Busy betul recently.
Boss aku baru bertukar. Dapat boss baru yang super annoying! Hari-hari tanya update. Boss sebelum2 ni asal kita siap keje by dateline yg diberikan, okayla kan. Ini jenis terlebih proaktif, excited sangat dapat menguasai team programmers, dia jadi camtu π
Pastu haritu dia suruh aku codekan new program dia cakap urgent n suruh siapkan dalam masa satu hari. Gila betul tak pernah-pernah sebelum ni kot. Aku ni kelam-kabut la siapkan segera n suruh dia test. Tengok-tengok dah few days dia baru test. Panas betul hati. Kata urgent? Harini pun dia tak habis lagi test tu.. Pasni memang takla aku nak siapkan cepat-cepat program dia..
Pastu environment kat office ni sangat la menyedihkan lately. Kiri, kanan, depan, belakang orang resign or retire. Tapi kemuncaknya bila team aku Irfan pun baru je tender ni. Dia dah 11 tahun kat sini. Team programmers 3 orang, so nanti tinggal 2 orang. Yang sorang lagi ni pun dah nak retire next year. Tertekan pulak rasa. Sebab sini konsepnya bila orang berenti mana boss replace dah.. Jimat kos punya pasal. Team programmers asalnya 7 orang sampai sekarang tinggal 3 orang langsung tak berganti. Dapat plak bos annoying. Seriously demotivated weh..
Izal macam biasa la, ke mana lagi kalau tak ke laut. Timbul tenggelam gitu la. Last2 sampai bertongkat aku menunggu beliau huhu.
"Abang janganla tinggal Syg lama sangat. Syg dah tak tahan macam ni."
"Ya Syg.. Abang pun sama. Abg akan balik secepat mungkin ok.." Ya dari tahun lepas dah dengar 'secepat mungkin' dia tu.. π
Dalam hati aku bukan tak paham kerja dia cemana. Aku tau dia pun nak sangat balik tapi terbelenggu dengan tugas. Tapi macam tak larat nak paham dah.
Oh haritu aku penah mintak boyfriend Mas, Zack risik-risik pasal Izal. Lepas aku tau alamat last Izal adalah kat perumahan polis bila aku check record dia kat JPN. Matila kalau dia baca blog ni. Dah dia ssh sangat bagitau.. Aku cari sendiri. Nasib baikla status kat JPN tu memang bujang kan.. Kot la status dah berkahwin, menangis aku..
So bila aku tau alamat tu, sah-sah la alamat tu outdated kan. Benda maybe dah berbelas or berpuluh tahun last updated. Aku fikir maybe dulu je dia polis lepas tu dia dah keje lain. Selama ni aku assume Izal kastam or imigresen sebab keje dia ada deal ngan pendatang haram la, penyeludupan dadah la. Dan awal2 dulu aku pernah tanya Izal, dia keje dengan PDRM ke? Dia cakap "PDRM buat apa.. Tu perosak negara." Gittew.. So aku anggap dia bukan PDRM la. Time tu aku plak yang cakap kat dia, "Apela u ni cakap camtu." Sebbaik aku tak sambung kutuk polis ke apa.. Kot tak, dah lama dia reject aku. π Maybe dia nak test aku kot. Bukan apa kadang2 skeptikal sket ngan polis ni kan..
Yang aku boleh assume dia keje ngan kastam atau imigresen tu sebab intelligence agency yg dia keje tu ambik anggota dari PDRM, Kastam & Imigresen dan beberapa agensi lain lagi. So, bila Zack tau alamat last Izal tu kat perumahan polis, dia barula excited nak cari info pasal Izal. Padahal dah sekian lama aku mintak dia tengokkan any info pasal Izal. Mas gak yang offer dulu, sebab dia cakap Zack ada handheld device yang boleh tengok info sesiapa pun, yang selalu polis pakai time road block tu..
So bila Zack cuba check internal system utk cari rekod Izal, dia dapati maklumat tu semua classified. Dia cakap sesama perisik tak boleh tengok info pasal memasing. Sebab Zack ni detektif. Tapi aku tak pasti la dia ni cakap betul ke terpaksa tipu ke kan sebab tak boleh nak leak maklumat sulit atas nama integriti. Cuma bila Zack tau Izal keje ngan spy agency tu, dia cakap, keje Izal tu lagi risky daripada dia. Dan memang susah pasangan nak bertahan sebab nature of his job memang tak tentu hala.
Pasrah je la aku mendengarnya.. Memang tak tahan sangat ni.. π
Pastu kan tak lama lepas aku merisik info pasal dia ni.. Izal macam
tau-tau je aku dah tau yang dia tu most probably polis. Dia hantar gambar ni.
"Aik, macam baju polis je Abg."
"Mmg la Syg. Takkan Syg tatau."
"Yela tatau Abg tu mana bagitau apa-apa."
"Syg... Syg.."
"Nak gambar Abg pakai baju polis!"
"Sejak dulu tak pernah pakai pun Syg.."
"Ala.."
Geram betul buat-buat tak tau pulak bila orang tak tauuuuu. Bila dia dah confirmkan ni rasa blushing gittew plak hahaha sayangku abam polis rupanya hahaha. π€ͺπ€ͺ Dan aku baru tau hahaha kelakarnyier sobs. π Yang kelakarnya aku ni memang jenis teruja bila tengok orang pakai baju uniform. Smart kan. Pastu kalau pergi space u8 tu nak tengok wayang ke, ke mr diy ke, memang lalu balai polis kan. Mata ni memang tertinjau-tinjau nak catch the glimpse of polis-polis hot kat situ hahaha gatainya.
Kakak-kakak aku pun dok melawak. "Lepas ni kita tak boleh la buli dia ni sangat, Abang dia polis ada pistol nanti kena tembak." Hahaha hampehhhhh.
Skang bila tau Izal ni polis, rasa nak tergelak gila. Patutla perangai dia macam tu. Patutla muka tu garang kemain. Aku selalu cakap dia macam polis pencen, bila tanya aku tu macam soal-siasat gayanya, dan cara dia tu memang tegas dan mendesak. Dominan. Rupanya polis belum pencen sobs.
"Syg pergi balai polis buat apa? Apa jadi Syg? Bgtau Abg sekarang."
Ni masa aku gi balai polis report pasal surat beranak Yam hilang.
"Hah siapa yang kacau Syg? Apa nama dia Syg. Mana dia dapat nombor Syg. Ada gambar tak? Tak suka."
Ni masa aku ngadu ada sorang tu dok kacau-kacau message aku padahal laki orang. Dah cakap bertunang baru senyap.
"Abg bagi masa 5 minit ja, datang sini semula."
Ni masa aku merajuk aku lari jauh-jauh dari dia dengan harapan dipujuk tapi nan hadoooo. π Kena perintah mengadap dia lagi adala. π€
"Siap sekarang. Abg cakap baik-baik ni."
Ni pun masa merajuk ekeke. Eleh ingat aku takut. Tapi memang sedikit takut ekekeke tapi dia tak pernah naik suara pun kat aku lagi.
Ishk dunia aku ni pasal Izal je kan. Setiap masa aku fikir dia. Bukan sebab nak pikir tapi takbleh stop pikir. Apa yang susah sangat nak bersatu ni. Aku fikir kalau dia dapat cuti nk balik ni pun, kerajaan dah wajibkan kuarantin 14 hari tu semula kan.. Lagi gelapla harapan aku nak jumpa dia..
Rindu Izal sangat-sangat-sangat.. π
You know you love me! XOXO,
-Scha
Thursday, July 23, 2020
Tuesday, July 14, 2020
Aidee
Lepas dah banyak bulan Aidee stop contact aku, dan setahun lebih tak jumpa, tiba-tiba dia muncul menyapa kat Whatsapp haritu just before PKP. Bagitau dia ada keje kat Shah Alam. Kat Plaza Jelutong. Ishk tu memang kat neighbourhood aku!
Aku reply macam kawan biasa je. Pendek-pendek takde nak sembang mana. Tapi dia kejap-kejap message aku dengan hal macam-macam yang banyak dia bleh gugel je. Macam cari excuse je nak msg aku.
"Terminal bas shah alam kat seksyen berapa ya?"
"Bas kuantan-shah alam ada time malam tak?"
"Tau tak hotel budget dekat-dekat area sini? Nak bawak pekerja semua ni tido."
"Ada tikar tak? Dorang ni taknak tido hotel pulak."
Aku ni dubdab dubdab dah mikir Aidee ni nak apa lagiiiiiii. Dia buat keje kat sini few days. Last-last tu, that weekend tu Yam takde, mmg aku tersangatlah sunyi dan boring jadi sangat kenalah masanya bila Aidee ajak teman dia jumpa customer kat Cyberjaya.
Hati ni sangat risau fikir Izal. Tapi kadang rasa sunyi tu buat aku ambik risiko macam ni. Aku tau hati aku cuma untuk Izal tapi kadang-kadang aku nak teman bersembang puas-puas to keep myself sane. Matilah statement mintak kena kecam namanya ni. Aku ni jenis susah nak keluar dengan orang tapi dengan Aidee aku selesa sangat n senang bersembang dengan dia. Jadi atas tiket kawan lama, aku pun keluar ngan dia...
Sepanjang dalam kereta tu banyak nak catch up. Macam-macam nak cerita. Semua kitorang cerita kecuali hal personal. Masing-masing tak sentuh langsung soal personal masing-masing. Dah setahun lebih berlalu. Tapi macam tak pernah berpisah langsung dan the chemistry was as great as before. Macam tak sangka takde jodoh aku dengan kau kan? Tapi benda dah lama lepas.. πͺ
My heart still aches bila fikirkan semua yang dah berlaku dengan Aidee ni. Dalam parut yang dia tinggalkan dalam hidup aku. Aku rasa masing-masing tau kalau mula cerita pasal personal masing-masing, memang boleh sambung bergaduh sambung pukul-pukul yang tergendala setahun dua yang lepas tu. Masih boleh menjerit-jerit tak puas hati berlawan cakap sakitkan hati masing-masing sebab we have hurt each other too much before. Rasa marah tu meluap-luap sebab rasa sayang dulu pun sama banyak meluap-meluap macam tu jugak.
Tapi the day went well takde insiden seorang lelaki atau seorang perempuan kena cekik dalam kereta ke apa. Huhu. Aku teman dia jumpa owner kedai yang dia plan untuk sewa jadi cawangan kedai dia kat KL. Sebab ramai potential customer yang tak jadi berurusan bila tau kedai dia kat Kuantan. So kalau ada cawangan kat KL ni cerah la sikit masa depan..
So.. Lepas tu PKP then dia adala muncul on off gitu msg aku. Tapi takde berjumpa dah. Masa aku balik Kuantan baru-baru ni lepas PKP dah boleh rentas negeri tu, adala dia msg2 aku jugak.
*************************************
Bila dah sampai Kuantan tu Izal awal-awal lagi dah pesan, "Syg, dah balik kampung jangan gatai-gatai nak pi jumpa marka lama pulak ya."
"Hahaha.. Marka apa marka.."
"Haa main-main. Pang sat g ha. Syg dengar tak Abg cakap ni?"
"Ya dengar baby.."
Itulah dia alpha male yang kudambakan tu. Garang tapi tau dia garang sebab sayang. Tapi dah terlalu lama kita berjauhan ni tolong balik boleh tak..
*************************************
Sampaila weekend baru ni Aidee text aku, "Jom pekena nasik kandaq Penang?"
"Besnyaaa. Ada job kat sana ke?"
"Ya ada nak pergi mengukur tempat customer. Dia available hari Selasa je so petang Isnin baru nak gerak."
"Aisi.. Susah pulak weekdays. Baru weekend ni plan nak berjalan ke Penang. Fikir dulu."
"So?", dia tegur dalam sejam pastu.
"Takpelah awak, susah sket weekdays.."
"Wokey.."
So berjayalah aku tolak ajakan dia untuk kali tu dengan bergaya tanpa sakitkan ati dia. Izal patut terharu kalau tau betapa aku mengelak untuk jumpa lelaki lain sebab nak jaga hati dia.. Padahal sunyiku hanya Tuhan yang tau, macam lagu apa tu. Sunyi sebab tak dapat jumpa dia setahun lebih dah. Sunyi hidup sendiri. Macam2 lah. Haritu ex lama masa zaman bujang time sama-sama kerja Pizza Hut tu pun tetiba muncul n ajak aku keluar jugak. Pun aku tolak gak. Ishkk accobaan nye laaaa bila berjauhan ni.. I hate the distance.. πͺ
Tapi baru kejap ni Aidee text aku.
"Jadi ke pergi Penang weekend ni?"
"Eh awak salah faham ni.. Maksud saya, last weekend yang kata macam nak pergi Penang tu.. Bukan this weekend."
"Ooh yeke.."
"Awak dah settle dah urusan kat Penang?", aku terus tanya. Kalau ikutkan dia patut balik dari Penang harini.
"Tak jadi.. Nak pergi weekend ni."
"Laa nape pulak?"
"Tunggu awak la.."
"Ishk."
Sekarang ni aku nak cite benda ni kat Ija pun tak berani. Konfem Ija keras menegah aku jangan pergi. Yelah silap-silap kena 'cerai' ngan Izal baru aku tau langit tinggi rendah heeee seram memikiokannya. Harapnya aku kuatlah nak menolak kali ni. Walaupun alangkah besnya dapat pergi berjalan ke Penang pastu duduk je tak payah susah-susah drive.. π¬

10 Long Days
Abiang finally dah balik after 10 long days!
Aku barula dok menanges sendu the night before sebab rasa lama gila dia tak contact aku. Tambah-tambah pulak dengan Yam baru ikut Babah beliau balik ke rumah sana untuk seminggu. Tu yang ada masa aku nak menanges. Kalau ada anak tu tau gak malu nak menanges depan dia hihi.
"Syg.. Abg baru balik. Sorry lambat Syg..", Izal tegur pagi tu time aku kat office.
"ππππππ", tu je mampu aku reply.
"Syg kat mana. Syg sihat tak? Yam sihat tak?"
"Ya sihat je semua. Abg pergi mana lama sangat tinggal Syg.."
"Laut Syg.. Operasi."
"Abg sihat tak.. Ujan kan.. Syg risau sangat Abg kat laut dengan hujan ribut macam tu.."
"Abg flu. Ujan Syg.. Panas terbakaq. Miss u Syg."
"Miss you more baby. Rindu sangat."
Rasanya kalau tengok chat history tu word paling banyak digunakan adalah rindu, miss you. Ulang-ulang tu je tapi jumpanya tak jugak. Ni dia mulela qadha tido ni penat almost 2 minggu kat laut. Hilang mood aku sekali bila dia takde tu.
Semalam aku dah declare aku nak mogok lapar aka diet selagi dia tak balik Malaysia. Aku cakap biar aku kurus tak mok dah biar dia tak suka. Dia kan tak suka aku kurus huhu. So sebelum aku kurus gila ada baiknya dia balik menjenguk aku kat sini. Kalau tak, memang berazam nak kurus macam zaman belajar ni.. nak cecah 60an. Ewah tinggi cita-cita..
"Abg tau tak ada satu citer kat Netflix tu Syg tengok. Pasal sorang boss mafia yang jatuh cinta kat sorang perempuan. Pastu dia kidnap perempuan tu bawak ke rumah dia, dan dia kasi masa 365 hari untuk perempuan tu jatuh cinta kat dia."
"Wow. Macam menarik ja jalan cita."
"Ya Abg.. Memula perempuan tu memberontak la melawan la. Last-last bila dia dah betul-betul sayang laki tu yang jadi best cerita tu."
"Cita dia macam cita Syg dengan Abg la kan. Mula-mula tu Syg taknak layan Abg. Pastu jadi care. Jadi sayang."
"Hihihi. Abgla mafia tu kan.."
"Hihi. Love you Syg."
Rinduuuuuuuu. Tak terkata dah rindu ni. Kawan aku kasi tips untuk kerapkan sedekah pastu niat mintak ngan Allah untuk cepat kawen. Dulu dia amalkan camtu. Dia yang ikutkan macam tak logik nak bersatu dengan boyfriend dia time tu sebab selalu gado besar tu bleh tetiba ada jalan nak berkawen n dah berkawen pun sekarang...
Bagi makan kucing pun sedekah. Kasi tips untuk rider pun sedekah. Lebihkan makanan yang dijual pun sedekah. Semua sedekah. Jadi cari jalan untuk sentiasa sedekah. Rezeki pun rasa lebih lancar pastu. Renung-renungkan dan marilah beramal yaaa! π

Thursday, July 9, 2020
Hujan Rindu
Lama tak update.. Aritu kawan lama aku tanya tak update blog ke? Baru aku ingat blog yang sekian lama di abandoned ni kah kah.
Sekarang tengah tak busy kat office. So ada masa nak menulis kat sini. Ada time memang rasa nak menulis tapi kadang rasa tak selamat plak nak cerita-cerita kat sini. Risau di judge la risau itu ini last-last kensel.. Tapi kadang-kadang rasa nak menulis jugak nak release. Kadang rasa dah tulis pun still takleh release gak. Hihi. What the heck kan. Jadi kita ikut konsep belasah je laaaa.
Izal dah MIA dekat seminggu ni. Aku rasa ke laut la tu. Sekarang dia tengah busy memantau perairan negara dari diceroboh orang-orang Rohingya yang sibuk ambik kesempatan nak masuk negara kita secara haram especially since PKP haritu.
Haritu aku mintak gambar dia macam biasa. Pastu dia kasi gmbr yg dia dah kasi haritu. Aku mula la berdebar pikir dia ni mendua, mentiga, menlima aku ke sampai lupa dia dah pernah kasi gambar tu kat aku? π€
"Ni gambar haritu. Abg ni ramai awek ek sampai lupa dah pernah kasi gambar ni. Abg kalau ada org lain siap abg. Syg gi sana Syg bom dua-dua. Haaa...", aku membebel kat dia. Dengan orang ganas ni kena gertak ganas lebih.
"Meh cepat.", dia balas. Cis.
"Takde gambar Syg.. Abg dok celah hutan yang penuh nyamuk dan pacat ni. Apa pun tak nampak. Hantu ada.", dia explain lagi pastu kasi gambar hitam gelap gelita hahahaha. Sabar je le. Alahai dalam hutan pun message aku lagi..
"Hahaha piang! Explain gitu kan senang.. Pasal Rohingya lagi ke Abg?"
"Ya.."
Aku sangat risau bila dia hilang lama ni. Setiap kali hujan kat sini, aku teringatkan dia yang mungkin tengah kerja dalam hujan ribut kat laut tu. Kadang-kadang nak buat tak tau tapi bila someone dah jadi our center of universe ni memang akan fikir pasal dia je. Doa tak putus moga Allah lindung dia. Aku takut. Keje dia bahaya.
Haritu sampai genap 2 minggu dia MIA. Masuk minggu ke dua aku dah rasa mcm terawang-awang pun ada sebab risau sangat-sangat. Dah tak tahan sangat aku mengadu kat Ija. Masa tu aku fikir word mati je. Sebab tak pernah kot selama ni dia menghilang sampai 2 minggu. Tak silap ada cuma sekali yang dia ke Hong Kong hilang 3 minggu camtu tapi yang tu dia bagitau sebelum dia nak ke sana. Sampai sana dapat arahan tak boleh on data. Tapi masa tu macam belum serious sangat dengan dia.
So dah nak masuk 2 minggu hilang tu aku dah takleh pikir positif dah. Harapan aku makin menipis untuk dapat jumpa lagi dia. Menanges je keje. Yang tambah tak sedap hati sebab few days berturut-turut aku mimpikan dia. Masa tu tengah bulan puasa. Jelas nampak dia dalam mimpi aku. Rasa macam betul-betul jumpa dia. Mulala fikir dia ni tengah dalam kesusahan ke apa..π
Aku doa sungguh-sungguh pada Allah masa tu tolonglah kasi aku ilham apa yg terjadi kat dia. Solat hajat mohon pertolongan dari Dia. Dah dekat 2 minggu tu baru dia muncul.. Tak terkata aku punya lega tu terus ucap syukur betul-betul syukur kat Allah sebab idop lagi dia. Dia cakap dia stranded kat satu pulau sebab hujan dan laut bergelora, bot rosak. Duduk je la kat pulau tu sampai ada bot lain datang selamatkan diorang.
"Mintak maaf buat Syg risau..", berapa kali dia ulang mintak maaf dengan aku.
"Ya Allah Abg.. Syg dah fikir apa.. Pulau tu ada orang ke tak? Cukup makan tak?"
"Ada sayang.. Makanan ada semua. Cuma terputus hubungan je la.."
"Abg pleasela kasi number Syg kat boss abg ke sape ke.. Apa-apa tolongla suruh dorang bagitau Syg.."
"Ya Abg dah bagi dah Syg.."
Tapi ni ilang 2 minggu pun takde sesape bagitau apa-apa. Takkan kalau mati je nauzubillah baru ada orang bagitau aku kot wuwuuuu. π Pastu satu lagi dia ni kalau apa-apa bukan nak bagitau kita. Haritu ada gambar dahi mcm luka terbelah langsung tak cerita apa. Aku tanya nape? Dia cakap manade apa-apa...
So ni baru masuk 6 hari MIA aku rindu sangat tapi takdela level gelabah lagi. Tengok.. Aku dah slowly adapt n immune dengan kehilangan dia hahaha. Terpaksa.
Before dia hilang ni dia bagitau aku dia nak balik jumpa aku.. Dia cakap rindu sangat kat aku. Oh baru rasa betul rindu ke bang? Sobs. π Setahun dua bulan dah tak jumpa dia tau takkkkkkkk. Sabarnya akuuuuuuuu. π Imagine tengok dia depan mata pun dah debar macam apa je. Tatau la kalau betul dia ada depan mata aku ni.. Nanges mau berkali-kali.. π₯Ίπ₯Ί
Dia cakap dia nak cakap pasal nikah. Lagila aku rasa nak menanges sendu.
"Kawen time sekarang ni senang Abg.. Syg tak kisah pun kenduri kecik pun takpe yang penting nikah tu."
"Ya Syg.. Abg ada tengok link haritu. Betul, senang."
"Syg nak Abg ada dengan Syg hari-hari."
"Ya Syg.. Abg nak Syg ada hari-hari jugak."
"Abg sayang Syg tak ni?"
"Sangat-sangat sayangkan Syg."
π
Tapi bila aku fikir-fikir balik ni, sekarang nak masuk Malaysia ni bukan ke kena kuarantin 14 hari tu.. Sobs cemana aku nak jumpa dia camtu.. Cuti dia dahla terhad. Takpelahhh. Tengok nanti cemana. Ada jodoh tak ke mana kan?
Yang penting nak dapat sesuatu yang worth it kena banyak sabar dulu..

Subscribe to:
Posts (Atom)