Saturday, August 7, 2010

All Things Brown & Pink!

Every weekend, dalam kepala terpk macam-macammmmmmm yang nak buat, tapi in the end, layan laptop ataupun layan tv jugak.

Aku pk dari tadi nak kemas barang2 lama aku ni, nak buang mana patut. Nanti ada ruang sket untuk incik sayang letak barang2 beliau. Kesian, aritu dia cakap kat aku, dia nak bawak baju dia je, barang2 tak bawak. Tak bes laa camtu, aku nak dia rasa ni pon bilik dia jugak nanti...

Nak tunjuk pelamin idaman yang aku jumpe dalam blog Nora. Ngeh ngeh ngeh. Suke sangattt! Sangat menepati tema pink ceklat aku! Come to think of that, kan ke best kalo aku rajin nak tukar kaler blog nih to pink n ceklat! Nyammm.


I know it's very, very, simple tapi ai laik it so much! Sbb kaler cantek sangattt. Bukan aku nak yang grand pon, aku nak yang cantek kat mata aku je. Tapi takdelaa aku nak amek dari creatively designed nih, mahal plak transportation cost kl-ktn nanti.

Tambah2 sbb bunga pahar dia sejibikkk cam bunga pahar yang aku n kakak2 aku buat. Nak tengok? Ke nak tunggu lepas kawen baru tengok? Ke belum kawen dah tengok? Ke ke ke?

Ok fineeeeeee. Uploadlah. Aku pun tak suke kalo semua simpan time lepas kawen, by that time dah tak rasa teruja sangat nak tengok gambar dah. Memang laa tak seprais time aku kawen nanti, tapi tengok secara LIVE lain tuuu dari tengok lam gambar camni.... *ayat sedapkan hati* Lagipun tak ramai kawan yang kenal aku LIVE bace blog ni pon... Sekelumit cuma


Sebenarnye nak guna theme colour pink-coklat ni pon tricky jugak. Certain2 benda mmg tak sesuai gabungan dua warna ni. Contohnye bunga pahar. Buruk gilerrrr bile gune riben coklat sbb dah bunga pink kannnn. Jadi, maybe nanti kena guna gak riben silver kasik dia naik sikit.

Ini kakak aku MMS mintak pendapat haritu. 
Sbb dorang cakap macam suram je.
 Bagus btollll pembantu2 ku ini, update perkembangan siap mms tuh :")

Lain kannn bile gune riben cerah?
Tapi tu laa riben kaler pink ni pon aku tak berkenan gak hahaha.
Nantilah aku revamp sket.

Camtu gak dengan bunga dulang aku. Tak naik giler bile gune riben coklat dengan bunga2 dip n bunga kristal aku. So kesimpulannye, kena berhati2 kalau nak guna warna coklat ni, kalo tersilap gaya, turun seri.

Lagi satu, sape tau kat mana bleh dapat riben murah2 lekas bagitau aku. Ramai kata paling murah kat SSF, tapi riben biasa murahlaaa. Aku tengah carik riben jalur2 ni, tapi biasa jumpa riben jalur2 terus mahal gilerrr.

Tengok? Sebab nak jimat terpaksa buat camni.

Kena gam riben pink atas pink coklat. Leceh...

Okeh, layan cerekarama sambil makan yong tau fu plak. Lama giler Arash Mohd ngan Eja ni tak belakon! I loveeee them!



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, August 6, 2010

Aura Ketaq Lutut Mula Terasa...

Dah lamaaa tak dapat email dari incik sayang sejak dah dok dekat ni... Dapat email ni pon dah berbunga riang dahhhh hatiku...



Bile masuk bab paperworks ni, rasa macam dah serious sangat dahhhh aku skang ngan incik sayang. Bukan laa sebelum ni tak serious, tapi skang serious serioussss huahua. Lagi 2 bulan je lagi! Ketaq.. Ketaq..

Skang aku dah kurangkan aktiviti DIY. Tadek wat any project dah sejak haritu. Fokus cuma nak cross off benda-benda besar kat list seblah blog aku ni dulu. Pastu bile agak dah tadek benda nak buat, baru layan benda2 kecik tu.

Pengalaman dah banyak mengajar aku that, in order to make everything falls nicely into its place, we have to at least complete it. Jangan nak cerewet sangat and aim for perfection each time, for each thing, sampaikan in the end ada benda yg wajib disetelkan, tak setel...


Dalam bajet-bajet, TER-beli jugakkk dua ketui buku ini kat Times tadi. Dasar miss bloomwood betul! Padahal aku bukan rajin sangat nak membaca pon. Tapi tu lah antara pancarobanya pabila bekerja kat tengah2 kl ni yang sumer ada ya... Time lunch rasa nak merayapppp je.

Wife, Interrupted tu aku beli sbb review ni je yang aku baca yang buat aku tertarrek - "When Amy agrees to marry the man of her dreams, she has no idea that within three weeks of their big day she'll lose him forever. This gritty, honest and suprising memoir is about how one young woman chose to get over the sudden death of her fiance by sleeping with load of men."

Sounds intriguing isn't itttt?

Shopaholic Ties The Knot plak aku beli sbb bile aku randomly bace ayat dia pon dah rasa engaging sangat, dan dapat rasa an undescribable excitement. Lagipun seronok bile membayangkan muka inesen kiuttt sangat si Rebecca Bloomwood (Isla Fisher) bile berkata-kata!

Dua-dua buku berkaitan kawen, anggaplahhh pelaburan untuk kawen ngeeee... (-_-") Resit nanti nak simpan lam kotak yang khasss untuk resit2 barang kawenku ittew. Huhuuuu.

Oh! Satu lagi item lam list leh cross off! Incik sayang dah konpemkan yang membe dia bleh shootkan skali kat Kuantan nanti. Aritu bile incik sayang mintak dia jadi photographer untuk majlis incik sayang, dia kate dia begitu honored sbb incik sayang mintak dia shootkan! Rasa honored dia tu diterjemahkan dalam bentuk charge yang tersangatlaaa murah dalam dunia pornografi photografi hari ini - $500! Perghh mana nak dapat tu... Incik sayang cakap, harga murah sbb maybe dia nak balas jasa incik sayang ajar dia wat graphics suatu ketika dulu.. :)

Kalo tengok background dia, incik sayang cakap, dia biasa ngan kamera, tapi dia banyak buat other kinds of photography. Wedding ada jugak, tapi tak banyak. Dia pernah follow 5 weddings so far. To me, not bad lah tu.

Tapi kitorang mintak dia shoot and burn je. Editing tu, incik sayang akan buat, dia pon akan tolong2 jugak. Untuk kat Kuantan pon dalam $500 jugak, transportation etcs tu incik sayang bayar asing nanti. Dia siap plan nak buat outdoor kat pantai, kan kat Kuantan banyak pantai. Dia cakap kat incik sayang, dia risau kot dia tak memenuhi kriteria yg aku nak je. Tapi bagi aku, janji dia gigih n kreatif, n janji orangnye easy-going, yang bleh buat kite selesa nak bergambar, insyaAllah ok punye... Tawakkaltu 'Alallah...

Okay, dorang ni sumer balik awal sbb system down sejak 1/2 jam yang lalu! Time to go home for me too! Besnyaaa wiken! Nak kemas bilikku itteww!





Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Thursday, August 5, 2010

Hari Ini.

Ini namanya entri pemalas yang aku tempek dari status facebook jua adanya.

Demam sambil menikmati birthday cake haritu ditemani kedinginan hujan. Ecehhh. Tiket Slash masih belum terjual. Ada yang aku pegi gakkk time demam2 ni karang... Tengok tangan bakal pak mentuaku, sibuk nak buat PEACE time orang amek gambar kek... Muke garang tapiii kekeke.


Ok rasa tak seberapa pemalas n rasa nak sambung stori pulakkk.

Haritu lepas tau birthday aku, mak incik sayang terus jemput ke rumah. Aku ekceli takmo dorang tau sebab takmo nyusahkan... Tapi incik sayang bagitau pulak. Time aku datang tu, Abah incik sayang belum balik keje. Bile dia dah balik n nampak muke aku je, dia terus cakap ngan muke excited sangat, "Kenapa tak bagitau Abah birthday Sya... Boleh Abah belikan hadiah!"

Aku jawab, "Hahahaha beli hadiah bile-bile pon boleh Abah, tawaran masih terbuka!". Tapi aku jawab dalam hati je laaaaa, nak matiii wat muke tak malu jawab camtu? Huahuaaaaaa.

So mak dia sudah masakkan mi kari yang super power time tu, makan ramai2 sambil teman Abah incik sayang bukak puasa. Adik incik sayang siap belikan kek lagi untuk aku. Wuuu semoga diorang sayang aku sampai bila-bila... Yang buat terharu sangat tu sebab layanan diorang tu buat aku rasa macam pompuan cantekkk and specialll sangat. Wuuu.

Haritu lepas setel HIV test, incik sayang surprise aku ngan bunga plak. Ni SECOND bunga yang aku dapat dari dia lepas 6 tawun berchenta ok... Sangatlaa bukan mat bunga! Takleh imejin cemana keadaan dia time beli bunga tu pastu bawak bunga tu all the way ke kereta dia. Awww kalolaa aku dapat tengok dia time tu... Sbb tu haruslaa direkodkan lam blog sebab ni dah kire 'hari ini dalam sejarah' dah niiiii.


Pastu hari Isnin birthday aku tu, sampai2 opis je, opismet aku merangkap ex-housemate merangkap ex-unimate aku, terus pandang aku sambil tersengih n rapatkan kedua2 tapak tangan dia n cakap, "Happy Birthday!!!" Haha sooo satu team tau aku punye birthday. Aku tak biasa wehhh orang announce birthday aku camtu, aku ni pemaluuuu walaupun nampak cam tak pemalu. Tsk tsk.

So sudahnya, dorang insist nak belanja aku lunch haritu, kat Secret Recipe.

The Team.


Aku order Mozzarella Baked Fish aritu. Cheese banyak gilerrrr sampai tak nampak ikan... Menu baru ke ni? Nape before this aku tak pernah perasan menu ni ada kat Secret Recipe? Ngeee.

Okayyy! Nak sambung berbaring semula. Tadek sape ke nak beli tiket Slash aku ni? Ishk ishk sayangnyeee... Nak bagi kat orang lain free sayang, baik aku pergi sendiri. Ishk we'll see... We'll see...




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Monday, August 2, 2010

Age Is An Issue of Mind Over Matter. If You Don't Mind, It Doesn't Matter!

Today I turn 30! Dah 3 series dah weh!

Walaupun saham bakal jatuh dengan mengaku secara terbuka tentang umur ni, takpelahhhh daku pasrahhh.

Rasa baru semalam je main getah ngan kawan-kawan. Baru lepas abis SPM dan baru lepas amek degree. Tiba2 eh eh ehhh umur dah masuk 30... Haih kejapnya masa berlalu... Tak lama lagi insyaAllah ada husband n tunggu anak2 pulak main getah, amek spm and degree plak lepas tu... :))

Apa2pun, aku happyyyyyyyyyyy sangat malam ni sebab dapat dua makhluk kiut ini dari incik sayang! Sayang berganda-ganda-gandaaa (♥‿♥)



Mau tak teruja banget??

Incik sayang kasi dua sbb ada promotion kalo beli dua. Kalo beli satu, harga x jauh dari beli dua.

Time beli ni, adik2 kat kedai tu lagi eksaited daripada aku yang tertahan-tahan senyum sbb baru lepas drama sebabak merajuk ngn incik sayang sblm tu. Jadi muke aku time tu antara merajuk dan sengih kembang idong pe sume, maka jadilaa muke tersipu2 di situ ngeh ngehhh.

Adik2 tu, sambil panjat tangga sambil senyum ke telinga time nk amek beruang aku yg display nunnn di atas rak tu! Sampai dah setel bayar pon diorang senyum ke telinga macam dorang plak yg dapat bruang tu hahaha!



Rockstar tengah menjinjing teddy bear yang disumbat lam plastik kat tangan.
How I wish they don't have bags big enough for the bears!
That way incik sayang will appear cuter holding them in his arms!
Keh keh keh!

Untuk birthday kali ni, doakan aku dapat mengejar impian menjadi slimmmm before kawen ye! Tengah tunggu herbalife aku sampai niii, around this week. Kot2 ada antara doa korang dimakbulkan Allah, gumbiranyaaa aku!

Have a grrrrrreat weekdays ahead beautiful people! ♥ ♥ ♥



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Saturday, July 31, 2010

Kad Kawen & Pre-Wedding Shoot

Rasa macam nak demam plak lepas tido tak sedar diri tadi. Ngeeee...

Aku dah test print sendiri kad kawen aku, tapi ishk ishk haruskah aku membuka kemaluan di sini. Haruskahhh!

Sorry laa terpaksa blur di sana-sini.
Rasa tak bes nak reveal personal info kat public camni :)

Bile dah print, rasa tak puas ati plak ngan design sendiri. Keh keh as expected laa tu. Sooo ni bukan final version lagi ni tau. Aku nak kad kawen aku cam greeting cards Hallmark gitu. Sebab tu aku guna background putih... Tapi bile dah putih ni nampak kosong sangat pulekkk.

Dan, sebab aku gune 100dpi, bile print nampak pecah2 plak dia, haipppp. Tu laa degil, incik sayang suruh gune 300dpi tapi aku malas sbb gambar asal owl tu tak besar hahaha. Maka kenalaa lukis semula, nak tanak...


Aritu incik sayang buat demo lukis map kat aku gune adobe illustrator lam vector image. Suke sangattttt! Sbb kalo zoom besar mana ponnn dia takkan pecah. Malangnye aku tadek illustrator laa pulak. Kena gune photoshop gak laa nampak gaya nih

Pasal printing, kakak aku tolong tanye vendor kat kolej tempat dia keje, kad cemana leh dapat ngan harga 50 sen full color? Sekali dia cakap, tebal kertas tu cam kertas brochure je. HA HA HAA! Nak sangatttt dapat murah, hamekk! Kakak aku ponnn, dia pegi tanye 50 sen... Melampau tau! Aku mintak dia tanyekan kad cemana yg leh dapat ngan harga sen-sen, aku bajet, harga dekat2 singgit laa kan...

Takpe. Setelkan design perabis dulu, baru pk mana nak print. Setakat nih plan nak mintak Seri Creative yang printkan, tapi dengar kata dorang kat Melaka, jadi walaupun kad murah, cemana lak ngan delivery charge entahhhhh?

We'll think about that later.

Lagi satu, tengok map incik sayang yang aku tempek kat belakang kad ni. Aku masih kompius nak letak atau tak map dia sbb kad kitorang lain2 tau. Dalam design skang ni, cuma ada map dia je. Nama mak ayah dia menjemput sume tadekkkkk. Apekahhh!


Kalo tak letak map bliau, takut ada sedara/kawan2 aku yang nak gi belah sana, susah plak kalo tadek map. Dan kalo orang tengok kad kawen aku pon, sure orang tertanya2, ngan sape aku kawen ni? Orang mana? Bile majlis kat sana? Dan hensemkah bliau? Eh. Kalo nak letak pepanjang konpem tak muat kad aku. Letak map bliau kat page paling belakang pon dah lain macam niii... Huahuaaa.

Cemana aa?

Lagi satu lagi , aku plan nak ada gambo pre-wedding sket ni untuk bunting, deco ngan facebook invites. Tapi bukan nak photographer pro yang shootkan pon. Nak mintak tolong member2 je, janji selesa nak posing poyo2, kite tengok nanti member mana yg bakal jadi mangsaaaaaa. Keh kehhh!

Incik sayang kata nak buat pre-wedding shoot lepas puasa, yakni time raya. Tak rasa lambat sangat ke?? Sebab wedding aku btol2 sebulan lepas 1 syawal. Contra: Takut bunting tu tadek orang nak printkan last minute ngan harga bajet. Pro: Sempat diet sepam dua untuk kelihatan better lam gambar... Muahahaha.. Kalo camtu, saya setuju je laa sayang!

Lagipun time raya, parents incik sayang nak datang untuk berdiskusi kali terakhir ngan Mak aku. Jadi sesambil, bleh aku dan incik sayangku amek gamba skali sbb kat Kuantan ada kampung nelayan. Cantek kalo amek kat situ. Cam gambar kat bawah ni dari photographer yang aku sungguh tertawan dengannye sbb dia banyak gune wide angle lens. Malangnye ada bad review plak pasal dia.................... Tapi tu laa, satu je bad review, tak semestinya service dia sentiasa saks kan. Tapi woahhh, ada brani amek risk??


Tengah2 tengok update baru kat fotopages beliau ni, aku baru prasan ada gambar adik kepada kawan kakak aku yg kawen baru2 ni. Haha keciknya Kuantan! Nanti bleh tanya cemana servis phtographer tu ngan beliau.

Okay, masa untuk puteri ini beradu!






Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, July 30, 2010

72 Hari Lagi Yo!

Heppp lamanya tak apdet dia, hepppp biasanya! Aku risau gak ni lama tak apdet, dah laa blog suam-suam kuku, bile jarang2 apdet, mulelaa diriku dilupakan ngee :P

Tapi nak buat cemana, dah tadek privacy nak taip kat opis dah. Tak sempat catch up ngan semua updates lam bloglist aku, yakni blog koranglaa tu... Baca yang mana sempat je time dalam lrt ondeway to work. Kat opis, sile bayangkan aku duduk membelakangkan bilik one of the managers there, jadi skrin laptop aku strettt dia bleh nampak dari tempat dia okkkk (-_-")

Last week aku cuti dari Jumaat sampai Selasa, balik Ganu ngan family aku. Tujuan utama untuk holiday, tujuan sampingan, menjemput sedara mara untuk wedding aku nanti lah. Kitorang sumer dok kat Permai Inn, ai noe, mmg tak pnah dengar! :D Tapi hotel lain yg 'pernah dengar' sumer fully booked ape kes? Bukan cuti sekolah pon...

Hotel nih depan Pantai Batu Buruk, ianye diambil alih daripada Park Royal Inn (ok fine yg ni penah dengar). Ok tapi tu tak penting. Yang paling mabeles adalah hotel ni ada supper, start pukul 9mlm - 1 pagi! Tak pernah aku jumpe hotel yg ada supper. Memule ingatkan makan macam kuih2 je, tapi haritu siap ada nasik ayam, lasagna, roti jala etcs. Kalo incik sayang ada, konpem dia seronok. Keh2. Nyesal je kitorang tak turun supper 2 hari sebelum tu...

Paling bes kat Ganu adalah Mydin yang besar gilerrrrrrr tu...! Seriously kalo ada hypermarket Mydin camtu dekat2 sini, tadeknya aku nak layan JJ dah... Banyak benda2 yg sama cam Mydin tapi overpriced sangat kat JJ. Ngeeee. Sempatlaa aku beli barang-barang sikit untuk bilik pengantinku nanti... :))

Tatahan tengok gambar linda pakai tudung ngan skirt camni.
Photoshop je kot tudung ngan leggings tu ek? He heee.

Skarang dah kurang amek gambar sendiri sbb kamera iphone ngenggg bin ngokkk sangat... tak clear langsung gambar, jadi secara otomatis aku dah tak brape bernapsu nak camwhore2 nih dah. Rindu tepon Sony C905 aku for its camera; ngam2 rosak lepas dapat iphone, pandai btol dia timing... T_T

Sebab aku bleh work from home ini hari, makaaaaaa aku ajaklaa incik sayang pegi buat HIV test pagi tadi. Kalo nak ikut kadar kebizian tahap perdana menteri beliau tu, mmg takkan sempat. Sooo, marilah kite pegi mengikut jadual saya ye darlinggam... :D

Dah HAMPIR bleh kawen dahhhh...

Tapi malangnye, sampai2, rupenye HIV test kat Klinik Kesihatan Dato' Keramat nih kena buat appointment... Nak buat appointment arini dah full dah. Ada klinik lain bleh walk in je. Sehari maximum 10 appointments je bleh buat. Pastu, appointment bleh time petang je, 2.45pm - 5pm (or was it 6pm?) Monday to Friday. Sebelum test akan ada kaunseling sikit, semua tu makan masa dalam 2 jam dia cakap, bleh mintak timeslip.

Maka kitorang pon membelahkanlah diri lepas dah book appointment pukul 2pm on next Monday.

Bile dah tinggal 2 bulan lebih lagi ni kan, dah rasa taknak pk benda2 kecik dah nak DIY ke ape ke, rasa nak setelkan jeeee benda2 basic yg tinggal, janji setelll. Serabut bile pk semua benda. Bile cakap ngan Ija pon, aku macam malassss n stresss nak bincang pasal planning kawen dah, pasal impian perkahwinan pe sume, sebab aku rasa macam sia-sia je bile dah dekat sangat ngan majlis ni. Sbb it's time for reality check untuk aku, skarang ni masa untuk execution je sesuai ngan bajet terhad yg ada, bukan masa untuk berangan lebey-lebey dah sambil mengharapkan rezeki turun dari langit. Wuuuu...

Jumpe graffiti ni time balik dari klinik ngan incik sayang tadi.
Sapelaaa sudi nak seprais birthday gwe camni ek incik sayang? Sape??

Pasal pelamin, masih blom decide nak buat sendiri ke, sewa. Haritu balik Kuantan, lupe plak nak tanye abang aku pasal panel tu. Kat tepon tak bes laaa. Tapi tertekan gak kalo deal ngan abang aku tu. Kalo macam mintak tolong dia catkan umah, dia jawab, "Aku kawen dulu takyah cat umah baru pun takpe, blehhh je kawen?" Ataupun, "Laa... Nape? Tadek cat takbleh kawen ke??", ngan penuh sarkastiknya. Ngeeee itulah ayat-ayat peberet dia tuan-tuan. T_T

Tapi yang unsangkarablenya, last-last dia buat gakkk ape yg aku mintak tu. Cuma ego je tanak ngaku sangat dia menurut kata adik dia. Keh keh. Sayangggg Abang Nuar!

Abang aku lagi sorang ada balik dari Arab baru ni, dia tanya aku, "Nak aku sponsor ape dik?" Hahaha ringannn je mulut aku nak jawab: "Photographer!" Tapi bila memikirkan yg catering aku pon dia yg sponsor ngan penuh berbesar hatinya, aku rasa agak tak patut kot aku mintak dia sponsor photographer lagi? Tsk tskkk tengok dulu cemana...

Ok, nanti cerita lain ye? Aku nak tido jap. Pening2 lalat dah sbb tido lewat smalam n bangun awal pagi ni. Till then, have a blast weekend!!




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Wednesday, July 21, 2010

Just Married Car Plate

Harini lepas lunch aku terus chowww balik umah half day. Sakit mata terasa mencucuk. Tengok lens cam tadek scratch pon...

Balik umah, tido dari pukul 4 ptg camtu sampai kol 9 mlm! Segala panggilan telefon tidak dilayan... Kalo sakit mate memang mudah tido... Last2 bangun pon sebab rasa macam period. Fuhh that explains why rasa super duper exhausted!

Harini  ngan smalam berjaya tak makan nasik, tapi benda lain aku makan, tapi dalam keadaan berjaga-jaga lah. Tapi aku make sure minum air banyak. Pastu, smalam terjumpe jalan shortcut dari lrt ke opis! Haha jimat 5 minit bermakna kurang 5 minit jugaklaaa masa eksesais aku... T_T Ngeeeeee.

Just nak promote satu wedding-related site yang agak unik secara free. Ooh how I wish aku ni redmummy, from head to toe, holiday sumer orang sponsor. Giler laaaaaaaa.

Dah lama aku tempah ni, tapi skang baru nak tunjuk. Ingat nak simpan sampai hari kawen, tapi tatahan nak citer huahuaa (as usual ). Tapi ni artwork dia je, bukan the real thing. The real thing aku dah export balik Kuantan.

 A 'Just Married' Car Plate!
Tak jumpe plakk measurement dia...
Material dia sejibik cam plate kete biasa yang plastik tu. 

Ok ini dia punye saiz.
Ni sebab aku tak amek yang Malay punye.
Who would use 'Selamat Hari Pengantin'??

Aku plan nak gune as props untuk outdoor shooting ngan untuk rombongan cik kiah ke umah incik sayang nanti... Dan plan nak letak kat cermin belakang Chuck n drive around selama sebulan lepas kawen thee hee hee!

Lepas dah boring gune, maka blehlaa framekan kat dalam bilik tido. Let's see that as a friendly reminder to your husband, so that he won't forget your anniversary! Tapi 10 hb 10 kalau lupe jugak, mmg nak kena silambam tauuu...

Ni lagi satu yang aku beli dari website tu jugak, kchinggg!

Button badges untuk cik ija the bridesmaid ngan bestman incik sayang nanti

Aku apdet pasal ni sbb belum pernah tengok any B2B lam list aku wat entry pasal ni. Sharing is sexy you knowww.

Ok, masa untuk beradu!!



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,