Friday, September 27, 2019

You Are The Risk I Will Always Take

Dah masuk hari ke 5 Izal ke laut ni. Again. Last dia contact aku Ahad malam haritu.

Aku jadi macam tak larat nak sedih dah. Sebab baru je dia ke laut last week kan jadi aku macam penat dahhhhh nak sedih2. Lebih pada pretend to be busy so my mind is off things that remind me of him.

Apala OPS yang dia tengah hadap ek. Sampai berturut-turut dia ke laut lama sekarang ni. Biasa pergi tak lama pun. Kali ni lama dan berturut-turut. Aku harap cuaca tak buruk sangat sebab sini skang kan dok musim hujan.. Sana cemana pulak la kan? Risau tak habis dengan dia ni ishk..

Last dia ke laut 6 hari haritu, balik ke darat dia dapat cuti sehari pastu dia balas tido satu hari puas2 sambung-sambung. Day after dia keje dah. Dari petang ke petang the next day. So ahad petang haritu dia contact aku bagitau on the way balik umah, tapi bila dah sampai umah dengan tak tidonya lagi, dia kena keluar semula pergi hospital untuk fisio 3 jam.

Dia ni lasak sangat, haritu terpaksa operate lutut sebab ACL/PCL injury dia. Tu yg kena fisio lepas tu. Lama gak dah dia sakit tu.. Kalau kuar ngan aku pun jalan hencot sket. Dah bertahan lama, sampai la kali ni dah tak tahan, sendiri menyerah diri nak operate. Buat apa-apa tu plak bukan reti nak bagitau aku beforehand, konon taknak orang risau. Pastu dah siap check in spital semua, hantar gambar ni.


Tak ke rasa nak meloncat aku? Acah-acah taknak orang risau tapi kasi gambar darah-darah eh eh ehhh. Aku backhand jugak kannnggg. Padahal aku saspek darah tu dari branula je. Laki memang kannnn. Huhu.
 

Ni plak gambar xray lutut dia. Jangan tanya lelebih sebab dia sendiri pun tak paham gambar ni cerita apa hahaha.. Yang tau, Doc masukkan besi dalam lutut dia je, macam dalam gambar kiri tu. Gambar kanan, before operation. Entah apa yg terjulur tu eee ngilu aku membayangkan..

Pastu tadi ni aku pegi book ETS and hotel kat Hat Yai for next week tanpa tunggu green light dari Izal dah. Slama ni kalau tunggu green light dia memang tak pernah green, redddddd manjang. Dragging dah sampai 5 bulan tak jumpa jugak lagi. Manjang bos dia tak approve cuti. Sebab takde yang bleh ganti dia kat sana. K fineee. Agak-agak tua n sakit nanti boss tu ke jagakan? Tidak bukan? Isteri jugak kot nanti yakni aku la tu.. Haa mulela aku nak membebel ni. Stress n frustrated apa yg susah sangat nak jumpa boipren sendiri kan..


Ni bukan risk pertama yang aku ambik ni. Risk kali pertama dulu, dah sampai Hat Yai baru aku bagitau dia aku kat sana. Tapi time tu dapat jumpa dia walaupun time tu dia diassigned ke Bangkok sampai dia terpaksa mintak dari bos untuk balik Hat Yai dari Bangkok. Risk kedua tu plak aku ke sana dulu, dia buat keras taknak jumpa aku sebab ada issue membabitkan ex-bf aku time tu. Aku rasa trauma sampai skang kalau ingat pasal tu.. Kali ketiga aku dah book n bayar tiket return n hotel apa sume, dia plak kena assigned ke luar Hat Yai. Burned gitu je duit aku.. Memangla bleh je pergi je sana jalan-jalan tapi tuhla.. Dah mati mood nak berjalan so aku biar semua burn je la..

Ni kali ke 4 aku tak serik jugak kannn pergi tanpa green light dia.

Sebab tu la dia taknak aku buat decision sendiri, ambik tiket semua tanpa green light dari dia. Sebab keje dia mmg tak tentu hala. Aku tau, dia sebenarnya kalau bleh nak ambik cuti elok-elok untuk spend masa dengan aku, bawak jalan-jalan kat sana macam haritu.. Dia susah hati biar aku sorang-sorang kat sana. Tapi aku faham keje dia dan aku tak harap pun dia ambik cuti, asalkan dapat jumpa dia kejap jadi la kan. Dah 5 bulan bang kita tak jumpa.. 5 freaking month! Aku cuma mauk bertemuk dirimukkkkk! 😣

So kali ni konsepnya redah je beli tiket n book hotel apa sume, dengan niat nak buat Yam happy. Kalau Izal free tu kira bonus, dapat jumpa kejap dah cukup sukurrrr dah. Aku kena fokus pergi ke sana untuk bersukaria je dengan Yam walaupun hakikatnya tanpa Izal apa la sangat yang sukarianyier pon sobss.

Anyway... Aku book hotel yang Yam suka. Dulu pernah stay ngan Yam kat hotel ni. Tapi this time dapat pool access room punya.. Melompat la perempuan tu kegirangan bila tau nanti.. Hihi.


Harapnya Izal balik lah dari laut weekend ni. Letih aku membayangkan cemana la dia kat laut lama-lama camtu.. Cukup ke makan pakai? Selamat tak dia? Kena berlindung kat pulau lagi ke cemana? Aduhaiiiii moga cepatlaaaa n mudahlaaa urusan dia nak transfer balik Malaysia tu. At least kalau balik sini tak perlu dia kerja macam tu lagi dah.. 😪😪

Dalam masa yg sama risau nk drop the bomb on him nanti pasal aku nak gi sana tu. Sah-sahhh kena marah buat keputusan sendiri huhuhu. Kerna kasih kuturutkan hahaha! Puiii! 😝



You know you love me!
XOXO


4 comments:

Anonymous said...

Hi, im here again utk mengomen. Hahaha.. out of topic, gi hat yai berdua je? kalau mintak share hotel details, transport dsb agak2 rajin tak nak menaip? hahhaha

gadis jumaat said...

Hihi hi u.. since u mintak before i pegi, i cuba la nanti take note semua n try to write an entry ya..
Kitorg pergi berdua je, flexible sket..

Anonymous said...

Yeaa... thanks. Nak bwk anak jalan2 gak, tapi masih tak berapa nak berani.

gadis jumaat said...

boleh u, boleh! beranikan diri je.. travel ni addictive! adoi.