Sunday, May 16, 2010

I Wish I Had 10k To Spend In Nilai 3!

And so did Ija!!

Tujuan datang aritu sbb nak carik wedding favours untuk tetamu.
Giler rambang mata... Walaupun harga taklaa murah mana.
Tapi yang penting pilihan banyak gilerrr.
Let's cuci mata ngan barang-barang yang wat aku tertarrek, menarrek, dan mmg de bombb!

Ni gambar2 kat macam2 kedai.







Sekali time nak balik dah tu, terjumpa kedai yang bes dan murahhh. 
Dah beli banyak2 kat kedai lain, baru jumpe kedai ni ngeee.  
Kedai ni mmg low profile sket, tapi percayalahhh, dia murah kalo compare ngan kedai-kedai lain untuk benda yang sama. Jadik kat Nilai ni, kena pandai2 laa carik kedai ye.
Jadik aku beli VIP favors kat sini walaupun tak plan pun dari awal nak beli lagi. Hehe.













Gambar VIP favors yang aku beli of course tadek lam gambar di atas... Marilah datang wedding aku nanti kalo nak tau dapat ape (tektik murahan yeah i know )! Susah giler nak dapat favors within budget, aku just nak samting yg bergune utk tetamu, takmo laa orang buang2 ishk.

Yang ni backup favors, kalo ditakdirkan tetibe ramai giler orang datang wedding aku not as expected. Apetah nama benda ni, yang orang gantung2 kat cermin kete tu.


Yang ni backup paperbag, silver n gold.

Ini beburung comel untuk wat hiasan hantaran nanti, ai loikkkk! Beli 4 ekor kalo tak silap.
Seriously aku kene wat list inventori sbb aku selalu lupe ape yang aku dah beli!




Bekas cincin untuk incik sayang, walaupun blom sure nak beli cincin kat dia ke tidak.. Ngeh2.


Ini cenderahati untuk semua tetamu! Kasik can laa nampak sipi-sipi... Tatahan!


Dan ni, box untuk isi favors, telur ngan sweets sudah sampai ari Jumaat lepas kat opis aku. 
Order dari oleolemanis, senang betul deal ngan dia ni.
Gumbiranya di hati, tak sabar nak hias...



Rasa nak pergi Nilai lagi je nanti! Aritu ada ajak Mak Incik Sayang pergi sekali kalau2 dia nak tengok2 apa2 ke... Dia memang nak. Kurang sejam je dari Gombak pun.

Seronoknyierrr buat persiapan kawen! Especially when your bestfriend is there with you! Oh btw, aku ada buat button untuk bridesmaid ngan best man aku nanti, yeahh!

Oh, aritu kitorang sampai2 je lapar, penatttt pusing carik kedai makan tapi tak jumpe, sampailaa finally jumpe kedai ni:



Restoran Hanya Satu!! Wakakaka!

Dahlah HANYA SATU, tutup plak tuuuuu. Soooo pusing punye pusing finally jumpelaa Marrybrown ngan foodcourt. Ingatkan hanya satu ni je! Hihi.

Ok, time to gooo! Will update later! Take care n be good!




Jaga diri & stay pretty!

Saturday, May 15, 2010

Guilty Pleasure, Blame Gary For This!

My life is now complete. *hakka dancing* Yeahhh you've heard it rite!

Sangat serba salah beli bendalah ni ekceli dalam keadaan dah nak kawen dah ni.
Tapi tatahan tengok Gary the Colleague gune hari2, dia punye kaler oren teranggg weee!
Tiap2 hari aku curi2 pandang dari ekor mataku ini.

Gary macam my secret idol kat opis, he's the clown in the bilik meeting.
I love his style, his stuff n everything!
Calculator dia pon kaler oren, macam berkaca gitu material dia, what do we call the thing?
Laptop Gary, Dell kaler merah terang, very der shining!
Gary suke pasang kipas merah usb dia, and we always hear him complaining;
"It's warm around here, don't u think?"
Baju2 dia sumer smart, muka dia babyface with sideburns, cracking jokes is really his thing.
Hari2 lepas lunch musti tapau taufufa makan kat bilik meeting!

The Gary I'm talking about at TGIF.

Sambung pasal bendalah yg aku maksudkan.
Beratur kat JJ nak bayar, tengok awek rambut pendek gune kaler pink terangggg tak tahannn.
Tengok iklan kat tv almost everyday, kenot tahannnn.
Ok fineee!!
I just have to have this one-of-a-kind!!
Takpe, pasni join support group for shopaholics bahahaha! Layannn!

Bukan yang ini.
Tatapi yang ini!

Hihiiiiii senang hatiii.

My calculator was often mistaken for iphone in a glance! Haha. Selalu kalo opismet nak pinjam calculator, aku akan cakap, "Nah, my iphone!" Dorang pon surprise sat, pastu bile tengok depan terus gelak. Hehe.


So last Thursday Gary dah notice, dia cakap, "Suda pakai iphoneeee...", ngan nada berlagu huhu. Aku sengih je. Ko taktau kerna kau aku beli Gary! Ko tak tau! He had no idea at all how much I admire him!




Jaga diri & stay pretty!

My Fiance, The Survivor.

Keadaan kat opis semakin tak memungkinkan untuk aku apdet selalu. Jadi harap time wiken camni je laa dapat apdet secara bes.

Kesimpulannye (tetibe kesimpulannye ), incik sayang warded kat HKL aritu tapi temperature dia tetap tak turun2. Kena sentiasa tuam ais kat kepala, baru laa badan tak panas. Masuk ari ke 3 kat spital kalo tak silap, dia cakap hidung dia bleeding dari pagi sampai tengahari tak henti-henti, dapatlaa satu mangkuk camtu kalo tadah. Huuuuuuu. Bile aku datang time lunch hour tu, bleeding stop kejap. Malam tu aku call Mak dia n Mak dia cakap dia dah masuk ICU sbb lepas aku balik tu, dia start bleeding balik.


Otw balik Kuantan, comel giler tido sambil peluk incik lembu pink yang nak bagi kat Kak Da :)))

Tunang aku masuk ICU?? Terus berderai2 air mata aku time tu... Mak dia cakap jangan risau, incik sayang sedar, dia dok kat ICU sbb senang doktor nak attend kalo apa2, kat wad biasa lambat sikit. Tapi mak dia mmg seorang yg tenang, tak mudah panik. Jadi kalo keadaan tengah teruk pun aku tak tau keadaan tengah teruk. Ishk ishk... Jadi time tu aku tak bajet dia sakit teruk sangat sampailaa bila dia dah kuar icu, baru aku tau platlet darah dia turun sampai 9 je, tu yg masuk ICU! Incik sayang cakap, normal patutnye 300 platlet!

Aku gugel2 tadi, platlet ni fungsinye 'mengikat' darah kita. Yee mari belajar Biology semula sbb sumer dah lupe. Kalo tadek platlet, darah bleh kuar camtu je dari gusi ngan hidung. Patutlaa before incik sayang masuk ICU tu, darah kuar banyak dari hidung, maksudnye platlet dia makin kurang le tu... Aku ingatkan sbb badan terlalu panas...

So sambung balik. Bile aku datang tengok dia kat ICU, pemandangan sekitar mmg kelihatan tidak memberangsangkan. Sume orang keliling dia kurus tinggal tulang, sume orang muke ngah 'struggle' sangat huuuuuuuuuuu. Wad sebelum ni, muke memasing cam demam ala-ala je.

Incik Sayang bagi nama si mata buntang ini, Hassan.
Dah kuar icu baru dapat bagi kat bliau ni :)

Aku tak suke spital, emosi aku rasa berkecamuk bile datang spital. Especially allergic kalo tengok ada orang tua pakai kopiah, baju tshirt pagoda ngan kain pelikat petak2... Aduhhh teringat sangat kat Ayah aku... Aritu siap nampak sorang pakcik tu sejibik pakai camtu pastu ngan slipper2 skali cam slipper Ayah aku... Huuu lagi. Bleh otomatis berjuraian air mata kat situ jugak.

So, selama sehari semalam incik sayang dok kat ICU. Mmg bedridden time tu sbb dia langsung takleh bangun, jadi dia nak makan2 pon takut sbb tak selesa membuang dengan bantuan nurse uhuuu. Sooo long story short (but is already a long story ), lepas kuar ICU tu he's getting better, sampailaa semalam dia dah discharged dari spital dah. Tapi temperature masey kekadang panas sejuk... Bukan senang nak bebetul sembuh...

Kesimpulannye, kalo kena denggi, silelaa bagi perhatian tak berbelah bagi to your loved ones. Dia beruntung ada Mak yg penyayang giler, tak henti-henti jaga dia walaupun mak dia pon lam proses nak sembuh denggi gak. Mak dia cakap kat orang yg datang melawat, "Saya jadi kuat sebab nak jaga dia (incik sayang) walaupun saya pun badan lemah2 lagi sebab belum betul2 sembuh."

Kasihnya ibu...

So siang tadi aku gi jenguk lagi incik sayang time lunch sambil bawak meatball idaman dia yg aku buat mlm tadi. Dia baru ada napsu makan since seminggu warded, it's so unhim!! So bile dia kate teringin je smalam, aku terus buattt sementara dia ada appetite ni huuuu. Walaupun ekceli dia teringin mkn meatballs William's, tapi sebab malas gi William's jauh sangat, dengan penuh gagahnye akak gugel recipe ala2 william's (gugel je pun ). Siap letak cheese kat tengah.

Time ngah makan bertiga ngan mak dia, aku nampak incik sayang sengihhhh je tengok aku. "Nape??", aku tanye. Dia cakap, "Seronoklah tengok anda ada n lunch sekali kat sini..." Olololo... Blushed sebentar di situ!

Breadcrumbs macam tak cukup, jadik ngan bread-breadnya sekali campo sekali.. Hahaha. Jadik ala meatloaf dah 



Maka terhasillah!

Sama macam William's punye dari segi bentuk tak sekata je.. Wahahaha!


Pastu singgah carrefour jap beli kuah chicken carbonara untuk makan ngan meatball.

Kasihnye tunang...

Keh keh keh.

Aku tanye: "Amacam yang, macam william punye tak meatball orang?"
Bliau: "Macam ni laa william punye!!", kata bliau ngah penuh convincingnya, sambil makan tanpa henti. PRICELESS!

So inilah recipe meatball BAJET-WILLIAM'S untuk future reference:

1. 1kg of Ramly minced beef
2. 2 cups of French bread's breadcrumbs (kikis roti tu sampai licinn)
3. 2 eggs
4. 3 cloves garlic
5. Salt, pepper & pati ikan bilis (or ajinomoto etcs) to taste

Gaul semuanya, bentuk bulat2, letak cheese kat tengah kalau mau, then goreng!! Siappppp.

Skian. Banyak nak stori lagi niii dan banyak gambar nak share pasal wedding prep! Tungguuuuuu!





Jaga diri & stay pretty!

Tuesday, May 11, 2010

Ni Nyamuk Kuantan Atau Nyamuk Keramat Punye Keje Ni.

Ari Rabu lepas Incik Sayang masuk spital sbb denggi. Selasa tu aku ikut mak n abah dia gi spital anta dia, tapi sebab baru Day 2 demam, jadik orang spital tu suruh dia balik dulu, sbb kalo hari ke-3 demam baru dapat detect ada denggi ke tak, hari ke-2 belum dapat detect.

Lesson learnt. Slama ni aku ingat orang spital malas layan orang demam2 biasa ni, tunggu teruk sikit baru dia layan :D

Mmg lengkap simptom dia. Demam kuat tiba-tiba. Mata rasa sakit macam nak terkeluar. Sakit kepala nonstop, lain ngan migraine sbb kalo migrain, dia sekejap-sekejap je. Pastu sakit kat area tulang belakang. Patutlaa dorang panggil denggi ni break-bone fever, mmg rasa macam nak pecah tulang agaknye :(

Then hari rabu lepas tu, Day 3 dia demam. Lunchtime tu aku gi tengok dia kat umah terbaring je... Kesian sangat. Time dia terbaring tu, dia pandangggg je kat aku ngan pandangan lemah, pastu dia pegang tangan cakap, "Time kasih datang tengok b..." Huuu sempat lagi cakap time kasih tu... Tak penah aku tengok dia dalam keadaan camtu.

Petang tu Abah incik sayang bawak gi spital n terus admitted, pastu dia mmg confirm denggi.

(To be continued sbb aku mau apdet facebook dulu.)



Jaga diri & stay pretty!

Tuesday, May 4, 2010

Googling For DIY Lanterns Lighting

Banyak nak apdet ni, tapi seperti biasa, keadaan sekeliling tidak membenarkan.

Smalam, dalam kesedihan, dah TER-overspent kat ikea beli macam2 huuuuuu. Dan wedding bajetku pun berlalu bersama angin lalu~~~

Takpe, yg dah berlalu biarkan berlalu. *tepok bahu sendiri* Lagipun banyak yg dibeli tu khas untuk wedding aku jugak nanti. Dan secara otomatik, bilik pengantin aku akan DIY je nanti walaupun initial plan adalah nak amek pakej hiasan bilik tido sekali ngan pelamin. Sukati je tukar plan muhahaha. Maklumlaa wedding sendiri :D

I really really want lanterns for my wedding. LOADS of them. Jadik aku ngah in the midst of looking for the best priced lanterns on the net, ngan tengah carik DIY tutorials untuk wat lighting dia, preferably yg gune LED takyah pakai wire.

Just to update u on my current doings!

Wish me luck!

And oh! Harini Day 1 sesi pendietan ngan satu produk yg telah berkesan kat kakak2 ku. Nanti aku cite!





Jaga diri & stay pretty!