Friday, August 16, 2019

This Is The End

Baru-baru ni panas betul hati aku bila aku tau ex ada up cite pasal aku.

Itulah mulanya yang jadi penyebab aku cari blog ni semula. Rasa nak melepas amarah sesangat. Tak puas ati melepas kat Ija je. Panas dia lain macam.

Ex nih sejenis prangai dia yang aku tak berkenan adalah meluah kat FB benda-benda yang patut disimpan. Aku dah lama tak friend kat FB dengan dia, kat IG pun dah tak. Sebab nak elak bergaduh, malas nak terasa ke apa, nak kasi dia privacy sendiri n aku pun nak privacy ngan personal life aku.

Tapi tuhla kadang benda-benda dia up tu buat orang curious dan mulala kawan dia sendiri bertanya kat aku pecite. Aku mana bleh tau sipi-sipi.. Kasi screenshot la baru puas ati. So pas baca post FB dia tu.. Aku macam lahaulawala.. Dia ni self centred nya..

Sneak peek status dia sikit. Kemain ramai plak yang likeeeeee 🙄

Dia ckp it's been more than 3 years n dia dah cuba macam-macam untuk berbaik dengan aku semula. Dia cakap aku macam kasi hint positif kat dia. Siap cakap ada satu time dlm tahun ni, kitorang dah hampir nak bersambung balik. Ayat dia semua nak berbaik sebab Maryam je, bukan pasal nakkan aku sangat pun. Pastu dia siap ckp macam dia ingat aku dah putus ngan boyfriend aku sebab dah takde profile pic dengan boyfriend aku tu. Pastu dia cakap dia yang bodoh sebab tak paham pattern game aku. Ewah ewahhh.. Lepastu dia kata pasni dia dah taknak ambik tau pasal aku, biarlah aku pergi dengan lelaki mana pun..

Biar aku jawab dalam point form.

1. Hint apa yg dia cakap nih? Aku cuma layan baik kat dia sebagai bapak Yam. Awal-awal bercerai DULU mungkinlah aku ada rasa confuse n rasa sayang lagi kat dia. Kadang-kadang DULU aku memang biarkan dia hug aku sebab aku masih rasa close ngan dia n rasa kesian kat dia jugak. Sometimes mmg I need good hugs too. Tapi it was friendly hugs bukannye romantic hugs. Dan dari mulut aku sendiri memang takde cakap sayang dia ke, nak berbaik semula ke, takde.

2. Dia cakap dia cuba bnyk kali dalam tempoh 3 tahun lebih ni? Cuba modal air liur ada la.. Kot ada hantar bunga ke kasi hadiah ke, nak gak aku cair.. Tapi tu la berkira sangat. Sekalipun takde.

3. Cara dia ckp selalu macam dia sorang je pk pasal Maryam. Aku nih takde pk.

4. Ayat 'pattern game' aku tu yang aku paling geram. Gaya macam aku mainkan dia plak.. Padahal sejenis yang cuma pikir lepas diri sendiri je dalam semua hal. Geramlah. Depan aku punya baik, tapi belakang aku cakap macam2 kat crowd FB dia tu.

Bila cite kat Izal, Izal cakap, "Dia cakap 'sayangkn Syg' tapi dok hantar gambar berpeluk dengan perempuan lain." Eh betul gak. Sebab haritu ex ada wassap aku cakap, "Yang.. Boleh tak remove profile pic ni. B tau B dah takde hak. Tapi B sedih..", dia refer pada profile pic aku berdua ngan Izal kat wassap.

"B bukan tak move on. B try berkawan. Tapi we both still love our exes.", diikuti dengan gambar dia peluk bahu perempuan tu, perempuan tu peluk pinggang dia. 🙄 Baru 'try berkawan' dah bergambar camtu. Aku ngan Izal pun takde gambar camtu tau. Nyesal plak rasa bersalah sebelum tu n terus 'patuh arahan' terus tukar profile pic aku tu kepada pic aku n yam berdua je. Sabar je la.

So.. Lepas tau pasal status FB dia tu, weekend seterusnya yang dia datang nak ambik Yam tu aku macam layan tak layan je dia. Biasa dia dtg aku layan elok cam layan kawan datang umah la kan. Hari kejadian tu, aku dok dapo je n biarkan dia ngan Yam kat hall. Sebab nak mengelak terlepas marah kat dia. Tapi pastu dia datang dapo puji-puji bau aku masak sedap. Pastu dia cakap dia nak balik dah.

Pastu dia tunduk ke arah aku, cuba nak kiss bahu aku.

"Janganla buat camtu..", aku cakap elok-elok sambil mengelak. 

Pastu bleh plak dia cuba lagi. Aku yang tengah menahan rasa berasap pun jadi makin hangat la kan.

"Janganlah buat camtu lagi, tak suka la..", suara aku dah ternaik sikit tapi masih terkawal. 🔥🔥

Dia pun paham dan dia terus ke depan, lepas tu dia balik. Aku geram sebab dia kata kat aku macam-macam, pastu kata taknak peduli kat aku lagi dah, tapi buat camtu. Sentuh aku tanpa rela camtu. Ni bukan kali pertama. Dah banyak kali, bleh kata each time datang umah memang nak tarik tangan aku la, kiss tangan aku la. Aku plak jenis takleh nak berkasar tolak dia or memarah dia sebab aku ni pesen sekali dah gado, susahhhhhhh. So aku mengelak dari memarah. Yang paling teruk haritu buat2 terlanggar dada aku pastu sengih. Ingat comellah tu. 😤

Gambar belah kanan ni la profile pic kat wassap aku yang ex mintak remove tu.
Aku suka giler gambar ni sebab nampak Izal yang lebih mengendeng kat aku walaupun hakikatnyaaaa.. Sila sambung sendiri ekeke.


Selingan: Aku dapat free 6"x6" Photobook from Digi sempena birthday aritu weehuu!
Suka giler. So i picked some of my personal favourites
🥰🥰

Aku terus text kat Izal apa yang dah jadi. Izal marah. Tau dia marah bila dia diamkan diri lama dan tak respon. Banyak kali dah dia ckp jangan kasi ex masuk rumah. Pakai tudung bila dia datang. Jangan bagi ex pegang-pegang. Aku je yang masih tak sampai ati n berlembut. Nak biar Yam happy ada Babah dia kat umah tu walaupun sekejap. Bagi excuse kat Izal macam, "Ala, dia tumpang smayang je Syg..". Kadang aku harap Izal faham, tapi betullah macam Ija cakap, cuba bayangkan kalau ex Izal buat kat dia macam ex aku buat kat aku, mesti aku marah kan? Yeeeee. Cemburu aku lagi teruk kot..


 Sedih pulak tengok gambar ni dulu.
Aku tutupla muka ex ye, tak baik plak dah merempan sal dia pastu tunjuk muka dia plak.
Yang mana dah kenal dia siapa takpelah.

So, pastu aku rasa maybe tibalah masanya untuk aku bertegas ni.. Aku kena jaga hati Izal, tak boleh nak jaga hati semua orang lagi. Few days lepas tu aku msg ex n cakap, "Pasni hantar dan ambik Yam kat luar umah je lah ye.."

"Uh, kenapa?? Kenapa tiba-tiba macam ni? 😭"

"Boyfriend orang dah lama bising. Taknak hubungan kita keruh. Apepon kita parents Yam."

"Sayang B kat Yayang tak pernah putus..",

"Kalau sayang takdela berpeluk-peluk dengan orang lain dan cakap buruk pasal orang. Dah la. Dah 3 tahun lebih dah.", aku potong. Takmo la berlembut hati ngan dia dah.

"Manade cakap buruk.. Nape tetibe ni..", dia pertahankan diri n maybe dia tak sangka aku tau pasal FB tu. Post pun dah lama.. Masa dekat raya puasa haritu lagi.

"Dahla.. Kita move on. Kalau orang tak tegas nanti awak cakap orang mainkan awak pulak. Padahal orang layan baik sebagai bapak Yam je. Apa-apa yang awak buat tu, orang lain akan tanya orang balik."

"Ishk kenapa tiba-tiba ni... B salah.. B mintak maaf."

"Xpelah, orang bukan nak bergado. Cuma maybe kena ada gap yang jelas supaya kita boleh move on."

"Just jangan jauhkan B dari Adik.."

"Takdenye jauhkan.. Orang bukan kejam macam tu."


Tengokla relationship kitorang masih okay je selama ni sebab Yam. So please don't jeopardise it.
Kawan-kawan yang tau kitorg berpisah pun tak tahan PM aku cakap nampak korang ok je, harap berbaik semula blabla. Ramai yang tak tahu pun aku dah berpisah.
Kat socmed pun xde aku merempan apa pasal dia pun.

So finally, start daripada last week, after 3 years plus, barulah dia stop panggil aku Yayang n bahasakan diri dia B.. Maybe dia benci aku or whatever, but i did him a favour. Maybe dengan cara ni baru dapat move on. Dia macam stucked lagi dalam dunia 3 tahun lepas. So time dia ambik Yam haritu, memang dia tak masuk rumah dah, tunggu kat luar je. Memang rasa lain sikit tapi at least takde aku risau dia nak sentuh-sentuh aku lagi.

Sebelum dia datang tu, Izal dah cakap siap2, "Syg, jangan kasi ex masuk umah. Jangan kasi dia sentuh Syg."

Aku cakap ye.. Dah bgtau kat ex for the first time last week, jumpa kat luar umah je sebab boipren org dah lama bising. So Izal rasa convinced and lega sebab benda yang dia cukup tak suka dah terkawal. Sebab dia jauh..

Dulu aku fikir tak kisah pun ex masuk umah sampaila aku dah ada suami semula ke nanti, barulah dia tak boleh masuk lagi. But it happened earlier than I thought it would be. Biarlah, untuk kebaikan semua orang pun kan..

Esok dah Sabtu. Susah betul hati aku bila nak masuk weekend ni. Ada semacam kegusaran bila makin menghampiri cuti sejak single nih. Pikir nak bawak kaki ke mana. Nak camping tapi musim hujan gini, takut ribut lah..



You know you love me!
XOXO


3 comments:

Unknown said...

First, tahniah masih berbaik sebab maryam. Kalaulah semua org kat dunia ni mcm u,macam farah lee dan ally iskandar kan bagus, takdelah anak tu rasa terabai wlpn parents bercerai.. tapiiii part saja pgg2 tu..haishhh..still x move on eh ur ex 😆 kesian jgk kat die tapi bagus la akhirnya u tegas.. pape pun i really salute u sebab mampu berbaik demi maryam.. maryam muka sebijik la mama dia..cantikkk mcm mama dia jgk..😍😍

gadis jumaat said...

hihi sebenarnye yam tu ikut babah dia bukan ikut saya.. dlm gambar je kot ada iras2 sobs. thanx rajin dtg sini komen, dah mcm tulis blog untuk awak plak hahaha krik krik sangat otherwise.. awak mmg takde blog ye?

Unknown said...

Saya ada blog tapiiiii sejak geng2 matrix revealkan blog dekat geng2 matrix jgk segannyaaa sbb bdk3 laki tau terus private kan. Lagipun memang dah lamaaa tinggal. Rindu jugak nak tulis.. kadang2 baca balik kesah dulu dlu rasa nak lempang diri sendiri sebab gedik sgt bila baca balik hahahaha.. so skg selamat sudah dikunci blog itu. Sendiri baca je bila rindu 😂