Friday, September 20, 2019

Six Days Later

Alhamdulillah.. Rabu around Maghrib gitu Izal texted aku. Lega taktau nak habaq. Enam hari dia tinggal aku. Walaupun long distance gini tapi bila dia takde tu rasa terkesan betul dalam hidup aku. Rasa lost jap. Siap mimpi bunyi message dia masuk lagi. Sobs.

"Abg nape pergi lama sangat.. Abg sihat tak? Ada cedera apa2 tak? Cukup tak makanan atas kapal dah lama pergi tu..", aku tanya dia.

"Ye syg, takde cedera apa. Cuaca tak elok. Abg kena pergi pulau, berlindung.."

"Pulau kat Siam ke Malaysia?"

"Siam sayangku.."

Takleh imagine la pulau jenis ada manusia ke pulau abandoned. Kot la macam pulau meerkat dalam Life of Pi tu. Huhu. Tanya lebih-lebih karang dia tak jawab, aku jugakkk yang sakit hati.

Tapi kali ni dia cakap pergi ngan bot pulak, bukan kapal. Tapi bot berbumbung.

Ada time dia pergi ke pelantar. Tatau la pelantar pesen sama tak mcm orang-orang yang keje kat offshore tu ke cemana. Tapi dari situ ada line tepon.

Ada satu kemusykilan masa aku gila-gila google pasal dia dulu. Aku jumpa twitter lama dia dalam bahasa Russia! Aku almost sure tu memang account dia sebab ada gambar anak dia and ID sama macam account dia yang lain. ID dia sangat unik yang aku tak rasa kebetulan sama dengan orang lain ke cemana. Aku try translate tweet tu to English tapi maksud entah hape-hape je macam doesn't make sense at all. Tapi owner twitter account tu memang bukan orang Russia sebab ada folo Berita Harian etcs, yang menggambarkan owner account tu orang Malaysia.

Sesungguhnya aku tak kenal sayang aku siapa kan? Haiihhh. Ni kiranya adventurous ke cari pasal namanya tuan-tuan?? πŸ₯ΆπŸ₯Ά

Yang aku perasan, bila bercinta time makin berusia ni, hubungan rasa makin tak transparent. Berbeza kalau bercinta dengan orang muda, atau kalau bercinta time muda, semua crystal clear kita tau pasal pasangan. Masing-masing bagitau semua benda pada pasangan. Di usia ni.. Masing2 lebih memilih untuk jadi lebih reserved untuk bagitau things pasal diri sendiri.

Is it a good thing or a bad thing u think? Susah nak cakap. Aku rasa selagi tak tahap bleh jeopardise the relationship.. Takpe kot.

So, ni dah 20 September tapi takde bayang lagi dia jadi ke tak balik Malaysia. Kalau dia tak jadi gak balik bulan ni, aku tak kira aku nak gi ke sana jugak next month. Dah masuk 5 bulan tak jumpa oiiii melampau dah rasanya ni.. Gi sana pun belum tentu jugak dapat jumpa dia dengan jadual keje dia tak menentu tu. Silap haribulan kena pulak time dia ke laut.. Tapi harapnya tak lah.. Walaupun bz tapi dah dekat tu at least sempat la dia lari-lari kejap dari keje untuk jumpa aku jap at least..

Sabarnya laaaaa dengan dia ni......................................
Kot tak sebab sayang dah lama aku tinggal ngrrrrrr. 😭😭😭
Dulu dapat orang Kuantan dah rasa cukup seksa dah sebab jauh.
Ni dapat orang Siam plak aduhai makin jauh plak..
Sendiri cari pasal kannnnn.

Kan dah kena tiup habuk blog sebab nak merempan punya pasal.. Sobs.





You know you love me!
XOXO


6 comments:

Unknown said...

Ahaha ayat last tu kelakar. Hihi. Saya curious laa cemane u all bole kenal.. sebab dah dia cam misteri sgt kan so teringin sgt nak tau cane korg leh kenal..hihi nyebok pulak kan 😝

gadis jumaat said...

Kenal online je u.. hihi. Online platform mana tu biarlah rahsia 🀣🀣 10 bulan pastu baru jumpa depan2. Ex dulu pon kenal online. Ex kuantan pun kenal online.

Anonymous said...

Bloghopping and tersinggah sini sbb most of blog lain semuanya dah tak berupdate. sepi berhabuk gitteww.
anyway, nak bookmark la blog u. keep writing!

gadis jumaat said...

Hihi thanks u.. I pun baru start tiup habuk gak ni hihii.. good to know u!

Unknown said...

Ooo. Gituuuuu. Hehehe. So jadi tak plan last week? Dapat jumpa takkk

gadis jumaat said...

Bukan last week.. this week most probably. Sobs.