Monday, December 9, 2013

Sejuta Cinta Buat Ibunda..

Mak aku yang aku panggil Cik dah tinggalkan kitorang semua two Mondays ago on 25th November 2013.

Sedih sangat. Aku selalu terpk Cik akan sentiasa ada kat umah kat Kuantan tu sbb mmg dia sentiasa ada sebelum ni. Keluar dari umah nak berjalan ke mana2 pon mmg jarang sangat2. Cik survivor selama ni, entah berapa kali masuk hospital, icu, tapi Cik sentiasa selamat.

Mula-mula hari Jumaat (22/11) tu aku balik KL bila kakak aku cakap Cik separa koma. Aku stay sampai hari Ahad (24/12). Aku nampak Cik stabil walaupun tak sedar, jadi bila aku decide nak balik KL smula hari tu, aku mmg agak mak aku akan sembuh macam biasa.

Banyak kali aku rasa ralat, rasa menyesal nih sbb blah hari Ahad tu, sbb Cik meninggal the day after je, hari Isnin.. Napelaa aku tak tunggu... Tapi aku ingat aku buat decision tu sebab nak ikut cakap suami. Memanglah incik sayang tak paksa langsung, cuma aku taulah dia nak balik. Seriously mmg kitorg ingat Cik akan sembuh, tak terpk langsung Cik akan pergi... Walaupun mmglaa aku sedih sangat nak tinggalkan Cik dalam keadaan tak sedar macam tu.. Lepas Cik meninggal tu Incik sayang berapa kali mintak maaf, "Sorry B ajak Yayang balik kl.." Takpelah... Manalah tau sebab aku ikut kata suami ni Cik dapat portion pahala yg besar jugak... Manalah tau...

Tapi macam tu 'nasib' seorang mak kan? Bila anak perempuan yang dia jaga penuh kasih sayang dari kecik dah besar n kawen, dia kena mendahulukan suami jugak dari perempuan tua yang dah jaga dia dari kecik.. Cik selalu ingatkan aku pasal tu, yang kena sentiasa dahulukan suami daripada dia. Aku bukan pertikaikan hukum Allah.. Aku cuma selalu terpk macam tu bila dah ada Maryam ni.

Yang terngiang-ngiang dalam kotak fikiran aku sekarang, perbualan terakhir aku kat telefon dengan Cik, Cik macam biasa mesti tanya bila aku nak balik Kuantan?

Aku cakap insyaAllah hujung bulan nanti..

Cik cakap, "Tak tahulah Cik sempat jumpa ke tidak.."

Aku cakap, "Sempat... Mesti sempat."

Bila aku balik jenguk Cik yang tengah sakit tu aku memang teringat-ingat kata-kata dia yang tu.. Tapi aku ingat Allah takkan ambik Cik lagi.. Aku ingat Cik salah... :(

Nantilah aku sambung lagi when the time comes... Malaslah nak basah2 kat opis nih nanti jadi scene pulak.. :(


Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, October 4, 2013

Maryam Jameela's Aqiqah - Part I

Sangatlah teringin nak share pasal first time deliver haritu, tapi sampai skang tak kesampaian! Couldn't find the time. Kat opis manjangnye line tak clear n takde privacy nak menaip. Kat umah.. Lagilah jarang sangat bukak laptop..

Anyway! Fast forward drzzzzzzz sampai harini 4/10, anak aku dah nak masuk 3 1/2 bulan dah! Baru ni on her hari ke 100, Atok bliau buatkan 2nd Aqiqah, walaupun kitorang dah buatkan aqiqah untuk bliau kat Kuantan, on her 7th day haritu.. Cucu first kan, jadi exxxtra excited..  photo ngeee.png

Cepat sangat aku rasa Maryam ni membesar, setiap hari rasa macam fizikal dia berubah. Kekadang rasa nak stop masa je, tak puas aku melayan dia, dalam masa yang sama aku seronok tengok progress dia. Haih...

Ini gambar2 dia dari kecik sampai 'besau'.. Mihmihmihhh ..  photo love.gif

Freshhh! From the oven..

 
 Sepupu Maryam, abang Afif al-hafiz tolong tahnikkan..
Jadi anak yang solehah ye sayang..

Sayang Babah...

Maryam teman Mama balik berpantang kat Kuantan..






Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, September 6, 2013

To Stay Or Not To Stay

Lamanyier tak tulis sini! Actually ada beberapa kali when I felt like blogging, aku taip taip taip, then rasa macam citer tu tak worth publishing, so aku delete or save as draft je. Tapiii lately aku dok baca blog joe perantau semula, aku rasa macam ruginye lama tak berblog! Ada time kita nak bercerita secara detail tapi macam tak sesuai cite face to face... Macam we're scared that we'll bore people to death. Now that's when blog comes into the picture!

Harini ada coding yang nak kena buat tapi due in Wednesday, so aku relaks2 dululah.. Jumaat konfem takde mood nak buat keje sangat.. Tapi Isnin nanti pon mesti takde mood jugak kan! Hahaaa.. Kesimpulannye berapa hari je laa yang produktif ni ngrrrr... Maaf incik bos!

Aku lately dok berfikir cemana caranya nak mula keje kat oversea. Ini kesinambungan rasa macam takbleh 'grow' sangat kat company skang. By saying grow i mean KAYO. Kehkehhh. Bertitik tolak since dapat increment time dekat2 raya haritu yang sangat secotet.. Frust giler rasanya. Walaupun dah cukup happy ngan bonus yang dapat time yang sama.

Sebab aku pk kalau dalam line consulting, yearly increment amatlah dinanti-nantikan.. Dulu aku penah dapat increment sampai 1k+ kat company lama. Dan setiap kali job hop bleh demand around 1k dari gaji last. Kat line consulting jugak, pendapatan kita tak static, sbb ada mileage claim and the likes, sbb kerja merata2 ikut tempat client kan..

Rindu kekadang tu. At the thoughts of getting myself dressed up to work, sbb dulu keje ngan client kan, so penampilan haruslah diutamakan. Skang aku macam takdelah bersiap macam dulu dah. Atau adakah ini simptom orang dah kawen? Gagaga apa2lah..T_T

Itu yang bila aku gugel2 nak cari keje kat oversea, aku came across dengan satu blog yg sangat detail n informative ni, tentang tawaran keje untuk jadi fruitpicker kat Australia! Mulalah aku pk, kalo ikut kepala aku nih aku on je.. Pk nak kumpul duit secara bes. Kekadang penat keje yang pakai palotak ni, nak gak keje yg berteraskan fizikal, bleh gakkkk aku kurus kott. Hehe.

So, itulah dia. Ramai orang malaysia keje kat ladang sana, yang fresh grad pon ada, yang pakai tudung pon ada. Sbb dengan buat keje tu lagi banyak yang dorang dapat, around 4k+ AUD, ikut kadar kerajinan, so given currency exchange and all, duit malaysia dh dapat banyak tuuu.

Ada sorang forumer siap cakap, anak sedara dia bwk balik beratus ribu lepas keje few years jadi fruitpicker kat oz... Humangaihhhh!

Aku citer kat incik sayang, dia cakap, biar dia keje n aku n baby just dok umah.

Citer kat ija, ija ckp biar kita berempat keje (aku+hubby, ija+hubby), then babies kita bagi mak beliau jaga. Bawak mak beliau sekali ke oz.. Hahahaha nak tergelak aku.. Macam yo-yo nak keje kat oz dah nampak gayanya!.. :D

Ok lunchtime, mau menapau sikit buat alas perut sampai petang...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,

Friday, May 17, 2013

Tarantula!

"Mana??"

"Tuuu!!"


Yesss... This blog is abandoned like that.. Ngeeee... (-_-")


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Rasa macam ada satu keperluan untuk mengapdet blog satu kali sebelum career bertukar menjadi mak budak lepas ni. Banyakkkk cite n gambar nak share tapi rasa macam blogging sangat mengambik masa sangat skang, itu yang tak terapdet2.. Mari salahkan fesbuk..

Skang i'm on my 33rd weeks! Kejap je oiiiii! Paling awal lagi 4 minggu akan bersalin, paling lewat lagi 7 minggu... Giler laju..

Pada tahap skang, dah tak boleh baca pengalaman orang bersalin dah... Seram! Before this ai okke jerr.. Fara nina laa niiiiii cakap sakit bersalin sampai tahap meremang sampai ke telinga or something.. Arghhh I couldn't brain that! Serammmmm! :-S

Lain orang lain pengalaman kan... Pengalaman aku sepanjang tempoh bersalin in summary camni:

++ 1st trimester ++
Fatigueness. Loya2 sentiasa n kekadang muntah. Tapi muntah jenis terkawal laaa... Loya tu yg lebih.. Keperluan untuk sentiasa tido n mengantuk manjangggg... Peninggg yg kerapppp.... Tapi takpe... Mama gagahkan je demi si kecik lam perut ini..


++ 2nd trimester ++
Rasa macam orang tak pregnant je. Mmg betul2 babymoon, bebas dari ketidakselesaan pregnancy. Cuma kurang selera makan sikit. Yang aku lalu nak makan, benda2 bersup yang panas-panas. Sampai naik muak incik sayang sbb selalu sangat pergi Johnny's :D Kalau makan nasik pon berkuah yg sup2. Before dis takdenya aku nak pandang kuah2 clear tu.. Dek kerna mknn ala2 healthy nih laa 2x kot berat aku turun time checkup kat klinik. Huhuu kalo tak punyelah payahhh nk turun...

Oh! Deria bau time ni giler2 memuncak... Begini contoh perbualan dengan incik sayang:

"Yang isap okok ekkkkk...", kataku menego incik sayang yg baru turun dari tingkat atas dari jarak 5 meter. Dia biasa isap lam toilet atas yg aku jarang guna, ataupun kat luar umah.

"Terernya! B isap sikit je!", kata incik sayang sambil kasi sengihan kekerangan dia bila kantoi isap rokok.

"Tapi kenapa ada bau macam lain rokok ni, ada bau wangi... Cigar ke rokok berperisa?"

"Eh manade.. Ooh! Lepas sapkok b ada sembur pewangi nak kasi hilang bau rokok.. Hehe."

Wahhh itupun saya boleh bau! Rasa macam ada superpower sangatttttt!! :D

++ 3rd trimester ++
Deria bauu menurun. Bau mulut sendiri dengan bau kat bilik air pon aku tak bau. Adakah ini sebab aku riak time 2nd trimester sbb mempunyai deria bau paranormal?? Yang pasti incik sayang laa gumbira sbb aku dah tatau bila dia smoking T_T

Rasa giler2 restless kini kembali! Perut berat, bawah perut sakit, nak angkat kaki sebelah untuk pakai spender pon sakit giler. Bergerak dengan halaju grandma. Malu sebenarnya bila org tgk kita tak larat.. Tapi seriously bukan exaggerate, mmg sakit kalau jalan laju2..

Baby saya... Idong gue, bibir incik sayang..
Obvious sangat huhu.
Time scan, sonographer cakap, "Senyum sikit!". 
Sambil geletek perut aku..
Baby terus senyum!! Bagus mendengar kata baby mama.. (♥‿♥)

Hujung kaki pulak bengkak macam tauhu. Especially bila bukak kasut, mmg nampak kesan line kasut dan ketembunan tauhu tersebut T_T. Tak sampai ati nak aplod gamba kaki tauhuu huu huuu.. Cramp yang menggila dari ujung kaki sampai ke lutut n paha mula menjengukkan dirinya. Serious aku tak pnah rasa sebelum pregnant... Sampai menangis2 di remang pagi hari sebab tatahan sakit sangatttt. Incik sayang bila aku mengerang tetibe mmg dia akan terlompat dari tido. Kesian dia. Penyayang lakiku tu.. Akan kuingatkan anakandaku nanti akan pengorbanan bapa mereka..

Kalau aku, punyelah tak sabar kalau kena kejut dari tidur tiba2 camtu. Aku yang kena cramp pon punyelah liat nak bangun bukak mata. Kalau bleh nak sambung tido n mengharap cramp akan hilang sendiri ketika tidur huhu... Padahal incik sayang dah siap bersila kat lantai ni sambil urut kaki aku.. Huhuuu..

Oh! Dan aritu lepas beberapa kali kaki cramp, tetibe kaki dah tak cramp dah... And incik sayang plak cramp! Dia cakap, sebenarnya dia mmg ada doa supaya kalau aku nak kena cramp, biar dia yang kena sbb kesian sangat tengok aku sampai nangis2.. Huuu terharu giler. Biarlaa org kata poyo ke ape... Doa dia ikhlas agaknya, sbb tu aku dah jarang kena cramp pastu. Cuma tetibe malam tadi cramp strikes back setelah sekian lama tak kena. Ngeee!

Dannn.. napsu makan lately adalah sangat memuncak.. Risau aku. Tapi takbleh kontrol, all the time kena mengunyah dan sentiasa lapar. Harap jgn laaa besar sangat baby nanti! Sorammmm!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tak sabar nak pakaikan baby baju ni! Geram sangattttt... :D

Barang baby dah bnyk cross skang. Last wiken aku dah basuh kain2 batik aku yg sekian lama terperuk dalam beg sbb tak pakai untuk persediaan berpantang. Baju2 baby baru lepas basuh n jemur semalam. Ok barang2 cinonent nih susah nak jemur.. Mmg kena beli banyak hanger bulat lagi.. Yang tinggal cuma barang2 besar lah nak diclearkan. Macam pam susu yg paling penting. Gaji bulan depanlah beli kot.. Lelain apa ek, carseat, stroller, tapi tu last priority lah, lepas pantang pon takpe bagi aku.

Antara hasil pembasuhan malam tadi.

Ni pon antara sebab malas nak apdet blog gak.
Sebab gambar dari camera phone tak terang.. Tensen je berbintik2..
Sabar je lah ye..

Barang aku pon bnyk gak belum clear ni. Bengkung, set berpantang, dan begitu dan begini.. Phewwww.

Oklahhh... Nanti (janji manis) sambung lagi...



Jaga diri & stay pretty!

xoxo,