Wednesday, November 9, 2022

Yours, Mine & Ours

Sambung cite.. Harini aku free, keje terkawal & tak busy cam biasa. Boss pulak takde, dia gi office Tanjung Malim. Lagila aman dan tenteram hidup aku harini yihha!

Khamis malam Jumaat ni Naz balik.. Yey! Kenot wait! Aku selesa life sekarang ni, macam warm up sebelum betul-betul hidup bersama ngan Naz gittew. Sebab kalau 6 tahun single pastu tetibe dok serumah ngan dia, rasa terkujat gak diri ini kannn. Tapi bila dah kawen ni I grow dependent on him pulak. Sebab apa-apa dia ni kalau aku nak ke mana-mana biasanya mmg dia nak hantarkan. Beza ngan ex dulu tak banyak buat aktiviti bersama, banyak buat asing-asing. Dengan Naz kalau boleh semua dia nak sama-sama. Sampai ada time, dia mcm jauh hati sebab aku nak pergi certain tempat sendiri, sebab aku dah biasa independent kan.. Hihi.

Aku pun masih dalam fasa nak biasakan diri dengan anak-anak dia. Yam pun nak biasakan diri jugak dengan family baru. Mula-mula banyakla adegan Yam stress benda biasa tak berkongsi tetiba kena kongsi. Pastu barang-barang dia tetiba kena usik. Pastu kadang-kadang dia jealous tengok aku layan anak baru.

Sampailaa sekali tu aku jumpa diari dia. Ewah kecik-kecik ada diari dah yaaaaa... Nak folo mak ada blog eh? Wahahaha... 😀

Sedih aku baca ni. Aku tak forward pun kat kakak aku Kak Da sebab dia kan macam lebih mak dari aku kat Yam hihi. Sebab dia sayang sangat Yam & dia pun takde anak. Nanti aku gakkk kena marah takut dia risau pastu pikir Yam terabai plak bila aku kawen.

Aku tak ingatlah apa yg jadi sebelum Yam tulis diari ni. Maybe ada la kena marah ngan aku kot tapi serious tak ingat apa benda yg trigger dia tulis ni.

Tak lama pastu aku mmg slowtalk la dengan Yam, tanpa bagitau aku baca diari dia. Nanti aku tak dapat baca isi hati dia pulak dah pasni. Aku bagitau dia, dia always number one. Ayah pun number 2. Dia boleh bagitau apa sahaja kat aku. Kecuali dia buat salah, memang aku kena tego, tapi dia kena ingat, aku paling sayang dia. Anak-anak tiri pun aku sayang & dah jadi anak-anak aku tapi dia tetap paling kesayangan di hati bunda.

"Hidup ni bukan tentang kita je Dik. Jangan jadi selfish. Kena fikir orang lain jugak. Adik kena fikir positif, Adik untung sebenarnya. Adik dapat dua Ayah. Tapi diorang ada sorang Mak je - Mama. Adik tak kesian ke kat diorang takde Mak dah? Kecik-kecik lagi dah hilang Mak. Kena fikir kesian dorang sebab dorang anak yatim. Banyak pahala kalau kita tolong jaga anak yatim. Adik masih ada Mak. Siap boleh pilih nak Mama ke Babah."

"Mama tak boleh hilang adik. Mama perlukan Adik jugak untuk kuat dalam family baru ni. Mama faham Adik belum biasa lagi. Benda ni memang akan ambik masa. Mama dah lama single Dik, 6 tahun. Mama tak boleh hidup sorang macam ni. Mama memang perlukan Ayah. Mama dah tak boleh hidup sendiri. Mama dah taknak tunggu Daddy dah. Dah lama mama seksa sendiri sebab tunggu Daddy." Aku slowtalk ngan Yam dengan dua-dua dah menjejes-jejes ayaq mata time sesi luahan perasaan ni. Daddy tu Izal. Izal gak yang suruh Yam panggil dia Daddy dulu. 😏

Yam jenis jiwa lembut. Sepanjang aku besarkan dia ni, aku tengok dia kadang cakap kasar-kasar gak terikut cara aku, tapi sebenarnya hati dia lembut sangat, mudah memaafkan. Kalau slowtalk gini, dia memang nampak macam mudah terima sangat dan makan dek jiwa dia sangat..

Pastu baru-baru ni aku jumpa dia tulis diari yang ni pulak.. Hihi.

Okay.. Nampak macam dia dah menerima adik-adik dia tu. Sebenarnya Yam ni mmg jenis suka beramai-ramai. So bagusla dia ada adik-adik tiri ni kan..

So dia tulis ni lepas aku bagitau dia.. Aku pregnant! Hihi. Tua-tua ngandung kan. Tu laa.. Aku & Naz memang terkujat gakla tapi memang kitorang takde plan apa-apa. Naz cuma pernah cakap dia macam taknak anak lagi sebab dia trauma sebab wife dia sakit teruk lepas bersalin dulu.. Jadi dia takut benda berulang lagi.

Aku pun takut gak ekceli, gap 10 tahun kot dengan Yam. Dengan faktor usia dan macam-macam lagi. Banyak risiko. Tapi tuhla namanya rezeki kan. Orang lain susah-susah nak dapat baby, aku tetiba preggie. Memang tak lama lepas kawen tu terus preggie. Skang ni baby dah 3 bulan. Minggu ni last untuk abes 1st trimester dah. Due date aku bulan 5 tahun depan, ujung-ujung Syawal gitu. Jadi memang aku terima dengan tangan terbuka sangat la. Sape taknak anak woi. Cuma takut melalui proses tu je huhuuuuu.

So macam biasa, belanja gambar sikit sebelum akhir kalam.. Hehe.





You know you love me! XOXO,
-Scha


4 comments:

aisha said...

whattttttttttttttttttttttttt!!! cenggitu je dia ni announced dia pregnant.... ishhhhhhh kalau orang baca, tak perasan kay itu main cerita dia..

tahniah weiiii!!!!!!! 10 tahun? yam tahun ni darjah 4 la ye?
happy for uols... rerajin la update!!!!!!

gadis jumaat said...

ahaha takyah announce sgttttt dah tuo2 nih... yaaa jarak masa 1st time preggie ngan skang 10 thn... Yam 9 tahun, darjah 3 tahun ni :D

Anonymous said...

Alhamdulillah tahniah awak..tahniah dah kawen , tahniah nak ada baby baru dan tahniah dah ada family baru

Happy for u.. seronok sgt baca.

gadis jumaat said...

thank you so much cik anon... ♥♥♥!