Friday, April 30, 2021

Still MIA

Izal masih tak muncul. Hari-hari aku doa diberi petunjuk, tapi belum sampai masanya lagi untuk aku tau. Apepon aku harap Allah sentiasa lindungi dia..

Banyak aktiviti perabis duit yang aku buat sejak dia takde ni. I guess I was trying to channel my grief into excitement, though it was always temporary. And i will always ended up missing him more.

Macam sekarang ni aku tengah kat Avani Sepang. Lama dah mengidam nak datang sini tapi sayang duit. Tapi this time memang plan otak seminit, hari Rabu dalam pukul 11 booked, hari Rabu gak checked in huhu. Sebab dia check in pun pukul 3pm.



Happy kejap sebab sampai-sampai je Yam sampai melompat-lompat excited sebab tempat cantek.. Lepas rindu bau angin laut puas-puas..

Pasal Izal, sebab dah lebih 2 bulan dia hilang, aku sampai terpaksa check somewhere untuk tau status dia hidup ke mati.. Dalam tunggu nak tau status tu menggigil sangat rasa. Takut dapat tau yang aku taknak tau.. Tapi so far belum ada rekod kematian.. 😔

Aku pun dah dapat alamat family dia apa sume. Ni kalau dia tau aku tau ni mesti membebel panjang. Ah biarlah, sape suruh kau tinggal aku takde berita. Habis aku nak buat cemana lagi? Aku fikir kalau dah terlalu lama dia menghilang, dan sempadan negeri dah dibuka semula, aku akan jejak apa-apa yang patut dijejak, sebab I deserved an update on him. And I want a closure at least.. 😔

Aku tak boleh lama ni, dah dekat waktu nak check out. Aku amek 3D2N kat sini. Tak puas.. Rasa nak tinggal sini je hehe. Maryam belum bangun lagi ni, kata nak gi pool. Until next time..




You know you love me! XOXO,
-Scha


2 comments:

Anonymous said...

Hi awak.. Dah setahun tak update.. Izal macamana skg? Huhu.. Hope u both doing fine..

gadis jumaat said...

hi awk, thanks singgah.. saya dah hampir lupa dah blog ni sampaila bukak email yg dah lama tak bukak, nampak comment awk. saya tengah nak update blog..