Friday, December 21, 2012

Gundah dan Tersepit.

Kecik hatinya dengan kakak aku...

Tadi aku aplod status ni kat fb, sebab macam terpana lepas baca ayat Fynn Jamal nih, tambah2 ada feeling jiwangge dengan incik sayang sbb esok birthday dia.. Pe kaitan ntah.. T_T

"Dengan selaut dosa yàng aku pikul di bahu ini,
Menyerah taat dan kasih untuk suami
Dan anaklah harapan aku dalam mengimbang semula masa depan aku di mahsyar sana.

Mereka--
Sesungguhnya--
Lubuk pahala.

Moga2 diizin Tuhan utk aku berlama2 memberi segalanya demi mereka.

Selamat menyebar cinta, para isteri dan bunda2 di luar sana.
Besar mana mana megahnya--
Tinggi mana dongaknya--
Seorang perempuan tidak di depan duduknya.

Kecuali menjadi temulang di belakang jua."

Fynn Jamal, October 2012.

Skali kakak aku komen yang buat jiwa Leo aku terus berdebar2 dengan rasa nak marah:





Ayat tu buat aku terfikir yang kakak aku tak puas hati kat aku, yang seolahnya dah lupakan mak aku yg tengah sakit kat kampung ni. Sedey :( Bila aku tunjukkan rasa sayang kat suami kat fb bukan maksudnya aku lupekan mak kat kampung.. Sampai hati dia kalau dia pk camtu.. Aku bukan tak balik kampung, dah 2x aku balik sebenarnye, mmglah tak banyak kali tapi aku mmg tunjuk effort yang bukan aku tak pedulikan mak aku..

Kalau boleh mmg aku nak sentiasa balik kampung jenguk mak aku. Tapi stakat mana aku
boleh buat tu? Dengan belen cuti tinggal sehari untuk tahun ni, dan dengan keadaan aku sihat tak sihat nak naik kereta jauh2 ni sbb pregnancy.. Sedey laa... Rasa helpless.

Suami - kunci aku ke syurga. Ibu - orang yang paling banyak berjasa pada aku sepanjang hayat dia. Kerja - aku perlu keje supaya aku tak menyusahkan orang lain dengan kewangan aku!

Bukan suami aku tak izinkan aku balik kampung, tapi aku sendiri yang tak larat sebenarnya. Bila tak larat, akan affect keje aku, sbb aku tak larat nak ke opis sekembalinya dari kampung. Aku mmg btol2 berharap adik2 beradik 6 orang lagi kat kampung tolong jagakan mak aku dan mak mereka jugak.

Bila aku baca semua ayat kat atas ni, semua ayat berpaksikan aku semata. Aku selfish, aku pk pasal diri sendiri je. Nanti kalau aku dah tua, aku nak ke ada sorang anak yang dok kat KL then tak dapat slalu balik kampung jaga aku? Mestila taknak. Aku patutnya takde alasan untuk balik jaga mak aku, sbb semua orang punye alasan diorang sendiri..

Akupun taktau nak buat macam mana skang ni... :(




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, December 20, 2012

Rajuk Suami..

Smalam incik sayang comel sangat..

Smalam aku penat gilerrrrrrrrrr siapkan 1000pcs yaasin yang customer tempah, dan incik sayang pon tak berapa sihat, so lepas balik makan n beli barang sket tu kalo bleh mmg nak terus lompat atas katil.

So bile aku amek rambutan n kupas makan sorang2, incik sayang cakap, "Nakkkk! Kupaskannn..."

Aku terus cakap, "Takmolaaa...", dgn prasaan penat giler rasa nak tercabut pinggang siapkan yaasin customer...

Pastu beliau merajuk naik atas terus baring tido... Olololo merajuk sbb campo tak sihat agaknye. Sian lakiku...

Lantas aku pon cepat2 kupaskan buah rambutan siap buang bijik nak kasik sultan hati beta ni makan. Bawak apple juice skali naik atas. Kejutkan dia yg dah pon terlena. Memula bila aku kejutkan tu suara dia cam jauh hati je.. Pastu bila aku announced, "Yyg ada bawak naik rambutan dah siap kupas ni kat b.. Makan ye?" Terusssssss sengihhhh n teruss bangun tido hehe..

Haiii suamiku. Susah nak merajuk, n bile dah merajuk senang nak pujuk... :")

Traits yang aku susah nak buat n masih sentiasa mencoba memperbaiki!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, November 14, 2012

7 Weeks & Loving It!

Harini adalah takde mood teramat nak buat keje... Smalam cuti, esok dan esok2 cuti buatkan aku rasa malas langsung nak melayan codings harini. Setakat memandang sepi je laa n menghitung jam nak pulang..

Sebenarnya apdet blog sbb nak bagitau aku dah peknen!!! Haa tudiaaa terus melompat ke topik utama. Hahaaaa mmg tak sangka2 langsung.. Sampai terpk, entah2 takde peluang nak merasa pengalaman pregnant tu. Yelah we never know kan... Tapi tiba2, kchinggg dapat 2 lines after lewat seminggu. Sebelum ni dah bnyk kali tertipu sal period lewat ni.. Skali kali ni melekat. Terkedu mak jemah pegi bagitau incik sayang dapat 2 pink lines.. Rasa cam satu achievement plak.. Muakakaa...

Incik sayang lagi best, reaction dia muke dah tersenyum lebarrr ni tapi takde bunyik, after some time baru 'yeayyyyyy!' Hihi priceless... Tapi pastu dia belikan lagi 2 test kits laa sbb nak konfemkan btol tak peknen, dan semuanya dpt 2 lines.. :D

Dalam seminggu b4 that baru melepas perasaan kat fb, ckp sal tensen melayan sorang kawan yg stiap kali msg mesti tanye dah peknen ke belum.. macamkan takde soalan lain dah. Stress gua.. Pastu ada sembang2 dengan teamlead yg berpengalaman menunggu 7 tahun nak dapat anak, 4 kali keguguran.. Dia kata, bila kita tak dapat baby, mungkin jugak ujian ni bukan untuk kita sahaja, mungkin jugak ujian untuk orang yang dah ada baby, tengok diorang riak tak dengan nikmat yang diorang ada. Maklumlah dia dapat apa yg kita takde.. Dan ramai kawan dia yg after 1st baby, dah susah dapat 2nd baby.. Masing2 ada ujian sendiri, jadi tak perlulah nak bermegah dgn apa2 nikmat yg kita rasa kita ada.. Syukur sudah..

Dulu teamlead aku kata dia pon cam aku, rasa tak ready nk ada baby, dan mungkin ada kata2 yg kita cakap yg menampakkan kita sombong dengan nikmat Allah...

Dia kata dulu dia slalu pk, "Berdua pon ok je kot, takde baby pon ok je.." Exactly macam apa yg aku pernah pk! Aku nih bukan jenis terlalu suka budak2, dan rasa cepat annoyed dengan budak yang mengada2, rasa macam maternal instinct tu kurang.. Teamlead aku pon cakap dia dulu macam tu, last2 "Haa amekkk kau 7 tahun baru dapat anak..", kata beliau sendiri.

Sooo, malam tu after work, teamlead aku tinggalkan aku dengan satu perasaan yg sungguh lega dapat share such things dengan orang lain yang ada pengalaman lambat dapat baby ni, dan dalam masa yg sama buat aku muhasabah diri aku giler2... Aku mula terpk, entah2 btol aku dah berbunyi riak dalam ayat aku before this.. Aku pk balik apa yg aku pernah bagitau orang. Yang paling aku ingat aku mmg cakap aku belum ready financially untuk ada baby. Manjangnye tak ready... Padahal aku lupe baby tu rezeki yang Allah nak bagi, bukan bleh main dapat camtu je... Aku plak eh main nak tanak plak dia.. Nak ikut timing sendiri. So aku rasa aku dihukum sebab tu...

Baru2 ni bile aku bagitau incik sayang, "Yanggg... Kita dapat baby exactly 2 tahun lepas kite kawen.." Incik sayang cakap, "Hah! Exactly mcm yyg penah cakap dulu, nak ada baby lepas setahun dua kawen...", ya Allah aku ingat tak ingat je aku penah ckp camtu... Mmg apa yg dapat tu sebenarnye apa yg kita sendiri mintak sebenarnya..

Dalam kereta lepas Maghrib on the way balik umah dari kantor, lepas sembang dengan teamlead tu, aku nanges mengadu dengan Dia.. Aku tak suke bile orang rekemen itu ini untuk dapat baby, especially bila aku tak mintak khidmat nasihat dorang, bagi aku benda first yg aku kena buat adalah perbaiki hubungan aku dengan Allah... Ya Allah I've learnt my lesson... Aku mintak ampun kalau ada kata2 aku yg menampakkan aku sombong, tapi sesungguhnya mmg aku tak berniat nak sombong... Kata2 tu lahir sbb aku rasa terlalu takut tak mampu dalam bnyk perkara especially financial, takut sampai tahap nak ke klinik baby sakit tak cukup duit, things like that... Aku taknak baby aku susah.. Skang aku masih takut tak mampu semua tu tapi aku nak jugak ada baby. The rest serahkan dalam tangan Allah. Aku mohon ampun kalau sebab kata2 aku aku dihukum camni, tapi kurniakanlah zuriat kepadaku, sebab aku tahu aku manusia lemah yang boleh tersilap dalam setiap tindak tanduk dan perbuatan, alangkan perempuan yg kelihatan tak layak nak ada baby pon Kau kurniakan baby, macam perempuan2 yg buang bayi dari tingkat atas bangunan, aku bukan seperti mereka ya Allah.. Jadi ampunkanlah aku..

Allah mmg Maha Mendengar... Mmg aku preknen tak lama lepas session one to one aku dengan Allah tu... Aku bukan tak pernah mohon ampun n solat taubat n solat hajat, tapi aku rasa maybe aku tak all out mintak ampun n mintak zuriat before this kot.. Aku mintak tapi aku tak sure betul ke aku nak baby? Itu yang Allah tak bagi lagi..

So... Skang ni aku harap baby sihat sampai lahir pastu dipanjangkan umur dia... Tak sabar giler rasanya nak menimang beliau.. :D Doakan aku dapat twin! Teringin gilerrrrr... Tapi kalau tak dapat pon takpe, redha aja. Dapat peknen pon dah cukup bersyukur dah ni huhuuuu....

Oklah... Nnt sambung cerita2 lagi.. See ya later alligata! ♥




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, August 2, 2012

Azam Yang Sangat Ingin Dicapai in 2013.. T_T

Hola!! Salam Ramadhan...

Harini berkobar-kobar nak apdet. Sbb ada yang dalam jiwa ni perlu dilepaskan giler-giler. Tatahan simpan dalam dada dah. Nak kena lepassss semua!! Aku kan kalau nak samting macamni lahh dia punye prasaan.. Macam tak dan-dan.. Tak caya tanye incik sayang :D


Aku lately sangat rindukan Australia. Sangat-sangat. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat menuntut dulu.. Aku rindu gilerrrr nak pegi sana lagi. Mimpi pergi sana dah terlalu banyak kali... Sampai satu tahap aku siap mimpi, dalam mimpi tu aku cakap, "Eh besnya, akhirnya btol2 aku sampai Australia dah, tak mimpi lagi.." Sekali mmg mimpi jugak, chait!!

Aku bukan nak pegi places of interests kat sana sangat pon.. Aku just nak pegi tempat2 yang aku penah jejak dulu. Dulu aku pernah dah buat entry pasal kerinduan ni, n pada makanan2 sana macam dalam entry ni. Incik sayang macam tak berapa paham apa yg bes sangat kat Sydney yg aku nak pegi... Dia cakap jomlaa pegi Disneyland HK ke apa. Ishk masalahnye aku nak gi Sydney... Disneyland pon ofkoss nak pegi tapi 1st priority Sydney.

Aku nih jenis sentimental sket. Aku pernah bawak Maikel the scoot pegi kat area umah sewa lama aku kat Damansara Jaya time study kat KDU dulu, semata2 nak tengok rumah sewa tu, n aku spent some time duduk atas motor n tengokkk je rumah tu. Ape pekdahnya entah... Macam melepas rindu, cemana nak cakap ntahhh prasaan nih! (>_<)

Pasal Australia pon camtu jugak lah.. Aku nak pegi semua tempat2 yg aku biasa pergi dulu. Aku nak tengok apa yg dah berubah. Apa yg dah berubah sejak aku last ada kat situ time umur 21 tahun, skang aku dah masuk 32 tahun today, aku nak tengok semuaa..

Masalah paling besar adalah aku ni tak pandai menyimpan duit. Tapi tak kira by hook or by crook, tahun depan, 2013 around bulan 10 aku nak pegiiiiii jugak. Aku akan start buat tabung untuk ke sana guna duit especially dari bisnes kecik aku. Semoga aku bertabahlah untuk tak usik duit tu ngeeee. Napelaa Australia tu jauh n memerlukan perbelanjaan yg tinggi.. :((


Gambar kat atas ni kat Coogee Beach. Pool ni dibuat btol2 kat pinggir laut, so bila air pasang, air akan masuk memenuhi pool tu. Pool ni bleh tahan dalam gak, kalau time air laut pasang n sama level ngan pool tu, kedalaman dia mmg atas dari paras kepala aku.

Aku sentiasa terbayang2 suasana kat beach sini best sangat... Selalu pegi untuk melepaskan tension yang bersarang. Malam pon pernah pegi baring2 atas pasir pantai sambil tengok langit. Semoga incik sayang cukup sabar melayan kerenah aku kalau aku ajak dia buat2 perkara yg aku pernah buat dulu time kitorang sampai sini nanti wuuu...



Gambar kat atas ni kat Coogee Beach jugak... Dia kat bahagian kiri pantai tepi bukit. Tempat ni macam lagoon, ada batu yang melingkungi n mengepung sebahagian pantai membentuk rock pool. Dulu aku belajar berenang kat sini laa... Belajar tahap berani mati. Belajar sendiri-sendiri. Aku slalu 'paksa' diri habiskan berenang dari belah tempat orang turun tangga tu (dulu blom ada tangga) sampai ke hujung batu sebelah sana tu... Kalau stop berenang, tenggelamlah maknanye sbb dia mmg dalam... Dulu selalu je brani2 pegi swim sorang2 kat sini ni.


Yang ni open air punye shower, setelah berendam dalam air masin berejam2, tibalah masanya utk mandi air biasa... Bajet mat salleh btol time tu, mandi kat public tuuu.. Keh keh... :D

Ini baru aku citer pasal satu beach je ni.. Belum tempat2 lain. Korang tolonglah doakan aku berjaya capai hajat aku yang satu ni. Seriously aku kepingin sangat mau sampai.. Semoga Allah bagi kemudahan dan rezeki yang cukup untuk aku n incik sayang sampai sini. Rindu 18juta kali huks.. :(


Btw... Malam tadi incik sayang kasik birthday gift speciall sangat kat aku. Special, sbb dia yang tringin sangat jam swatch tapi dia belikan untuk aku... Wahahaha itu macam pon ada... Thanks so much darling, i appreciate it so much.. Jam comel sangat! Jaga yayang sampai tua ok!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, June 6, 2012

Punch Card, Oww Cepat!

Bismillah...
Lama GILER ok tak hapdet! I have sooooo much to tell tapi masa membataskan segalanya!

Harini aku sampai opis 8.10am. Punch card dah kaler merah. Tapi sampai2 kat opis, masih gelap. Aku sorang je pon dalam opis. Ye-ye je kata kena punch card semula skang tapi sampai skang dekat pukul 9am pon aku masih sorang diri nihhhh... Baik takyah punch card wei... Aku pun nak datang lewat.. Hahaha..

::IJA KAWEN::
Ija the bestfriend aka temen sebilik for few years kat utp dah slamat kawen ngan incik sayang's bloodbrother (orang laki geli kot kalo sebut bestfriend2 ni)... Majlis belah laki kat JB dah setel last week. Incik sayang skang dah tak risau tinggal aku sendirian kalo nak gi jamming or gig dengan Peroz suami ija, sbb dia tau Peroz akan tinggalkan Ija dengan aku. Ngehhhh... Kalau dok satu kejiranan tu takpelah jugak... Ini Serdang dengan Shah Alam. Jauh tuuuu...

::UMRAH::
Lagi apa, oh haritu aku pergi umrah for 2 weeks dengan family mertua. Seriously before this aku tak pernah pasang niat nak gi sana pon. Aku jadi macam glabah smacam bile Abah ajak pegi. Puas aku pk alasan taknak pergi tapi takde alasan. Baik btol prangai kan... :D Seriously belum teringin nak pergi time tu...

Tapi bila makin dekat nak pegi aku rasa teruja semacam laa pulak. Dah sampai sana lagilah berapa kali 'banjir' bila memula jejak bumi Madinah. Macam tak caya dapat jejak bumi yang sama dengan Rasulullah pernah jejak dulu. Macam tak caya, orang macam aku pon ada peluang dijemput untuk datang ke sana... Paling takut bila aku dengar ustaz yg cakap kalau tak silap, yang maksud dia lebih kurang camni, kalau kita sendiri pon nak tanak je menyahut panggilan Allah, seribu kali Allah palingkan wajahNya daripada kita. Sedass kena batang idong aku. Sorilah aku tak ingat exactly ayat tu, tapi maksud dia yg aku paham lebey kurang camtu..

Betullah perjalanan ke sana truly a soulful journey... Terngiang2 teamlead aku cakap, umrah atau haji yang mabrur tu maksudnya, kita masih kekal prektik apa yg kite buat time kat tanah suci tu bile balik Malaysia. Pakaian ikut syariat, sembahyang ikut time, dan semua yang baik2 tu lah.. Time kat sana aku mmg niat bile balik Msia nnt at least nak pakai tudung tutup dada.. Jubah yg slama ni aku pandang sebelah mata je, yg kakak ipar aku belikan pon aku mmg tak pakai n bagi kat kakak lain, time kat sana aku enjoy giler pakai, super selesa dan rasa selamat. Dan benda tu common kat sana, jadi kalau pakai pon tak pelik sebab semua orang pakai.

::SEKEMBALINYA KE MALAYSIA::
Bila beli jubah, banyak dapat shawl arab yang panjang n besar tau, n kainnya pulak selesa gilerrr.. Mak mentua n adik ipar aku pon bnyk bagi shawls yg dorang dapat kat aku sbb dorang tak reti pakai. So bile balik Malaysia aku terus sambung pakai je laa shawls torsobut. Tapi bila pakai shawls tu, baju2 n seluar2 ketat aku dah kelihatan tak relevant. Maka terbukaklah pintu hati ni nak opt for pakaian yang lebih longgar...

Pakai tudung tutup dada ni mmg magik sebenarnya... Nak2 yang pakai tudung labuh tu. Bila dah pakai tudung cenggitu, takkan nak pakai baju ketat? Nampak tak senonoh okehh... Pastu bila tak pakai stokin pon rasa togel semacam. Jadi stokin pon kena pakai.

Bila balik Mekah tu aku senang hati je sarung tudung dah macam tudung labuh siap TER-tutup bahu skali sbb sumhow rasa selamat je kan pakai camtu.. Tapi one fine day tuh kat pondok pakgad, pakgad tu greet aku cemana tau, "Assalamualaikum Ustazah.." pastu gelak2.  Ingat lawak sangat lahhh tuuu... Aku rasa sedey giler time tu. Satu, sebab aku tau diri aku tak cukup ilmu. Dua, sebab diri ini banyak dosa. Pehal plakkk nak panggil ustazah2 kan..

Balik umah tu aku nangis cerita kat incik sayang. Sedey. Incik sayang cakap, "Sayang pakai tudung camni sbb nak nampak cantik kat sape? B nampak sayang cantik..." Sungguh aku tak sangka incik sayang akan cakap camtu... Sbb aku a bit worried jugak kalau dia tak suke tengok aku camni pasni... Bisikan syaiton sungguh.

Dan kerna pakgad tu jugaklah since then bile aku tengok cermin time pakai tudung, aku dah jadi ragu-ragu dah. Tudung yang tutup bahu aku tarik n sematkan kat bahu. Aku mula rasa taknaklah nampak macam ustazah sangat... Dah tak rocklah camnih...

After some time baru aku bleh digest apa yg pakgad tu cakap. Tak kisahlahhh dia nak cakap apa. Aku pilih kampung akhirat. Biar lah aku tak berubah sepenuhnya pon janji aku ada niat nak berubah, dan aku mulakan dengan pakaian. Aku pk, sampai bila aku nak camni? Umur dah 32 tahun pon... Sampai bila aku nak pakai tudung tak ikut syariat, sama juga dengan sia-sia je, dosa mcm tak pakai tudung jugak.. Sia-sia.. That's the exact word.

::BISNES::
Gadis Jumaat Art Cetera masey bertahan... Alhamdulillah sangat tak putus2 rezeki aku. Semoga rezeki aku btol2 menjadi dalam bidang ni, then boleh convert jadi full time job pulak.

Skang plan yg aku excited nak share adalah plan nak jual bebola cucuk2 kat opis! Haha dah jadi macam macik karipap dah akuuu... Tapi kat opis tu just letak je dalam tupperware, pastu sediakan moneybox, sapa nak beli sile isi duit dlm money box.

Aku plan nak stat next week. Sbnrnye nak stat arini tapi label cantik2 belum siap, so next week je lah! Aku tau jual cucuk2 ni takdelaa untung mana... Tapi dari dulu aku teringin jual makanan... Macam ada satu kepuasan bila dapat duit tu. So, aku target nak siapkan dalam 100 cucuk sehari untuk dapat untung dalam RM50 sehari. So 20 hari bekerja bolehlah dapat dalam RM1000 sebulan. Tu pun kalau ada cucuk2 aku laku la hahahaha...

Aku plan nak keje lama kat Proton nih... Tapi aku rasa susah nak naik gaji giler2 every year macam keje consulting dulu, setahun boleh naik sampai 1k. So, untuk mendapat pendapatan lebih, aka menjadi kaya, kenalaa rajin berusaha... So I'll do whatever it takes. Dahlah ada umah idaman kat bukit jelutong ni cun giler. Rumah tu macam kat hujung bukit, so nampak macam beach house je. Bayangkan bawah bukit tu laut.. Hehe. Tapi konfem umah tu rege dia juta2. Berangan je laa jack, lagipun berangan tu free je perrr... :D

****Nanti aku apdet gambar, kat opis takleh bukak facebook, so takbleh curik gambar.***



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, February 10, 2012

Same Song, Different Verse

Hati aku agak panas smalam bile aku discover design aku jadi profile pic on some other blogshop.

Exact design. Tukar kaler je. Aku rasa it's only natural to get mad about this. True designers n other creative people taulah cemana perasaan ini. Setiap design yg aku buat tuh mmg nampak simple tapi tau kah anda bahawa nak buat design yang simple tu jadi cantek adalah sukar?

Dahla design LADYBIRD nih penuh nilai sentimental sbb aku buat ngan penuh kasih sayang sbb nak hadiahkan kat the Malaysia's sweetheart - Hanis Zalikha n her family haritu... Huu.

I think this is really unethical, especially when u're running a business. Kalau utk personal use bolehlaaa diadjust. Ni siap terang2 upload ke page sendiri. Design orang lain pon ada dicilok. Tak pk ke, the likelihood of having the owner spotted his/her designs in your collections is high!

Tapi lepas aku pm bliau, nampak gayanye mmg dia tak kisah kalau org tau itu mmg bukan originally design bliau T_T. Alasan bliau, customer dtg bwk design yg berkenan so dia just ikut je la. Takleh salahkan dia. 'To copy, I'm not like that..', kata bliau. Persoalannye does that put your heart at rest? Lupekah dia akan perkataan 'berkat' dalam berniaga atau apa jua urusan hidup? At least have some decency by not uploading it on the net. Takdelaa aku tau kan...

Customer aku pon ada yg mintak aku design samting cam org lain pny, tapi terang2 aku cakap, aku takleh tiru sebijik sbb tanak ada problem in the future. Pastu hati pon berdebar2 je nak tiru design org lain, dah berdebar tu maknanya apa? Maknanye benda tu salah laa... Cemana lah org lain bleh slamber n openly share plak design yg ditiru tu? Tak pahammm.

Kawan aku lagi bes, kalau ada org mintak dia tiru design beg orang lain (kawan aku jual handmade bags), dia suruh orang tu order dengan tuan asal je sbb dia respek kreativiti org lain! Unlike certain people! Lesson learnt. Pasni aku pon akan cakap camtu...

“The secret to creativity is knowing how to hide your sources.” —Albert Einstein

Exactly, mendiang Albert.

Bukanlah takleh tiru langsung, tapi kenalah guna creative juice sendiri jugak kasik campo2... I have nothing against cilok idea sikit2 n guna gambar org lain sebagai penambah perisa... Contohnye cam gambar kat bawah ni (source):

Pengalaman aku kali ni buat aku teringat balik entri Ladynoe yang ni - Sesungguhnya Plagiat Itu Memang Menyakitkan Hati.

Mmg betul noe... Though to some, it's only a pebble in their shoe...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,