Wednesday, June 6, 2012

Punch Card, Oww Cepat!

Bismillah...
Lama GILER ok tak hapdet! I have sooooo much to tell tapi masa membataskan segalanya!

Harini aku sampai opis 8.10am. Punch card dah kaler merah. Tapi sampai2 kat opis, masih gelap. Aku sorang je pon dalam opis. Ye-ye je kata kena punch card semula skang tapi sampai skang dekat pukul 9am pon aku masih sorang diri nihhhh... Baik takyah punch card wei... Aku pun nak datang lewat.. Hahaha..

::IJA KAWEN::
Ija the bestfriend aka temen sebilik for few years kat utp dah slamat kawen ngan incik sayang's bloodbrother (orang laki geli kot kalo sebut bestfriend2 ni)... Majlis belah laki kat JB dah setel last week. Incik sayang skang dah tak risau tinggal aku sendirian kalo nak gi jamming or gig dengan Peroz suami ija, sbb dia tau Peroz akan tinggalkan Ija dengan aku. Ngehhhh... Kalau dok satu kejiranan tu takpelah jugak... Ini Serdang dengan Shah Alam. Jauh tuuuu...

::UMRAH::
Lagi apa, oh haritu aku pergi umrah for 2 weeks dengan family mertua. Seriously before this aku tak pernah pasang niat nak gi sana pon. Aku jadi macam glabah smacam bile Abah ajak pegi. Puas aku pk alasan taknak pergi tapi takde alasan. Baik btol prangai kan... :D Seriously belum teringin nak pergi time tu...

Tapi bila makin dekat nak pegi aku rasa teruja semacam laa pulak. Dah sampai sana lagilah berapa kali 'banjir' bila memula jejak bumi Madinah. Macam tak caya dapat jejak bumi yang sama dengan Rasulullah pernah jejak dulu. Macam tak caya, orang macam aku pon ada peluang dijemput untuk datang ke sana... Paling takut bila aku dengar ustaz yg cakap kalau tak silap, yang maksud dia lebih kurang camni, kalau kita sendiri pon nak tanak je menyahut panggilan Allah, seribu kali Allah palingkan wajahNya daripada kita. Sedass kena batang idong aku. Sorilah aku tak ingat exactly ayat tu, tapi maksud dia yg aku paham lebey kurang camtu..

Betullah perjalanan ke sana truly a soulful journey... Terngiang2 teamlead aku cakap, umrah atau haji yang mabrur tu maksudnya, kita masih kekal prektik apa yg kite buat time kat tanah suci tu bile balik Malaysia. Pakaian ikut syariat, sembahyang ikut time, dan semua yang baik2 tu lah.. Time kat sana aku mmg niat bile balik Msia nnt at least nak pakai tudung tutup dada.. Jubah yg slama ni aku pandang sebelah mata je, yg kakak ipar aku belikan pon aku mmg tak pakai n bagi kat kakak lain, time kat sana aku enjoy giler pakai, super selesa dan rasa selamat. Dan benda tu common kat sana, jadi kalau pakai pon tak pelik sebab semua orang pakai.

::SEKEMBALINYA KE MALAYSIA::
Bila beli jubah, banyak dapat shawl arab yang panjang n besar tau, n kainnya pulak selesa gilerrr.. Mak mentua n adik ipar aku pon bnyk bagi shawls yg dorang dapat kat aku sbb dorang tak reti pakai. So bile balik Malaysia aku terus sambung pakai je laa shawls torsobut. Tapi bila pakai shawls tu, baju2 n seluar2 ketat aku dah kelihatan tak relevant. Maka terbukaklah pintu hati ni nak opt for pakaian yang lebih longgar...

Pakai tudung tutup dada ni mmg magik sebenarnya... Nak2 yang pakai tudung labuh tu. Bila dah pakai tudung cenggitu, takkan nak pakai baju ketat? Nampak tak senonoh okehh... Pastu bila tak pakai stokin pon rasa togel semacam. Jadi stokin pon kena pakai.

Bila balik Mekah tu aku senang hati je sarung tudung dah macam tudung labuh siap TER-tutup bahu skali sbb sumhow rasa selamat je kan pakai camtu.. Tapi one fine day tuh kat pondok pakgad, pakgad tu greet aku cemana tau, "Assalamualaikum Ustazah.." pastu gelak2.  Ingat lawak sangat lahhh tuuu... Aku rasa sedey giler time tu. Satu, sebab aku tau diri aku tak cukup ilmu. Dua, sebab diri ini banyak dosa. Pehal plakkk nak panggil ustazah2 kan..

Balik umah tu aku nangis cerita kat incik sayang. Sedey. Incik sayang cakap, "Sayang pakai tudung camni sbb nak nampak cantik kat sape? B nampak sayang cantik..." Sungguh aku tak sangka incik sayang akan cakap camtu... Sbb aku a bit worried jugak kalau dia tak suke tengok aku camni pasni... Bisikan syaiton sungguh.

Dan kerna pakgad tu jugaklah since then bile aku tengok cermin time pakai tudung, aku dah jadi ragu-ragu dah. Tudung yang tutup bahu aku tarik n sematkan kat bahu. Aku mula rasa taknaklah nampak macam ustazah sangat... Dah tak rocklah camnih...

After some time baru aku bleh digest apa yg pakgad tu cakap. Tak kisahlahhh dia nak cakap apa. Aku pilih kampung akhirat. Biar lah aku tak berubah sepenuhnya pon janji aku ada niat nak berubah, dan aku mulakan dengan pakaian. Aku pk, sampai bila aku nak camni? Umur dah 32 tahun pon... Sampai bila aku nak pakai tudung tak ikut syariat, sama juga dengan sia-sia je, dosa mcm tak pakai tudung jugak.. Sia-sia.. That's the exact word.

::BISNES::
Gadis Jumaat Art Cetera masey bertahan... Alhamdulillah sangat tak putus2 rezeki aku. Semoga rezeki aku btol2 menjadi dalam bidang ni, then boleh convert jadi full time job pulak.

Skang plan yg aku excited nak share adalah plan nak jual bebola cucuk2 kat opis! Haha dah jadi macam macik karipap dah akuuu... Tapi kat opis tu just letak je dalam tupperware, pastu sediakan moneybox, sapa nak beli sile isi duit dlm money box.

Aku plan nak stat next week. Sbnrnye nak stat arini tapi label cantik2 belum siap, so next week je lah! Aku tau jual cucuk2 ni takdelaa untung mana... Tapi dari dulu aku teringin jual makanan... Macam ada satu kepuasan bila dapat duit tu. So, aku target nak siapkan dalam 100 cucuk sehari untuk dapat untung dalam RM50 sehari. So 20 hari bekerja bolehlah dapat dalam RM1000 sebulan. Tu pun kalau ada cucuk2 aku laku la hahahaha...

Aku plan nak keje lama kat Proton nih... Tapi aku rasa susah nak naik gaji giler2 every year macam keje consulting dulu, setahun boleh naik sampai 1k. So, untuk mendapat pendapatan lebih, aka menjadi kaya, kenalaa rajin berusaha... So I'll do whatever it takes. Dahlah ada umah idaman kat bukit jelutong ni cun giler. Rumah tu macam kat hujung bukit, so nampak macam beach house je. Bayangkan bawah bukit tu laut.. Hehe. Tapi konfem umah tu rege dia juta2. Berangan je laa jack, lagipun berangan tu free je perrr... :D

****Nanti aku apdet gambar, kat opis takleh bukak facebook, so takbleh curik gambar.***



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

7 comments:

ikoko said...

Rasa malu dengan kak sha pasal tutup aurat tu..

...

Apa pun, ina tumpang gembira dengan penghijrahan kak sha..

gadis jumaat said...

Ishk sori lambat reply Ina!
heeee kaksya ni pon tgh merangkak2 lagi Ina... dan mmg susahnyeee nak sentiasa pakai longgar je.. anyway! thanks for the support :)

BIE said...

hyee..

kita BIE Daripada B2B Blog : Jalinan Cinta

salam perkenalan. Hope dapat exchange link dan tukar2 cerita juga :))

gadis jumaat said...

salam perkenalan BIE.. :)

Fara said...

heppppppppppp apdet plzzzzz... rindu ai nak baca pasal yu.. lagi2 dah bertukar ni.. best nye.. doa ai bleh folo camtu juga..

gadis jumaat said...

heeee macam mana tau ai tengah berkobar2 nak apdet blog nih!! hepppp terernya! :D

Fara said...

hahaha.. blogsoulmate gituk? ahakss! ;)