Thursday, August 22, 2019

3 Jenis

Sepanjang 3 tahun lebih aku dah berpisah ni, ada 3 jenis orang yang bertanya pasal pasangan/family aku:

1. Orang yang dah memang tau aku dah berpisah.
Yang ni dari kalangan orang yang direct tanya aku n aku direct cakap aku dah berpisah kat dorang. Yang bertanya ni sebab awal-awal dulu kat FB/IG ada la aku up pasal rindu Maryam sebab tak tahan.. Jadi orang curious nape Maryam takde kat umah plak kan.

2. Orang yang dah tau tapi kompius nak tunjuk dorang tau ke tak.
Yang ni jenis yang paling kelakar. ๐Ÿ˜† Muka nampak sangat dah tau, tapi macam risau aku marah atau takut aku cakap dia menyibuk kot.. Padahal aku ok je. Jadi bila diorang tanya tu nampak teragak-agak.

"Sya pegi jalan dengan sape? Oh dengan Yam je ek..", contoh soalan.
Padahal kalau dia bebetul tak tau aku berpisah mesti dia akan pelik n tanya, "Aik nape husband tak ikut?" Gittewww..

Tapi muka macam tengah menyusun ayat dan beribu persoalan bermain di minda gitu. Tapi perbualan mati sampai situ.

Kadang kalau orang buat ayat macam, "Oh husband Sya tak ikut? Dia tak cuti ek..", aku play along je cakap, "Haah dia tak cuti, so tak ikut..", sebab malas nak explain pepanjang.

3. Orang yang memang tatau cerita.
Yang ni biasanya yang baru kenal atau colleague lelaki yang tak amek tau gossip semasa tempatan. Macam baru-baru ni sorang tu tanye, "Aok tak balik kampung ke?"
"Tak.. gi PD.. Hehe."
"Loh kenapa tak balik kampung? Husband aok org mana?"
"Orang Keramat."
"Ooh dekat je.. Bleh raya Keramat je.."
"Ye.. Hehe."

Play along aje. Cuba kalau aku cakap, i dah single daa.. Haa dah satu hal kang kalau dia terkejut n aku plak kena explain kihkih.

Lainla kalau dengan orang yg aku baru kenal, macam dulu time kete broke down, orang PLUS tu suruh call suami. Aku cakap direct je la aku takde suami. Family pun kat Kuantan. Tapi awal-awal dulu tak selesa nak ngaku single sebab nanti orang mulala ingat kita ni desperate sangat. Laki pun mulela ulat bulu semacam kalau tau single. Eh please la tolong sikit ek.. Takde suami bukan maksudnye takde boipren. Single but not available gitu.. Kahhhhh!

Dulu Aidee cukup tak suka kalau aku cakap single. Dia suruh cakap ada suami tapi kat Kuantan. Ceh, bila masa aku kawen ngan beliau? ๐Ÿ˜‘

Izal pon sama, kalau ada aku nak kena uruskan apa-apa. Dia mesti suruh cakap, "Cakap suami saya yang suruh." Aku pun layan je la.. Aku cakap, "Ye bang.. Syg ckp suami Syg ada kat Siam." Hehe.

Lagi satu, aku cukup tak suka panggilan 'janda' ni. Rasa offended n annoyed sangat. Sebab biasa word janda tu selalu dikaitkan dengan benda tak manis. Somehow orang pantai timur suka sangat sebut janda. Aku orang pantai timur gak tapi tetap tak selesa. Kalau orang tanya status, aku lagi selesa sebut single mom or single parent. Takyah nak menjanda-jandakan orang sangat eh.. ๐Ÿคจ๐Ÿคจ Ke aku sorang je over-sensitive camni ek? ๐Ÿค”



You know you love me!
XOXO


Friday, August 16, 2019

This Is The End

Baru-baru ni panas betul hati aku bila aku tau ex ada up cite pasal aku.

Itulah mulanya yang jadi penyebab aku cari blog ni semula. Rasa nak melepas amarah sesangat. Tak puas ati melepas kat Ija je. Panas dia lain macam.

Ex nih sejenis prangai dia yang aku tak berkenan adalah meluah kat FB benda-benda yang patut disimpan. Aku dah lama tak friend kat FB dengan dia, kat IG pun dah tak. Sebab nak elak bergaduh, malas nak terasa ke apa, nak kasi dia privacy sendiri n aku pun nak privacy ngan personal life aku.

Tapi tuhla kadang benda-benda dia up tu buat orang curious dan mulala kawan dia sendiri bertanya kat aku pecite. Aku mana bleh tau sipi-sipi.. Kasi screenshot la baru puas ati. So pas baca post FB dia tu.. Aku macam lahaulawala.. Dia ni self centred nya..

Sneak peek status dia sikit. Kemain ramai plak yang likeeeeee ๐Ÿ™„

Dia ckp it's been more than 3 years n dia dah cuba macam-macam untuk berbaik dengan aku semula. Dia cakap aku macam kasi hint positif kat dia. Siap cakap ada satu time dlm tahun ni, kitorang dah hampir nak bersambung balik. Ayat dia semua nak berbaik sebab Maryam je, bukan pasal nakkan aku sangat pun. Pastu dia siap ckp macam dia ingat aku dah putus ngan boyfriend aku sebab dah takde profile pic dengan boyfriend aku tu. Pastu dia cakap dia yang bodoh sebab tak paham pattern game aku. Ewah ewahhh.. Lepastu dia kata pasni dia dah taknak ambik tau pasal aku, biarlah aku pergi dengan lelaki mana pun..

Biar aku jawab dalam point form.

1. Hint apa yg dia cakap nih? Aku cuma layan baik kat dia sebagai bapak Yam. Awal-awal bercerai DULU mungkinlah aku ada rasa confuse n rasa sayang lagi kat dia. Kadang-kadang DULU aku memang biarkan dia hug aku sebab aku masih rasa close ngan dia n rasa kesian kat dia jugak. Sometimes mmg I need good hugs too. Tapi it was friendly hugs bukannye romantic hugs. Dan dari mulut aku sendiri memang takde cakap sayang dia ke, nak berbaik semula ke, takde.

2. Dia cakap dia cuba bnyk kali dalam tempoh 3 tahun lebih ni? Cuba modal air liur ada la.. Kot ada hantar bunga ke kasi hadiah ke, nak gak aku cair.. Tapi tu la berkira sangat. Sekalipun takde.

3. Cara dia ckp selalu macam dia sorang je pk pasal Maryam. Aku nih takde pk.

4. Ayat 'pattern game' aku tu yang aku paling geram. Gaya macam aku mainkan dia plak.. Padahal sejenis yang cuma pikir lepas diri sendiri je dalam semua hal. Geramlah. Depan aku punya baik, tapi belakang aku cakap macam2 kat crowd FB dia tu.

Bila cite kat Izal, Izal cakap, "Dia cakap 'sayangkn Syg' tapi dok hantar gambar berpeluk dengan perempuan lain." Eh betul gak. Sebab haritu ex ada wassap aku cakap, "Yang.. Boleh tak remove profile pic ni. B tau B dah takde hak. Tapi B sedih..", dia refer pada profile pic aku berdua ngan Izal kat wassap.

"B bukan tak move on. B try berkawan. Tapi we both still love our exes.", diikuti dengan gambar dia peluk bahu perempuan tu, perempuan tu peluk pinggang dia. ๐Ÿ™„ Baru 'try berkawan' dah bergambar camtu. Aku ngan Izal pun takde gambar camtu tau. Nyesal plak rasa bersalah sebelum tu n terus 'patuh arahan' terus tukar profile pic aku tu kepada pic aku n yam berdua je. Sabar je la.

So.. Lepas tau pasal status FB dia tu, weekend seterusnya yang dia datang nak ambik Yam tu aku macam layan tak layan je dia. Biasa dia dtg aku layan elok cam layan kawan datang umah la kan. Hari kejadian tu, aku dok dapo je n biarkan dia ngan Yam kat hall. Sebab nak mengelak terlepas marah kat dia. Tapi pastu dia datang dapo puji-puji bau aku masak sedap. Pastu dia cakap dia nak balik dah.

Pastu dia tunduk ke arah aku, cuba nak kiss bahu aku.

"Janganla buat camtu..", aku cakap elok-elok sambil mengelak. 

Pastu bleh plak dia cuba lagi. Aku yang tengah menahan rasa berasap pun jadi makin hangat la kan.

"Janganlah buat camtu lagi, tak suka la..", suara aku dah ternaik sikit tapi masih terkawal. ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Dia pun paham dan dia terus ke depan, lepas tu dia balik. Aku geram sebab dia kata kat aku macam-macam, pastu kata taknak peduli kat aku lagi dah, tapi buat camtu. Sentuh aku tanpa rela camtu. Ni bukan kali pertama. Dah banyak kali, bleh kata each time datang umah memang nak tarik tangan aku la, kiss tangan aku la. Aku plak jenis takleh nak berkasar tolak dia or memarah dia sebab aku ni pesen sekali dah gado, susahhhhhhh. So aku mengelak dari memarah. Yang paling teruk haritu buat2 terlanggar dada aku pastu sengih. Ingat comellah tu. ๐Ÿ˜ค

Gambar belah kanan ni la profile pic kat wassap aku yang ex mintak remove tu.
Aku suka giler gambar ni sebab nampak Izal yang lebih mengendeng kat aku walaupun hakikatnyaaaa.. Sila sambung sendiri ekeke.


Selingan: Aku dapat free 6"x6" Photobook from Digi sempena birthday aritu weehuu!
Suka giler. So i picked some of my personal favourites
๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

Aku terus text kat Izal apa yang dah jadi. Izal marah. Tau dia marah bila dia diamkan diri lama dan tak respon. Banyak kali dah dia ckp jangan kasi ex masuk rumah. Pakai tudung bila dia datang. Jangan bagi ex pegang-pegang. Aku je yang masih tak sampai ati n berlembut. Nak biar Yam happy ada Babah dia kat umah tu walaupun sekejap. Bagi excuse kat Izal macam, "Ala, dia tumpang smayang je Syg..". Kadang aku harap Izal faham, tapi betullah macam Ija cakap, cuba bayangkan kalau ex Izal buat kat dia macam ex aku buat kat aku, mesti aku marah kan? Yeeeee. Cemburu aku lagi teruk kot..


 Sedih pulak tengok gambar ni dulu.
Aku tutupla muka ex ye, tak baik plak dah merempan sal dia pastu tunjuk muka dia plak.
Yang mana dah kenal dia siapa takpelah.

So, pastu aku rasa maybe tibalah masanya untuk aku bertegas ni.. Aku kena jaga hati Izal, tak boleh nak jaga hati semua orang lagi. Few days lepas tu aku msg ex n cakap, "Pasni hantar dan ambik Yam kat luar umah je lah ye.."

"Uh, kenapa?? Kenapa tiba-tiba macam ni? ๐Ÿ˜ญ"

"Boyfriend orang dah lama bising. Taknak hubungan kita keruh. Apepon kita parents Yam."

"Sayang B kat Yayang tak pernah putus..",

"Kalau sayang takdela berpeluk-peluk dengan orang lain dan cakap buruk pasal orang. Dah la. Dah 3 tahun lebih dah.", aku potong. Takmo la berlembut hati ngan dia dah.

"Manade cakap buruk.. Nape tetibe ni..", dia pertahankan diri n maybe dia tak sangka aku tau pasal FB tu. Post pun dah lama.. Masa dekat raya puasa haritu lagi.

"Dahla.. Kita move on. Kalau orang tak tegas nanti awak cakap orang mainkan awak pulak. Padahal orang layan baik sebagai bapak Yam je. Apa-apa yang awak buat tu, orang lain akan tanya orang balik."

"Ishk kenapa tiba-tiba ni... B salah.. B mintak maaf."

"Xpelah, orang bukan nak bergado. Cuma maybe kena ada gap yang jelas supaya kita boleh move on."

"Just jangan jauhkan B dari Adik.."

"Takdenye jauhkan.. Orang bukan kejam macam tu."


Tengokla relationship kitorang masih okay je selama ni sebab Yam. So please don't jeopardise it.
Kawan-kawan yang tau kitorg berpisah pun tak tahan PM aku cakap nampak korang ok je, harap berbaik semula blabla. Ramai yang tak tahu pun aku dah berpisah.
Kat socmed pun xde aku merempan apa pasal dia pun.

So finally, start daripada last week, after 3 years plus, barulah dia stop panggil aku Yayang n bahasakan diri dia B.. Maybe dia benci aku or whatever, but i did him a favour. Maybe dengan cara ni baru dapat move on. Dia macam stucked lagi dalam dunia 3 tahun lepas. So time dia ambik Yam haritu, memang dia tak masuk rumah dah, tunggu kat luar je. Memang rasa lain sikit tapi at least takde aku risau dia nak sentuh-sentuh aku lagi.

Sebelum dia datang tu, Izal dah cakap siap2, "Syg, jangan kasi ex masuk umah. Jangan kasi dia sentuh Syg."

Aku cakap ye.. Dah bgtau kat ex for the first time last week, jumpa kat luar umah je sebab boipren org dah lama bising. So Izal rasa convinced and lega sebab benda yang dia cukup tak suka dah terkawal. Sebab dia jauh..

Dulu aku fikir tak kisah pun ex masuk umah sampaila aku dah ada suami semula ke nanti, barulah dia tak boleh masuk lagi. But it happened earlier than I thought it would be. Biarlah, untuk kebaikan semua orang pun kan..

Esok dah Sabtu. Susah betul hati aku bila nak masuk weekend ni. Ada semacam kegusaran bila makin menghampiri cuti sejak single nih. Pikir nak bawak kaki ke mana. Nak camping tapi musim hujan gini, takut ribut lah..



You know you love me!
XOXO


Tuesday, August 13, 2019

Izal - Part II - How We Met

I swear I could write a whole book about him. ๐Ÿฅฐ

Rasa suka gila kat dia. Makin hari dia buat aku makin suka giler kat dia. Rasa banyakkkk sangat nak cite pasal dia. Aku sebenarnya start tulis semula kat blog nih sebab aku rasa macam lama sangat dah menyusahkan ija.. Semua cerita kat dia. Tapi dia macam okay je hihi.

But still, i need a medium yang orang tak bape kenal aku sangat personally. Yang aku boleh tulis seberapa detail yang aku suka. Macam IG n FB tu takde freedom of expression sangat, because we're afraid of being judged. Sini pun orang judge tapi orang yang tak kenal kau, jadi okaylah sikit kot. Sometimes we just need to let certain things out of our system!

******************************************

So.. We first met in Hat Yai back in December 2017. Masa tu aku adala buat salah lagi sampai Izal silent treatment aku lagi. Aku susah hati. Aku ambik tiket pergi Hat Yai that weekend, tempat yang aku tak pernah jejak sebelum ni. Dah sampai sana baru aku bagitau dia aku kat sana. Aku dah tak peduli dia bleh terima aku physically ke tak ke.. Yang aku tau aku nak benda ni setel dedepan.

 Hat Yai view dari Tuk Tuk yang aku naiki untuk ke hotel.


Bila dia tau aku kat sana je.. Terus tak jadi silent treatment. Sebeban bebelan dia text kat aku.

"Pandai-pandai datang sini siapa suruh? I dahla skang ni kat Bangkok."
"Tau tak hotel you book tu kawasan 'dalam', jauh dari city centre?"
"Ya Allah kalau jadi apa-apa macam mana.."
"I susah hati ni tak boleh tido fikir cemana nak pindahkan you ke hotel lain..."
"Duit dalam tangan ada tukar banyak mana? Skang ada berapa? ฿2500? Ok cukup."
"Dari hotel tu jalan sikit ke depan dalam 100 meter, pastu belok kiri, ada kedai makan halal."
"Jangan ikut naik motor ke, kereta kat sana. Jangan lintas jalan."

Hihi punye caring sampai tak bagi lintas jalan.. ๐Ÿ˜‚ Aku tadah je bebelan dia. Sebab memang silap aku. Aku bila dengar dia cakap kat Bangkok je, mulela terpk dia ni taknak jumpa aku apa.. Slama ni elok dok ada kat Hat Yai tetibe ni ada assignment kat Bangkok plak. Bangkok tu kalau ikut jalan darat 12 hrs away dari Hat Yai. By plane dalam sejam setengah.



Sedih memula sampai bilik hotel ni. Ingat orang datang nak hanimun ke wehhh.
Orang tengah sedih niii
๐Ÿ˜ญ


"Oh.. Kat Bangkok ye.. Takpelah kalau x dapat jumpa..", aku balas text dia pasrah, sedia je la dapat penat je datang jauh-jauh..

"Pandai2 kan buat keputusan datang sini kan. I dah cakap kat boss mintak balik awal, hari Isnin ni."

"Erk boss kasi ke?", tanyaku girang. ๐Ÿฅณ

"I tak pernah buat camni. Mestila boss kasi. I just cakap ada orang tunggu je."

Tengoklah ayat abang garang ni.. Dia memang gini, garang, keras, tapi dia sebenarnya penyayang sangat. Tengok dalam dia marah2 tu dia usaha balik untuk aku.. Initially aku nak stay over the weekend je, so aku kena extend lagi sehari kat Hat Yai, next Monday tu, sebab Monday baru dia dapat balik..

So sampai masanya aku jumpa dia. First time aku jumpa dia tu.. Rasa berdebar gilaaaaaaa time tunggu dia sampai tu. Berapa kali aku tukar baju sebelum keluar dengan dia tu, sebab rasa serba tak kena. Dok tanya ija, baju ni ok tak? Ke yang ni yang ok? Padahal dah mok tu pakai apa pun tak ok.. Wakaka. ๐Ÿ˜ญ

Finally.. Bila dia dah sampai tu terkesima jap sebab tengok dia ensemnyaaaaa! Dengan tingginya lagi.. Ija masa tu dok text tanye, "Cemana, cemanaaaa??? Dia dah datang belum??" Masa tu dah macam live telecast ngan Ija.. Semua dia tanye update. Aku terus jawab pendek kat Ija, "Ensemnya diaaaaaaa!" Hahaha. Memang la dah berlambak gambar dia aku tengok sebelum ni, tapi taula gambar laki kan mana edit2, gambar biasa2 je.. Bila jumpa dedepan baru nampak adui ensemnya dia ni.. Sampai aku rasa time tu, what is he doing with a girl like me?? Gittewww...


To be fair, okaylah dia mmg la takdela ensem cam Eizlan Yusof ke Edika Yusof ke, tengok contoh2 aku hero2 lama je wahahaha. I mean bukan stok yang jambu, helok, dah tersedia untuk majalah gitu. Tapi dia ni ensem macam 'jantan' yakni masculine gitu.. Muka dia biasa je tapi overall he's Mr Very Fine ekeke. I may be bias sebab tu kan boipren aku.. Mestila aku ckp dia ensem hehe. Aku suka sangat lesung pipit sebelah pipi dia. Dengan janggut nya dengan mata coklatnya.. Badan dia plak tegap dan tinggi. Bahu bidang, tapak tangan dia besar. Kira sekali tampar bleh melayang la gitu.. Kihkih. Kulit tak gelap, tak cerah. Terpesona sungguh hamba rasanya ketika itu. Ekeke.

Gambar ni aku lukis untuk dia last year for his birthday. Aku tak pastila aku boleh ke tak share gambar betul dia kat sini. Sebab blog kan semua bleh access. Tapi kalau kt IG aku ada je gambar dia sebab IG aku private. Itu yang aku share gambar sipi-sipi je kat sini. Sebab keje dia tu lain macam sket, buat dia kena low profile sikit. Facebook and whatsapp pun dia tak boleh ada. IG ada tapi tak reveal identity dia. Tapi tak pernah pulak dia ckp jangan share gambar dia kat mana-mana. Dia pun tak tau kewujudan blog nih.

Dia plak bila jumpa aku je dia terus cakap kat aku, "Mana mata yang bulat tu.. I nak tengok.." Malu gilerrrrrrr! Time ni dia bahasakan diri dia I lagi, bukan Abang cam skang hihi. 'Abang' tapi sebenarnya adik.. ekekeke. *Blushed*. ๐Ÿคญ

So sejak jumpa tu hubungan kitorang makin rapat. Dia cakap kedatangan aku ke sana untuk jumpa dia bawak kesan yang mendalam dalam hidup dia..

Dia selalu buat aku rasa special sebab terima seadanya. Bukan terima seadanya ekceli, let me rephrase, dia memang ekceli suka sangat rupa aku physically. Sedangkan selama ni aku struggle kan nak turunkan berat bagai.. Dia ni rilek je ckp dia tak suka perempuan kurus, taste dia mmg badan berisi macam aku. Ex wife dia pun badan cam ni gak dia cakap.. Jadi dia slalu pesan jangan kurus, dia tak suka. Aku ingat dia jenis yang jaga ati. Tapi tuhla.. Dah 2 tahun lebih kenal ni dia masih ulang benda yang sama. Dia cakap dia taula apa yg dia nak.. ๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ

 Aku rasa aku dengan dia camni.. Hehe.


Dia always cakap aku dah cukup cantik, dah cukup sexy dah. Haha kot celah mana ntah sexy dia tu. Kadang rasa dia ni buta ke tak nampak aku cemana? Dengan dia mmg mewah aku dengan puji-pujian tapi dia bukanla jenis sweet talker. Cuma dia buat kita rasa diri kita bes.. Takde rasa insecure dengan diri sendiri. Dia sebenarnya jenis berlapang dada dengan apa yang dia dapat.. Dia buat aku rasa macam dia biggest fan aku. Boleh kata hari-hari mintak gambar aku. Kat umah mintak, kat opis mintak. Sampai skang ni pun masih sama. Sampai aku cakap cukuplah kan dah banyak gambar aku. Dia cakap biarla.. Biar sampai beribu-ribu pun gambar aku dalam fon dia... Huhu. Agaknya bila dah duduk serumah nanti baru stop mintak gambar kot.. ๐Ÿ˜

So skang ni aku harap sangat ada jodoh kitorg berdua ni.. Kitorang tengah tunggu application dia untuk balik Msia lulus. Korang tolongla doakan jugak ye. Mana tau ada antara doa korang yg makbul... Kalau ikutkan takut dengan new relationship ni, memangla takut. Rasa tak selamat semua. Thinking of how fragile a relationship can be kan. Benda nak putus tu kat hujung mulut je.. Tapi kalau ikutkan rasa takut, tak ke mana kita weh. Jadi maybe dalam relationship ni kena ada rasa bersedia sikit yang hubungan tu mungkin bukan untuk selamanya, pastu redah je la.. Take the chance. Dalam masa yang sama, raikanlah dan bersyukurlah untuk setiap masa yang dia masih ada untuk kita..

Aku sayang sangat dia ni. Susahla nak jumpa laki macam dia.. Yang buat aku rasa diterima sangat, dan dalam masa yang sama perasaan aku sama kat dia. Bukan one sided. Mutual dan saling spoil each other with love. Whatever I gave him, he'll ALWAYS give me more tahap aku tak tercatch up dah.. Harap ada future untuk aku dan dia, moga sampai akhir hayat kali ni.. Bak kata dia, "Moga tahun ni lebih bermakna untuk kita berdua.. Abg harap Abg akan jadi sebahagian dari hidup Syg nanti." ๐Ÿ˜ข



You know you love me!
XOXO


Izal - Part I

It's surprising how a stranger suddenly becomes your significant other kan?
And how someone you thought is the love of your life suddenly turns to a stranger again...

Aku ada mention cemana Izal tu asalnye dalam friendzone aku je kan. Apa-apa pasal Aidee aku mesti cerita kat dia. Aku keluar dengan sesiapa, aku bersiap, aku selfie before keluar rumah n tanya dia cantek tak? Gitu asal relationship kitorang. Lagipun aku rasa aku dengan dia opposite sangat, aku rasa life kitorang lain sangat. Dia dengan pakai rantainya. Muka gengsternya. Aku awal2 dah block orang camtu.. Hahaha. Mcm style rempit sangat kan. Tapi rupanya tu rantai yg dia pakai time keje je. Army tag ke apa tah nama dia.. Time jumpa aku, dia tak pernah pakai rantai pun. Ada time dia kena buat penyamaran sebab keje dia, jadi sebab tu lah agaknya gaya dia kadang gengster sket. Tengok gambar sebelah ni kemain gengster kan.. Hehe.

Sampailah ke satu hari tu bila aku citer kat Izal aku balik KL dari Kuantan, Aidee yang hantarkan dari Kuantan sebab dia ada keje kat KL.. Izal macam jauh hati. Dia ckp, "I kat sini tak keluar dengan sesiapa pun tau..." Aku macam aik, dia ni serious dengan aku ke? Tetibe je nak setia huhu. Aku dengan dia rasanya takde serious pun, gurau2 gitu je adala..

Izal ni dia keje kat selatan Thai. Dia ni single parent jugak macam aku.. Ada anak laki sorang tapi tinggal dengan ex wife dia kat Aussie. Dia kawen ngan mat salleh dulu. Lepas dia frust bercerai tuh la dia bawak diri ke Thai. So yang buat kitorang rapat ni sebab dia paham sangat rasa berpisah dengan anak tu seksa dia cemana.. Dia pun ada time dia rasa down sangat sebab rindu kat anak dia, dia cite kat aku. Apa-apa yang aku mengadu dengan dia yg berkaitan dengan anak ni memang dia paham sesangat. Agaknya itulah yg brought us closer..

Cabaran terbesar bercinta ngan dia ni adalah keje dia la... Tak tentu masa. Takde cuti. Dia cakap lepas cerai tu ada la bercinta tapi tak bertahan sebab dorang tak faham keje dia. Masa awal kenal dia tu, masa dia cite pasal ex dia tu, aku pelik gak, apebende yg dorang ni tak tahan dengan dia?

Skang ni dah lama kenal baru ku tau.. Wuwu.. Dia punya bizi tu tahap takde maaf punya bizi. Kadang2 dia ilang dari radar few days tak contact aku sebab ada ops ke laut. Paling lama seminggu lebih kat laut, baru jejak darat. Pergi plak just like that. Memang tak sempat nak bagitau apa kat aku. Kat laut pulak memang takde line la kan. Keje aku time tu menanges je la sebab rindu gila tak dapat contact. Dia pun sama rindu, sampai kerap tido mimpikan aku time dia dalam kapal.

Awal2 dulu mmg keje kitorang (yakni aku hehe) bergado pasal ni je. Rasa marah kot dok ilang cam biskut je. Selalu fikir dia ni main-mainkan aku ke apa? Skang ni aku dah ala2 immune dah, cuma of course la rindu gila. Kalau tengok chat history kitorg tu word yang paling banyak digunakan adalah rindu.. Huhu.

Parut kat kepala ni sebab dulu pernah kena parang tapi ni random attack kat public place. Kawan dia yang jumpa dia unconscious dengan darah penuh kat lantai. Sobs.


Skang makin lama, aku bukan rasa marah macam dulu dah bila dia 'menghilang' tu, tapi lebih pada risau keje dia camtu. Bila tengok cite PASKAL tu aku memang terbayang agaknye keje dia camni apa.. Dia pernah cite rakan sekerja dia tapi orang Thai la, jatuh laut pastu sampai sudah tak jumpa-jumpa. Dia cakap kalau dah lama jatuh dalam laut tak jumpa tu susah dah.. Sebab mesti kena makan dengan ikan. Dia keje dahla ada time kena pakai bulletproof vest, mana aku tak risau. Aritu ada gambar dia bertampal kat dada, aku ni dah risau tanya kenapa, dia bleh ckp sbb panas tengah laut kot. Logik ke??

Dia ni mahal sebab dia setia.. Dia usaha tunjuk dia setia kat aku. Bukan jenis melayan perempuan dan dia sangat menjaga bab ni. Jadi dia expect the same in return daripada aku. Sebab tu la aku kata dia yg ajar aku maksud setia tu cemana. Sekarang aku honestly memang takde rasa nak rapat dengan orang lain ke apa, sebab aku rasa sangat 'cukup' dengan dia, walaupun dia jauh kat sana dan jarang sangat dapat jumpa..

 Ni masa jumpa dia time Labour Day haritu..
Kat floating market.

Bab perangai, dia ni sangat jeles orangnya, posesif sket n dominan. Memang kena ikut cakap dia. Garang. ๐Ÿ™„ Elok sangatlah dengan aku anak bongsu yang degil ni. Kalau dia dah cakap hitam tu, jangan pepandai nak pusing jadi kelabu. Takbleh. Kena hitam jugak. Lagi satu dia ni kadang susah sket nak diskas. Tak pandai n tak suka nak explain. Perahsia n pemendam. Tapi benda-benda tak bes dia ni dibalanced dengan sifat penyayang dia n protective dia kat aku.

Garang tapi penyayang siap suka kucing lagi.


Muka garang cam tuan ang jugak.. ๐Ÿ˜

Kalau keluar makan tu plak mmg dia tak kasi aku bayar. Masa aku pergi Hat Yai aritu, macam harini dia dapat teman aku makan, esok dia tak dapat teman, dia siap kasi duit belanja untuk makan esok tau. Aku nak gi pasar shopping, dia kasi duit lagi. Perangai abah-abah sangat hihi. Laki aku dulu pun tak macam tu.. Terharu plak. Bab ni pun kadang menunjukkan laki tu serious ke tak dengan kita kan. Aku memang taknak dah pemurah sangat dengan laki.. Mmg dorang kena tunjuk effort kalau nak serious dengan kita, bukan kita yg terlebih tunjuk effort. Pada umur aku ni dah jelas dah jenis mana yang sesuai buat laki, jenis mana yang tak kot..

Lagi satu ayat dia bertahun lepas yg aku tak lupa sampai skang - "Belajar jaga hati orang sikit boleh tak?" Perghh makan dalam. Dia cakap tu lepas aku cite aku ada keluar dengan laki lain. Time tu aku tak rasa serious lagi dengan dia sebab belum pernah jumpa dedepan kot.. Lepas dia sound aku sedas tu dia kasi silent treatment kat aku. Time tu baru la aku macam tersedar dari lena, macam, eh sedihnya bila dia ni takde.. Datang sedih semacam time tu tau...

Aku pun text dia, cakap aku rasa lain macam bila dia diam. Time nak drive ternanges, time nak buat itu ternanges, nak buat ini ternanges, rasa macam hilang samting sangat. Baru aku sedar sebenarnye i took things for granted sangat. Pastu dia jawab, "Ooh.. Ada perasaan pun.. Ingatkan takde!" Huhuuuuu kannnnn dah kena sedas lagi!



You know you love me!
XOXO


Camping @PD

Cuti raya haji.. Aku pegi camping kat PD 3 malam.

Yam takde. Raya dengan Babah dia. Jadi daripada aku krik-krik kat umah tu sengsorang lagi baik aku chow pegi PD bleh gak mandi laut. Jumaat malam aku dah gerak dalam pukul 11pm dari Shah Alam.. Sampai sana dalam pukul 12.30am. Dahla Waze kasi jalan zigzag sebab nak elak jem kat hiway biasa. Seram sejuk wehhh lalu jalan tak biasa sorang-sorang! Kadang-kadang aku impress dengan diri sendiri apesalllll brani sangat apesalllll!! Hahahaha impress la sangat... Piangggg diri sendiri laju2!

Sunset view dari dalam khemah..

Camping ni jadi my newfound passion pulak. Start haritu la, last 2 weeks masa cuti pertabalan, aku first time camping bawak Yam ke sini.. Terus jato chenta. Dapat pulak port yang best. Toilet n shower semua senang. Tempat ni pun mmg camping site so tak takut. Masa tu aku sewa khemah lagi rm40/day. Pastu balik dari PD aku terus beli khemah baru.

 Khemah baru. Tapi rasa kecik sangatlah nak kena upgrade. Kikiki.
Syok kan masak sambil ngadap laut...
Tapi time tengah goreng nugget camni la tetibe ribut hari Ahad raya haji tu..
Habis terangkat khemahku. Sebbaik hero khemah sebelah tolong.
Habis nugget berendam air..





Aku pegi ni tak bagitau Izal pun aku bermalam. Masakkkk nanti kena bebel. Dia ni jenis garang sikit, aku takut. Jarang aku nak takut ngan laki ni hahaha.. Tapi ngan dia mmg aku takut. Dia ni muda 3 tahun dari aku tapi matang dia terlebih-lebih macamkan dia plak lagi tua. Risau dia macamkan aku umur 15.. So pagi raya tu dia msg aku, aku pun reply hantar video tepi pantai.


"Pi jga camping? Syg ni kan.. Degil la..", dah stat bebel dia. Sebab haritu dia dah tegah bila aku cakap nak gi camping.

"Piknik je."

"Syg pi bila?"

"Pg tadi."

"Syg jgn mcm2.", bila dia cakap macam ni aku dah geram.

"Mcm2 apa nye ni.. Sikit2 nak marah. Orang penat la nanges sorg2 kat umah. Nak tengok pantai salah ke.. Petang nanti balik la.."

"Syg.. Xda niat marah pun.. Tak terdetik pun. Risau kalau2 syg pi dari semalam. Syg abg nanges.. Allah.. nape ni..", nada dia dah berubah jadi berlembut dah.

"Sunyi tau x.. Sunyi.."

"Tau sunyi.. Nanti kawen kita ada baby cepat2 ok.."

Aku takde nanges pun. Cuma nak dia paham yang kalau aku sorang2 kat umah tu lama2 nanti bleh giler, jadi sebelum aku meroyan sesorang, ada baiknyalah aku pergi ke mana2. Aku stress, nak jumpa dia pun tak boleh, takkan dia nak soh aku dok kat umah je?

Cabaran dengan Izal ni itulah, long distance...




You know you love me!
XOXO


Saturday, August 10, 2019

Pasca Perpisahan

Masalah aku dengan ex dari day 1 lagi sebenarnya.

Tp of courselah kita akan pilih untuk bertahan dan mencuba dulu.. Sampaila tahun ke 6 of our marriage dan keadaan masih tak berubah. Aku rasa tekanan dari pelbagai sudut.

Tapi hubungan kitorang sepanjang jadi suami isteri most of the time memang tenang je sebenarnya. Aku banyak pilih untuk pendam. Dan ex pun bukan jenis nak mengamuk tak tentu hala. Cuma ada la time kalau dia marah memang dia jenis melepas marah kat barang. Hempas barang-barang. Dan pernah skali dia tendang pintu bilik sampai pecah. Kemain lagi kan.

Sepanjang 6 tahun kawen ngan dia, tak silap 2x je kot dia penah menjerit marah, sekali tu dia jerit dari tingkat atas. Aku kat tingkat bawah ni pun lawan jerit balik hahahaa ingat aku takleh jerit?? Tapi takat 'Aaaaa' je la bukan maki-maki ke apa. What you give you get back lah konsepnya kihkih.
Lepas tu dah ok.. Tak pernah la gado sampai berhari-hari.

Tapi hubungan kitorang ni aku selalu rasa macam roomate je. Platonik. Banyak benda yg kitorang buat secara berasingan. Aku memang sayang dia.. Tapi macam sayang family, bukan as a lover.

Ni masa bday yam..
The night before kitorg masuk court..

Masa kitorang pisah tu Yam baru masuk 3 tahun.. Kecik sangat lagi untuk faham apa-apa. Initial agreement was kitorang bergilir seminggu sorang untuk jaga Maryam. Tapi skang ni Maryam dengan aku on weekdays, weekend barulah dengan ex aku.

Masa giliran seminggu sorang tu memang aku seksa. Balik keje to an empty house.. Keje aku balik umah meraung je. Aku dahla mmg x biasa berpisah ngan Maryam. Hari-hari aku dengan dia dari dia lahir kecuali ada time aku masuk hospital dulu. Jadi bila jadi gini.. Gila la jugak aku kejap.

Time ni la aku keluar dengan ramai lelaki. Blind date sana sini. Padahal tengah serious ngan Aidee. Tapi Aidee kat Kuantan, aku kat Shah Alam. Konon nak hilangkan rasa kosong n sunyi ni. Tapi langsung tak membantu. Bak kata kawan aku, susah nk jumpa laki yang berguna ni.. huhu.

Maryam plak ada time bila sampai turn aku jaga dia, dia nanges-nanges bila babah nak tinggalkan dia. Bila turn babah, dia happy sebab tu mmg rutin kitorg balik umah atok almost every weekend. Kat sana pun ramai orang.. dia suka. Kalau dengan aku, berdua dengan aku je..

Masa ni rasa loser giler as a mom. Aku kejam ke? 18 juta kali aku pk kebarangkalian nak rujuk balik dengan ex tapi setiap kali pun aku rasa tak boleh. Apa guna berbaik semata sebab anak kalau kita dah tak boleh hormat dan sayang suami lagi? Aku taknak hidup dalam dosa. Dan aku yakin masalah kitorg tu takkan settle dan tak boleh settle dah kalau berbaik pun.

Sebab tu lah sekarang walaupun dh 3 tahun lebih berpisah ni, aku belum terbukak lagi hati nak balik pada ex..


You know you love me!
XOXO

Thursday, August 8, 2019

Three Years Later

Aku ingat aku akan terus tinggalkan blog ni for good.
Tapi suddenly I feel the need to write again.

Semalam ada dapat notification comment dari one of my blog readers, tapi kenapa delete lepas sent? Tapi aku dapat je baca sebab comment tu dihantar ke email jugak... Haha. Takde aku nak marah or kecik hatinya dengan any comment selagi cakap baik2.. Takde hal nye.. :)

Dah lama blog ni tak berupdate. So memang takde org masuk lama dah. Semalam orang masuk pun sebab maybe dpt notification lepas aku update one short entry, tapi lepastu aku ter-delete plak post tu time riki2 blog settings yang dah berabuk tu..

Betullah life ni.. We never know what will happen in the future. Harini kita terkejut ngan berita perceraian orang. Hari esok orang lain plak terkejut ngan cerita perceraian kita. Tak boleh nak jangka langsung. Family sendiri pun takde history lagi cerai-berai ni.. Aku sorang je.

So, reason pasal cerai tu biarlah orang-orang rapat je yang tau. Tapi aku yang rasa tak boleh teruskan and wanted out. Memang tak pernah terfikir. Memang aku ada rapat dengan somebody time dah nak cerai tu. Tapi bagi aku dia cuma jalan keluar aku dari perkahwinan aku.. Bukan penyebab aku and ex cerai. Tak kisahlah pandangan orang cemana, tapi aku cerita ni from my side. Dari pandangan ex and family, memanglah lebih mudah nak menyalahkan orang ketiga dari salahkan diri sendiri. Bagi aku, kalau ikatan antara suami isteri tu betul kuat, dan takde masalah yang terlalu menekan, takde orang ketiga yang bleh runtuhkan ikatan tu..

So lepas cerai tu, aku rapat dengan the other guy, Aidee, for around 2 years jugak. Soulmate sangat dia ni.. Serasi gila-gila yang jarang n susah sangat aku nak dapat dengan mana-mana perempuan or lelaki.. Sape je lam life ni yang aku rasa SANGAT serasi ye? Ija. Lagi sape ek. Err.. ok tu je. Hahaha. Mmg sejenis yang ssh nak rapat dengan orang, sceptical n suka letak boundaries sikit kalau berkawan to protect myself.

So in the end, hubungan tu tak ended up seperti yang aku harapkan, so aku yang putuskan.. Sakit putus dengan dia ni dan sakit sepanjang bercinta dengan dia ni, bagi aku lagi sakit dari bercerai... dan lebih sakit dari segala sakit-sakit putuih cinta sebelum ni... Fuh.

Pastu aku mula love life baru dengan Izal.. Setahun lebih jugak dah serious. Kenal 2 tahun lebih. Sebelum tu dia ni asal dalam friendzone je dan aku slalu ngadu kat dia pasal Aidee nih. Lama-lama tuhla nampak dia ni ikhlas sangat dengan aku. Makin hari kenal aku rasa makin banyak yang interesting pasal dia ni, sikap penyayang dia, his big heart, sangat menerima aku seadanya, sangat jaga tutur kata dia, selfless - sentiasa pk lebih untuk diri aku dari diri dia sendiri.. Dan yang paling penting setia dia.. Tu yang paling mahal. Dia ni yang ajar aku maksud setia.

Banyak lagi nak cite. Banyak lagi nak diluah. Tapi aku ada keje sket nak kena sambung.
Nanti aku sambung lagi ye..




You know you love me!
XOXO,