan.

Sepanjang 6 tahun kawen ngan dia, tak silap 2x je kot dia penah menjerit marah, sekali tu dia jerit dari tingkat atas. Aku kat tingkat bawah ni pun lawan jerit balik hahahaa ingat aku takleh jerit?? Tapi takat 'Aaaaa' je la bukan maki-maki ke apa. What you give you get back lah konsepnya kihkih.
Lepas tu dah ok.. Tak pernah la gado sampai berhari-hari.

Tapi hubungan kitorang ni aku selalu rasa macam roomate je. Platonik. Banyak benda yg kitorang buat secara berasingan. Aku memang sayang dia.. Tapi macam sayang family, bukan as a lover.

Ni masa bday yam..
The night before kitorg masuk court..

Masa kitorang pisah tu Yam baru masuk 3 tahun.. Kecik sangat lagi untuk faham apa-apa. Initial agreement was kitorang bergilir seminggu sorang untuk jaga Maryam. Tapi skang ni Maryam dengan aku on weekdays, weekend barulah dengan ex aku.

Masa giliran seminggu sorang tu memang aku seksa. Balik keje to an empty house.. Keje aku balik umah meraung je. Aku dahla mmg x biasa berpisah ngan Maryam. Hari-hari aku dengan dia dari dia lahir kecuali ada time aku masuk hospital dulu. Jadi bila jadi gini.. Gila la jugak aku kejap.

Time ni la aku keluar dengan ramai lelaki. Blind date sana sini. Padahal tengah serious ngan Aidee. Tapi Aidee kat Kuantan, aku kat Shah Alam. Konon nak hilangkan rasa kosong n sunyi ni. Tapi langsung tak membantu. Bak kata kawan aku, susah nk jumpa laki yang berguna ni.. huhu.

Maryam plak ada time bila sampai turn aku jaga dia, dia nanges-nanges bila babah nak tinggalkan dia. Bila turn babah, dia happy sebab tu mmg rutin kitorg balik umah atok almost every weekend. Kat sana pun ramai orang.. dia suka. Kalau dengan aku, berdua dengan aku je..

Masa ni rasa loser giler as a mom. Aku kejam ke? 18 juta kali aku pk kebarangkalian nak rujuk balik dengan ex tapi setiap kali pun aku rasa tak boleh. Apa guna berbaik semata sebab anak kalau kita dah tak boleh hormat dan sayang suami lagi? Aku taknak hidup dalam dosa. Dan aku yakin masalah kitorg tu takkan settle dan tak boleh settle dah kalau berbaik pun.

Sebab tu lah sekarang walaupun dh 3 tahun lebih berpisah ni, aku belum terbukak lagi hati nak balik pada ex..


You know you love me!
XOXO

No comments: