Tuesday, August 13, 2019

Izal - Part II - How We Met

I swear I could write a whole book about him. 🥰

Rasa suka gila kat dia. Makin hari dia buat aku makin suka giler kat dia. Rasa banyakkkk sangat nak cite pasal dia. Aku sebenarnya start tulis semula kat blog nih sebab aku rasa macam lama sangat dah menyusahkan ija.. Semua cerita kat dia. Tapi dia macam okay je hihi.

But still, i need a medium yang orang tak bape kenal aku sangat personally. Yang aku boleh tulis seberapa detail yang aku suka. Macam IG n FB tu takde freedom of expression sangat, because we're afraid of being judged. Sini pun orang judge tapi orang yang tak kenal kau, jadi okaylah sikit kot. Sometimes we just need to let certain things out of our system!

******************************************

So.. We first met in Hat Yai back in December 2017. Masa tu aku adala buat salah lagi sampai Izal silent treatment aku lagi. Aku susah hati. Aku ambik tiket pergi Hat Yai that weekend, tempat yang aku tak pernah jejak sebelum ni. Dah sampai sana baru aku bagitau dia aku kat sana. Aku dah tak peduli dia bleh terima aku physically ke tak ke.. Yang aku tau aku nak benda ni setel dedepan.

 Hat Yai view dari Tuk Tuk yang aku naiki untuk ke hotel.


Bila dia tau aku kat sana je.. Terus tak jadi silent treatment. Sebeban bebelan dia text kat aku.

"Pandai-pandai datang sini siapa suruh? I dahla skang ni kat Bangkok."
"Tau tak hotel you book tu kawasan 'dalam', jauh dari city centre?"
"Ya Allah kalau jadi apa-apa macam mana.."
"I susah hati ni tak boleh tido fikir cemana nak pindahkan you ke hotel lain..."
"Duit dalam tangan ada tukar banyak mana? Skang ada berapa? ฿2500? Ok cukup."
"Dari hotel tu jalan sikit ke depan dalam 100 meter, pastu belok kiri, ada kedai makan halal."
"Jangan ikut naik motor ke, kereta kat sana. Jangan lintas jalan."

Hihi punye caring sampai tak bagi lintas jalan.. 😂 Aku tadah je bebelan dia. Sebab memang silap aku. Aku bila dengar dia cakap kat Bangkok je, mulela terpk dia ni taknak jumpa aku apa.. Slama ni elok dok ada kat Hat Yai tetibe ni ada assignment kat Bangkok plak. Bangkok tu kalau ikut jalan darat 12 hrs away dari Hat Yai. By plane dalam sejam setengah.



Sedih memula sampai bilik hotel ni. Ingat orang datang nak hanimun ke wehhh.
Orang tengah sedih niii
😭


"Oh.. Kat Bangkok ye.. Takpelah kalau x dapat jumpa..", aku balas text dia pasrah, sedia je la dapat penat je datang jauh-jauh..

"Pandai2 kan buat keputusan datang sini kan. I dah cakap kat boss mintak balik awal, hari Isnin ni."

"Erk boss kasi ke?", tanyaku girang. 🥳

"I tak pernah buat camni. Mestila boss kasi. I just cakap ada orang tunggu je."

Tengoklah ayat abang garang ni.. Dia memang gini, garang, keras, tapi dia sebenarnya penyayang sangat. Tengok dalam dia marah2 tu dia usaha balik untuk aku.. Initially aku nak stay over the weekend je, so aku kena extend lagi sehari kat Hat Yai, next Monday tu, sebab Monday baru dia dapat balik..

So sampai masanya aku jumpa dia. First time aku jumpa dia tu.. Rasa berdebar gilaaaaaaa time tunggu dia sampai tu. Berapa kali aku tukar baju sebelum keluar dengan dia tu, sebab rasa serba tak kena. Dok tanya ija, baju ni ok tak? Ke yang ni yang ok? Padahal dah mok tu pakai apa pun tak ok.. Wakaka. 😭

Finally.. Bila dia dah sampai tu terkesima jap sebab tengok dia ensemnyaaaaa! Dengan tingginya lagi.. Ija masa tu dok text tanye, "Cemana, cemanaaaa??? Dia dah datang belum??" Masa tu dah macam live telecast ngan Ija.. Semua dia tanye update. Aku terus jawab pendek kat Ija, "Ensemnya diaaaaaaa!" Hahaha. Memang la dah berlambak gambar dia aku tengok sebelum ni, tapi taula gambar laki kan mana edit2, gambar biasa2 je.. Bila jumpa dedepan baru nampak adui ensemnya dia ni.. Sampai aku rasa time tu, what is he doing with a girl like me?? Gittewww...


To be fair, okaylah dia mmg la takdela ensem cam Eizlan Yusof ke Edika Yusof ke, tengok contoh2 aku hero2 lama je wahahaha. I mean bukan stok yang jambu, helok, dah tersedia untuk majalah gitu. Tapi dia ni ensem macam 'jantan' yakni masculine gitu.. Muka dia biasa je tapi overall he's Mr Very Fine ekeke. I may be bias sebab tu kan boipren aku.. Mestila aku ckp dia ensem hehe. Aku suka sangat lesung pipit sebelah pipi dia. Dengan janggut nya dengan mata coklatnya.. Badan dia plak tegap dan tinggi. Bahu bidang, tapak tangan dia besar. Kira sekali tampar bleh melayang la gitu.. Kihkih. Kulit tak gelap, tak cerah. Terpesona sungguh hamba rasanya ketika itu. Ekeke.

Gambar ni aku lukis untuk dia last year for his birthday. Aku tak pastila aku boleh ke tak share gambar betul dia kat sini. Sebab blog kan semua bleh access. Tapi kalau kt IG aku ada je gambar dia sebab IG aku private. Itu yang aku share gambar sipi-sipi je kat sini. Sebab keje dia tu lain macam sket, buat dia kena low profile sikit. Facebook and whatsapp pun dia tak boleh ada. IG ada tapi tak reveal identity dia. Tapi tak pernah pulak dia ckp jangan share gambar dia kat mana-mana. Dia pun tak tau kewujudan blog nih.

Dia plak bila jumpa aku je dia terus cakap kat aku, "Mana mata yang bulat tu.. I nak tengok.." Malu gilerrrrrrr! Time ni dia bahasakan diri dia I lagi, bukan Abang cam skang hihi. 'Abang' tapi sebenarnya adik.. ekekeke. *Blushed*. 🤭

So sejak jumpa tu hubungan kitorang makin rapat. Dia cakap kedatangan aku ke sana untuk jumpa dia bawak kesan yang mendalam dalam hidup dia..

Dia selalu buat aku rasa special sebab terima seadanya. Bukan terima seadanya ekceli, let me rephrase, dia memang ekceli suka sangat rupa aku physically. Sedangkan selama ni aku struggle kan nak turunkan berat bagai.. Dia ni rilek je ckp dia tak suka perempuan kurus, taste dia mmg badan berisi macam aku. Ex wife dia pun badan cam ni gak dia cakap.. Jadi dia slalu pesan jangan kurus, dia tak suka. Aku ingat dia jenis yang jaga ati. Tapi tuhla.. Dah 2 tahun lebih kenal ni dia masih ulang benda yang sama. Dia cakap dia taula apa yg dia nak.. 🥰🥰

 Aku rasa aku dengan dia camni.. Hehe.


Dia always cakap aku dah cukup cantik, dah cukup sexy dah. Haha kot celah mana ntah sexy dia tu. Kadang rasa dia ni buta ke tak nampak aku cemana? Dengan dia mmg mewah aku dengan puji-pujian tapi dia bukanla jenis sweet talker. Cuma dia buat kita rasa diri kita bes.. Takde rasa insecure dengan diri sendiri. Dia sebenarnya jenis berlapang dada dengan apa yang dia dapat.. Dia buat aku rasa macam dia biggest fan aku. Boleh kata hari-hari mintak gambar aku. Kat umah mintak, kat opis mintak. Sampai skang ni pun masih sama. Sampai aku cakap cukuplah kan dah banyak gambar aku. Dia cakap biarla.. Biar sampai beribu-ribu pun gambar aku dalam fon dia... Huhu. Agaknya bila dah duduk serumah nanti baru stop mintak gambar kot.. 😁

So skang ni aku harap sangat ada jodoh kitorg berdua ni.. Kitorang tengah tunggu application dia untuk balik Msia lulus. Korang tolongla doakan jugak ye. Mana tau ada antara doa korang yg makbul... Kalau ikutkan takut dengan new relationship ni, memangla takut. Rasa tak selamat semua. Thinking of how fragile a relationship can be kan. Benda nak putus tu kat hujung mulut je.. Tapi kalau ikutkan rasa takut, tak ke mana kita weh. Jadi maybe dalam relationship ni kena ada rasa bersedia sikit yang hubungan tu mungkin bukan untuk selamanya, pastu redah je la.. Take the chance. Dalam masa yang sama, raikanlah dan bersyukurlah untuk setiap masa yang dia masih ada untuk kita..

Aku sayang sangat dia ni. Susahla nak jumpa laki macam dia.. Yang buat aku rasa diterima sangat, dan dalam masa yang sama perasaan aku sama kat dia. Bukan one sided. Mutual dan saling spoil each other with love. Whatever I gave him, he'll ALWAYS give me more tahap aku tak tercatch up dah.. Harap ada future untuk aku dan dia, moga sampai akhir hayat kali ni.. Bak kata dia, "Moga tahun ni lebih bermakna untuk kita berdua.. Abg harap Abg akan jadi sebahagian dari hidup Syg nanti." 😢



You know you love me!
XOXO


2 comments:

Unknown said...

Omg...excited nya baca..hahahah. really happy for uuuu.. mcm baca novel pun ada. Hihi. Nak tau tau, saya pun ada kawan yg berpisah dgn ex husband dan lps dia buat keputusan nak pisah tu, dia kenal ramai lelaki.. sebab dia tak tahan single lama lama. Mula tu risau jgk sbb dia kenal thru sosial media.. grup cari jodoh kat fb.. sbg org yg dia share semua yg dia kenal dan jumpa tu, mmg risau sgt. Tapi Alhamdulillah dia tahun dh bertemu jodoh semula dgn laki yg Alhamdulillah baik.. so i wish u too will find ur happiness soonnn.. aminnnn.. just trust ur heart.. again, happy for u!! Ceta la lagi pasal korang..😍😍😍

gadis jumaat said...

aduh lebih kurang je cite kawan awk dgn sy eh.. mmg btol lepas pisah rasa terumbang ambing sangat n nak cepat2 kawen kalau bleh. tapi apakan daya kan, belum jodoh lagi. mmg macam2 jenis laki jmp, awk pun mcm bespren saya ija tu, dia risau bila saya keluar ngan laki2 tu. tp nak buat cemana, nak pilih yang terbaik cmtula.. amin atas segala doa2 yang baik tu..