Thursday, July 23, 2020

Bos Baru & Abam Polis

Busy betul recently.

Boss aku baru bertukar. Dapat boss baru yang super annoying! Hari-hari tanya update. Boss sebelum2 ni asal kita siap keje by dateline yg diberikan, okayla kan. Ini jenis terlebih proaktif, excited sangat dapat menguasai team programmers, dia jadi camtu 🙄

Pastu haritu dia suruh aku codekan new program dia cakap urgent n suruh siapkan dalam masa satu hari. Gila betul tak pernah-pernah sebelum ni kot. Aku ni kelam-kabut la siapkan segera n suruh dia test. Tengok-tengok dah few days dia baru test. Panas betul hati. Kata urgent? Harini pun dia tak habis lagi test tu.. Pasni memang takla aku nak siapkan cepat-cepat program dia..

Pastu environment kat office ni sangat la menyedihkan lately. Kiri, kanan, depan, belakang orang resign or retire. Tapi kemuncaknya bila team aku Irfan pun baru je tender ni. Dia dah 11 tahun kat sini. Team programmers 3 orang, so nanti tinggal 2 orang. Yang sorang lagi ni pun dah nak retire next year. Tertekan pulak rasa. Sebab sini konsepnya bila orang berenti mana boss replace dah.. Jimat kos punya pasal. Team programmers asalnya 7 orang sampai sekarang tinggal 3 orang langsung tak berganti. Dapat plak bos annoying. Seriously demotivated weh..

Izal macam biasa la, ke mana lagi kalau tak ke laut. Timbul tenggelam gitu la. Last2 sampai bertongkat aku menunggu beliau huhu.

"Abang janganla tinggal Syg lama sangat. Syg dah tak tahan macam ni."

"Ya Syg.. Abang pun sama. Abg akan balik secepat mungkin ok.." Ya dari tahun lepas dah dengar 'secepat mungkin' dia tu.. 😭

Dalam hati aku bukan tak paham kerja dia cemana. Aku tau dia pun nak sangat balik tapi terbelenggu dengan tugas. Tapi macam tak larat nak paham dah.

Oh haritu aku penah mintak boyfriend Mas, Zack risik-risik pasal Izal. Lepas aku tau alamat last Izal adalah kat perumahan polis bila aku check record dia kat JPN. Matila kalau dia baca blog ni. Dah dia ssh sangat bagitau.. Aku cari sendiri. Nasib baikla status kat JPN tu memang bujang kan.. Kot la status dah berkahwin, menangis aku..

So bila aku tau alamat tu, sah-sah la alamat tu outdated kan. Benda maybe dah berbelas or berpuluh tahun last updated. Aku fikir maybe dulu je dia polis lepas tu dia dah keje lain. Selama ni aku assume Izal kastam or imigresen sebab keje dia ada deal ngan pendatang haram la, penyeludupan dadah la. Dan awal2 dulu aku pernah tanya Izal, dia keje dengan PDRM ke? Dia cakap "PDRM buat apa.. Tu perosak negara." Gittew.. So aku anggap dia bukan PDRM la. Time tu aku plak yang cakap kat dia, "Apela u ni cakap camtu." Sebbaik aku tak sambung kutuk polis ke apa.. Kot tak, dah lama dia reject aku. 😁 Maybe dia nak test aku kot. Bukan apa kadang2 skeptikal sket ngan polis ni kan..

Yang aku boleh assume dia keje ngan kastam atau imigresen tu sebab intelligence agency yg dia keje tu ambik anggota dari PDRM, Kastam & Imigresen dan beberapa agensi lain lagi. So, bila Zack tau alamat last Izal tu kat perumahan polis, dia barula excited nak cari info pasal Izal. Padahal dah sekian lama aku mintak dia tengokkan any info pasal Izal. Mas gak yang offer dulu, sebab dia cakap Zack ada handheld device yang boleh tengok info sesiapa pun, yang selalu polis pakai time road block tu..

So bila Zack cuba check internal system utk cari rekod Izal, dia dapati maklumat tu semua classified. Dia cakap sesama perisik tak boleh tengok info pasal memasing. Sebab Zack ni detektif. Tapi aku tak pasti la dia ni cakap betul ke terpaksa tipu ke kan sebab tak boleh nak leak maklumat sulit atas nama integriti. Cuma bila Zack tau Izal keje ngan spy agency tu, dia cakap, keje Izal tu lagi risky daripada dia. Dan memang susah pasangan nak bertahan sebab nature of his job memang tak tentu hala.

Pasrah je la aku mendengarnya.. Memang tak tahan sangat ni.. 😭

Pastu kan tak lama lepas aku merisik info pasal dia ni.. Izal macam tau-tau je aku dah tau yang dia tu most probably polis. Dia hantar gambar ni.

"Aik, macam baju polis je Abg."

"Mmg la Syg. Takkan Syg tatau."

"Yela tatau Abg tu mana bagitau apa-apa."

"Syg... Syg.."

"Nak gambar Abg pakai baju polis!"

"Sejak dulu tak pernah pakai pun Syg.."

"Ala.."

Geram betul buat-buat tak tau pulak bila orang tak tauuuuu. Bila dia dah confirmkan ni rasa blushing gittew plak hahaha sayangku abam polis rupanya hahaha. ðŸĪŠðŸĪŠ Dan aku baru tau hahaha kelakarnyier sobs. 😭 Yang kelakarnya aku ni memang jenis teruja bila tengok orang pakai baju uniform. Smart kan. Pastu kalau pergi space u8 tu nak tengok wayang ke, ke mr diy ke, memang lalu balai polis kan. Mata ni memang tertinjau-tinjau nak catch the glimpse of polis-polis hot kat situ hahaha gatainya.

Kakak-kakak aku pun dok melawak. "Lepas ni kita tak boleh la buli dia ni sangat, Abang dia polis ada pistol nanti kena tembak." Hahaha hampehhhhh.

Skang bila tau Izal ni polis, rasa nak tergelak gila. Patutla perangai dia macam tu. Patutla muka tu garang kemain. Aku selalu cakap dia macam polis pencen, bila tanya aku tu macam soal-siasat gayanya, dan cara dia tu memang tegas dan mendesak. Dominan. Rupanya polis belum pencen sobs.

"Syg pergi balai polis buat apa? Apa jadi Syg? Bgtau Abg sekarang."
Ni masa aku gi balai polis report pasal surat beranak Yam hilang.

"Hah siapa yang kacau Syg? Apa nama dia Syg. Mana dia dapat nombor Syg. Ada gambar tak? Tak suka."
Ni masa aku ngadu ada sorang tu dok kacau-kacau message aku padahal laki orang. Dah cakap bertunang baru senyap.

"Abg bagi masa 5 minit ja, datang sini semula."
Ni masa aku merajuk aku lari jauh-jauh dari dia dengan harapan dipujuk tapi nan hadoooo. 😂 Kena perintah mengadap dia lagi adala. ðŸ˜Ī

"Siap sekarang. Abg cakap baik-baik ni."
Ni pun masa merajuk ekeke. Eleh ingat aku takut. Tapi memang sedikit takut ekekeke tapi dia tak pernah naik suara pun kat aku lagi.

Ishk dunia aku ni pasal Izal je kan. Setiap masa aku fikir dia. Bukan sebab nak pikir tapi takbleh stop pikir. Apa yang susah sangat nak bersatu ni. Aku fikir kalau dia dapat cuti nk balik ni pun, kerajaan dah wajibkan kuarantin 14 hari tu semula kan.. Lagi gelapla harapan aku nak jumpa dia..

Rindu Izal sangat-sangat-sangat.. 😔



You know you love me! XOXO,
-Scha

No comments: