Pretty Rain Outside My Window
Thursday, August 22, 2024
Finally A Place We Can Call Our Home.
So finally the day has arrived... Abang aku nak jual rumah ni kat aku dengan nilai 250k-300k less dari value sebenar dia.. Banker n lawyer pun cakap kalau you taknak umah ni i nak! Sebab sangat murah. Apa ampa ingat abiang aku tu nak juai kat ampa dengan harga yang sama ke.. Hahaha memang tak laaa. Selama ni pun memang dia bagi aku dok free je kat rumah dia tu. Aku macam Ya Allah abang aku ni tahap pemurah dia bukan calang-calang.. Semoga Allah masukkan dia n keluarga dalam syurga tanpa hisab dek banyak sangat dah dia berbakti kat family n kat aku adiknya yang belum ada rumah ni.. Dia betul-betul nak tolong. Memang lepas sign agreement tu aku peluk dia n kakak ipar sungguh2 n cakap terima kasih sangat sebab jual harga ni kat Adik n tolong Adik macam-macam sebelum ni... Memang menangis laaa. Lusanya tu dia dah gerak balik Saudi dah... Just ngam2 je timing untuk dia sign SPA tu sebelum dia pergi.
Abang aku ni plak tahap baik dia tu, dia dok ckp kat laki aku depan wife dia, "Letak harga mahal pun bukan ada orang nak beli.. Susah nak jual. Lagipun banyak nak kena repair rumah tu." Macam nak cakap dia bukan berkorban sangat pun, gitu. Just macam nak pujuk kakak ipar aku je kot. Sebab kakak ipar aku tu tataulaaa betul2 setuju tak dengan harga yang abang aku letgo kat aku tu, aku assume dia setuju je lah kan, takkan abang aku sanggup bergado ngn wife dia sebab aku pulak. Kalau ikutkan memula kakak ipar aku sebut harga yang 100k lebih dari sekarang. Tu kitorang tak sanggup la. Pastu abang aku turunkan lagi 100k jadi barulah aku nampak cahaya sket...
So, kakak ipar aku tu, dia sejenis muka ketat n nampak sombong sangat2 tapi aku hadap je after all family kan, walaupun dulu aku selalu bengkek jugak. Jenis yang tak mesra sangat dan kadang jenis cakap direct gitu. Tapi ekceli dia baik je, kalau balik Malaysia memang macam2 dia akan belikan untuk whole family. Kalau diorang bercuti pun, balik Malaysia memang beli macam2 souvenirs utk seluruh family...
Dari zaman mak aku ada lagi pon, mak aku few times la kecik ati ngan dia sebab pesen dia jenis tarik muka gitu dengan mak aku, takde nak manis muka selalu, contoh sebab simple je, dia tak selesa duduk rumah mak aku kat kuantan tu sbb panas takde aircond. Tapi mak aku kata, biarlah mak aku kecik ati sikit2 tu asalkan abang aku dan isteri dia tak gado takpelah. Tapi dalam tarik2 muka dia tu, dia pernah hadiahkan mak aku rantai emas besar gila so I guess that's how she is. Dan abang aku pun sentiasa bagi duit kat mak aku, jadi dari segi tu takdela wife dia menghalang..
Good and bad can live side by side, aite?
So bila abang aku dah jual dengan harga discounted gila2 tu barulah aku mampu nak bayar bulan-bulan n urusan ngan bank pun smooth je sebab aku takde loan lain dengan bank dah, credit card pun dah takde jadi senang lulus.
Tapi laki aku letak sedebuk la down payment untuk rumah ni.. Dari duit dia jual rumah lama dia. Kalau tak memang haku tetap tak mampu gak beli umah ni tanpa dia. Mampuih nak bayar sorang-sorang!
Aku respect laki aku sebab dia bagi full trust kat aku. Sebab umah ni nama aku sorang je, sebab asalnya nak 2 nama, nama aku n dia tapi somehow bank cakap tak boleh. Maybe sebab dia belum kerja tu la. Pelik sebab bank mula2 cakap, kalau nak ada 2 nama kat rumah, suami aku kena jadi guarantor. Kat loan nama aku sorang je.
Lepas tu bank check n cakap tak boleh pulak letak nama suami aku.. Tapi yang peliknya, takyah ada guarantor lain pulak sebagai ganti. Aku pun tapaham kenapa, sebab kakak aku pun beli rumah haritu tapi bleh je letak 2 nama walaupun suami dia dah pencen.
Aku tanya lawyer, lawyer cakap maybe bank dah tak perlu guarantor sebab aku keje dengan company yg kira stable dan aku pun dah almost 13 tahun kat kompeni yang sama. Pastu takde komitmen lain dengan bank. Padahal dulu aku punyela tak konfiden bleh lepas loan sebab masa muda dulu banyak laaa lambat bayar kete kat bank huhu. Sekali lepas ngan cemerlang pulak.. Maybe sebab dah takde rekod sebab dah lama kot.
Pastu laki aku transferkan duit dia sedebuk untuk aku pegang untuk tujuan repair/renovate umah tu. Tu pun aku terharu n appreciate sangat sebab dia percaya kat aku. Sebab aku sendiri pun tak berapa nak percaya diri aku kalau pegang duit banyak2 takut esok habis kat shopee muakakaka! Takdelah.. Duit sendiri mmg aku boros tapi kalau duit bersama camni idoklah aku nak memandai2 perabihkan boreh.. Apa2 perbelanjaan rumah semua aku catat n share ngan dia.
Tapi semalam aku melawak gak la nak tengok dia cuak tak, "Okay bye nak lari Siam dahhh dah dapat duit banyak." Pastu pagi tadi masa anta aku gi keje, dia plak usik aku cakap, "Haa ni confirm gi kerja ke gi Siam ni dah dapat duit banyak?" Ekekeke mesti ada sedikit cuak dalam diri dia kannnn. Lari betul baru tau... 😄
So... That's about it. Walaupun dah lama duduk rumah tu tapi skang tengah eksaited nak mula cantikkan umah sebab dah jadi rumah sendiri kan.. Macam2 projek diy aku plan dalam kepala ni. Antaranya, nak revamp dapo aku tu jadi tema retro sket. Wahhhh idea kemahennn lagi hasilnye tataulaa camno nanti! Aku onz je projek macam2 tapi si kecik tu dok pelok kaki la dok menanges la.. Memang jadi terencat laa projek2 diy aku semua. Macam baru ni aku try betulkan sendiri tangga kat umah tu sbb ada anai2.. Aku cabut semua parquet n ganti vinyl. Memang ssh nak siapkan sebab si kecik tu nak nyibuk jeeeee dok kat tangga sama2 ngrrr. Aku sambil buat keje potong n gam vinyl, dia sama bertenggek kat tangga tu sebelah bontotku. Dah camno??
Skang bajet yang ada kena dulukan benda2 wajib mcm baiki atap, plumbing n lantai pe sume.. Ada lebih2 sikit tu barulah bleh buat benda2 sunat mcm mencantikkan dapo n hall tapi mostly kena buat sendiri takleh upah orang la... Kalau tak, bajet konfem skyrocketed lah!
Nanti kalau rajin aku share projek revamp dapo aku tu kat sini. Macam blog2 mat saleh kan, tengok bes je hasil dorang tambah yang tau menukang tu.. Nanti kalau share lelebih kat story/status orang ckp apa pulak kan...
So till then! Much love and God bless! 💖
You know you love me! XOXO,
-Scha
Of Stepdaughters.
Si Adik hari-hari tak sah kalau tak nangis, merengek yang tak ketahuan, sebab dia makin non-verbal. Nak apa-apa pun dia tak cakap dia just merengek atau menangis. Laki aku pun tatahan, dok suruh dia cakap tapi tak cakap jugak walaupun dia boleh cakap. Cuma yang buat aku lebih bertahan sekarang sebab aku dah pasang baby gate antara hall dengan ruang tengah, pastu antara ruang tengah dan dapur. Jadi kalau dia mengamuk ke menangis ke at least ada jarak antara aku ngan dia. Time aku dok kat hall memang tak bagi la dia dok kat hall sama sebab dia jenis tak dok diam.
Ulang-alik ulang-alik, merengek etc etc jadi anda sila duduk di ruangan tengah ya sebelum Amma jadi resakse. Pastu haritu dah kemas tingkat atas jadi budak-budak dah start tido atas. Jadi amanlah sikit aku takde nak ngadap dorang 24jam, ada masa dia naik atas healing (dia pon tau nak healingggg 😝) tu tenangla sikit kat bawah ni tak bising. Tinggal aku, Maya n seben kat hall. Yam selalunya kat ruang tengah tu kat meja study dia. Si Kakak pun patutnya situ tapi suka sangatttt pergi tempat yang dilarang iaitu hall.
Si Kakak ni sejenis degil sket, berkali-kali aku cakap takyah dok kat hall time aku ada tapi dia tetaplahhhh sekali sekala mesti datang gak. Last-last aku jadi malas nak layan budak yang jenis tak dengar cakap ni (bukan dalam hal ni je la), aku jadi malas nak berckp ngn dia n selalu anggap dia tak wujud je untuk ketenangan hati aku.
Selalu bad mood dalam rumah tu sebab si Kakak ni lah. Tataula nape aku mmg tak bolehla ngan dia. Agaknye sebab banyak perangai dia trigger hangen dalam badan aku ni, dan masalah dia susah nak dengar cakap, jadi aku tak berjaya nak suka dia lagi apetah lagi nak sayang sebagai anak. Ni aku layan dia seadanya je lah semampu aku, sebab aku sayang suami aku dan itu anak dia. Suami aku pun kerap hangen jugak dengan si Kakak ni sebab macam2 perangai dia, tapi ofkos la dah anak sendiri tetapla sayang. Aku ni je.
Segala benda berkaitan Kakak tu tak kena kat mata aku. Dahla dok jalan terjingkit-jingkit, dah jenuh mak sedara dia n aku marah tapi tetap ulang. Kecuali dia nampak aku dok perati dia, cepat-cepat dia betulkan jalan dia. Sakit mata tau mcm cacat padahal ko tak cacat pun. Dia ingat comel agaknya jalan jingkit n berhayun camtu. Pastu dia ni ada eczema pastu tangan tu sentiasa dok garu semua la especially bontot... Tu yang aku geli sket ngan dia kalau dia dok kat hall tu.
Pastu ketagih fon dan degilllll sangat pasal tu. Aku aritu dah givap aku cakap kat seben aku taknak amek tau dah. Tapi sebab dah dok serumah jadi mcm kena ambik tau jugak, pastu sebab dah jadi macam anak aku plak anak tiri dalam rumah tu, kena buat banyak keje, dia dok rilex main fon je, jadi aku installkan family link kat fon dia. Laki aku camtu la, tak tegas langsung. Sekali sekala je dia marah. Si Kakak tu gila main roblox, bleh mengadap game tu berejam pastu duduk bongkok. Dah jenuh aku tego, dok camtula jugak. Kita ni risau nanti dia jadi cam ibu dia bongkok kang nanti nyusahkan seben kita jugak. Skang memang tak la... Aku dah limitkan 2 jam je sehari, tu pun kira dah banyak kot.
Memula aritu dia withdrawal symptom sket, jadi dia tatahan ketagih dia gi rembat fon adik dia plak senyap2. Pastu tak bother pun nak sorok fon tu bila aku dtg dkt dia, dah tau aku dok kontrol screen time dia kan. So aku tambah la hukuman, kalau curi2 tgk fon adik, dia takleh tengok fon dia seminggu. Tu pun few times dia langgar jugak lagi. Punyela degil, aku geram sangat sbb dia berulang degil takleh patuh arahan, aku mengamuk jugak tarik rambut dia. Heee sabar je laaa kalau anak sendiri camtu dah kena balun.
Dia kalau tak tengok fon, tengok tv. Pastu berdiri depan tv tu macam nak masuk dalam tv. Tu pun jenuh dah aku tego n marah, still tak dengar jugak. Aku letih dengan dia ni sebab Yam jenis senang, biasa suruh sekali dua dia dengar dah.. Yang nih? Bila kena mengadap anak orang lain yang payah nak dengar cakap gini, aku letih.. Aku ni bukan Mak kau tau tak.. Kalau mak sendiri bila kau buat pangai, pertalian darah tu yang buat dia bertahan n terus sayang kau.. Tu yang kalau aku bebel-bebel kat dia depan husband, aku cakap kalau dok perangai tak dengar cakap macam ni, macam mana orang nak sayang? Macam mana? Eh tak habisla cite pasal dia ni.
Tu aku cuba mengelak dan mengelak je dari nak kena deal ngan dia. Tapi dia tu suka sangat nak mengendeng ngan aku. Aku ada jugak meluah kat adik ipar pasal perangai si Kakak ni and she totally gets it. Agaknye tu lah punca jugak dorang taknak jagakan Adik n Kakak masa kitorang pergi Siam aritu. Kakak ni sejenis budak yang kita tengok dan takbleh nak suka tau tak... Sebab kakak2 aku yang jenis suka budak pun takde nak suka kat dia. Hee habisla kena kecam ngan reader wakakaka... Tak suka skip eh. Aku ni nak meluah je, kat mana lagi kalau bukan blog dan kat Ija.. Wahha!
Kadang mmg aku muhasabah diri aku, kenapalaa aku susah sangat nak suka dia ni. Bukan issue jeles nak berebut kasih sayang suami ke apa. Dan aku pun suka layan bebudak, mcm anak sedara suami aku tu aku bleh peluk n riba sbb certain budak punya personaliti kita bleh cepat suka just like that je.. Pastu mesti laki aku berbulu je kan sbb aku takde buat macam tu ngan anak2 dia.. Awal2 dulu tu adalah tapi tu time belum duduk serumah belum kenal lagi...
Ni dia punya personaliti tu cukuplah aku tak berkenan, perangai suka meminta-minta walaupun tak diberi. Kadang-kadang kita dah bagi kat dia something tapi dia still mintak yang lain yang kita punya tapi tak bagi kat dia tu. Eeeee tu memang buat aku hangen macam tak tau bersyukur. Dengan Adik dia pun kerap berebut n rampas dari tangan Adik dia, eh aku macam, kau nihhhhhh adik sendiri kot tuuuu! Macam Yam tak pernah mintak-mintak dengan suami aku kot.. Dia diam je walaupun teringin apa-apa yang suami aku punya. Habis-habis dia bisik kat aku.
Aku cite kat Ija, Ija mmg faham sangat-sangat tapi kalau salah sorang kakak aku kat Kuantan, memang nampak aku la keras sangat ngn si Kakak, dia tak dok sekali n dia not in my shoes so dia tak paham.. Yang nampak jahat ni aku je la, si mak tiri. So skang aku pandang situasi mak-mak tiri seantero Malaya dari sudut yang berbeza gittew... Macam cite Khunsa, mcm cite dulu-dulu mak-mak tiri digambarkan kejam dan jahat. Hah! Sekarang aku di tempat tu. Ada sebab hokeyyy bukan sesaje laaa nak jadi garang...
Tuhla kalau cite pasal dia ni rasa banyak sangat nak diluahkan sampai dah panjang entry. Padahal aku nak cite pasal benda lain tadi.. So aku cite in next entry ye..
You know you love me! XOXO,
-Scha
Everything Will Pass.
Takde mood buat keje lately walaupun keje bleh tahan bersusun. Aku stress laaa bos aku ni dengan kitorang tak bercakap sangat tapi dia hari-hari on call dengan anak dia rasanya, hari-hari pick up call mesti cakap, "Mei sei, kong?" Hari-hari sebut 'Tang Ling' dipercayai nama anak dia, kerap jugak naik suara marahkan anak dia tu entah apa laa dia buat. Anak dia macam autism ke apa kot... Lain sikit bunyinya.
Kadang aku rasa nak meluah tapi taknak manusia yang kenal aku tau. Tu yang cari blog ni semula. Aku tempted nak menulis kat Thread tp sebab dia link ngan IG and FB, tak bestla nanti ramai kawan-kawan baca. Kena create account anonymous dulu.
Lama dah aku tak contact Izal, 4 bulan. Ke baru kejap eh? Huhu. Rasa macam ages. Memang menahan diri dari cari dia. Last kitorang contact time raya aidilfitri dia mintak gambar tapi aku tak bagi. Aku dah bosan. Ko takde keje lain ke selain mintak pic and pic and pic haaaa? Dasar pig betul sorry not sorry. Jahatlah ko ni sebenarnya tapi aku tetap tak boleh benci. Tetap datang time teringat-teringat n sakit dada aku ni tau tak. Kadang orang tatau, atau tak pernah peduli, kesan tindakan dia dalam hidup orang yang dia tinggalkan ni tau tak.
Dia pk habis situ, situ je la. Dia tak pk trauma sepanjang hayat bila teringat kenangan yang dia tinggalkan n impian yang dia renggut camtu je macam manusia takde perasaan tu. Tak pernah ada closure. Tak pernah mintak maaf. Tapi stilllll aku tak dapat nak bencikan dia macam aku benci n meluat dengan ex-ex aku. Benci tu benci tapi sekejap n rasa kasih kat dia yang tak pernah pergi tu masih menebal tak bleh outweigh rasa benci kat dia tu..
Kadang kita just nak closure. Ni dia biar unsettling camni pastu play victim kata aku yang tinggalkan dia sebab aku yang dah kahwin, dia tak pernah tinggalkan aku. Taik kucing dia laaaa. Ko cakap je la, "Selama ni Abg memang sayangkan Syg.. Tapi Abg dah jumpa someone dekat sini jadi Abg dah berubah. Maafkan Abg." Dah cukup. Atau, "Mintak maaf selama ni Abg cuma mainkan Syg tak sangka Syg jadi deep sampai macam ni. Abg btol2 mintak maaf."
Ini dia menyepi gitu je tak pernah mengaku ada orang lain ke apa... Terkontang-kanting dulu aku menunggu apa punca dia buat aku gini. Mintak maaf jauh sekali. Aku cuma doakan dia dapat balasan sebijik cam aku rasa ni je la n dia akan ingat apa yang dia buat kat aku masa tu. Macam ada confession aku baca aritu tajuk Kifarah, pasal dia mainkan sorg perempuan sampai tahap belikan cincin tanda, bagi harapan pe sume, sekali rupanya mmg tak berniat nak serious pon n lastly kawen ngn org lain.
Pastu dia mmg dah selalu mainkan perempuan lain sblm ni. Cuma kalini dia teringat perempuan tu sebab perempuan tu doakan dia 'semoga kekecewaan u datang dari isteri u sendiri', mmg dia skang tengah mengadap isteri dia yang asalnye mmg dreamgirl dia skang berat dah makin naik tambah masalah PCOS n masih tak dapat anak... Lantas dia pun teringat kat perempuan yang dia mainkan tu.
Aku pun nak harapkan Izal camtu, tapi Izal tu sejenis peti ais keras la jiwa dia... Entah apa je weak point dia. Apa-apa pun gitulah... Hidup still kena terus. Dapat lelaki baik macam suami aku dan at least komited ngan aku pun cukuplah.. Jangan dia pun buat perangai nanti nauzubillah lah.. Aku bukan tak move on tapi itulah benda2 yang lepas ni masih bergayutan kat aku, susah nak lepaskan aku and it's part of my life kan.
Tapi itulah dulu aku rasa aku takkan boleh lupakan first ex yang paling aku sayang, tapi akhirnya dalam setahun dua gitu aku dah bleh bebetul lepas n takde langsung rasa apa dah sampai dia nak berbaik semula pun aku dah tak hingin. Skang dia pun dah meninggal. Si Izal ni plak, skang mmg rasa tak possible nak lupa, setiap kali teringat kata-kata kasih sayang rindu dendam dia dulu hati aku sakit. Setiap kali ingat janji dia hati aku menangis. Ada lagu yang aku dengar yang buat aku rasa nak teghiakkkk tapi kutahankan. Kalau time takde org mmg time dtg gila tu aku masih menangis dan menangis teringat segala kenangan. Emang daser ko kan Izal.. Buat aku jadi camni. Dari kau yang memula terhegeh-hegeh kat aku setelah dirijek 18x, skang aku pulak yang lebih terhegeh-hegeh.
Begitulah lelaki!
You know you love me! XOXO,
-Scha
Wednesday, October 18, 2023
Tahukah Sekali-Sekala Jiwaku Bergelora?
Dear Blog,
Lama aku tak menulis kan. Walau banyak kali datang keinginan nak menulis tu, tapi aku sejenis yang takut sangat tersalah taip, atau tersalah cakap, last-last aku matikan je la hasrat nak menulis tu takut kena kecam la, kena katala, etc etc. Itu yang last-last taip halfway and save as draft je.
Lainla kalau aku taip as anonymous takde sape kenal. Haa mau terupdate kerap gila blog ni then!
Saje nak update life sekarang... Aku dah bersalin bulan 5 haritu. Maternity leave 3 bulan punyala syok. Tengah bulan 8 gitu baru aku masuk opis. Since then mmg banyak work from home dan ambik cutila dalam dok menguruskan babyku ni. Member opis pun cakap aku baby blues lagi. Yela dalam fikiran ni majoriti pikir pasal baby je.
Dok pikir cukup tak susu? Banyak nanges tak dia.? Okay tak seben aku jaga dia? Haa buat masa sekarang husband aku jagakan dia dulu.. Agak dah tough sikit baru hantar nursery most prolly early 2024. Untunglah aku rasa selamat sikit bila husband sendiri yang jaga ni. Cuma kena adjust sikit-sikitlah bab financial tu.
Dok dia, dia, dari tadi kan. Nama baby aku Maya 😁 So matching la dengan nama Yam. So now aku ada 2 daughters - Maryam & Maya. And 2 stepdaughters - Kakak & Adik.
Di usia 40s bila dapat baby ni.. Lain betul perasaannya. Rasa lebih appreciate setiap moment tu sebab tau pasni takde peluang dah.. Banyak sabar sangat skang nak compare ngan masa aku dapat Yam dulu. Dulu dok stress je. Sekarang memang sabar je bila baby nanges ke apa.. Siap rasa comel sangat bila dia nanges tu hihi. Sesekali je rasa nak marah-marah sebab penat sangat or tak cukup tido ke.
Cuma ujian life aku skarang ni dari dua anak tiri aku tu. Tak taula kenapa memang banyak menguji kesabaran sungguh. Memang tak sama la perasaannya anak sendiri dengan anak tiri. Tak sama. Aku cakap ni bukan suka-suka nak bezakan tapi dia memang just like that. Haa. Sesuatu yang aku baru faham bila dah duduk sendiri serumah dengan diorang..
Ija lah tempat aku bercerita. Setia dengar semua. Walaupun kitorang jarang jumpa tapi chat tu almost everyday la. Memang masih berkawan baik dari zaman UTP lagi sampai skang. Memang syukur sangat aku ada bespren cam dia..
Banyak kali aku rasa givap dengan anak-anak tiri aku tu. Yang buat aku tahankan sebab suami baik sangat, aku pikir susah nak dapat orang macam dia dah. Sejenis yang flexible n memahami sangat dari segala segi.
Pastu baru ni aku mengidam sangat nak makan dimsum kat Hat Yai, so aku ajak la husband bercuti kat sana. Tapi nak kena tinggal anak-anak dia - Adik & Kakak, kakak kena tinggal untuk tengok2kan adik dia. Adik kena tinggal sebab Adik tu susah sikit nak kawal sebab plan nak naik ETS. Konfem la dia akan roaming around dari coach ke coach ETS tu, jadi benda yang patut gi bercuti jadi penuh dengan adegan sakit kepala lak nanti. Dia mild autism, so sejenis tak dok setempat la. Kadang datang mood dia nak menjerit kat public tu.. Haaa. Aku dah bleh bayang kalau bawak dia nanti, husband aku akan automatik fokus jaga dia je, aku kena banyak independent sambil jaga Maya. Aku pon jadi takleh nak mengada-ngada sangat nak manja ngan dia huhuuuu eh nak gak diaaa 😁
So husband pun mintak la tolong adik dia, kakak n abang dia untuk jagakan dorang dalam 4 hari, malangnye semua cakap ada hal. Mak husband aku sendiri pun takde offer nak tolong tengokkan, padahal cucu sendiri kot.. Tsk. Tapi aku faham la, sbb aku hari-hari ngadap dorang, aku tau la perangai dorang tu cemana. Si Kakak dengan sikap dependent dia sangat, umur dah 8 tahun tapi macam 6 tahun. Adik pulak sebab autistic tu kadang orang tatahan, umur dia 6 tahun. Kitorang ni mintak tolong tengokkan 4 hari je.. Aku pun perlukan time off dari bebudak tu jugak. Kadang aku pk, dorang ni ada pertalian darah pun dok menolak-nolak nak tolong jagakan sekali-sekala anak buah/cucu dorang tu, apetah lagi aku yang takde pertalian ni.
Jauh beza cara aku raised Yam dengan cara husband besarkan anak-anak dia. Dia sebab wife dok sakit je, jadi dia yg mostly jaga anak. Lakiku ni plak jenis sangat rajin jadi dia banyak buat semua benda untuk anak-anak dia, sebab dia pk lagi cepat dan senang kalau dia buatkan semua. Jadi bebudak tu grew up to be very dependent on him. Serba tak tau. Serba takut mencuba. Taknak cuba & cepat give up. Nak bukak beg tak tau. Nak bukak tupperware tatau. Apetah lagi benda-benda yg lagi susah kan. Jadi lemas aku dan Yam melayan. Pastu picky eater. Awal-awal dok ngan aku dok complain masakan aku ini tak sedap, itu tak sedap. Pedas sikit tak boleh. Dah dimanjakan dengan Ayah dorang. Taula laki bukan garang pon dengan anak-anak kan. Mmg spoiled sket yang sulung tu sebab seben aku tunggu 12 tahun kan nak dapat dia. Aku sebagai mak-mak masih percaya dengan bebudak ni kena paksakan sikit dan kena pekikkan jugak. So bab makan tu, dengan aku sorry la, apa yg terhidang tu ko makan. Tak makan, ko lapa. Takde nak masak special untuk ko. Haa gitu.
Yam pulak sebab mak ni tak rajin cam Ayah, jadi aku raised her to be very independent. Apa-apa cuba buat sendiri dulu. Family and kawan-kawan pun bleh nampak Yam tu independent sangat. Makan pun tak memilih, tak banyak complain. Jadi dari kecik kalau balik Kuantan memang abang2 n kakak2 aku semua tak kisah ajak Yam dok umah dorang sebab dia senang ditolak ke tepi ke tengah. Takde susah mana nak jaga dia. So tu lah bila in laws ku menolak nk jagakan anak-anak sebenku.. Aku rasa pelik lak.
Ija cakap patut family suamiku syukur la sebab suami aku dah kawen ngan
aku so ada org yg akan tengokkan bebudak tu hari-hari kan. Kalau aku
takde, sikit sebanyak dorang pun kena tolong tengokkan anak-anak buah
dorang tu kan, dah nama anak yatim. So sesekali kasi la ruang untuk aku
bernapas gak dari bebudak tu... Karang nanti sikit-sikit mak tiri jugak
yang jahat..
Kakak pulak dah terlebih anggap aku mak dia. Perangai dia tu aku rasa Yam yang sepatutnya perangai gitu. Setiap apa aku beli, dia rasa entitled untuk dapat. Dia tak mintak ngan Ayah dia pulak. Nak mintak ngan aku jugak. Patut Yam yang dengki kat dia sebab dia baru masuk umah ni kan. Ni dia pulak yg dengki ngan Yam. Siap guna barang Yam n barang-barang aku pastu buat macam harta sendiri, tak bagi Yam guna pulak, sebab dia nak guna. Hewahhh ko rasa. Aritu siap tak bagi Yam tido sekali ngan dia, sempit. Padahal Yam yang patut complain sebab dia 2 orang yang baru masuk umah tu, dan buat Yam tak seselesa dulu kan. Tapi Yam takde bising complain kat aku. Memang aku mengamuk aritu mengadu kat suamiku pasal ni, rasa marah meluap-luap sebab kecik lagi dah pandai ambik hak orang. Kalau budak jenis pandai bawak diri, kita pun jatuh kesian sebab anak yatim kan, lagi kita semangat nak bagi itu ini kat dia kan. Tapi jenis budak yang memandai pastu suka mintak-mintak gini.. Haihhhh assobru betullaaa mmg jadi tarzan la mak...
Aritu dia punya 'baik', si Kakak tu.. Aku marah dia tak kemas barang ke apetah tak ingat, dia bleh merengus kuat-kuat, "Hehhhhh!" Aku punyala hangen sebab rasa kuajaq sangat..
Mesti korang fikir aku tak penyayang semua kan. Entahla.. Susah tau. Aku rasa aku takdela jahat tapi bila dok sekali dengan dorang ni aku rasa stress sangat kadang aku jadi garang. Laki aku yang bagusnya mmg dok bagi green light walaupun aku yakin mesti ada kecik ati kat sana sini, "Marah je macam marah anak sendiri Syg kalau dorang tak dengar kata. Takpe. Abg tak marah." Mula-mula kawen aku cuba sabarkan, yela anak orang kan, bukan bleh marah suka-suka hati, tapi lama-lama rasa dipijak paler plak n hak yam diambil, aih ini takbleh jadi... Tu yang aku mula marah dorang n bertegas.
So aku pon selalu cakap ngan husband, Abg kena bagi kakak tu independent sket, Abg jgn buatkan semua untuk dia, suruh Kakak buat sendiri, Abg kena train Kakak tu untuk jaga Adik jugak. Abg kena slowly lepas dah tugas tu kat dia.. Nanti kalau kita takde, cemana? Abg ingat ada ke orang nak jaga kalau sikap dia terus bergantung sangat dengan orang camtu. Agak2 sape dalam family Abg yang nak jaga? Terkedu lakiku memikirkan kebenaran ayatku tu. At least besarkan anak kita tu supaya tak menjadi beban kepada orang lain nanti.
Bagusnya suami aku ni sbb dia mmg respect nasihat2 aku kat dia, n dia terus implement. Nampak la dia dah suruh Kakak buat itu ini. Suruh kakak pakaikan pampers & baju adik. Dia ikut cara aku didik anak, tak manjakan sangat. Banyak copy paste semula ayat2 aku bebel kat anak2 dia.. Hehe. So slowly aku ubahlah dorang tu ikut cara aku. Bak kata kakak aku bila aku mengadu tatahan ngan bebudak tu, "Adik kena banyak sabar dengan dorang. Kena bagi masa untuk dia berubah ikut cara kita."
Aritu suami aku nak cari kerja time malam, aku straight forward je cakap, "Sorilah bang, Syg taknak Abg keje malam, Abg jangan biar Syg je jaga bebudak ni. Carila keje office hour." Bukan soal selfish ni, tapi memang dah tua ni aku dulukan diri sendiri untuk kesihatan mentalku. Siang aku keje kan, malam aku nak rest bukan nak jaga bebudak tu
sorang-sorang.. Tolong tu boleh, tapi bukan lepaskan terus kat aku untuk
aku jaga. Aku taknak jadi gila sebab jaga budak-budak tu sebab aku bukan sejenis sabar sangat. Memang ada time nak gila n rasa nak jerit tau sebab stress ngan Adik & Kakak ni. Cuma Adik ni makin lama dia makin ok, tak la banyak perangai macam mula-mula dulu. Kakak pun slowly better aku rasa memang kena garang ngan bebudak ni, barula prangai dorang tune sikit.
Macam Adik tu, time aku pantang dia tiap2 malam bangun menanges taktau ke sebab. Laki aku just marah "Haipp!! Pegi tido!", memang tak jalan la... Aku ni dengan sakit peningnya sepanjang pantang berjaga malam sebab Maya kuat ngempeng n tak tido malam.. Memang pening n jadi cranky sebab tak cukup tido la. Baru nak rest dari Maya, Adik bangun menanges bising. So few days aku sabarkan dulu. Masuk hari ke berapa tah aku amek rotan aku mengamuk pukul rotan tu kuat2 sebelah lantai sebelah Adik.. Bagi dia seriau sket. Memang dia melalak la. Aku naik suara, "Tiap2 malam buat pangai bangun menanges takde sebab ni, tak boleh jadi ni! Mmg nak kena ni!!" Suamiku mesti trauma sekali sambil pura-pura tido, takut aku apa-apakan anak dia hahaha.. Ala aku bukan pukul anak dia. Tapi esok malam dan seterusnya, memang dia takde bangun menangis malam dah tau! Haaa. Tau takut. Memangla dia autistic tapi dia pun budak biasa yang kita kena marah, bukan takleh sentuh takleh marah.
Aku berdoa sangat harap aku sabar betul dan dijauhkan dari sampai tahap mendera dia, sebab dia punya pangai tu kadang mencabar kesabaran sangat.. Tu aku tak suka suami tinggalkan aku dengan diorang je takut hilang sabar dan dirasuk setan. Memang kadang aku cubitkan jugak kalau degil sgt. Haritu time majlis kawen aku kat Kuantan, adik suami aku jagakan budak berdua tu kat homestay for few days, sekali dengan Mak Ayah dia n adik beradik dia yang lain kan.
Lepas dah abes majlis semua tu, balik Shah Alam, suami aku tunjuk kesan lebam kat peha Adik. Besar jugak.. Dia ckp rasanya adik bongsu dia yg cubit ni.. Dah anak 4 dah. Adik bongsu dia tu garang sikit. Tapi suami aku macam biasala, senyum je.. Dia paham mmg kena bnyk sabar nak jaga Adik tu, dia anggap adik dia cubit tu mcm cubit anak2 sendirilah.. Haihhhh serba salah tau. Aku pulak jadi sedih bila Adik kena camtu ngan mak sedara sendiri.
Bila dapat laki okay, cabaran kat anak-anak pulak. Camtulah idop ni, memang takkan terlepas dari ujian kan.. Pastu dapat duda yang dah sedia ada anak, sedia je lah banyak kali nak kecik ati kadang bila kita nampak dia macam dulukan anak-anak..
Selalunya weekend la aku stress lebih. Sebab Yam akan ke umah Babah dia, aku jadi peghangai sikit bila dia takde sebab rindu la berpisah ngan dia.. Dalam ati pk, anak sendiri pun aku tak dapat jaga, tapi terstuck dengan anak-anak orang lain pulak.. 😣 Belum dapat rasa sayang dorang tu macam anak sendiri lagi dek kerana perangai-perangai dorang yg tak kena dek mata aku tu... Sebab tu la aku doa slalu moga dilembutkan hati aku ni, kesianla budak-budak tu Mak dah takde kan..
Nasib baik ada Maya. Dalam takde mood n stress n rasa nak marah tu... Tengok Maya aku rasa lega n suka sangat, stress reliever dia tu. Dapat pelok ciom gomol semua ilangla sket rasa stress kat orang lain tu. Ni aku tengah tunggu waktu nak balik umah nak sambung gomol dia plak.
Nak tengok tak muka Maya? Dia ada sikit lesung pipit dapat dari suamiku.. Dulu aku time ngan Izal mmg berangan nak lesung pipit dalam macam Izal la.. Sekarang akhirnya dpt gak anak ada lesung pipit walaupun tak dalam macam Izal huhu janji ada nakkkk. Nah belanja gambar sikit..
Ya muka dia memang takde muka aku, muka suami je.. Saya tolong lahirkan je hahaha.. Samala macam Yam, muka ikut Babah dia gak..
Jumpa lagi! 🥳
You know you love me! XOXO,
-Scha
Friday, December 9, 2022
Cerita Terkini Mantan-Mantanku
Free sikit arini. Semalam aku dah siapkan task aku so harini free lagi. Tapi anak-anak buahku ada benda pending lagi. Letih sikit handle dorang ni, tapi malas nak cite sal dorang kat sini buang karen je. Selalu aku cite kat Ija je.
Incik Bear
Aritu aku bleh terpikir nak tau pasal ex boyfriend aku yang first. Bukanla 1st in number, actually 3rd, tapi kira dia 1st yang memberi impak lah, cinta matik la kiranya miahaha. Yang lagi 2 sebelum dia tu beshe-beshe aje. Kalau dalam blog first aku kat blogdrive dulu memang banyakla cite sal dia, tapi blogdrive pun dah hilang. Ada sikit-sikit aku cite pasal dia dalam entries ni, aku guna nama Incik Bear untuk dia.
Seingatnya aku dah tak friend dengan dia kat FB. So haritu aku search nama dia kat FB, sebab nama dia boleh tahan unik gak, then aku jumpa satu gambar masa kecik, caption tahun 2020 tu berbunyi: "Bersama dengan arwah abang.." Maka terkujatlah aku.. Ishk betul ke dia ni. Sebab gambar masa kecik sangat lagi.
Aku pun PM orang yang post tu nak tau cite penuh.
"Salam, maaf awak adik Edy ke? Dia dah meninggal ke?"
"Wsalam, ya saya adik dia. Ya dia dah meninggal.."
"Bila dia meninggal? Sakit apa?"
"2020.. Heart attack."
"Sebelum tu memang ada sakit ke?"
"Arwah abang buat dialisis dah lama.. Kidney failure."
Dah sampai ajal Edy.. Pergi muda dia. dia pergi masa umur 41. Kita tak tau lagi masa kita. Lepas dengan Edy tu aku bercinta dengan ex husband aku sampai kawen. Lepas aku dah putus dengan Edy tu, banyak kali la dia mintak maaf. Time aku dah tunang, dia message aku lagi dan bagitau dia mintak maaf sangat-sangat banyak salah dia buat kat aku dulu. Lepas dah melalui macam-macam, dia tau dia paling sayangkan aku, dan dia menyesal dengan semua tu walaupun dia tau aku dah takkan balik kat dia dah.
Yes I know, because when I love someone, I love hard. I'm all out. Ko akan rasa macam ko la orang paling ensem dalam dunia ni sebab level of admiration yang aku tunjukkan pada ko. Nampak aku macam gila bayang sangat kan. Walaupun org keliling dok pelik tengok aku buta ke nak laki macam ko. Tapi bila dah sayang aku tak kisah dah semua tu. Dan bila aku dah tak sayang, semuanya melayang.
Bila tau Edy dah meninggal tu aku terkedu la jugak. Ija bespren aku pun rasa macam sedih gak sebab pernah kenal dia kan. Dulu Ija la yang selalu teman setiap kali aku ngedate kat Penang ngan Edy zaman belajar kat UTP dulu. Sama-sama lepak Padang Kota, makan kat Line Clear ulang-ulang.
Habis cite pasal Edy.
Aidee
Ni cinta matik nombor dua. Lelaki kedua yang paling aku sayang lepas Edy. Napela ex husband aku tak termasuk dalam senarai cinta matik ek.. Maybe sebab aku tak banyak persamaan dengan dia dan tak banyak shared activities dengan dia walaupun dia pernah jadi suami. Aku lebih rasa dia macam family member je, tak rasa macam lover sangat bila aku reflect balik hidup aku.
Kadang-kadang nak gelak ngan life aku banyak berkisar nama yang dekat-dekat plak.. Yang first tu Edy, pastu husband aku Adi, pastu yg 2nd cinta matik ni Aidee pulak. Hihi. Kira time Edy cinta zaman muda early 20s.. Ngan Aidee ni cinta zaman dah matang late 30s. Dorang ni dedua Leo, chemistry memang best sangat macam bestfriend. Tapi tuhla maybe bila jadi pasangan, banyak sangat persamaan sampai jadi susah nak kekal bersama kot..
Baru-baru ni aku ada jumpa tiktok Aidee ni, dia guna untuk biz dia. Tapi dalam tu macam ada bagitau dia dah cerai la ngan wife kedua dia yg dia kawen lepas putuih ngan aku tu. Pastu aku wassap ex-pekerja dia Zura, Zura pun kata mcm betul je dia dah cerai. Sebab dia kenal wife Aidee tu, adala dia nampak status whatsapp wife Aidee.
Aidee sempat ada anak sorang dengan bini kedua dia ni. Aku cakap kat Ija, kalau aku belum kawen rasanya aku boleh jadi semula dengan Aidee ni sebab dengan dia dulu memang sangat serasi. Sebbaik iols dah taken hiks. Profile pic kat wassap aku saje letak gmbr kawen aku ngan Naz, sebab aku macam leh terasa-rasa Aidee ni akan cari aku. Sebab haritu dalam bulan 2 tak silap, dia dah pm aku kat FB bgtau dia dah nak cerai dengan wife dia sebab wife dia ada orang lain.
Tapi tak lama pastu aku nampak dia up gambar kat FB dia, dia celebrate birthday wife dia pulak. Aku tak friend pun dengan Aidee, tapi dia upload gambar tu as public post, nak suruh aku tengok lettew! So aku assume dorang dah berbaik semula la kot. So habis cite kat situ. Tau-tau tak lama pastu dia dah bebetul bercerai dah.
Izal
Ok buat masa ni, aku belum move on dari nama ni. Berantu sangat. Aku teringat nak menulis kat sini sebab aku mimpi kat dia kelmarin. Aku mimpi dia tetiba muncul kat umah family aku kat Kuantan. Lepak-lepak kat sana. Dah beberapa kali tau aku mimpi dia tetiba ada kat umah Kuantan.Dalam mimpi tu aku macam dok halau la dia, "Kenapa datang sini?? Baliklaa.. Nanti Kak Da marah kalau tau Abg datang sini!"
Kak Da tu kakak aku. Dia sayang sangat kat aku sebab tu dia yg lebih marah kat ex-ex aku huhu. Siap masuk dalam mimpi tuh..
Dalam mimpi tu jelas sangat fizikal Izal. Dapat tengok dia yang sangat-sangat aku rindu dan tak boleh nak jumpa lagi dah. Aku tau aku masih sangat-sangat ingatkan dia tapi aku tau memang takde jalan dah dengan dia. Life aku dah moved on dah pun, cuma maybe dalam jiwa ni je tak boleh terhapus lagi rasa sayang pada dia yang dah terpupuk selama 5 tahun lebih yang lalu.
Aku cerita je mimpi aku pada suami. Dia cakap, kenapala kerap mimpi dia ya. Tapi suami bukan jenis marah tak tentu pasal. Dia sangat memahami.
Baru-baru ni, Izal contact aku.
"Abg kat Putrajaya ni."
"Ishk kerap lak balik sini. Abg dah keje sini ke?"
"Dak la. Mai opis. Malam karang Syg tunggu ya."
"Mana boleh jumpa dah. Abg ni.."
"Awat? Pasaipa? Malam karang Abg ambik Syg."
"Syg kan dah kawen.."
"Dah kawen? Bila?"
"Masa yang Syg ckp kt Abg haritu la. Abg ni ramai sangat girlfriend sampai tak ingat apa pon."
"Memang dah kawen ya. Ok-ok sorry. Tak kacau dah."
So dah almost 3 minggu berlalu n dia tak message aku lagi. Tu yang aku jadi resah gelisah camni kot siap mimpi-mimpi. Maybe the time has come kan. Untuk aku betul-betul stop contact dengan dia dah. Bila dia dah diam gitu takdelah aku nak message dia lagi. Memang patut stop pun kan... Dah kawen pun. Bukan takat dah kawen je. Dah ada isi dalam perut pun huhu. Aduila... Apesailaaa ko buat hal Ijai..
Tengokla perangai dia. Dia ingat aku memain ke bila aku cakap aku nak kawen haritu. Perangai sungguh. Ingat aku nak tunggu dia sampai reput ke. Bukan sekejap aku tunggu tapi 5 tahun. Bukan tunggu di usia muda. Dah tua ni jadi 5 tahun tu bernilai sangat. Tataula apa dia rasa. Macam takde perasaan si peti ais ni tau. Warffffff sakit jiwa mengadap dia ni..
Yang ralat sangat ngan dia ni sebab aku takde closure dengan dia. He left many things hanging. Aku sejenis yang nak tau semua. Pasal dia menghilang 5 bulan tu, sampai skang aku tak tau sebab apa. Memang sejenis tak explain mamat ni. Memang boleh jadi gila sesiapa dengan dia.
Memikirkan yang aku takkan ke mana dengan dia, dengan faktor distance lagi. Tapi lately boleh pulak selalu balik Malaysia. Time aku mengharap sangat haritu tak balik-balik pun. Itu yang buat aku decide aku nak kawen haritu. Sebab tau takde secebis peluang dah kot aku ngan dia. Walau cemana pon aku mahukan dia. Tp tu lah. Takde ruang. Takde peluang.
Aku just harap one day nanti dia bebetul terang hati nak nampak segala bentuk pengorbanan dan kasih sayang yang aku pernah kasi untuk dia. Dalam betul parut yang dia tinggalkan untuk aku. One day kalau dia datang mintak maaf, aku rasa tak teragak pun nak maafkan dia kot. Sebab walaupun dia dah buat aku camni, aku still takleh nak benci dia bebetul sampai aku rasa kadang-kadang Ija nak je tunjal kepala aku sebab dok sayang dia lagi dan takleh lupa dia lagi.
Dalam kepala aku masih jelas terbayang suasana kat stesen keretapi Padang Besar empat tahun lepas, dari jauh aku nampak sosok tubuh tegap dan tinggi dia tengah cari aku dalam ramai manusia yang lain. Dengan kemeja hijau muda Ducati dia dan seluar hitam favourite aku yang meng-enhancekan ketegapan dan kepanjangan kaki dia. Waktu tu aku rasa betapa beruntungnya aku memiliki dia walaupun aku tau dengan rupa dia tu ramai yang akan menoleh kali ke dua untuk tengok dia. Tapi dalam ramai-ramai orang tu dia pilih aku..
what would i do
in times that i miss you?
where would i go
in times when i long to see you again?
how must i spend
the nights without you?
how do i bear
each morning that you’re not there?
the days shall never be the same again
i will never be the same again
without you
- Loss of Loved One, Jocelyn Soriano
You know you love me! XOXO,
-Scha
Wednesday, November 9, 2022
Yours, Mine & Ours
Khamis malam Jumaat ni Naz balik.. Yey! Kenot wait! Aku selesa life sekarang ni, macam warm up sebelum betul-betul hidup bersama ngan Naz gittew. Sebab kalau 6 tahun single pastu tetibe dok serumah ngan dia, rasa terkujat gak diri ini kannn. Tapi bila dah kawen ni I grow dependent on him pulak. Sebab apa-apa dia ni kalau aku nak ke mana-mana biasanya mmg dia nak hantarkan. Beza ngan ex dulu tak banyak buat aktiviti bersama, banyak buat asing-asing. Dengan Naz kalau boleh semua dia nak sama-sama. Sampai ada time, dia mcm jauh hati sebab aku nak pergi certain tempat sendiri, sebab aku dah biasa independent kan.. Hihi.
Aku pun masih dalam fasa nak biasakan diri dengan anak-anak dia. Yam pun nak biasakan diri jugak dengan family baru. Mula-mula banyakla adegan Yam stress benda biasa tak berkongsi tetiba kena kongsi. Pastu barang-barang dia tetiba kena usik. Pastu kadang-kadang dia jealous tengok aku layan anak baru.
Sampailaa sekali tu aku jumpa diari dia. Ewah kecik-kecik ada diari dah yaaaaa... Nak folo mak ada blog eh? Wahahaha... 😀
Sedih aku baca ni. Aku tak forward pun kat kakak aku Kak Da sebab dia kan macam lebih mak dari aku kat Yam hihi. Sebab dia sayang sangat Yam & dia pun takde anak. Nanti aku gakkk kena marah takut dia risau pastu pikir Yam terabai plak bila aku kawen.
Aku tak ingatlah apa yg jadi sebelum Yam tulis diari ni. Maybe ada la kena marah ngan aku kot tapi serious tak ingat apa benda yg trigger dia tulis ni.
Tak lama pastu aku mmg slowtalk la dengan Yam, tanpa bagitau aku baca diari dia. Nanti aku tak dapat baca isi hati dia pulak dah pasni. Aku bagitau dia, dia always number one. Ayah pun number 2. Dia boleh bagitau apa sahaja kat aku. Kecuali dia buat salah, memang aku kena tego, tapi dia kena ingat, aku paling sayang dia. Anak-anak tiri pun aku sayang & dah jadi anak-anak aku tapi dia tetap paling kesayangan di hati bunda.
"Hidup ni bukan tentang kita je Dik. Jangan jadi selfish. Kena fikir orang lain jugak. Adik kena fikir positif, Adik untung sebenarnya. Adik dapat dua Ayah. Tapi diorang ada sorang Mak je - Mama. Adik tak kesian ke kat diorang takde Mak dah? Kecik-kecik lagi dah hilang Mak. Kena fikir kesian dorang sebab dorang anak yatim. Banyak pahala kalau kita tolong jaga anak yatim. Adik masih ada Mak. Siap boleh pilih nak Mama ke Babah."
"Mama tak boleh hilang adik. Mama perlukan Adik jugak untuk kuat dalam family baru ni. Mama faham Adik belum biasa lagi. Benda ni memang akan ambik masa. Mama dah lama single Dik, 6 tahun. Mama tak boleh hidup sorang macam ni. Mama memang perlukan Ayah. Mama dah tak boleh hidup sendiri. Mama dah taknak tunggu Daddy dah. Dah lama mama seksa sendiri sebab tunggu Daddy." Aku slowtalk ngan Yam dengan dua-dua dah menjejes-jejes ayaq mata time sesi luahan perasaan ni. Daddy tu Izal. Izal gak yang suruh Yam panggil dia Daddy dulu. 😏
Yam jenis jiwa lembut. Sepanjang aku besarkan dia ni, aku tengok dia kadang cakap kasar-kasar gak terikut cara aku, tapi sebenarnya hati dia lembut sangat, mudah memaafkan. Kalau slowtalk gini, dia memang nampak macam mudah terima sangat dan makan dek jiwa dia sangat..
Pastu baru-baru ni aku jumpa dia tulis diari yang ni pulak.. Hihi.
So dia tulis ni lepas aku bagitau dia.. Aku pregnant! Hihi. Tua-tua ngandung kan. Tu laa.. Aku & Naz memang terkujat gakla tapi memang kitorang takde plan apa-apa. Naz cuma pernah cakap dia macam taknak anak lagi sebab dia trauma sebab wife dia sakit teruk lepas bersalin dulu.. Jadi dia takut benda berulang lagi.
Aku pun takut gak ekceli, gap 10 tahun kot dengan Yam. Dengan faktor usia dan macam-macam lagi. Banyak risiko. Tapi tuhla namanya rezeki kan. Orang lain susah-susah nak dapat baby, aku tetiba preggie. Memang tak lama lepas kawen tu terus preggie. Skang ni baby dah 3 bulan. Minggu ni last untuk abes 1st trimester dah. Due date aku bulan 5 tahun depan, ujung-ujung Syawal gitu. Jadi memang aku terima dengan tangan terbuka sangat la. Sape taknak anak woi. Cuma takut melalui proses tu je huhuuuuu.
So macam biasa, belanja gambar sikit sebelum akhir kalam.. Hehe.
You know you love me! XOXO,
-Scha
Tuesday, November 8, 2022
Apa Khabar Orang Yang Pernah Membuatku Nyaman?
Lama tak update. Kat luar tengah ujan lebat. Memang seswai sangat dengan mood aku skang. Yang buat aku nak update harini sebab malam semalam aku mimpi kat Izal punyala lama.. Agaknya sebab sebelum tidur smalam aku merajuk jauh hati ngan husband. Tidur tu boleh pulak mimpi kat hangsuang tu..
Aku mimpi tetiba aku jumpa dia tengah baring kat ruang tamu rumah aku. Dalam mimpi tu ada arwah Mak aku dengan Kak Da aku. Dedua tengok Izal cam tak puas ati je. Tapi tatau nape memasing tak pulak halau dia keluar.
Aku pulak layan dia sembang macam biasa. Dalam mimpi pun tak larat nak marah kat dia. Dia ajak aku jumpa kat luar. Aku cakap bleh je. Pastu tetiba dia tanya aku, "Naz takde balik rumah ke?", referring to my husband.
Terus aku terperanjat sebab pk, eh mana dia tau nama suami aku? Aku tak pernah bagitau pon. Dia pun kan selama ni macam caye tak caye je aku dah kawen. Dahhhh satu hal mimpi aku bercampur dengan realiti plak..
**************************************************************
Aku dengan Izal masih contact lagi. Walaupun dah tak macam dulu. Aku bukan jenis bleh block-block ex macam tu. Aku rasa sedih sangat kalau sampai nak kena block camtu. Dan aku rasa aku belum ready n kuat nak blah betul-betul for good dari hidup dia. Suami aku tau je aku masih in contact dengan Izal. Dia cuba faham sebab dia tau aku seksa sangat nak putus ngan Izal sebelum ni. Sebab tak pernah ada kata putus. Habis gitu je.. Tu pon berani Izal ckp aku yang tinggalkan dia.
Izal tetap message aku, mintak selfie cam biasa tapi sejak kawen aku memang takde bagi dah. Dia pulak buat-buat tak ingat yang aku dah kahwin. Atau maybe dia ingat aku tipu dia je aku dah kahwin. Sebab baru-baru ni dia bagitau aku dia ada balik KL. Ada keje kt balai Sungai Buloh. Memang dekat sangat dah dengan umah aku.
"Abg nak jumpa Syg."
"Bkn taknak jumpa tapi tak boleh."
"Abes taknak jumpa ke ni?"
"Tak boleh."
"Kenapa?"
"..."
Aku matikan perbualan macam tu je.
Risau jugak kalau dia tetiba muncul depan umah aku. Tapi takpe gak, biar dia nampak kete suami aku ada depan umah. Kebetulan time tu suami aku ada balik dari Terengganu. Kitorang masih on long distance relationship lagi so jumpa mcm 2 minggu sekali gitu. Ikut keadaan. Dia orang Cheras tapi dia dah pindah ke sana dulu sebab ikut mastautin ke kampung arwah wife dia.
Stress ngan Izal ni tau. Apa lagi dia nak ngan aku. Setakat isi masa lapang dia baik takyah. Nape la lembik btol aku ngan dia ni.. Selama ni dia gula-gulakan haku je, hakikatnya, nan hadooo. Padahal sepatutnya dah lama aku stop contact dia. Tapi tak boleh.
"Apa perasaan anda eh kawen bukan dengan orang yang anda betul-betul in love with?"
"Sebab belum nampak anda sayang Naz mcm anda sayang Izal."
Ija tanya aku aritu. Aku mcm terkedu sat. Nampak sangat ke lain? Aku dah kawen pun huhu. Aku rasa maybe sebab baru, itu yang ambik masa sikit. Tapi aku sayang suami aku tu.. Sape tak sayang laki oi. Kalau cinta matik tu datangkan lebih mudarat untuk aku, jadi lebih baik aku lek-lek chill-chill je sayangkan suami macam sekarang kan?
Bukan senang nak dapat seseorang yang sanggup hidup bersama dengan kita. Naz pun baik sangat-sangat dan sangat melayan aku. Dengan muka sentiasa senyum dia tu. Rajin bawak aku berjalan. Sentiasa backing aku dalam hal apa pun. Allah mmg bagi aku lebih baik dari yang aku ever hoped for. Tak pernah marah aku lagi. Sabar sangat sangat sangat melayan perangai aku yang macam-macam. Walaupun aku nampak kadang-kadang dia bebetul tegas dan garang dengan orang lain, dia cakap dia sabar dengan aku je, dengan orang lain tak.. Huhu. Seram dinda. Cakap pun soft spoken je. Ujian dengan Naz ni bukan dengan dia sangat aku rasa. Tapi dengan anak-anak dia. Sorang autism & sorang mcm terlebih manja sket. Assobrunyaaa mak tiri ini.
Aku belum pernah cerita pasal Naz kan? Memandangkan aku dah takde mood ngadap keje ni, sementara sebelum waktu balik keje ni aku cerita la pasal dia sikit.
Aku kenal Naz ni online jugak. Dia baru kematian isteri. Orang kata too early to get to know another woman kan. Tapi aku bleh faham, sebab faham rasa sakit sunyi dan merindui tu. Dia pun terkejut aku boleh terima dia walaupun tau wife dia baru meninggal. Sebab kalau perempuan lain memang awal-awal dah reject. Aku selalu ulang cakap kat dia, "Abang bukan buat salah apa-apa. Abang bukan curang. Biarlah mulut orang nak cakap apa kita tak boleh kawal." Tapi aku suruh jugak dia rahsiakan perkahwinan kitorang dari sedara-mara wife dia supaya dorang tak pandang slack kat dia, sampai masa yang sesuai nanti. Dari awal aku cakap kat dia, kita sama-sama tolong masing-masing move on - dia move on dari kematian his wife of 20-years. Aku pulak dari Izal.
Yang buat aku cepat onz dengan Naz ni, sebab aku tengok life dalam FB dia yang banyak buat aku cair. Aku dah kenal ramai lelaki online kan, mostly yang buat prangai ni bukan senang nak bagi FB dorang. Kalau bagi pun fb yang dah bertapis-tapis. Baik takyah. Tapi Naz ni sangat transparent. Posts dia pun banyak dia publickan je. Satu point dah kat situ.
Pastu banyak la post yang arwah isteri dia buat pasal dia. Ada video2 dia melayan isteri dia time sakit. Dukung isteri dia apa sume. Memang menitik gak la ayaq mata jantanku tengok. Pastu kalau tengok condition wife dia masa dah start sakit teruk tu... Macam jauh beza sangat dengan Naz physically. Wife dia jadi bongkok terus tau, tulang belakang dia melengkung gitu, lepas dia ada jatuh time pregnant. Makin lama badan dia jadi makin rendah pastu berubah jadi macam orang tua.
Wife dia actually dah sakit dari sebelum dorang kawen lagi. Mak Naz pun tak berapa nak terima tapi Naz nekad... So berkahwinlah mereka. Arwah sakit buah pinggang. Seminggu dalam 2, 3 kali kena pergi dialisis, Naz la yang setia menemani. Dari situ dapat nampak kan level kesabaran suamiku itu.. Sobs.
Arwah sakit buah pinggang sebab kena tendang dengan ex tunang dia. Ex tunang ada banyak hutang dengan dia, so bila dah putus tunang, arwah mintakla balik duit yang pernah dia hutang tu. Sekali ex dia bagi penendang sampai pecah buah pinggang dia.. So seumur hidup dia menanggung...
Bayangkan 20 tahun+ sakit buah pinggang. Memang sepanjang tempoh tu jugak la Naz berulang alik ke hospital teman arwah dialisis. Tapi sakit dia tu macam terkawal. Nak dapat anak first pun dorang tunggu sampai 12 tahun baru dapat. Memang satu lagi benda menguji kesabaran lam life dorang.
So nampak la dia mcm convincing, nampak dia macam orang baik-baik, pastu bagi aku dia ensem, muka macam ustaz-ustaz masa aku baru kenal tu hihi. Pastu I fell in love dengan kedut-kedut tepi mata dia. Macam Richard Gere, Sheikh Muszaphar tu. Aku dah malas buang masa kenal orang. Cukupla 6 thn dah bazir utk Izal. Aku nak kawen je terus, Naz pun onz jenis tak bertangguh. So berkahwinlah kitorang pada ujung bulan 6 yang lalu, lepas kenal lebih kurang 4 bulan+ 😁
Kenduri kitorang dalam sebulan lepas tu. Pun banyak aku nak cite sebab aku biasala kannn seronok plan itu ini. Tapi dalam skala kecil je la kan. Janji meriah & orang-orang penting lam hidup aku dapat hadir..
Next time sambung lagi.. Time to go home to Mekyam! 😍
Before that... Belanja gambar nikah & kawen kitorang few kepings 🙈
You know you love me! XOXO,
-Scha
Friday, June 24, 2022
When I Least Expected It
Aku masih tak sempat nak update secara best.
Aku just nak bagitau, aku dah dapat date nikah!
Asalnya plan 2 Julai 2022 tau. Tetiba kakak yang rapat dengan aku, Aju, dapat panggilan haji last minute... Dia dahla orang kuat untuk majlis aku nanti. Dan majlis nanti pun nak buat kat umah dia. So memang dia takde time kenduri aku 23 Julai nanti.. Sedih gila.
So time nikah aku nak sempatkan sebelum dia berangkat 1 Julai nanti.
So semalam, Khamis 23 Jun baru lengkap dokumen nikah aku n baru kakak aku Kak Da tolong submitkan ke pejabat agama. Aku berapa kali ulang mintak Kak Da tolong nego ngan pegawai supaya dapat date nikah cepat. Sebab ikutkan lepas hantar borang tu, processing dalam tempoh 3-4 hari.
Sekaliiiii pegawai tu cakap, "Puan kalau nak nikah esok pun boleh.. Cuma takut tak sempat apply cuti je la.." Wahaha gila btollll, lajusss!! So long story short, dapat la nikah Ahad ni 26 Jun, 3 pm. Fuhhhhh! Auto nervous oiiiiiii!
Aku punyela risau tersangkut sebab dokumen tak cukup itu ini... Kalau isi online form e-munakahat tu macam-macam dia mintak. Sijil nikah mak bapak. Sijil mati datuk. Mana ada dah semua tu. Dorang ckp kena gi JPN la untuk sah kan. Kena gi penguatkuasa sumpah la. Aku try check dengan kawan aku orang JPN, bayangkan la IC baru ayah aku pun takde dalam sistem. IC lama dia je ada dalam rekod. Orang JPN tu cakap, rasanya kalau zaman atok aku ni, masih guna Kad Beras. Haa Kad Beras?? Kau hade? Tak pernah dengar okay. Rasanya kad beras ni orang dulu-dulu ada untuk dapatkan beras agaknya..
So kesimpulannya memang takkan ada dalam rekod JPN la. Sebab ikut IC ayah aku pun, dia lahir tahun 1931. Dah tu atok aku mesti lahir paling kurang tahun 1911 ke kan. Takde rekod dah.. Orang JPN cakap rekod kat JPN yang lengkap banyak yang tahun 1940-an ke atas je. Bawah dari tu banyak rekod tak lengkap termasuk rekod ayah aku.
So, kat pejabat agama, kakak aku Kak Da kena angkat sumpah syarie depan pegawai. Kiranya buat keterangan bersumpah yang keterangan tu semua betul, supaya takde isu akad nikah tak sah nanti. Lepas tu semua urusan lancar je.. Dia kata seram pulak masa memula ikut pegawai tu baca, "wallahi wabillahi watallahi.." Kak Da kata banyak kali dia baca Rabbi Yassir Wa La Tuassir harap takde sangkut apa-apa dokument... Memang mudah urusan semalam.
So aku update sini niatnya partly as a reference untuk future bride yang ada
issue sama macam aku. Sebab blog ni aku tengok masih banyak view utk
post-post berkaitan perkahwinan. Kalau korang perempuan yang nak nikah dan takde bapak dah, pastu nak abang jadi wali, kena lampirkan sijil mati ayah dan datuk. Kalau sijil mati datuk dah takde jangan risau. Family (adik beradik) boleh angkat sumpah syarie ni.
Pastu dia mintak sijil nikah mak ayah jugak. Time kakak aku dulu, pegawai pejabat agama memang suruh pegi Kuala Terengganu untuk cuba cari rekod perkahwinan mak ayah aku yang dah berapa kurun tu tau. Memang takde la. Sebbaik time aku ni dia tau benda tu dah AGES ago so memang dah takdelaa... So takdela dia paksa soh bagi dokumen apa-apa, just angkat sumpah syarie tu je. Pegi JPN pun takyah. Alhamdulillah dapat pegawai yang memudahkan.
So... Wish me luck Ahad nih! Lusa je ni!! Aku balik Kuantan lepas habis keje harini dengan anak sedara aku. Aku belum bagitau Babah Yam lagi ni. Semua soh bagitau dia siap-siap huhuuu. Aku rasa aku bagitau esok. Tunggu hari dia tak bekerja sebab takut mood dia terganggu pulak kalau hari bekerja. Penat pk nak karang ayat cemana..
So next week status aku dah bertukar! Doakan jodoh aku kali ni sampai syurga please! Takutttt nak hidup dengan lelaki semula kalau ikutkan. Rasa nak lari semua ada ni wahahahaha tolongggg!
You know you love me! XOXO,
-Scha
Monday, June 20, 2022
Sayang Turned Ex
Semalam Izal spam message aku. Dia hantar 67 stickers. Semua stickers marah-marah. Tak pernah-pernah camtu. Datang gila dia la tu. Perangai macam budak-budak main spam-spam pulak.
Dia tak tau aku dah off notification dari dia. Kalau tak, non stop bunyi fon tu tetengah malam tadi. Aku geram aku reply sebaris je pagi tadi - "Ijai gila".
Pastu dia reply.
"Suka hati kata org gila
Mentang-mentang dah nak kawen
Ada bf baru diam-diam
Buat seronok"
"Dah spam msg kot
Memang gila la 5 tahun lebih bercinta taknak kawen
Dah ada orang lain cakap je la.. Bukan orang takleh terima. Ni dia buat diam"
Sapa yang ada orang lain!
"Abglaaa
Nape hilang 5 bulan
Nape tak call
Nape berubah?? Janji nak sampai bila-bila dengan Syg!!
Nak buat jadi spare part je baik takyah"
"Cakap elok-elok sikit ya
Cakap elok sikit"
Sebelum tu dia dok ulang tahniah, tahniah kat aku. Aku geram aku jawab, "Terima kasih ex ku." Pastu dia start main-main sticker marah-marah. Bila aku diam tak reply tu yg dia spam sticker bebanyak. Geram betullaaaaaa!
Itulah perangai Izal. Tak pernah boleh discuss. Bukan nak discuss elok-elok dengan aku. Sampai ke sudah aku tatau apa cite dia hilang 5 bulan tu. So nak tunggu lagi orang macam tu? Dia ingat aku tunggul? Selama ni aku sabar dan setia, dia ingat aku akan selamanya sabar dan setia? Kot tak kerana ko tu hensem dan baik, dah lama aku angkat kaki.
Padahal aku ni bukan jenis tak rasional punya orang. Dah terlebih matang kot bkn macam waktu muda-muda dulu. Aku sedia je nak dengar explanation dia, tapi sampai ke sudah dia buat tak reti. Terlalu bersangka baik pun payah. Ija cakap, "Anda ni dah macam-macam dia buat kat anda pun anda masih nak pikir baik pasal dia." Yelaa selama ni aku sentiasa bagi excuse kat dia sebab memikirkan nature of his job tu. Tambah-tambah masa baru kenal 5 tahun + dulu tu dia ckp dia tak pernah kekal lama dengan girlfriend dia sebab dorang tak paham keje dia.
Aku malu sangat-sangat sebenarnya nak cerita yang Izal buat camni kat aku. Aku ingat nak tinggal terus blog ni haritu. Tapi ada time aku rasa nak kongsi dan meluah kat sini. Itu yang aku update semula. Cemana aku bleh bodoh sangat percaya dia selama ni? Aku ni dah tua la, tak sesuai dah nak heartbroken bagai ni. Banyak sangat red flags I chose to ignore sebab dah sayang sangat.
Skang kat Yam pun walaupun kecik lagi aku selalu dok ulang, "Jangan salah pilih laki dik.. Merana seumur hidup. Bawak sampai ke mati." Sebab dia selalu jadi saksi aku menangis kat dapur, bangun tidur, takde angin takde ribut tetiba menangis, mcm org gila for the first few months tu. In fact lepas setahun ni pon aku rasa tak okay lagi. Sampailah aku kenal bakal suami ni aku rasa barula improve sikit level kewarasan aku tu. Sebab dia baik sangat-sangat kat aku. Dah la encem hihi.
Izal camtula, dengan ego setinggi langit dia tu, dengan tak pernah mintak maafnya, walaupun aku bagi ruang dan peluang sekian lama dah. Eh sakitlah cerita pasal dia ni. Malas nak ingat. Baik aku cite pasal bakal suami tu kan. Nantila aku cite pasal dia..
You know you love me! XOXO,
-Scha
Wednesday, June 15, 2022
Strangers Again
Lama dah aku janji nak update kan. Tapi tak update-update.
Harini, baru jap tadi aku rasa sedih sangat.
Aku message Izal tadi, "Abang, lepas ni kita tak boleh message dah."
Izal jawab, "Awat? Pasai apa?"
"Sayang dah nak nikah.."
"Whattttt???? Dengan sapa?"
"Dengan orang yang Sayang kenal tahun ni. So lepas ni takdelah Sayang ganggu Abang dah.."
Pastu dia diam sampai sekarang.
******************************************
Aku yang nak kawen kan. Tapi aku yang lebih sedih dalam cerita ini dah kenapa..
Banyak yang dah jadi since dia MIA haritu. Yang pasti aku dah banyak menderita. Nasib baik ada kawan-kawan baik as support system. Allah je la dapat balas jasa dorang kat aku.. Banyak sangat jasa dorang. Kalau tak mau gila dah aku mengadap perangai Izal ni.
Aku dah tak mau tunggu dia. 5 tahun lebih dah. Umur pun bukan makin muda. Dia ada balik Malaysia bulan puasa baru ni. Tapi sayangnya masih takde discuss pasal future kitorang. Aku give up.
So rasanya dah sampai masa untuk aku move on..
You know you love me! XOXO,
-Scha
Friday, April 30, 2021
Still MIA
Banyak aktiviti perabis duit yang aku buat sejak dia takde ni. I guess I was trying to channel my grief into excitement, though it was always temporary. And i will always ended up missing him more.
Macam sekarang ni aku tengah kat Avani Sepang. Lama dah mengidam nak datang sini tapi sayang duit. Tapi this time memang plan otak seminit, hari Rabu dalam pukul 11 booked, hari Rabu gak checked in huhu. Sebab dia check in pun pukul 3pm.Happy kejap sebab sampai-sampai je Yam sampai melompat-lompat excited sebab tempat cantek.. Lepas rindu bau angin laut puas-puas..
Pasal Izal, sebab dah lebih 2 bulan dia hilang, aku sampai terpaksa check somewhere untuk tau status dia hidup ke mati.. Dalam tunggu nak tau status tu menggigil sangat rasa. Takut dapat tau yang aku taknak tau.. Tapi so far belum ada rekod kematian.. 😔
Aku pun dah dapat alamat family dia apa sume. Ni kalau dia tau aku tau ni mesti membebel panjang. Ah biarlah, sape suruh kau tinggal aku takde berita. Habis aku nak buat cemana lagi? Aku fikir kalau dah terlalu lama dia menghilang, dan sempadan negeri dah dibuka semula, aku akan jejak apa-apa yang patut dijejak, sebab I deserved an update on him. And I want a closure at least.. 😔
Aku tak boleh lama ni, dah dekat waktu nak check out. Aku amek 3D2N kat sini. Tak puas.. Rasa nak tinggal sini je hehe. Maryam belum bangun lagi ni, kata nak gi pool. Until next time..
You know you love me! XOXO,
-Scha
Wednesday, April 7, 2021
Pulang
Lama sangat aku tak menulis. Sejak PKP haritu la kan. Tak masuk office jadi takdenya aku nak mengadap blogger kat rumah..
Masuk blogger semalam aku tengok views untuk latest post aku 'Di Persimpangan' tu kemain ramai! 10x than normal. Start dari November last year. Kenapa ntah? Sebab blog ni banyak abandoned je kan.
Recently aku dah masuk office everyday semula. Jiwa tengah sesak, itu yang teringat blog ni...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Izal has been gone for 43 days.. No news at all. Sikit lagi dah nak gila aku ni. Tak pernah-pernah dia menghilang lama-lama macam ni. Tak pernah. Dia sentiasa balik pada aku. Kalau dia hilang few days pon aku dah resah.. Ni pulak 43 days. Ya Allah. Aku dah tak tau nak fikir apa. Jenuh dah aku message n call takde balasan nih..
Sakit gila dada ni. Literally. Anytime je bleh menangis. Bila wiken Yam takde dengan aku memang keje aku terbaring dan menangis je. Aku sibukkan diri tapi bila sampai waktu tidur tu waktu yang paling perit aku nak hadap. Ingatan ni pada dia je.. Bangun tido sambung ingat dia. Mimpi pun mimpi bunyi message dari dia.
Allah belum mau kabulkan doa aku. Aku mintak petunjuk keberadaan dia tapi belum tau apa-apa. Bila dah terlalu lama dia menghilang ni aku sangat risau fikir keadaan dia cemana. Aku tak sanggup nak fikir kalau apa-apa jadi pada dia. Kadang fikir sanggup lagi kalau dia ada orang lain daripada apa-apa buruk jadi kat dia. At least aku bleh move on n benci dia.
Ini tak. Dia hilang time masing-masing tengah sayang n rindu sangat. Takde gado langsung. Last before dia menghilang 23 februari tu, baru lepas birthday dia 16 februari. Last dia contact tu, dia bagitau aku dia baru balik dari laut, kaki sakit gila. Dia tunjuk gambar ada kesan calar panjang kat betis dia. Cedera time keje kat laut. Dapat MC 2 hari. Tu lah last aku dengar berita dari dia..
Kalau bkn sbb sempadan tutup ni aku dah pergi balai polis sana cari dia. Aku cuma nak tau apa jadi. Kot kalau dia buat hal tetibe dah kawen ke dah ada org lain ke, biar la aku tau n hadap. Tapi I doubt it sangat-sangat. Sebab kenal dia 4 tahun ni dia bukan jenis camtu..
Dalam kepala aku sepanjang 43 hari ni pk macam-macam kebarangkalian based on cerita-cerita dia sebelum ni.
1. Dia pergi ke laut n stranded kat pulau sebab bot rosak dan tunggu bantuan sampai.
2. Dia masuk hutan dan berselindung di sebalik gunung.
3. Dia ke negara lain dan dapat arahan untuk tutup data kat phone.
4. Phone dia rosak dan kena tunggu government betulkan atau gantikan yang baru, which takes time.
Skang aku harap sangat dia involve dengan satu OPS yang sangat lama, yang waktu stand down OPS tu tak tau bila.. Stand down tu mcm waktu OPS ditamatkan bila keadaan dah betul-betul selamat dan selesai. Yg pasti OPS tu samada kat laut atau hutan sebab dia tak dapat access phone dia ni. Biasa kalau dia ke laut, phone dia akan tinggalkan kat office sebab manade line kat laut. Aku harap sangat dia menghilang ni sebab kerja. Sebab right before dia menghilang tu, elok aku dengar kat radio, kawalan kat sempadan negara akan lebih diperketatkan.
Teringat apa yang aku sembang dengan dia aritu time dia ada just before dia hilang ni.
"Abg.. Syg mimpi tak bes pasal Abg.."
"Syg Abg mimpi apa?"
"Mimpi tak bes.. Tak elok cite kan.."
"Ala bagitau je la Syg mimpi apa.."
*tukar topik*
"Syg mimpi apa kat Abg.. Ckpla.. Syg mimpi Abg mati ya."
"😭 Ya.. Syg mimpi time tu kat majlis nikah kita dah. Tetiba ada kawan Abg dtg ckp Abg dah takde.."
"Ermm... InsyaAllah takda apa tu.."
Sedih pulak bila ingat semula ni... 😔
Mintak sangat Allah lindungi dia.. Kalau dia tengah dalam kesusahan aku mohon Allah keluarkan dia dari apa jua kesulitan tu. Kalau dia tengah sakit mintak sangat Allah sembuhkan sakit dia. Mintak Allah panjangkan umur dia dan ada jodoh kami bersama. Aku rasa dia last dah ni.. Kalau tak jadi dengan dia aku rasa aku dah malas nak mula lagi dengan sesiapa. Dah tua.. Mungkin dah tersurat nasib aku sendiri je takde pasangan sampai hujung usia nanti. Jadi aku tak boleh berharap banyak..
Tolonglah doakan Izal selamat.. Aku dah tak tau nak usaha macam mana lagi ni. Apa aku boleh buat cuma tunggu dan sabar je.. 😔
Kalau ikutkan apala sangat penantian 43 hari aku berbanding penantian 61 tahun Che Tom dari cerita Pulang tu.. Tapi bezanya yang dia tunggu tu suami dia. Aku ni ikatan apa pun takde lagi.. Tapi sekali dah bagi hati dan perasaan tu kat someone, macam ni lah aku ni.. 😔
You know you love me! XOXO,
-Scha
Wednesday, October 14, 2020
Di Persimpangan.
So sejak Aidee dah menyandang status duda tu, aku masih rapat dengan dia. Aku cakap aku akan teman dia sampai dia okay. Aku taknak la kejam sangat tinggal terus macam tu je kan. Sebab aku tau siksanya macam mana.
Masa untuk jumpa Izal makin dekat. Izal masih silent treatmentkan aku sampai hari aku nak bertolak ke Hat Yai tu. Menyesal betullah aku bagitau dia sebelum jumpa.. Mana nak tau dia jenis camtu.
Sampai ke hari aku bertolak, hari kedua raya puasa masa tu, Izal masih diam. Aku nih ikutkan memang takde mood nak pergi dah tapi sebab dah janji dengan Yam nak berjalan kan, dan tambah pulak tiket return ETS n hotel semua dah bayar.. Rugi la. Situ je dah abes berapa kan.
Turun dari ETS aku message lagi bagitau Izal, sebab time okay tu dia cakap nak datang ambik aku kat ETS. Tetap nan hado reply dari dia.
Aidee contact aku macam biasa. Buat-buat macam okay.
"Dia ada contact Mama tak?"
"Takde lagi.."
"Takpela nanti dah habis marah dia akan balik semula kat Mama. Daddy tau.."
Time kecik Yam selalu tido camni kalau sejuk sangat.. Terhibur Mama walaupun tengah sedih. 😆
Ni coklat yang aku beli kat mall dalam Hat Yai untuk Ija..
Dalam sedih tetap jenjalan n shoppinggggg. 🤭
Buah tangan untuk Abiang 🥺
Aidee masih video call teman aku. Dia sentiasa apdet cerita aku. Dia cakap jangan la sedih, jangan la nangis. Sabar je dia mengadap perangai aku yang rindukan orang lain time tu. Aku tak give up. Hari-hari aku message memujuk Izal.
"Abang, Abg datangla jumpa Syg.. Syg bawak macam-macam untuk Abg ni. Ada lemang periuk kera yg Syg tempah. Biskut makmur yang Syg buat sendiri. Sambal hitam Pahang yang Syg buat jual tu pun Syg ada bwk. Pastu ada ikan patin tempoyak frozen yang Abg suka tu..", 😭 Langsung tak jalan.
Dah few days kat situ, dah dekat time nak balik, aku tak putus-putus lagi message dia. Dapat jumpa dia sekejap pun jadi la kan... Tapi last-last aku dapat message camni dari Izal.
"Syg baliklah. Baliklah pada dia. Abg lepaskan Syg.", fuh tudia dah jatuhkan hukuman kat aku. Sebbaikla belum kawen. Kalau tak skrip tu mesti berbunyi, Abg lepaskan Syg dengan talak satu wuwuuu. 😭
Ya Allah memang gugur rasa jantung aku time tu. Air mata menderu-deru keluar. Sesenang je dia nak lepaskan aku kan? Aku datang dari jauh ni habiskan masa, duit, tenaga untuk jumpa dia. Kalau dah benci sangat pun tak boleh ke jumpa aku kejap at least kan. Sakit betul rasa hati. Macam-macam aku cakap kat dia masa tu. Macam biasala Izal reply sepatah dua kata je.
"Abg dah taknak kacau orang punya. Syg baliklah. Jaga diri baik-baik."
Di bawah langit yang sama tapi kau tiada..
Yang geramnya sebab dia ni tak pepasal nak menjauhkan diri padahal aku cuma cakap Aidee bercerai je, bukan aku kata aku nak balik kat Aidee pun. Izal ni overthink n assumed worst case, tu yang aku rasa, dia rasa dia tewas sebab dia tau, selama ni issue aku dengan Aidee cuma sebab Aidee dah kawen je. So bila Aidee dah single, Izal rasa dia dah takde advantage over Aidee. Dan konon nak mengundur diri siap-siap. Eeeeee.
Bila time aku dah nak balik Malaysia, Aidee happy. Dia rasa dia dah menang.
"Daddy tunggu Mama kat border ya? Daddy nak ambik Mama."
"Tak payahla.. kan Mama dah ambik tiket ETS.."
"Tak payah naik. Daddy nak ambik Mama."
Tapi sampai masanya, kereta dia breakdown pulak on the way ke utara dari Kuantan tu.. Tak silap kat area Perak dah jadi dia akan lambat sampai ke border. Aku malas nak tunggu so aku naik je la ETS. Pastu bila kereta dia dah ok, dia still insist nak ambik aku, so dia teruskan perjalanan dan dia mintak aku turun kat Ipoh. Dia akan tunggu kat station sana.
Bila aku dah turun kat stesen Ipoh tu, Aidee dah sedia tunggu aku n Yam kat situ. Happy sangat muka dia tengok muka aku. Dia ckp dia siap cerita kat sepasang laki bini kat station tadi, yang dia tengah tunggu isteri dia sampai. Lain betul Aidee time tu. Biasa aku je yang slalu terhegeh kat dia, time tu segalanya untukku lah. Macam tak betul pun ada dia.. Sampai sanggup drive jauh-jauh. Dan selalunya segalanya rahsia bila membabitkan aku. Tapi bila dah jadi camni, dia barula excited nak cerita kat orang sana-sini pasal aku..
Kitorang pergi makan kat taman kanak-kanak kat tetengah Ipoh, happy jap dapat ais jagung favourite kat situ. Rasa dia masih sama macam time aku pergi situ during uni days some 10+ years ago. Aidee pretend macam semua masih sama antara kitorang. Padahal aku dengan jiwa rabaknya mengenangkan Izal tu, memang takde mood nak apa-apa la.
Bila dah sampai KL tu dia tak terus balik. Dia hantar aku n Yam balik rumah then dia cari hotel area Shah Alam. Aku tau dia betul sayangkan aku sebab kalau tak jangan harap dia nak tinggalkan biz dia kat Kuantan macam tu je. Dia memang sangat susah nak ambik cuti, time is money gittew. Lepastu kitorang ada berjumpa lagi, dia sambung pujuk aku untuk kahwin dengan dia.
"Dulu cakap tak boleh hilang anak, macam la Mama ni takde anak. Pastu cakap tak boleh tinggal mak mertua macam tu je la, sebab kesian kalau dia tinggal berdua je dengan Mummy bila Daddy tak ada nanti, sebab Mummy selalu kasar dengan Mak dia sendiri."
"Pastu cakap ada loan atas nama Mummy, jadi dah cerai apa masalahnya? Teruskan je la bayar loan tu apa yang susah? Macam-macam alasan tak berapa nak logik. Sampai bila Mama nak kena mengalah je?"
"Bila Mama tanya Daddy, Daddy taknak bahagia ke? Daddy cakap biarlah Daddy berkorban tak bahagia asal orang lain bahagia. Pastu siap ckp ada problem dengan business la, boleh masuk penjara la, tak boleh kawen dengan Mama."
"Sekarang ni, tetiba dah boleh pulak nak kawen ngan Mama, kenapa? Siap lepaskan Mummy lagi. Dah tak risau hilang anak ke?", berdas-das tembakan aku lepaskan kat Aidee. Memang luah je semua sebab aku dah tak risau dia tinggalkan aku ke apa. Sebab aku dah taknak dia masa tu. Sebelum ni aku banyak pendam semua dan mengalah je sebab Aidee dominant dlm relationship tu, jadi aku tak berani nak cakap apa sangat, takut kena tinggal.
"Taknak dah.. Sekarang Daddy pulak nak bahagia. Dah tak kisah hilang anak ke apa, janji Mama ada.. Tak boleh hilang Mama. Lagipun Daddy tetap ayah dorang. Mummy tak boleh halang Daddy nak jumpa dorang pun."
"Haa tau pun, semua tu ada jalan kalau kita betul-betul nak. Tapi mulut tu dok kasi alasan. Kawen dengan Mama bukan buatkan Daddy hilang anak. Mama sampai sanggup bermadu kot dulu sebab sayang sangat dah."
"Bukan la kejam sangat sampai nak pisahkan anak beranak. Tak pernah suruh pun tinggal Mummy. Tapi Daddy sendiri cakap hubungan dengan dia dah teruk sangat, dah almost nak bercerai dulu kan, siap kena jerit selalu, siap gado baling barang, jadi kenapa nak stay lagi dalam relationship yang macam tu?"
"Mama tunggu-tunggu kita tetap tak kahwin jugak, nak tunggu berapa lama lagi?? Umur bukan makin muda. Bila dah terlambat camni baru nak bagi apa orang nak, susahla..", panjang lebar aku lepaskan perasaan kat dia.
"Ya Mama... Salah Daddy. Daddy tak pernah terfikir Mama akan tinggalkan Daddy.."
"Tula silap laki, suka sangat take for granted mentangla nampak kita ni dah gila sangat kat dia. Geram tau tak. Dah camni, eh boleh pulak kawen, siap lepaskan dia lagi."
"Daddy tak boleh hilang Mama.. Mama semangat Daddy."
"Yelah yang bagi semangat kat Daddy, Mama. Yang dapat nafkah Mummy. Dia tak payah buat apa pon cuma memarah je dia tau, untunglah. Abes Mama dapat apa? Apa posisi Mama? Macam perempuan simpanan je. Banyak kali kan dah cakap sebelum ni tapi Daddy ignore."
"Ye Daddy salah... Manade Mama camtu. Tak pernah anggap macam tu. Daddy tak boleh lupa Mama berkorban banyak untuk Daddy, ulang-alik KL-Kuantan banyak pakai duit, tenaga Mama lagi. Sorang-sorang drive malam-malam."
"Teringat kadang tetiba Mama muncul kat depan bengkel tunggu Daddy. Mama pulak jenis tak berkira tak macam Mummy. Takde perempuan lagi pernah sayang Daddy sampai macam tu Ma. ", time dia cakap ni memang bergenang la mata aku. Sedar rupanya dia, ingatkan tak sedar.
"Tau punnn.. Tapi orang sampai pukul awak kan aritu?"
"Awak pukul saya tu sebab awak sangat sayangkan saya..", tudia siap backing aku huhu.
Pastu Aidee cerita, Mak dan family dia dah tau pasal aku.. Sebab lepas cerai tu Mummy terus contact family Aidee n tunjuk profile pic wassap aku kat diorang. Kat Zura pekerja Aidee pun Mummy tunjuk gambar aku dan tanya kenal tak? Zura cakap tak kenal padahal kenal huhu. Tuhla kan, bila jadi camni, lagi senang nak salahkan orang ketiga dari admit salah tu bermula dari diri sendiri. Takkan berlaku punya. Mummy tu boleh je contact aku direct, dia pernah ada number aku, tapi takde pulak dia cari aku. Sibuk nak burukkan Aidee pulak dekat family dia.
Time ni la baru Aidee ckp nak bawak aku jumpa mak dia la, family dia la, walhal sebelum ni sekali pun dia tak pernah cakap pasal ni. Aku je yang dok urge untuk kahwin. Sakit tau ati.. Kadang-kadang terfikir kenapa agaknya Allah makbulkan semua doa aku time aku dah tak berkehendak cam dulu dah? Apa hikmahnya?
"Susah dah bila masuk hal family ni. Sure pandangan dorang pada Mama pun dah tak best."
"Takdela.. Dorang pun bukannya okay mana pun dengan Mummy dulu. Dorang risau nasib anak-anak Daddy je.."
"Boleh ke agaknya Ma terima orang? Mesti Ma sayang orang kan sebab orang pandai dengan orang tua.. Hihi.", sempat lagi aku syok sendiri berangan dengan impian tak kesampaian satu masa dulu.
"Mesti sayang sangat. Lebih dari sayang kat anak dia ni..", Aidee layan je la aku berangan.
Pastu dia urge aku untuk tunjuk gambar Izal. Sebelum ni pun dia banyak kali mintak nak tengok tapi aku tak layan. Hari tu dia insist sangat, jadi aku bukak fon aku, aku tunjuk la kat dia. Ofkosla tunjuk gambar paling hensem.
"Ya Allah Ma... Hensem sangat ni. Dengan tingginya, besarnya, putihnya.."
"Manade dia putih. Biasa je la."
"Daddy tak bolehla macam ni.. Bak number dia. Daddy nak call dia."
"Daddy nak cakap apa? Tak payahhhhhh."
"Daddy nak cakap elok-elok kat dia, Mama ni Daddy yang punya. Jangan kacau lagi."
Pastu bila dia dah balik Kuantan dia ada message aku lagi.
"Mama janganla contact dia lagi. Dia hensem. Daddy jeles.."
Fuh kalau korang kenalla Aidee sebelum tu macam yang aku kenal, memang berubah habis perangai dia dari seego-ego lelaki kepada someone yang insecure sangat. Siap boleh pulak keluar ayat jiwang cakap aku ni permaisuri hidup dia blabla. Sebelum tu jangan harap la dia nak kasi ayat berbunga-bunga kat aku, nak cakap i love you pun payah, macamkan kawen paksa pulak aku ngan dia ni..
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Hari-hari seterusnya aku macam masih tak boleh move on dari Izal. Kuat perasaan kat dia berbanding dekat Aidee. Time aku dah yakin aku sayangkan dia, dia pulak pergi dari hidup aku. Ija cakap, "Ai rasa sebenarnya anda memang ditakdirkan dengan Aidee, tapi Izal dah curi sebahagian hati anda.", hehe abaikanla ayat jiwang-jiwang torsobut ya. Tapi aku macam, eh yela itula yang aku rasa.
Dalam 1, 2 minggu Izal diam ngan aku tu, aku masih gigih bombard dia ngan messages walaupun tak berbalas. Ada la dia reply tapi sepatah dua je tu pun lepas aku cakap baik2 tak jalan, then aku provoke macam, "Abg mungkir janji. Allah Maha Adil. Nanti Abg ada anak perempuan dan dia lalu apa Syg lalu ni, baru Abg faham apa Syg rasa."
"Tak mungkir. Nak sangat kawen aritu kan? Pergilah kat dia.", fuh urut dada je dengan dia ni.. Tu la style dia kalau tengah marah, memang takde sebut kata ganti nama apa-apa. Eleh ingat dia je tau marahhhhh?
Dalam tempoh separation dengan Izal tu, aku ada jugak balik Kuantan jumpa Aidee sesambil balik kampung tu. Tapi Aidee dpt rasa la walaupun physically aku kat depan dia, tapi hati n perasaan aku melayang nun jauh ke Siam sana. Dia cakap takpela asalkan Mama ada ngan Daddy. Aku kan masa tu mcm bengong-bengong sikit sebab ala2 putus ngan Izal, jadi aku tak pk sangat pun pasal perasaan Aidee.
Masuk minggu ke tiga aku macam tu, aku noticed Aidee dah sedikit give up. Dia cakap dia rasa tak boleh macam ni bila hati dan perasaan aku obviously kat lain. Dia call phone aku dedepan aku masa aku letak fon atas meja, dia nampak yang keluar nama 'Aidee' bukan 'Daddy'. Dia terus jadi tak tentu arah. Dia tanya aku panggil Izal apa. Aku tak jawab. Dia macam tak boleh bersabar dah dengan aku..
"Tengok, nama pun Mama dah tukar. Daddy pun nak tukarla macam ni, Sya***** binti ***.", dia cakap sambil tukar nama aku kat phone dia. Huh.
Masuk minggu ke 4 tu aku dah mcm penat nak mujuk Izal, dah rasa sikit menyampah, aku fikir ko taknak aku sudahla, penatlah, so aku stop message dia for few days. Aku fikir, mungkin aku patut balik pada Aidee. Tapi, takkan sebulan aku dah give up dengan Izal? Kalau betul sayang Izal, takkan sebulan je dia takde aku dah kena cari laki lain? Dalam masa yang sama, Aidee macam makin give up dah dengan aku. Dia cakap dia rasa makin tak sabar.
Pastu, elok je genap sebulan Izal diam dengan aku, lepas 3, 4 hari yang aku diam tak message dia tu, tetiba dia message, "Selamat malam." Rindu aku lettew. Laki ni memang suka orang ignore dia kan? Hegeh2 dia takmau. 🙄
Aku yang konon-konon dah kuat ni dah tercair semula. Ceh konon kuatla aku sangat kannn. Rasa ada harapan. Aku jawab message dia macam-macam tapi dia diam balik. Ya Allah sabarnya aku ngan dia sorang ni kan dah kenapaaaaa kena mandrem keeeeee. Aku mula fikir malas nak pening ngan Izal dah, baik aku pilih orang yang bebetul sayangkan aku je kan senang? Aku dah pernah sayangkan Aidee, maybe aku boleh cuba sayang dia semula. Memang fasa al-konfius sangatla masa ni mikir masa depan dengan siapa..
Time ni pulak Aidee mcm dah dapat kekuatan. Dia cakap dah sebulan dia usaha macam-macam untuk pujuk aku tapi aku tetap macam tu. Aku balik Kuantan jumpa dia, muka dia masam dan macam taknak tengok muka aku pun. Time tu birthday dia. Kitorang makan sama dalam suasana yang tensed sangat.
"Dia ada contact Mama ke belum?"
"Ya dah ada."
"Hmm.. Abes Mama reply tak?"
"Reply."
"Mama kena cakap kat dia kalau Mama dah taknak kat dia. Jangan terus message dia."
"Ya Daddy, jangan risau Mama boleh handle sendiri benda ni."
"Kalau Mama nak kat Daddy, Mama kena lupakan dia."
"Daddy kena bagi masa, benda ambik masa kot. Takkan tetiba hati tu boleh ubah, kejap sayang orang ni, kejap sayang orang tu pulak."
"Logik tau tak, kalau one day nanti kedudukan kita ni bertukar.. Mama pulak kat tempat Daddy. Mama pulak rasa macam Daddy.", Aidee mula lepas geram. Fuh ayat ni aku ingat sampai sekarang. Sebab sakit hati mengenangkan dia ni seorang pendendam sangat. Tapi dia lupa, aku dah terlebih dahulu melalui apa yang dia tengah lalui ni, jadi sebenarnya roda tu dah berputar dah.. Dia lupa rasa sakit hati aku bila dia betray aku bila dia tido dengan wife dia dulu..
"Tau tak kalau dengan lelaki lain ni, mau dah kena penendang kot Mama.", Aidee sambung. Ewahhhh dia nak cakap apa? Kalau boleh dia nak je tendang aku ke apa?
"Benda ambik masa bukan boleh lupa camtu je. Silap-silap sampai bebila pun tak boleh lupa dia tau tak??", aku dah mula tertinggi suara sebab marah.
"Hmm..", Aidee terdiam.
Start dari situ aku dapat rasa Aidee dah decide nak give up. Mas pun cakap, dia rasa Aidee mula give up sebab ayat aku tu. Dah nak buat cemana, hati perasaan bukan boleh dipaksa-paksa. Jadi korang, kalau perempuan tengah sayang sangat kat korang tu tolongla jangan buat dia tawar hati dengan korang. Sebab once dah tawar hati memang dah susah, susah sangat dah nak balik pada keadaan asal..
So since then Aidee start jarakkan diri dari aku. Birthday aku 4 hari lepas birthday dia, berlalu macam tu je.. Padahal masa memujuk aku dalam fasa dia mcm tengah tak betul tu, dia cakap dia teringin nak meraikan birthday aku betul-betul. Nak candlelight dinner, pastu nak orang datang main violin kat sebelah aku. Hihi kelakar pulak bila ingat dia punya angan-angan tu.
Aku, bila Aidee dah jarakkan diri tu mmg sangat terasa la, perasaannya macam bestfriend kita nak tinggalkan kita. Izal time tu masih mengada-ngada muncul sekali-sekala gitu je konon hati masih terluka a.k.a. nak mengajar aku la gitu. Memang geram ngan dia time tu. Tapi aku dah nak kat dia kan, sape suruh.
Sampaila tak lama pastu, Aidee message, "Macam mana kalau Daddy cakap, Daddy dah ada pengganti?"
Haa tu dia plot twist. Hilang segala kesian dan tak sampai hati yang membelenggu diri aku selama ni kat dia. Takdela sayang mana pun dia kat aku selama ni pun kan.. Secepat tu dapat pengganti. Yang geramnya sebab, dia give up tu bila aku baru nak cuba untuk start all over dengan dia semula. Macam sengaja nak balas dendam. Dan buat aku fikir, dia usaha selama ni semata-mata nak menang je dan taknak ditinggalkan, bukan sebab nakkan aku sangat.. Kalau dia yang meninggalkan takpe, gittew.. Padahal dia boleh je dapat kot kalau dia bersabar sikit lagi, sebab dia dekat, n Izal jauh dari aku. Biasanya yang dekat yang akan menang kan.
Tapi tu lah.. Dah kalau bukan jodoh kot.. 😪
You know you love me! XOXO,
-Scha