Thursday, December 31, 2009

Welcome TWO.OO.ONE.OO!

Opis sudah senyap sunyiiii, ramai amek cuti, dan yg tak amek cuti pon dah balik awal dahh. Aku balik sikit lagi lah. Awal sangat pon takde yg menantiku di umah. Cewahhh.

Wiken ni barulaa ada peluang merilekskan diri kat umah sket, since sepanjang bulan 12 nih leh kata every wiken bizi ngan preparation tunang, majlis tunang, dan last weekend pon family aku ramai2 datang umah holidayyy. Penat tuuu jadi hostess!

Tapi penat sumer ilanggg bile tengok note yg akak aku lekatkan kat cermin bilik time aku gi keje ari Isnin tu. Awwww comey gilerr :")

Ni plak note yg ija tinggalkan untuk aku time dia datang kejap Selasa baru ni. Datang kl beli cincin tunang dan barang2 hantaran :)) Skang dah chow pegi umah bakal mak dia dahhh, prektis skill menantu harapan huahua. Tadi dia msg cakap kene torture ngan boipren bliau, kene goreng mi untuk 10 orang makan... Dan kene masak lunch gak. Wakakaka!


Okay, so long wiken ni aku harap dapatlaa setel bendalah lam list ni!

++ basuh bajuuuu! kawen nanti, incik sayang amek alih tugas ni bleh tak? tak besnyeeeee!
++ decide bile nak join company baru! (ambik masa niii nak decide I tell u!)
++ set appointment for medical checkup b4 joining the new company!
++ buat 10-month planner merangkap wedding checklist yg gempak giler! Kena ada apa yg kena buat setiap bulan dan bajet2 nye skali. Semoga segalanya teraturrrr dan yang penting tidak last minute! Amin!
++ nak setelkan template blog kawen dan blog ABAP, kot?? nih lowest prioritylah kirenye.

Semoga berjaya predei! Pek pek bahu sendiri!



You know you love me!

Tuesday, December 29, 2009

I'm Not Yours & Lunway Sagoon

Few days ago, membe utp aku F citer dia baru clashed ngan his girlfriend of one year. Terkezzut gak aku memule dengar tu, mati2 ingat dorang dah siap sedia nak kawen dah ke ape.

Yang aku tak tahannye bile tengok ex dia tu senyum gumbiraaaa je time bertunang ngan 'tunang paksa' yg nenek dia jodohkan tu. Aku lak tolong geram untuk membe aku tu. Aku cakap kat dia, kalaulaa aku kene paksa camtu, aku akan wat muke tadek efek je time bergambar. Haihh taulaa menerima segalanya dengan redha, tapiiiii.

Tapi biarlah, tu citer orang, hati di dalam kite tak tau...

On the other side of the globeeeee, aritu, 2 hari lepas aku engage ngan fiance tersayyeeng, dapat satu message yg bikin dada aku bergetar sejenak.

"Anda dah bertunang ke dah kawen???"

Sms dari Old Flame yg dah sekian lamaaaaa tak keep in touch.

"Err, tau mana?", jawab aku sambil otak ligat memikir dari mana dia dapat tau. Blog ni dia tak tau.

Pastu dia terus call dengan suara yg macam nak nangis, I must say. Bunyik bergetar, bunyi sebak, dia cakap dia langsung tak sangka aku akan bertunang secepat ni. Rupenye dia tau sbb dia tengok display image kat YM aku. Aku plak sengallllll, bleh lakkk tak prasan, kalo kite set someone offline, dia tetap nampak display image kite rupenye. Tsk pek dahi sendiri! T_T

Sbb sebenarnya mmg aku tanak bagitau dia aku nak tunang ke kawen ke. Biarlaa lama2 dia tau sendiri. Sbb dia selalu cakap, dia takleh imejin cemana prasaan dia kalo one day nanti dia terserempak aku jalan sambil pimpin tangan anak aku kat Nirwana (pasaraya dekat umah Kuantan ) ke, mana ke. *Background lagu Lamunan Terhenti Aris Ariwatan* Tsk. Pastu dia cakap takleh terima kalo one day nanti dia call, suami aku yg angkat.

"Abis anda gak suke cakap kannnnn, ai dari tahun2 lepas cakap nak kawen ngan incik bruang, tapi tak kawen-kawen gak. Anda suke cabar kannnn. Ni, orang dah tunang, nape nak sedey pulak...", aku smash dia seketul.

"Yelaaa, tapi, erghh, tu cakap kat mulut je, dalam nih perasaan cemana anda tak tau. Sakit, Sya... Sakit... Ai tak sangka secepat ni anda tunang... "

Lepas tu aku banyak diam je time dia meluahkan kekuciwaan. Last2 dia cakap, "Takpelah, walau cemanapun tahniahlah, anda nampak cantek n sesuai ngan kaler tu. Pepel ek?", yeee, orang ke 2 ingat baju aku pepel T_T.

Walaupun dalam keadaan camtu, sempat lagi dia insist nak tengok gambar aku. Aku bagi je link ke photo album aku kat facebook, yg aku temporarily enable utk 'Everyone' dan bukan 'Only Friends' cam biasa. Biar dia tengok. Biar bila dia teringat kat aku, dia akan terbayang visual aku dalam baju tunang, dan dia jadik benci, dan lupekan aku terusss.

Seminit kemudiannnnn, haa terus sebelasss notification kuar kat fb kau. Sumer komen dia kat gambar2 tunang aku. Silap aku, tersilap set privacy untuk comment tuh, tuh yg dia bleh komen.

Antara komen dia yg aku ingat:
"Geram btol...."
"Tahniahlah jugak ye kaksya."
Pastu dekat gambar thank you tag yg ada 'Adi & Sya' tu, dia komen, "Sya* & Sya tak boleh?" (-_-")

Maka INSTANTLY kelam kalibutlaa aku delete sumer komen tu. Tapi dalam instant-instant tu pun, sesaat kemudian, zaaassssss, msg dari Z memecah keheningan senja, "Aku nak tanye satu je. Sape B** tu?"

Pan Bin Tas sungguhhhhh mamat nih! Dia cakap dia tergerak nak tengok photo album aku lagi walaupun siang tadi dia dah usha dah photo album aku tu. Tuh yg dia sempat tengok komen2 saiko B**. Huhuhu giler betul. Dahhhhhhh kene explain citer di sebalik tabir kat Z plak...

Sooo, citer berakhir sampai situ, dia dengan life dia, aku ngan life aku. Dah tunang, dah masuk soal family ni, sumer dah jadik lain, kene fokus. Incik sayang cakap, aku dan dia dah jadik 'family' sekarang :")

Kerna dah jadik family laaaa, makaaaa, aku insist ajak dia join family aku gi Sunway Lagoon pepagi Xmas yg lalu, sebab Abang De nak sponsor sumer orang! Hohoho suke suke. Tapi rasa nak gelak dengar diri sendiri sebut kat Abang De, "Boleh tak Adik ajak TUNANG ADIK gi Sunway Lagoon skali??" Aju n Kak Da pon dah kecoh, "Ajakla incik bruang, ajaklaaaaa." Huhu sooo off we go, 20 orang satu rombongan sekali ngan anak2 sedara belah Abang De.

Masa untuk bergambarrr! Apaa??? Takleh letak gambar incik sayang lagi??

Proud sponsor yg berdiri ujunggg skali tu.

Skarang dah letak dahhhh gamba penuh walaupun mokkk, mentang dah ada tunang...
Takpe, nanti dah kurus, kasi korang senang nak compare kannn.

Suke gambar ni, feeling cover album NKOTB ke apetahh.

Si baju ijau lah anak sedara yg dok ngan aku skang.

Yayyyyy~~~

Gaya itik pulang petang.

Kesimpulannye, lenkali nak pegi hari biasa! Tensen giler takleh naik gelungsur ape2 pon sbb ramai gilerrrrrr beratur, jadik malas nak menunggu. Tapi paling syok time naik pelampung untuk dua orang tu bertiga ngan Aju n Kak Da bahaha... Dan 3x diulangi TIGA KALI tiga-tiga terlangkup ngan pelampung-pelampung dekat area ala air terjun tu tahap sesakkk idong, tapi tak serik2! Sonot!!!

Okayyy dah abish! Later alligator!!

p/s: I should've updated more frequent sbb bile tangguh2 jadik panjangggg entri, dan banyak lupe. Ngeeeeee sabarlah sabariah yee.

Yang Benar (ada tipu2 sket),

~~Proudly Predeiiii~~




You know you love me!

Behind The Scene: The Engagement Day!

Kalau ada yg masuk blog aku ni tapi tensen tak apdet2, sorri lamat apdet! Banyak nak cite, tu yg tertangguh-tangguh. Entri panjang niiii. Sile pergi amek nasik sesiap baru bersila depan laptop, baca blog beta okeh! :D

Okay, so the engagement that I was soooo worried about went well... Hihi. Alhamdulillah sangat. Bagus gak adat-adat orang tua kite suruh bertunang ni kan? Banyak benda belajar, so that nanti taim kawen dah ada hint sedikit sebanyak.

Tau tak Incik Sayang sikit punye blur aritu?? Rasa macam aku bertunang ngan entah sape tahhhh arituuuuu aummmm. Dia cam nampak tak nampak je aku, tau laa tengah cuak, tapi erghhh. Biarlaa orang lain tengok aku tak cantek ke ape, tapi aku nak laa cantek di mata beliau dan nak la diconvince dgn senyuman ke ape ke. :( Ni, time dia masuk umah aritu, tadek eye contact ponnn, apetah lagi nak senyum n tego aku sepatah dua kata ke, I was a bit frustrated tsk tsk...

Tapi pastu incik sayang explain n mintak maaf, dia cuakkk sangat melalui semua ni, dan dia jadik serba tak kena sbb family n sedara mara sumer tak kasik dia bergambar berdua dengan aku, so dia rasa serba salah lalu dia pon kelihatan glabah camtu, takut nak dekat aku etc. Huuu pasrahnyieeeerrrr.

Gambar banyak aku dah letak kat facebook. So sini aku letak sikit-sikit je dahlaa.

PELAMIN MINI++
Memule aku kompius gak nih, perlu ke wat pelamin mini ni? Dahlaa abang-abang aku dok usik-usik lagi cakap aku nak kawen ke ape, bile tengok pelamin tu. JANGAN TANYA PENDAPAT INCIK SAYANGGG. Bliau clueless abis.

"Ooh, tunang kena buat baju gak ek?" or "Ooh, tunang kena tempah mekap ke?", adalah antara soalan2 beliau kat aku. T_T Yeahh clueless laik dattt... T_T Apatah lagi nak tanye pendapat pasal pelamin. Orang laki mmg clueless.

Tapi kakak-kakak aku sumer supportive. Jadi aku teruskan je laa niat murni ittew.

Aku just nak gambar aku cantik time tunang tu. Umah dahlaa tadek hiasan sgt, jadi kire pelamin tu hiasan ah. Lagipun it's either bilik yg berhias atau pelamin mini yg kene ada kannnnn. Kalo bilik, penat-penat hias pon, berapa kerat orang je akan tengok. So alang-alang penat, marilah kite buat pelamin mini, mari? Berbaloi-baloiiii. *Ohhh fahrin yg ensem*

Tapi the day before the engagement tu, abang-abang aku pon naik eksaited jugakkk. Siap tolong cat, tolong pasang lampu, buat wiring, tolong kemas, lap sumer tanpa disuruh, olololo... Bikin gwe terharu bangettt.

Olololo berpeluh-peluh buat wiring...

Bukan senang sebenarnye nak buat pelamin sesimple yg korang nampak tu sebenarnye. Aku ingat nak membuka pekung di dada bercup D ini (:D) dengan mengaplod gambar macam2 pelamin tahape-hape yg kitorang buat before we came up ngan pelamin final ni lam blog kawen aku nanti wahha! Eh nak buat blog kawen ke??? Yezzz, aku tewaassss dgn kata-kata sendiri takmo asingkan blog T_T.

Oh btw, lepas tengok gambar tunang aku, opismet akak aku terus nak pinjam pelamin aku tu untuk wedding kakak dia nanti. Haha what an honour! Walaupun just pinjam :D

MAKE-UP++
Makeup yg aku main book je walaupun tak sempat nak tengok portfolio dia pon, turned out fine. At least okay lah, tadeklaa jenis makeup yg nampak setompok ke, mekap kampung ke ape hoho!

Tapi yg geram, mak andam nih jenis tanak dengar cakap customer sikit tau. Aku mmglaa ada beli satu tudung siti yg plan nak pakai time tunang, sbb masa test kat kedai perasan lawa je, tuhla akibatnye. Tapi bile test dan testtttt lagi kat umah, kensellll. Pipi bagai ditolak2 ke depan. Pastu rasa nampak tua. Walaupun dah tua tapi tak perlulaa kelihatan lebey tua kannn
(-_-"). Dah kalo jenis tudung yg keras kat depan tu, mmg aku rasa akan nampak tua.

Yang mak andam ni plak dok suruh aku pakai gak tudung tu sebab dia kata nampak cantik. "Yelaa mmg cantek kalo tengok dalam cermin, tapi bile amek gambar, nampak tembam sangattt.", aku cakap.

Dialog bawah: Kak Da & Ija yg sungguh memahami... :")

Maka it went on and on, 18x aku kate tanak, 18x gak dia soh pakai gak tudung tu. Siap cakap, "Jangan... Nanti awak menyesal bile tengok gambar." Aummmm. Last2 aku biarkan dia nak cakap apa2 pon, aku diam je, tapi aku tetap tanak pakai tudung tu. Muke aku, aku taulaa weiii, dahlaa hobi mengadap cermin dan camwhoring T_T.

Last2 bile aku dah malas argue ngan dia, n dia cakap sorang2, dia cakap camni, "Dia tanak, kita paksa-paksa pulak ye? Dia dah lama pakai tudung.. Dia tau laa kan."

"Haa tau punnnnn, time kasih! Saya mmg tanak pakai tudung tu...", kata aku buat kali ke 1837. So tu yg last2 aku 'berjaya' gak pakai gak 'lush crown scarf' yg aku beli kat adorablemuslimah.blogspot.com tu. Mmg tudung tu susah nak dibentuk memule, sbb sulaman dia atas kepala. Tapi bile aku pakai anak tudung yg keras kat dalam, dia terus wallah! Terletak cantek, tiada komot-komot lagi!

Eh tapi seriouslaaa, pakai fake eyelashes ni rasa cam ada seketul kanopi je atas mata. Tu yg time memule nak adjust tu, muke aku asyik mendongakk je sbb rasa pandangan terkebawah. Tapi haha nak pakai gakkkk sbb kalo pakai, barulaa rasa cam total makeover kan.. Cewwahhhh :)

++CHANDELIER++
Aku gatei nak beli chandelier ni lepas tengok betapa canteknya gambar bilik pengantin Noe yg aku slalu follow blog personal dia & blog kawen dia lam entri ni.


Canteknyierrrr....*drool* - noe punyier

Aku siap email dia ni, tanye dia nak jual tak chandelier dia, sbb chandelier yg aku jumpe kebanyakannye mahal sangat. Tapi Noe kata tanak jual, kenangan tuu... Jadik aku pun berlalu ngan pasrah, layan mudah.my sepam dua, sekaaaaaaliii! Aku ditakdirkan berjumpe ngan chandelier yg sejibik dia punye! Yak yak yak!

Mmg dah ditakdirkan aku punye lah tu... :)


iklan kat mudah

haha pomander ball karer pink senget pulakk dari posisi niiii

HANTARAN++
Aku rasa part hantaran nih, mmg kite patut buat sendiri atau orang yg sayang kite yg patut buat.

Sbb incik sayang tak puas hati ngan hantaran dia untuk aku, dia tak berapa suke, dia sibuk cakap nak buat sendiri hantaran kawen untuk aku nanti hahaha. Kiut giler membayangkan beliau ngan pistol gam ngan riben sumer buat hantaran! :D Oh, dia kate nak guna tulips sbb aku suke tulips :")

Hantaran dari incik sayang ni, adik dia mintak someone tolong buatkan, sbb mak n adik dia risau nak buat sendiri, sbb tak biasa takut ter-buruk plak kan. Jadik mintak orang buatkan.

Hantaran aku untuk incik sayang, Aju yg buatkan dengan penuh dedikasinya. Siap sponsor barang2 hiasan sumer tu. Tapi!! Ada satu tu, hantaran kain pasang, aju mintak membe dia, Kak Ummi buatkan. Bile sampai umah, sumer orang terkejut. Cewah sumer orang, padahal beberapa orang je.

Dia ala2 camni.
Terkejut sangat sampai lupe nak amek gambar sebenar, terpaksa letak gambar kat gugel je ngeee :B


Dia camni laa lebey kurang, without al-kipasun. Tapi dia besarrrrrrr punya, Aju panggil gubahan ni: 'gubahan bunga rafflesia' sbb besar sgt T_T. Aku memule tengok aku cakap ok je, sbb ingatkan Aju yg buat, walaupun merasakan gubahan tu very der 80's...

Tapi bile Aju cakap dia speechless bile tengok Kak Ummi came up with samting camni, pastu Kak Da pun dok cakap, "Bukak! Bukak!" haha makaa ishk kejam giler, kitorang terpaksa laa bukak semula gubahan tu ngan harapan Kak Ummi tak datang engagement aku... (-_-")

Dahlaa kak ummi penat2 lukis kelopak bunga pada kertas keras then kene potong2 lagi then kene ikat getah jadik bentuk bunga... Rasa bersalah giler. Tapi ishk nak buat cemana, malu laaa nak kasik kat family incik sayang bentuk2 eksotik camtu. Aku rasa kalau kecik lawa sket kot, tapi sbb besar, nampak 80's giler.

Tapi lam ramai2 makhluk yg cakap tak lawa tu, Ija tetibe cakap, "Eh, lawalaa!" hahaha pelik btol. Oh speaking of the devil... Dia datang umah aku 5 hari tuuuu dari Khamis sampai Isnin. BFF sungguh!

So kesimpulannye, kain pasang tu lipat2 simple je, pastu letak lam bakul. Bakul yang patutnye letak buah tapi sbb kesilapan teknikal, rupenye hantaran dah terlebih satu jadi 8 :D


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Tuh je laa, all in all! Nih gambar2 favourite aku time majlis aritu:

Gambar di sebalik tabir, kata Ija. Time ngah intai-intai tengok rombongan incik sayang. Bajet gadis desa di situ. Hohoho :")

Sambil mak incik sayang sarung cincin, dia baca something like dis, "Alhamdulillahillazi....", ayat seterusnye aku dah tak pikap, tapi yang penting, ketika itu zassss datang rasa tersebak kejap lam hati. Tsk tsk.

Entah sebab apa?

Memikirkan tanggungjawab yg akan jadik heavy duty pasnih? Kena TAAT pada seorang lelaki, bak kata zaim?

Atau bila dapat mengerti simbolik penyerahan cincin itu, macam penyerahan segunung harapan seorang ibu bahawa wanita yg disarungkan cincin padanya ini, dapat menyayangi anak kesayangannya sebagaimana dia menyayanginya selama ini? :"(


Ini pulak, tiga hati lagi yang aku perlu tekel. Abah, Atie & Mak, ikut susunan daripada yg paling susah nak ditekel. Huhu. Takut berganda lah ngan Abah dia skang, yelaa, sbb dah bakal jadi family kan. Aku tanak spoil anything wehhh.

Walaupun Abah dia dah mintak aku panggil 'Abah' n 'Mak' right after engagement tu, aku masey kekok lagilaa ekceli, kejap panggil Mak, kejap lagi terlupe panggil Makcik pulak. Haha slamberrrr. Mak dia pon kekadang terbahasakan diri kejap Makcik, kejap Mak. Hihihi.

Okaylah, soooo setel satu perkara! Banyak lagi nak kene pk pasnih! Btol2 berdoa semoga segala urusan kitorang menuju ke arah itu dipermudahkan... Dan semoga hati kitorang jgnlah dibolak-balikkan. Doakan kitorang!

Wokey, till next update, u people have a good day!!!




You know you love me!

Wednesday, December 23, 2009

Happy 13th Birthday Darlinggam!

Ouchhh that's sooo 1991 :)))

Now it's 2009, soooooo.......!

Happy 31st Birthday untuk Incik Sayang, the bestest boyfriend everrrr in the whole world! Sayang andaaaaa! :-*

Don't ever worry of what you haven't achieved yet up to this date, you don't need anything else anymore, you've got me!


It says: Happy 31st Birthday Kakang!

Kakang = Abang, nama panggilan beliau lam family.
Bukan 'Abang' cam nak panggey kekasey, tapi cam 'abang' kepada adik-adikku. Huhu.





You know you love me!

Tuesday, December 15, 2009

Kami Tak Cool, Kami Hotttt.

Haihhhh. Awal2 masuk keje dah rasa hangat.

Agak-agak ko tensen ke tak kalo membe yg tumpang ko tetiap ari gi keje, arini bile ada member lain tego, "Aik, lewat ek korang arini." Dia pon jawab, "Bukan salah I ek arini, dia ni (tunjuk kat aku) yg lewat."

Padahal smalam time ko nak amek dia gi keje, dia lewat dan ko kena tunggu dia siap mandi pe sume, then sampai opis lewat, tadek ponnn ko bising cite kat orang lain?

Tidakkah ko gerammmm kalo ko berada lam situasi aku!

Kalo ko tanak lewat, drivelaaa sendiri gi keje bai. Tapi aku jawab rilek2 dan senyum tadi, "Kalo nak sampai keje cepat, silelaa drive sendiri ye." Tapi membe aku ni jenis selamber je masalahnye, tak makan saman kot.

Belum cite pasal kalo dia tumpang aku, aku macam kompius, aku ke yg tumpang kete dia ni? Sbb contohnye (haruslah bagi contoh) kalau dia sejuk, walaupun aku tengah panas, dia terus slowkan aircond ikut suka anak tekak dia (yg aku baru je kuatkan sebelum tu), without saying excuse me ke apa.

Mmglaa kengkadang dia bagitau aku cam, "Panas aah, boleh kuatkan tak (aircond)." Tapi, belum aku mampu bersuara menjawab, aircond dah kuat dahhh ni. Serupa tak kasik tau daa...

Perangai 'mengarah' dia pon lagi satu. 'Laa parking je laaa kat sana!' atau 'Drivelaa belah sana.' atau 'Potong je la kete tu.', dan macam-macammmm lagi nak mengarah pasal pemanduan aku. Kalo aku bnyk bertolak ansur di jalan raya pon jadi hal. Wadde?? Itu cara aku. Dia cara dia. Aku tak bising pon. Maybe cara dia cakap pon jenis kasar, sooo, tu yg aku rasa cam mengarah. Huuu!

Kalau time aku mintak dia drive kete aku, dia bwk mmg mcm langsung tak hormat tuan kete je kekadang, ngan recklessnye, himpit kete lain tahap lagi 1cm lagi akan bergesel, atau orang lain dah terjulurr depan kete aku nak masuk line, dia close the gap dekat giler sampai orang tu terus rasa nak nyanyi lagu 'Mengalah' diikuti ngan carut-marut dalam ati.

Mmg bnyk kali aku sakit jantung aah kalo time dia bawak, rasa macam dah dekat sangat nak innalillah dihentam ngan kete lain je. Bukan ke kalo kite bawak kete orang lain, kite akan jadik extra cautious?? Ke aku sorang je akan jadik camtu?

Pasal tol pulak, yg awal-awal dia tumpang kete aku duluuu, janji nak share, skang bile nampak aku gune TNG, dia wat tatau je ngan perjanjian ittew. In fact, sblm gune TNG pon dia jarang share sbb time tu dia sesak, so aku pahamlaa. Tapi time dah tak sesak, dia tak bayar semula pon? Ape dia ingat aku topap TNG ngan air ke?

Minyak kete, mmg aku tak mengharap kitorang share pon. Tapi parking kat opis yg bernilai dekat 20 hengget sehari tu, aku mengharap gak laa kitorang share2 bayar. Mmg boley claim, tapi untuk guna duit sendiri dulu tu, then baru claim, mmg menyusahkan laa sebenarnye. Tapi dia wat dek jugak pasal ni.

Rumah dia pulak, sebenarnye agak jauh daripada umah aku. Dulu time aku tumpang dia kejap, tadek masalah untuk dia sbb umah aku otw dia gi opis je.

Tapi umah dia? Mmg bukan otw aku gi opis, kene pusing ke lain terus. Kene mengharung punyelaaa banyak bumper sambil mendaki bukit lagi, melalui kawasan jam lagi. Kalau dia laki bini nak gi kedai malam2 pon dia cakap malas, sbb bnyk sangat bumper kene harung (haa tau punnn), pastu rumah dia plak kat 'ulu banat', kene masukkkkkk ke dalam.

Haaaa kannn kannnn aku dah cite sumer. Padahal aritu dah taip panjang2 tak puas ati tapi aku tak jadi publish. Kali ni biarlah orang nak kata apa! Aku bukan nak mengungkit, kalo nak ungkit, baik aku ungkit kat dia je, ni aku taip kat blog. Tapi sebetulnye aku rasa tak ikhlas aaa bile orang buat aku camni... Bile aku rasa org tak appreciate aku...

Entahla, bile kite terlalu flexible, dan terlalu tunjuk yg kite willing nak tolong orang lain, orang jadik lupe yg diorang sebenarnye 'ditolong' dan kite pun ada level kesabaran kite sendiri, dan mule pijak kepala kite tanpa sedar.

Ataupun pijak dalam sedar sbb nampak kite ni MACAM bleh dikotak-katikkan. Ni aku bukan cakap pasal membe aku je ni, aku cakap generally, the world works that way.

Jadi kesimpulannyeeeeee, berpada-padala. Takyah nak pemurah sangat dengan orang yg kau rasa kedekut ngan kau. Takyah bersopan sangat dengan orang yg taktau nak respek kau.

Rugiiii je, dan tambah dosa kau je nak menyampah kat PERANGAI dia dalam hati.



You know you love me!

Monday, December 14, 2009

Fuhh Tinggal Berapa Hari Je Ni!

Sabar je laa ye blog aku dah jadik cam blog perkahwinan dah skang :D

Tak suke nak asing2 blog, sbb nanti pas kawen, blog tu sure terabai je kan? Ke cemana? (seminit kemudiannnn, tettt, dah create blog baru T_T) <-- ada possibility ni, sbb pk bleh share bnyk benda ngan orang yg berkenaan, tanpa menyemakkan pandangan orang yg malas bace sal kawen-kawen ni in-depth :P

Jadi buat masa ni, terimalah ini sebagai salah satu fasa kehidupan yg harus aku lalui... :D

Okeh, aku baru sampai dari Kuantan dalam 9.30 pagi tadi then terus masuk opis ni. Macam tak caya kat diri sendiri je mampu bertolak pepagi dalam keadaan kabus masey tebal dari Kuantan tadi T_T Tapi teringat incik sayang cakap, kalau nak balik pagi, kena nekad, kalo tak, ponteng lagiiiilah saya pada pagi isnin yg mulia ini T_T


Balik baru ni wat mini pelamin yg sungguh-sungguh ringkas je, sbb kalo tak, kene hias bilik pulak kann untuk time sarung cincin nanti.

Dalam ringkas-ringkas ponnn ada yg cakap aku wat persiapan beriya, aku wat tak dengar je. Yang aku tau, aku nak gambar aku cantek je nanti. Nyahhhhh segala komen orang yg tak bes. Kalau nak kire komen orang, matilaaa, 18 orang, 18 komen. Jadikk, ikut hati sendiri je. Panjat2 tangga sumer aku buat. Puas ati.

Doorgift pon aku buat jugakkk walaupun optional, sbb pk, nanti kawen, dah tak dapat buat secara bes dahh sbb tetamu ramai giler. Jadik, kali ni dapatlaa buat dengan penuh kasey sayang...

Kerusi untuk orang-orang kenit :P
Kawaiiiiii kann!

Tag nama untuk doorgift :")

Okay, lunchtime! Nak gi carik contacts baru sbb pagi tadi terjatuh lam toilet maka terussss kuar bersama air yang lalu T_T.




You know you love me!

Tuesday, December 8, 2009

11 Days, And I Can't Wait :)

Harini mari menaip blog je! Sbb server WEC takleh masuk, issue Kotra Pharma lak takleh nak proceed sbb requirement dia tak jelas, n functional berkenaan lak cuti. Ngah berkira-kira nak kuar awal sikit ni nak layan 2012@1-utama... Who's gonna be my partner in crime today?? Huahuahua.

Haritu abah incik sayang sweeettt sangat.

Kebetulan aku jalan2 area dekat umah dia lepas beli cincin, then abah dia tau, so teruss ajak aku datang umah. Bila sampai, aku cakap laa aku ngah carik bunga nak wat pomander ball tu kan.

Dia pon terusss naik tingkat atas dan bawak turun bunga orkid ngan lumut tipu, pastu amek pasu kat stor kasik kat aku! Haha lengkappp tuuuu! Padahal aku nak wat pomander ball ye T_T... Tapi tu la, prihatin sungguh. Sile bayangkan muke garang dia tu, tapi bersusah-payah untuk aku lak pastu. Huhu comel giler. Seronok rasa macam ada ayah semula :")

Sebelum tu aku ngan incik sayang gi Habib kat Semua House. Pasal issue cincin mas kunen/mas putih tu dah setel... Sbb dia cakap dia cuma nak wat aku happy, dan dia teringat2 yg aku cakap, "Rasa macam bukan wedding yayang je...", dan abah dia pon tak kisah kalau aku nak cincin mas putih. So, belilah cincin mas kunen untuk risik, dan cincin mas putih untuk tunang. Yak yak yak! Pastu beli satu lagi cincin mas kunen untuk kak da sbb langkah bendul. Takdelaa wajib pun untuk kak da tu, tapi anggaplaa hadiah untuk dia dari kitorang :D

Kesimpulannye: Teruja giler dapat my first diamond ring! Tak tergambar dek kata-kata. Biarlaa cincin kecik je, tapi to me it's sweet enough for an engagement ring! Diamond is truly a girl's best friend... Hoho. Cincin risik tu plak aku pilih in less than 5 minutes je kot, asal cukup syarat je. And I'm really really glad dapat cincin mas putih gak akhirnye...

Incik sayang cakap, tak sabar nak tengok aku pakai the engagement ring, sbb macam, lookie lookie she's mine! "Perempuan ni, b punye!". Huuu :") Ini barulah mutual addiction yg aku maksudkan...

Kan aku dah wat entry sebelum ni pasal cincin yg aku nak kan? Kat habib ada ala2 camtu laa:

Tapi rupenye suasa! Haha patutlaa murah! Kan dah malu di situ...

Pastu ni, sungguh idaman hati, tapi salesgirl tu cakap, dah soldout kat semua cawangan habib T_T:

Soooo finally, beli yg twist ala2 yg kat atas ni, tapi satu diamond je laa, dan saiz dia tak selebar cincin kat atas ni. Tak seprais aaa kalo aplod gambar skang, tungguuuu 11 hari lagi :P Sbnrnye bile tengok yg jenis diamond kecik2 dan banyak camni, dia tak berapa shiny laa. Kalo seketul terus nampak. Huhu macam-macammmm songeh diaaa :P

Ini yg aku carik satu kuantan tadek jual, then finally! Jumpe kat Semua House:

Hambekkk, beli 6 yg sedang, 2 yang kecik terussss, takut susah nak jumpe dahhh.

Proses mencucuk:



Nak hasilkan sejibik pomander ball guna bunga buatan tangan pon dah amek masa berapa lama, nak potong dawai lagi, nak ikat bunga ngan dawai lagi, makaaa last2 wat setakat tu je. Pastu decide nak gune bunga yg dah dibuat tu untuk bunga tangan je, pomander ball kalo satu je, kecik plak tu, tak bes aaa T_T. Soooo, ni la bunga tangan nanti, tapi lom finalized nihh:


Pastu terus decide nak beli bunga siap, tinggal nak cucuk-cucuk je, terus siap! Sungguh pantas! Tapi sebelum tuuuu, sesi mengamek gambar ngan bunga2 yg blom potong! Nak dapat sebanyak ni susah tuuu. Hint, hint. :P

Ni cuma sebahagian dari bunga-bungaan.
Untuk satu pomander, gune 10 jambak bunga.
Satu jambak bunga ada 5 kuntum.
Baru dapat saiz yg agak besar yg didambakan.

Taraaa! Tiga bijik dah siapp! Walaupun hajat di hati nak pomander ball yg nampak bunga ros SAHAJA, tadek daun2, pastu rapat2, tapi memikirkan ongkosnye yg mungkin double, terus buat dia renggang-renggang... T_T


Muke banggeeee dapat siapkan pomander ball DIY.. :")

Muke bangge haruslah letak dua di sini T_T

And finallyyyy, ni pot pouri dalam 'beg' daripada riben yg aku jait sendiri, nak letak lam doorgift untuk belah incik sayang, konon bercita-cita nak wat bentuk bantal, dan ujung dia nak letak benang jurai2 tu... Tapi malangnye, buat jurai2 tu tak jadi macam yg jual punye T_T.


Okay, tu je laa wat masa nih! Beslaa prepare untuk majlis kite ni ekceli walaupun penat! Baju tunang Kak Ni baru siapkan tadi, so tadi Aju amek untuk jait manik pulak. Pastu Aju mintak Abang De beli coklat kat Arab untuk hantaran nanti... Abang De balik ngam2 17/12 ni, just in time untuk memeriahkan majlis aku nanti!

Sronot!! Sbb semua orang akan ada... :")



You know you love me!

11 Days To Go!

To sum it all, beberapa minggu ini sunggo membahagiakan! Stress di mana-mana tu biasalaa...

Teringat nak taip blog ni sbb nak melampiaskan rasa tensennn ngan keje yg takde kesudahan ni! Ada satu report nihhhh degilll sangat, macam2 amendment dah buat tapi still ada jeee error bile execute.

Letih okkkk bertukar2 tangan camni, dengan spec nya tadek. So, functional people pon main teka2 je ape requirement asal report nih, pastu abaper plak kene ubah dan ubah dan ubahhhh lagi mengikut kadar tekaan beliau. Haihhh. Talking bout cleaning other people's shittoooo!

Okay, lupekan keserabutan kepala, let's excite ourselves! I mean myself! Hakhak!

Pagi tadi incik sayang msg, mak dia cakap lasagne yg aku kasik dia smalam sedap... Dia cakap, musti incik sayang bahagia bile kawen ngan aku nanti. Pastu incik sayang jawab, sbb tu dia sayang aku... Ho ho ho...

Patut tukar nama jadi Garfield dahhh incik bruang aku nih, balik2 mintak aku buat lasagne untuk dia, tak boring2! Punyelaa lama aku tak sempat melayan permintaan dia, sampailaa smalam baru rajin nak buat.

Tahun lepas, ada satu time yg hubungan kitorang very ambiguous, antara putus ngan tak, pernah aku baked lasagne untuk dia tanpa disuruh-suruh, tapi dia tak eksaited langsung. Time tu rasa direject giler-giler sebab, mana mungkin bruangku tak eksaited dapat lasagne? Mana mungkin? Giler tak dapat menerima kenyataan. Huu jantung berdegup kencang semula bile teringat time tu... Trauma2...

Lam entri ni plak, I found myself writing, "What tortures me the most is that I know he can live well without me and be happy with sumone else.. " Then at some other time, aku pernah cakap kat kawan aku, tak mungkin aku akan balik kat incik sayang. Look now, how things have changed over time eh... Maha Suci Allah yg berkuasa membolak-balikkan hati manusia...

Ishk taip entry nak cite sal mende-mende bes yg jadik, tapiiii ter-go down memory lane lak. Layannn je. Yang pasti, aku rasa kitorang much, much, stable skang bile nak ada serious commitment camni. Rasa masing2 lebey terbuka nak communicate n deal with our differences, and I hope we stay this way... InsyaAllah..

p/s: Incik sayang musti cakap, "Sayang... Jgnlaa ingat benda yang dah lepas..." Hehe.



You know I love you!