Tuesday, July 14, 2020

Aidee

Lepas dah banyak bulan Aidee stop contact aku, dan setahun lebih tak jumpa, tiba-tiba dia muncul menyapa kat Whatsapp haritu just before PKP. Bagitau dia ada keje kat Shah Alam. Kat Plaza Jelutong. Ishk tu memang kat neighbourhood aku!

Aku reply macam kawan biasa je. Pendek-pendek takde nak sembang mana. Tapi dia kejap-kejap message aku dengan hal macam-macam yang banyak dia bleh gugel je. Macam cari excuse je nak msg aku.

"Terminal bas shah alam kat seksyen berapa ya?"

"Bas kuantan-shah alam ada time malam tak?"

"Tau tak hotel budget dekat-dekat area sini? Nak bawak pekerja semua ni tido."

"Ada tikar tak? Dorang ni taknak tido hotel pulak."

Aku ni dubdab dubdab dah mikir Aidee ni nak apa lagiiiiiii. Dia buat keje kat sini few days. Last-last tu, that weekend tu Yam takde, mmg aku tersangatlah sunyi dan boring jadi sangat kenalah masanya bila Aidee ajak teman dia jumpa customer kat Cyberjaya.

Hati ni sangat risau fikir Izal. Tapi kadang rasa sunyi tu buat aku ambik risiko macam ni. Aku tau hati aku cuma untuk Izal tapi kadang-kadang aku nak teman bersembang puas-puas to keep myself sane. Matilah statement mintak kena kecam namanya ni. Aku ni jenis susah nak keluar dengan orang tapi dengan Aidee aku selesa sangat n senang bersembang dengan dia. Jadi atas tiket kawan lama, aku pun keluar ngan dia...

Sepanjang dalam kereta tu banyak nak catch up. Macam-macam nak cerita. Semua kitorang cerita kecuali hal personal. Masing-masing tak sentuh langsung soal personal masing-masing. Dah setahun lebih berlalu. Tapi macam tak pernah berpisah langsung dan the chemistry was as great as before. Macam tak sangka takde jodoh aku dengan kau kan? Tapi benda dah lama lepas.. 😪

My heart still aches bila fikirkan semua yang dah berlaku dengan Aidee ni. Dalam parut yang dia tinggalkan dalam hidup aku. Aku rasa masing-masing tau kalau mula cerita pasal personal masing-masing, memang boleh sambung bergaduh sambung pukul-pukul yang tergendala setahun dua yang lepas tu. Masih boleh menjerit-jerit tak puas hati berlawan cakap sakitkan hati masing-masing sebab we have hurt each other too much before. Rasa marah tu meluap-luap sebab rasa sayang dulu pun sama banyak meluap-meluap macam tu jugak.

Tapi the day went well takde insiden seorang lelaki atau seorang perempuan kena cekik dalam kereta ke apa. Huhu. Aku teman dia jumpa owner kedai yang dia plan untuk sewa jadi cawangan kedai dia kat KL. Sebab ramai potential customer yang tak jadi berurusan bila tau kedai dia kat Kuantan. So kalau ada cawangan kat KL ni cerah la sikit masa depan..

So.. Lepas tu PKP then dia adala muncul on off gitu msg aku. Tapi takde berjumpa dah. Masa aku balik Kuantan baru-baru ni lepas PKP dah boleh rentas negeri tu, adala dia msg2 aku jugak.

*************************************

Bila dah sampai Kuantan tu Izal awal-awal lagi dah pesan, "Syg, dah balik kampung jangan gatai-gatai nak pi jumpa marka lama pulak ya."

"Hahaha.. Marka apa marka.."

"Haa main-main. Pang sat g ha. Syg dengar tak Abg cakap ni?"

"Ya dengar baby.."

Itulah dia alpha male yang kudambakan tu. Garang tapi tau dia garang sebab sayang. Tapi dah terlalu lama kita berjauhan ni tolong balik boleh tak..

*************************************


Sampaila weekend baru ni Aidee text aku, "Jom pekena nasik kandaq Penang?"

"Besnyaaa. Ada job kat sana ke?"

"Ya ada nak pergi mengukur tempat customer. Dia available hari Selasa je so petang Isnin baru nak gerak."

"Aisi.. Susah pulak weekdays. Baru weekend ni plan nak berjalan ke Penang. Fikir dulu."


"So?", dia tegur dalam sejam pastu.

"Takpelah awak, susah sket weekdays.."

"Wokey.."

So berjayalah aku tolak ajakan dia untuk kali tu dengan bergaya tanpa sakitkan ati dia. Izal patut terharu kalau tau betapa aku mengelak untuk jumpa lelaki lain sebab nak jaga hati dia.. Padahal sunyiku hanya Tuhan yang tau, macam lagu apa tu. Sunyi sebab tak dapat jumpa dia setahun lebih dah. Sunyi hidup sendiri. Macam2 lah. Haritu ex lama masa zaman bujang time sama-sama kerja Pizza Hut tu pun tetiba muncul n ajak aku keluar jugak. Pun aku tolak gak. Ishkk accobaan nye laaaa bila berjauhan ni.. I hate the distance.. 😪

Tapi baru kejap ni Aidee text aku.

"Jadi ke pergi Penang weekend ni?"

"Eh awak salah faham ni.. Maksud saya, last weekend yang kata macam nak pergi Penang tu.. Bukan this weekend."

"Ooh yeke.."

"Awak dah settle dah urusan kat Penang?", aku terus tanya. Kalau ikutkan dia patut balik dari Penang harini.

"Tak jadi.. Nak pergi weekend ni."

"Laa nape pulak?"

"Tunggu awak la.."

"Ishk."

Sekarang ni aku nak cite benda ni kat Ija pun tak berani. Konfem Ija keras menegah aku jangan pergi. Yelah silap-silap kena 'cerai' ngan Izal baru aku tau langit tinggi rendah heeee seram memikiokannya. Harapnya aku kuatlah nak menolak kali ni. Walaupun alangkah besnya dapat pergi berjalan ke Penang pastu duduk je tak payah susah-susah drive.. 😬




You know you love me! XOXO,
-Scha

No comments: