Friday, December 21, 2012

Gundah dan Tersepit.

Kecik hatinya dengan kakak aku...

Tadi aku aplod status ni kat fb, sebab macam terpana lepas baca ayat Fynn Jamal nih, tambah2 ada feeling jiwangge dengan incik sayang sbb esok birthday dia.. Pe kaitan ntah.. T_T

"Dengan selaut dosa yàng aku pikul di bahu ini,
Menyerah taat dan kasih untuk suami
Dan anaklah harapan aku dalam mengimbang semula masa depan aku di mahsyar sana.

Mereka--
Sesungguhnya--
Lubuk pahala.

Moga2 diizin Tuhan utk aku berlama2 memberi segalanya demi mereka.

Selamat menyebar cinta, para isteri dan bunda2 di luar sana.
Besar mana mana megahnya--
Tinggi mana dongaknya--
Seorang perempuan tidak di depan duduknya.

Kecuali menjadi temulang di belakang jua."

Fynn Jamal, October 2012.

Skali kakak aku komen yang buat jiwa Leo aku terus berdebar2 dengan rasa nak marah:





Ayat tu buat aku terfikir yang kakak aku tak puas hati kat aku, yang seolahnya dah lupakan mak aku yg tengah sakit kat kampung ni. Sedey :( Bila aku tunjukkan rasa sayang kat suami kat fb bukan maksudnya aku lupekan mak kat kampung.. Sampai hati dia kalau dia pk camtu.. Aku bukan tak balik kampung, dah 2x aku balik sebenarnye, mmglah tak banyak kali tapi aku mmg tunjuk effort yang bukan aku tak pedulikan mak aku..

Kalau boleh mmg aku nak sentiasa balik kampung jenguk mak aku. Tapi stakat mana aku
boleh buat tu? Dengan belen cuti tinggal sehari untuk tahun ni, dan dengan keadaan aku sihat tak sihat nak naik kereta jauh2 ni sbb pregnancy.. Sedey laa... Rasa helpless.

Suami - kunci aku ke syurga. Ibu - orang yang paling banyak berjasa pada aku sepanjang hayat dia. Kerja - aku perlu keje supaya aku tak menyusahkan orang lain dengan kewangan aku!

Bukan suami aku tak izinkan aku balik kampung, tapi aku sendiri yang tak larat sebenarnya. Bila tak larat, akan affect keje aku, sbb aku tak larat nak ke opis sekembalinya dari kampung. Aku mmg btol2 berharap adik2 beradik 6 orang lagi kat kampung tolong jagakan mak aku dan mak mereka jugak.

Bila aku baca semua ayat kat atas ni, semua ayat berpaksikan aku semata. Aku selfish, aku pk pasal diri sendiri je. Nanti kalau aku dah tua, aku nak ke ada sorang anak yang dok kat KL then tak dapat slalu balik kampung jaga aku? Mestila taknak. Aku patutnya takde alasan untuk balik jaga mak aku, sbb semua orang punye alasan diorang sendiri..

Akupun taktau nak buat macam mana skang ni... :(




Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

6 comments:

. i . n . a . z . said...

its not easy nak menyenangkan hati semua orang. asalkan your mum tau u care for her, n u yourself know your duty as a daughter, tu dah cukup. orang boleh menghukum tapi orang tak tahu keadaan sebenar. dan satu lagi, waktu emngandung memang baaaaaaanyak sangat dugaan. be strong n be happy supaya baby tak jadi sulky.

Fara said...

sabarlah laling.. mungkin kakak hanya nak ingat kan saja supaya jgn lupe kan pengorbanan ibu juga.. mungkin laa..

i know emosi u skang ni tak brape nak stable.. org peknen kan.. i feel u.. i pon having the same situation..

i ni dekat plak.. selayang je.. tu pon dah 2 minggu x balik betul2 jenguk bapak.. kakak pon ade perli jugak.. mmg ikutkan takleh laa kasi alasan all this while duduk skali tp now dah dok sndiri ape salahnye kakak plak yg take over kan.. sbb tu tgjwb i jugak kene jaga.. camne skali pon.. tapi ntah laa.. ape lak i merapu ni? heheheeh... saba ye laling.. jgn sedey tau.. take care.. ;-)

Reen Tart Nenas said...

mcm x patut kakak ckp mcm tu. lagi pun hal keluarga tak perlu tulis kat fb. kan ada sedara lain. tp xpe. maybe dia tak faham. maybe u bleh ckp baik2 nanti n insyallah die faham.

kalau boleh amik unpaid leave jaga mak seminggu kat kg. mmg akan tolak gaji tp mana tau semua tu menyenangkan semua pihak. syukur sebab suami memahami. yang penting, kita jgn ada rasa guilty pada mak, dan mak memang faham keadaan kite. yang penting mak faham.

cuba utk jgn stress sgt nanti takut effect kat baby :) have a great weekend dear.

insyallah nanti kakak tu faham la tu :)

cha said...

kesiannya. u explainla kat your siblings situasi u. bila dh explain insyaallah dorg akan faham. siapa tak sayang insan yg dah melahir dan membesarkan kita kan. tapi tak semua org faham situasi kita. be strong ye :)

btw follow u :)

gadis jumaat said...

tengkiu inaz, fara, reen n cha.. appreciate your understanding.. :") alhamdulillah kelmarin dah call kakak n sembang2 tanye khabar dia n mak apa sumer, dia okay je.. macam takde nak marah kat ai ke apa.. agaknye ayat dia kat fb tu cam friendly reminder je laa kot, anggaplaa huhu.. dalam keadaan camni mmg senang timbul salah paham...

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.